You are on page 1of 32

MENINJAU TAHAP KESEDIAAN GURU PENDIDIKAN KHAS MENERAPKAN

ELEMEN NILAI TAMBAH DALAM KSSRPK


(MASALAH PEMBELAJARAN)

SAPIRA BINTI SAMAT@YUSOFF

TESIS YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN


DARIPADA SYARAT MEMPEROLEH IJAZAH
SARJANA PENDIDIKAN

FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
BANGI

2016
ii

PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

2 Mac 2016 SAPIRA BINTI SAMAT@YUSOFF


P72629
iii

PENGHARGAAN

Segala puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan
rahmat kurnia-Nya akhirnya saya telah dapat menyiapkan kajian ini dengan jayanya.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga secara amnya kepada pihak Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) kerana memberi peluang kepada saya untuk mengikuti
pengajian dan menjalankan penyelidikan, dan khasnya kepada penyelia saya yang tidak
jemu-jemu memberi dorongan iaitu Prof Madya Dr Mohd Hanafi Mohd Yasin di atas
kesudiaan memberikan bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang menjalankan dan
menyiapkan kajian ini. Juga tidak lupa kepada pembaca Dr Safani Bari dengan idea dan
pendapat bagi memantapkan lagi kajian ini serta kepada ahli penilai dan pengesahan
instrumen kajian ini iaitu Dr. Ab Halim Sulong, Dr Abdullah Yusof dan Dr Rosilawati
Othman. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Bahagian Tajaan
Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah memberikan saya biasiswa dalam
meneruskan pengajian dalam peringkat sarjana. Juga tidak lupa kepada Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri
Sarawak yang memberi kebenaran untuk saya menjalankan kajian ditempat yang
dipilih. Kepada pihak sekolah khususnya guru besar, penyelaras dan guru-guru
pendidikan khas Masalah Pembelajaran di daerah Miri terutama SK Pendidikan Khas,
Sk Anchi, Sk Lutong, SK South dan SK Bintang yang sudi menjadi responden kajian
ini. Terima kasih dengan kerjasama yang diberikan.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga saya
terutama suami saya En Fouzai Yusof dan anak-anak saya Syadeey Fouzai dan Syakeeb
Fouzai kerana banyak berkorban dan memberi semangat untuk saya meneruskan
perjuangan ini. Juga kepada kedua ibubapa saya yang banyak memberi sokongan
moral.Tidak lupa kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi motivasi,
informasi dan pendapat yang membina dalam menyiapkan tesis ini. Di harapkan kita
semua beroleh kejayaan di masa hadapan, Insya Allah.
iv

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau pengetahuan dan sikap guru pendidikan khas
Masalah Pembelajaran terhadap amalan penerapan elemen kreativiti dan inovasi,
keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Kurikulum Standard
Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK). Kajian ini juga melihat masalah yang
dihadapi oleh guru serta faktor-faktor yang dapat meningkatkan sikap dan pengetahuan
guru dalam menerapkan elemen-elemen tersebut. Selain itu, hubungan antara
pengetahuan guru pendidikan khas Masalah Pembelajaran dengan sikap guru
pendidikan khas terhadap elemen nilai tambah dalam KSSRPK (MP) turut dilihat.
Kajian ini melibatkan 50 orang guru pendidikan khas Masalah Pembelajaran di lima
buah sekolah rendah di daerah Miri, Sarawak. Instrument soal selidik digunakan bagi
mengumpulkan data. Data-data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif iaitu
min, frekuensi dan peratusan serta analisis inferensi iaitu korelasi Pearson. Hasil
dapatan menunjukkan pengetahuan guru terhadap penerapan elemen nilai tambah
dalam KSSRPK (Masalah Pembelajaran) berada di tahap tinggi. Manakala sikap guru
pula secara keseluruhannya adalah positif terhadap penerapan elemen nilai tambah
dalam KSSRPK. Analisis korelasi Pearson memperlihatkan wujudnya perkaitan yang
tinggi secara positif (r =0.591, p=0.00) antara pengetahuan dengan sikap guru. Masalah
yang dihadapi oleh guru secara keseluruhan adalah sederhana. Faktor yang dapat
meningkatkan pengetahuan dan sikap guru adalah tinggi. Justeru kajian ini memberi
implikasi terhadap guru-guru pendidikan khas Masalah Pembelajaran agar mempunyai
pengetahuan dan sikap yang mantap dan lengkap bagi melaksanakan penerapan elemen
nilai tambah dalam KSSRPK (MP) untuk melahirkan modal insan yang berilmu,
berkemahiran dan berdaya saing.
v

REVIEWING THE READINESS OF SPECIAL EDUCATION TEACHERS


APPLY ELEMENTS OF ADDED VALUE IN KSSRPK
(LEARNING DISABILITIES)

ABSTRACT

This study aimed to explore the knowledge and attitudes of special education teachers
for the learning disabilities student in applying the elements of creativity and
innovation, entrepreneurship and also information and communication technology in
the Standard Curriculum for Primary Schools Special Education (KSSRPK), the
problems faced by teachers and the factors that may increase attitudes and knowledge
of teachers in applying these elements. In addition, to examine the relationship between
knowledge of learning disabilities toward value-added element in KSSRPK (MP). The
study involved 50 teachers of learning disabilities in Miri, Sarawak. One set
questionaire were used to collect data from the sample. The data were analyzed using
the descriptive statistics, in the form of mean, frequency, percentage and Pearson
correlation for statistical inference. The results showed that the knowledge about the
application of value-added element in KSSRPK (MP) are at a high level. While the
overall attitude of teachers is also positive towards the implementation of elements of
value added in KSSRPK. Pearson correlation analysis showed the existence of a high
positive correlation (r = 0.591, p = 0.00) between knowledge and attitudes of teachers.
Problems faced by teachers at a moderate level. Factors that may increase the
knowledge and attitudes of teachers is high. Hence this study have implications for
learning disabilities special education teachers to have the knowledge and positive
attitude for implementing the infusion of added value in KSSRPK (MP) to produce
human capital that is knowledgeable, skilled and competitive.
vi

KANDUNGAN

Halaman
PENGAKUAN ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
ABSTRACT v
KANDUNGAN vi
SENARAI JADUAL x
SENARAI ILUSTRASI xii
SENARAI SINGKATAN xiii

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Kajian 4

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Tujuan Kajian 8

1.5 Objektif Kajian 9

1.6 Persoalan Kajian 9

1.7 Hipotesis Kajian 10

1.8 Kerangka Konseptual 10

1.9 Batasan Kajian 13

1.10 Kepentingan Kajian 14

1.11 Definisi Operasional 15

1.11.1 Elemen Nilai Timbah 15


1.11.2 Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran 18

1.12 Rumusan 19
vii

BAB II KAJIAN KEPUSTAKAAN

2.1 Pengenalan 20

2.2 Teori Berkaitan 20

2.2.1 Teori Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (1987) 21


2.2.2 Teori Tindakan Bersebab (1975) 22

2.3 Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (Masalah 24


Pembelajaran)

