You are on page 1of 346

MPU2163

Pengajian Malaysia 2

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


MPU2163
PENGAJIAN
MALAYSIA 2
Dr Rozeman Abu Hassan
Dr Khairul Hamimah Mohammad Jodi
Oo Cheng Keat

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Pengarah Projek: Prof Dato’ Dr Mansor Fadzil
Open University Malaysia

Penulis Modul: Dr Rozeman Abu Hassan


Dr Khairul Hamimah Mohammad Jodi
Oo Cheng Keat
Open University Malaysia

Penyederhana: Prof Madya Dr Arifin Hj Zainal


Dr Rozeman Abu Hassan
Dr Khairul Hamimah Mohammad Jodi
Open University Malaysia

Dibangunkan oleh: Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi


Open University Malaysia

Edisi Pertama, Ogos 2015


Edisi Kedua, Ogos 2016 (rs)
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), Ogos 2016, MPU2163
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana
cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Isi Kandungan
Panduan Kursus ix-xiv

Topik 1 Sejarah dan Politik 1


1.1 Latar Belakang Sejarah Awal Negara 2
1.1.1 Sejarah Awal Berdasarkan Sejarah Asia Tenggara 2
dan Tanah Melayu
1.1.2 Sejarah Awal Berdasarkan Sejarah Melaka 7
1.1.3 Sistem Pemerintahan Melaka 9
1.1.4 Kegiatan Ekonomi Melaka 10
1.1.5 Dasar Luar Negara Melaka 13
1.1.6 Penduduk Melaka 13
1.1.7 Penyebaran Islam di Melaka 14
1.2 Persaingan Kuasa Barat di Negeri Melayu 16
1.2.1 Portugis 16
1.2.2 Belanda 19
1.2.3 British 22
1.3 Proses Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 26
1.3.1 Malayan Union 1946 26
1.3.2 Perlembagaan Malayan Union 27
1.3.3 Reaksi Terhadap Malayan Union 29
1.4 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 33
1.5 Darurat 35
1.6 Kerjasama antara Kaum dan Pengenalan Sistem Ahli 37
1.7 Pilihan Raya bagi Majlis Tempatan pada Tahun 1951 39
Hingga 1952
1.8 Pilihan Raya Persekutuan 1955 40
1.9 Pembentukan Kerajaan Sendiri (Self-government) 40
1.10 Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 42
1.11 Pembentukan Malaysia 44
1.11.1 Idea Pembentukan Malaysia 44
1.11.2 Masalah di Singapura 45
1.11.3 Faktor Komunis di Singapura 47
1.11.4 Masalah di Wilayah Borneo 49
1.11.5 Proses Pembentukan Malaysia 51
1.12 Pembentukan Malaysia 56
1.13 Kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan 60
1.14 Malaysia Selepas Pembentukan 62
1.15 Singapura Disingkirkan 66

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


iv  ISI KANDUNGAN

1.16 Krisis Politik di Sabah dan Sarawak 68


Rumusan 69
Kata Kunci 70
Rujukan 70

Topik 2 Perlembagaan Malaysia 73


2.1 Latar Belakang Perlembagaan Malaysia 74
2.1.1 Tujuan Perlembagaan 76
2.1.2 Keluhuran Perlembagaan 79
2.1.3 Kandungan Perlembagaan 80
2.1.4 Pindaan Perlembagaan 83
2.2 Peruntukan Utama Perlembagaan Malaysia 85
2.2.1 Agama 86
2.2.2 Bahasa 88
2.2.3 Kewarganegaraan 92
2.2.4 Hak Asasi 95
2.2.5 Peruntukan Khas Perkara 153 99
Rumusan 100
Kata Kunci 101
Rujukan 101

Topik 3 Sistem dan Struktur Pentadbiran Negara 103


3.1 Federalisme 104
3.2 Sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia 106
3.2.1 Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia 107
3.2.2 Peringkat Pilihan Raya 109
3.2.3 Deposit Pilihan Raya 112
3.2.4 Penggunaan Simbol Parti 112
3.2.5 Penguatkuasaan Kempen Pilihan Raya 112
3.2.6 Barong SPR 113
3.2.7 Perbelanjaan Pilihan Raya 113
3.2.8 Jenis Pengundian 114
3.2.9 Petisyen Pilihan Raya 114
3.3 Sistem dan Struktur Pentadbiran Malaysia 115
3.3.1 Yang di-Pertuan Agong (YDPA) 116
3.3.2 Majlis Raja-raja 121
3.3.3 Badan Eksekutif 122
3.3.4 Badan Perundangan 129
3.3.5 Badan Kehakiman 142
Rumusan 153
Kata Kunci 153
Rujukan 154

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  v

Topik 4 Kemasyarakatan dan Perpaduan 155


4.1 Komposisi Etnik Penduduk Malaysia 156
4.1.1 Sejarah Kedatangan Masyarakat Bukan Peribumi 156
4.1.2 Faktor Penarik dan Penolak 162
4.1.3 Kesan Penghijrahan terhadap Masyarakat Melayu 164
4.1.4 Penduduk Utama Malaysia 164
4.2 Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional 177
4.2.1 Konsep Perpaduan, Integrasi dan Masyarakat 177
Majmuk
4.2.2 Cabaran Masyarakat Majmuk di Malaysia 178
4.2.3 Proses Integrasi 180
4.2.4 Masalah Integrasi Nasional 181
4.3 Rukun Negara Sebagai Ideologi 183
Rumusan 188
Kata Kunci 189
Rujukan 189

Topik 5 Pembangunan Negara 191


5.1 Komposisi Etnik Penduduk Malaysia 192
5.2 Dasar Ekonomi dan Dasar Sosial 197
5.3 Dasar Baharu Kerajaan 239
5.4 Dasar Luar Malaysia 248
5.4.1 Kepentingan Dasar Luar Malaysia 250
5.4.2 Malaysia dan Hubungan Organisasi Antarabangsa 252
Rumusan 268
Kata Kunci 269
Rujukan 269

Topik 6 Pemikiran dan Kepercayaan 273


6.1 Perkembangan Agama di Malaysia 273
6.1.1 Kepercayaan Animisme dan Dinamisme 274
6.1.2 Kedatangan Hindu - Buddha 275
6.1.3 Kedatangan Agama Islam 277
6.1.4 Kedatangan Kristian 279
6.2 Islam dalam Perlembagaan Malaysia 280
6.3 Islam dan Masyarakat Majmuk 282
6.3.1 Kepentingan Beragama 283
6.4 Toleransi Agama 284
6.4.1 Agama Islam 285
6.4.2 Taoisme 290
6.4.3 Konfusianisme 292
6.4.4 Kepercayaan kepada Roh Nenek Moyang 293
6.4.5 Agama Buddha 294

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


vi  ISI KANDUNGAN

6.4.6 Agama Hindu 300


6.4.7 Agama Sikh 305
6.4.8 Agama Kristian 307
6.4.9 Kepercayaan dan Keagamaan Orang Asli 313
6.4.10 Masyarakat Sabah 314
6.4.11 Masyarakat Sarawak 318
6.5 Menghormati antara Agama 322
Rumusan 326
Kata Kunci 327
Rujukan 327

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS  ix

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS


Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan teliti dari awal hingga akhir. Ia
menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda
memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa
untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan sepenuhnya.
Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda membaca
kandungan kursus kerana ia dapat membantu dalam menjelaskan komponen
pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang.

PENGENALAN
MPU2163 Pengajian Malaysia 2 ialah salah satu kursus wajib MQA yang
ditawarkan di Open University Malaysia (OUM). Kursus ini melibatkan 3 jam
kredit dan harus dijalankan selama 8 hingga 15 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN


Kursus ini wajib kepada semua pelajar yang mengikuti program dalam
peringkat pengajian diploma. Tujuan kursus ini diperkenalkan adalah untuk
melahirkan warganegara yang setia dan cinta kepada negara, berwawasan,
bangga sebagai rakyat Malaysia, mampu menghadapi cabaran ke arah mencapai
kesejahteraan hidup serta dapat menghayati peranan Malaysia pada peringkat
antarabangsa.

Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya mahir dengan keperluan


pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimumkan kaedah pembelajaran dan
persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan
anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus
tersebut dikendalikan.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN


Berdasarkan piawaian OUM, pelajar perlu memperuntukkan 40 jam
pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus yang
bernilai 3 jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran
masa pembelajaran adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


x  PANDUAN KURSUS

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran

Jam
Aktiviti Pembelajaran
Pembelajaran
Mengambil bahagian dalam perbincangan awal dan memahami 3
secara ringkas kandungan kursus
Membaca modul 60
Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial 10
Penyertaan dalam talian 12
Ulang kaji 15
Menyiapkan tugasan, ujian dan peperiksaan 20
JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120

OBJEKTIF KURSUS
Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat:

1. Menerangkan sejarah bangsa dan negara;

2. Membincangkan perkembangan masyarakat daripada aspek sosiobudaya,


politik dan ekonomi;

3. Menghuraikan komponen utama sistem dan jentera pentadbiran negara;

4. Menerangkan sejarah dan proses politik dalam mencapai kemerdekaan;

5. Menjelaskan dasar utama kerajaan dan sumbangannya kepada


pembangunan negara;

6. Membincangkan peranan dan sumbangan Malaysia pada peringkat


antarabangsa; dan

7. Menghuraikan pelbagai agama dan kepercayaan yang terdapat di


Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xi

SINOPSIS KURSUS
Kursus ini terbahagi kepada 6 topik. Sinopsis bagi setiap topik adalah seperti
yang berikut:

Topik 1 membincangkan latar belakang sejarah awal negara yang bermula


dengan kerajaan awal di Asia Tenggara dan berkait rapat dengan kemunculan
empayar Melaka sehinggalah kedatangan penjajah Barat untuk menguasai negeri
Melayu. Topik ini juga menghuraikan proses kemerdekaan Tanah Melayu dan
peristiwa pembentukan Malaysia. Perkembangan negara ini diperlihatkan dalam
sistem dan struktur pentadbiran serta amalan demokrasi berparlimen di
Malaysia.

Topik 2 membincangkan latar belakang, objektif dan ketinggian Perlembagaan


Persekutuan. Di samping itu, topik ini juga mengkaji beberapa peruntukan khas
dalam Perlembagaan Malaysia.

Topik 3 membincangkan komposisi etnik di Malaysia, perpaduan negara dan


integrasi nasional dan rukun negara sebagai ideologi. Topik ini berupaya
melahirkan semangat persefahaman yang tulen dan sikap hormat-menghormati
antara satu sama lain dalam kalangan rakyat pelbagai agama, kaum dan budaya.

Topik 4 membincangkan rancangan dan visi pembangunan Malaysia sebelum


dan selepas merdeka.

Topik 5 menjuruskan perbincangan kepada dasar luar Malaysia sejak


kemerdekaan dan peranan yang dimainkan oleh Malaysia dalam institusi
antarabangsa. Topik ini membincangkan isu alam sekitar berkait rapat dengan
pembangunan pesat sesebuah negara. Topik ini dilengkapi dengan perbincangan
mengenai pembangunan insan dan program yang dirancang oleh kerajaan dalam
misi menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Topik 6 menerangkan perkembangan agama dan kepercayaan di Malaysia.


Topik ini membincangkan kepercayaan animisme dan dinamisme, agama
Hindu, Buddha, Kristian, Islam dan Sikh. Seterusnya kita turut mengetahui
peruntukan agama dalam Perlembagaan Malaysia yang Islam menjadi agama
rasmi negara.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xii  PANDUAN KURSUS

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS


Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda mengambil
tahu susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda
merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan. Umumnya,
susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti yang berikut:

Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau
capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap
topik, anda digalakkan merujuk senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk
memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini
akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu
topik.

Semak Kendiri: Soalan diselitkan pada bahagian tertentu dalam topik. Soalan ini
menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan untuk
soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan yang sebelumnya. Anda
digalakkan menjawab soalan Semak Kendiri ini untuk menguji dan memastikan
sama ada anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya
menyediakan anda untuk menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan
jawapan kepada soalan yang ditanya terdapat dalam modul itu sendiri.

Aktiviti: Aktiviti juga diselitkan pada bahagian tertentu dalam topik untuk
menggalakkan anda mengaplikasikan konsep dan prinsip yang anda telah
pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti ini juga memperluaskan kefahaman
kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu
seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat, berbincang bersama rakan
dalam kelas, merujuk laman web, membaca artikel jurnal, dan seumpamanya.

Rumusan: Pada akhir topik, isi penting topik tersebut disenaraikan. Komponen
ini membantu anda mengingat dan mengimbas semula keseluruhan topik. Anda
haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap pernyataan yang
disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Kata Kunci: Pada akhir topik, disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting
yang digunakan dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap
perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xiii

Rujukan: Rujukan merupakan bahagian yang senarai buku teks, jurnal, artikel,
kandungan elektronik atau sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan
berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat dalam
beberapa bahagian seperti dalam Panduan Kursus (pada bahagian Rujukan),
pada akhir setiap topik atau akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian
yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat
lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS
Tiada pengetahuan asas diperlukan. Tidak ada prasyarat yang khusus bagi
kursus ini kerana ia kursus berstatus wajib MQA.

KAEDAH PENILAIAN
Sila rujuk myINSPIRE.

RUJUKAN
Abdul Aziz Bari. (2005). Islam dalam Perlembagaan Malaysia. Petaling Jaya,
Malaysia: Intel Multimedia and Publication.

Ishak Saat. (2005). Sejarah sosial masyarakat Malaysia. Selangor, Malaysia:


Karisma.

Kamaruzzaman Ismail. (2012). Pengajian Malaysia. Shah Alam, Malaysia: Oxford


Fajar.

Mardiana Nordin & Hasnah Hussin. (2011). Pengajian Malaysia. Shah Alam,
Malaysia: Oxford Fajar.

Mardiana Nordin, & Hasnah Hussin. (2012). Pengajian Malaysia (Ed. ke-5). Shah
Alam, Malaysia: Oxford Fajar.

Mohd Kamal Kamaruddin. (2011). Pengajian Malaysia dan kenegaraan. Kuala


Lumpur, Malaysia: Global Mediastreet.

Moten, A. R. (2013). Constitution and constitutionalism. Dlm. A. R. Moten,


Government and politics in Malaysia (hlmn. 99122). Petaling Jaya,
Malaysia: Cengage Learning Asia Pte. Ltd.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xiv  PANDUAN KURSUS

Nadzan Haron & Rozeman Abu Hassan. (2010). Malaysia melangkah ke


hadapan: Pengajian Malaysia sejak 1945. Selangor, Malaysia: Penerbitan
Multimedia.

Nazaruddin Mohd Jail, MaÊrof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah, & Ismail
Mohd Rashid. (2004). Pengajian Malaysia: Kenegaraan dan
kewarganegaraan (Ed. ke-2). Petaling Jaya, Malaysia: Prentice Hall.

Rahmah Bujang et. al. (2006). Kesenian, proses sosialisasi dan pembudayaan
masyarakat Melayu dalam tamadun Islam dan tamadun Melayu. Kuala
Lumpur, Malaysia: Universiti Malaya.

Warrent, M. (2007). World religions. Belmont, CA: Wadsworth, Cengage


Learning.

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR ABDULLAH


SANUSI (TSDAS)
Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan dalam
talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini yang boleh
dicapai melalui portal OUM menyediakan akses kepada lebih daripada 30
pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik,
serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada adalah EBSCOhost,
ProQuest, SpringerLink, Books24x7, InfoSci Books, Emerald Management Plus
dan Ebrary Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk
menggunakan sepenuhnya sumber yang terdapat di perpustakaan ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik   Sejarah dan
1 Politik

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan latar belakang sejarah awal negara;
2. Menghuraikan proses kemerdekaan negara; dan
3. Menerangkan faktor pembentukan Malaysia.

 PENGENALAN
Malaysia ialah sebuah negara yang mempunyai catatan persejarahan yang panjang
melebihi 2,000 tahun. Sejarah awal negara ini agak kabur kerana kurangnya
sumber dan catatan yang menceritakan tentang kewujudan Tanah Melayu
melainkan catatan yang ditulis oleh pedagang India dan China. Kewujudan
kerajaan awal di Asia Tenggara merupakan titik tolak bermulanya sejarah
kewujudan Tanah Melayu dan Malaysia terbentuk hinggalah pada hari ini.

Sejarah Malaysia pernah mengalami zaman penjajahan Barat seperti Melaka


ditakluki oleh Portugis pada tahun 1511 dan Belanda pada tahun 1641
kemudiannya oleh kuasa British. Penguasaan British di negeri Melayu semakin
kukuh apabila British berjaya mentadbir Negeri-negeri Selat pada tahun 1824,
memperkenalkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) pada tahun 1896
dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB). Selepas itu, Tanah
Melayu dijajah pula oleh kuasa Jepun pada tahun 1941 hingga 1945.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


2  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

1.1 LATAR BELAKANG SEJARAH AWAL


NEGARA
Sejak abad pertama hingga abad ke-14 Masihi telah wujud kerajaan awal di Asia
Tenggara termasuklah kerajaan awal yang wujud di Tanah Melayu. Zaman
kemunculan kerajaan awal ini dikenali sebagai zaman klasik.

Ramai ahli sejarah berpendapat kemunculan kerajaan awal ini dipengaruhi oleh
faktor aktiviti perdagangan yang dijalankan antara benua India dan negara
China. Kebanyakan kerajaan awal tersebut terletak sepanjang jalan perdagangan
antarabangsa. Menurut catatan sejarah, cerita tentang kerajaan awal berdasarkan
sumber India dan China.

1.1.1 Sejarah Awal Berdasarkan Sejarah Asia


Tenggara dan Tanah Melayu
Berdasarkan sumber India dalam Hikayat Ramayana ada menyebut beberapa
lokasi di Asia Tenggara sebagai Suvarnadvipa (Pulau Emas, Semenanjung) dan
Suvarnabhumi (Tanah Emas) yang merujuk kepada Tanah Melayu. Selain itu,
Hikayat Ramayana juga ada menyebut Yavadvipa sebagai sebuah pulau emas
dan perak. Manakala dalam Hikayat Vayu Purana menyebut Yavadvipa sebagai
Yamadvipa/Malaydvipa. Braddell seorang sarjana Barat mentafsirkan
Yavadvipa sebagai Jawa dan Sumatera.

Sumber China ada menyebut beberapa kota awal yang wujud pada abad kelima
hingga ke-13 Masihi di Tanah Melayu seperti (Wolters, 1989):

(a) Chieh-cha, Kataka (Kedah);


(b) Chih-tu (Kelantan);
(c) Fo-lo-an (Kuala Berang);
(d) Teng-ya-nung (Terengganu);
(e) Peng-keng (Pekan);
(f) Jeh-li-tong (Kampong Johor Lama);
(g) Tiyumah (Tioman);
(h) Gangga Negara (Perak); dan
(i) Temasik (Singapura).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  3

Kerajaan ini dipengaruhi kepercayaan Hindu dan Buddha. Kerajaan awal ini
terbahagi kepada dua, iaitu:

(a) Kerajaan agraria  Terdiri daripada kerajaan Dvaravati (Lembah Sungai


Menam Chao Phraya dan Irrawaddy), Funan (Lembah Mekong) dan
Angkor (Lembah Mekong); dan

(b) Kerajaan maritim  Terdiri daripada kerajaan Funan (Oc-Eo), Srivijaya dan
Kedah (Kedah Tua dan Lembah Bujang).

Perniagaan antara India dan China mengambil masa yang panjang kerana
melalui banyak lokasi dan orang perantaraan. Hasil dagangan merupakan
barangan mewah dan bernilai tinggi seperti kain sutera, barangan tembikar,
wangi-wangian dan emas. Aktiviti perdagangan ini telah meningkat sejak abad
pertama dan menggalakkan kewujudan bandar perdagangan dikenali sebagai
negara-bandar (city-state).

Funan merupakan kerajaan agraria yang terawal wujud di Asia Tenggara seawal
abad yang pertama. Raja-raja Funan memakai gelaran Sailaraja yang bermaksud
raja (di) gunung dalam bahasa Sanskrit. Kerajaan agraria ini bergantung pada
aktiviti pertanian padi sawah sebagai sumber ekonomi terpenting. Funan yang
berlandaskan kerajaan agraria berubah kepada kerajaan maritim. Funan
dianggap sebagai kerajaan yang terawal menjalankan perniagaan laut dengan
kerajaan-kerajaan awal lain di Asia Tenggara setelah wujud bandar
pelabuhannya Oc-Eo (Wolters, 1989).

Selain kemunculan kerajaan Funan terdapat juga kerajaan awal yang berteraskan
agraria seperti Dvaravati di sekitar Lembah Menam Chao Phraya dan
Irrawaddy. Pengaruh kerajaan Funan begitu kuat sehingga mempengaruhi
kemunculan beberapa kerajaan agraria awal seperti Champa seawal abad ke-2
hingga ke-16 Masihi dan Angkor sekitar abad ke-9 hingga ke-15 Masihi.

Kerajaan Angkor telah berkembang luas hingga ke wilayah Mon di Lembah


Menam dan Tambralingga di selatan Siam. Kerajaan Angkor telah meluaskan
jajahan takluknya ke atas Pagan dan Burma tetapi merosot pada abad ke-15
Masihi akibat serangan kerajaan Sukhotai.

Pada abad ke-3 Masihi, Funan telah menjajah beberapa wilayah seperti Tun-Sun,
Ko-lo, PÊan-PÊan, Tambralingga, Langkasuka dan Kataha. Pengaruh Funan ke
atas jajahan di utara Tanah Melayu seperti Langkasuka. Dalam sumber China,
Langkasuka disebut Lang-ya-shiu, Lang-chia-shu; sumber Arab disebut
Langasyuka (Lungsaka); dan sumber India disebut Ilangasoka. Sejak abad

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


4  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

keenam Masihi, Langkasuka telah mewujudkan hubungan dagangnya dengan


negara China (Wolters, 1989).

Ahli sejarah menganggap Langkasuka merupakan sebahagian wilayah utara


negeri Kedah. Bukti sejarah  Hikayat Merong Mahawangsa menyebut
Langkasuka terletak di pantai barat Tanah Melayu. Manakala dalam sumber
China, Langkasuka sebagai sebuah negara di pantai timur yang dikenali sebagai
Chieh-cha. Dalam sumber India, nama Kedah disebut Kalagam atau Kadaram.

Kerajaan Kedah dikatakan sebuah negeri yang kaya dengan permata, emas, kayu
cendana, mutiara, batu karang dan hasil makanan. Masyarakat Kedah Tua
(Lembah Bujang) lebih banyak menumpukan kegiatan laut berbanding kegiatan
agraria dan berfungsi sebagai kota pelabuhan.

Satu lagi kota pelabuhan yang terkenal ditakluki oleh Funan ialah Chih-tu.
Chih-tu dikatakan muncul pada awal abad keenam Masihi. Chih-tu bermaksud
Tanah Merah yang terdapat dalam jajahan kerajaan tersebut. Ramai sarjana
sejarah bercanggah pendapat mengenai Chih-tu. Chih-tu dipercayai wujud di
kawasan pedalaman sungai Kelantan. Kerajaan Chih-tu menerima pengaruh
Hindu dan Buddha yang begitu kuat sebelum zaman pra-Islam.

