You are on page 1of 7

TUGASAN –PENULISAN ESEI I

ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN MUKA SURAT

1 1.0 PENGENALAN 2

2 2.0 ASAL USUL BAHASA MELAYU 2


3 3.0 BAHASA MELAYU MODEN 3

4 4.0 KEDUDUKAN BAHASA MELAYU PADA PERINGKAT SERANTAU 4


DAN ANTARABANGSA

5 RUMUSAN 5

6 RUJUKAN 6-7

1
1.0 PENGENALAN

Bahasa Melayu memang cukup erat hubungannya dengan pembinaan konsep kebangsaan
dan kenegaraan entiti politik yang dikenal sebagai Malaysia. Kedudukan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi menjadi salah asas perjanjian sosial rakyat
Malaysia. Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152 menetapkan bahawa bahasa Melayu
ialah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.

2.0 ASAL-USUL BAHASA MELAYU

Antara tahun 644-645, perkataan Melayu dikatakan muncul pertama kalinya dalam tulisan
Cina, iaitu disebutkan bahawa orang “Mo-lo-yeu” menyampaikan suruhan ke negara Cina
untuk mendedikasikan hasil-hasil bumi kepada bumi raja Cina. Kerajaan Melayu ialah sebuah
kerajaan yang luas pengaruhnya di Pulau Sumatera, iaitu zaman sebelum kerajaan Sriwijaya.
Perkataan Melayu juga dikatakan berasal daripada perkataan “Himalaya” yang bermakna
tempat bersalji. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan “Mlayu” bermakna mengembara atau
berlari yang merujuk kepada orang Indo-Melayu atau Austronesia yang bergerak dari Yunan.

Istilah Melayu mempunyai dua pengertian, iaitu pengertian yang luas dan pengertian yang
sempit. Pengertian yang luas ialah Istilah Melayu merujuk kepada bangsa-bangsa
Austronesia yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu dan kawasan-kawasan kumpulan
kepulauan Melayu. Berdasarkan “The Malay Culture Study Project” (1972), konsep Melayu
merujuk kepada suku bangsa di Semenanjung Tanah Melayu, termasuklah orang-orang
Melayu di Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar. Secara umumnya, dapatlah
dikatakan bahawa pengertian Melayu merujuk kepada bangsa yang berbahasa Melayu yang
menduduki Semenanjung Tanah Melayu, pantai Timur Sumatera dan beberapa tempat lain di
Nusantara. Pengertian yang sempit ialah seperti yang terdapat dalam Perlembagaan
Malaysia, iaitu Perkara 153 mengatakan bahawa seseorang itu dapat ditakrifkan sebagai
Melayu apabila mempunyai ciri-ciri seperti lazimnya berbahasa Melayu, berkebudayaan
Melayu dan beragama Islam. Menurut Amat Juhari Moain dalam buku Sejarah Bahasa Melayu
(2006:27) beliau berpendapat bahawa terdapat 5 zaman perkembangan bahasa Melayu.Ini
membuktikan bahawa bahasa Melayu tersebar dan berkembang secara bertahap–tahap iaitu
dari zaman ke zaman.

2
3.0 BAHASA MELAYU MODEN

Bahasa Melayu Moden bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah
dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu Moden. Bahasa Melayu memperoleh
kedudukan yang tinggi sebelum penjajahan British. Bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa
perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat Pendidikan Islam.
British mengubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem
pendidikan selepas Perang Dunia Kedua. Perlembagaan Persekutuan Perkara 152
menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan apabila Malaysia mencapai
kemerdekaan. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai
pengantar dalam sistem Pendidikan negara.

3
4.0 KEDUDUKAN BAHASA MELAYU PADA PERINGKAT SERANTAU DAN
ANATARABANGSA

Pada abad ke 13 hingga abad 19, bahasa Melayu mulai melangkah ke era kegemilangan
sebagai bahasa tamadun Melayu semasa kedatangan agama Islam. Zaman ini dikenali
sebagai Zaman Kesultanan Melayu Melaka yang meliputi Melaka, Acheh, Sumatera dan juga
Pasai.

Terdapat juga beberapa orang tokoh yang menyatakan bahawa bahasa Melayu ialah
bahasa yang sangat berpengaruh pada masa itu. Salah seorang tokohnya iaitu Dr. Awang
Sariyan yang merupakan bekas Pengarah Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka
(1999-2004) yang mengatakan bahawa “Sesiapa sahaja yang datang ke Alam Melayu perlu
belajar dan menguasai bahasa Melayu walaupun dalam apa jua bidang iaitu pentadbiran,
perdagangan, malah dalam soal-soal agama pun mesti dalam bahasa Melayu”.

