You are on page 1of 1

AMALGAMASI

Amalgamasi: merupakan proses yang dilakukan secara interventionist dan sedar oleh
beberapa kumpulan etnik, atau pemerintah, untuk mencantumkan beberapa unsur berbeza
daripada kumpulan etnik yang berbeza tersebut dalam satu entiti yang bersatu, sama ada
secara sementara atau berkekalan. Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi adalah
melalui percantuman budaya dan perkahwinan campur.

Teori amalgamasi dinyatakan dalam bentuk formula A+B+C=D, di sini A,B, dan C mewakili
kumpulan etnik berlainan dan D mewakili amalgam, satu kumpulan baru terhasil daripada
penyatuan A,B dan C. Sebagai contoh, kumpulan-kumpulan etnik yang sedia wujud
mengamalkan perkahwinan campur lalu membentuk satu generasi baru atau budaya baru
tanpa menuruti budaya asal mereka. Syarat: dalam proses amalgamasi ini, kumpulan dominan
mestilah membenarkan proses ini berlaku dan kumpulan minoriti sudi atau dipaksa berbuat
demikian. Majoriti sanggup melepaskan hak istimewa mereka (jarang berlaku)

Antara contoh amalgamasi yang terjadi sekarang iaitu melalui kaedah percampuran budaya
Portugal dan budaya Melayu lalu terjadinya percantuman budaya terbentuknya budaya baru.

You might also like