Setelah kerajaan Funan merosot pada hujung abad keenam Masihi, muncul
sebuah kerajaan maritim yang kuat di Asia Tenggara iaitu Srivijaya pada abad
ketujuh Masihi. Srivijaya dianggap kerajaan maritim Melayu yang pertama
menerima pengaruh Buddha sebegitu kuat. Srivijaya berjaya meluaskan jajahan
takluknya hingga ke utara Tanah Melayu, Jawa dan Sumatera.

Menurut sumber Dinasti Ming, Srivijaya disebut Kan-tÊo-li atau San-fÊo-tsi yang
berpusat di Jambi, Sumatera. Wolters dalam bukunya Early Indonesian
Commerce dan The Fall of Srivijaya in Malay History mencatatkan Kan-tÊo-li
muncul selepas kejatuhan Funan pada abad keenam Masihi (Wolters, 1989).

I-Tsing pengembara Buddha, melaporkan terdapat lebih 1,000 sami Buddha di


Srivijaya yang mengamalkan undang-undang dan upacara yang sama seperti di
India. Srivijaya telah muncul sebagai pusat pengajian dan penyebaran agama
Buddha Mahayana yang terpenting di kepulauan Asia Tenggara. Srivijaya telah
berkembang sebagai kota pelabuhan di Selat Melaka dan Selat Sunda dengan
hasil dagangan seperti rempah ratus, cendana, gaharu dan ubat-ubatan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  5

Empayar Srivijaya dianggap sebagai empayar Melayu pertama di Asia Tenggara


sebelum Kesultanan Melayu Melaka. Coedes menyatakan Srivijaya dikenali
dengan beberapa nama seperti Che-li-fo-che, San-fo-tsi (sumber China) dan
Sarbaza, Sribuzza (sumber Arab/India).

Srivijaya terkenal sebagai negeri perniagaan laut (thalassocracy) dalam bidang


politik, ekonomi dan kebudayaan berpusat di Palembang. Pengasas empayar
Srivijaya digelar Dapunta Hiyam. Srivijaya berjaya menakluki kerajaan Melayu-
Jambi, Kedah Tua, Ligor, Jaiya dan negeri-negeri kecil di Segenting Kra.
Empayar Srivijaya mempunyai hubungan dagang dan diplomatik dengan China
serta perdagangan jauh antara timur dan barat (Wolters, 1989).

Kemunculan Srivijaya banyak dicatatkan pada beberapa inskripsi Melayu kuno,


iaitu:

(a) Inskripsi Kedukan Bukit (Telaga Batu) di Palembang;


(b) Inskripsi Kota Kapur di Bangka;
(c) Inskripsi Talang Tuwo di Palembang; dan
(d) Inskripsi Karang Brahi di Jambi.

Inskripsi Kedukan Bukit merupakan bukti bertarikh kewujudan awal Srivijaya


dalam bahasa Melayu kuno dan Sanskrit (Wolters, 1989).

Coedes beranggapan Srivijaya telah dibuka lebih awal dari tarikh 683 M.
Berdasarkan sumber China (Dinasti Tang), Coedes mengemukakan dua
pendapat bahawa Srivijaya telah diasaskan lebih awal, iaitu:

(a) Che-li-fo-che telah menghantar utusan ke China antara tahun 670 M hingga
673 M; dan

(b) Catatan I-Tsing telah sampai ke (Che-li) Fo-che pada tahun 671 M.

Ahli sejarah masih gagal menentukan kewujudan Srivijaya tetapi bersetuju


kemunculan Srivijaya pada abad ketujuh Masihi (Wolters, 1989). Catatan
inskripsi Telaga Batu menunjukkan Srivijaya mempunyai sistem pentadbiran
yang teratur. Wolters (1989) menyatakan Srivijaya ditadbir kepada tiga kawasan.
De Casparis menjelaskan bahawa Srivijaya merupakan sebuah „kadatuan‰ yang
bermaksud empayar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


6  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

Sekitar abad kelima dan keenam Masihi, pelabuhan pertama yang wujud di Selat
Melaka menguasai pasaran tempatan ke China ialah Kan-to-li (Gantuoli). Kan-to-
li pernah dikaitkan dengan kewujudan Srivijaya pada abad ketujuh Masihi.
Lokasi Kan-to-li terletak di tenggara laut Pulau Sumatera memasarkan hasil
hutan, wangi-wangian dan candu kepada pasaran China. Kan-to-li telah
menguasai pengeluaran hasil dagang negeri sehingga muncul sebagai pelabuhan
entrepot. Sehingga tahun 441 M, Kan-to-li sudah menghantar ufti (gaharu) ke
China.

Menurut Coedes berdasarkan rekod Dinasti Tang, Srivijaya yang dikenali


sebagai Shi-li-fos-hi (Shilifoshi) mempunyai hubungan dengan China. Sekitar
abad ketujuh Masihi, pedagang Srivijaya sudah belayar hingga ke Tongking dan
Canton. Utusan Srivijaya ke China berlangsung dari 670 M dan terhenti hingga
742 M apabila Dinasti Tang semakin lemah.

Berdasarkan catatan Hsin TÊang Shu, Srivijaya berjaya memiliki 14 buah kota
yang pernah menjadi saingan sebelum dikalahkan. Jajahan takluk Srivijaya
meliputi pantai barat Burma, Segenting Kra dan sebahagian pantai barat dan
timur Semenanjung Tanah Melayu. Srivijaya memaksa setiap kapal yang belayar
di perairannya supaya singgah ke bandar pelabuhannya yang lain. Srivijaya
memiliki kekuatan tentera laut yang besar untuk menjaga kepentingan dan
kekayaan perdagangannya (Wolters, 1989).

Lembah Bujang (Kalah) ialah bandar perniagaan yang terpenting Srivijaya pada
abad ke-10 Masihi. Srivijaya menguasai Lembah Bujang di Kedah dan
menjadikannya sebagai pusat perdagangan entrepot yang utama di Selat Melaka.
Saudagar asing membeli hasil dagangan seperti timah (Tanah Melayu), gading
gajah (Sumatera), kapur barus (Borneo), rempah ratus (Maluku) dan kayu
cendana (kepulauan Asia Tenggara).

Pahang dan Pulau Tiyumah jajahan takluk Srivijaya merupakan persinggahan


pedagang antarabangsa. Pulau Tiyumah membekalkan air minuman kepada
pelaut dan pedagang di samping hasil dagangan kayu cendana, kelapa dan
kapur barus. Srivijaya mengawal pedagang luar dan memberi segala kemudahan
kepada pedagang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  7

AKTIVITI 1.1

1. Apakah faktor-faktor yang mendorong kemunculan empayar


Srivijaya sebagai empayar Melayu yang terawal di Asia Tenggara?

2. Bincangkan kewujudan kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara


yang mempengaruhi kemunculan empayar Kesultanan Melayu
Melaka.

1.1.2 Sejarah Awal Berdasarkan Sejarah Melaka


Dalam sejarah Malaysia, Parameswara disebut putera raja yang cuba
memberontak dan merdeka dari Jawa. Parameswara berasal daripada keturunan
raja Palembang. Parameswara bermaksud Dewa yang Tertinggi (Supreme Lord).
Nama Parameswara mempunyai persamaan dengan raja India di wilayah selatan
iaitu Parameswarawarman.

Berdasarkan sumber Portugis, terdapat lima rekod yang ditulis oleh bangsa
Portugis mengenai Melaka (lihat Jadual 1.1). Salah seorang penulis Portugis ialah
Tom Pires (Suma Oriental) yang mencatatkan bahawa raja Melaka yang terawal
sebagai Paramicura. Menurut beliau, Paramicura memerintah Singapura selama
lima tahun dan enam tahun di Bertam, dan mangkat di Bertam. Manakala
berdasarkan catatan dalam Commentaries, raja Melaka yang pertama ialah
Paramicura dan mangkat tujuh tahun selepas membuka Melaka.

Jadual 1.1: Lima Sumber Penulisan Portugis tentang Melaka

Sumber Penulisan Portugis tentang Melaka Penulis

Suma Oriental Tom Pires

Commentaries Braz de Alburquerque

Asia Joao de Barros

Report on the Golden Chersonese dan Manuel Godinho de Eredia


Description of Malacca

Decada Diego de CoutoÊ

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


8  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

Menurut sumber Barat, Winstedt (1989) menulis berdasarkan sumber Tom Pires
(Suma Oriental pada tahun 1512 hingga 1515) ă Parameswara telah menjadi Raja
Singapura selama lima tahun. Parameswara telah hidup sebagai pelarian di
Muar selama enam tahun, kemudian tinggal di Bertam sebelum mendirikan
Melaka pada tahun 1403. Pentarikhan Winstedt (Suma Oriental) menunjukkan
bermula pada tahun 1402/1403. Perkiraan Wheatley (Sejarah Melayu dan Tuhfat
al-Nafis) bermula pada tahun 1404/1405.

Sumber China pula mencatatkan terdapat empat sumber menceritakan tentang


Melaka, iaitu:

(a) Ming Shih;


(b) Ming Shih-lu;
(c) Ying-yai Sheng-lan; dan
(d) Hsing-cha Sheng-lan.

Rekod Ming Shih dan Ming Shih-lu semasa Dinasti Ming dicatat pada tahun
1742. Ying-yai Sheng-lan dan Hsing-cha Sheng-lan merupakan catatan oleh
Ma Huan dan Fei Hsin. Sumber China menjelaskan lawatan utusan diraja
Melaka tahun 1405 hingga 1435 mencatatkan Pai-li-mi-su-la (1405 hingga 1413)
telah menghantar enam utusan diraja ke China. Catatan Yung-lo Shih-lu (1425
hingga 1430) dan Hsuan-te Shih-lu adalah mengenai nama seorang raja Pai-li-mi-
su-la telah mangkat pada akhir tahun 1413/1414.

Sebaliknya menurut Profesor Wang Gungwu yang menggunakan sumber


tempatan, Sejarah Melayu (edisi 1536 dan 1612), Bustan al-Salatin (1638), sumber
Portugis dan keterangan China (Dinasti Ming); Parameswara seorang pelarian
yang membuka Melaka pada tahun 1390-an. Beliau telah melarikan diri bersama
orang Bugis dan orang laut ke muara Sungai Melaka. Ramai sarjana tempatan
menggunakan tempoh Kesultanan Melayu Melaka bermula pada tahun 1400 dan
berakhir pada tahun 1511. Rajah 1.1 mengilustrasi peta Empayar Kesultanan
Melayu Melaka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  9

Rajah 1.1: Peta empayar Kesultanan Melayu Melaka

1.1.3 Sistem Pemerintahan Melaka


Melaka merupakan sebuah kerajaan Melayu tradisional yang mengamalkan
sistem pemerintahan kerajaan monarki warisan Empayar Srivijaya. Sultan ialah
ketua negara dan ketua kerajaan yang tertinggi. Di samping itu, Melaka juga
mempunyai Hukum Kanun Melaka sebagai undang-undang yang dijadikan
rujukan Sultan Melaka dalam menjalankan pemerintahan.

Dalam sistem pemerintahan, terdapat pembesar negeri yang terdiri daripada


Bendahara, Temenggung, Laksamana, Penghulu Bendahari dan Syahbandar
yang berfungsi membantu Sultan. Setiap pembesar bertugas mengikut portfolio
masing-masing manakala pada peringkat wilayah terdapat pembesar-pembesar

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


10  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

wilayah seperti penghulu mentadbir wilayah bagi pihak Sultan (Andaya &
Andaya, 2001).

Tugas Bendahara adalah menjaga hal ehwal pentadbiran negara termasuk


perhubungan dengan negara asing. Bendahara dibantu oleh Temenggung yang
bertanggungjawab menjaga keamanan dan ketenteraman dalam negeri. Aspek
keselamatan dan pertahanan ancaman luar adalah di bawah tanggungjawab
Laksamana. Penghulu Bendahari dan Syahbandar bertanggungjawab menjaga
urusan cukai dalaman dan perdagangan luar. Wujud stratifikasi sosial dalam
kalangan penduduk Melaka yang terdiri daripada Sultan, Orang-orang Besar
(pembesar), rakyat dan golongan hamba (rujuk Rajah 1.2).

Rajah 1.2: Struktur masyarakat Melayu tradisional

1.1.4 Kegiatan Ekonomi Melaka


Kennedy, dalam bukunya A History of Malaya menyatakan Melaka semasa
dibuka oleh Parameswara ialah sebuah perkampungan nelayan dan lanun.
Kegiatan pertanian bukanlah kegiatan utama penduduk Melaka dan
ekonominya tidak mengeluarkan apa-apa barang dagangan kecuali sedikit timah
dan gading gajah. Penduduk tempatan tidak terlibat secara cergas dalam bidang
perdagangan sebaliknya dikuasai oleh pedagang asing. Melaka terkenal sebagai
pusat „emporium‰ yang wujud di kawasan timur (Kennedy, 1993).

Perdagangan Melaka meliputi pelabuhan utama dunia dari Venice, Alexandria


hingga ke Laut Merah, menyeberangi Teluk Parsi hingga ke Cipangu (Jepun).
Kawasan perdagangan lain meliputi Afrika Utara, benua India, Ceylon, Burma
dan kepulauan Sumatera, Jawa dan kepulauan rempah (lihat Rajah 1.3).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  11

Rajah 1.3: Peta jaringan perdagangan Melaka dengan negara-negara di Nusantara

Tom Pires (1512) menyatakan di pelabuhan Melaka terdapat 84 bahasa


digunakan dan tiap-tiap satu adalah berlainan. Tom Pires menyatakan „barang
siapa menguasai Melaka maka ia akan dapat menguasai Venice‰ (Venice
merupakan sebuah pelabuhan yang besar di Eropah dan pintu masuk barang
dagangan dari Asia). Menurut Duarte Barbosa, pada kurun ke-15 Melaka
merupakan pelabuhan yang terkaya dengan jumlah perdagangan borong yang
terbesar dan perkapalan yang sungguh banyak dari seluruh dunia (Kennedy,
1993) (lihat Rajah 1.4).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


12  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

Rajah 1.4: Kesibukan kapal dagang di pelabuhan Melaka


Sumber: http://info.cari.com.my

Melaka menjalankan dasar perdagangan bebas, menjamin keselamatan


pedagang, sebagai pusat perdagangan yang terbesar, mempunyai bekalan
makanan yang cukup dan selamat daripada serangan lanun. Keupayaan Melaka
sebagai pusat pelabuhan dan kawasan perniagaan sangat penting di alam
Melayu bagi Timur dan Barat. Penggunaan mata wang sejak zaman
pemerintahan Raja Iskandar Syah ă nilai pertukaran satu jongkong timah seberat
1 kati 8 tahil. Melaka mengamalkan „sistem cukai berkeutamaan‰ (preferential
tariff system).

Pelbagai pedagang datang ke Melaka, iaitu Mur dari Kaherah, Mekah, Aden,
Abysinnia, orang Kilwa, Malindi, Ormuz, Parsees, Rumes, Turks, Turkomans,
orang Kristian Armenia, Gujaratee, lelaki Chaul, Dabhol, Goa, dari negara
Deccan, Malabar, pedagang dari Orissa, Ceylon, Bengal, Arakan, Pegu, Siam,
lelaki Kedah, Melayu, lelaki Pahang, Patani, Kemboja, Champa, Cochin China,
Cina, Lequeos, lelaki Brunei, Lucoes, lelaki Tamjompura, Laue, Banka, Bima,
Timor, Madura, Jaya, Sunda, Palembang, Jambi, Tongkal, Indragiri, Kappatta,
Minangkabau, Siak, Arqua (Arcat), Aru, Bata, negara Tomjano, Pase, Pedir dan
Maldives.

Saudagar dari Gujerat, Koromandel dan Benggala membawa hasil perdagangan


seperti pakaian, barang mewah dan wangi-wangian. Barang dagangan yang

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  13

dibawa pulang ke India seperti buah pala, cengkih, kapur barus, kayu cendana
dan kemenyan.

Tom Pires menyatakan bandar Melaka tidak akan ada tanpa Cambay dan
Cambay akan mati tanpa Melaka. Pedagang dari Asia Barat mengambil masa 18
bulan pelayaran untuk sampai ke Melaka. Saudagar Asia Barat akan berhenti di
Cambay dan membawa barang mewah, senjata, kain tenunan, mangkuk
tembaga, candu dan arak. Mereka akan membeli barangan mewah seperti kain
sutera, kain benang emas, pinggan mangkuk, pasu dan porselin dari negara
China (Andaya & Andaya, 2001).

1.1.5 Dasar Luar Negara Melaka


Sejak abad ke-15, Melaka telah membina dasar luar negara yang bersifat selamat
dan terjamin. Kebangkitan empayar Kesultanan Melayu Melaka diperintah oleh
tiga atau empat orang raja Melaka yang dianggap unggul. Sultan yang berkaliber
dan adil adalah seperti Parameswara, Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansor Syah
dan Sultan Alauddin Riayat Syah.

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai sultan yang berkaliber. Pires


menyatakan Sultan Muzaffar Shah sebagai seorang yang baik hati dan bersikap
munasabah. Sejarah Melayu memperwatakkan Sultan Muzaffar sebagai terlalu
baik. Baginda adil, murah dan saksama. Pires menggambarkan Sultan Mansor
Shah (Mamsursa) sebagai seorang yang bermaruah manakala Sejarah Melayu
menggambarkan Sultan Mansor sebagai terlalu baik parasnya serta adil lagi
pemurah. Pires menyatakan Raja Melaka berurusan dengan baik dan saksama
dengan orang luar, ini merupakan perkara yang sangat menarik pedagang
terutamanya warga asing.

Kesultanan Melayu Melaka berminat mengadakan hubungan dengan China


untuk menjaga keselamatan daripada kuasa Siam. China menganggap semua
negara yang menghantar rombongan kepadanya sebagai sebuah negara ufti.
Fungsi penghantaran ufti oleh Melaka kepada China sebagai bukti Melaka
menerima ketuanan China. Melaka berjaya mengimbangi kuasa (balance of
power) Siam dengan menggunakan kuasa China.

1.1.6 Penduduk Melaka


Tom Pires mencatatkan kewujudan orang Celates (Selat) yang datang dan
menetap di Melaka. De Eredia menyatakan penduduk awal Melaka ialah orang
Selat. Tiga tahun setelah Melaka dibuka oleh Parameswara, rakyatnya bertambah
daripada 1,000 kepada 2,000 orang. Pada tahun 1414, Melaka mempunyai 6,000

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


14  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

penduduk dan pada zaman Alauddin Riayat Shah, Melaka menjadi sangat
masyhur sehinggakan ia mempunyai 40,000 penduduk yang terdiri daripada
hampir semua bangsa di dunia.

Newbold menganggarkan penduduk Melaka seramai 190,000 orang pada zaman


pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Alfonso menggambarkan orang Melayu
sebagai orang gagah, mereka memakai pakaian yang baik, mereka tidak akan
membenarkan meletakkan tangan di atas kepala dan tidak juga pada bahu
mereka. Valentyn mencatatkan orang Melayu sebagai orang yang paling licik,
paling bijak dan berbudi bahasa di seluruh bahagian Timur. Masyarakat Melayu
Melaka pada dasarnya merupakan masyarakat Melayu bercirikan tradisional.

1.1.7 Penyebaran Islam di Melaka


Penyebaran Islam di Melaka dikatakan bermula dengan pengislaman
Parameswara pada tahun 1414 M (Sultan Iskandar Shah). Islam disebarkan ke
Melaka oleh pedagang Arab dan Parsi. Pedagang Arab memanggil Melaka
sebagai Malakat bermaksud pasar (emporium). Terdapat bukti terawal Islam di
Tanah Melayu dengan penemuan Batu Bersurat di Terengganu bertarikh 702 H
bersamaan 1303 M. Tulisan Jawi lama yang terdapat pada batu bersurat
Terengganu mencatatkan undang-undang hukuman jenayah.

Profesor Fatimi menyatakan bukti tersebut menunjukkan Terengganu ialah


negeri yang terawal menerima Islam. Kedatangan Islam di Terengganu yang
terdedah kepada kegiatan perdagangan oleh orang Arab ke negara China. Rekod
China (Ming Shih) menjelaskan pemerintah kerajaan Melayu Melaka telah
mengamalkan ajaran Islam.

Evangeslista berpendapat bahawa proses pengislaman bukannya perkara yang


berlaku sekelip mata, ia mengambil masa terutamanya di tempat yang agama
Hindu dan Buddha telah diterima. Kedatangan Islam pada abad ke-7 Masihi
hingga ke-15 Masihi telah menghakis pengaruh Hindu-Buddha sedikit demi
sedikit (Kennedy, 1993).

Zaman Kesultanan Melayu Melaka merupakan era perkembangan Islam dan


mencapai kegemilangannya pada zaman Sultan Mansur Shah. Melaka telah
menjadi pusat pengajian Islam yang terpenting di Semenanjung Tanah Melayu
dan Nusantara. Sejarah Melayu mencatatkan raja Melaka amat berminat dengan
ajaran Islam.

Sultan Muhammad Syah mempelajari ilmu agama Islam daripada Saiyid Abdul
Aziz. Sultan Mansur Shah dikatakan mempelajari kitab Dur al-Manzum dengan
Maulana Abu Bakar. Kedatangan Maulana Abu Bakar dari Jeddah melaporkan
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  15

„semua orang besar Melaka berguru dengan beliau‰. Sultan Mahmud Shah dan
puteranya Sultan Ahmad pula berguru dengan Maulana Sadar Jahan.

Konsep politik selepas Islam berubah dengan penekanan kepada konsep daulat
raja (daulah). Raja Melaka diperlihatkan dengan kedaulatan mereka seperti kisah
Sang Rajuna Tapa yang menderhaka kepada Raja Iskandar Shah dengan
membantu Majapahit „Dengan takdir Allah Taala, maka rumah Sang Rajuna
Tapa pun roboh, dan kerengkiangnya tumbang, dan beras pun habis menjadi
tanah dan Sang Rajuna Tapa laki isteri menjadi batu.‰ Pantang Melayu
menderhaka, adat hamba Melayu itu tiada dapat menyalahi kehendak tuannya
(raja).

Sistem perundangan Islam tinggalan zaman Kesultanan Melayu Melaka ialah


Hukum Kanun Melaka (Undang-undang Melaka). Sebelum pemerintahan Sultan
Alauddin Riayat Shah, hukuman ke atas jenayah seperti mencuri dan menyamun
diputuskan kepada adat tradisi dan resam (local custom). Pada zaman Sultan
Alauddin, sesiapa yang didapati bersalah mencuri akan dipotong tangan.

„Adapun jikalau dia mencuri, maka tertangkap lalu dibunuhnya, maka


kenalah denda akan dia setengah harganya.... Adapun pada hukum Allah
orang yang mencuri itu tiada harus dibunuh, melainkan dipotong
tangannya.‰
(Hukum Kanun Melaka, Artikel 7.2)

Hukum Kanun Melaka telah menjadi sistem undang-undang terpenting dalam


pentadbiran Melaka. Zaman Sultan Mahmud Shah, fasal dalam Hukum Kanun
Melaka menyebut:

„Menteri-menteri, pegawai-pegawai istana dan pasukan tentera, mereka


hendaklah bertindak berdasarkan firman Allah SWT dalam al-Quran dan
menjalankan suruhan-Nya untuk membuat kebaikan dan mencegah
kejahatan.‰

Ketua negara perlu berunding dan bermesyuarat dengan pegawai kerajaan dan
rakyat jelata berlandaskan konsep syura. Kesan pelaksanaan undang-undang
Islam telah memberi pengaruh kepada beberapa jenis undang-undang seperti
jenayah, tanah, muamalat, munakahat, khiyyar dan fuduli.

