You are on page 1of 48

PANDUAN PENTADBIRAN

INSTRUMEN PSIKOMETRIK
PENDIDIKAN KHAS (IPPK)

LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1
ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN 2

SINGKATAN 4

SENARAI JADUAL ERROR! BOOKMARK NOT DEFINED.

1.0 PENDAHULUAN 5

1.1 LATAR BELAKANG 6

2.0 INSTRUMEN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK PENDIDIKAN KHAS 7

2.1 Tujuan 7

2.2 Sasaran 7

2.3 Komponen Instrumen Psikometrik Pendidikan Khas 7

3.0 INVENTORI MINAT KERJAYA PENDIDIKAN KHAS (IMKPK) 9

3.1 Pengenalan 9

3.2 Pendekatan Teori 11

3.3 Kaedah Pentadbiran 12

3.4 Pengiraan Skor 13

3.5 Intepretasi Skor 14

4.0 INVENTORI KECERDASAN PELBAGAI PENDIDIKAN KHAS (IKPPK) 18

4.1 Pengenalan 18

4.2 Pendekatan Teori 19

4.3 Kaedah Pentadbiran 24

2
4.4 Pengiraan Skor 25

4.5 Interpretasi Skor 25

5.0 INVENTORI KECERDASAN EMOSI KENDIRI PENDIDIKAN KHAS


(IKEKPK) 26

5.1 Pengenalan 26

5.2 Pendekatan Teori 27

5.3 Kaedah Pentadbiran 33

5.4 Pengiraan Skor 35

5.5 Interpretasi Skor 35

6.0 CARTA ALIR PENTADBIRAN IPPK 37

7.0 KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN IPPK 38

8.0 PROFIL MURID 38

9.0 RUMUSAN 38

RUJUKAN 40

PANEL INVENTORI PENDIDIKAN KHAS 43

SENARAI LAMPIRAN 45

3
SINGKATAN

PPsi Pentaksiran Psikometrik


PPsi PK Pentaksiran Psikometrik Pendidikan Khas
IPPK Instrumen Psikometrik Pendidikan Khas
GBKSM Guru Bimbingan & Kaunseling Sepenuh Masa
GBKLS Guru Bimbingan Kaunseling Lantikan Sekolah
GPKhas Guru Pendidikan Khas
IMKPK Inventori Minat Kerjaya Pendidikan Khas
IKPPK Inventori Kecerdasan Pelbagai Pendidikan Khas
Inventori Kecerdasan Emosi Kendiri Pendidikan
IKEKPK
Khas
PASR Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah
PdPc Pengajaran dan Pemudahcaraan
Profile, Achievement, Development dan
PADI
Involvement
MBK Murid Berkeperluan Khas

4
1.0 PENDAHULUAN

Sistem pendidikan yang memberi fokus kepada pembangunan modal insan seperti
yang dihasratkan dalam Misi Nasional dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan amat
memerlukan pentaksiran kapasiti insan atau keupayaan insan yang bersifat holistik.
Menurut Kamus Dewan (2005), istilah holistik membawa makna bersifat saling
berkait antara satu sama lain sebagai satu sistem bersepadu yang menyeluruh,
bukan sekadar menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja. Kualiti seseorang murid
tidak sepatutnya dilihat daripada keupayaan intelek yang digambarkan dalam
keputusan peperiksaan bertulis semata-mata (Hanizah Hamzah, 2011a dan 2011b).
Kualiti manusia boleh dinilai dengan mengambil kira pelbagai dimensi yang
menjadikan individu itu seorang insan yang berilmu pengetahuan, berkemahiran,
mempunyai sikap dan tingkah laku terpuji, mempunyai nilai kerohanian, mempunyai
tahap kesihatan dan kecergasan yang tinggi, beremosi stabil, berkeupayaan berfikir,
dan berkeupayaan hidup bermasyarakat. Dalam proses kemenjadian modal insan,
pentaksirannya juga hendaklah mengambil kira ciri-ciri dan sifat keinsanan yang
pelbagai. Hal ini bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin
melahirkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Sistem Pendidikan Malaysia hari ini lebih memberi tumpuan kepada


pencapaian akademik, sedangkan pendidikan merupakan satu usaha berterusan
untuk mewujudkan insan yang holistik bagi melahirkan warganegara yang
mempunyai jati diri unggul. Sehubungan dengan itu, wujud keperluan transformasi
pentaksiran, selain maklumat tentang pencapaian murid, cakupan perkara yang
ditaksir akan diperluaskan kepada pengumpulan maklumat tentang profil,
perkembangan dan penyertaan. Singkatan diberikan kepada perkara yang ditaksir
adalah Profile, Achievement, Development dan Involvement (PADI). Hal ini
menggambarkan perubahan sistem pentaksiran daripada bersifat ekadimensi (satu
dimensi) kepada multidimensi.

5
1.1 LATAR BELAKANG

Pentaksiran psikometrik (PPsi) merupakan satu daripada komponen PBS yang


dilaksanakan mulai tahun 2012. PPsi dilaksanakan secara berperingkat kepada
murid-murid Tahun 3, Tahun 6, Tingkatan 1, Tingkatan 3, Tingkatan 4 dan Tingkatan
5. Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Lembaga Peperiksaan (MPTLP) bertarikh 5 April
2017 memutuskan instrumen Ppsi untuk Murid Berkeperluan Khas (MBK) sekolah
rendah hendaklah dibangunkan dan dilaksanakan pada tahun 2018. Instrumen
Psikometrik Pendidikan Khas (IPPK) direka bentuk menggantikan Inventori
Kecerdasan Pelbagai (IKeP) Tahun 6 bagi calon Pentaksiran Alternatif Sekolah
Rendah (PASR). IPPK telah dibentangkan kepada BPSH pada 15 Januari 2018 untuk
makluman dan tindakan.

Instrumen PPsi yang sedia ada tidak dapat mengukur secara khusus aspek
psikometrik MBK. Oleh itu, IPPK diperkenalkan bagi MBK agar dapat mengukur
tahap kebolehan (Jack et al., 2005), afektif (Dubi et al., 2004) dan psikomotor
(Thomas at al., 2008) serta membantu dalam aspek rujukan, penempatan murid,
intervensi serta perancangan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc).

6
2.0 INSTRUMEN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK PENDIDIKAN KHAS (IPPK)

2.1 Tujuan

IPPK dilaksanakan adalah untuk:

2.1.1 Mengukur potensi kerjaya, kepintaran pelbagai dan kecerdasan emosi dalam
kalangan MBK;
2.1.2 Mendapatkan deskripsi yang tepat mengenai profil psikologi MBK;
2.1.3 Meneroka dan mengenal pasti kekuatan dan potensi MBK yang boleh
dibangunkan;
2.1.4 Menjadi panduan kepada guru dan ibu bapa MBK dalam
menentukan hala tuju kerjaya yang praktikal atau realistik; dan
2.1.5 Meningkatkan pemahaman yang lebih mendalam kepada guru dan ibu bapa
tentang sifat dan perbezaan MBK.

2.2 Sasaran

IPPK direka bentuk menggantikan Inventori Kecerdasan Pelbagai (IKeP) Tahun 6


bagi calon Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR).

2.3 Komponen Instrumen Psikometrik Pendidikan Khas (IPPK)

IPPK mengandungi tiga komponen iaitu:


2.3.1 Inventori Minat Kerjaya Pendidikan Khas (IMKPK);
2.3.2 Inventori Kecerdasan Pelbagai Pendidikan Khas (IKPPK); dan
2.3.3 Inventori Kecerdasan Emosi Kendiri Pendidikan Khas (IKEKPK).

Kerangka konsep Instrumen Psikometrik Pendidikan Khas (IPPK) adalah seperti


yang ditunjukkan dalam Rajah 1.

7
Inventori Minat Realistik
Kerjaya
Pendidikan Investigatif
Khas
(IMKPK) Artistik  Kesukaan
 Pekerjaan
(36 Item)  Kecekapan
Sosial
INSTRUMEN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK PENDIDIKAN KHAS

Teori
Kerjaya Enterprising
Holland
Konvensional

Verbal Linguistik
Inventori
Kecerdasan Logik Matematik
Pelbagai
Pendidikan Visual Ruang
Khas
(IKPPK) Muzik
(90 Item) Calon
Kinestetik Pentaksiran
Teori Alternatif
Kecerdasan Intrapersonal Sekolah
Pelbagai Rendah
Gardner (PASR)
Interpersonal
dan
Smith- Smith
Naturalis

Eksistensial

Inventori
Kecerdasan
Emosi Kendiri
Pendidikan Kesedaran Kendiri
Khas
(IKEKPK)
Regulasi Kendiri
(24 Item)
Motivasi Kendiri
Teori
Kecerdasan
Emosi
Mayer dan
Salovey,
Goleman

Rajah 1 Kerangka Konsep Instrumen Psikometrik Pendidikan Khas (IPPK).