2.4 Kreativiti dan Inovasi 26

2.4.1 Pengetahuan guru terhadap kreativiti dan inovasi 28


2.4.2 Sikap guru terhadap kreativiti dan inovasi 31
2.4.3 Masalah yang dihadapi dalam kreativiti dan inovasi 32

2.5 Keusahawanan 34

2.5.1 Pengetahuan guru terhadap keusahawanan 35


2.5.2 Sikap guru terhadap keusahawanan 37
2.5.3 Masalah yang dihadapi dalam keusahawanan 39

2.6 Teknologi Maklumat dan Komunikasi 40

2.6.1 Pengetahuan guru terhadap Teknologi Maklumat dan 41


Komunikasi
2.6.2 Sikap guru terhadap Teknologi Maklumat dan 43
Komunikasi
2.6.3 Masalah yang dihadapi dalam Teknologi Maklumat dan 46
Komunikasi

2.7 Kajian Berkaitan 47

2.7.1 Kreativiti dan Inovasi 47


2.7.2 Keusahawanan 49
2.7.3 Teknologi Maklumat dan Komunikasi 51

2.8 Hubungan Antara Pengetahuan dan Sikap 55

2.9 Rumusan 56

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 57

3.2 Reka Bentuk Kajian 57


viii

3.3 Sampel Kajian 58

3.4 Instrumen Dan Pengesahan Kajian 59

3.5 Kajian Rintis 61

3.6 Prosedur Pengumpulan Data 62

3.7 Prosedur Penganalisisan Data 63

3.8 Rumusan 64

BAB IV DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 66

4.2 Profil Demografi Kajian 66

4.3 Analisis Dapatan Kajian 68

4.3.1 Pengetahuan guru Pendidikan Khas masalah 68


pembelajaran dalam menerapkan elemen nilai tambah
dalam KSSRPK (MP)
4.3.2 Sikap guru Pendidikan Khas masalah pembelajaran 74
dalam menerapkan elemen nilai tambah dalam
KSSRPK (MP)
4.3.3 Masalah-masalah yang dihadapi guru Pendidikan Khas 80
masalah pembelajaran dalam menerapkan elemen nilai
tambah dalam KSSRPK (MP)
4.3.4 Faktor-faktor mempertingkatkan menerapkan elemen 82
nilai tambah dalam KSSRPK (MP)
4.3.5 Hubungan antara pengetahuan dan sikap guru terhadap 84
penerapan elemen nilai tambah dalam KSSRPK (MP)

4.4 Rumusan 84

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 86

5.2 Ringkasan Kajian 86

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 87

5.3.1 Pengetahuan guru Pendidikan Khas masalah 88


pembelajaran terhadap penerapan elemen kreativiti dan
ix

inovasi, keusahawanan dan teknologi maklumat dan


komunikasi.
5.3.2 Sikap guru Pendidikan Khas masalah pembelajaran 94
terhadap penerapan elemen kreativiti dan inovasi,
keusahawanan dan teknologi maklumat dan komunikasi.
5.3.3 Masalah yang dihadapi oleh guru masalah pembelajaran 97
5.3.4 Faktor yang dapat meningkatkan penerapan elemen nilai 100
tambah
5.3.5 Hubungan antara pengetahuan dengan sikap guru 102

5.4 Kesimpulan Dapatan Kajian 103

5.5 Implikasi Dapatan Kajian 104

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 105

5.7 Rumusan 106

RUJUKAN 107

LAMPIRAN

Lampiran A Surat Kelulusan Menjalankan Kajian daripada Bahagian 124


Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia

Lampiran B Surat Kelulusan Menjalankan Kajian daripada Jabatan 125


Pelajaran Negeri Sarawak

Lampiran C Senarai Ahli Panel dan Pengesahan Instrumen Kajian 126

Lampiran D Borang Pengesahan Instrumen Panel Pakar Rujuk 127

Lampiran E Soal Selidik 130


x

SENARAI JADUAL

No. Jadual Halaman

Jadual 3.1 Bilangan sampel kajian 59

Jadual 3.2 Taburan soalan mengikut persoalan kajian 60

Jadual 3.3 Skor Skala Lima Mata 61

Jadual 3.4 Pengubahsuaian Instrumen 62

Jadual 3.5 Nilai Pekali Alpha Cronbach Instrument 62

Jadual 3.6 Interpretasi skor min bagi pengetahuan dan sikap guru- 64
guru pendidikan khas

Jadual 3.7 Kekuatan hubungan pekali korelasi Pearson 64

Jadual 4.1 Jadual Profil demografi kajian 67

Jadual 4.2 Pengetahuan guru pendidikan khas Masalah Pembelajaran 69


dalam menerapkan elemen nilai tambah dalam KSSRPK
(MP)

Jadual 4.3 Pengetahuan keusahawanan dalam kalangan guru 70


pendidikan khas Masalah Pembelajaran dalam
menerapkan elemen nilai tambah dalam KSSRPK (MP)

Jadual 4.4 Pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi dalam 72


kalangan guru pendidikan khas Masalah Pembelajaran
dalam menerapkan elemen nilai tambah dalam KSSRPK
(MP)

Jadual 4.5 Pengetahuan guru pendidikan khas Masalah Pembelajaran 73


dalam menerapkan elemen nilai tambah dalam KSSRPK
(MP)

Jadual 4.6 Sikap guru pendidikan khas Masalah Pembelajaran dalam 75


menerapkan elemen nilai tambah dalam KSSRPK (MP)

Jadual 4.7 Sikap guru pendidikan khas Masalah Pembelajaran dalam 76


menerapkan elemen nilai tambah dalam KSSRPK (MP)

Jadual 4.8 Sikap teknologi maklumat dan komunikasi dalam 77


kalangan guru pendidikan khas Masalah Pembelajaran
dalam menerapkan elemen nilai tambah dalam KSSRPK
(MP)
xi

Jadual 4.9 Sikap guru pendidikan khas Masalah Pembelajaran dalam 79


menerapkan elemen nilai tambah dalam KSSRPK (MP)

Jadual 4.10 Masalah-masalah yang dihadapi guru pendidikan khas 80


Masalah Pembelajaran dalam menerapkan elemen nilai
tambah dalam KSSRPK (MP)

Jadual 4.11 Faktor-faktor mempertingkatkan elemen nilai tambah 82


dalam KSSRPK (MP)

Jadual 4.12 Korelasi pearson hubungan antara pengetahuan dan sikap


guru terhadap penerapan elemen nilai tambah dalam 84
KSSRPK (MP).
xii

SENARAI ILUSTRASI

No. Rajah Halaman

Rajah 1.1 Kerangka Konsep Kajian Kesediaan Guru Pendidikan Khas 11


Masalah Pembelajaran menerapkan elemen nilai tambah dalam
KSSRPK (MP)