Hukum Islam digunakan dalam undang-undang jenayah seperti mencuri,


menyamun, qisas, membunuh orang, zina, liwat, muamalat, peraturan jual beli,

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


16  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

hutang piutang, sewa tanah, rumah, berladang, dan perkara mungkar seperti
minum arak, tuak, berjudi dan meninggalkan solat.

Perkembangan Islam telah mendorong penghayatan ilmu dan pengetahuan


kepada golongan istana dan rakyat. Proses pembelajaran ini telah melahirkan
banyak institusi agama Islam yang terkenal seperti madrasah, surau, masjid,
pondok, langgar, rangkang dan pesantren. Islam telah membawa perubahan
sosial dengan memperkenalkan konsep sama rata bagi menggantikan sistem
kasta pengaruh Hindu-Buddha. Agama Islam telah menghapuskan semangat
asabiyah dan membentuk perpaduan ummah bagi seluruh rakyat di Melaka.

AKTIVITI 1.2
Bincangkan dengan rakan sekelas anda dalam forum myINSPIRE
tentang bagaimana Kesultanan Melayu Melaka memperkukuhkan
empayarnya sehingga dihormati oleh kuasa-kuasa asing sebagai sebuah
kerajaan Melayu yang terkuat pada abad ke-15.

1.2 PERSAINGAN KUASA BARAT DI NEGERI


MELAYU
Kejayaan Melaka muncul sebagai empayar yang terkemuka di Nusantara telah
menyebabkan banyak kuasa Barat berminat untuk berdagang dan menguasai
Melaka. Empayar Melaka telah berjaya berkembang dan membangun dengan
begitu pesat sehingga menimbulkan perasaan iri hati dalam kalangan kuasa
Barat seperti Portugis dan Belanda yang kita akan bincangkan pada subtopik ini.

1.2.1 Portugis
Ptolemy menyatakan Melaka dikenali sebagai Jerra atau Regoi Aurifera (negeri
yang kaya dengan emas ă Semenanjung Emas). Sebelum misi De Sequeira,
terdapat satu misi Portugis yang dirancang oleh Francisco de Almeida (Wizurai
Portugis) di India. Misi ini diketuai oleh Francisco Pereira, Estavao de Vilhena
dan Gaspar da pada tahun 1506. Mereka mengetahui dan memahami bahasa
Melayu. Misi tersebut terpaksa dibatalkan kerana berlaku percubaan membunuh
mereka semasa di India.

Portugis di Goa telah banyak mengumpul maklumat dan kepentingan


perdagangan Melaka. Portugis juga mendapat laporan daripada pelapor seperti
Vasco da Gama dan Bonajuto de Albano. Laporan seperti Roteiro da Primeria

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  17

Viagem de Vasco da Gama 1497-1499 (Carta/Peta Perjalanan Pertama Vasco da


Gama dan Laporan Perdagangan dan Geografi berkenaan Negara-negara ke
Selatan Calicut).

Orang Portugis tiba pertama kalinya di Melaka pada tarikh 11 September 1509.
Angkatan Portugis diketuai oleh Diogo Lopes De Sequeira bersama empat buah
kapal dari Lisbon. Semasa dalam perjalanan ke Melaka, angkatan Portugis telah
singgah di Pasai dan Pedir. Peranan Wizurai Almeida dan De Sequeria turut
melaporkan perkembangan Portugis di kawasan Timur kepada Raja Portugal.

Rombongan Diogo Lopes De Sequeira membawa perutusan rasmi daripada Raja


Portugal untuk disampaikan kepada Sultan Mahmud bagi mewujudkan
hubungan persahabatan dan perdagangan. Pada dasarnya misi De Sequeria ke
Melaka untuk mengumpul barang dagangan. Namun kedatangan Portugis tidak
disenangi oleh pedagang Gujerati dan Asia Barat. Mereka telah menghasut
Bendahara Tun Mutahir supaya mengusir Portugis dari Melaka (Andaya &
Andaya, 2001).

Sultan Mahmud telah menitahkan supaya menangkap orang Portugis dan 20


orang pedagang Portugis bersama pegawai mereka iaitu Ruy dÊAraujo telah
ditangkap dan beberapa orang Portugis terbunuh. De Sequeria telah meminta
Bendahara membebaskan orangnya tetapi ditolak. De Sequeria berjaya melarikan
diri ke India dan memberi amaran akan menyerang Melaka sekiranya orang
tawanan Portugis tidak dibebaskan.

Alfonso meninggalkan Goa bersama 18 buah kapal perang, 800 askar Portugis
dan 600 askar Malabar. Misi Alfonso adalah membebaskan tawanan Portugis
dan menuntut ganti rugi di samping membina empayar Portugis di Asia.
Rundingan antara Alfonso dan pemerintah Melaka gagal. Akhirnya Portugis
melancarkan serangan pada tarikh 8 dan 10 Ogos 1511.

Pada tarikh 24 Ogos 1511, Melaka berjaya dikalahkan dan ditawan oleh Portugis.
Kejatuhan Melaka sebagai pusat pemerintahan ke tangan Portugis pada tahun
1511 menyebabkan Sultan Mahmud terpaksa berpindah ke Johor (Andaya &
Andaya, 2001).

Alfonso telah menyempurnakan arahan Raja Portugal membina fortaleza di


Melaka. Portugis telah membina Kota A Famosa yang berbentuk segi empat
daripada sejenis batu yang diambil dari sebuah pulau di Melaka (lihat Rajah 1.5).
Alfonso membina kota tersebut sebagai benteng pertahanan dan untuk beribadat
serta upacara keagamaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


18  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

Rajah 1.5: Kota A Famosa yang dibina oleh Portugis


Sumber: http://pesanan-pesanan.blogspot.com

Melaka merupakan pusat pentadbiran Portugis yang ketiga selepas Afrika dan
Goa. Portugis tidak mempunyai anggota yang cukup untuk mentadbir Melaka.
Semua jawatan dikuasai dan dipegang oleh orang Portugis manakala masyarakat
Melaka tidak mempunyai kuasa.

Corak pemerintahan Portugis tidak adil kepada penduduk tempatan sebaliknya


mementingkan orang asing. Selama lima bulan Alfonso di Melaka, beliau
merupakan orang yang paling berkuasa di Melaka. Seorang Kapten Kota dilantik
untuk mentadbir Melaka dan sebagai penolong kepada Wizurai di Goa. Kapten
Kota dibantu oleh kumpulan pegawai Portugis yang dilantik iaitu Kapten
Jeneral, Ketua Hakim, Datuk Bandaraya, Bishop dan Ketua Tempatan.

Pentadbiran Portugis di Melaka memperlihatkan sistem perkongsian kuasa


dengan orang asing dan penduduk tempatan. Sesetengah jawatan tempatan
dikekalkan walaupun berbeza dari segi kuasa. Contohnya, Nina Chatu diberi
kuasa berdasarkan peruntukan dan perundangan saudagar India serta pedagang
asing yang lain (fidalgo). Kelemahan Portugis yang paling besar ialah pegawai
mereka yang tidak amanah.

Ketidakcekapan pengurusan pentadbiran Portugis di Melaka diketahui oleh Raja


Portugal. Antara masalahnya seperti perbelanjaan pengurusan yang terlalu
tinggi serta pegawai tidak cekap. Raja Portugal telah menghantar surat kepada
Kapten Kota di Melaka bagi membekalkan kapal dan senjata untuk menghadapi
saingan Belanda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  19

Pegawai Portugis menguasai dan memonopoli perdagangan untuk kepentingan


diri. Pegawai Portugis diberi keistimewaan untuk menjalankan kegiatan
perdagangan di Melaka. Orang Portugis melalaikan tanggungjawab terhadap
agama Kristian. Francis Xavier dihantar ke timur pada tahun 1545 untuk
memulihkan moral askar Portugis.

Serangan Sultan Mahmud dan Sultan Ahmad pada tahun 1515 hingga 1524
(sebanyak lima kali) menyebabkan Portugis lemah. Portugis menghadapi satu
kuasa, iaitu Islam, dari Aceh pimpinan Sultan Ali Mughayat Syah. Aceh
melancarkan serangan secara berturut-turut pada tahun 1537, 1547, 1568, 1570
dan 1582. Kemunculan Belanda pada akhir abad ke-16 Masihi telah menggugat
kekuatan Portugis di Melaka melalui sekatan perdagangan.

1.2.2 Belanda
Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC ă Vereenigde Oostindische Compagnie)
telah muncul pada tahun 1602 dengan gabungan beberapa buah syarikat
perdagangan di rantau Asia. Syarikat ini telah menjadi kuasa perdagangan yang
kuat dan menguasai ekonomi Asia Tenggara.

Kuasa Belanda cuba menyingkirkan Portugis yang memonopoli perdagangan


rempah di Mediterranean dan pada masa yang sama kuasa Inggeris telah
menjadi pesaing kuat Belanda. VOC telah menjadikan Asia sebagai pusat
kegiatan rempah utama dan rangkaian perdagangan global Amsterdam
(Furnivall, 1983).

Tahun 1641 merupakan satu lagi titik peralihan dalam sejarah Malaysia kerana ia
menandakan kebangkitan Johor dan penguasaan Belanda ke atas Melaka
daripada tangan Portugis. Belanda disifatkan bukan penceroboh kolonial tetapi
sebagai sahabat kepada pemerintah Melayu yang membenarkan VOC berdagang
di wilayah mereka.

Jalan laut dari Eropah ke rantau Asia dirahsiakan oleh Portugis tetapi pelaut
Belanda berjaya sampai ke kepulauan Melayu pada akhir tahun 1590-an. Belanda
segera menjalinkan hubungan dengan pemerintah Melayu untuk mendapatkan
tapak di Selat Melaka.

Penguasaan Melaka oleh Portugis merupakan halangan utama bagi Belanda


walaupun satu perjanjian perdagangan telah dibuat dengan pemerintah Johor
pada tahun 1606. Perjanjian tersebut membenarkan Belanda berdagang di
wilayah Johor dan menguasai Melaka daripada Portugis.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


20  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

Pada tahun 1619, VOC menubuhkan ibu pejabat di Betawi, Jawa dengan tujuan
menguasai kawasan perdagangan lain. Pada tahun 1640, VOC sekali lagi cuba
menjalinkan hubungan dengan pemerintah Johor. Pemerintah Johor telah
membuat perjanjian dengan VOC dan menyokong penuh serangan ke atas
Portugis di Melaka pada 14 Januari 1641 (Furnivall, 1983).

Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) turut cuba menyaingi kuasa Belanda
(VOC) di kawasan timur. Belanda telah menghalang Henry Middleton untuk
mendirikan loji di Ambon, iaitu di kepulauan Maluku. Belanda menghalang
pembinaan loji yang cuba dilakukan oleh pelayar Inggeris pada tahun 1608, 1609
dan 1610.

SHTI sedar VOC berazam untuk menyekat orang-orang Inggeris daripada


menguasai perdagangan rempah. Beberapa perundingan antara SHTI dan VOC
diadakan di London pada tahun 1613 dan di Hague pada tahun 1615 tetapi gagal
(Furnivall, 1983).

Menjelang tahun 1609, Belanda mempunyai loji di Bantam, Makasar, Pattani,


Sukadana, Sambas, Aceh dan Siam. Belanda menjalankan dasar monopoli
perdagangan yang dilakukan persetiaan dengan pemerintah tempatan manakala
Inggeris menjalankan dasar perdagangan bebas. Dasar monopoli perdagangan
VOC ditentang oleh SHTI tetapi SHTI tidak berupaya menyaingi Belanda kerana
kekurangan modal.

Pada tahun 1595 hingga 1601, VOC mengaut keuntungan sebanyak 80,000 florin
dengan bilangan 65 buah kapal dagang Belanda ke timur untuk memonopoli
kepulauan Rempah (Furnivall, 1983).

Sejak tahun 1603, Belanda telah tiba di Johor dan membuat perjanjian
perdagangan dengan pemerintah Johor, iaitu Sultan Alauddin Riayat Shah III.
Portugis di Melaka telah memberi amaran kepada Johor supaya tidak
mengadakan hubungan dengan kuasa asing lain. Setelah mendapat hak
berdagang di Johor, Belanda bercita-cita menguasai perdagangan di Selat Melaka
dan mengusir Portugis dari Melaka.

Pada tahun 1606, kuasa Belanda bersama 11 buah kapal besar dan 6 buah kapal
kecil dianggotai seramai 1,357 orang telah menyerang Portugis di Melaka.
Seramai 700 askar Belanda telah mendarat di Ujung Pasir. Setelah berperang,
Matelief, ketua perang Belanda mengambil keputusan berundur. Beliau
mendapat berita Portugis telah menghantar Komander de Castro ke Melaka
bersama 17 buah kapal besar, 4 buah kapal dapur, 21 buah sampan besar, 3,000
askar Portugis dan 300 askar India.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  21

Minat Belanda ke atas Melaka semakin tinggi apabila VOC diperintah oleh
Gabenor J. P. Coen yang menjalankan polisi tiada perdagangan tanpa perang
(no trade without war). Pada tahun 1637, VOC menandatangani satu lagi
perjanjian persahabatan dengan Sultan Abdul Jalil Shah. Menerusi perjanjian
tersebut Johor akan membantu Belanda menyerang Melaka tetapi perjanjian ini
tidak berjaya.

Pada tahun 1639 di Betawi, Belanda telah menubuhkan sepasukan tentera yang
lengkap. Pada bulan Jun 1640, Belanda melancarkan serangan ke atas Melaka
dengan 12 buah kapal besar dan 1,500 orang tentera. Belanda telah dibantu oleh
Johor dengan 40 buah kapal dan 1,500 orang. Jumlah tentera Belanda dan Johor
ialah seramai 3,000 orang. Belanda menyedari kekuatan Portugis di Melaka
bergantung pada menara A Famosa yang setinggi 323 kaki dan dilengkapi
dengan 130 meriam yang strategik kedudukannya.

Keadaan kota yang berbukit dan berpaya serta kurang bekalan makanan
menyukarkan usaha Belanda menakluki Melaka. Pada tarikh 14 Januari 1641,
Portugis kalah di tangan askar Belanda dan Melayu yang diketuai oleh Kapten
Williamsz. Maka Melaka dikuasai oleh Belanda. Pertempuran sengit ini
menyaksikan pertukaran kuasa kolonial baharu di Melaka yang menyebabkan
banyak kematian dan kerugian dialami oleh kedua-dua pihak. Peperangan
Belanda dan Portugis di Melaka disebut kehilangan nyawa yang banyak berlaku
ke atas kedua-dua pihak (amidst heavy tolls to both sides).

Melaka kekal di bawah penguasaan Belanda sehinggalah pada tahun 1824.


Di bawah Persetiaan London 1824, Belanda telah menyerahkan Melaka kepada
British sebagai tukaran dengan Benkulen yang merupakan sebuah wilayah
jajahan British di pantai barat Sumatera (Furnivall, 1983).

Rundingan dan perjanjian merupakan usaha VOC untuk memenangi hati


pemerintah Melayu. Johor dan Perak merupakan sekutu rapat VOC. Pemerintah
Johor terpaksa membuat perjanjian dengan VOC bertujuan melindungi
kedaulatan Johor. Johor cuba mengekalkan hubungan persahabatan dengan
Belanda walaupun wujud pertikaian sehingga tahun 1784. VOC bertindak ke
atas Johor apabila mereka diancam oleh hubungan antara Johor dan SHTI.

Perak bersikap berhati-hati dalam hubungannya dengan VOC kerana VOC


berminat ke atas bijih timah di Perak yang sangat bernilai. Belanda membayar
harga bijih timah kepada Perak dengan harga yang rendah berbanding pedagang
lain. Perak mempunyai kepentingan kepada Belanda yang menghalang serangan
Siam dan Bugis ke atas Perak. Perak telah menyerahkan hak monopoli bijih

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


22  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

timahnya kepada Belanda. Belanda telah mendirikan Kota Belanda untuk


melindungi perdagangan timah daripada lanun (lihat Rajah 1.6).

Rajah 1.6: Kota Belanda di Pulau Pangkor


Sumber: http://www.pangkorbayview.com/info--tips.html

Kejayaan kuasa Inggeris di Selat Melaka telah memberi saingan dan


melemahkan VOC. Inggeris berjaya menyerang kubu Belanda di Tanjung Putus
pada bulan Disember 1781 dan melemahkan pertahanan Belanda. Sifat
perdagangan Belanda yang memonopoli hak perdagangan akhirnya
menyebabkan VOC mengalami kerugian yang besar di negeri-negeri Melayu
(Furnivall, 1983).

1.2.3 British
Perdagangan merupakan salah satu faktor penting yang menentukan dasar
British terhadap negeri Melayu. Walaupun kerajaan Inggeris-India menjalankan
dasar tidak campur tangan dalam politik negeri Melayu, penglibatan mereka
dalam hal perdagangan di Tanah Melayu telah bermula sejak tahun 1771.

Francis Light, wakil syarikat Inggeris yang berpusat di Madras telah menjalin
hubungan dagang dengan raja Melayu terutamanya Sultan Abdullah (Sultan
Kedah). Sultan Kedah telah menawarkan kepada Inggeris sebuah kawasan
pelabuhan di Kedah tetapi dengan syarat SHTI harus memberi bantuan kepada
Kedah untuk menentang Bugis di Selangor (Emerson, 1979). Light berminat

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  23

dengan tawaran ini walaupun tindakannya menimbulkan banyak bantahan yang


keras daripada pihak pentadbir Inggeris di India dan London.
Francis Light berpendapat sekiranya peluang ini tidak diambil mungkin pulau-
pulau di Kedah akan diberikan kepada kuasa Belanda. Menjelang abad
ke-19, kuasa Siam kembali kuat semula di bawah Dinasti Chakri (Cowan, 1970).

Siam mula mengancam kedudukan Kedah yang pada suatu ketika dahulu
merupakan tanah jajahan Siam. Tindakan Siam ini menyebabkan Sultan
Abdullah berasa bimbang dan sekali lagi Kedah meminta bantuan SHTI untuk
menentang ancaman Siam. Sultan Abdullah telah menawarkan pajakan Pulau
Pinang kepada SHTI dan Light telah bertindak sendiri mengambil Pulau Pinang
sebagai milik Inggeris secara rasmi pada tarikh 11 Ogos 1786 (Andaya &
Andaya, 2001).

Light juga dikatakan telah menggunakan nama King George III sebagai „wakil‰
kepada Raja Inggeris. Tindakan Light ini seolah-olah telah mencabuli Akta Pitt
1784 yang menegaskan dasar kerajaan Inggeris tidak akan campur tangan dalam
politik negeri-negeri Melayu. Light juga telah melanggar arahan Lord
Cornwallis, Gabenor Jeneral di Calcutta supaya jangan bersekutu dengan Sultan-
sultan Melayu (Bassett, 1971).

Selepas Pulau Pinang diduduki, Light tidak menunaikan janjinya untuk


membantu Kedah menentang kuasa Siam. Sultan Abdullah marah dan bertindak
membawa masuk perompak dan lanun yang berkeliaran di Selat Melaka
menyerang Pulau Pinang pada bulan Mac 1791. Tindakan Sultan Abdullah ini
telah menyebabkan Light marah dan bertindak menyerang Kedah di pinggir
pantai Pulau Pinang.

Akhirnya, Kedah kalah dan terpaksa mengakui pendudukan SHTI ke atas Pulau
Pinang dengan termeterainya Perjanjian Kuasa British dengan Kedah pada tahun
1791 (Andaya & Andaya, 2001). Pada tahun 1800, Sultan Kedah sekali lagi telah
memajakkan Daerah Perai (Province Wellesley) yang terletak di pantai yang
seberang kepada SHTI.

Pendudukan British di Pulau Pinang banyak memberikan kebaikan kepada


mereka dari segi ekonomi dan pertahanan. British percaya Pulau Pinang dapat
dijadikan pangkalan perang yang terbaik di wilayah timur. Selain itu Pulau
Pinang sesuai dijadikan pusat membuat dan membaiki kapal. Pada tahun 1805,
Pulau Pinang telah dinaikkan ke taraf sebuah pelabuhan Presidensi yang setaraf
dengan pelabuhan Bombay dan Madras.

Namun harapan SHTI untuk memajukan Pulau Pinang menghadapi jalan buntu
apabila Pulau Pinang gagal menjadi sebuah pelabuhan yang baik. Kawasan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


24  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

perairan perdagangan Pulau Pinang adalah terhad kepada kawasan


sekelilingnya dan kedudukan pulau itu yang terletak di utara sukar untuk
menjadi pusat perdagangan di kepulauan Melayu. Sehingga tahun 1816, Pulau
Pinang didapati oleh British tidak dapat berfungsi sebagai sebuah pelabuhan
yang bertaraf „Presidensi‰ (Bassett, 1971).

Apabila Pulau Pinang gagal berfungsi sebagai sebuah pelabuhan dan pangkalan
tentera British yang baik, British mula mencari sebuah pelabuhan baharu di
penghujung Selat Melaka bagi menyaingi kuasa Belanda yang berada di Melaka
dan Jawa.

Raffles telah diarahkan supaya mendirikan sebuah pos pelabuhan di selatan


Selat Melaka untuk persinggahan kapal dagang ke negara China. Raffles
berminat untuk mendirikan pelabuhan entrepot di Borneo tetapi harapannya
hampa apabila Balambangan dibangunkan semula oleh kuasa Belanda
menjelang tahun 1803. Akhirnya, Raffles telah mendesak Gabenor Jeneral di
India supaya mengambil Singapura sebagai tanah jajahan mereka ketika beliau
melawat Calcutta pada tahun 1818 (Cowan, 1970).

Pada tanggal 30 Januari 1819, Raffles telah menandatangani satu perjanjian


dengan Temenggung Johor-Riau yang berkuasa di Singapura. Inggeris telah
diberikan hak mendirikan kilang di Singapura setelah Raffles mengiktiraf Raja
Hussein, putera sulung Sultan Mahmud sebagai pewaris yang sah kepada
kerajaan Johor-Riau. Pengambilan Singapura oleh Raffles juga didorong oleh
persaingan kuasa Belanda yang membantah pendudukan Inggeris di Singapura.

Sikap kerajaan Inggeris di India dan Britain mula berubah apabila Singapura
mencapai kemajuan dan kepesatan dalam bidang pelabuhan antarabangsa di
perairan Selat Melaka. Pedagang di Britain dan Calcutta mahu pelabuhan
Singapura dikekalkan. British cuba mengadakan rundingan demi rundingan
dengan Belanda atas hak tanah jajahan di Asia Tenggara (Bassett, 1971).

British berjaya menguasai Melaka sebagai tanah jajahannya yang kedua di Tanah
Melayu setelah Raja William V menandatangani perjanjian Surat-surat Kew 1795
dengan kerajaan British. Namun penguasaan SHTI ke atas Melaka tidak dapat
mengisi keperluan SHTI untuk menggantikan Pulau Pinang. Status Melaka pada
ketika itu ialah hak milik sementara British sehingga tamatnya Perang Napoleon.