8
3.0 INVENTORI MINAT KERJAYA PENDIDIKAN KHAS (IMKPK)

3.1 Pengenalan

IMKPK ialah instrumen yang digunakan untuk mengenal pasti minat dan
kecenderungan kerjaya murid pendidikan khas. IMKPK mengandungi tiga bahagian
iaitu:

i. Bahagian A: Kesukaan;
ii. Bahagian B: Pekerjaan; dan
iii. Bahagian C: Kecekapan.

Masa yang diperuntukkan untuk calon menjawab IMKPK ialah 60 minit. IMKPK
mengandungi 36 item yang mengukur 6 konstruk iaitu Realistik, Investigatif, Artistik,
Sosial, Enterprising dan Konvensional.

3.1.1 Realistik
i. Konstruk realistik menggambarkan persekitaran pekerjaan yang
memerlukan kemahiran praktikal dan mekanikal.
ii. Bekerja dengan objek, peralatan, mesin, haiwan
dan tumbuhan.
iii. Mempunyai kemahiran yang baik apabila menggunakan peralatan,
lukisan mekanikal, mesin atau haiwan.
iv. Menghargai objek praktik yang boleh dilihat dan disentuh.
v. Lebih suka bekerja di luar bangunan.

3.1.2 Investigatif
i. Konstruk investigatif menggambarkan persekitaran pekerjaan yang
memerlukan kemahiran menyelidik, saintifik, intelektual, analitikal dan
mementingkan ketepatan.
ii. Suka membuat pemerhatian, mempelajari sesuatu, membuat
penyelidikan, menganalisis, menilai dan menyelesaikan masalah.
iii. Menghargai sains dan matematik.

9
iv. Melihat diri sendiri sebagai tepat, saintifik dan intelektual serta meminati
kerjaya saintifik dan beberapa kerjaya bercorak teknikal.

3.1.3 Artistik
i. Konstruk artistik menggambarkan persekitaran pekerjaan yang
memerlukan daya intuisi yang tinggi, ekspresif, tulen, bebas, kreatif,
inovatif dan artistik.
ii. Suka bekerja dalam situasi yang kurang berstruktur, tidak rutin dan tidak
berulang-ulang.
iii. Mempunyai apresiasi yang tinggi dan menghargai hasil seni kreatif.

3.1.4 Sosial
i. Konstruk sosial menggambarkan persekitaran pekerjaan yang
memerlukan interaksi, kerjasama, kolaborasi, saling membantu, melatih
dan membuat kebajikan kepada orang lain.
ii. Mempunyai kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang
lain, suka kepada aktiviti membantu, memberi perkhidmatan dan
menyelesaikan masalah sosial.

3.1.5 Enterprising
i. Konstruk enterprising menggambarkan persekitaran pekerjaan yang
melibatkan pentadbiran dan pengurusan, perniagaan dan
keusahawanan. Wujudnya suasana pengaruh-mempengaruhi,
mengarah, memimpin dan mengurus individu lain serta menjual
barangan atau idea.
ii. Matlamat akhir mereka adalah untuk mencapai keuntungan organisasi
dan keuntungan ekonomi.

10
3.1.6 Konvensional
i. Konstruk konvensional menggambarkan persekitaran pekerjaan
berstruktur dan teratur yang melibatkan data, nombor, dan kerja-kerja
perkeranian.
ii. Melakukan kerja secara terperinci, mengikut peraturan dan arahan.

Tiga Kod Mata Holland yang dikenal pasti di akhir pentaksiran adalah keputusan
kecenderungan personaliti dan minat kerjaya murid.

3.2 Pendekatan Teori

Teori Tipologi Kerjaya Holland (1996) mengutarakan empat andaian iaitu:

i. Semua individu boleh dikategorikan dalam salah satu daripada enam jenis
personaliti iaitu Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising
(E) dan Konvensional (K). Setiap personaliti terhasil daripada ciri-ciri interaksi
antara pelbagai kebudayaan, keturunan dan desakan individu termasuklah
rakan sebaya, kelas sosial, budaya dan persekitaran fizikal. Situasi yang
demikian akan menimbulkan minat dalam kalangan individu.

ii. Terdapat enam jenis persekitaran pekerjaan yang menyokong personaliti


individu dan didominasi oleh jenis personaliti tertentu iaitu Realistik,
Investigatif, Artistik, Sosial, Enterprising dan Konvensional (RIASEK).

iii. Individu akan mencari persekitaran atau pekerjaan yang selaras dengan
personaliti yang membolehkan mereka menunjukkan kemahiran dan
kebolehan serta melahirkan sikap dan nilai. Individu akan berasa puas
sekiranya dapat menyesuaikan diri dalam persekitaran berkenaan. Misalnya,
individu yang mempunyai personaliti realistik akan berasa puas sekiranya
dapat bekerja dalam persekitaran realistik juga.

11
iv. Tingkah laku seseorang individu boleh ditentukan melalui interaksi antara
personaliti dan kriteria-kriteria persekitarannya. Sekiranya seseorang individu
mengetahui tentang pola personaliti dan persekitarannya secara tidak
langsung individu tersebut akan dapat meramal beberapa perkara berkaitan
pemilihan kerjaya, pencapaian kerjaya, kompetensi, tingkah laku pendidikan
dan sosial serta pertukaran pekerjaan.

3.3 Kaedah Pentadbiran

IMKPK ditadbir dalam tempoh 60 minit kepada murid. Pentadbiran inventori ini
dilaksanakan dalam bilik yang kondusif dan lengkap dengan kemudahan-kemudahan
asas seperti kerusi dan meja. Segala prosedur perlu diikuti dan dipatuhi oleh calon
yang menduduki IMKPK dengan bimbingan GPKhas. Kaedah pentadbiran IMKPK
adalah seperti berikut:

3.3.1 GBKSM/GBKLS memuat turun instrumen dari laman sesawang Sekpm


(http://epkm.moe.gov.my), memperbanyakkan IMKPK dan memberikan
taklimat kepada GPKhas.
3.3.2 Calon perlu berada di tempat ujian 15 minit sebelum ujian.
3.3.3 GPKhas mengedarkan instrumen kepada setiap calon.
3.3.4 GPKhas memberi arahan kepada calon untuk:
i. Menyemak halaman instrumen;
ii. Membantu calon menyemak halaman instrument;
iii. Menulis nama calon pada instrument;
iv. Membantu calon yang tidak boleh menulis; dan
v. Menanda semua jawapan di ruang jawapan.

12
3.3.5 GPKhas hendaklah:
i. Mengumpulkan instrumen mengikut jumlah calon yang hadir;
ii. Memindahkan jawapan calon dan mengira skor pada borang jawapan
IMKPK (Lampiran 1); dan
iii. Menyerahkan instrumen dan borang jawapan kepada
GBKSM/GBKLS.
3.3.6 GBKSM/GBKLS hendaklah:
i. Menentukan tiga kod mata Holland dalam borang jawapan IMKPK
(Lampiran 1);
ii. Mentafsir dan memberi interpretasi skor kepada calon dengan bantuan
GPKhas;
iii. Membuat analisis dan laporan; dan
iv. Membentangkan dapatan analisis kepada guru, ibu bapa dan murid.
3.3.7 Guru Besar perlu mengesahkan laporan IMKPK.
3.3.8 GBKSM/GBKLS dan GPKhas perlu menyimpan borang jawapan dan
salinan laporan IMKPK di tempat yang selamat.
3.3.9 GBKSM/GBKLS dan GPKhas bekerjasama melaksanakan intervensi.

3.4 Pengiraan Skor

Pengiraan skor dan pembentukan profil inventori dibuat secara manual. Borang
jawapan IMKPK mengandungi 12 baris dan tiga lajur. Bilangan lajur menunjukkan
bahagian yang diukur iaitu Kesukaan, Pekerjaan dan Kecekapan. Bilangan baris
mewakili enam konstruk iaitu Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, Enterprising, dan
Konvensional. Contoh pengiraan skor adalah seperti berikut:

i. Pada baris pertama, GPKhas dikehendaki mengira jawapan yang ditanda ‘Ya’
sahaja iaitu bernombor 1, 2, 13, 14, 25 dan 26. Jumlah skor ‘Ya’ ditulis dalam
ruang yang disediakan di bahagian tepi borang jawapan yang bertulis
Realistik.
ii. Pengiraan ini diulangi pada baris kedua, ketiga, keempat, kelima, dan keenam.