Rajah 1.2 Elemen Merentas Kurikulum 15

Rajah 2.1 Bentuk Kurikulum 25

Rajah 2.2 Organisasi Kurikulum 26

Rajah 3.1 Carta Alir Prosedur Pengumpulan Data 63

Rajah 4.1 Pengetahuan Guru Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran 74


dalam Menerapkan Elemen Nilai Tambah dalam KSSRPK (MP)

Rajah 4.2 Sikap Guru Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dalam 79


Menerapkan Elemen Nilai Tambah dalam KSSRPK (MP)
xiii

SENARAI SINGKATAN

KSSRPK Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan


Khas

BP Bermasalah Pembelajaran

BD Bermasalah Pendengaran

BL Bermasalah Penglihatan

PDP Pengajaran dan Pembelajaran

TMK Teknologi Maklumat dan Komunikasi

SPSS Statistical Packages for Social Science

EMK Elemen Merentas Kurikulum

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

PIPP Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

PPPM Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan

SGM Standard Guru Malaysia


BAB I

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Sistem pendidikan merupakan tunjang pembangunan bagi sesebuah negara dalam


memacu pertumbuhan ekonomi. Hal ini selaras dengan misi Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) untuk memperkembangkan potensi individu sepenuhnya bagi
membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia. Kerajaan telah
memberikan sepenuh perhatian dan usaha untuk membangunkan masyarakat dari segi
politik, ekonomi dan sosial bertepatan dengan aspirasi Malaysia untuk menjadi sebuah
negara yang maju menjelang tahun 2020 (Buletin Kementerian Pendidikan Malaysia
2014). Oleh itu, kerajaan telah mengambil berat terhadap pendidikan murid khas kerana
mereka juga merupakan penyumbang utama kepada pembangunan ekonomi negara.
Antara usaha kerajaan adalah terhasilnya transformasi kurikulum agar ia tidak
ketinggalan dengan arus pemodenan.

Terhasilnya transformasi kurikulum pada tahun 2011 telah melibatkan semua


murid termasuklah murid berkeperluan khas. Kurikulum baru ini dikenali sebagai
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan bagi murid khas ia dikenali sebagai
Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) yang terdiri daripada
tiga kategori ketidakupayaan iaitu Bermasalah Pendengaran (BD), Bermasalah
Penglihatan (BL) dan Bermasalah Pembelajaran (BP). Bagi KSSRPK Masalah
Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang
berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara
menyeluruh, peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan
pendidikan seumur hidup (Bahagian Pembangunan Kurikulum 2013).
2

FPK telah menjelaskan matlamat pendidikan adalah bagi melahirkan generasi


seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelek. Manakala bagi Falsafah
Pendidikan Khas matlamat utama adalah untuk menyediakan perkembangan optimum
kanak-kanak berkeperluan khas supaya menjadi individu yang berkemahiran, berdikari,
berhaluan, boleh merancang, mengurus kehidupan dan dapat menyesuaikan diri dengan
masyarakat sekeliling (Jabatan Pendidikan Khas 1997).

KSSRPK telah mengalami perubahan yang holistik melibatkan kurikulum


persekolahan sedia ada yang terdiri daripada perubahan dari segi bentuk, organisasi,
kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan
kurikulum di sekolah (Bahagian Pembangunan Kurikulum 2010). Salah satu perubahan
dalam kurikulum KSSR adalah penambahan tiga elemen merentas kurikulum iaitu
kreativiti dan inovasi, keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK). Penambahan tiga elemen ini adalah untuk mencapai hasrat kerajaan bagi
keberhasilan dalam sistem pendidikan Malaysia dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM 2013-2025). Oleh itu kesemua elemen ini perlu diterapkan dalam
proses pengajaran bagi mata pelajaran yang bersesuaian dan ia sebagai persediaan
murid Masalah Pembelajaran untuk menghadapi cabaran abad ke-21.

Tujuan utama transformasi pendidikan adalah bertujuan untuk melahirkan


murid yang berpengetahuan, berkemahiran dan mempunyai nilai murni serta
menyediakan murid untuk menghadapi arus perubahan dunia. Ia juga dibina supaya
pembelajaran yang diperoleh di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan
seharian. Kurikulum ini menyediakan pendidikan berkualiti untuk murid Masalah
Pembelajaran supaya mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berupaya
menjalani kehidupan dengan lebih bermakna. Kurikulum ini lebih berfokus kepada
penguasaan kemahiran dan tidak terlalu menekankan akademik serta tidak
membebankan murid dan ini selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP 2006-2010) iaitu pembangunan modal insan. Untuk membangunkan
modal insan yang seimbang, bertanggungjawab, sebagai global player dan pekerja
berilmu adalah menerusi pembangunan kurikulum yang berkualiti (Bahagian
Pembangunan Kurikulum 2014; Ahmad Tajudin 2006).
3

Perubahan global dan kemajuan teknologi yang dialami adalah perlu bagi murid
Masalah Pembelajaran dipersiapkan dan didedahkan sejak dari awal lagi dengan
kemahiran atau soft skill agar mereka tidak ketinggalan dalam arus pemodenan. Guru
Pendidikan Khas sebagai nadi penggerak dalam melaksanakan perubahan perlu
memastikan ilmu yang disampaikan adalah bermanfaat bagi membantu melahirkan
modal insan berilmu, berinovatif, kreatif dan berdaya saing serta mampu memacu
pembangunan negara di masa hadapan (Rosnaini & Mohd Arif 2010). Mereka juga
perlu bijak mengatur dan menyusun strategi dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(PdP) sesuatu mata pelajaran di samping menerapkan elemen-elemen yang sesuai
dengan tajuk yang diajar. Merujuk kepada Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan
Khas) 2013, 8(1)(c) yang menyatakan guru pendidikan khas boleh melakukan
pengubahsuaian dan pemantapan kaedah dan teknik terhadap pengajaran dan
pembelajaran, masa dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar
murid khas di sekolah bagi mencapai perkembangan dan pembangunan insan ke arah
kesejahteraan dan keharmonian sejagat. Ini menunjukkan bahawa guru-guru pendidikan
khas perlu sentiasa kreatif dan inovatif serta berpengetahuan luas dalam pedagogi
pengajaran agar dapat mewujudkan kelainan dalam aspek pengajaran.

Guru Pendidikan Khas yang berkualiti merupakan guru yang berupaya untuk
menghadapi cabaran dan masalah dengan sistem pendidikan yang sentiasa berubah
(Zakiah Arshad 2003). Malahan tugas dan tanggungjawab guru juga semakin
bertambah, lebih mencabar, lebih berat dan serta kompleks dengan transformasi
kurikulum ini. Perubahan yang berlaku adalah bagi memantapkan sistem pendidikan
negara dalam mencapai tahap pendidikan yang setanding dengan negara-negara maju
(Mohamad Sani, Norasmah, Suhaida, Abdul Rashid, Zamri, Bhasah 2006; Abd Rahim
2002).

