You are on page 1of 7

1.

0 PENGENALAN

Tamadun Melayu, Cina dan India telah memberi sumbangan dan impak yang besar kepada
pembentukan tamadun serta pembangunan insan sejagat secara umum dan Malaysia secara
khusus. Hal ini dimana terdapat pelbagai bukti yang menunjukkan bahawa kecemerlangan
tamadun Malaysia pada masa kini adalah hasil daripada kepelbagaian tamadun Asia iaitu
tamadun Melayu, Cina, India terhadap bahasa, kesenian dan kesusasteraan.

2.0 DEFINISI TAMADUN DAN INTERAKSI ANTARA TAMADUN

Tamadun merupakan masyarakat manusia yang telah keluar daripada kehidupan yang
mundur (nomad) dan telah mencapai kemajuan dalam pelbagai aspek kehidupan. Menurut
Arnold Tonubee (dalam Mohd Jusoh, 2011) mengatakan bahawa tamadun ialah sistem
masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti
dan ia mempunyai 4 elemen iaitu bahan-bahan ekonomi, sistem politik, pengetahuan dan seni.

Selain itu, Jayaudin (2001) berpendapat dalam bukunya bahawa Ibn Khaldun
memperkenalkan dua terminologi al – umran dan al – hadarah dalam abad ke – 14 yang
membawa maksud sekumpulan manusia yang tinggal kekal di sesuatu tempat atau kota atau
wilayah dan tanah pertanian yang akhirnya merintis kemajuan,kemakmuran dan pencapaian
yang bersumberkan agama. Manakala, interaksi antara tamadun pula merupakan hubungan
aktif saling bertindak balas atau saling mempengaruhi antara satu sama lain (Faizah, 2015).
Hal ini kerana agama, pegangan nilai, bahasa, budaya, adat dan sistem sosial dapat
mempengaruhi interaksi pelbagai tamadun.

3.0 FAKTOR INTERAKSI ANTARA TAMADUN

3.1 FAKTOR PERKAHWINAN


Pada zaman keagungan Kerajaan Melayu Melaka, hubungan diplomatik dengan
China telah dilaksanakan agar Melaka selamat dari ancaman musuh. Laksamana
Cheng Ho membawa perutusan pengiktirafan Parameswara sebagai pemerintah
Melaka oleh Maharaja China. Untuk menjalinkan hubungan yang baik antara dua
negara, Maharaja China telah menghantar puterinya, Hang Li Po untuk
dikahwinkan dengan Sultan Mansur Syah. Kelompok yang berasal daripada
keturunan para pengiring Puteri Hang Li Po lebih dikenali sebagai “Baba dan
Nyonya” ataupun “Peranakan”.

Selain itu, di Alam Melayu dimana interaksi penduduk tempatan dengan


pedagang Arab berlaku menerusi perkahwinan. Sementara menunggu angin
monsun berbulan-bulan, terdapat kalangan pedagang yang berkahwin dengan

1
penduduk tempatan. Melalui proses ini, secara tidak langsung, proses islamisasi
berlaku kerana bagi membolehkan mereka berkahwin dengan pedagang Arab yang
beragama Islam, wanita tersebut diislamkan terlebih dahulu. Terdapat juga
pedagang yang berkahwin dengan puteri pemerintah tempatan seperti
perkahwinan Megat Iskandar Shah dengan Puteri Pasai.

3.2 FAKTOR PERDAGANGAN


Aktiviti perdagangan turut menjadi faktor penjalin interaksi antara tamadun.
Sebagai contoh, hubungan perdagangan yang berlaku antara Arab dan China
melalui jalan darat dan laut. Hubungan terjalin sejak abad 3 Masihi sehingga pada
abad 8 Masihi. Pedagang Arab dan Parsi telah membuat penempatan seperti di
Kwang Cho (Canton), Chang Chow dan Chuan Cow. Mereka telah mendirikan
masjid di Guangzhou dan Guanzhou. Situasi ini membuktikan berlaku Islamisasi di
wilayah ini.