Baris 1 – 2 Realistik

13
Baris 3 – 4 Investigatif
Baris 5 – 6 Artistik
Baris 7 – 8 SosialSosial
Baris 9 – 10 Enterprising
Baris 11 - 12 Konvensional

iii. Pilih tiga jumlah skor yang tertinggi dan masukkan ke dalam jadual skor Tiga
Kod Mata Holland pada borang jawapan untuk mengenal pasti kecenderungan
kerjaya.

3.5 Intepretasi Skor


Interpretasi skor bagi IMKPK diukur melalui keselarasan tahap hubungan dan tahap
ketekalan.

i. Keselarasan Tahap Hubungan

Keselarasan kecenderungan dan minat kerjaya boleh dilihat berdasarkan


Jadual 1 berikut:

Keselarasan Kod Minat Kerjaya Holland


Paling Selaras R-R, I-I, A-A, S-S, E-E, C-C.
R-I, RC, IA, IR, AS, AI, SE, SA, EC,
Kedua Selaras
ES, CR, CE
RE, RA, IC, IS, AR, AE, SI, SC, EA,
Ketiga Selaras
ER, CS, CI.
Paling Tidak Selaras RS, SR, IE, EI, AC, CA

Jadual 1: Keselarasan Kecenderungan dan Minat Kerjaya

Sebagai contoh, sekiranya personaliti calon itu adalah R dan minat kerjaya
juga adalah R, calon berkenaan dikelaskan sebagai kumpulan hubungan
paling selaras. Sekiranya personaliti calon tersebut adalah R dan minat
kerjayanya adalah S, maka tahap hubungan keselarasannya adalah paling
tidak selaras.

ii. Tahap Ketekalan

14
Dalam Teori Kerjaya Holland, tahap ketekalan diukur melalui hubungan
di antara personaliti, persekitaran dan kecenderungan minat kerjaya calon
seperti dalam Jadual 2 berikut:

Tahap Ketekalan Kod Minat Kerjaya Holland

Tinggi RI, RC, IR, IA, AI, AS, SA, SE, ES, EC, CE, CR

Sederhana RA, RE, IS, IC, AR, AE, SC, ER, CS, CI

Rendah RS, IE, AC, SR, EI, CA

Jadual 2: Tahap Ketekalan Antara Personaliti, Persekitaran Dan


Kecenderungan Minat Kerjaya

Sebagai contoh, sekiranya kecenderungan calon adalah R dan minat kerjaya


calon adalah I, tahap ketekalan adalah tinggi. Sekiranya kecenderungan calon
adalah R dan minat kerjaya adalah S, tahap ketekalan adalah rendah.

Jadual 3 menunjukkan keterangan mengenai bidang minat kerjaya bagi


konstruk-konstruk dalam IMKPK.

Konstruk Keterangan Mengenai Minat Kerjaya


Realistik Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran
praktikal dan mekanikal. Bekerja dengan objek, peralatan,
mesin, haiwan dan tumbuhan. Mempunyai kemahiran yang
baik apabila menggunakan peralatan, lukisan mekanikal,
mesin atau haiwan. Menghargai objek praktik yang boleh
dilihat dan disentuh. Lebih suka bekerja di luar bangunan.

Ciri-ciri personaliti: Praktikal, mekanikal, materialistik,


suka menggunakan peralatan dan mesin, introvert, akur,
natural (semula jadi), berhemah, tulen, tegas dan
berprinsip.
Investigatif Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran
menyelidik, saintifik, intelektual, analitikal dan
mementingkan ketepatan. Suka membuat pemerhatian,

15
Konstruk Keterangan Mengenai Minat Kerjaya
mempelajari sesuatu, membuat penyelidikan, menganalisis,
menilai dan menyelesaikan masalah. Menghargai sains dan
matematik. Melihat diri sendiri sebagai tepat, saintifik dan
intelektual serta meminati kerjaya saintifik dan beberapa
kerjaya bercorak teknikal.

Ciri-ciri personaliti: Pemerhati, analitikal, rasional, teliti,


intelektual, introvert, introspektif, optimistik, ingin tahu,
teoris dan jitu.
Artistik Persekitaran pekerjaan yang memerlukan daya intuisi yang
tinggi, ekspresif, tulen, bebas, kreatif, inovatif dan artistik.
Suka bekerja dalam situasi yang kurang berstruktur, tidak
rutin dan tidak berulang-ulang. Mempunyai apresiasi yang
tinggi dan menghargai hasil seni kreatif.

Ciri-ciri personaliti: Imaginatif, intuitif, ekspresif, estetika,


emosional, introspektif, reflektif, tulen, bebas, sensitif dan
idealistik.
Sosial Persekitaran pekerjaan yang memerlukan interaksi,
kerjasama, kolaborasi, saling membantu, melatih dan
membuat kebajikan kepada orang lain. Mempunyai
kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang
lain. Suka kepada aktiviti membantu, memberi
perkhidmatan dan menyelesaikan masalah sosial.

Ciri-ciri personaliti: Sosial, suka menolong, bekerjasama,


mesra, peramah, sabar, ekstrovert, empati, baik hati,
bertanggungjawab dan boleh dipercayai.
Enterprising Persekitaran pekerjaan yang melibatkan pentadbiran dan
pengurusan, perniagaan dan keusahawanan. Wujudnya
suasana pengaruh-mempengaruhi, mengarah, memimpin

16
Konstruk Keterangan Mengenai Minat Kerjaya
dan mengurus individu lain serta menjual barangan atau
idea. Berfokus untuk mencapai keuntungan.

Ciri-ciri personaliti: Ciri kepimpinan, sukakan pencapaian,


bertenaga, daya pujuk yang tinggi, suka mempengaruhi,
kebolehan manipulasi, suka meneroka, yakin diri, optimistik,
mudah mesra, berwawasan, bercita-cita tinggi, berusaha,
sosial, suka menonjolkan diri, ekstrovert dan bijak
berkomunikasi.
Konvensional Persekitaran pekerjaan berstruktur dan teratur yang
melibatkan data, nombor, dan kerja-kerja perkeranian.
Melakukan kerja secara terperinci, mengikut peraturan dan
arahan.

Ciri-ciri personaliti: Berstruktur tinggi, teliti, daya tahan


tinggi, akur, praktikal, mengikut aturan, defensif, menurut
perintah, cermat, cekap dan rutin.

Jadual 3: Konstruk dan Keterangan Minat Kerjaya

17
4.0 INVENTORI KECERDASAN PELBAGAI PENDIDIKAN KHAS (IKPPK)

4.1 Pengenalan

IKPPK ialah instrumen yang digunakan untuk mengenal pasti kecerdasan pelbagai
murid pendidikan khas. Masa yang diperuntukkan untuk calon menjawab IKPPK ialah
60 minit. IKPPK mengandungi 90 item yang mengukur sembilan konstruk iaitu Verbal
Lingustik, Logik Matematik, Visual Ruang, Muzik, Kinestetik, Intrapersonal,
Interpersonal, Naturalis dan Eksistensial seperti yang ditunjukkan di dalam
Jadual 4.

Konstruk Nombor Item


Verbal Linguistik 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10
Logik Matematik 11, 12, 13, 14, 15, 16, 17, 18, 19, 20
Visual Ruang 21, 22, 23, 24, 25, 26, 27, 28, 29, 30
Muzik 31, 32, 33, 34, 35, 36, 37, 38, 39, 40
Kinestatik 41, 42, 43, 44, 45, 46, 47, 48, 49, 50
Intrapersonal 51, 52, 53, 54, 55, 56, 57, 58, 59, 60
Interpersonal 61, 62, 63, 64, 65, 66, 67, 68, 69, 70
Naturalis 71, 72, 73, 74, 75, 76, 77, 78, 79, 80
Eksistential 81, 82, 83, 84, 85, 86, 87, 88, 89, 90

Jadual 4: Nombor Item berdasarkan konstruk IKPPK

18
4.2 Pendekatan Teori

Teori Kecerdasan Pelbagai telah dikemukakan oleh Howard Gardner (1993, 1999).
Beliau mengemukakan lapan kecerdasan manusia yang dapat diperkembangkan
sepanjang hayat. Menurut Gardner, manusia mempunyai kesemua lapan
kecerdasan. Smith dan Smith (2002) telah menambah satu lagi kecerdasan iaitu
eksistensial dan menjadikannya sembilan. Gardner telah membuat kajian terhadap
pelbagai lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak biasa dan istimewa, juga
kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa (special population).
Gardner juga menyatakan bahawa kecerdasan bukanlah semata-mata diwarisi tetapi
boleh diperkembangkan. Sesetengah individu mungkin mencapai tahap yang tinggi
dalam sesuatu kecerdasan dan tahap yang rendah dalam kecerdasan yang lain,
manakala ada individu yang mempunyai kecerdasan yang tinggi dalam hampir
kesemua sembilan kecerdasan ini.