Selaras dengan ini, Standard Guru Malaysia (SGM) yang telah dilancarkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi memberi fokus terhadap kualiti guru-
guru melalui kompetensi profesional bagi melahirkan guru pendidikan khas yang
berpengetahuan tinggi dalam pengajaran mengikut peredaran semasa (KPM 2009).
Oleh itu. Malaysia memerlukan warganegara yang berpengetahuan tinggi dan berupaya
menghasilkan inovasi (Zaitul Azma 2012). Dengan ini, pendekatan terhadap PdP bukan
4

saja memerlukan pendekatan yang menyeluruh dan bersepadu tetapi juga guru perlu
menghubungkan aspek-aspek nilai dan kemahiran bagi melahirkan peribadi yang
seimbang.

Tugas yang telah diamanahkan kepada guru pendidikan khas dalam proses
menerapkan dan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid-murid khas perlu
dilaksanakan dengan sebaik mungkin kerana mereka juga berhak mendapat pendidikan
yang sama (Aron & Loprest 2012) dengan murid tipikal lain. Perbezaannya cuma
kaedah dan pendekatan pengajaran adalah berbeza. Sehubungan itu, guru pendidikan
khas dituntut untuk membangunkan diri dengan perubahan dan pembaharuan dalam
pendidikan yang berlaku kini (Azizi, Jamaludin & Mazeni 2010). Mereka perlu lebih
kreatif dalam mempelbagaikan teknik pengajaran mengikut ketidakupayaan murid.
Selain itu juga guru-guru pendidikan khas yang dapat menghasilkan inovasi dalam
pengajaran juga dititikberatkan dalam pendidikan agar proses PdP yang dijalankan
berkesan (Yahya Buntat & Lailinanita 2011).

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Di Malaysia pendidikan khas telah mendapat perhatian setelah dinyatakan dalam Akta
Pendidikan 1996 di mana terdapat tiga kategori program pendidikan khas iaitu program
bermasalah pendengaran, program bermasalah penglihatan dan program bermasalah
pembelajaran. Ketiga-tiga program ini disediakan dari peringkat prasekolah hingga
sekolah menengah. Guru pendidikan khas merupakan individu yang bertanggungjawab
untuk mendidik murid-murid tersebut dengan keperluan khas. Mereka perlu merancang
secara teratur dan menilai keberkesanan bagi membantu murid mencapai tahap
berdikari yang memuaskan (Jamila 2009).

Guru-guru pendidikan khas Masalah Pembelajaran di negara ini ditempatkan


untuk mengajar di dua jenis program iaitu di Sekolah Khas dan di sekolah biasa yang
mempunyai program Integrasi pendidikan khas. Guru-guru yang terlibat dengan kajian
ini terdiri daripada guru-guru di Sekolah Pendidikan Khas Miri dan di Program
Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran bagi empat buah sekolah rendah di
daerah Miri, Sarawak. Sekolah-sekolah yang terlibat adalah Sekolah Kebangsaan
5

Anchi, Sekolah Kebangsaan Tudan, Sekolah Kebangsaan Bintang dan Sekolah


Kebangsaan South.

Guru-guru yang terlibat adalah berumur antara 25 hingga 55 tahun dan kesemua
mereka mengajar kurikulum baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) bagi Tahap Satu. Majoriti daripada mereka
adalah guru-guru muda yang berasal dari Semenanjung dan telah ditempatkan untuk
berkhidmat di Borneo sebagai penempatan pertama. Kebanyakan daripada mereka
berkelulusan ikhtisas diploma pendidikan dari Institut Pendidikan Guru dan ijazah
sarjana muda pendidikan dari Universiti tempatan.

1.3 PENYATAAN MASALAH

Cabaran pendidikan kini telah menuntut guru melipatgandakan usaha, melengkapkan


diri dengan kemahiran ikhtisas yang releven dengan perubahan dan mempersiapkan
minda dengan pengetahuan kandungan dan pedagogi serta mempunyai kefahaman
terhadap aspek pembelajaran murid (Shahrin & Siti Hasmah 2010; Esah 2003).
Berdasarkan Teori Pengetahuan oleh Shulman (1987) menyatakan bahawa guru
mestilah mempunyai pengetahuan profesional dalam pengajaran untuk menggalakkan
kefahaman pelajar iaitu berpengetahuan isi kandungan, pengetahuan pedagogi dan
pengetahuan tentang pelajar. Caroline dan Abdul Said (2014) menyatakan terdapat
empat ciri-ciri profesionalisme guru iaitu;
1. Memiliki keterampilan yang tinggi dalam sesuatu bidang diceburi.
2. Memiliki ilmu dan pengalaman, cerdas membuat keputusan dan peka.
3. Memiliki sikap berorientasi ke depan dan inginkan perkembangan.
4. Memiliki sikap yakin dan mampu peribadi dan bersifat terbuka.

Perubahan kepada transformasi pendidikan negara sehingga terlaksana


KSSRPK (MP) telah membuktikan bahawa perkembangan semasa negara dalam arus
pendidikan sejajar dengan arus globalisasi. Kurikulum baru ini lebih menekankan agar
murid masalah pembelajaran berupaya mempunyai pengetahuan, kemahiran dan nilai
supaya mereka dapat menghadapi cabaran kehidupan masa hadapan. Objektif utama
KSSRPK adalah bertujuan untuk membimbing murid agar berupaya memperoleh
6

pengetahuan dan kemahiran untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.


Pengetahuan dan kemahiran ini digunakan supaya murid dapat hidup berdikari dan
mendapat kerjaya di masa hadapan serta dapat menggunakan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) seiring dengan perkembangan semasa. Namun demikian sejauh
manakah guru-guru pendidikan khas berusaha untuk mencapai objektif yang telah
ditetapkan kerana aspek kemahiran masih belum di terapkan sepenuhnya dalam sistem
pendidikan kini (Tajul Ariffin Nordin & Nor Aini 2006; Bahagian Teknologi
Pendidikan 2010; Zainuddin 2007).