Selain itu, interaksi yang terjalin antara Tamadun Alam Melayu di Asia
Tenggara dengan negara Arab. Jalinan ini terjadi apabila pedagang Arab terpaksa
singgah ke Alam Melayu untuk menunggu angin yang sesuai sebelum ke China
mahupun balik ke Arab. Persinggahan ini menghasilkan interaksi baru di Alam
Melayu bahkan berlakunya Islamisasi di pelabuhan tersebut. Di samping itu, rantau
Melayu juga adalah sebagai satu kawasan perdagangan yang menjadi tumpuan
saudagar India. Menurut Uqbah, Nordin dan Ahmad (2015), terdapat sumber
maklumat China yang menyebut bahawa Yau-Chu-Li merupakan nama kepada
Semenanjung Tanah Melayu yang merupakan pusat pelabuhan dan perdagangan
China dan India semenjak abad sebelum Masihi lagi. Jadi, hal ini menunjukkan
bahawa interaksi antara Melayu, China, Arab dan India adalah melalui
perdagangan.

4.0 SUMBANGN DARI HASIL INTERAKSI TAMADUN DALAM MEMBENTUK TAMADUN


MALAYSIA.

4.1 DARI SEGI BAHASA


Terdapat beberapa kesan positif daripada interaksi antara tamadun di Malaysia dari
sudut bahasa. Antaranya ialah membentuk istilah-istilah lain dalam bahasa Melayu
(Afifah, 2006). Hal ini telah meningkatkan pertambahan bahasa dan kosa kata
Melayu dalam pelbagai aspek. Contohnya istilah yang wujud yang diambil dari
bahasa Cina ialah, cincau, taugeh, kuaci, kucai, tauhu, tocang, kekwa (bunga),

2
gincu, candu, loceng, sampan, beca, cawan, taukeh, mahjong dan sebagainya.
Terdapat juga istilah dalam bahasa Melayu yang diambil hasil dari interaksi dengan
tamadun India. Istilah ini adalah hasil serapan dan pinjaman daripada bahasa
Sanskrit dan Tamil. Berikut adalah antara sebahagian perkataan yang dinyatakan
oleh Ismail, Aziz & et. al. (1989) iaitu bhumi (bumi), bhasa (bahasa), nagaram
(negara), danda (denda), dan akasah (angkasa).
Di samping itu, terdapat juga istilah yang telah digunakan yang berasal dari
interaksi antara tamadun Malaysia dengan tamadun Islam iaitu iman, taubat, solat,
redha, fikir, akhir dan faham. Kadangkala pengaruh asing juga begitu kuat
sehinggakan kata-kata bahasa Melayu akan menjadi arkaik kerana jarang-jarang
digunakan. Contohnya tetuang udara bagi radio, kereta lereng bagi basikal, peti
gambar bagi televisyen, rumah sakit bagi hospital dan lain-lain (Zawiah dan
Mashitah, 2007) Akan tetapi, hal ini jelas menunjukkan bahawa hasil gabungan
daripada istilah-istilah tersebut telah meningkatkan pertambahan bahasa dan kosa
kata Melayu dalam pelbagai aspek. Jika bahasa Melayu tidak menerima istilah dari
bahasa yang lain, maka bahasa Melayu mengalami kelemahan dalam merujuk
sesuatu benda seperti bahasa atau perkataan dalam bidang ilmu.

4.2 DARI SEGI KESUSATERAAN


Hasil hubungan masyarakat India dengan Alam Melayu dapat dilihat dalam bidang
kesusasteraan dimana beberapa tema dan motif kesusasteraan India tertentu
diserapkan ke dalam beberapa karya tradisi historiografi Melayu seperti jelmaan
anak raja daripada buih terdapat dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah
yang dikaitkan dengan sumber kesusasteraan India tertentu. Menurut Hashim
Musa (2000) proses penyerapan budaya tersebut telah mengambil kira
penyesuaian dan penyelarasan oleh unsur-unsur kebijaksanaan tempatan.
Sebagai contoh epik dan mitos India digunakan dalam kesusasteraan Melayu
seperti Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Seri Rama, Hikayat Kalilah dan
Daminah, Hikayah Nakhkoda Muda dan Hikayat Maharaja Pikrama Sakti (daripada
Kathasaritsagara).