Sembilan kecerdasan individu boleh diperkembangkan ke tahap yang tinggi jika


situasi seperti penggalakan, pengayaan dan pengajaran adalah sesuai. Semua
kecerdasan adalah saling berkait secara kompleks apabila individu melakukan
sesuatu aktiviti. Tahap pencapaian kebolehan seseorang mungkin berbeza bagi
sesuatu kecerdasan. Contohnya, dalam kepintaran linguistik, seorang murid mungkin
tidak pandai membaca tetapi dia dapat bercerita dengan baik.

Teori kecerdasan pelbagai mengiktiraf kesemua kecerdasan yang terdapat


pada individu dan mempunyai kelebihan apabila diaplikasikan dalam pendidikan.
Murid akan menggunakan kecerdasan yang dimiliki untuk membantu menguasai
sesuatu yang dipelajari. Sebagai contoh, murid yang mempunyai kecerdasan verbal
linguistik akan menggunakan perkataan-perkataan seperti kaedah neumonik untuk
memahami sesuatu konsep yang dipelajari. Ini bergantung kepada kecerdasan yang
dimiliki oleh individu.

Sembilan kecerdasan Gardner dan Smith & Smith yang diukur dalam teori
kecerdasan ini ialah:

a) Verbal Linguistik
b) Logik Matematik

19
c) Visual Ruang
d) Muzik
e) Kinestatik
f) Intrapersonal
g) Interpersonal
h) Naturalis
i) Eksistensial

4.2.1 Verbal Linguistik

Kecerdasan verbal linguistik merujuk kepada kebolehan individu menggunakan


bahasa dengan efektif secara lisan dan bertulis. Individu ini mempunyai kemahiran
mendengar dan berfikir dalam bentuk perkataan. Kemahirannya meliputi mendengar,
memahami perkataan, bercakap, menulis, bercerita, menerangkan, mengingat dan
menghafal maklumat. Individu ini sensitif terhadap makna perkataan dan mahir untuk
memanipulasikannya. Mereka cenderung untuk belajar dengan lebih baik melalui
pembacaan, mengambil nota, mendengar kuliah, berbincang dan berdebat mengenai
apa yang mereka pelajari. Mereka juga mampu mempelajari bahasa asing dengan
mudah kerana mempunyai kebolehan untuk memahami dan memanipulasi sintaks.

4.2.2 Logik Matematik

Kecerdasan logik matematik merupakan kebolehan yang dominan di bahagian otak


kiri. Ini membolehkan individu menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir
secara konseptual dan abstrak. Individu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh
menyelesaikan masalah kompleks yang berkaitan dengan matematik dengan mudah
serta boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira dan
menggunakan komputer dengan cekap. Individu yang mempunyai kecerdasan logik
matematik yang tinggi memperlihatkan minat yang besar terhadap kegiatan yang
berbentuk eksplorasi dan sering bertanya tentang berbagai-bagai fenomena yang
dilihat berlaku di sekeliling. Individu ini juga suka menuntut penjelasan logik bagi
setiap pertanyaan dan mengklasifikasikan benda untuk mudah mengira.

20
4.2.3 Visual Ruang

Kecerdasan visual ruang ialah kebolehan untuk berfikir secara gambaran, imej,
bentuk dan corak. Individu yang mempunyai kecerdasan ini mampu membentuk
model secara visual dan mengaplikasi model tersebut kepada dunia fizikal, seperti
memahami peta, carta, gambar, video dan filem serta boleh melakar, melukis dan
menterjemah imej secara visual. Kecerdasan visual ruang membolehkan individu
menggambarkan pengalaman yang pernah dilalui, menghubungkaitkan objek dalam
ruang dan mempersembahkan idea dalam aspek imaginatif dan kreatif. Individu yang
mempunyai ciri-ciri visual yang baik berkebolehan dalam menyelesaikan jigsaw
puzzle.

4.2.4 Muzik

Kecerdasan muzik merujuk kepada kebolehan individu untuk mengesan bunyi tanpa
lisan, muzik dan irama yang terdapat di persekitaran. Kecerdasan ini berkaitan
dengan kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan perasaan
melalui muzik. Individu yang mempunyai kecerdasan muzik berupaya menggunakan
set asas atau elemen-elemen muzik, bermain alat muzik dan menghafal lirik muzik
dengan baik. Selain itu, individu ini boleh menggubah rentak dan tempo muzik serta
mudah mengenali dan mengingati nada-nada bunyi atau muzik.

4.2.5 Kinestetik

Individu yang mempunyai kecerdasan kinestetik mempunyai kebolehan


menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan untuk
berkomunikasi dan menyelesaikan masalah serta cekap mengintepretasi pergerakan
anggota atau tubuh. Individu cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan
pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama, mahir memanipulasi objek
fizikal dan dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal dengan mental. Secara teori,

21
individu yang mempunyai kecerdasan kinestetik belajar lebih berkesan melalui aktiviti
yang melibatkan pergerakan otot seperti sukan atau tarian.

4.2.6 Intrapersonal

Kecerdasan intrapersonal merupakan kesedaran tentang diri sendiri, berfikiran


metakognitif, keyakinan diri yang tinggi dan berkebolehan untuk menilai diri sendiri.
Individu yang memiliki kecerdasan intrapersonal yang tinggi selalunya dapat
mengenali diri sendiri secara mendalam dan mempunyai tanggapan tentang
kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Selain itu, mereka pandai menentukan hala tuju
kehidupan serta mempunyai pegangan, prinsip dan azam yang kuat serta boleh
berdikari. Individu lebih suka belajar secara bersendirian, dan berada di persekitaran
yang sepi. Biasanya individu dengan kecerdasan ini mempunyai tret personaliti
introvert. Di samping itu, mereka juga memiliki kepekaan terhadap persekitaran dan
mampu mengendalikan diri dalam situasi konflik.

4.2.7 Interpersonal

Kecerdasan interpersonal ialah individu yang mempunyai sensitiviti yang tinggi, boleh
memahami perasaan, fikiran, tingkah laku, tabiat serta hasrat orang lain. Individu
dapat berinteraksi dengan mudah, berkomunikasi dengan berkesan dan boleh
bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu serta
dapat memberi motivasi kepada orang lain. Individu yang mempunyai kecerdasan ini
akan belajar dengan berkesan melalui pembelajaran secara koperatif dan kolaboratif
bersama-sama rakan sebaya.

22
4.2.8 Naturalis

Kecerdasan naturalis mempunyai kaitan dengan persekitaran alam semulajadi.


Individu yang mempunyai kecerdasan naturalis merupakan seorang pencinta alam
yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna dan galian. Murid yang
mempunyai kecerdasan naturalis akan lebih berkesan kecerdasannya dengan
mengadakan aktiviti luar kelas.

4.2.9 Eksistensial

Kecerdasan eksistensial adalah berkaitan dengan kebolehan memahami erti


kewujudan manusia dan alam, memahami makna sesuatu kejadian, menggunakan
daya intuisi yang tinggi dalam memahami realiti kehidupan. Individu menghargai dan
menghayati nilai-nilai agama, nilai-nilai sejagat dan norma masyarakat. Individu
meletakkan nilai-nilai ketuhanan dan kemanusiaan yang tinggi dalam
mempertimbangkan sesuatu keputusan dalam kehidupan. Individu suka membaca
buku-buku falsafah, buku-buku agama, nilai-nilai tradisi dan suka mengamati sesuatu
kejadian secara mendalam. Individu boleh belajar dengan berkesan melalui kaedah
penyoalan, pemerhatian, renungan kendiri, inkuiri penemuan dan kaedah
perkongsian.

23
4.3 Kaedah Pentadbiran

IKPPK ditadbir oleh guru dalam tempoh 60 minit kepada murid. Pentadbiran inventori
ini dilaksanakan dalam bilik yang kondusif dan lengkap dengan kemudahan-
kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Segala prosedur perlu diikuti dan dipatuhi
oleh calon yang menduduki IKPPK dengan bimbingan GPKhas. Kaedah pentadbiran
IKPPK adalah seperti berikut:

4.3.1 GBKSM/GBKLS memuat turun instrumen dari laman sesawang Sekpm


(http://epkm.moe.gov.my), memperbanyakkan IKPPK dan memberikan
taklimat kepada GPKhas.
4.3.2 Calon perlu berada di tempat ujian 15 minit sebelum ujian.
4.3.3 GPKhas hendaklah:
i. Mentadbir IKPPK dan menanda skor calon pada borang jawapan IKPPK
(Lampiran 2);
ii. Mengira skor pada borang jawapan IKPPK;
iii. Memasukkan skor ke dalam borang profil IKPPK yang disediakan
(Lampiran3); dan
iv. Menyerahkan borang jawapan dan borang profil kepada
GBKSM/GBKLS.
4.3.4 GBKSM/GBKLS hendaklah:
i. Mentafsir dan memberi interpretasi skor kepada calon dengan bantuan
GPKhas;
ii. Membuat analisis dan laporan; dan
iii. Membentangkan dapatan analisis kepada guru, ibu bapa dan murid.
4.3.5 Guru Besar perlu mengesahkan laporan IKPPK.
4.3.6 GBKSM/GBKLS dan GPKhas perlu menyimpan borang jawapan dan salinan
laporan IKPPK di tempat yang selamat.
4.3.7 GBKSM/GBKLS dan GPKhas bekerjasama melaksanakan intervensi.

