You are on page 1of 3

ULASAN ARTIKEL DALAM JURNAL

Tajuk Artikel : Penderaan Kanak-Kanak oleh Ibu Bapa atau Penjaga dan Implikasinya Mengikut

Undang-Undang Sivil dan Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia

Nama Penulis dan Makluman Latar Belakang :

Zanariah Noor dari Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Tajuk Artikel dan Maklumat berkaitan (contohnya : Tarikh Artikel Diterbitkan/ Nama Jurnal/
Bilangan dan sebagainya…)

Penderaan Kanak-Kanak oleh Ibu Bapa atau Penjaga dan Implikasinya Mengikut Undang-Undang Sivil
dan Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia.

Jurnal Perspektif Jil. 7 Bil. 2(66-80)

ISSN 1985-496X

Artikel ini adalah berdasarkan kepada kertas kerja yang dibentangkan dalam International Conference
of Human Sciences 2015 anjuran Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris pada 7
– 9 April 2015 dan telah dibuat pindaan yang bersesuaian.

BAHAGIAN A : ULASAN MENYELURUH

Kajian ini bertujuan mengenalpasti bidangkuasa undang-undang terhadap perkara-perkara yang


berkaitan dengan penderaan kanak – kanak di bawah undang-undang sivil dan undang Islam serta
pendekatan yang digunakan oleh Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah dalam mengendalikan kes-
kes tersebut. Teknik analisis konten telah digunakan dengan memperlihatkan bagaimana peruntukkan
undang – undang mengenai penderaan kanak-kanak yang terkandung dalam Akta Kanak-kanak 2001
dan Kanun Keseksaan serta kesan penderaan terhadap hak hadānah dan akses dalam Enakmen Undang-
undang Keluarga Islam dilaksanakan di Malaysia. Penderaan kanak – kanak oleh ibu bapa dan penjaga
yang dibincangkan di dalam artikel ini membabitkan penderaan fizikal, seksual, emosi dan juga
pengabaian. Pendera boleh dikenakan hukuman di atas kesalahan jenayah di bawah undang-undang
sivil. Di bawah undangundang keluarga Islam, penderaan yang dilakukan oleh ibu bapa atau penjaga
boleh dijadikan alasan untuk menggugurkan hak hadanah dan hak akses kanak-kanak. Hak hadanah
akan dipindahkan kepada pihak yang diutamakan seterusnya terhadap hak hadanah.
BAHAGIAN B : PENDAPAT PENGULAS