Selain itu, Tamadun Islam iaitu Arab telah membawa masuk sistem tulisan jawi
dimana sebelum kedatangan Islam, boleh dikatakan tiada tulisan yang praktis
digunakan. Dengan itu, Islam membawa satu sistem tulisan menggunakan tulisan
jawi atau Arab. Menurut Mustafa (2001), pada waktu itu, bahasa Melayu kuno yang
menggunakan tulisan Palava digantikan dengan huruf jawi. Kesannya, tulisan jawi
digunakan secara meluas di Alam Melayu bahkan sampai sekarang tulisan tersebut

3
masih digunakan terutamanya dalam sistem persekolahan. Sebagai contoh subjek
Pendidikan Islam yang menggunakan tulisan jawi sepenuhnya. Ia menjadi dimensi
baru dalam tradisi pengembangan ilmu khususnya ilmu agama dalam masyarakat
Malaysia. Hal ini kerana, melalui tulisan tersebut, bidang sastera Melayu mula
berkembang sehingga kini.

4.3 DARI SEGI KESENIAN


4.3.1 Seni Tari
Antara sumbangan kesenian tamadun India di Malaysia adalah dari segi tarian.
Seni tarian merupakan aspek kebudayaan kaum India di Malaysia yakni tarian yang
kaya dengan pelbagai langkah yang menarik. Sebagai contoh Tarian Bharata
Natyam. Kebiasaannya tarian ini akan dilakukan pada Hari Kebudayaan Malaysia
(Nurul, 2013). Tarian ini merupakan salah satu gaya tarian klasik India dimana
ianya menggunakan pelbagai gerakan kaki, tangan dan mata. Tarian ini menjadi
satu tarian yang wajib dipersembahkan kepada raja pada masa itu iaitu Akhbar
Khan, pemerintah kerajaan India pada masa itu dan masih dipersembahkan oleh
kaum India khususnya di India (Najmi, n.d). Hal mewujudkan suasana yang
berwarna-warni di Malaysia yang kaya dengan pelbagai bangsa dan budaya.

Selain itu, Tarian Singa Cina juga merupakan tarian yang popular di Malaysia
dimana ianya biasanya dipersembahkan semasa perayaan Tahun Baru Cina di
Malaysia. Tarian tersebut merupakan hasil daripada interaksi Tamadun Cina.
Mengikut lagenda, di zaman purbakala, hanya singa haiwan yang dapat menghalau
haiwan mitos bernama Nian yang mengganas di China dan menelan manusia pada
malam Tahun Baru. Tarian ini dikatakan oleh Dans (2018), biasanya memerlukan
koordinasi sempurna, kelembutan dan keberanian yang tinggi, sentiasa ditarikan
kepada rentak tagu, gendang Cina, dan dentingan simbal. Jadi dengan adanya
kepelbagaian tarian di Malaysia kini menjadikan Malaysia sebuah negara yang
unik.

4.3.2 Seni Bina


Hasil interaksi Tamadun China di Tanah Melayu pada zaman awal boleh dilihat
dalam aspek seni bina. Hal ini demikian, unsur seni bina Cina diserap dalam
pembinaan masjid dan sehinggalah ke hari ini masih jelas kewujudannya. Antara
ciri khusus serapan ialah reka bentuk bumbung masjid yang menyerupai seni bina
Pagoda. Sebagai contoh dapat dibuktikan dan dilihat pada Masjid Tanjung Kling

4
dan Masjid Tengkera di Melaka, Masjid Kampong Laut di Kelantan dan beberapa
tempat lain.
Manakala Tamadun India juga memberi pengaruh dari segi seni bina. Hal ini
kerana pendatang India banyak mendirikan kuil-kuil agama Hindu yang banyak
menyerupai bentuk seni bina seperti kuil Hindu di India. Namun begitu pengaruh
seni bina Selatan India, banyak mempengaruhi binaan masjid. Masyarakat India
Selatan yang beragama Islam yang disebut sebagai Klings atau Keling lebih suka
dengan gaya seni bina Islam mereka (Vlatseas, S, 1990). Masjid Kapitan Kling
(1802-1803), Pulau Pinang salah satu contoh senibina Selatan India, di bina oleh
ketua masyarakat India Muslim atau Kapitan. Seni bina India Muslim ini jelas
kelihatan pada minaret yang tinggi dan kubah potong bawang. Sehubungan
dengan itu, struktur pembinaan seperti ini masih digunakan pada seni bina masjid
zaman sekarang (Norlizaiha, 2010).