Pihak SHTI juga bimbang terhadap keuntungan perniagaan di Melaka yang telah
lama merosot akibat perbalahan yang berpanjangan antara kuasa Belanda dan
Bugis dahulu. British perlu menubuhkan sebuah lagi pelabuhan di sekitar
perairan Selat Melaka (Andaya & Andaya, 2001).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  25

Pada 17 Mac 1824, hasrat British tercapai apabila termeterainya Perjanjian


Inggeris-Belanda di London (Cowan, 1970). Antara syarat perjanjian yang
penting menjelaskan dasar Inggeris dan Belanda bahawa kedua-dua buah negara
bersetuju tidak akan menubuhkan petempatan baharu tanpa mendapatkan
kebenaran terlebih dahulu daripada kedua-dua belah pihak.

Perjanjian ini juga telah mensyaratkan Belanda tidak akan campur tangan di
Tanah Melayu manakala British tidak akan campur tangan di Kepulauan Jawa
dan Sumatera. Sir Thomas Stamford Raffles dengan lantang telah menentang
sekeras-kerasnya keputusan SHTI untuk memulangkan semula tanah jajahan
takluk Belanda di timur termasuk Melaka selepas tamatnya Perang Napoleon
(Andaya & Andaya, 2001).

Setelah perjanjian ini dimeterai, Inggeris tetap mengamalkan dasar tidak campur
tangan terhadap negeri Melayu. SHTI yang mewakili kuasa Inggeris adalah
badan perniagaan dan tidak mempunyai niat untuk menambahkan perbelanjaan
dan membabitkan diri dalam kekacauan yang berlaku di negeri Melayu.

Pada tahun 1826, Inggeris telah menggabungkan tiga tanah jajahannya di sekitar
perairan Selat Melaka iaitu Singapura, Melaka dan Pulau Pinang termasuk
Seberang Perai dibentuk menjadi satu unit pentadbiran yang dikenali sebagai
Negeri-negeri Selat (The Straits Settlements) (Andaya & Andaya, 2001).

Campur tangan British di negeri Melayu telah meletakkan status negeri Melayu
di bawah naungan British. British telah mewujudkan persefahaman dan
perjanjian dengan raja Melayu. British campur tangan dalam pentadbiran Perak
setelah berlaku pembunuhan J. W. W. Birch melalui Perjanjian Pangkor 1874.

Perjanjian ini telah ditandatangani oleh Andrew Clarke mewakili pihak British
dengan Raja Abdullah dan pembesar negeri yang lain. Campur tangan British di
Selangor, Pahang dan Sungai Ujong di Negeri Sembilan juga adalah melalui
perjanjian dengan raja-raja Melayu dan pembesar tempatan yang melibatkan
pegawai-pegawai British (Bassett, 1971).

Pada tahun 1896, penguasaan British ke atas negeri Melayu dengan


pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang ditandatangani oleh
Gabenor Negeri-negeri Selat yang mewakili Kerajaan Inggeris di London dengan
Raja-raja Melayu iaitu Sultan Perak, Sultan Selangor, Sultan Pahang dan
Yamtuan Besar Negeri Sembilan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


26  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

Penubuhan NNMB menunjukkan penguasaan British ke atas kedaulatan negeri


Melayu. British terus mengadakan hubungan dengan pemerintahan kerajaan
negeri Johor, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis melalui beberapa
perjanjian yang ditandatangani.

AKTIVITI 1.3

1. Mengapakah Portugis cuba menghapuskan monopoli perdagangan


saudagar-saudagar Islam di Melaka?

2. Mengapakah Belanda berasa iri hati kepada Portugis di Melaka


sedangkan mereka telah berjaya menguasai kepulauan rempah di
Nusantara?

3. Jelaskan kepentingan Pulau Pinang dan Singapura kepada pihak


Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI).

1.3 PROSES KEMERDEKAAN PERSEKUTUAN


TANAH MELAYU
Mari kita mendalami pengetahuan kita tentang proses kemerdekaan
persekutuan Tanah Melayu dalam subtopik ini.

1.3.1 Malayan Union 1946


Sebelum perang Dunia Kedua, British telah berusaha untuk mewujudkan sebuah
kerajaan pusat di Tanah Melayu. Namun usaha tersebut tidak berjaya kerana
keengganan Raja Melayu di negeri Johor, Terengganu, Kelantan dan Kedah. Hal
ini kerana para sultan negeri-negeri tersebut tidak mahu negeri mereka
kehilangan kuasa akibat daripada proses pemusatan kuasa dalam NNMB.

Apabila Jepun menyerang dan menakluki Asia Tenggara, Tanah Melayu dan
Sumatera telah diletakkan di bawah satu pentadbiran berpusat. Perkara ini
menyukarkan British kerana orang Melayu telah mempunyai pengalaman dalam
memperjuangkan gagasan Melayu Raya bersama Indonesia. Orang Melayu juga
telah bersatu dan mewujudkan kesedaran dalam memperjuangkan kebebasan
Tanah Melayu bersama para nasionalis Indonesia (Heussler, 1985).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  27

British juga menghadapi masalah tentang taraf kewarganegaraan penduduk


bukan Melayu dan status politik mereka. Bagi penduduk tetap yang lahir dan
bermastautin di Negeri-negeri Selat sama ada orang Melayu atau bukan Melayu
dikenali sebagai British Subjects kerana status Negeri-negeri Selat ialah tanah
jajahan British. Sebaliknya di negeri Melayu status orang Melayu adalah rakyat
kepada sultan negeri Melayu.

Sementara itu orang Cina dan orang India masih rakyat negara China dan rakyat
negara India kerana mereka masih terlibat dalam kegiatan politik di negara asal.
Pada ketika itu orang Cina banyak menumpukan kepada perjuangan
Kuomintang atau Parti Komunis Cina di negara China manakala politik orang
India tertumpu kepada perjuangan kemerdekaan India (Heussler, 1985).

Pada tarikh 31 Mei 1944, British telah meluluskan satu dokumen yang dikenali
sebagai Perlembagaan Malayan Union yang akan dilaksanakan selepas tamat
pemerintahan Jepun di Tanah Melayu. Kekalahan Jepun ke tangan pasukan
tentera Berikat telah menyebabkan Perang Dunia Kedua ditamatkan.

Pasukan Tentera Anti-Jepun Penduduk Tanah Melayu (MPAJA  Malayan


People's Anti-Japanese Army) yang didominasi oleh Parti Komunis Malaya telah
cuba mengambil alih kuasa di Tanah Melayu. Pada tarikh 10 Oktober 1945,
British telah mengumumkan Perlembagaan Malayan Union yang akan
dikuatkuasakan di Tanah Melayu (Heussler, 1985).

1.3.2 Perlembagaan Malayan Union


Dua fasal utama yang terdapat dalam Perlembagaan Malayan Union adalah
berkaitan dengan pentadbiran dan kerakyatan.

(a) Pentadbiran
Fasal berkenaan pentadbiran adalah seperti yang berikut:

(i) Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan (Negeri-negeri Melayu


Bersekutu), Johor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu (Negeri-
negeri Melayu Tidak Bersekutu), dan Pulau Pinang dan Melaka (dua
buah Negeri-negeri Selat) digabungkan sebagai satu unit politik yang
dikenali sebagai Malayan Union;

(ii) Singapura tidak dimasukkan dalam Malayan Union kerana


kedudukan geografi yang strategik dan statusnya sebagai pelabuhan
bebas. Singapura menjadi wilayah yang berasingan dan ditadbir oleh
seorang Gabenor;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


28  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

(iii) Kedudukan sultan dikekalkan di negeri masing-masing tetapi


kekuasaan serta kewibawaan mereka dikurangkan dalam
pentadbiran. Kuasa sultan hanya tertumpu dalam hal ehwal agama
Islam dan adat istiadat Melayu sebagai Pengerusi Majlis Penasihat
Melayu bagi negeri masing-masing;

(iv) Majlis Mesyuarat Negeri kekal bagi menguruskan hal ehwal


tempatan yang diletakkan di bawah kerajaan pusat;

(v) Malayan Union akan menjadi Tanah Jajahan Mahkota British yang
diketuai oleh Gabenor di Kuala Lumpur;

(vi) Gabenor menjalankan pentadbiran dengan bantuan Majlis Mesyuarat


Kerja dan Majlis Perundangan Pusat serta Majlis Penasihat; dan

(vii) Gabenor Jeneral dilantik untuk mengawasi pentadbiran Malayan


Union, Singapura dan wilayah-wilayah Borneo.

(b) Kerakyatan
Malayan Union memberi satu bentuk kerakyatan seragam kepada semua
warganegara tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan. Orang Cina
dan yang lain tinggal di Tanah Melayu dan Singapura boleh menjadi
warganegara Malayan Union. Bagi rakyat negara Malayan Union mereka
mempunyai hak yang sama dengan orang Melayu kecuali dalam pemilikan
tanah simpanan Melayu.

Bagi mereka yang berstatus imigran syarat kerakyatan adalah berasaskan


prinsip jus soli, iaitu berasaskan tempat kelahiran seperti yang berikut:

(i) Lahir di Tanah Melayu atau Singapura;

(ii) Tinggal di Tanah Melayu selama 10 tahun dari tempoh 15 tahun dari
tarikh pengenalan Malayan Union;

(iii) Lahir di luar Tanah Melayu tetapi ibu atau bapa atau kedua-duanya
warganegara Malayan Union; dan

(iv) Mereka yang tidak layak mengikut syarat tersebut boleh memohon
kerakyatan selepas tinggal di Tanah Melayu selama lima tahun
berturut-turut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  29

1.3.3 Reaksi Terhadap Malayan Union


Setelah Malayan Union diumumkan oleh kerajaan British, terdapat kalangan
penduduk Tanah Melayu yang menyokong, juga yang menentang dan golongan
yang tidak memberi apa-apa reaksi tertentu (lihat Rajah 1.7).

Rajah 1.7: Rakyat Tanah Melayu membantah Malayan Union


Sumber: www.arkib.gov.my

Bagi penduduk bukan Melayu terutamanya orang Cina terdapat tiga reaksi yang
berbeza, iaitu:

(a) Orang Cina yang lahir di Tanah Melayu yang dikenali sebagai orang Cina
Negeri-negeri Selat, mereka menyambut baik rancangan Malayan Union.
Ini kerana Perlembagaan Malayan Union memberikan satu pengiktirafan
hak mereka ke atas Tanah Melayu;

(b) Golongan yang dilahirkan di negara China dan ahli Kuomintang tidak
berminat kepada Malayan Union kerana mereka masih mengekalkan taat
setia kepada negara asal. Mereka berasa malu untuk melucutkan
kerakyatan negara asal yang mereka banggakan; dan

(c) Orang Cina yang berideologi komunis dan menganggotai Parti Komunis
Malaya mempunyai matlamat untuk mewujudkan negara komunis di
Tanah Melayu sama ada melalui perlembagaan atau perjuangan bersenjata
(Heussler, 1985).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


30  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

Pada bulan Oktober 1945, British telah kembali memerintah Tanah Melayu dan
menguatkuasakan Perlembagaan Malayan Union pada tarikh 1 April 1946 (lihat
Rajah 1.8). Tanah Melayu diletakkan di bawah Pentadbiran Tentera British
(British Military Administration).

Rajah 1.8: Tunjuk perasaan membantah Malayan Union


Sumber: http://briged-akhdor.blogspot.com

Keadaan politik di Tanah Melayu tidak tenteram akibat pergaduhan kaum yang
berlaku semasa di bawah pemerintahan Bintang Tiga. Pendudukan Jepun di
Tanah Melayu telah memberikan kesan kepada orang Melayu dalam
meningkatkan kesedaran politik dan melahirkan ramai pemimpin Melayu
seperti Ibrahim Yaacob, Ishak Muhammad dan Ahmad Boestaman.

Kesatuan Melayu Muda (KMM) telah ditubuhkan oleh Ibrahim Yaacob sebagai
pertubuhan politik Melayu bagi menentang Jepun di Tanah Melayu. KMM telah
diharamkan oleh Jepun kerana KMM mula mengancam kedudukan Jepun dan
bekerjasama dengan Parti Komunis Malaya (PKM) di Tanah Melayu.

Selain itu orang Melayu telah diberi galakan untuk menentang kuasa penjajahan
Barat melalui kerjasama dengan nasionalis Indonesia dalam gagasan Melayu
Raya. Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM  Malay Nationalist Party)
ditubuhkan oleh golongan radikal Melayu untuk memperjuangkan
kemerdekaan melalui konsep Melayu Raya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  31

Orang Melayu telah bersatu dan memberikan tentangan hebat terhadap British
yang cuba memperkenalkan pentadbiran Malayan Union. Beberapa kesatuan
yang dipimpin oleh golongan yang radikal atau yang sederhana telah bergabung
menentang Malayan Union.

Terdapat beberapa sebab mengapa Malayan Union mendapat tentangan,


antaranya:

(a) Harold MacMichael menipu mendapatkan tandatangan Raja-raja Melayu;


(b) Kuasa dan kewibawaan sultan;
(c) Hak istimewa orang Melayu terhapus;
(d) Hak kerakyatan yang longgar;
(e) Penggubalan perlembagaan Malayan Union tidak melibatkan penduduk
Tanah Melayu; dan
(f) Kerajaan Negeri kehilangan kuasa.

Orang Melayu diseru supaya bangkit dan bersatu menentang Malayan Union
menerusi beberapa pertubuhan bagi menguatkan penentangan orang Melayu
terhadap Malayan Union. Banyak berita telah disebarkan ke seluruh Tanah
Melayu tentang penentangan ke atas Malayan Union menerusi akhbar seperti
Utusan Melayu, Warta Negara, Majlis dan Pelita Malaya.

Malayan Union juga mendapat tentangan daripada sultan, pembesar dan orang
Melayu. Desakan telah dibuat kepada King George VI dan Persatuan Bekas
Pegawai Perkhidmatan Pentadbiran Tanah Melayu (MCS  Malayan Civil
Service) yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu supaya Malayan Union tidak
dilaksanakan. Selain itu orang Melayu telah mengadakan perarakan dan
perhimpunan bagi membantah Malayan Union di semua ibu negeri dan bandar
lain di Tanah Melayu.

Pada 15 Disember 1945, semasa Harold MacMichael menemui Sultan Kelantan


untuk mendapatkan tandatangan, seramai 10,000 orang telah berkumpul di
hadapan istana di Kota Bharu menyatakan bantahan. Pada tarikh 25 Januari
1946, seramai 15,000 orang dari 5,000 pertubuhan orang Melayu telah
mengadakan perhimpunan di Johor Bahru.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


32  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

Manakala pada 10 Mac 1946, satu perhimpunan raksasa yang dihadiri lebih
50,000 orang diadakan di Kuala Kangsar. Selain itu satu kongres raksasa yang
berlangsung di Kuala Lumpur bagi menentang Malayan Union telah diadakan
oleh Persatuan Melayu Selangor dan DatoÊ Onn Jaafar sebagai pengasas
Pergerakan Melayu Semenanjung di Johor.

Pada tarikh 1 hingga 4 Mac 1946, Kongres Melayu Se-Malaya telah diadakan di
Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur bertujuan menyatu dan mempertahankan
hak orang Melayu. Kongres tersebut dihadiri 107 perwakilan dan 56 pemerhati
daripada 41 pertubuhan Melayu di seluruh Tanah Melayu (lihat Rajah 1.9).

Rajah 1.9: Kongres Melayu Se-Malaya diadakan di


Kelab Sultan Sulaiman pada 1 hingga 4 Mac 1946
Sumber: www.arkib.gov.my

Satu resolusi telah diluluskan supaya raja Melayu memulaukan istiadat


pengisytiharan Malayan Union dan upacara pelantikan Gabenor Edward Gent.
DatoÊ Onn (lihat Rajah 1.10) telah diberi mandat untuk menghantar kawat
kepada Perdana Menteri Britain Clement Atlee, menuntut British akur kepada
janji bahawa Tanah Melayu milik Raja Melayu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  33

Rajah 1.10: DatoÊ Onn Jaafar


Sumber: www.arkib.gov.my

British tetap mahu melaksanakan Malayan Union walaupun mendapat


tentangan orang Melayu. Pada 1 April 1946, sultan, pembesar dan orang Melayu
telah memulaukan upacara penubuhan Malayan Union. Orang Melayu telah
berkabung selama seminggu sejak Malayan Union ditubuhkan dengan cara
orang lelaki memakai songkok yang dililit dengan kain putih manakala kaum
wanita Melayu melilitkan kain putih di lengan baju masing-masing.

Di samping itu, Orang Asli juga turut berkabung dengan memakai bunga-bunga
kabung. Akibat daripada tentangan yang kuat dan berterusan daripada orang
Melayu, British terpaksa membatalkan Malayan Union pada tarikh 1 Julai 1946.

1.4 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH


MELAYU 1948
Pada tarikh 25 Julai 1946, satu Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada empat
orang wakil raja Melayu, dua orang wakil UMNO dan enam orang pegawai
British menggubal satu perlembagaan baharu bagi Tanah Melayu. Penubuhan
Jawatankuasa Kerja ini untuk merangka sebuah perlembagaan baharu yang
diterima oleh orang Melayu. Selain itu terdapat perkara-perkara utama dalam
perlembagaan yang diberi perhatian oleh Jawatankuasa Kerja iaitu persediaan
langkah-langkah ke arah berkerajaan sendiri (Andaya & Andaya, 2001).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


34  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

Hasil daripada mesyuarat yang diadakan, jawatankuasa ini telah menetapkan


prinsip berikut:

(a) Menubuhkan sebuah kerajaan pusat yang kuat dalam aspek pentadbiran
yang berkesan dan ekonomi dalam segala urusan untuk kesejahteraan dan
kemajuan Tanah Melayu;

(b) Memulihkan kedudukan kuasa dan kedaulatan raja Melayu;

(c) Menubuhkan Dewan Undangan Negeri bagi setiap negeri dan menukar
pemusatan kuasa daripada sistem kesatuan kepada sistem Persekutuan;

(d) Mengembalikan semula kuasa eksekutif pada peringkat negeri dengan


mewujudkan semula jawatan Menteri Besar dan jawatan Penasihat British;

(e) Satu kewarganegaraan yang seragam diperkenalkan bagi membolehkan


hak politik dinikmati oleh rakyat yang memberikan taat setia sepenuhnya
terhadap Tanah Melayu; dan

(f) Jaminan hak istimewa orang Melayu.

Beberapa pertubuhan orang Melayu dan bukan Melayu telah menentang


cadangan yang terkandung dalam draf Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu (PTM). Antaranya Majlis Tindakan bersama Se-Malaya (AMCJA  All
Malayan Council of Joint Action) yang diketuai oleh Tan Cheng Lock telah
bergabung dengan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) yang diketuai oleh
Dr Burhanuddin al-Helmi.

Walaupun AMCJA dan PUTERA mempunyai prinsip perjuangan yang berbeza,


kedua-dua pertubuhan bersepakat untuk menentang kandungan draf
perlembagaan PTM dan mengemukakan satu perlembagaan alternatif yang
diberi nama „Perlembagaan Rakyat‰.

Perlembagaan Rakyat mencadangkan:

(a) Pembentukan warganegara yang seragam dinamakan warganegara


„Melayu‰;

(b) Semua penduduk yang lahir di Tanah Melayu adalah warganegara


Melayu;

(c) Bagi mereka yang bukan lahir di Tanah Melayu mereka boleh memohon
menjadi warganegara setelah genap 8 dari 10 tahun sebelumnya
bermastautin di Tanah Melayu; dan

(d) Mereka wajib lulus ujian bahasa Melayu.


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  35

Namun Perlembagaan Rakyat telah ditolak oleh British dengan alasan ia bersifat
radikal. Pada tarikh 20 Oktober 1947, AMCJA dan PUTERA telah bersepakat
melancarkan hartal di seluruh Tanah Melayu. Keadaan ini diburukkan lagi
dengan tindakan agresif PKM yang telah melancarkan strategi melumpuhkan
ekonomi dengan mendalangi pemogokan pekerja secara besar-besaran.

British tetap meneruskan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu dengan


melancarkan Perlembagaan PTM pada tarikh 21 Januari 1948 melalui satu
perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
(Federation of Malaya Agreement). Perjanjian ini ditandatangani oleh sembilan
raja Melayu dan Pesuruhjaya Tinggi British Edward Gent yang mewakili
Kerajaan British. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah
meletakkan asas pembentukan sebuah negara bangsa Persekutuan Tanah
Melayu pada tahun 1957 dan seterusnya Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

1.5 DARURAT
Semasa Jepun menakluki Tanah Melayu pada tahun 1942, wujud kumpulan yang
menentang kuasa Jepun. Antaranya ialah MPAJA yang juga dikenali sebagai
Bintang Tiga. Selepas Jepun kalah, kumpulan Bintang Tiga yang dikuasai oleh
Parti Komunis Malaya (PKM) berjuang untuk menubuhkan kerajaan komunis di
Tanah Melayu.

Pada tahun 1945 apabila British kembali ke Tanah Melayu, PKM telah mula
menguasai Tanah Melayu menerusi kumpulan dan persatuan seperti Kesatuan
Demokratik Tanah Melayu (Malayan Democratic Youth League), Persatuan
Bekas MPAJA (Malayan PeopleÊs Anti-Japanese Ex-service ComradesÊ
Association) dan Persekutuan Kesatuan-kesatuan Sekerja Se-Malaya (PMFTU 
Pan-Malayan Federation of Trade Union).

Selepas pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948, PKM


yang mendapat sokongan Parti Komunis China telah melancarkan keganasan
bersenjata. Kerajaan Persekutuan terpaksa mengisytiharkan Darurat pada tarikh
19 Jun 1948. Kerajaan juga telah mengharamkan PKMM dan ramai anggota
PKMM telah melarikan diri ke dalam hutan dan melancarkan perjuangan
senjata.

PKM dan PKMM telah bekerjasama dalam penentangan bersenjata terhadap


British. Namun apabila ideologi komunis menguasai PKMM, ramai anggotanya
meninggalkan perjuangan bersenjata. PKM telah mewujudkan keadaan huru-
hara dan kemusnahan kepada kerajaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


36  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

British memperkenalkan rancangan penempatan semula melalui Rancangan


Briggs pada tahun 1950 oleh Leftenan Jeneral Sir Harold Rowdon Briggs. Tujuan
Rancangan Briggs diperkenalkan adalah untuk menyekat bekalan makanan,
wang, maklumat dan membiarkan komunis mati kebuluran. Briggs mendapati
masalah setinggan bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan hutan menjadi
punca bekalan makan kepada komunis. Selain itu, penduduk setinggan tersebut
juga memberikan bekalan makanan atas dasar pertalian saudara, sebangsa atau
diugut.

Menerusi rancangan ini setinggan ditempatkan semula di kawasan baharu dan


terletak jauh daripada komunis. Penempatan semula ini dikenali sebagai
Kampung Baru yang dipagari dan pergerakan penduduk diawasi. British
berharap dengan menyekat pemberian bekalan kepada pihak komunis oleh
penduduk setinggan akan memaksa mereka keluar dari kawasan hutan. Cara ini
membolehkan British menangkap dan membunuh anggota komunis.

Pada tarikh 6 Oktober 1951, peristiwa pembunuhan Pesuruhjaya Tinggi British


Henry Gurney merupakan kemuncak perjuangan PKM. Winston Churchill telah
melantik Jeneral Gerald Templer sebagai Pemerintah Tanah Melayu yang
baharu. Templer telah memperkemaskan pendekatan menentang PKM untuk
menarik sokongan semua penduduk termasuk orang Cina supaya tidak
menyokong PKM. Hasil persetujuan pemimpin Melayu dengan Templer, syarat
kerakyatan telah dilonggarkan.