Nik Safiah binti Haji Abdul Karim dalam buku Bahasa Melayu Sedekad Lalu (2004)
pernah mengatakan bahawa sarjana Belanda Francois Valentijn pernah mengungkapkan
kebitaraan bahasa Melayu pada abad ke-16 dengan menyatakan bahawa “Bahasa mereka,
Bahasa Melayu, bukan sahaja dituturkan di daerah pinggir laut tetapi juga dugunakan di
seluruh Kepulauan Melayu dan di segala negeri-negeri Timur, sebagai suatu bahasa yang
difahami dimana-mana saja oleh setiap orang.

Menurut Awang Sariyan dalam buku Cerita Bahasa (2002), pada zaman Kesulatanan
Melayu dari sekitar abad 13 hingga abad 19 bahasa Melayu mencapai puncak kegemilangan
sebagai bahasa tamadun Melayu baharu dengan menjadi bahasa pentadbiran, bahasa
diplomasi, bahasa undang-undang, bahasa ilmu dan falsafah, bahasa perdagangan, bahasa
ketatanegaraan dan bahasa sastera tinggi.

4
RUMUSAN

Secara khusus, penyebaran bahasa Melayu sangat kuat sehingga menjadi bahasa lingua
franca. Kita ketahui bahasa Sejarah Melayu penuh dengan berbagai-bagai keistimewaan
dan kerana itu ia merupakan sebuah hasil kesusasteraan Melayu tradisi yang paling banyak
mendapat perhatian.

5
RUJUKAN

al, N. S. (2015). Tatabahasa Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang, H. B. (2010). Revisi Bahasa Melayu Akedemik 1. Selangor: Kumpulan Budiman


Sdn. Bhd.

Aziz, S. H. (2008). Bahasa Melayu 1. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Chong, G. (2017, Mar 8). Kedudukan Bahasa Melayu Di Peringkat Antarabangsa. Dicapai
pada 10 Ogos 2018 daripada
https://www.scribd.com/document/341273672/kedudukan-bahasa-melayu-di-
peringkat-antarabangsa-docx

Darwis Harahap, M. (1992). Sejarah Pertubuhan Bahasa Melayu. Dicapai pada 10 Ogos
2018 daripafa http://mcp.anu.edu.au/papers/darwis/Utama.html

Fatt, A. R. (1997). Pengajian Melayu. Petaling Jaya: Longman.

Harahap, D. (1986). Perkembangan bahasa Melayu. Pulau Pinang: Pusat Pengajian Ilmu
Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.

Hassan, A. (1987). 30 tahun perancangan bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Hassan, A. (1997). Bahasa Melayu Sebagai Bahasa ilmu Dan Esei-Esei Lain. Shah Alam:
Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Hassan, A. (1999). Agensi Kerajaan Dan Bahasa Melayu Dalam Pemikir. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Historicteacher. (2017, Ogos 18). Bahasa Melayu Warisan Kita. Dicapai pada 10 Ogos 2018
daripada https://sejkssrt5t1u123.wordpress.com/2017/08/18/unit-3bahasa-melayu-
warisan-kita/

Hussein, I. (1984). Sejarah pertumbuhan bahasa kebangsaan kita. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Karim, N. S. (2004). Bahasa Melayu sedekad lalu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Khairuddin Mohamad, G. I. (2015). Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkemusan


Dan Terjemanah. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn.Bnd

6
Moain, A. J. (2006). Sejarah Bahasa Melayu . Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributions.

Mohd, A. H. (1994). Bahasa Melayu Untuk Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

nurul17818. (2014, Januari 3). Asal Usul Bahasa Melayu. Dicapai pada 11 Ogos 2018
daripada https://www.flipsnack.com/F8CDCB9A9F7/asal-usul-bahasa-melayu.html

Omar, A. H. (2015). Susur Galur Bahasa Melayu Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Rani, S. (2012, Jun 18). Asal Usul Bahasa Melayu. Dicapai pada 11 Ogos 2018 daripada
https://www.scribd.com/presentation/97398174/Asal-Usul-Bahasa-Melayu.

Sariyan, A. (2002). Ceritera Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sariyan, A. (2009). Mencari Makna Diri Melayu: Renungan untuk Bangsaku. Kuala Lumpur:
Persatuan Linguistik Malaysia.

You might also like