Penambahan tiga elemen merentas kurikulum dalam KSSRPK iaitu elemen


kreativiti dan inovasi, keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
akan meningkatkan lagi cabaran guru pendidikan khas dalam pengajaran murid khas
Masalah Pembelajaran. Ini adalah kerana elemen-elemen ini perlu diterapkan merentasi
mata pelajaran yang bersesuaian berteraskan kepada standard kandungan dan standard
pembelajaran dan ia bukan satu subjek yang khusus (Bahagian Pembangunan
Kurikulum 2011). Apabila ia bukan subjek khusus maka guru-guru pendidikan khas
hanya akan memberi tumpuan kepada subjek wajib yang diajar tanpa menumpukan
kepada elemen lain. Sedangkan elemen-elemen tersebut penting dan perlu diterapkan
dalam PdP agar murid mendapat kemahiran tambahan. Namun, kemahiran ini amat
kurang dititikberatkan di dalam bilik darjah kerana budaya pendidikan di Malaysia
adalah lebih memberi tumpuan kepada kecemerlangan akademik dan peperiksaan
(Mohd Mohsin & Nasruddin 2008; Chua 2003; Mohd Azhar 2004).

Pelaksanaan elemen-elemen merentas kurikulum dalam pengajaran juga


didapati tidak seragam walaupun terdapat panduan khusus yang disediakan namun tiada
modul dan pendedahan secara formal dalam pengajaran kurikulum baru ini. Perkara ini
menyebabkan guru-guru pendidikan khas hanya akan mengajar mengikut kurikulum
yang telah disediakan tanpa menerapkan elemen dalam pengajaran sedangkan
penerapan elemen ini sangat penting dalam membangunkan modal insan yang
berpengetahuan dan berkemahiran (Mohd Hafeez 2013; Margaritoiu 2010).

Guru-guru pendidikan khas Masalah Pembelajaran juga perlu mempunyai


pengetahuan terhadap isi kandungan pelajaran dalam melaksanakan elemen-elemen
7

dalam pengajaran. Peningkatan dalam pengetahuan subjek yang diajar akan menjadikan
pembelajaran dalam kelas lebih bermakna selain objektif pengajaran akan tercapai
seterusnya keberhasilan murid ini juga terhasil. Guru-guru pendidikan khas juga perlu
mengetahui ketidakupayaan dan masalah murid yang diajar dalam kelas supaya guru
dapat merancang strategi pengajaran dengan baik dan teratur (Kristin & Kyle 2014;
Muhamad Shukri, Lilia, T.Subahan & Nor Aishah 2013; Protheroe, N.Lewis & Paik
2002). Justeru itu, pengetahuan guru terhadap isi kandungan pelajaran dapat membantu
guru dalam memahami kurikulum dengan lebih jelas dan sentiasa bersedia menerima
perubahan yang berlaku dalam dunia pendidikan.

Secara umumnya, apabila terdapat perubahan kurikulum, tumpuan hanya


diberikan kepada latihan memberikan maklumat dan pendedahan kepada perubahan
(Johan 2011).Walaupun terdapat latihan yang dilakukan namun ia tidak berkesan kerana
seolah-olah memberikan maklumat asas sedangkan guru-guru memerlukan lebih
maklumat terutama dalam pengajaran dan cara-cara untuk menerapkan elemen-elemen
ke dalam subjek yang diajar. Kesan daripada latihan seumpama ini akan mengakibatkan
guru-guru hanya melaksanakan penerapan elemen dalam pengajaran sambil lewa dan
tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Menurut Fullan (2007) bagi
meningkatkan perkembangan profesionalisme guru perlu melakukan pelaburan dari
aspek latihan bagi meningkatkan kualiti pengajaran selain memberikan fokus mendalam
dalam aspek perubahan panduan dan pengajaran dalam kelas. Bagi mencapai matlamat
yang di kehendaki, guru perlu berusaha secara berterusan dan bersabar serta
memerlukan komitmen yang tinggi (Datnow 2006). Hal ini jelas menunjukkan bahawa
guru adalah orang yang terlebih dahulu perlu dilatih dan dibimbing dalam
melaksanakan sesuatu perubahan dalam pendidikan.

Selain daripada masalah maklumat dan latihan dalam melaksanakan penerapan


elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan dan TMK dalam kandungan pengajaran,
terdapat juga masalah daripada pihak pengurusan. Pihak pentadbir kurang memberi
galakan dan sokongan kepada guru untuk melaksanakan penerapan ketiga-tiga elemen
dalam pengajaran dan pembelajaran. Pentadbir juga tidak menitik beratkan penerapan
elemen nilai tambah dalam kurikulum di mana boleh dilihat dari aspek penyeliaan guru-
guru (Junaidah & Nik Rosila 2013) Komponen penyeliaan adalah satu perkara yang
8

penting bagi setiap guru-guru di sekolah. Penyeliaan yang dilakukan oleh pentadbir
dapat memperbaiki kualiti pengajaran guru dalam menyalurkan ilmu pengetahuan dan
kemahiran serta penerapan elemen melalui proses pengajaran di bilik darjah (James
2009; Faridah, Noridah & Siti Rahmah 2005; Abdullah Sani 2003).

Sebelum ini, banyak kajian telah dijalankan oleh pengkaji untuk mengenal pasti
penerapan elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan dan TMK dalam pengajaran.
Walau bagaimanapun, kajian mengenai kesediaan guru untuk menerapkan elemen
kemahiran kreativiti dan inovasi, keusahawanan dan TMK dalam KSSRPK (MP)
kurang dibincangkan. Oleh itu dalam kajian ini, penyelidik ingin mengkaji pengetahuan
dan sikap guru serta masalah-masalah dalam melaksanakan penerapan elemen merentas
kurikulum dalam KSSRPK Masalah Pembelajaran untuk memperlihatkan kepada para
pendidik terutamanya pendidik kanak-kanak khas Masalah Pembelajaran tentang
penggunaan penerapan dalam proses pengajaran.

1.4 TUJUAN KAJIAN

Tujuan utama kajian ini adalah untuk meninjau kesediaan guru dari aspek pengetahuan
dan sikap guru pendidikan khas Masalah Pembelajaran dalam menerapkan elemen
kreativiti dan inovasi, keusahawanan dan TMK di dalam KSSRPK. Pengkaji juga ingin
melihat hubungan antara pengetahuan dan sikap guru seterusnya melihat masalah-
masalah yang dihadapi dan faktor-faktor yang boleh meningkatkan kemahiran guru
pendidikan khas dalam menerapkan elemen pengajaran dan pembelajaran yang
merentas kurikulum.

1.5 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk;


1. Melihat sejauh mana pengetahuan guru pendidikan khas Masalah
Pembelajaran dalam menerapkan elemen nilai tambah dalam KSSRPK
(MP).
2. Melihat sikap guru pendidikan khas MP terhadap penerapan elemen nilai
tambah dalam KSSRPK (MP).
9

3. Mengenal pasti hubungan antara pengetahuan dan sikap guru terhadap


penerapan elemen nilai tambah dalam KSSRPK (MP).
4. Mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh guru pendidikan
khas Masalah Pembelajaran dalam menerapkan elemen nilai tambah
dalam KSSRPK (MP).
5. Mengenal pasti faktor-faktor untuk mempertingkatkan penerapan
elemen nilai tambah dalam KSSRPK (MP).