Seramai 150,000 orang Cina dan 5,000 orang India telah mendapat kerakyatan
melalui dasar ini. Selain itu penduduk bukan Melayu hendaklah membuktikan
taat setia mereka kepada kerajaan untuk mempertahankan Tanah Melayu
daripada ancaman komunis. Bagi mengatasi masalah keselamatan di
Persekutuan Tanah Melayu, Templer telah menguatkuasakan Akta Khidmat
Negara 1952 (National Service Ordinance 1952) bagi mewajibkan lelaki berumur
antara 21 hingga 28 tahun terlibat.

Keganasan komunis memaksa kerajaan British memperkenalkan Undang-


undang Darurat 1948. Menerusi undang-undang ini, kerajaan British mempunyai
kuasa yang lebih untuk menangkap dan menahan individu yang disyaki selama
beberapa bulan tanpa dibicarakan di mahkamah. Selain itu, orang ramai boleh
ditangkap sekiranya mereka berkumpul lebih daripada lima orang tanpa
kebenaran polis di luar bangunan.

Satu kesalahan berat dalam Undang-undang Darurat merupakan menyimpan


dan membawa senjata api yang boleh dihukum bunuh. Peristiwa darurat telah
berlaku hampir di seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan banyak kawasan
yang mengalami keganasan dinamakan sebagai Kawasan Hitam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  37

Bagi kawasan komunis yang dapat dihapuskan, British akan menamakannya


sebagai Kawasan Putih. Secara keseluruhannya British tidak dapat
menghapuskan keganasan komunis di Tanah Melayu sehingga Tanah Melayu
mencapai kemerdekaan. Namun darurat masih berlaku. Darurat hanya dapat
ditamatkan pada 31 Julai 1960 setelah berlangsung selama 12 tahun di Tanah
Melayu.

1.6 KERJASAMA ANTARA KAUM DAN


PENGENALAN SISTEM AHLI
Pemimpin UMNO bersetuju untuk bekerjasama dan sanggup berkongsi kuasa
dengan penduduk bukan Melayu demi masa hadapan negara. Ini kerana kaum
bukan Melayu telah banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi
Tanah Melayu.

Bagi orang Melayu, mereka berfikiran jauh ke hadapan kerana sanggup


menerima bangsa lain melalui pemberian kerakyatan yang seragam asalkan
mereka mengiktiraf asas perjuangan UMNO tentang perkara berikut:

(a) Kedudukan hak istimewa orang Melayu;


(b) Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan;
(c) Islam menjadi agama rasmi; dan
(d) Kebebasan penduduk untuk mengamalkan kepercayaan agama masing-
masing.

DatoÊ Onn Jaafar sebagai Presiden UMNO telah mencadangkan keahlian UMNO
dibuka kepada orang bukan Melayu dengan tujuan mewujudkan perpaduan
dalam kalangan orang Melayu dan bukan Melayu.

Cadangan DatoÊ Onn telah ditolak oleh sebilangan besar ahli UMNO
menyebabkan DatoÊ Onn meletakkan jawatan pada tarikh 27 Ogos 1951
termasuk beberapa pengikut setianya dan anak beliau sendiri Hussein Onn yang
memegang jawatan parti sebagai Ketua Pemuda UMNO.

Pada tahun 1951, DatoÊ Onn bersama Tan Cheng Lok, Yong Shook Lin dan
penyokong lain telah menubuhkan parti lain yang bersifat berbilang kaum yang
dikenali sebagai Parti Kemerdekaan Malaya (IMP  Independence of Malaya
Party). IMP ditubuhkan dengan matlamat memperjuangkan kemerdekaan PTM
dalam masa 10 tahun. Sebaliknya IMP gagal bertahan lama kerana parti ini tidak
mendapat sambutan daripada penduduk Tanah Melayu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


38  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

Pada tahun 1954, DatoÊ Onn telah menubuhkan sebuah parti iaitu Parti Negara
yang bersifat non-partisan bagi memperjuangkan kemerdekaan PTM dalam
masa lima tahun. Parti Negara juga dikatakan gagal kerana orang Melayu, Cina
dan kaum lain belum bersedia bekerjasama dalam satu parti politik yang sama.

Tunku Abdul Rahman telah mengambil alih jawatan Presiden UMNO bersama
DatoÊ Abdul Razak Hussein yang dipilih sebagai Timbalan Presiden. Di bawah
pimpinan Tunku Abdul Rahman, UMNO mula menerima kehadiran orang
bukan Melayu dan mahu memberi mereka peranan kerjasama mencapai
kemerdekaan. Tunku Abdul Rahman memperkenalkan pendekatan yang tidak
membuka keahlian UMNO kepada orang bukan Melayu sebaliknya beliau
menggalakkan orang India dan orang Cina menubuhkan parti berasingan.

Krisis dalaman yang melanda UMNO berlaku pada tahun 1950 hingga 1951,
menyebabkan ramai ahli yang keluar daripada UMNO. Pada tahun 1951, Parti
Islam Setanah Melayu (PMIP  Pan-Malayan Islamic Party) ditubuhkan di bawah
pimpinan Dr Burhanuddin al-Helmi yang mendapat sambutan daripada orang
Melayu.

Pertubuhan Cina pada ketika itu banyak terpengaruh dengan dakyah Parti
Komunis Malaya yang bergiat untuk menggulingkan British melalui kekerasan
atau perang gerila. British telah bertindak mengharamkan PKM dan
menyebabkan pertubuhan Cina tidak mempergiatkan diri dan menjauhi
pengaruh anasir PKM. Tunku Abdul Rahman telah menggalakkan rakan bukan
Melayu supaya menubuhkan persatuan mereka sebagai sebuah parti politik
yang didaftarkan sebagai Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA  Malayan
Chinese Association).

MCA sebagai sebuah pertubuhan sosial menjalankan kegiatan loteri dan


membuat kerja kebajikan khasnya bagi orang Cina berumur yang ingin kembali
ke negara China. Bagi kaum India menerusi pertubuhan Kongres India Tanah
Melayu (MIC  Malayan Indian Congress) yang telah didaftarkan pada tahun
1946, ia diaktifkan sebagai sebuah parti politik. British menggalakkan pemimpin
ketiga-tiga parti (PMIP, MCA dan MIC) supaya bekerjasama demi masa hadapan
Tanah Melayu.

Pada tahun 1951, Templer telah memperkenalkan Sistem Ahli dengan memberi
ahli politik tempatan peranan dalam kabinet kerajaan. Sistem Ahli terdiri
daripada seramai sembilan orang ahli Majlis Perundangan Persekutuan yang
diberi tanggungjawab untuk mengetuai beberapa portfolio kerajaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  39

Jabatan yang diserahkan tanggungjawab kepada pemimpin tempatan ialah


Jabatan Hal Ehwal Ekonomi, Hal Ehwal Dalam Negeri, Pertanian dan
Perhutanan, dan beberapa portfolio lagi. Sistem Ahli ini bertujuan melantik
wakil kaum tempatan untuk memegang jawatan ketua jabatan dalam kerajaan
pusat supaya pemimpin tempatan mendapat latihan dan pengalaman dalam
perkara yang berkaitan dengan pentadbiran. Cara ini akan dapat mewujudkan
semangat kerjasama antara kaum melalui pentadbiran bersama dan
menyedarkan mereka tentang perpaduan dapat dicapai melalui kerjasama dan
tolak ansur.

1.7 PILIHAN RAYA BAGI MAJLIS TEMPATAN


PADA TAHUN 1951 HINGGA 1952
Pada 1 Disember 1951, Templer telah memperkenalkan satu proses pemilihan
ahli bagi Majlis Perbandaran. Langkah ini sebagai pengenalan kepada sistem
demokrasi bentuk Wesminister menerusi pilihan raya pertama bagi memilih
wakil dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Pilihan raya ini penting kerana
bermulanya pembentukan awal PERIKATAN yang dianggotai oleh UMNO dan
MCA. Pakatan UMNO dan MCA berjaya memenangi sebanyak 9 kerusi
daripada 12 yang dipertandingkan bagi Majlis Perbandaran, Pulau Pinang.

Pada tarikh 16 Februari 1952, satu pilihan raya diadakan untuk memilih 12 orang
wakil dalam Majlis Perbandaran Kuala Lumpur. Dalam pilihan raya tempatan
tersebut, gabungan UMNO Bahagian Kuala Lumpur dan MCA Selangor telah
mengumumkan kedua-dua pertubuhan akan bertanding secara bersama bagi
merebut kerusi bagi Majlis Perbandaran Kuala Lumpur. Jadual 1.2 memaparkan
kemenangan yang diperoleh bagi parti yang bertanding.

Jadual 1.2: Kerusi yang Dimenangi sebagai


Wakil dalam Majlis Perbandaran Kuala Lumpur

Parti Kerusi yang Dimenangi


UMNO dan MCA 9
Parti Kemerdekaan Malaya 2
Parti Bebas 1
Jumlah 12

Dengan pengenalan pilihan raya tempatan ini bermulanya dasar kerjasama yang
parti masing-masing mengekalkan identiti dan objektif politik sendiri. Selain itu
ia juga telah membentuk satu perikatan dan kerjasama bagi menentukan
kemenangan calon parti yang bertanding bagi sesuatu kawasan pilihan raya itu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


40  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

1.8 PILIHAN RAYA PERSEKUTUAN 1955


Pada tarikh 27 Julai 1955, pilihan raya umum yang pertama telah diadakan
secara serentak di seluruh Persekutuan Tanah Melayu. Pilihan raya ini
menyaksikan parti politik bertanding untuk merebut 52 kerusi Majlis
Perundangan Persekutuan yang dipertandingkan. Parti yang bertanding
termasuklah Perikatan, iaitu gabungan pertubuhan politik daripada UMNO,
MCA dan MIC pada tahun 1954 (lihat Jadual 1.3).

Jadual 1.3: Pilihan Raya Pertama yang Mempertandingkan


52 Kerusi Majlis Perundangan Persekutuan

Parti Calon yang Bertanding


Perikatan 52
Parti Negara 33
Parti Islam Se-Malaya (PAS) 11
Parti Buruh Sebilangan kecil calon
Parti Kebangsaan Perak Sebilangan kecil calon
Liga Melayu Perak Sebilangan kecil calon
Parti Progresif Rakyat Sebilangan kecil calon
Parti Bebas 18

Gabungan parti politik dalam Perikatan telah mencapai persefahaman dan


persetujuan apabila UMNO diperuntukkan di 35 kawasan, MCA di 15 kawasan
dan MIC di 2 kawasan. Dalam pilihan raya tersebut Perikatan telah memenangi
51 kerusi dan 1 kerusi dimenangi oleh PAS. Kemenangan Perikatan telah
memberikan mandat kepada parti tersebut untuk menganggotai Majlis
Perundangan Persekutuan dan menubuhkan sebuah kerajaan melalui
keanggotaan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan.

1.9 PEMBENTUKAN KERAJAAN SENDIRI


(SELF-GOVERNMENT)
Sejak tahun 1955, Persekutuan Tanah Melayu telah mula menjadi sebuah negeri
yang berpemerintahan sendiri yang dikendalikan oleh pemimpin tempatan
walaupun pada ketika itu Tanah Melayu masih di bawah kuasa kerajaan British.
Status pemerintahan sendiri ini diberikan oleh British sebagai latihan persediaan
untuk penduduk PTM menubuhkan sebuah kerajaan dan menguruskan negara
keseluruhannya berasaskan demokrasi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  41

Kerajaan PTM yang dibentuk adalah berasaskan sistem kabinet yang terdiri
daripada Tunku Abdul Rahman, sebagai Ketua Menteri, enam orang wakil
UMNO, tiga orang wakil MCA dan seorang wakil MIC masing-masing bergelar
menteri dan bertanggungjawab terhadap portfolio masing-masing.

Ahli lain terdiri daripada Pesuruhjaya Tinggi British sebagai Pengerusi Majlis,
tiga orang ahli yang dilantik, terdiri daripada pegawai British (bagi jawatan
Setiausaha Kewangan, Setiausaha Pertahanan dan Setiausaha Hal Ehwal Luar)
dan dua orang ahli lain. Usaha ini adalah sebagai galakan dan dorongan kepada
Perikatan berusaha dengan lebih giat untuk menuntut kemerdekaan negara ini
berasaskan lunas-lunas demokrasi (Abdullah Ayub, 1978).

Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman telah mengetuai satu rombongan ke
London untuk mengadakan rundingan kemerdekaan dengan Kerajaan Britain
(lihat Rajah 1.11). Rombongan kemerdekaan tersebut terdiri daripada lapan ahli,
iaitu DatoÊ Abdul Razak Hussein, Dr Ismail Abdul Rahman, H. S. Lee (MCA),
T. H. Tan (Setiausaha Agong Perikatan) dan empat wakil Raja-raja Melayu yang
terdiri daripada Datuk Panglima Bukit Gantang, Menteri Besar Perak, Seth Mohd
Said, Menteri Besar Johor, Aziz bin Abdul Majid dari Selangor dan Nik Ahmad
Kamil, Menteri Besar Kelantan. Manakala Kerajaan British telah diketuai oleh
Lord Lennox-Boyd, iaitu Setiausaha Tanah Jajahannya. Rundingan tersebut telah
berlangsung di Lancaster House selama tiga minggu (Abdullah Ayub, 1978).

Rajah 1.11: Rombongan kemerdekaan yang dianggotai oleh Tunku Abd Rahman,
Nik Ahmad Kamil, Dr Ismail Abd Rahman, Abd Wahab Toh Muda Abdul Aziz
(Datuk Panglima Bukit Gantang), DatoÊ Mohd Seth Mohd Said, H. S. Lee, Abd Aziz
Majid, DatoÊ Abd Razak, T. H. Tan dan Abd Kadir Shamsuddin
Sumber: www.arkib.gov.my

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


42  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

Hasil daripada rundingan yang diadakan, beberapa keputusan telah dicapai,


antaranya:

(a) British bersetuju memberi kemerdekaan kepada PTM pada tarikh 31 Ogos
1957. PTM akan menganggotai Pertubuhan Commonwealth British dan
menjalankan pemerintahan secara demokrasi;

(b) Jawatan Setiausaha Kewangan dan Pengarah Gerakan akan diganti dengan
jawatan Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan, dan disandang oleh
orang tempatan. Kerajaan PTM akan membayar ganti rugi kepada pegawai
British yang akan menamatkan perkhidmatan dalam kerajaan berikutan
kemerdekaan tersebut;

(c) British diberi hak untuk menempatkan tenteranya di PTM selaras dengan
perjanjian dan tanggungjawab terhadap Commonwealth; dan

(d) Penubuhan sebuah badan bebas untuk menggubal perlembagaan bagi


PTM yang berdaulat dan merdeka.

1.10 KEMERDEKAAN PERSEKUTUAN TANAH


MELAYU
Pada tarikh 9 Mei 1957, kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) telah
menghantar satu lagi delegasi kemerdekaan ke London terdiri daripada Tunku,
DatoÊ Abdul Razak, V. T. Sambanthan (MIC) dan Ong Yoke Lin (MCA). Hasil
daripada rundingan yang dijalankan, Kerajaan British telah bersetuju
memberikan kemerdekaan sepenuhnya kepada PTM (lihat Rajah 1.12).

Rajah 1.12: Perwakilan Tanah Melayu yang pulang selepas


rundingan kemerdekaan Malaya pada tarikh 29 Mei 1957
Sumber: www.arkib.gov.my

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  43

Perisytiharan kemerdekaan PTM telah dilakukan pada tarikh 31 Ogos 1957


(selepas tengah malam pada tarikh 30 Ogos) berlangsung di padang Kelab
Selangor. Pada malam tersebut bendera Union Jack (bendera rasmi Great Britain)
telah diturunkan dan bendera PTM telah berkibar. Upacara perisytiharan
kemerdekaan telah diadakan di Stadium Merdeka pada pagi tarikh 31 Ogos 1957
(lihat Rajah 1.13). Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Perdana Menteri
yang pertama dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul
Rahman pula dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong pertama (Abdullah Ayub,
1978).

Rajah 1.13: Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan


kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
Sumber: www.arkib.gov.my

SEMAK KENDIRI 1.1

1. Mengapakah orang Melayu bangkit menentang Malayan Union?

2. Huraikan langkah-langkah yang diperkenalkan bagi mengatasi


masalah darurat di Tanah Melayu.

3. Bincangkan kepentingan kerjasama antara kaum di Tanah


Melayu sebelum Merdeka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


44  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

1.11 PEMBENTUKAN MALAYSIA


Sebelum pembentukan Malaysia, Persekutuan Tanah Melayu mengandungi 11
negeri berperlembagaan yang meliputi keseluruhan Semenanjung Tanah
Melayu. Manakala Borneo Utara adalah negeri-negeri jajahan British dan
ditadbir secara langsung tanpa ada kerajaan yang dilantik sementara Kesultanan
Brunei menjadi negeri yang dilindungi oleh British (Gullick, 1967). Dari segi
sejarah, Singapura adalah sebahagian daripada Tanah Melayu. Singapura
terpisah sebagai sebuah Tanah Jajahan Mahkota yang berasingan sejak tahun
1946 apabila Malayan Union dicadangkan oleh British.

Pada tarikh 16 September 1963, percantuman Persekutuan Tanah Melayu,


Singapura, Sarawak dan Borneo Utara berlaku secara perjanjian apabila
terbentuknya Malaysia. Singapura berharap penyatuan dengan negeri-negeri di
Tanah Melayu ialah cara untuk mendapatkan kemerdekaan dan kestabilan
politik daripada British. Pemimpin kerajaan Persekutuan Tanah Melayu bertegas
menolak penerimaan masuk Singapura dalam Persekutuan Tanah Melayu
terutamanya Tunku Abdul Rahman (Hanna, 1964).

1.11.1 Idea Pembentukan Malaysia


Cadangan awal pembentukan Malaysia dikenal pasti daripada Lord Brassey,
iaitu Pengarah Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) pada tahun 1887.
Brassey telah mengemukakan idea supaya semua jajahan dicantumkan ke dalam
satu wilayah yang besar tetapi cadangan ini tidak mendapat sebarang perhatian
(Mohamed Noordin Sophiee, 1976).

British berminat untuk menggabungkan semua tanah jajahan ke dalam satu unit
kerajaan yang lebih besar selepas tamat Perang Dunia Kedua. Idea ini telah
disuarakan oleh Creech Jones kepada Malcom MacDonald, iaitu Persuruhjaya
Tinggi British di Tanah Melayu pada tahun 1949. Pada tahun 1951, Thio Chan
Bee, Naib Presiden Parti Progresif di Singapura dalam Majlis Perundangan
Singapura menyatakan idea pembentukan Malaysia sebagai ganti kepada
kesatuan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (Rozeman Abu Hassan,
2015).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  45

Idea pembentukan Malaysia telah diusulkan oleh Tunku Abdul Rahman semasa
menghadiri satu jamuan makan tengah hari di Singapura pada tarikh 27 Mei
1961 di hadapan ahli Persatuan Wartawan Asing:

„Mahu tidak mahu Malaya perlu mengadakan persefahaman dengan Britain


dan juga rakyat Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak. Masih terlalu
awal bagi saya untuk menyatakan bagaimana persefahaman ini dapat
dijalankan. Tetapi kita tidak dapat tidak perlu melihat ke hadapan dan
memikirkan bagaimana wilayah-wilayah ini boleh dirapatkan dari segi
kerjasama politik dan ekonomi.‰
(Hanna, 1964)

Tunku menjelaskan adalah perlu wujudnya satu kerjasama serantau yang lebih
rapat antara kelima-lima buah negeri. Walaupun sejak awal Tunku menolak
penyatuan Singapura dengan Tanah Melayu, akhirnya Tunku akur dengan
kenyataan yang dibuat olehnya terhadap penggabungan tersebut. Tunku
menjelaskan penyatuan Singapura dan Tanah Melayu adalah atas faktor
ekonomi dan keselamatan.

Terdapat kalangan pemimpin dan ahli politik bersetuju dan menentang


cadangan Tunku. Rancangan ini terus mendapat nama, agenda dan jadual
apabila pihak akhbar memberikan liputan yang meluas terhadap cadangan
Tunku dan menggelarkannya sebagai Greater Malaysia atau Mighty Malaysia
(Rozeman Abu Hassan, 2015).

1.11.2 Masalah di Singapura


Penggabungan adalah berkait rapat dengan isu komunis yang berlaku di
Singapura dan pendirian Tunku Abdul Rahman adalah bersifat antikomunis.
Tunku pernah menyatakan perasaan bimbangnya tentang perkara ini:

„Kita mestilah juga menyedari bahawa Cina komunis sepanjang masa


memandang ke arah kita dengan harapan suatu hari kelak akan menguasai
seluruh Asia Tenggara.‰
(Rozeman Abu Hassan, 2003)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


46  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

Keadaan politik di Singapura dikatakan tidak stabil, dan Tunku takut kepada
ancaman dan fahaman komunis yang akan merebak di Singapura dan Tanah
Melayu termasuk seluruh Asia Tenggara. Pada peringkat awal Tunku
menentang penyatuan Singapura ke dalam Persekutuan Tanah Melayu kerana
hal kerakyatan. Percantuman tersebut akan menyebabkan komposisi penduduk
Tanah Melayu akan menjadi 41 peratus bagi orang Melayu dan 44 peratus bagi
orang Cina. Keadaan ini akan mengakibatkan dominasi kuasa politik dan
kekayaan negara di Tanah Melayu oleh orang Cina (Mohamed Noordin Sopiee,
1976).

Penyatuan dua wilayah ini akan menimbulkan masalah besar kepada negara dan
keselamatan. Masalah utama ialah perbezaan pendapat antara penduduk
Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura yang amat jelas. Menurut Tunku
Abdul Rahman, penyatuan adalah tidak sesuai kerana majoriti penduduk di
Tanah Melayu telah menerima konsep kesultanan dan kerajaan, bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi dan Islam ialah agama rasmi negara. Adalah sukar kepada
rakyat Singapura untuk menerima idea-idea tersebut kerana 70 peratus
rakyatnya berbangsa Cina (Mohamed Noordin Sopiee, 1976).

Jadual 1.4 menunjukkan majoriti penduduk di Singapura ialah berbangsa Cina


iaitu 1,090,595 orang. Komposisi penduduk berbangsa Cina akan menjadi lebih
besar selepas percantuman, iaitu 3,424,351 orang melebihi komposisi penduduk
berbangsa Melayu di kedua-dua negara yang hanya berjumlah 3,322,534 orang.
Perkara ini amat membimbangkan Tunku kerana percantuman menyebabkan
orang Melayu di Tanah Melayu menghadapi persaingan besar daripada orang
Cina sama ada di Singapura ataupun Tanah Melayu.

Jadual 1.4: Komposisi Bangsa di Tanah Melayu dan Singapura

Melayu dan
Negeri Bumiputera Cina India Lain-lain Jumlah
Lain

Tanah 3,125,474 2,333,756 696,186 123,342 6,278,758


Melayu (49.8%) (37.1%) (11.1%) (2.0%)
(Banci 1957)

Singapura 197,060 1,090,595 124,084 34,190 1,445,929


(Banci 1957) (13.6%) (75.1%) (8.6%) (2.7%)

3,322,534 3,424,351 820,270 157,532 7,724,687


Jumlah
(43.0%) (44.3%) (10.6%) (2.1%) (100%)

Sumber: Ongkili (1985)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  47

1.11.3 Faktor Komunis di Singapura


Keadaan politik yang berlaku di Singapura telah menimbulkan masalah yang
besar apabila wujud persaingan antara parti politik untuk memegang kuasa
pemerintahan. Parti yang paling berkuasa dan radikal di Singapura ialah Parti
Tindakan Rakyat (PAP  PeopleÊs Action Party) di bawah pimpinan orang Cina
dan India peranakan.

