You are on page 1of 5

SK LAMBOR KIRI,

32900 LAMBOR KANAN


PERAK DARUL RIDZUAN

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM KALI KETIGA TAHUN 2017

Tarikh :
Hari :
Masa :
Tempat : Makmal Komputer SK Lambor Kiri
Kehadiran : Rujuk dalam lampiran

Agenda 1 : Ucapan Aluan Pengerusi ( PK Kokurikulum )


Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran semua guru ke mesyuarat kokurikulum
kali ketiga bagi sesi 2017.

Agenda 2 : Pengesahan Minit Mesyuarat Bil 2/2018


2.1 Dicadang untuk disahkan : Pn. Nor Jamilah Bt Abd Aziz
2.1 Disokong untuk disahkan : Pn. Lisa Bt Hussein

Agenda 3 : Perkara Berbangkit


i. Tiada perkara berbangkit -

Agenda 4 : Perkara Yang Dibincangkan


4.1 Unit Beruniform
4.1.1 Pengakap
i. 90% daripada aktiviti yang telah dirancang telah dilaksanakan dengan
jayanya.
Tindakan : SU Kokurikulum dan semua guru penasihat
ii. Penyertaan perkhemahan pengakap untuk keris emas dan perak tidak dapat
dilaksanakan kerana tidak menerima sebarang maklumat.

1/5
iii. Masih ada lagi murid yang tidak memakai uniform pengakap dengan lengkap
dan meminta murid setiap hari Rabu memakai uniform kecuali jika ada
sebarang perubahan akan dimaklumkan.
Tindakan : SU Kokurikulum dan semua guru penasihat

4.1.2 Kelab dan Persatuan


4.1.2.1 Persatuan Sains dan Matematik
i. Kelab berjaya melaksanakan separuh daripada aktiviti yang telah dirancang
sepanjang tahun.
ii. Bagi tujuan penambahbaikan, aktiviti yang akan disusun bagi tahun 2017
perlu lebih interaktif, menarik dan menyeronokkan.
iii. Sains dan Matematik dibuat secara bergilir-gilir
Tindakan : Penyelaras kelab dan persatuan dan guru penasihat
4.1.2.2 Persatuan Bahasa
i. Kelab Bahasa mengendalikan aktiviti melibatkan 2 bahasa iaitu Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris. Aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan
baik tapi tidak secara menyeluruh.
ii. Perancangan takwim bagi tahun 2017 perlu lebih menarik dan terperinci
mengikut pembahagian masa yang telah dipersetujui.
Tindakan: Penyelaras kelab dan persatuan dan guru penasihat
4.1.2.3 Persatuan Pendidikan Islam
i. Kebanyakkan aktiviti yang telah dilaksanakan adalah berbentuk aktiviti di
dalam bilik darjah di mana murid lebih tertumpu kepada hafazan, bacaan Al-
Quran, sirah dan akhlak
ii. Bagi tahun 2017, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang Bulan
Ramadhan dan penglibatan murid dalam penyertaan tersebut amat
memuaskan.
Tindakan: Penyelaras kelab dan persatuan dan guru penasihat
4.1.2.4 Doktor Muda
i. Guru penasihat banyak merujuk bahan-bahan berkaitan Pendidikan Kesihatan
dan murid amat berminat sentiasa menunjukkan sifat ingin tahu yang tinggi
dan teruja setiap kali aktiviti dijalankan.
ii. Seramai 8 orang murid telah menyertai tali skipping
2/5
4.1.3 Sukan dan Permainan / 1M1S
4.1.3.1 Kelab Bola Jaring
i. Penyertaan dalam kejohanan bola jaring peringkat zon.
ii. Ahli telah diperkenalkan kepada teknik asas bola jaring walaupun saiz murid
agak kecil dan ketinggian yang tidak mencukupi.
Tindakan: Penyelaras sukan dan permainan dan guru penasihat

4.1.3.2 Kelab Bola Tampar


i. Aktiviti telah dilaksanakan mengikut takwim kelab dimana ahli kelab diberi
pendedahan tentang kemahiran asas serta teknik-teknik membuat pukulan.
ii. Penyertaan dalam kejohanan bola tampar di peringkat daerah di Sk Bakong.
Tindakan: Penyelaras sukan dan permainan dan guru penasihat

4.1.3.3 Kelab Olahraga


i. Aktiviti telah dilaksanakan walaupun tidak sepenuhnya mengikut perancangan
takwim murid lebih banyak diberi pendedahan kepada teknik balapan dan
kurang fokus kepada acara padang.
Tindakan: Penyelaras sukan dan permainan dan guru penasihat

4.1.3.4 Kelab Bola Baling


i. Guru penasihat telah melatih murid dengan lebih awal dan memberi
pendedahan tentang kemahiran asas serta teknik-teknik hantaran dan sambut
bola.
Tindakan: Penyelaras sukan dan permainan dan guru penasihat

4.2 Organisasi Kokurikulum 2017


4.2.1 Jawatan SU Sukan akan dipegang oleh Pn. Noridayu Bt Ismail.
4.2.2 Penyelaras Unit Beruniform akan merancang aktiviti pengakap bagi tahun 4-6.
Tindakan: Guru Penyelaras Unit Beruniform

4.2.3 Guru Penasihat Pengakap memohon mengajar teknik ikatan dan pembinaan gadget.
3/5
4.2.4 Nama S/U Sukan akan dikeluarkan daripada rumah sukan kerana beliau akan sibuk
sepanjang kejohanan.
4.2.5 Aktiviti kokurikulum akan dilaksanakan pada hari Rabu, jam 3-5 petang.
Tindakan: Semua guru penasihat

4.2.6 Semua guru hendaklah hadir mengikut jadual yang telah ditetapkan. Guru perlu
menanda tangan borang kehadiran dan memaklumkan GPK jika tidak dapat hadir.

4.2.7 Bagi murid yang mahu memakai pakaian seragam pengakap, ia perlu lengkap dan
kemas.
4.2.8 Guru digalakkan membuat mini pertandingan dan menghantar kertas kerja kepada
GPK.
Tindakan: Semua guru penasihat

4.3 Perancangan Kokurikulum 2017 (Sekolah/ Daerah)


4.3.1 Perancangan strategik untuk kelab dan persatuan perlu dibuat mengikut sasaran guru
dan keupayaan murid.
4.3.2 Takwim akan diedar kepada setiap guru untuk memilih acara yang ingin disertai dan
melatih murid mengikut kesesuaian masa.
Makluman

Agenda 5 : Hal-hal lain


5.1 Papan kenyataan Kokurikulum telah disediakan dan diminta guru menampal bahan yang
berkaitan, jika ada.
Tindakan: SU Kokurikulum

Agenda 6 : Penutup
6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas semua idea yang telah disumbangkan untuk
menjayakan Unit Kokurikulum SKLK bagi tahun 2017.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.00 Petang.

4/5
Disahkan oleh,
Disediakan oleh,
…………………………………………
…………………………………..
(Abdul Rahman Bin Shuib )
(Norelliana Bt Abdul Razak)
PK Kokurikulum
SU Kokurikulum

5/5

You might also like