1.6 PERSOALAN KAJIAN

Secara khususnya, kajian tinjauan ini bertujuan untuk mendapatkan jawapan bagi
persoalan berikut:
1. Apakah pengetahuan guru pendidikan khas Masalah Pembelajaran
dalam menerapkan elemen nilai tambah dalam KSSRPK (MP)?
2. Apakah sikap guru pendidikan khas Masalah Pembelajaran terhadap
penerapan elemen nilai tambah dalam KSSRPK (MP)?
3. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan dan
sikap guru terhadap penerapan elemen nilai tambah dalam KSSRPK
(MP)?
4. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh guru pendidikan khas
Masalah Pembelajaran dalam menerapkan elemen nilai tambah dalam
KSSRPK (MP)?
5. Apakah faktor-faktor untuk mempertingkatkan penerapan elemen nilai
tambah dalam KSSRPK (MP)?

1.7 HIPOTESIS KAJIAN

Berdasarkan kepada persoalan kajian 3, hipotesis Nol akan diuji dalam kajian ini seperti
di bawah;

HO1: Tidak terdapat hubungan antara pengetahuan dan sikap guru terhadap penerapan
elemen nilai tambah kreativiti dan inovasi, keusahawanan dan TMK dalam KSSRPK
(MP).
10

1.8 KERANGKA KONSEPTUAL

Kerangka konseptual kajian ini adalah untuk menggambarkan secara menyeluruh kajian
tentang pengetahuan dan sikap guru pendidikan khas Masalah Pembelajaran dalam
menerapkan elemen nilai tambah dalam KSSRPK. Pendapat yang sering kita dengari
adalah bagaimana cara guru mengajar dan keberkesanan kepada murid. Pendapat-
pendapat ini sebenarnya saling berkaitan dan mempengaruhi antara satu sama lain.
Dalam hal ini, kesemua pendapat tersebut merupakan faktor yang dapat menunjukkan
keberkesanan sesuatu pengajaran. Menurut Alijah, Norlidah dan Saedah Siraj (2013)
seseorang guru yang aktif dan berkesan mampu untuk memastikan murid mereka faham
tentang apa yang telah dipelajari dan faktor yang paling penting ialah cara atau kaedah
pengajaran yang diamalkan oleh seseorang guru dan pembelajaran mereka. Guru-guru
yang mempunyai pengetahuan yang jelas dan sikap yang positif terhadap subjek yang
diajar akan mengajar dengan bersungguh-sungguh akan mampu melaksanakan
penerapan elemen nilai tambah secara berkesan.

Kerangka konseptual dalam kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji


pemboleh ubah bersandar iaitu penerapan elemen nilai tambah KSSRPK iaitu kreativiti
dan inovasi, keusahawanan dan TMK. Sementara pemboleh ubah bebas iaitu
pengetahuan guru dan sikap guru. Teori yang digunakan dalam kajian ini adalah Teori
Pengetahuan oleh Shulman (1987) dan Teori Tindakan Beralasan oleh Fishbein dan
Ajzen (1975) seperti dalam rajah 1.1 di bawah;
11

Kesediaan Guru

Teori
Teori
Tindakan
Pedagogi
Bersebab
Kandungan
Ajzen &
Shulman KSSRP
Pengetahuan Guru Sikap Guru Fishbein
(1987) K (1975)

Elemen Nilai Tambah

Kreativiti dan Inovasi Keusahawanan Teknologi Maklumat dan


Komunikasi

Masalah

Faktor-faktor peningkatan

Rajah 1.1 Kerangka Konsep Kajian Kesediaan Guru Pendidikan Khas Masalah
Pembelajaran menerapkan elemen nilai tambah dalam KSSRPK (MP)

Berdasarkan rajah di atas kajian ini meninjau tahap kesediaan guru pendidikan
khas dalam menerapkan elemen nilai tambah dalam kurikulum standard sekolah rendah
pendidikan khas (KSSR) bagi kategori Masalah Pembelajaran. Kurikulum Standard
Sekolah Rendah Pendidikan Khas merupakan kurikulum baru yang diperkenalkan
memerlukan guru bersedia dari aspek pengetahuan dan sikap terhadap penerapan
elemen nilai tambah. Teori yang dipilih dan bersesuaian dengan pengetahuan guru ialah
Teori Pedagogi Kandungan oleh Shulman (1987). Teori ini berpendapat bahawa
pengetahuan seseorang guru pendidikan khas sangat penting dalam pengajaran dan
12

pembelajaran di sekolah. Murid berkeperluan khas belajar dan mendapat ilmu daripada
guru pendidikan khas yang mempunyai pengetahuan tentang apa yang akan
disampaikan. Keadaan ini sangat menuntut guru pendidikan khas agar sentiasa
mendapatkan pengetahuan dan ilmu terbaru mengikut peredaran semasa.

Teori Shulman (1987) telah memperkenalkan pedagogical content knowledge


(PCK) atau pengetahuan pedagogi kandungan sebagai pengetahuan asas yang penting
dan perlu dimiliki oleh guru dalam pengajaran. Bertepatan dalam kajian ini hanya
menekankan pengetahuan guru terhadap isi kandungan dan pedagogi sahaja, maka teori
ini digunakan dalam kajian ini. Pengetahuan tentang kandungan subjek dan pendekatan
pedagogi yang sesuai merupakan cara pengajaran yang berkesan serta mampu mencapai
objektif PdP.

Kesediaan dari aspek sikap guru juga ditinjau dalam kajian ini kerana sikap
seseorang guru dapat ditunjukkan melalui tingkah laku sama ada bersikap positif atau
negatif terhadap penerapan elemen nilai tambah iaitu kreativiti dan inovasi,
keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Sikap ini adalah berasaskan
kepada Teori Tindakan Beralasan oleh Fishbein dan Ajzen (1975). Teori ini
menghubungkan antara sikap (attitude), kehendak (intention) dan perilaku (behavior).
Berdasarkan teori ini seseorang akan melakukan sesuatu disebabkan oleh niat atau
kehendak untuk melakukan. Manakala niat untuk bertindak pula ditentukan oleh sikap
seseorang. Oleh itu niat adalah komponen penting bagi seseorang untuk melakukan
tingkah laku tertentu. Satu peristiwa akan menimbulkan respond individu dan kemudian
akan melibatkan satu keputusan sama ada bersikap mahu melakukan atau tidak. Ia
dipengaruhi oleh diri sendiri atau dipengaruhi oleh orang di sekeliling. Kajian ini
bertepatan dengan teori tindakan beralasan yang mengatakan bahawa seseorang guru
pendidikan khas akan melakukan penerapan elemen nilai tambah dalam kurikulum
apabila ia memandang perbuatan itu positif atau sebaliknya.