Dalam pilihan raya pertama di Singapura pada bulan April 1955, Parti Buruh
pimpinan David Marshall yang mengetuai Kesatuan Pertubuhan-pertubuhan
Kecil Sosialis telah memenangi 10 daripada 25 kerusi yang dipertandingkan.
David Marshall telah berjaya membentuk kerajaan melalui penubuhan kerajaan
campuran dengan ahli-ahli UMNO, MCA dan Kesatuan Melayu (Lee Kuan Yew,
1998).

Namun begitu kerajaan pimpinan David Marshall menghadapi banyak


tentangan dan bangkangan terus-menerus daripada parti PAP yang hanya
memenangi tiga daripada empat kerusi yang dipertandingkan. David Marshall
terpaksa meletakkan jawatannya sebagai Ketua Menteri kerana menghadapi
banyak kesukaran di bawah Perlembagaan Rendel yang diasaskan oleh British.

Marshall tidak berpuas hati terhadap cadangan Alan Lennox Boyd, iaitu
Setiausaha Negara bagi Tanah-tanah Jajahan supaya satu pemerintahan dalam
negeri diwujudkan bersama Britain dengan mengekalkan kuasa terhadap hal
ehwal luar, pertahanan luar dan keselamatan dalam negeri termasuk hak
menggantung perlembagaan (Mohamed Noordin Sopiee, 1976).

Pada bulan Oktober 1956, sebilangan besar pelajar Cina, pekerja akhbar, anggota
Kesatuan Sekerja dan beberapa pemimpin PAP ditangkap serta ditahan.
Kerajaan campuran Singapura telah mengisytiharkan PAP sebagai sebuah parti
politik yang dikuasai oleh komunis.

PAP sekali lagi dilanda krisis pada bulan Ogos 1957, apabila puak pelampau kiri
berjaya merebut 6 daripada 12 kerusi tertinggi parti. Kumpulan komunis kiri ini
turut menyusup ke dalam Gabungan Kesatuan Sekerja di Singapura
menyebabkan kerajaan Singapura telah bertindak menangkap serta
menyingkirkan pemimpin-pemimpin kumpulan pelampau kiri (Lee Kuan Yew,
1998).

Pada tahun 1959, Singapura menghadapi satu lagi pilihan raya dan PAP yang
dipimpin oleh Lee Kuan Yew telah menang 43 daripada 51 kerusi bagi
keseluruhan Dewan Undangan Negeri dan berjaya menubuhkan kerajaan
Singapura yang baharu. Kerajaan baharu ini telah meletakkan satu dasar di

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


48  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

mana Singapura harus mendapat kemerdekaan melalui percantuman dengan


Persekutuan Tanah Melayu. Namun dasar kemerdekaan ini tidak dipersetujui
oleh puak pelampau kiri yang dipimpin oleh Lim Ching Siong. Sebaliknya
kumpulan pelampau kiri ini menuntut kemerdekaan berasingan secara
menyeluruh daripada British (Lee Kuan Yew, 1998).

Lee Kuan Yew menghadapi masalah besar terhadap kegiatan komunis yang
merebak di Singapura. Ramai ejen komunis telah mula meresap di sekolah Cina
dan kesatuan sekerja serta dalam PAP. Keadaan ini amat membimbangkan Lee
Kuan Yew, lebih-lebih lagi timbul perselisihan antara beliau dengan pemimpin
pertubuhan kumpulan berhaluan kiri yang akhirnya membentuk Barisan
Sosialis.

Dalam Pilihan Raya Kecil Hong Lim pada tahun 1961, PAP telah kalah teruk
kepada calon Barisan Sosialis. Perkembangan pengaruh komunis di Singapura
turut membimbangkan pemimpin-pemimpin di Tanah Melayu terutamanya
kepada Tunku Abdul Rahman yang bersikap antikomunis (Lee Kuan Yew, 1998).

Tunku menjelaskan bukan penduduk berketurunan Cina yang ditakuti oleh


pemimpin di Tanah Melayu tetapi masalah komunis di Singapura. Tunku
menegaskan pulau Singapura telah dicerobohi oleh orang yang tidak
mempunyai kepentingan sama ada dalam Singapura atau Tanah Melayu.

Komunis telah menyelinap masuk ke dalam pelbagai pertubuhan dalam


Singapura dengan mudah dan memberi ancaman yang amat berbahaya. Tunku
berasa bimbang serta takut terhadap masalah yang berlaku di Singapura dan
pernah menyuarakan perasaan bimbangnya:

„Untuk kita menerima Singapura sebagai sama rata dengan kita adalah
mustahil. Bagaimanapun, kita akan mengalu-alukan mereka sebagai suatu
unit di dalam Persekutuan supaya kita dapat mengawal hal-ehwal
Singapura, terutama kegiatan-kegiatan subversif yang kini sedang
dijalankan di sana.‰
(Tunku Abdul Rahman Putera al-Haj, 1977)

Tunku telah mengubah polisinya terhadap kemasukan Singapura ke dalam


Malaysia atas alasan tersebut. Sekitar tahun 1960 hingga 1961, Tunku Abdul
Rahman telah membuat kerjasama yang penting untuk membentuk Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  49

1.11.4 Masalah di Wilayah Borneo


Pembentukan Malaysia turut melibatkan wilayah Borneo iaitu Sabah, Sarawak
dan Brunei. Sabah dan Sarawak merupakan tanah jajahan British manakala
Brunei ialah negeri naungan serta dilindungi di bawah koloni British. Dari segi
statusnya, wilayah tersebut merupakan bekas tanah jajahan British di Asia
Tenggara.

Selain itu, Tunku melihat proses pembangunan dan ekonomi di Sabah dan
Sarawak terlalu perlahan. Tunku menganggap British sebagai penjajah ke atas
wilayah tersebut dan ia menjadi tugas Persekutuan Tanah Melayu untuk
membantu dan menamatkan segala bentuk penjajahan.

Cadangan Tunku supaya wilayah Borneo Utara ini merdeka bersama-sama


pembentukan Malaysia melalui proses percantuman dalam Malaysia. Perkara
yang paling penting ialah wilayah Borneo perlu ditukarkan status tanah jajahan
kepada berkerajaan sendiri. Tunku bimbang melihatkan perkembangan
pengaruh komunis yang semakin hebat di Sarawak dan Sabah (Rozeman Abu
Hassan, 2003).

Kemasukan Sabah dan Sarawak juga dapat menyelesaikan „permasalahan


matematik perkauman‰ yang akan mewujudkan ketidakseimbangan penduduk
Tanah Melayu dan Singapura. British merancang untuk memberikan
pemerintahan sendiri kepada wilayah-wilayah Borneo setelah rakyat berjaya
menunjukkan kemampuan untuk memerintah sendiri. Tetapi Tunku Abdul
Rahman tidak bersetuju dengan dasar tersebut kerana mengambil masa yang
terlalu lama (Muhammad Noor Abdullah, 1979).

Pada masa yang sama, Tunku melihat perkembangan pengaruh komunis di


wilayah Borneo Utara sebagai suatu perkara yang amat serius. Pengaruh
komunis telah berkembang dan menyusur masuk ke dalam persatuan
terutamanya di Sarawak Advanced Youth Association (SAYA) dan pertubuhan
Sulit Komunis (CCO  Clandestine Communist Organisation). Pergerakan
komunis adalah untuk menggulingkan kerajaan yang sedia ada di Sarawak dan
menubuhkan negara komunis (Rozeman Abu Hassan, 2003).

Tunku melihat perkembangan pengaruh komunis di Borneo hanya boleh disekat


dengan cara menarik wilayah tersebut menyertai Malaysia. Penyertaan wilayah
Borneo merupakan syarat utama yang diminta oleh Tunku kepada British untuk
menerima kemasukan Singapura dalam Malaysia. Kemasukan sejumlah besar
penduduk peribumi Bumiputera di Sabah dan Sarawak dapat mengimbangi
jumlah orang Cina di Singapura (Rozeman Abu Hassan, 2003).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


50  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

Jadual 1.5 jelas menunjukkan sekiranya penyatuan yang berlaku hanya


melibatkan antara Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu sahaja, maka orang
Cina akan menjadi kelompok majoriti dalam Malaysia, iaitu 3,425,000 orang.

Jadual 1.5: Jumlah Penduduk Singapura,


Tanah Melayu dan Wilayah Borneo Jika Bercantum

Penduduk
Kelompok
Tanah Melayu Wilayah Peratus
Bangsa Malaysia
dan Singapura Borneo
Peribumi dan
3,322,000 872,953 4,194,953 46.6
Asli
Cina 3,425,000 355,491 3,780,491 42.0
Lain-lain 977,000 54,383 1,031,383 11.4
Jumlah 7,724,000 1,282,827 9,006,827 100.0

Sumber: Simandjuntak (1985)

Bagi menyelesaikan permasalahan perkauman yang tidak seimbang ini, Tunku


meminta British melepaskan wilayah Borneo supaya menyertai Malaysia.
Keputusan ini akan membolehkan kaum bumiputera dan peribumi dapat
menyaingi dan menjadi majoriti iaitu 4,194,953 orang jika dibandingkan dengan
kaum Cina yang hanya berjumlah 3,780,491 orang. Percantuman ini telah
merealisasikan hasrat Tunku untuk mengekalkan kuasa peribumi di Tanah
Melayu daripada didominasi oleh orang Cina (Rozeman Abu Hassan, 2003).

SEMAK KENDIRI 1.2

1. Mengapakah Tunku Abdul Rahman mencadangkan idea


pembentukan Malaysia pada tarikh 27 Mei 1961?

2. Apakah faktor utama yang mempengaruhi pembentukan


Malaysia pada tahun 1963?

1.11.5 Proses Pembentukan Malaysia


Pengumuman yang dibuat oleh Tunku Abdul Rahman di Singapura telah
menimbulkan pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak. Tunku telah menerima
pelbagai maklum balas yang mendorongnya mengadakan perbincangan serta
perundingan ke arah penubuhan Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  51

(a) Lawatan Muhibah ke Borneo Utara dan Sarawak


Cadangan pembentukan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman mendapat
tentangan di wilayah Borneo. Terdapat pemimpin di Borneo menuduh
Tunku mendorong British menyerahkan wilayah Borneo dengan tujuan
membesarkan wilayah Persekutuan Tanah Melayu.

Tunku telah mengadakan lawatan muhibah ke wilayah Borneo yang telah


mengubah tentangan awal oleh ketua parti politik dan pemimpin kaum.
Rakyat Borneo Utara dan Sarawak disedarkan tentang kepentingan
kemerdekaan melalui Malaysia dan menerusi cara ini pembangunan
politik, sosial dan ekonomi akan dapat dilaksanakan (Mohamed Noordin
Sopiee, 1976).

Pada peringkat awal, Donald Stephen, ketua masyarakat Kadazan suku


kaum terbesar di Sabah tidak bersetuju dengan cadangan Malaysia.
Sementara Datu Mustapha Datu Harun yang mewakili penduduk Islam
menyokong penuh penubuhan Malaysia sejak awal lagi. Beberapa parti
politik di Sarawak seperti Parti Negara Sarawak (PANAS), Sarawak United
Peoples Party (SUPP) dan Sarawak National Party (SNAP) tidak bersetuju
dengan rancangan Malaysia.

Setelah menerima rombongan lawatan muhibah, pemimpin tersebut mula


menyokong rancangan Malaysia. Satu usaha yang dilakukan oleh kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu dengan membawa pemimpin-pemimpin
tempatan melihat kemajuan fizikal di Semenanjung (Mohamed Noordin
Sopiee, 1976).

Rombongan lawatan muhibah juga dilakukan ke Brunei bagi menangani


tentangan pengikut Parti Rakyat Brunei (PRB) pimpinan A. M. Azahari. Ini
kerana Azahari tidak berminat kepada rancangan Malaysia sebaliknya
bertekad untuk mewujudkan negara Kesatuan Kalimantan Utara yang
merdeka. Kesan daripada lawatan Tunku ke Brunei, Sultan Brunei telah
menubuhkan satu suruhanjaya tinjauan untuk menentukan pendirian
sebenar rakyat Brunei terhadap rancangan Malaysia (Muhammad Noor
Abdullah, 1979).

(b) Rundingan Singapura 1961


Pada bulan Ogos 1961, pemimpin Persekutuan Tanah Melayu, Singapura
dan wilayah Borneo telah mengadakan rundingan dengan British di
Singapura. Para pemimpin telah berbincang dan mencapai kata sepakat
antara PTM dan Singapura terutamanya dalam aspek keselamatan,
perhubungan luar, tanggungjawab bersama menjaga keselamatan negeri
tersebut serta bilangan perwakilan dalam Parlimen. British turut

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


52  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

menetapkan syarat bahawa penggabungan antara PTM dengan Singapura


adalah atas kehendak penduduk dan bukan atas paksaan mana-mana
pihak (Rozeman Abu Hassan, 2015).

(c) Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia 1961


Pada tahun 1961 ditubuhkan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan
Malaysia (JPP) di Singapura untuk menangani masalah perpaduan kaum
dalam kalangan negara anggota. Donald Stephen telah dilantik sebagai
Pengerusi JPP yang mewakili wilayah Borneo Utara.

JPP berfungsi untuk memberi penjelasan kepada rakyat dan


mengumpulkan pendapat rakyat mengenai cadangan pembentukan
Malaysia. JPP berjaya mendapatkan persetujuan penting antaranya
(Muhammad Noor Abdullah, 1979):

(i) Satu suruhanjaya dibentuk bagi meninjau pandangan rakyat Sarawak


dan Borneo Utara tentang cadangan penubuhan Malaysia;

(ii) Perlembagaan Persekutuan 1957 diterima sebagai asas kepada


perlembagaan negeri;

(iii) Malaysia akan menjadi sebuah kerajaan Persekutuan yang kuat dari
aspek perhubungan luar, pertahanan negara dan keselamatan dalam
negeri;

(iv) Perwakilan di Parlimen tidak berasaskan ramainya penduduk dalam


sesuatu kawasan tetapi berdasarkan luas kawasan bagi menentukan
bilangan ahli bagi Sarawak dan Sabah;

(v) Pembahagian kuasa antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri


dipersetujui manakala Sabah dan Sarawak diberi beberapa kuasa
istimewa termasuk dalam bidang imigresen;

(vi) Kedudukan agama Islam akan kekal sebagai agama rasmi bagi
Persekutuan Malaysia;

(vii) Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa rasmi negara; dan

(viii) Kedudukan istimewa Bumiputera Sabah dan Sarawak sama seperti


kedudukan orang Melayu di Semenanjung.

(d) Suruhanjaya Cobbold 1962


Suruhanjaya Cobbold dibentuk oleh British bagi meninjau pendapat
penduduk Borneo Utara dan Sarawak sama ada menerima atau menolak
rancangan Malaysia. Lord Cobbold (lihat Rajah 1.14) dilantik sebagai

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  53

Pengerusi Suruhanjaya Cobbold dan dianggotai oleh empat anggota lain


iaitu dua rakyat British dan dua rakyat PTM yang terdiri daripada Wong
Pow Nee, Ketua Menteri Pulau Pinang dan Ghazali Shafie, pegawai kanan
kerajaan Persekutuan. Tugas Suruhanjaya Cobbold ialah melakukan
tinjauan secara langsung di wilayah-wilayah terbabit bagi mendapat
pandangan pelbagai kaum dan lapisan masyarakat (Mohamed Noordin
Sopiee, 1976).

Rajah 1.14: Lord Cobbold


Sumber: http://www.telegraph.co.uk

Tempoh tinjauan yang dibuat oleh suruhanjaya ini adalah selama tiga
bulan bermula bulan Februari hingga April 1962. Hasil daripada tinjauan
yang dilakukan, Suruhanjaya Cobbold telah menerima 2,200 memorandum
daripada 4,000 pertemuan. Hampir 80 peratus rakyat Borneo Utara dan
Sarawak menyokong rancangan Malaysia manakala 20 peratus tidak
bersetuju dengan rancangan tersebut (Mohamed Noordin Sopiee, 1976).

Pendirian rakyat Borneo Utara dan Sarawak terbahagi kepada tiga


pandangan, iaitu (Rozeman Abu Hassan, 2015):

(i) Sebanyak satu pertiga daripada penduduk kedua-dua negeri ini


menyokong penuh pergabungan tanpa syarat;

(ii) Manakala satu pertiga lagi menyokong tetapi dengan syarat dan
jaminan tertentu; dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


54  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

(iii) Baki satu pertiga lagi separuhnya mahukan kemerdekaan terlebih


dahulu sebelum bergabung, dan separuhnya menentang kerana
mahu kekal di bawah pemerintahan British.

(e) Peranan Jawatankuasa antara Kerajaan


Bagi menjaga kepentingan negeri-negeri Borneo, Jawatankuasa antara
Kerajaan (IGC  Inter-Government Committee) dibentuk untuk
mengadakan rundingan dan penyediaan peruntukan perlembagaan. Lord
Landsdowne, Menteri Tanah Jajahan telah dilantik sebagai Pengerusi IGC
dan dibantu oleh DatoÊ Abdul Razak sebagai Timbalannya. Landsdowne
telah membahagikan perkara kepada 15 bahagian untuk dikaji oleh
jawatankuasa tersebut. IGC telah mengadakan mesyuaratnya yang
pertama di Jesselton, Borneo Utara pada 30 Ogos 1962 (Mohamed Noordin
Sopiee, 1976).

Landsdowne telah mewakili delegasi British bersama lima anggota


manakala Tun Abdul Razak membawa tiga pegawai kanan sebagai
pembantunya. Sarawak diwakili oleh Pegawai Pentadbir Kerajaan
manakala Borneo Utara pula diketuai oleh Gabenornya, William Goode.
Ahli IGC bersetuju perkara utama yang perlu disepakati iaitu penerimaan
pembentukan Malaysia oleh semua pihak. Dalam mesyuarat tersebut
mereka bersetuju untuk membentuk jawatankuasa kecil bagi
membincangkan aspek khusus bagi perlembagaan Malaysia dan
keselamatan.

IGC telah membincangkan perkara berikut:

(i) Perlembagaan negeri;


(ii) Peruntukan kewangan;
(iii) Pilihan raya;
(iv) Kehakiman;
(v) Perkhidmatan awam;
(vi) Kewarganegaraan;
(vii) Imigresen;
(viii) Agama;
(ix) Pendidikan;
(x) Bahasa kebangsaan;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  55

(xi) Kedudukan undang-undang sedia ada;


(xii) Hak dan status kaum bumiputera;
(xiii) Penyusunan transisi; dan
(xiv) Perjanjian Antarabangsa bagi bantuan kewangan dan teknikal.

Semua pihak seperti wakil Majlis Perundangan Negeri Sarawak dan


pemimpin di Borneo Utara, iaitu Datu Mustapha Datu Harun dan Donald
Stephens berpuas hati dengan laporan ICG. Tempoh untuk membawa
Borneo Utara dan Sarawak menyertai Gagasan Malaysia mengambil masa
21 bulan (Mohamed Noordin Sopiee, 1976).

(f) Referendum Singapura 1962


Satu referendum telah diadakan di Singapura secara berasingan dengan
tujuan mendapatkan pandangan rakyat negeri tersebut terhadap cadangan
penggabungan Singapura dalam Persekutuan Malaysia. Cadangan
referendum ini telah ditentang hebat oleh pihak pembangkang
terutamanya Parti Barisan Sosialis yang tidak menyokong penubuhan
Malaysia. Referendum Singapura adalah satu cara untuk meninjau
pandangan rakyat Singapura berhubung pembentukan Malaysia
(Mohamed Noordin Sopiee, 1976).

Menerusi referendum ini rakyat Singapura boleh menentukan pendirian


mereka melalui pungutan suara. Pada dasarnya sebahagian besar parti
politik di Singapura menyokong pembentukan Malaysia. Terdapat
segelintir yang berbeza dari segi pandangan dan pendirian yang perlu
diambil kira.

Pada tarikh 1 September 1962, satu referendum telah dijalankan di


Singapura dan keputusan referendum telah memberikan tiga pilihan
utama iaitu:

(i) Pilihan A
Rakyat bersetuju dengan cadangan penubuhan Malaysia dengan
syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan Singapura dan
Persekutuan Tanah Melayu melalui „Kertas Putih‰ pada bulan
November 1961 (pilihan ini telah mendapat undian sebanyak 377,626
undi).

(ii) Pilihan B
Rakyat bersetuju untuk bergabung tanpa syarat (pilihan ini telah
mendapat 9,422 undi).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


56  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

(iii) Pilihan C
Syarat dan faedah yang akan diberikan hampir sama seperti apa
yang diperoleh oleh wilayah Borneo (pilihan ini mendapat 7,911
undi).

Sebanyak 2,370 undi adalah rosak dan 144,077 penduduk membuat undi
kosong (Rozeman Abu Hassan, 2015).

Pemimpin Barisan Sosialis bersama anasir komunis tidak bersetuju dan


membantah keputusan referendum. Mereka mendakwa pungutan suara
itu merupakan suatu helah PAP kerana semua pilihan A, B atau C ialah
kenyataan menyokong penubuhan Malaysia.

Hasil daripada referendum yang dijalankan, sebanyak 71 peratus pengundi


telah menyokong pembentukan Malaysia. Referendum tersebut
memperlihatkan rakyat Singapura bersetuju untuk bergabung dalam
Malaysia mengikut syarat-syarat yang telah dipersetujui oleh PTM dalam
bulan November 1961 (Mohamed Noordin Sopiee, 1976).

1.12 PEMBENTUKAN MALAYSIA


Cadangan pembentukan Malaysia telah mendapat tentangan daripada Filipina
dan Indonesia. Kedua-dua negara menentang keras rancangan penubuhan
Malaysia kerana Filipina menuntut kedaulatan ke atas Borneo Utara yang
didakwa sebagai hak Kesultanan Sulu. Manakala Indonesia menganggap
penubuhan Malaysia sebagai projek tanah jajahan British.

Filipina telah membuat tuntutan kepada kerajaan Britain ke atas Borneo Utara
tetapi tuntutan tersebut telah ditolak kerana tidak mempunyai asas yang kukuh.
Indonesia pula cuba menggagalkan gagasan Malaysia melalui usaha diplomasi
dan kegiatan subversif. Pada bulan Disember 1962, Indonesia terlibat secara
tidak langsung dalam pemberontakan yang dilancarkan oleh Parti Rakyat Brunei
(Ghazalie Shafie, 1998).

Rajah 1.15 memaparkan Persetujuan Manila (Manila Accord) yang diadakan.


Pada tarikh 1 Julai 1963, Tunku Abdul Rahman berjaya mengaturkan suatu
pertemuan dengan Presiden Sukarno di Tokyo dan membincangkan beberapa
isu pertikaian antara kedua-dua negara. Kedua-dua pemimpin bersetuju untuk
mengadakan sidang kemuncak bersama Presiden Macapagal di Manila. Rajah
1.16 pula memaparkan Perjanjian penubuhan Malaysia di London pada tarikh 8
Julai 1963.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  57

Rajah 1.15: Persetujuan Manila yang diadakan di Manila dari tarikh 7 hingga 11 Jun 1963
antara Menteri Luar Malaysia, DatoÊ Abdul Razak, Menteri Luar Filipina, Emmanuel
Palaez (di tengah) dan Menteri Luar Indonesia, Dr Subandrio
Sumber: www.arkib.gov.my

Rajah 1.16: Perjanjian penubuhan Malaysia di London pada tarikh 8 Julai 1963
Sumber: www.arkib.gov.my

Pada 31 Julai hingga 5 Ogos 1963, satu persidangan telah diadakan di Manila dan
mencapai dua persetujuan penting iaitu perjanjian kerjasama yang lebih erat
antara Malaysia, Filipina dan Indonesia melalui penubuhan MAPHILINDO dan
penyelesaian isu gagasan Malaysia.