24
4.4 Pengiraan Skor

Borang jawapan IKPPK mengandungi lajur yang terdiri daripada sembilan konstruk
iaitu Verbal Linguistik, Logik Matematik, Visual Ruang, Muzik, Kinestatik,
Intrapersonal, Interpersonal, Naturalis dan Eksistential. Pengiraan skor dan
pembentukan profil inventori dibuat secara manual. GPKhas akan mengira skor
berdasarkan jawapan/pemerhatian dan merekodkan jumlah skor di dalam borang
jawapan IKPPK. GPKhas hendaklah memindahkan jumlah skor tersebut ke dalam
borang profil IKPPK.

4.5 Interpretasi Skor

Interpretasi skor bagi IKPPK adalah berdasarkan Petunjuk Interpretasi Skor seperti
Jadual 5:

Interpretasi
Skor
Skor
Rendah 0-3
Sederhana 4-6
Tinggi 7-10

Jadual 5: Petunjuk Interpretasi Skor

 Rendah
Skor 0-3 menunjukkan kecerdasan murid yang dinilai berada pada
tahap yang rendah. Murid kurang menunjukkan ciri-ciri kecerdasan
dalam bidang yang dinilai.

25
 Sederhana
Skor 4-6 menunjukkan kecerdasan murid yang dinilai berada pada
tahap yang sederhana. Murid menunjukkan beberapa ciri kecerdasan
dalam bidang yang dinilai.

 Tinggi
Skor 7-10 menunjukkan kecerdasan murid yang dinilai berada pada
tahap yang tinggi. Murid menunjukkan ciri-ciri kecerdasan yang tinggi
dalam bidang yang dinilai.

5.0 INVENTORI KECERDASAN EMOSI KENDIRI PENDIDIKAN KHAS


(IKEKPK)

5.1 Pengenalan

IKEKPK ialah instrumen yang digunakan untuk mengenal pasti kecerdasan emosi
murid pendidikan khas. IKEKPK terbahagi kepada Bahagian I dan Bahagian II.
Bahagian I mengukur konstruk kesedaran kendiri dan regulasi kendiri manakala
Bahagian II mengukur konstruk motivasi kendiri. IKEKPK mengandungi 24 item dan
tempoh yang diperuntukkan untuk menjawab IKEKPK ialah 60 minit. Nombor Item
berdasarkan konstruk dalam IKEKPK ditunjukkan oleh Jadual 6.

Bahagian Konstruk Sub Konstruk No. Item


Kesedaran Emosi 1,2,3,4
Penilaian Kendiri 5,6,7,8
Kawalan Kendiri 9,10,11,12
Kebolehsuaian 13,14,15,16
DoronganPencapaian 17,18,19,20
Optimis 21,22,23,24

Jadual 6: Nombor Item berdasarkan konstruk dalam IKEKPK

26
5.2 Pendekatan Teori

Mayer dan Salovey (1997) mendefinisikan kecerdasan emosi sebagai meliputi


keupayaan untuk mengenal pasti dengan tepat, menilai dan meluahkan emosi;
keupayaan menjanakan perasaan dalam merangsang pemikiran; keupayaan untuk
memahami emosi dan pengetahuan emosi serta keupayaan untuk meregulasikan
perasaan bagi mempromosikan perkembangan emosi dan intelektual. Goleman
(1998) mendefinisikan kecerdasan emosi sebagai kemampuan mengenali perasaan
sendiri dan perasaan orang lain, kemampuan memotivasi diri sendiri dan
kemampuan mengelola emosi sendiri dengan baik serta kebolehan membina
hubungan dengan individu lain. Noriah (2005) menyatakan bahawa kecerdasan
emosi sebagai satu set kemahiran yang membolehkan seseorang menguruskan
kehidupan dengan baik. Kecerdasan emosi juga merupakan faktor penting dalam
tingkah laku, nilai dan kepimpinan seseorang individu. Tahap kecerdasan emosi yang
sederhana atau rendah akan menjejaskan prestasi mereka untuk berfungsi dengan
berkesan (Noriah, 2014).

5.2.1 Kesedaran Kendiri

Kesedaran kendiri merujuk kepada keupayaan seseorang untuk peka terhadap


perasaan dalaman, apa yang dirasai pada masa tertentu dan menggunakannya
dalam mengambil keputusan. Menurut Goleman (1998), individu yang sedar kendiri
akan boleh melakukan penilaian yang tepat ke atas keupayaan kendiri dan
mempunyai keyakinan kendiri yang tinggi. Komponen kesedaran kendiri dalam
IKEKPK terbahagi kepada dua iaitu kesedaran emosi dan penilaian kendiri.

27
i. Kesedaran Emosi

Kesedaran emosi merujuk kepada keupayaan seseorang untuk peka dan


mampu mempamerkan emosi sendiri serta berkebolehan mengenal pasti
emosi dan ekspresi wajah orang lain. Individu yang memiliki kesedaran emosi
yang tinggi akan jujur serta mempamerkan raut wajah yang selaras dengan
perasaannya. Individu yang memiliki kesedaran emosi yang rendah akan
kurang memahami emosi sendiri dan mudah keliru dengan perasaannya.

ii. Penilaian Kendiri

Penilaian kendiri merujuk kepada keupayaan seseorang untuk menilai emosi


sendiri dan orang lain dengan tepat serta dapat memberikan respon yang
bersesuaian dengan situasi yang dialami. Individu yang memiliki penilaian
kendiri yang tinggi dapat menilai perasaan sendiri dan memahami perasaan
orang lain serta terbuka kepada pelbagai jenis perasaan dan tidak bersikap
menghukum. Individu yang mempunyai penilaian kendiri rendah tidak dapat
memahami emosi sendiri dan orang lain. Mereka cenderung memberikan
tindak balas yang kurang sesuai terhadap perasaan orang lain.

5.2.2 Regulasi Kendiri

Regulasi kendiri merujuk kepada keupayaan seseorang untuk mengelolakan emosi


sendiri sehingga memberikan impak positif dalam menghadapi sesuatu situasi.
Menurut Goleman (1998) individu yang memiliki regulasi kendiri yang baik akan cepat
pulih dari tekanan emosi. Komponen regulasi kendiri dalam IKEKPK terbahagi
kepada dua iaitu kawalan kendiri dan kebolehsuaian.

28
i. Kawalan Kendiri

Kawalan kendiri merujuk kepada keupayaan seseorang untuk mengawal


emosi negatif dengan berkesan apabila menghadapi sesuatu situasi. Individu
yang mempunyai kawalan kendiri pada tahap tinggi akan dapat memantau
perasaannya, menghalang emosi negatif dari menguasai dirinya dan
mengawal reaksi terhadap situasi negatif dengan lebih berkesan. Individu ini
lazimnya lebih tenang dan dapat berfikir dengan jelas dalam membuat
keputusan. Individu yang memiliki kawalan kendiri rendah kurang mampu
memantau perasaannya, mudah dikuasai emosi negatif dan tidak dapat
mengawal reaksi negatifnya dengan berkesan. Individu ini akan mudah
terganggu emosi dan melepaskannya dengan cara yang tidak sesuai.

ii. Kebolehsuaian

Kebolehsuaian merujuk kepada keupayaan seseorang untuk menyesuaikan


diri dan memberikan reaksi dengan berkesan dalam pelbagai situasi. Individu
yang mempunyai tahap kebolehsuaian yang tinggi memiliki sikap yang lebih
luwes dan terbuka terhadap perubahan suasana. Mereka akan lebih tenang
dalam menghadapi situasi yang berlainan. Individu yang mempunyai tahap
kebolehsuaian rendah mudah berasa kekok dan tidak selesa untuk
menghadapi perubahan suasana. Mereka akan tertekan untuk menyesuaikan
diri dalam suasana baru.