Elemen nilai yang ditambah dalam kurikulum baru iaitu Kurikulum Standard
Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) adalah kreativiti dan inovasi,
keusahawanan dan TMK. Ketiga-tiga elemen ini sangat penting dan perlu
diperkenalkan kepada murid agar mereka juga dapat bersedia dalam menghadapi
13

cabaran kini. Persiapan kemahiran ini perlu diterapkan sejak dari awal persekolahan
agar murid dapat aplikasikan dalam kehidupan mereka.

Selain itu juga, masalah-masalah yang dihadapi oleh guru pendidikan khas juga
ditinjau berhubung dalam menerapkan elemen nilai tambah dalam kurikulum.
Seterusnya mengkaji apakah faktor-faktor yang dapat mempertingkatkan penerapan
elemen nilai tambah dalam kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas
Masalah Pembelajaran. Sehubungan itu, kesediaan guru amat penting untuk membantu
murid dalam mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran. Oleh itu, adalah
bersesuaian dengan objektif kajian ini untuk mengenal pasti pengetahuan dan sikap guru
dalam melaksanakan penerapan elemen-elemen kemahiran dalam melaksanakan
pengajaran KSSRPK (Masalah Pembelajaran) agar murid dapat membina pengetahuan
baru dan mengembangkan pengetahuan yang sedia ada, berkemahiran dan mampu
berdaya saing.

1.9 BATASAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk melihat kesediaan guru pendidikan khas Masalah
Pembelajaran dalam menerapkan elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan dan
TMK dalam KSSRPK (Masalah Pembelajaran). Kajian ini hanya berfokus kepada
pengetahuan dan sikap guru terhadap penerapan nilai tambah dalam KSSRPK (Masalah
Pembelajaran). Kajian ini juga untuk melihat masalah-masalah yang dihadapi dan
faktor-faktor bagi meningkatkan penerapan elemen nilai tambah dalam KSSRPK
(Masalah Pembelajaran). Kajian ini dijalankan hanya ke atas sampel dari Sarawak
sahaja. Sampel yang dipilih adalah guru-guru khas yang mengajar KSSRPK Tahap Satu
di program pendidikan khas bermasalah pembelajaran bagi daerah Miri sahaja. Tujuan
penyelidik memilih lokasi ini adalah untuk memudahkan penyelidik menjalankan
proses penyelidikan kerana penyelidik telah lama mengajar di Miri dan kebanyakan
guru-guru yang mengajar di sekolah-sekolah berkenaan dikenali oleh penyelidik.
14

1.10 KEPENTINGAN KAJIAN

Berdasarkan kepada masalah kajian dan objektif kajian di atas, kajian ini dilakukan bagi
melihat sejauh mana pengetahuan guru dan sikap mereka dalam melaksanakan
penerapan elemen kemahiran kreativiti dan inovasi, keusahawanan dan TMK dalam
KSSRPK (Masalah Pembelajaran). Tambahan elemen-elemen ini akan memberikan
pengetahuan dan kemahiran asas kepada murid khususnya murid khas Masalah
Pembelajaran. Hal ini akan merangsang individu mempelajari sesuatu ilmu
pengetahuan dan kemahiran melalui cara yang aktif dalam cara yang formal di samping
menimbulkan keseronokan. Kajian penyelidik juga penting kerana dapat memberi
sumbangan-sumbangan seperti:

Hasil kajian ini mampu memberi maklumat dan data berkaitan kesediaan guru
dari aspek pengetahuan terhadap penerapan elemen-elemen merentas kurikulum serta
kekangan yang wujud dalam pelaksanaannya. Dapatan tersebut boleh dijadikan rujukan
dan garis panduan untuk merancang program latihan guru oleh pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia terutama Bahagian Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri,
Pusat Pelajaran Daerah dan pihak pentadbiran sekolah. Pihak yang terlibat dapat
mengenal pasti aspek yang perlu diberi penekanan dalam strategi memantapkan
pengetahuan guru melaksanakan penerapan elemen dalam KSSRPK (Masalah
Pembelajaran).

Dapatan tentang masalah dalam pelaksanaan ini pula boleh dijadikan garis
panduan kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menangani dan
meminimumkan kekangan yang wujud serta merangka strategi penyelesaian agar
penerapan elemen nilai tambah dapat dilaksanakan oleh guru-guru pendidikan khas
Masalah Pembelajaran dengan berkesan.

Guru-guru pendidikan khas Masalah Pembelajaran juga mendapat manfaat


daripada hasil kajian ini untuk melaksanakan penerapan elemen nilai tambah dalam
KSSRPK agar lebih bersedia dan proaktif serta menuntut mereka agar lebih berilmu
pengetahuan dan mempunyai sikap yang positif terhadap tuntutan baru dalam amalan
pengajaran dan pembelajaran seiring dengan perubahan dunia semasa.
15

1.11 DEFINISI OPERASIONAL

Definisi operasional kajian ini menerangkan kata kunci utama iaitu Elemen Nilai
Tambah, Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

1.11.1 Elemen Nilai Tambah

Elemen nilai tambah merupakan elemen yang terkandung dalam elemen merentas
kurikulum. Semua elemen ini perlu diterapkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Elemen yang sedia ada dalam KBSR adalah Bahasa, Sains dan
Teknologi, Pendidikan Alam Sekitar, Nilai Murni dan Patriotisme. Tambahan tiga
elemen nilai tambah yang baru adalah Kreativiti dan inovasi, Keusahawanan dan TMK
seperti Rajah 1.2. Tujuan elemen nilai tambah ini diterapkan untuk mengukuhkan
kemahiran dan keterampilan modal insan serta dapat menangani cabaran semasa. Ia
juga sebagai pelengkap untuk memantapkan kualiti pelaksanaan KSSRPK (Bahagian
Pembangunan Kurikulum 2010).

Rajah 1.2 Elemen merentas kurikulum


16

a. Kreativiti dan inovasi

Perkataan kreativiti berasal daripada perkataan Latin creo dan perkataan Barat
creativity yang bermaksud kebolehan mencipta, menghasilkan serta mengembangkan
sesuatu idea baru dan asli (Mohamad Mohsin & Nasruddin 2008). Menurut Mohd Azhar
(2004) kreativiti adalah kebolehan seseorang berfikir dan menaakul dalam usaha
menyesuaikan diri dengan persekitaran. Starco (2010) menyatakan kreativiti merupakan
satu usaha seseorang untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik, bermakna dan lebih
cantik terlaksana. Mumford (2003) memberikan maksud kreativiti sebagai satu proses
idea atau produk yang mengakibatkan kepada penghasilan sesuatu yang baharu dan
memberikan faedah dan kebaikan kepada individu dan masyarakat.