Sukarno dan Macapagal bersetuju untuk tidak meneruskan bantahan penubuhan


Malaysia sekiranya suatu badan bebas di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu ditugaskan bagi meninjau kembali keputusan penduduk di Borneo Utara
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
58  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

dan Sarawak. Badan bebas tersebut juga perlu disertai oleh pemerhati dari
Indonesia dan Filipina (Ghazalie Shafie, 1998).

PBB bersedia melaksanakan tugas tinjauan semula dengan syarat semua pihak
hendaklah menerima dan menghormati hasil siasatan PBB. Lawrence
Michaelmore telah mengetuai Suruhanjaya PBB dan menjalankan tugasnya dari
tarikh 16 Ogos hingga 5 September 1963. Siasatan PBB berlanjutan sehingga
menjangkau tarikh pengisytiharan penubuhan Malaysia pada tarikh 31 Ogos
1963 yang telah ditetapkan menyebabkan tarikh pengisytiharan Malaysia
terpaksa ditunda. Rajah 1.17 menunjukkan pertemuan Duta PBB, Narasinham
dengan Tun Abdul Razak.

Rajah 1.17: Pertemuan Duta PBB, Narasinham dengan Tun Abdul Razak
bagi meninjau hasrat rakyat Borneo menyertai Malaysia
Sumber: www.arkib.gov.my

Laporan PBB telah diumumkan pada tarikh 14 September 1963 dengan lebih 70
peratus penduduk menyatakan persetujuan Borneo Utara dan Sarawak menjadi
anggota Malaysia. Keputusan laporan PPB telah ditolak oleh Indonesia dan
Filipina dan enggan mengiktiraf penubuhan Malaysia (Ghazalie Shafie, 1998).

Sultan Omar Ali Sarifuddin, Sultan Brunei telah membatalkan rancangan


menyertai Malaysia pada peringkat akhir walaupun peringkat awal
menunjukkan persetujuan untuk menyertai Malaysia (lihat Rajah 1.18).
Pemberontakan Brunei oleh Parti Rakyat Brunei banyak mempengaruhi
keputusan baginda untuk tidak menyertai Malaysia. Pemberontakan tersebut
menunjukkan rakyat Brunei menolak gagasan Malaysia (Ghazalie Shafie, 1998).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  59

Rajah 1.18: Sultan Omar Ali Sarifuddin


Sumber: http://bruneiresources.blogspot.com

Sultan Omar juga kecewa disebabkan tuntutan baginda tidak dipertimbangkan


sepenuhnya seperti yang berikut:

(a) Brunei diberikan sekurang-kurangnya 10 kerusi Parlimen;


(b) Brunei diberi hak terus menguasai hasil galian gas dan minyak yang
dimilikinya;
(c) Memegang autonomi kewangan;
(d) Mengekalkan semua pelaburan dalam negara;
(e) Mengekalkan kadar percukaian yang rendah;
(f) Meneruskan program pendidikan dan kebajikan; dan
(g) Mengambil kira kekananan baginda dalam Majlis Raja-raja.

Isu yang paling utama dituntut Sultan Brunei ialah soal kekananan baginda dan
soal kuasa ke atas hasil minyak Brunei. Beberapa rundingan diadakan dan
semua tuntutan telah diselesaikan kecuali isu minyak dan kekananan Sultan
Brunei. Sultan Brunei mengambil keputusan untuk tidak menandatangani
perjanjian berkenaan kerana tersinggung kerana soal kekananan baginda tidak
dipertimbangkan. Keputusan Sultan Brunei juga mempunyai perkaitan dengan
pengaruh British yang enggan melepaskan penguasaan ke atas Brunei atas
kepentingan ekonominya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


60  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

Pada tarikh 16 September 1963, Tunku Abdul Rahman dengan persetujuan


kerajaan Britain, Singapura, Borneo Utara dan Sarawak telah mengisytiharkan
secara rasmi penubuhan Malaysia. Melalui pengisytiharan tersebut Britain secara
rasminya telah melepaskan jurisdiksinya ke atas Singapura, Borneo Utara dan
Sarawak. Indonesia dan Filipina telah menghantar nota bantahan tidak
mengiktiraf Malaysia lantas menutup kedutaan masing-masing di Kuala
Lumpur. Begitu juga Malaysia terpaksa menutup kedutaannya di Jakarta dan
Manila (Ghazalie Shafie, 1998).

1.13 KEDUDUKAN SABAH DAN SARAWAK


DALAM PERSEKUTUAN
Status kedudukan Sabah dan Sarawak selepas Malaysia ditubuhkan dalam
beberapa perkara adalah berbeza dengan status anggota Persekutuan yang lain.
Perbezaan ini adalah hasil persetujuan yang dituntut oleh mereka semasa
perundingan dalam IGC. Tuntutan tersebut telah dipertimbangkan oleh kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu kerana Sabah dan Sarawak jauh ketinggalan dari
segi perkembangan sosial, ekonomi dan politik berbanding Singapura dan negeri
di Semenanjung.

Antara perkara yang dituntut oleh kedua-dua negeri berkenaan telah


dipertimbangkan dan dipersetujui bersama adalah seperti berikut (Nadzan
Haron & Rozeman Abu Hassan, 2010):

(a) Agama  Islam agama rasmi Persekutuan sementara Sabah dan Sarawak
hendaklah tidak mempunyai sebarang agama rasmi;

(b) Bahasa  Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi Persekutuan. Bahasa Inggeris
hendaklah digunakan dalam tempoh 10 tahun selepas hari kemerdekaan
Malaysia;

(c) Perlembagaan  Perlembagaan PTM yang sedia ada diterima sebagai asas
Perlembagaan Malaysia. Sebuah perlembagaan negeri adalah perlu bagi
Sabah, begitu juga bagi Sarawak;

(d) Ketua Persekutuan  Ketua bagi negeri Sabah dan ketua negeri Sarawak
tidak berhak atau tidak layak untuk dipilih menjadi ketua Persekutuan;

(e) Imigresen  Kawalan ke atas imigresen ke mana-mana bahagian Malaysia


daripada luar hendaklah berada dalam kuasa kerajaan Persekutuan tetapi
kemasukan ke Sabah dan Sarawak hendaklah juga mendapat kebenaran
daripada kerajaan negeri;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  61

(f) Hak untuk berpisah (secession)  Sabah dan Sarawak tiada hak untuk
keluar dari Malaysia;

(g) Borneonisasi  Perkhidmatan awam hendaklah disegerakan;

(h) Pegawai British  Pegawai British kekal dalam perkhidmatan awam


sehinggalah tempat mereka diambil alih oleh mereka yang layak dan sesuai
dari kalangan rakyat tempatan;

(i) Kewarganegaraan  Hak kewarganegaraan dalam negeri Sabah dan


Sarawak tertakluk dengan pindaan seperti tidak mengandungi peruntukan
sehinggalah pemastautin lima tahun dan tidak mengandungi sekatan yang
terikat dengan kewarganegaraan ibu bapa bagi yang lahir di Borneo Utara
selepas Malaysia, mesti menjadi warga Persekutuan;

(j) Tarif dan kewangan  Borneo Utara dan Sarawak hendaklah mengawal
kewangan, tabung, pembangunan dan tarifnya sendiri;

(k) Hak istimewa  Bumiputera Borneo Utara dan Sarawak menikmati hak
istimewa orang Melayu di PTM;

(l) Kerajaan Negeri  Ketua Menteri hendaklah dipilih oleh ahli tidak rasmi
Dewan Perundangan dan mewujudkan satu sistem kementerian sebenar di
Sabah dan Sarawak oleh kerajaan Persekutuan;

(m) Pendidikan  Sistem pendidikan yang sedia ada di Sabah dan Sarawak
hendaklah dikekalkan dan untuk tujuan itu ia hendaklah diletakkan di
bawah kerajaan negeri;

(n) Perwakilan Parlimen ă Perlu mengambil kira populasi penduduk Sabah


dan Sarawak, saiz dan potensinya. Tunku Abdul Rahman telah
menunaikan tuntutan Sabah dan Sarawak dengan memperuntukkan 40
kerusi dalam Parlimen Malaysia; dan

(o) Tanah, perhutanan, kerajaan tempatan dan lain-lain  Peruntukan dalam


kerajaan Persekutuan bersangkutan dengan Kuasa Majlis Tanah Negara
tidak boleh diguna pakai bagi Sarawak dan Borneo Utara. Begitu juga
dengan Majlis Kerajaan Tempatan Negara hendaklah tidak boleh diguna
pakai di kedua-dua negeri Borneo.

Kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan adalah istimewa


berdasarkan hak yang diberikan berbanding anggota Persekutuan lain. Anggota

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


62  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

lain dalam Persekutuan tidak mempunyai kuasa perundangan bagi menghalang


suatu pindaan perlembagaan dibuat.

Perlembagaan Persekutuan tidak memerlukan rundingan atau persetujuan


negeri di Semenanjung dalam proses pindaan. Namun bagi Sabah dan Sarawak,
persetujuan Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Sarawak adalah perlu bagi
pindaan perlembagaan di bawah Perkara 161E berhubung kedudukan istimewa
kedua-dua negeri tersebut. Peruntukan ini adalah rumit kerana ia tidak memberi
kuasa budi bicara kepada Yang di-Pertua Negeri yang mempunyai obligasi
perlembagaan dan bertindak atas nasihat Ketua Menteri masing-masing.

SEMAK KENDIRI 1.3

1. Mengapakah Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan?

2. Apakah peranan Jawatankuasa antara Kerajaan?

3. Mengapakah Sultan Brunei menarik diri daripada menyertai


Malaysia pada tahun 1963?

4. Mengapakah Sabah dan Sarawak mempunyai peruntukan yang


berbeza dengan negeri-negeri di Semenanjung?

1.14 MALAYSIA SELEPAS PEMBENTUKAN


Pada tarikh 16 September 1963, Malaysia telah berjaya dibentuk selepas melalui
proses yang panjang dan melalui pelbagai cabaran. Namun demikian, selepas
kewujudan Malaysia masih terdapat masalah lain yang terpaksa dihadapi oleh
Tunku Abdul Rahman. Cabaran yang dihadapinya adalah apabila terpaksa
menghadapi reaksi dan tentangan dari Indonesia dan Filipina.

(a) Tuntutan Filipina terhadap Sabah


Sejak awal tahun 1962, Presiden Macapagal telah membantah pembentukan
Malaysia atas alasan mempunyai hak ke atas Borneo Utara. Filipina
mendakwa penyerahan awal wilayah Borneo Utara pada tahun 1878 dari
Sultan Sulu kepada Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) adalah dalam
bentuk pajakan dan bukan jualan kepada SBBU. SBBU juga telah membuat
bayaran pada setiap tahun kepada Sultan Sulu.

Tuntutan Filipina ke atas Borneo Utara di London tidak dilayan oleh


kerajaan Britain. Selepas pembentukan Malaysia, Manila telah menghantar

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  63

wakil ke Kuala Lumpur untuk menuntut haknya ke atas Sabah. Kerajaan


Malaysia enggan melayan tuntutan dari Filipina kerana tuntutan tersebut
adalah tekanan politik dalaman yang dihadapi oleh Presiden Macapagal.
Akhirnya, Filipina telah bertindak memutuskan hubungan diplomatik
dengan Kuala Lumpur. Walaupun Filipina telah mengiktiraf Malaysia
secara rasmi pada tarikh 3 Jun 1966 tetapi tuntutan ke atas Sabah tidak
pernah digugurkan hingga ke hari ini.

Tuntutan ini berterusan semasa kepimpinan Macapagal hingga ke era


Ferdinand Marcos. Isu tuntutan ini telah mengeruhkan kembali hubungan
antara Malaysia dengan Filipina walaupun hubungan diplomatik kedua-
dua negara semakin baik. Pada tarikh 20 Julai 1968 sekali lagi Manila
memanggil pulang semua diplomatnya dari Kuala Lumpur disebabkan
Malaysia enggan berunding tentang tuntutan tersebut. Dewan Perwakilan
Filipina membuat usul untuk mengisytiharkan bahawa 3/5 wilayah Sabah
adalah milik Filipina pada tarikh 26 Ogos 1968. Kemudian hubungan
kedua-dua negara kembali pulih atas kerjasama pertubuhan serantau
ASEAN yang dianggotai oleh negara serantau lain.

(b) Konfrontasi Indonesia


Kenyataan Dr Subandrio dalam akhbar New York Times pada tarikh 13
November 1961 menunjukkan pada peringkat awal Indonesia menghalang
pembentukan Malaysia. Namun kenyataan tersebut adalah sebaliknya
kerana Indonesia menentang keras usaha pembentukan Malaysia termasuk
menyokong pemberontakan Parti Rakyat Brunei. Presiden Sukarno (lihat
Rajah 1.19) mendakwa gagasan Malaysia sebagai neokolonialis Barat bagi
mengekalkan kepentingan dan pengaruh mereka di Asia Tenggara. Pada 20
Julai 1963, Indonesia telah melancarkan konfrontasi dengan matlamat
menggagalkan gagasan Malaysia (Nik Anuar Nik Mahmud, 2000).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


64  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

Rajah 1.19: Presiden Sukarno


Sumber: http://soekarno-muutawalli.blogspot.com

Selain itu, terdapat faktor lain yang menyebabkan Indonesia menentang


pembentukan Malaysia. Presiden Sukarno berkecil hati apabila Tunku
Abdul Rahman tidak berbincang tentang idea pembentukan Malaysia.
Sukarno juga marah apabila ideanya terjejas untuk membentuk „Indonesia
Raya‰. Sukarno menuduh Tunku telah membelakangkannya dan
Indonesia serta melemahkan semangat orang Melayu di Nusantara. Pada
ketika itu, Sukarno menghadapi pelbagai masalah dalaman, terutamanya
masalah kebuluran dan masalah persaingan kuasa antara Tentera dengan
Parti Komunis Indonesia (PKI) sebagai usaha mengalih pandangan rakyat
(Nik Anuar Nik Mahmud, 2000).

Konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia semakin kuat dengan slogan


Ganyang Malaysia. Serangan telah dilancarkan oleh tentera Indonesia di
sekitar sempadan Sabah dan Sarawak. Malaysia cuba memulihkan
hubungan diplomatik bagi kedua-dua negara namun usaha tersebut tidak
mencapai kejayaan.

Usaha Malaysia menghadapi konfrontasi Indonesia telah dibantu oleh


tentera Komanwel di bawah perjanjian kerjasama pertahanan British dan
Persekutuan Tanah Melayu (AMDA  Anglo Malayan Defence
Agreement). Pada tarikh 31 Mei 1966, Menteri Luar Indonesia yang baharu,
iaitu Adam Malik dan Tun Abdul Razak telah mengadakan satu
pertemuan di Bangkok (lihat Rajah 1.20). Hasil pertemuan tersebut, kedua-
dua pemimpin bersetuju untuk menyelesaikan konfrontasi berasaskan
formula perdamaian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  65

Rajah 1.20: Pertemuan antara pemimpin Malaysia dan Indonesia


di Bangkok pada tarikh 31 Mei 1966 (dari kiri Ghazali Shafie,
Adam Malik, Tun Abdul Razak dan Laksamana Syaaf)
Sumber: www.arkib.gov.my

Satu perjanjian perdamaian telah ditandatangani di Jakarta pada tarikh 11


Ogos 1966 (lihat Rajah 1.21). Akhirnya, Indonesia telah mengiktiraf
Malaysia sebuah negara berdaulat dan merdeka dan segala hubungan
diplomatik dapat dipulihkan (Legge, 1972).

Rajah 1.21: Perjanjian Perdamaian Malaysia-Indonesia antara


Tun Abdul Razak dan Menteri Luar Indonesia, Adam Malik
dan disaksikan oleh Presiden Suharto di Jakarta pada 11 Ogos 1966
Sumber: www.arkib.gov.my

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


66  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

1.15 SINGAPURA DISINGKIRKAN


Selepas Singapura menyertai Malaysia, berlaku banyak krisis dan perselisihan
antara Singapura dan kerajaan Persekutuan Malaysia. Pembentukan Malaysia
telah menyebabkan orang Melayu dan orang Cina mengalami polarisasi kaum,
iaitu wujud pelampau Cina Singapura dan pelampau Melayu di Tanah Melayu.
Situasi ini sukar diatasi dan semakin mengancam toleransi hubungan kaum
Melayu dan Cina di kedua-dua negara.

Perbalahan tercetus antara Parti Tindakan Rakyat di Singapura dan UMNO di


Tanah Melayu sehingga mencetuskan konflik yang serius. Kemasukan Singapura
dalam Persekutuan Malaysia telah menyelamatkan kuasa politik Lee Kuan Yew
di Singapura. Lee Kwan Yew telah mendesak kerajaan Malaysia supaya
menahan beberapa pemimpin parti pembangkang Singapura di bawah Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA) (Nik Anuar Nik Mahmud, 2001).

Lee Kuan Yew berjaya mengukuhkan kembali pentadbirannya di Singapura


dengan tertangkapnya pemimpin parti pembangkang dan menguatkan
kedudukan PAP. PAP telah berjaya memenangi 37 daripada 51 kerusi dewan
yang dipertandingkan dalam pilihan raya Dewan Perundangan Singapura pada
bulan September 1963. Hubungan Malaysia-Singapura mula retak apabila PAP
bertanding dalam pilihan raya Parlimen Malaysia pada tahun 1964. Walaupun
Lee Kuan Yew telah berjanji tidak akan campur tangan dalam hal ehwal politik
di semenanjung tetapi beliau telah memungkiri janji.

Lee Kuan Yew dan beberapa pemimpin PAP yang lain turut memperkecilkan
MCA dan mendakwa pemimpin MCA kurang berkaliber, gagal memperjuangkan
kepentingan penduduk Cina dan terlalu bersahabat dengan UMNO. Dakwaan Lee
Kuan Yew tidak disenangi oleh pemimpin MCA dan pemimpin UMNO termasuk
Tunku Abdul Rahman.

PAP cuba mengambil alih peranan MCA sebagai parti yang memperjuangkan
kepentingan orang Cina dalam politik Malaysia sedangkan PAP dikatakan satu
parti perkauman yang didominasi oleh kaum Cina terutamanya di Singapura.
Penglibatan PAP dalam Pilihan Raya 1964 akan membahayakan integrasi dan
perpaduan kaum di Malaysia. Pemimpin UMNO dan MCA mengesyaki Lee
Kuan Yew mempunyai motif yang tidak baik. Hubungan kerajaan PAP dengan
Parti Perikatan dikatakan mulai renggang (Nik Anuar Nik Mahmud, 2001).

PAP telah mengadakan satu konvensyen bagi membentuk Barisan Pembangkang


Bersatu (United Opposition Front) bertujuan memperjuangkan persamaan hak
berasaskan kewarganegaraan seragam pada tarikh 27 April 1965. Lee Kuan Yew
memulakan kempen Malaysian Malaysia dengan menuntut persamaan kaum di

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  67

Malaysia. Kempen tersebut telah mencabar UMNO yang memperjuangkan


kepentingan orang Melayu.

Konvensyen 9 Mei 1965 anjuran PAP telah menyatukan orang Cina untuk
memusuhi orang Melayu. Akibatnya, rusuhan kaum telah berlaku di Singapura
dan orang Melayu Singapura telah menjadi sasaran. Kempen Malaysian
Malaysia yang diperjuangkan oleh Lee Kuan Yew telah menjadikan keadaan
semakin meruncing dan ditentang oleh golongan ekstremis UMNO seperti Jaafar
Albar, Harun Idris, dan lain-lain dengan slogan „Melayu Bersatu‰ (Nik Anuar
Nik Mahmud, 2001).

Situasi ini telah membangkitkan perasaan benci antara orang Melayu dan orang
Cina. Pemimpin MCA seperti Tan Siew Sin dan T. H. Tan mula melahirkan rasa
tidak senang terhadap Singapura dan mencadangkan supaya Singapura
dikeluarkan dari Malaysia. Pemimpin PAP diibaratkan seperti duri dalam
daging bagi kerajaan Persekutuan kerana tindakan PAP dianggap sebagai
penghalang kepada proses perpaduan.

Bagi mengelakkan daripada berlakunya pertumpahan darah, kepimpinan


UMNO dan sokongan rakan dalam Perikatan membuat keputusan
menyingkirkan Singapura dari Malaysia. Pada tarikh 7 Ogos 1965, Lee Kuan Yew
dan Tunku Abdul Rahman menandatangani persetujuan untuk berpisah antara
kedua-dua negara. Pada tarikh 9 Ogos 1965, Dewan Rakyat telah meluluskan
rang undang-undang Pindaan Perlembagaan perpisahan Singapura dari
Malaysia (lihat Rajah 1.22).

Rajah 1.22: Tunku Abdul Rahman mengumumkan penyingkiran


Singapura dari Malaysia pada tarikh 9 Ogos 1965
Sumber: www.arkib.gov.my

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


68  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

1.16 KRISIS POLITIK DI SABAH DAN


SARAWAK
Pemisahan Singapura dari Malaysia telah mempengaruhi sikap pemimpin
tempatan di Sabah dan Sarawak. Tunku terpaksa bekerja keras memastikan
kedua-dua negeri berkenaan mempunyai pemimpin yang mahu bekerjasama
dengan kerajaan pusat. Persaingan berlaku antara Datu Mustapha dan Donald
Stephen di Sabah. Ketua Menteri Sabah, Donald Stephen banyak menimbulkan
masalah kepada Kuala Lumpur dan pernah mengugut untuk membawa Sabah
keluar dari Malaysia.

Pada tahun 1967, Datu Mustapha telah mengambil alih kepimpinan negeri Sabah
daripada Donald Stephen. Datu Mustapha telah berjaya menjalankan usaha bagi
mengintegrasikan Sabah sebagai anggota Persekutuan. Situasi Sarawak lebih
rumit berbanding situasi politik Sabah selepas pemisahan Singapura.

Berlaku beberapa isu yang melibatkan krisis kepimpinan Sarawak antaranya:

(a) Isu Undang-undang Tanah 1965;


(b) Isu penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi; dan
(c) Isu penggantian pegawai asing.

Terdapat juga ura-ura pemimpin negeri tersebut ingin membawa Sarawak keluar
dari Malaysia. Sarawak yang dipimpin oleh Stephen Kalong Ningkan sebagai
Ketua Menteri ialah seorang Iban beragama Kristian merupakan penentang
gagasan Malaysia. Beliau memperkenalkan Undang-undang Tanah yang
membolehkan golongan Bumiputera Sarawak menjual tanah milik mereka,
terutama tanah Zon Campuran. Perbuatan ini bertentangan dengan kepentingan
kaum peribumi kerana ia merupakan usaha golongan yang pro-Cina dan anti
peribumi. Ini menyebabkan Stephen Kalong Ningkan dituduh menjual Sarawak
kepada kaum Cina.