Isu utama yang dibangkitkan oleh penulis adalah mengenai penderaan kanak – kanak yang dilakukan
oleh kaum keluarga terdekat seperti ibu bapa kandung, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, datuk nenek, adik
beradik, ibu bapa saudara dan lain – lain merangkumi penderaan yang berbentuk fizikal, seksual, emosi
dan pengabaian. Isu ini merupakan isu yang menarik dan relevan kerana ia menekankan kebajikan
kanak – kanak yang sepatutnya dijaga dan disayangi. Tambahan lagi, hasil daripada kajian ini ia dapat
memberikan kepentingan kepada banyak pihak termasuklah ibu bapa, guru, pihak berkuasa dan lain –
lain. Saya juga bersetuju dengan isi kandungan artikel ini kerana ia memaparkan penganalisisan konten
yang cukup mendalam beserta contoh – contoh kes. Hal ini menambahkan ketelusan hasil kajian.
Persoalan kajian dijawab oleh penyelidik berdasarkan teknik analisis konten dengan memaparkan
bagaimana peruntukkan undang – undang mengenai penderaan kanak – kanak yang terkandung dalam
Akta Kanak – Kanak 2001 dan Kanun Keseksaan serta kesan penderaan terhadap hak hadanah dan akses
dalam Enakmen Undang – Undang Keluarga Islam di Malaysia. Metodologi kajian yang digunakan oleh
penyelidik adalah bersesuaian mengikut kaedah pengutipan data yang digunakan. Teknik
penganalisisan konten membolehkan penyelidik mengenalpasti bidangkuasa undang – undang
terhadap perkara – perkara yang berkaitan dengan kanak – kanak yang didera oleh ibu bapa penjaga
sendiri di bawah undang – undang sivil dang undang islam serta pendekatan yang digunakan oleh
Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah dalam mengendalikan kes – kes yang berkaitan dengan
penderaan kanak – kanak. Di samping itu, dapatan daripada kajian yang dijalankan juga menyakinkan
dan boleh dipercayai kerana setiap kesalahan yang berkaitan dengan penderaan kanak – kanak
disertakan dengan hukuman daripada akta dan kanun keseksaan berdasarkan seksyen – seksyen.
Tambahan lagi, contoh – contoh yang diberikan bagi setiap kesalahan dan perbicaraan juga adalah
berdasarkan kes – kes yang telah berlaku dan dibicarakan di mahkamah sivil mahupun Syariah. Sebagai
contoh, berkenaan dengan pendakwaan ke atas ibubapa yang membuang anak pengkaji memasukkan
contoh kes seperti kes Fatimah Hashim lwn Public Prosecutor (1996 MLJU 1187; [1996] 558 MLJU 1),
seorang ibu kepada seorang anak tidak sah taraf dikenakan hukuman penjara selama sembilan bulan
kerana meninggalkan bayi yang baru dilahirkan di tepi sawah. Pengkaji juga mengambil langkah yang
relevan bagi memastikan etika penyelidikan dipatuhi. Hal ini dapat dilihat melalui penulisan penyelidik
yang tidak mendiskriminasikan mana – mana pihak sama ada kaya atau miskin, bangsa, jantina dan
sebagainya. Tambahan lagi, etika penyelidikan dapat dilihat apabila pengkaji menghormati harta
intelektual dengan berjaya memasukkan sumber maklumat daripada penulisannya. Etika dalam
penyelidikan pendidikan penting kerana salah satunya ia dapat membimbing penyelidik ke arah
kesedaran diri tentang perkara – perkara atau tingkah laku yang dapat dan tidak dapat dilakukan
terhadap responden ( Syed Ismail Syed Mustapa, Ismail Raduan dan Bushro Ali, 2018). Artikel ini juga
telah memberikan kesan kepada diri saya sebagai seorang pendidik yang dimana melalui pengetahuan
ke atas akta dan kanun keseksaan,kita dapat melindungi dan mempertahankan kebajikan anak – anak
murid yang didera. Artikel ini juga menerangkan beberapa isu yang meibatkan penderaan berserta
contoh yang merangkumi aspek fizikal, emosi dan sebagainya. Hal ini secara tidak langsung memberikan
gambaran terhadap bertapa “sakitnya“ masyarakat kita.

BAHAGIAN C : PENUTUP

Kesimpulannya, banyak pengetahuan dan input baru yang boleh diperolehi dan dipelajari sebagai
seorang bakal pendidik, antaranya ialah pengetahuan terhadap akta dan kanun keseksaan yang
melibatkan kanak – kanak dapat membantu mempertahankan hak anak – anak murid yang didera . Hal
ini dapat dilakukan melalui sumbangan ilmu berkenaan akta kepada insan – insan yang memerlukan
seperti ibu yang anaknya didera oleh suami yang kaki pukul. Tambahan lagi, pendidik perlu menjadi
lebih peka dalam memantau tingkah laku anak – anak murid. Hal ini kerana, penderaan ke atas emosi
tidak dapat dikenal pasti secara mata kasar. Kemahiran mendengar memainkan peranan penting dalam
mengatasi masalah ini. Antara penambaikkan yang boleh dilakukan bagi meningkatkan kualiti kajian
ialah menjalankan kajian kes tentang kanak – kanak yang didera dan kesan penderaan tersebut ke atas
fizikal, mental, emosi dan sosial kanak – kanak – kanak tersebut.

You might also like