Inovasi merupakan satu pembaharuan, modifikasi atau memperbaiki idea,


benda, ilmu dan ciptaan seni bertujuan untuk memenuhi fungsi-fungsi dan pasaran
tertentu (Sufean Hussin 2007). Manakala menurut Zaini Ujang (2010), inovasi
menjurus kepada penambahbaikan kepada pemikiran dan idea sedia ada sehingga
memberi manfaat dan boleh dijadikan sebagai produk atau perkhidmatan yang boleh
dikomersialkan.

Kreativiti dan inovasi dalam kajian ini adalah dua perkara saling berkaitan antara
satu sama lain. Kreativiti merupakan asas kepada inovasi. Inovasi tidak akan berlaku
tanpa kreativiti. Murid Masalah Pembelajaran perlu diberikan pendedahan untuk
menghasilkan dan memperkembangkan sesuatu kaedah, idea atau ciptaan baru dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan kreativiti yang mereka ada dapat
memberikan mereka peluang untuk menghasilkan sesuatu yang baru menggunakan
unsur yang sedia ada sehingga dapat menghasilkan sesuatu yang bernilai dan boleh
dikomersialkan. Penerapan kreativiti dan inovasi ini akan dapat melahirkan dan
memupuk minat murid terhadap kemahiran ini seterusnya mereka dapat menghadapi
arus cabaran kini.
17

b. Keusahawanan

Keusahawanan adalah satu situasi yang meliputi semua aktiviti yang terlibat dengan
pembudayaan keusahawanan, pewujudan usahawan dan pembangunan usahawan
dengan perniagaannya dari peringkat permulaan sehingga berkembang maju atau tidak
berjaya (Nor Aishah 2013). Ia juga bermaksud sesuatu usaha seseorang individu atau
kumpulan bagi merubah idea atau benda sehingga menjadi sesuatu yang mempunyai
nilai ekonomi (Hisrich & Peters 2008). Manakala Kuratko dan Hodgetts (2007)
menyatakan keusahawanan adalah proses inovasi dengan empat dimensi iaitu individu,
organisasi, alam sekitar dan proses kolaborasi dengan kerajaan, pendidikan yang
mencapai proses perniagaan. Keusahawanan adalah pendidikan keusahawanan yang
merangkumi pemikiran, sikap, mengamalkan kemahiran asas jual beli, menghasilkan
produk berasaskan vokasional dan nilai moral (Nor Aishah 2013). Menurut perspektif
Islam, keusahawanan adalah 90% sumber rezeki yang datang daripada hasil perniagaan
dan merupakan salah satu cabang ibadat (Ab Yusof & Zakaria 2004). Manakala
menurut Drucker (2005) inovasi dalam keusahawanan sangat penting bagi
mengeksploitasi perubahan-perubahan yang boleh dijadikan peluang perniagaan dan
perkhidmatan yang berbeza dengan orang lain.

Dalam kajian ini, keusahawanan merupakan kemahiran asas yang perlu dimiliki
oleh murid khas dan menyediakan murid dengan ciri-ciri dalam pengurusan asas jual
beli dan menghasilkan produk serta berfikir ke arah keusahawanan bagi kesejahteraan
diri, keluarga dan masyarakat. Seterusnya, dengan adanya kemahiran keusahawanan ini
diharapkan dapat diamalkan dalam kehidupan seharian murid tersebut.

c. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Teknologi Maklumat dan Komunikasi juga dikenali dengan Information


Communication Technology (ICT) merupakan penggabungan teknologi seperti
komputer, video dan teknologi telekomunikasi di dalam penggunaan komputer
multimedia dan rangkaian serta perkhidmatan yang memberikan manfaat kepada
seseorang (Abdul Wahab, Kamaliah & Haslina 2006). Menurut Kementerian
Pendidikan Malaysia (2010) teknologi maklumat adalah teknologi yang merekod,
18

menyimpan, memproses, mendapatkan semula, menghantar dan menerima maklumat


melalui pelbagai bentuk media seperti teks, audio, video, grafik dan imej. Di dalam
kajian ini, TMK bermaksud peralatan dan perisian teknologi yang digunakan seperti
komputer atau tablet, ipad, LCD serta perisian yang digunakan sebagai bahan bantu
mengajar kepada murid khas di samping memperkenalkan teknologi canggih kepada
mereka agar mereka tidak ketinggalan dalam arus pemodenan.

1.11.2 Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran

Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran adalah satu program yang disediakan untuk
memenuhi keperluan pendidikan murid-murid yang mengalami masalah dari aspek
sosial dan kebolehan intelek yang terhad. Kategori masalah pembelajaran adalah
pelbagai termasuk terencat akal, down sindrom, autisme, cerebral palsi, masalah
komunikasi dan perkembangan bahasa, hiperaktif, hipoaktif dan pintar cerdas (Jamila
2009). Murid-murid yang mengalami masalah pembelajaran menghadapi kesukaran
dalam interaksi dengan persekitaran dan seterusnya akan menghalang situasi mereka
untuk belajar. Mereka memerlukan metodologi pengajaran yang menggalakkan untuk
mereka berinteraksi. Pendidikan khas masalah pembelajaran yang disediakan adalah
bertepatan bagi memenuhi keperluan murid untuk belajar. Ia disediakan dengan
pendekatan, rancangan pendidikan, strategi, kaedah dan teknik yang berbeza daripada
program aliran perdana. Pendidikan ini bermula dari peringkat prasekolah sehingga
peringkat menengah serta teknik dan vokasional (Mohd Zuri & Aznan 2011).

1.12 RUMUSAN

Kajian tinjauan ini dijalankan oleh penyelidik bagi menjelaskan elemen-elemen yang
telah ditambah ke dalam KSSRPK (Masalah Pembelajaran) dan hubung kaitnya dengan
tahap pengetahuan dan sikap guru dalam melaksanakan proses pengajaran. Pengetahuan
guru terhadap penerapan elemen merentas kurikulum ini adalah faktor utama dalam
melaksanakan penerapan elemen nilai tambah, begitu juga dengan sikap guru terhadap
penerapan elemen ini. Dalam bab ini juga penyelidik telah menggariskan objektif dan
tujuan kajian bagi memastikan kajian berada pada landasan yang betul. Masalah-
19

masalah yang dihadapi oleh guru juga dikaji dan faktor bagi meningkatkan penerapan
elemen nilai tambah turut diberikan perhatian.

Guru pendidikan khas perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan


tentang elemen yang telah ditambah dalam KSSRPK supaya mereka dapat menerapkan
kemahiran tersebut kepada murid khas dengan sebaik mungkin. Memandangkan negara
kini mengalami transformasi dan pelbagai cabaran yang perlu dihadapi, maka
kemahiran yang diterapkan di sekolah dapat digunakan oleh murid khas bagi
menghadapi kehidupan mereka di abad ke 21 setanding dengan murid tipikal.

Keseluruhan bab ini telah menjelaskan dengan terperinci tujuan, matlamat dan
kepentingan kajian yang boleh dijadikan rujukan kepada pihak-pihak berkenaan.

You might also like