4.3.3. Seni Kaligrafi


Seni khat adalah satu-satunya seni yang dipengaruhi oleh Tamadun Islam. Seni
Khat merupakan seni (kemahiran) menulis tulisan Arab atau tulisan Jawi dengan
gaya khas atau unik sehingga menghasilkan tulisan indah. Ianya adalah seni
popular di Malaysia berbentuk segi empat yang dinamakan khat kufi murabba atau
kufi square (Metro, 2013). Hal ini dapat dibukti dimana di Malaysia, terdapat
Persatuan Seni Khat Kebangsaan yang ditubuhkan pada 1988 yang bertindak
sebagai pusat rujukan dan naungan ahli di seluruh negara. Selain itu, ada beberapa
institusi di negara ini yang turut menawarkan pengajian khusus dalam penulisan
khat dan penghasilan mushaf al-Quran, salah satunya Kolej Restu di Shah Alam
yang menawarkan Diploma Seni Mushaf. Hal ini jelas menunjukkan bahawa
Tamadun Arab telah mempengaruhi kesenian di Malaysia.

5.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, kepelbagaian tamadun di Malaysia sememangnya menjadi salah satu
asbab terhadap kemajuan yang kita kecapi sekarang tidak kira dari segi pembangunan,
budaya, ekonomi mahupun pendidikan. Oleh yang demikian, kepelbagaian tamadun yang
wujud di negara ini bukanlah satu masalah, bahkan suatu nikmat yang diberikan oleh
Tuhan untuk dimanfaatkan sebetulnya dan sepenuhnya tanpa sebarang pergaduhan atau
sebarang bentuk konflik di antara rakyat Malaysia.

5
RUJUKAN

Afifah Abu Yazid. (2006). Pengajian Tamadun Asia. Kuala Lumpur: PTS Profesional.

Dans C’kay. (2018). Asal Usul Tarian Singa. Diakses pada 1 Mac 2019 dari

https://www.thepatriots.asia/asal-usul-tarian-singa/.

Faizah. (2015). Interaksi Antara Tamadun. Diakses pada 28 Februari 2019 dari

https://www.slideshare.net/faizah12/interkasi-antara-tamadun.

Hashim Hj Musa. (2000). Pertalian Tamadun India dan Tamadun Cina dalam bahasa dan

kebudayaan Melayu. Jurnal Pengajian Melayu. Jilid 10.

Ismail Hussein., A. Aziz Deraman & et. al. (1989). Tamadun Melayu. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka

Jayaudin Jamaudin. (2001). Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Eastview Publications Sdn Bhd.

Metro. (15 November 2013). Memartabat seni khat sebagai warisan terbilang. Diakses pada

2 Mac 2019 dari https://www.hmetro.com.my/node/181776.

Mohd Nor Jusoh. (2011). Tamadun Islam & Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Sarjana Media

Sdn Bhd.

Mustafa Hj Daud. (2001). Tamadun Islam STPM. Kuala Lumpur: Utusan Publications and

Distributors Sdn Bhd.

Najmi Addin. (n.d). Tamadun India di Malaysia. Diakses pada 1 Mac 2019 dari

https://www.scribd.com/doc/310774912/Tamadun-India-Di-Malaysia.

Nurul Afiqah. (2013). Budaya dan Adat Resam Kaum India. Diakses pada 2 Mac 2019 dari

https://www.slideshare.net/fiqasaila/budaya-adat-resam-kaum-india.

Siti Norlizaiha Harun. (2010). Sejarah dan Pengaruh Seni Bina. Diakses pada 26 Februari

2019 dari https://www.academia.edu/6035467/Sejarah_dan_Pengaruh_Senibina.

Uqbah Iqbal., Nordin Hussin & Ahmad Ali Seman. (2015). Sejarah Perkembangan Ekonomi

Semenanjung Tanah Melayu Dan Sifat Ekonomi Masyarakat Melayu Era Pra-
Kolonial. Diakses pada 27 Februari 2019 dari
http://journalarticle.ukm.my/8942/1/Sejarah_perkembangan_ekonomi.pdf.

6
Vlatseas, S. (1990). A History of Mlasian Architecture, Singapore: Longman.

Zawiah Mat & Mashitah Sulaiman. (2007). Interaksi budaya India & Cina ke atas pengukuhan

bahasa dalam Tamadun Melayu. Diakses pada 28 Februari 2019 dari


http://www.ukm.my/jmalim/images/vol_08_2007/artikel%207%20-%20zawiyah%20-
%20115-140.pdf.

You might also like