5.2.3 Motivasi Kendiri

Motivasi kendiri merujuk kepada keupayaan seseorang menggunakan


kecenderungan dalaman untuk menggerakkan dan memandu dirinya ke arah
sesuatu matlamat. Motivasi kendiri dapat membantu seseorang untuk sentiasa
berinisiatif, tabah memperbaiki diri dan menangani cabaran kehidupan (Goleman,
1998). Komponen motivasi kendiri dalam IKEKPK terbahagi kepada dua iaitu
dorongan pencapaian dan optimis.

29
i. Dorongan Pencapaian

Dorongan pencapaian merujuk kepada keupayaan seseorang untuk


bersemangat dan mendorong diri sendiri ke arah mencapai matlamat tertentu.
Individu yang memiliki dorongan pencapaian yang tinggi mempunyai
semangat yang kental untuk mencapai matlamat dan kecemerlangan. Mereka
juga akan meletakkan sasaran yang realistik dan berani mengambil risiko
untuk meningkatkan prestasi diri. Individu yang memiliki dorongan pencapaian
yang rendah lazimnya kurang bersemangat dan mudah putus asa. Mereka
tidak mempunyai matlamat yang jelas dan kurang bersedia untuk mengambil
risiko.

ii. Optimis

Optimis merujuk kepada keupayaan seseorang untuk tekal dalam mencapai


cita-citanya walau terdapat pelbagai halangan dan masalah. Individu yang
memiliki sikap optimis yang tinggi akan sentiasa melihat peluang untuk berjaya
dan bersikap positif terhadap masa hadapan. Individu yang memiliki sikap
optimis yang rendah akan lebih melihat kemungkinan untuk gagal dan
bersikap negatif terhadap masa hadapan.

Ciri-ciri individu yang mempunyai kecerdasan emosi ditunjukkan dalam Jadual 7.

30
KONSTRUK CIRI-CIRI

Kesedaran Kendiri  Kenali emosi yang wujud dalam diri.


 Merasa dan menamakan perasaan yang bergolak dan
boleh hubungkan dengan apa yang difikirkan,
dilakukan dan diungkapkan.
 Sedar kesan tingkah laku ke atas prestasi diri dan orang
lain (sensitiviti).
 Sedar nilai dan matlamat diri yang dijadikan panduan
dalam menilai emosi (jujur emosi).
 Keselarasan niat dengan tindakan.
 Tahu dan akui kekuatan nilai dan kelemahan
diri sendiri.
 Hargai diri sendiri dan percaya dengan kebolehan diri
melaksanakan tugas.
 Tidak terpengaruh dengan gaya hidup orang lain.
 Bersikap terbuka menerima maklum balas.
 Melihat idea/pandangan dari perspektif baru.
 Berani dan bijaksana memberi pendapat dan idea.
 Boleh membuat keputusan tepat (situasi tekanan
dan kekeliruan).

Regulasi Kendiri  Mengawal naluri dan emosi yang destruktif.


 Memantau perasaan dan menghalang cetusan emosi
negatif.
 Boleh dipercayai apabila diberi tugasan (integriti).
 Kekal jujur dan mempunyai jati diri yang tinggi.
 Ikhlas dalam menjalin hubungan dan
melaksanakan tugas.
 Mengaku kesilapan sendiri dan bijaksana menegur
perbuatan tidak beretika orang lain.
 Berani membuat pendirian tegas berasaskan prinsip
walau tidak disukai oleh orang lain.

31
KONSTRUK CIRI-CIRI
 Mempunyai sifat tanggungjawab yang tinggi terhadap diri
ke arah pencapaian diri.
 Boleh menilai prestasi diri setiap masa.
 Sangat teliti dalam merencana tugas dan mampu
menyelesaikan tugas pada waktunya serta berdisiplin.
 Boleh menyesuaikan diri terutama dalam menangani
sebarang perubahan.
 Cekap menangani pelbagai cabaran yang melibatkan
perubahan drastik dan memerlukan respons dan taktik
yang selari dengan situasi yang anjal.
 Bersemangat untuk mencapai matlamat atau
kecemerlangan kendiri.

Motivasi Kendiri  Meletakkan sasaran yang mencabar dan berisiko.


 Sentiasa suka menimba maklumat untuk mengurangkan
ketidaktentuan.
 Mencari jalan memperbaiki diri.
 Mempunyai komitmen yang tinggi dan menjajarkan
matlamat diri dengan matlamat kumpulan atau organisasi.
 Sentiasa mengambil inisiatif.
 Mempamerkan sikap proaktif dan merebut peluang.
 Melakukan tugas melangkaui matlamat.
 Tekun berusaha.
 Optimistik dan tekal meskipun ada halangan.
 Kerja berpasukan.

Jadual 7: Ciri-Ciri Individu Yang Mempunyai Kecerdasan Emosi

32
5.3 Kaedah Pentadbiran

Pentadbiran inventori ini dilaksanakan dalam bilik yang kondusif dan lengkap dengan
kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja. GBKSM/GBKLS perlu
memuat turun instrumen dari laman sesawang Sekpm (http://epkm.moe.gov.my) dan
memberi taklimat kepada GPKhas yang dilantik sebagai personel untuk mentadbir
instrumen. Segala prosedur perlu diikuti dan dipatuhi oleh calon yang menduduki
IKEKPK dengan bimbingan GPKhas. Kaedah pentadbiran IKEKPK adalah seperti
berikut:

Bahagian I: Masa yang dicadangkan ialah 30 minit

1. Calon perlu berada di tempat ujian 15 minit sebelum ujian.


2. GPKhas hendaklah mengedarkan instrumen kepada setiap calon.
3. GPKhas memberi arahan kepada calon untuk:
(i) Menyemak halaman instrumen (GPKhas membantu calon menyemak
halaman instrumen).
(ii) Menulis nama calon pada instrumen (GPKhas membantu calon yang tidak
boleh menulis).
(iii) Menanda semua jawapan di ruang jawapan.
4. GPKhas menyemak jawapan calon berdasarkan kunci jawapan yang
disediakan.

33
Bahagian II: Masa yang dicadangkan ialah 30 minit

1. GBKSM/GBKLS menyediakan bahan bantu instrumen mengikut keperluan


IKEKPK, contohnya:
 Kasut bertali
 Jarum dan benang
 Manik dan benang/puzzle dan maze
 Kolaj/anyaman/resis/maze
 Tali tangsi dan manik
2. Pentadbiran ujian dilaksanakan oleh GPKhas:
(i) GPKhas menyoal murid berdasarkan instrumen yang disediakan.
(ii) GPKhas membuat pemerhatian mengikut keperluan item.
3. Hasil pemerhatian direkodkan dalam ruang jawapan yang disediakan dalam
instrumen.

5.3.1 GPKhas hendaklah:


i. mengumpulkan instrumen mengikut jumlah calon yang hadir.
ii. memindahkan jawapan calon dan mengira skor pada borang profil
IKEKPK (Lampiran 4).
iii. menyerahkan instrumen dan borang profil kepada GBKSM/GBKLS.
5.3.2 GBKSM/GBLS hendaklah:

i. Mentafsir dan memberi interpretasi skor kepada calon dengan bantuan


GPKhas;
ii. Membuat analisis dan laporan; dan
iii. Membentangkan dapatan analisis kepada guru, ibu bapa dan murid.
5.3.3 Guru Besar perlu mengesahkan laporan IKEKPK.
5.3.4 GBKSM/GBKLS dan GPKhas perlu menyimpan borang jawapan dan salinan
laporan IKEKPK di tempat yang selamat.
5.3.5 GBKSM/GBKLS dan GPKhas bekerjasama melaksanakan intervensi.

34
5.4 Pengiraan Skor

Pengiraan skor dan pembentukan profil inventori dibuat secara manual. GPKhas
merekodkan jumlah skor daripada Bahagian I dan Bahagian II ke dalam Borang Profil
IKEKPK.

5.5 Interpretasi Skor

Interpretasi skor bagi IKEKPK adalah berdasarkan Petunjuk Interpretasi Skor seperti
Jadual 8:

TAHAP SKOR INTERPRETASI SKOR


Rendah 0-8  Tidak memahami emosi sendiri dan orang lain.
 Memberikan tindak balas yang tidak sesuai
terhadap emosi orang lain.
 Individu tidak dapat mengawal emosi dan tidak
dapat memberi respon yang berkesan terhadap
reaksi negatif.
 Selalu dikuasai emosi negatif.
 Selalu terganggu emosi dan bertindak dengan cara
yang tidak sesuai.
 Merasa kekok dan tidak selesa untuk menghadapi
perubahan situasi.
 Berasa sangat tertekan untuk menyesuaikan diri
dalam suasana baharu.
 Selalu melihat sesuatu ke arah kegagalan dan
bersikap negatif terhadap masa hadapan
 Tidak tenang dan tidak dapat berfikir dengan jelas
dalam membuat keputusan.
 Bersikap menghukum.
 Tidak mempunyai semangat untuk mencapai
matlamat.
 Tidak mahu mengambil risiko untuk meningkatkan
prestasi diri.
Sederhana 9 - 16  Kurang memahami emosi sendiri dan orang lain.
 Memberikan tindak balas yang kurang sesuai
terhadap emosi orang lain.
 Individu mengawal emosi dan dapat memberi
respon yang kurang berkesan terhadap reaksi
negatif.
 Kadang kala dikuasai emosi negatif.
 Kadang kala terganggu emosi dan bertindak
dengan cara yang kurang sesuai.

