You are on page 1of 1

AKTIVITI PENGAJARAN BERDASARKAN TEORI CELIK AKAL

Pemikiran celik akal didefinisikan sebagai pemikiran yang melibatkan gerak hati dan
kebijaksanaan. Pemikiran ini juga merujuk kepada kebolehan mental individu untuk menggunakan
celik akal yang abstrak untuk menyelesaikan masalah-masalah yang sedia ada. Aktiviti pengajarn yang
boleh dilakukan ialah aktivti reka cipta sesuatu bahan dari bahan kitaran semula. Sebagai contoh,
dalam subjek Kemahiran Hidup bahan yang terpakai seperti kotak-kotak boleh direka cipta menjadi
rak buku, penanda buku. Dalam aktiviti ini, murid-murid akan mengalami pengalaman baru dan
penyelesaian kepada masalah dan juga mendapat pengertian yang mendalam. Mengikut pengertian
tersebut, apa yang tidak diketahui dan difahami pada masa lampau akan menajdi jelas dan mudah
kepada seseorang individu.

SEJAUMANAKAH GURU MENGGUNAKAN TEORI PEMBELAJARAN CELIK AKALAN DI DALAM BILIK


DARJAH

Pembelajaran kognitif menekankan cara belajar seperti pemikiran celik akal, kaedah
penyelesaian masalah, penemuan, kategori pembelajaran dan resepsi. Teori ini menekankan kepada
proses mental kanak-kanak. Teori ini juga berasaskan prinsip pembelajaran kognitif yang
menerangkan bagaimana pelajar menerima, memproses, menyimpan dan mencari maklumat.
Guru merupakan fasilitator dalam pembinaan pengetahuan murid. Guru perlu memberi maklumat
dalam bentuk yang sesuai dengan keupayaan murid untuk membolehkan mereka memahami
pembelajaran baru dan dalam masa yang sama guru hendaklah membantu murid membuat reka cipta
baru dengan pengetahuan sedia ada.

You might also like