35
 Kadang-kala merasa kekok dan kurang selesa
untuk menghadapi perubahan situasi.
 Berasa kurang tertekan untuk menyesuaikan diri
dalam suasana baharu.
 Bersikap agak optimis namun masih merasakan
halangan dalam mencapai matlamat.
 Kurang tenang dan kurang dapat berfikir dengan
jelas dalam membuat keputusan.
 Dipengaruhi oleh perkara-perkara tertentu dalam
membuat penghakiman.
 Kurang bersemangat untuk mencapai matlamat.
 Kurang berani mengambil risiko untuk
meningkatkan prestasi diri.

Tinggi 17 - 24  Memahami emosi sendiri dan orang lain.


 Memberikan tindak balas yang sesuai terhadap
emosi orang lain.
 Individu dapat mengawal emosi dan dapat
memberi respon yang sangat berkesan terhadap
reaksi negatif.
 Tidak mudah dikuasai emosi negatif.
 Emosi tidak terganggu dan bertindak dengan cara
yang sesuai.
 Tidak merasa kekok dan boleh menghadapi
perubahan situasi.
 Tidak berasa tertekan untuk menyesuaikan diri
dalam suasana baharu.
 Sentiasa melihat peluang untuk berjaya dan
bersikap positif terhadap masa hadapan.
 Sangat tenang dan dapat berfikir dengan jelas
dalam membuat keputusan.
 Tidak bersikap menghukum.
 Mempunyai semangat yang kental untuk mencapai
matlamat dan kecemerlangan.
 Berani mengambil risiko untuk meningkatkan
prestasi diri.

Jadual 8: Interpretasi Skor Mengikut Tahap Kecerdasan Emosi

36
6.0 CARTA ALIR PENTADBIRAN IPPK

Penyediaan  GBKSM/GBKLS memuat turun dan


Instrumen/ memperbanyakkan instrumen/bahan
Bahan

 GBKSM/GBKLS memberikan taklimat


Pelaksanaan kepada GPKhas
 Mengikut jadual pelaksanaan

 GPKhas mengedarkan, mentadbir


instrumen mengikut keperluan instrumen.
Pentadbiran  GPKhas memindahkan skor,
instrumen
melengkapkan borang jawapan dan
borang profil

Pengumpulan  GPKhas mengumpulkan instrumen,


instrumen dan borang jawapan dan borang profil serta
Borang Profil menyerahkan kepada GBKSM/GBKLS

 GBKSM/GBKLS mengira, menganalisis,


memberikan interpretasi skor
Pentafsiran  Pengesahan/tandatangan Guru Besar
skor
 GBKSM/GBKLS membentangkan analisis
skor kepada guru, ibu bapa dan murid

 GBKSM/GBKLS dan GPKhas perlu


Penyimpanan menyimpan borang jawapan dan salinan
fail laporan IKPPK di tempat yang selamat.

Intervensi  GBKSM/GBKLS dan GPKhas


melaksanakan intervensi yang bersesuaian

37
7.0 KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN IPPK

IPPK telah diujisah ke atas 16 buah sekolah melibatkan 76 sampel murid yang terdiri

daripada calon-calon Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) 2017. Data ini

telah diproses dan dianalisis untuk melihat nilai kebolehpercayaan dan kesahan item.

Instrumen ini mempunyai nilai person reliability (kebolehpercayaan) 0.7 dan Point

Measure Correlations (kesahan) pula mendapati semua item menunjukkan nilai

positif (0.32<x< 0.8).

8.0 PROFIL MURID

Profil murid berbentuk Pelaporan Psikometrik akan dikeluarkan oleh pihak sekolah
dan diedarkan serentak semasa keputusan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah
(PPSR).

9.0 RUMUSAN

Pentaksiran psikometrik merupakan satu usaha yang terancang dan sistematik untuk
mengenali murid dari segi potensi, minat dan personaliti. Maklumat yang diperolehi
melalui ujian psikometrik dapat mencetus minat murid terhadap pembelajaran di
samping memberi kesedaran kepada murid mengenai kemahiran dan keupayaan
mereka yang diperlukan dalam sesuatu bidang pekerjaan.

IPPK dibina berdasarkan keperluan MBK dan selaras dengan transformasi


pentaksiran yang mencakupi pelbagai aspek serta keperluan
ke arah kemenjadian murid. IPPK mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang
tinggi berdasarkan kajian rintis yang telah dilaksanakan.

IPPK berbeza dengan instrumen psikometrik sedia ada. Item-item dan teknik
penyoalan dalam IPPK adalah lebih ringkas, berillustrasi dan terdiri daripada bilangan
item yang sesuai tetapi masih mengukur konstruk yang hendak diukur. Pentadbiran

38
IPPK adalah lebih autentik yang mana ia melibatkan peranan murid dan guru dalam
situasi yang sebenar.

Profil IPPK dapat digunakan untuk:


 Membantu penempatan murid di sekolah
 Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid
 Membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran
 Intervensi murid
 Ibu bapa lebih mengenali potensi anak
 Mengembangkan potensi murid
 Mengukur potensi kerjaya
 Mengenal pasti kepintaran pelbagai dan kecerdasan emosi dalam
kalangan MBK
 Mendapatkan deskripsi yang tepat mengenai profil psikologi murid MBK
 Meneroka dan mengenal pasti kekuatan dan potensi mbk yang boleh
dibangunkan
 Menjadi panduan kepada guru

IPPK adalah seiring dengan Falsafah Pendidikan Khas iaitu satu usaha yang
berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya
merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai
seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

39
RUJUKAN

Comrey, A.L., & Lee, H.B. (1999). A first course in factor analysis. New Jersey: Lawrence
Erlbaum Associates.

Cooper, R.K. & Sawaf, A. (1996). Executive EQ: Emotional intelligence in leadership and
organizations. New York, NY: The Berkley Publishing Group

Creswell, J.W. (2005). Educational research: Planning, conducing and evaluating


quantitative and qualitative research. Ed. Ke-2. New Jersey: Pearson Merill Prentice
Hall.

Dubi Lufi, Susan Okasha & Arie Cohen (2004). Text Anxiety and Its Effect on the

Personality of Students with Learning Disabilities. Learning Disability Quarterly. Vol


27.

Gardner, H. (1983). Frames Of Mind. New York: Basic Books Inc.

Gardner, H. (1993). Frame Of Mind: The theory of multiple intelligences. New York, NY:
Basic Book.

Gilman, L. (2001). The theory of multiple intelligences. Retrieved April 13, 2004,from
Indiana UniversityWeb site: http://www.indiana .edu/-intell/mitheory.shtml

Goleman, D. (1998). Working with emotional intelligence, New York: Bantam Books.

Matthews, G. & Ziedner, M. (2000). Emotional Intelligence, daptation to stressful


encounters, and health outcomes. In R. Bar-On & J.D.A. Parker (eds). Handbook of
emotional intelligence (pp.459-489): New York: Jossey Bass

Hanizah Hamzah (2011). Mentaksir ciri tret psikologi murid: penerokaan dimensi baru.
Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Hanizah Hamzah (2011). Profil: Kenali murid. tingkatkan prestasi. Lembaga Peperiksaan,
Kementerian Pelajaran Malaysia.

40
Hanizah Hamzah (2011). Pentaksiran holistik acuan Malaysia: PASSaK PADI 5
SERANGKAI. Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Holland, J.L. (1973). Making vocational choices: A theory of careers. New Jersey:

Prentice-Hall, Inc.

Iran Herman (2004). Ujian, pengukuran dan taksiran dalam kaunseling. Kolukium
Kebangsaan Pemantapan Program Kaunseling Di Malaysia. Anjuran: Jabatan
Kaunseling & Psikologi, Fakulti Pembangunan Sosial & Manusia, UUM, Hotel City
Bayview, Langkawi. 13-16 Disember.

Jack M. Fetcher, David J. Francis, Robin D. Morris & G. Reid Lyon (2005). Evidence-Based
Assessment of Learning Disabilities in Children and Adolescents. Journal of Clinical
Child and Adolescent Psychology. Vol 34 (3): 506-522

Kamus Dewan. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Khodori Ahmad (2011). Berkenalan dan bercinta dengan ujian psikometrik. Lembaga

Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kod Amalan Pendidikan Murid Berkeperluan Khas (2014) Bahagian Pendidikan Khas

Kementerian Pendidikan Malaysia

Lazear, D.G. (1992). Teaching for multiple intelligences. Bloomington, IN: Phi Delta Kappa
Educational Foundation. 46 p.

Mayer, J.D., & Salovey, P. (1997). What is emotional intelligence? In P. Salovey and D.
Sluyter (Eds), Emotional development and emotional intelligence: Implication for
educators, pp 3-31. New York: Basic Books.

Norfishah Mat Rabi. (2016). Transformasi Pendidikan Murid Kurang Upaya. UPSI.

Noriah, M.I., Zuria, M., Siti Rahayah, A., Ramlee, M., Ruhizan, M.Y., Norzaini, A., & Ruslin,
A. 2004. IRPA Executive Report, MOSTI.

Parson,F. (1967). Choosing a Vocation. New York: Agathon Press. Edisi asal

diterbitkan pada tahun 1909

41
Petrides, K.V., & Furnham, A. (2001). Trait emotional intelligence: psychometric
investigation with reference to established trait taxonomies. European Journal of
Personality 15: 425–448

Salovey, P. & Mayer, J.D. (1990). Emotional Intelligence. Imagination, Cognition and
Personality 9 (3): 185-211.

Sekaran, U. (2003). Research methods for business. Fourth Edition. New York. John

Wiley & Son.Inc.

Sidek Mohd Noah (2002). Perkembangan kerjaya : Teori & Praktis. Serdang. Penerbit
Universiti Putra Malaysia.

Smith, K. (2002). Howard Gardner and multiple intelligences, the encyclopedia of informal
education. retrieved April 14, 2004, from http:www.infed.org/thinker/gardner.htm

Thomas Kourtessis, Evgenia Thomaidou, Anastasia Liveri-Kantere, Maria

Michalopoupou, Katherine Kourtessis & Efthimis Kioumourtzoglou (2008).


European Psychomotricity Journal. Vol 1(2):10-17

42
PANEL INVENTORI PENDIDIKAN KHAS

NORIZA BINTI MOHD NOOR


LEMBAGA PEPERIKSAAN

RAZMAWATY BINTI MOHAMED


LEMBAGA PEPERIKSAAN

NORMALIS BINTI BAZID


LEMBAGA PEPERIKSAAN

SITI MUMTAZ BASYIRA BINTI JOHARI


LEMBAGA PEPERIKSAAN

SUHAIMI BIN YOP


LEMBAGA PEPERIKSAAN

HAMZAH BIN ISHAK


LEMBAGA PEPERIKSAAN

DR IDA HARTINA
UNIVERSITI MALAYA

DR ALI JAMAAT
IPG RAJA MELEWAR

DR RAMLAN
IPG ENSTEK NILAI

NORLIZA BINTI JAAFAR


IPG KAMPUS ILMU KHAS

SHARIFAH HANIZAH BINTI SYED JAAFAR


PUSAT PERMATA PINTAR NEGARA
UKM

RAFIDAH BINTI SAHARUDIN


PUSAT PERMATA PINTAR NEGARA
UKM

ZUBAIDAH BT MAT @ AHMAD


SMK TENGKU AMPUAN RAHIMAH,

INAH KUALA ABDULLAH


SMK TAMAN UNIVERSITI

NAJAHAH BINTI SHAFIE


SMK (P) KAPAR

43
NORAKMAR BT ABD RASHID
SMK GELANG PATAH

ROHAIZA BINTI JAAFAR


SM SAINS PEREMPUAN SEREMBAN

SITI NURHUDA BINTI MD TAHIR


SMK UNDANG JELEBU

ISMAJULIAN BINTI ISMAIL


SMK TUNKU PUTRA

AZRIAH BINTI MOHD AZMIR


SMK DATO’ UNDANG SYED ALI AL JUFRI

AHMAD SULAIMAN BIN MOHAMMED


SK RAHANG

NURAINEE BINTI MAT YAZIK


SK MAHMUD,

ROSIAH BINTI MOHAMED ARIFF


SMK SERI SAMUDERA,

NORMALA BINTI MISMAN


SMK KAMPUNG JAWA,

KHAIRUL AZHAR BIN MOHD DOM


SK TAMAN KLANG JAYA

44
SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN 1

BORANG JAWAPAN

INVENTORI MINAT KERJAYA PENDIDIKAN KHAS (IMKPK)

Nama : Tarikh :
Jantina : No. K/P :
No.
Kelas :
OKU :

Bahagian A-Kesukaan Bahagian B - Pekerjaan Bahagian C-Kecekapan


ITEM PILIHAN JAWAPAN ITEM PILIHAN JAWAPAN ITEM PILIHAN JAWAPAN SKOR

1 Ya Tidak 13 Ya Tidak 25 Ya Tidak Realistik

2 Ya Tidak 14 Ya Tidak 26 Ya Tidak

3 Ya Tidak 15 Ya Tidak 27 Ya Tidak Investigatif

4 Ya Tidak 16 Ya Tidak 28 Ya Tidak

5 Ya Tidak 17 Ya Tidak 29 Ya Tidak Artistik

6 Ya Tidak 18 Ya Tidak 30 Ya Tidak

7 Ya Tidak 19 Ya Tidak 31 Ya Tidak Sosial

8 Ya Tidak 20 Ya Tidak 32 Ya Tidak

9 Ya Tidak 21 Ya Tidak 33 Ya Tidak Enterprising

10 Ya Tidak 22 Ya Tidak 34 Ya Tidak

11 Ya Tidak 23 Ya Tidak 35 Ya Tidak Konvensional

12 Ya Tidak 24 Ya Tidak 36 Ya Tidak

KOD TIGA MATA HOLLAND

45
LAMPIRAN 2
BORANG JAWAPAN
INVENTORI KECERDASAN PELBAGAI PENDIDIKAN KHAS (IKPPK)
NAMA JANTINA L P
SEKOLAH TARIKH

TANDAKAN PADA PILIHAN JAWAPAN


Skor
KONSTRUK Skor
Mentah
1 2 3 4 5
Y T Y T Y T Y T Y T
6 7 8 9 10
Y T Y T Y T Y T Y T
11 12 13 14 15
Y T Y T Y T Y T Y T
16 17 18 19 20
Y T Y T Y T Y T Y T
21 22 23 24 25
Y T Y T Y T Y T Y T
26 27 28 29 30
Y T Y T Y T Y T Y T
31 32 33 34 35
Y T Y T Y T Y T Y T
36 37 38 39 40
Y T Y T Y T Y T Y T
41 42 43 44 45
Y T Y T Y T Y T Y T
46 47 48 49 50
Y T Y T Y T Y T Y T
51 52 53 54 55
Y T Y T Y T Y T Y T
56 57 58 59 60
Y T Y T Y T Y T Y T
61 62 63 64 65
Y T Y T Y T Y T Y T
66 67 68 69 70
Y T Y T Y T Y T Y T
71 72 73 74 75
Y T Y T Y T Y T Y T
76 77 78 79 80
Y T Y T Y T Y T Y T
81 82 83 84 85
Y T Y T Y T Y T Y T
86 87 88 89 90
Y T Y T Y T Y T Y T

46
LAMPIRAN 3
BORANG PROFIL
INVENTORI KECERDASAN PELBAGAI PENDIDIKAN KHAS (IKPPK)

NAMA

SEKOLAH

JANTINA KELAS
TARIKH
NO KP NO OKU

BIL KONSTRUK SKOR


1 VERBAL LINGUISTIK
2 LOGIK MATEMATIK
3 VISUAL RUANG
4 MUZIK
5 KINESTETIK
6 INTRAPERSONAL
7 INTERPERSONAL
8 NATURALIS
9 EKSISTENSIAL

T.TANGAN : T.TANGAN
NAMA : NAMA :
GBKSM G.P.KHAS :

TARIKH : TARIKH :

47
LAMPIRAN 4

BORANG PROFIL
INVENTORI KECERDASAN EMOSI KENDIRI PENDIDIKAN KHAS (IKEKPK)

NAMA

SEKOLAH

JANTINA KELAS

TARIKH

NO KP NO OKU

KONSTRUK SUB KONSTRUK SKOR

KESEDARAN EMOSI

PENILAIAN KENDIRI
KAWALAN KENDIRI
KEBOLEHSUAIAN
DORONGAN
PENCAPAIAN
OPTIMIS
SKOR KESELURUHAN EMOSI

T.TANGAN : T.TANGAN :
NAMA : NAMA :
GBKSM G.P.KHAS

TARIKH : TARIKH :

48

You might also like