Krisis kepimpinan berlaku antara Stephen Kalong Ningkan yang mewakili parti
Kaum Dayak dan Abdul Taib Mahmud yang mewakili Parti Pesaka. Akhirnya
krisis tersebut telah membawa kepada perpecahan dalam parti Perikatan di
Sarawak. Parti Berjasa dan Parti Pesaka telah bertindak keluar dari Perikatan
negeri pimpinan Stephen Kalong Ningkan dan membentuk satu parti baharu
dikenali sebagai Perikatan Peribumi Sarawak. Stephen Kalong Ningkan telah
memecat Abdul Taib Mahmud sebagai anggota kabinet negeri tetapi melantik
semula Abdul Taib dalam kabinetnya setelah Kerajaan Pusat mengancam untuk
menarik balik bantuan kewangan kepada Sarawak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  69

Stephen Kalong Ningkan juga memperlihatkan sikap menentang pelaksanaan


bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan melengah-lengahkan
pelaksanaan bahasa kebangsaan di Sarawak. Sikap Stephen Kalong Ningkan
menyebabkan pemimpin Persekutuan Malaysia marah kerana tindakannya tidak
memberi kebaikan kepada negara dan rakyat Sarawak. Pemimpin pusat mula
campur tangan dalam krisis kepimpinan di Sarawak untuk menggantikan
seorang pemimpin yang boleh bekerjasama dengan kerajaan pusat.

Dewan Perundangan Negeri Sarawak dibubarkan setelah Yang di-Pertuan


Agong telah mengisytiharkan Undang-undang Darurat di Sarawak dan satu
pilihan raya akan diadakan setelah darurat tamat. Kesan daripada peristiwa
tersebut Stephen Kalong Ningkan telah tersingkir dan Sarawak dapat
diselamatkan daripada krisis yang lebih buruk.

SEMAK KENDIRI 1.4

1. Mengapakah Filipina menuntut Sabah dari Malaysia?


2. Bagaimanakah kerajaan Persekutuan mengatasi krisis politik
Sabah dan Sarawak selepas penyingkiran Singapura?

AKTIVITI 1.4

Tunku menyingkirkan Singapura kerana faktor Lee Kuan Yew.


Bincangkan.

 Malaysia telah melalui persejarahan yang panjang sejak kewujudan kerajaan


awal di Asia Tenggara hinggalah era pemodenan Malaysia.

 Penjajah Barat dan Jepun berminat dengan negeri Melayu disebabkan


kekayaan sumber ekonomi seperti perdagangan, rempah ratus dan bijih
timah.

 Tunku Abdul Rahman melalui pelbagai proses yang begitu getir dalam
menjayakan kemerdekaan Tanah Melayu dan pembentukan Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


70  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

Darurat Pilihan Raya Persekutuan


Kerajaan awal Rancangan Briggs
Kesultanan Melayu Melaka Referendum Singapura
Konfrontasi Srivijaya
Majlis Raja-raja Suruhanjaya Cobbold
Malayan Union Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
Negeri-negeri Melayu Bersekutu Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC)
(NNBM)
Yang di-Pertuan Agong (YDPA)
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
(NNMTB) Zaman klasik

Abdul Aziz Bari. (2008). Perlembagaan Malaysia: Teori dan praktis. Shah Alam,
Malaysia: Arah.

Abdullah Ayub. (1978). Cara pemerintahan Tanah Melayu (19571963). Kuala


Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Andaya, B. W., & Andaya, L. Y. (2001). A history of Malaysia (Cetakan semula).


Petaling Jaya, Malaysia: The Macmillan Press.

Bassett, D. K. (1971). British trade and policy in Indonesia and Malaysia in the
late eighteenth century. Hull, England: University of Hull.

Bastin, J., & Robin, W. W. (1966) Malaysia: Selected historical reading. Kuala
Lumpur, Malaysia: Oxford University Press.

Cowan, C. D. (1970). Tanah Melayu kurun ke-19: Asal-usul penguasaan politik


British. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK  71

Emerson, R. (1979). Malaysia satu pengkajian dalam pemerintahan secara


langsung dan tidak langsung. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Furnivall, J. S. (1983). Hindia Belanda: Satu pengkajian ekonomi majmuk. Kuala


Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Ghazalie Shafie. (1998). Memoir on the formation of Malaysia. Bangi, Malaysia:


Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Gullick, J. M. (1967). Malaysia and its neighbours. Taylor & Francis.

Kennedy, J., (1993). A history of Malaya. Kuala Lumpur, Malaysia: S. Abdul


Majeed.

Lee Kuan Yew. (1998). The Singapore story. Singapore: Singapore Press Holdings
dan Time Editions.

Legge, J. D. (1972). Sukarno: A political biography. New York, NY: Praeger.

Mohamed Noordin Sopiee. (1976). From Malayan Union to Singapore separation:


Political unification in the Malaysia region, 194565. Kuala Lumpur,
Malaysia: Penerbit Universiti Malaya.

Mohamed Salleh Abas. (1984). Pilihan raya Malaysia. Kuala Lumpur, Malaysia:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohamed Salleh Abas. (1984). Sejarah Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur,


Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Noor Abdullah. (1979). Kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam


Persekutuan Malaysia (dari segi Perlembagaan Malaysia). Kuala Lumpur,
Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nadzan Haron & Rozeman Abu Hassan. (2010). Malaysia melangkah ke


hadapan: Pengajian Malaysia sejak 1945. Selangor, Malaysia: Penerbitan
Multimedia.

Nik Anuar Nik Mahmud. (2000). Konfrontasi Malaysia-Indonesia. Bangi,


Malaysia: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


72  TOPIK 1 SEJARAH DAN POLITIK

Nik Anuar Nik Mahmud. (2001). Duri dalam daging: Singapura dalam Malaysia.
Kuala Lumpur, Malaysia: Persatuan Sejarah Malaysia.

Ongkili, J. P. (1985). Nation-building in Malaysia 1946-1974. Kuala Lumpur,


Malaysia: Oxford University Press.

Parlimen Malaysia. (t. t.). Dicapai dari http://www.parlimen.gov.my

Robert Heussler. (1985). British rule in Malaya 19421957. Singapore: Heinemann


Educational Books (Asia).

Rozeman Abu Hassan. (2003). Tun Abdul Razak bin DatoÊ Hussein: Dasar Luar
Malaysia 1970-1976. Tanjong Malim, Malaysia: Penerbit Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

Rozeman Abu Hassan. (2015). Dasar British terhadap hubungan Singapura-


Malaysia 19591969. Bangi, Malaysia: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Ryan, N. J. (1974). The making of modern Malaysia and Singapore: A history


from earliest times to 1966. Kuala Lumpur, Malaysia: Oxford University
Press.

Simandjuntak, D. S. (1985). Demythologising the China-Indonesia Trade.


Indonesia Quarterly, 13(2), 146.

Tunku Abdul Rahman Putera al-Haj. (1977). Looking back. Kuala Lumpur,
Malaysia: Pustaka Antara.

Wolters, O. W. (1989). Perdagangan awal Indonesia: Satu kajian asal usul


kerajaan Srivijaya. (terj.) Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan
Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik   Perlembagaan
2 Malaysia
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Membincangkan asal-usul Perlembagaan Malaysia;
2. Menyatakan tujuan penggubalan Perlembagaan Malaysia;
3. Mengenal pasti prinsip keluhuran Perlembagaan Malaysia;
4. Menerangkan proses pindaan Perlembagaan Malaysia;
5. Membincangkan peruntukan utama dalam Perlembagaan Malaysia;
dan
6. Menerangkan rasionalisasi peruntukan utama dalam Perlembagaan
Malaysia.

 PENGENALAN
Menurut Tun Mohd Salleh Abas (1985), perlembagaan (Perlembagaan bertulis)
ialah satu suratan atau surat cara yang mengandungi semua undang-undang
tertinggi yang difikirkan mustahak bagi menubuhkan sebuah negara moden.
Bagi Wheare (1966), perlembagaan ialah „seluruh sistem kerajaan sesebuah
negara, pengumpulan peraturan yang menubuhkan dan mengawal selia atau
mentadbir kerajaan.‰

Secara keseluruhannya, perlembagaan boleh ditakrifkan sebagai undang-undang


yang digubal oleh sesebuah kerajaan bertujuan mengurus tadbir sesebuah
negara bagi mewujudkan keamanan dan keharmonian dalam kalangan rakyat
jelata. Elemen-elemen yang lazimnya terdapat dalam sesebuah perlembagaan
ialah kebebasan hak asasi seperti kebebasan bersuara, kebebasan beragama dan
kebebasan berpartisipasi dalam sistem demokrasi sesebuah negara.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


74  TOPIK 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Di Malaysia umpamanya, Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut


Melaka telah diguna pakai sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Begitu juga
bagi negeri-negeri di Tanah Melayu yang telah mengguna pakai Adat Perpatih
mahupun Adat Temenggung dalam kehidupan seharian mereka.

Begitu juga perlembagaan rasmi negara hanya digubal pada tahun 1957 ketika
Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dan dikemaskinikan pada tahun 1963
selari dengan penubuhan Malaysia pada tarikh 16 September 1963.

Sehubungan itu, topik ini akan menjuruskan kepada aspek latar belakang,
ketertinggian prinsip perlembagaan, objektif perlembagaan digubal serta
membandingkan antara Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.

Dalam subtopik kedua dalam topik ini, kita akan mengkaji beberapa peruntukan
khas dalam perlembagaan Malaysia, antaranya ialah bahasa kebangsaan,
kedudukan Raja-raja Melayu, hak istimewa orang Melayu, kebebasan hak
rakyat, status agama Islam, kewarganegaraan dan akhirnya perlindungan khas
Sabah dan Sarawak.

AKTIVITI 2.1

Dalam forum myINSPIRE, bincangkan bersama e-tutor anda tentang


perkara-perkara yang berikut:
(a) Bandingkan antara Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang
Laut Melaka dengan Perlembagaan Malaysia.
(b) Pada pendapat anda, adakah Adat Perpatih masih diamalkan di
Negeri Sembilan? Bincangkan.

2.1 LATAR BELAKANG PERLEMBAGAAN


MALAYSIA
Perlembagaan Malaysia merupakan sumber undang-undang tertinggi di
Malaysia. Perlembagaan Malaysia telah mengagihkan kuasa tadbir mengikut
amalan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

Perlembagaan Malaysia mengandungi 183 Perkara, tergolong dalam 15 Bahagian


yang antara lain menyentuh perkara seperti kuasa Kerajaan Persekutuan, kuasa
Kerajaan Negeri, kebebasan asasi, kewarganegaraan, kedudukan istimewa orang
Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak, bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi Persekutuan, kuasa pemerintah dan pilihan raya. Jadual 2.1 memaparkan
kronologi latar belakang Perlembagaan Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA  75

Jadual 2.1: Kronologi Latar Belakang Perlembagaan Malaysia

Tahun Butiran

1895 Johor ialah negeri pertama yang mempunyai perlembagaan bertulis, yang
diberikan pada tahun 1895 oleh Sultan Abu Bakar.

1905 Sebuah badan perundangan pusat yang dikenali sebagai Majlis Mesyuarat
Persekutuan (MMP) ditubuhkan. Semua undang-undang yang dibuat oleh
mana-mana negeri tidak boleh bertentangan undang-undang yang dibuat
oleh MMP. Namun MMP tidak mempunyai kuasa ke atas perkara yang
berkaitan dengan Islam dan status Raja-raja Melayu.

1927 Melalui pindaan kepada Perjanjian Persekutuan oleh anggota MMP, MMP
telah diberi kuasa untuk membuat undang-undang bagi seluruh Persekutuan
Tanah Melayu. Majlis Raja-raja tidak lagi mengambil bahagian dalam
perbincangan MMP. Ini menjadikan kerajaan pusat lebih kuat.

Kedudukan Dewan Undangan Negeri telah diperkukuhkan dan beberapa


tugas yang sebelum ini dilaksanakan oleh Ketua Setiausaha (Pegawai British)
telah dipindahkan ke Dewan Undangan Negeri. Jawatan Ketua Setiausaha
ditukar kepada Setiausaha Persekutuan.

1946 Malayan Union (MU) diperkenalkan oleh British tetapi mendapat tentangan
hebat daripada Raja-raja Melayu dan masyarakat di Tanah Melayu. Akibat
penentangan tersebut, MU telah dibubarkan.

1948 Pengenalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Perlembagaan ini


antara lain menekankan peranan Majlis Perundangan Persekutuan dan
Pesuruhjaya Tinggi. Misalnya, Majlis Perundangan Persekutuan diberikan
kuasa untuk membuat undang-undang. Sebaliknya, Pesuruhjaya Tinggi
diberikan kuasa veto untuk membatalkan rang undang-undang yang telah
diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan.

Sejak tahun 1948, setiap negeri Melayu mempunyai perlembagaan sendiri.


Johor dan Terengganu mempunyai perlembagaan mereka sendiri, masing-
masing pada tahun 1895 dan 1911. Perlembagaan telah dipinda untuk
disesuaikan dengan kehendak Perjanjian Persekutuan 1948.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


76  TOPIK 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

1956 Jawatankuasa Perlembagaan telah ditubuhkan yang diketuai oleh Lord Reid
(United Kingdom) dan dibantu oleh Sir Ivor Jennings (United Kingdom), Sir
William McKell (Australia), B. Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid
(Pakistan). Pelantikan pihak luar dalam penggubalan perlembagaan telah
dilakukan bagi mencegah unsur berat sebelah.
Pada bulan Oktober 1956, Suruhanjaya Reid telah menerima 131 cadangan
daripada rakyat Tanah Melayu. Secara keseluruhannya, Suruhanjaya Reid
telah mengguna pakai cadangan daripada Parti Perikatan sebagai asas kepada
pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Mereka
mengemukakan laporan itu pada bulan Disember 1956. Laporan ini dikaji,
diteliti dan kemudiannya digubal untuk membentuk Perlembagaan
Persekutuan.

1957 Pembentukan perlembagaan telah diluluskan pada 27 Ogos 1957 dan


dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957. Ia menjadi asas kepada Perlembagaan
Malaysia pada hari ini.

1963 Akta Malaysia telah diluluskan pada 26 Ogos 1963 dengan pindaan dalam
Perkara 1(1) dan 1(2) bagi memudahkan kemasukan Sabah, Sarawak dan
Singapura dan juga menukar nama Persekutuan Tanah Melayu kepada
Persekutuan Malaysia.

2.1.1 Tujuan Perlembagaan


Tujuan perlembagaan digubal adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.1
berikut:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA  77

Rajah 2.1: Tujuan perlembagaan digubal

Mari kita lihat dengan lebih lanjut setiap tujuan tersebut:

(a) Memastikan Keamanan dan Kestabilan Negara


Perlembagaan berfungsi sebagai penyelesaian untuk masalah negara demi
mewujudkan sebuah negara yang aman dan stabil. Hal ini adalah
disebabkan oleh sekatan-sekatan yang diperuntukkan dalam perlembagaan
yang mengawal pergerakan rakyat walaupun mereka berhak untuk
menerima kebebasan dan hak-hak tertentu. Kebebasan dan hak setiap
rakyat mempunyai had kerana terdapat perkara-perkara yang dianggap
perlu untuk menyekat kebebasan mereka. Misalnya dalam Perkara 10 (2)
yang menyentuh kebebasan berucap, berhimpun dan berpersatuan
(Perlembagaan Persekutuan, 2014).

(b) Mewujudkan Pemerintahan yang Saksama


Malaysia ialah sebuah negara yang mempunyai rakyat terdiri daripada
pelbagai kaum. Dari segi sejarah, kewujudan perlembagaan adalah
berdasarkan kompromi antara kaum tentang beberapa isu seperti hak
istimewa orang Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Persekutuan,
Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, dan lain-lain. Walaupun
perlembagaan menyatakan bahawa Islam ialah agama rasmi bagi
Persekutuan (Bahagian 1, Perkara 3[1]), semua bentuk agama dibenarkan
untuk diamalkan di Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


78  TOPIK 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Begitu juga peruntukan bagi bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara
yang terkandung dalam Perkara 152 yang mempunyai kelonggaran untuk
penggunaan bahasa lain. Yang di-Pertuan Agong melindungi hak istimewa
orang Melayu tetapi hak kaum bukan Melayu juga dilindungi dengan
sewajarnya. Peruntukan ini mewujudkan satu bentuk tadbir urus yang
saksama tanpa menyebelahi satu bangsa sahaja. Semua kaum mempunyai
hak yang sewajarnya dalam Perlembagaan Malaysia.

(c) Mencegah Penyalahgunaan Kuasa oleh Raja-raja


Sebelum Perlembagaan Malaya digubal, raja-raja mempunyai kuasa mutlak
dan bebas untuk berbuat apa-apa sahaja. Namun dengan adanya
perlembagaan, segala perbuatan raja-raja adalah tertakluk kepada
peruntukan-peruntukan dalam perlembagaan bagi mengelakkan
penyalahgunaan dalam kalangan mereka. Contohnya, dalam Bahagian 4,
Bab 3 Perkara 40 yang antara lain menyentuh „Yang di-Pertuan Agong
hendaklah bertindak mengikut nasihat (Perlembagaan Persekutuan, 2014).‰

(d) Mengawal Pergerakan Kerajaan dan Rakyat


Setiap warganegara Malaysia tanpa mengira pangkat dan status adalah
tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan Malaysia bukan
sahaja memberi kuasa kepada badan pemerintah, tetapi juga kepada rakyat
melalui kebebasan hak asasi (Bahagian 2, Perkara 5 hingga 13) dan hak
istimewa orang Melayu dan Bumiputera. Hal ini secara tidak langsung
membawa kepada pengagihan kuasa dan mengelakkan pihak tertentu
mendominasi kuasa.

Terdapat had kepada perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh
badan pemerintah. Begitu juga dengan rakyat jelata juga perlu mematuhi
segala peruntukan seperti yang terkandung dalam perlembagaan.

(e) Menyelesaikan Isu Negara


Perlembagaan menggariskan beberapa peraturan yang perlu diikuti oleh
rakyat. Perlembagaan ialah bentuk undang-undang tertinggi di negara ini
dan merupakan rujukan utama dalam penggubalan Undang-undang
Persekutuan dan Negeri. Malah, apa-apa masalah dalam penciptaan
undang-undang atau rujukan daripada hukuman mati perlu diselesaikan
berdasarkan perlembagaan.

(f) Memastikan Kelestarian Negara


Malaysia ialah sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Kemapanan
negara yang ditentukan oleh undang-undang dan peraturan untuk
memastikan keamanan di negara ini sentiasa dikekalkan. Perlembagaan
memainkan peranan yang penting dalam menentukan hala tuju

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA  79

pentadbiran negara. Malah, perlembagaan juga ialah asas dalam


membentuk sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia.

2.1.2 Keluhuran Perlembagaan


Di Malaysia, Perlembagaan ialah satu-satunya sumber perundangan yang
tertinggi. Di Britain, Parlimen dianggap tertinggi kerana tidak ada undang-
undang yang Parlimen British tidak boleh buat, pinda atau mansuhkan. Walau
bagaimanapun, di Malaysia, kuasa Parlimen tidak seperti di England.

Parlimen Malaysia mempunyai kuasa yang terhad. Hal ini kerana Parlimen
Malaysia diberi kuasa oleh perlembagaan bertulis. Keadaan adalah konsisten.
Tambahan pula, undang-undang yang bakal digubal adalah tidak boleh
bercanggah dengan perkara yang telah diperuntukkan dalam Perlembagaan
Malaysia. Seandainya berlaku percanggahan, maka undang-undang itu akan
terbatal setakat bahagian yang bercanggahan sahaja.

Ketinggian perlembagaan di Malaysia adalah tertakluk kepada peruntukan


seperti yang berikut:

(a) Parlimen
Parlimen memperoleh kuasa daripada perlembagaan untuk menentukan
kuasa perundangan bagi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Dalam hal ini, perlembagaan membahagikan perkara yang boleh
dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan dan juga perkara yang boleh
dilakukan oleh Kerajaan Negeri.

(b) Perlembagaan
Perlembagaan menentukan perkara-perkara bersama yang membolehkan
Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri untuk membuat undang-
undang. Contoh undang-undang yang boleh dibuat oleh Parlimen ialah
pertahanan, pendidikan, hal ehwal luar negeri dan sebagainya. Parlimen
hanya berkuasa mutlak dalam hal-hal tertinggi Persekutuan sahaja.
Undang-undang Persekutuan juga akan diisytiharkan tidak sah jika
undang-undang yang bakal digubal itu bertentangan dengan
Perlembagaan Persekutuan Malaysia seperti dalam Bahagian 1, Perkara 4
Perlembagaan Persekutuan (Perlembagaan Persekutuan, 2014).

(c) Status Yang di-Pertuan Agong


Walaupun Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua Negara, lambang
kesetiaan rakyat, lambang kenegaraan dan Ketua Parlimen, baginda juga
adalah tertakluk kepada sekatan seperti yang diperuntukkan dalam

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


80  TOPIK 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Perlembagaan. Baginda ialah Raja Berperlembagaan yang bertindak atas


nasihat daripada Menteri-menteri Kabinet.

(d) Kuasa Perundangan


Mahkamah memegang kuasa perundangan. Badan perundangan juga
tertakluk kepada peruntukan yang diperuntukkan oleh perlembagaan.
Misalnya, kuasa kehakiman juga tertakluk kepada peruntukan yang
dikenakan oleh perlembagaan. Demikian juga kuasa Yang di-Pertuan
Agong sebagai ketua kepada tiga komponen utama sistem kerajaan
Malaysia, iaitu perundangan, eksekutif dan kehakiman.

(e) Kebebasan Hak


Kebebasan hak ialah elemen penting dalam mana-mana negara yang
mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen. Kerajaan tidak boleh
melucutkan hak kewarganegaraan seseorang, tidak boleh menghalang
warganegara daripada kembali ke tanah air, tidak boleh mengenakan
buruh paksa dan tidak boleh memenjarakan seseorang kecuali mengikut
undang-undang. Oleh itu, terdapat banyak perkara dalam perlembagaan
yang harus dipatuhi oleh kerajaan.

2.1.3 Kandungan Perlembagaan


Terdapat 183 Perkara atau Artikel berserta 13 Jadual dan 15 Bahagian dalam
Perlembagaan Persekutuan. Setiap perkara dalam perlembagaan mempunyai
beberapa bahagian yang menerangkan secara terperinci garis panduan dan
undang-undang untuk kepentingan rakyat.

Jadual 2.2 memaparkan ringkasan perkara yang terkandung dalam


perlembagaan untuk pengetahuan anda.

Jadual 2.2: Ringkasan Perkara yang Terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan

Perkara Butiran
Perkara 1 Negeri-negeri, agama dan undang-undang bagi Persekutuan (Bahagian I)
hingga 4

Perkara 5 Kebebasan asasi (Bahagian II)


hingga 13

Perkara 14 Kewarganegaraan (Bahagian III; Bab 1 ă Pemerolehan kewarganegaraan)


hingga 22

Perkara 23 Kewarganegaraan (Bahagian III; Bab 2 ă Penamatan kewarganegaraan)


hingga 31

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA  81

Perkara 32 Persekutuan (Bahagian IV; Bab 1 ă Ketua Utama Negara)


hingga 37

Perkara 38 Persekutuan (Bahagian IV; Bab 2 ă Majlis Raja-raja)

Perkara 39 Persekutuan (Bahagian IV; Bab 3 ă Badan eksekutif)


hingga 43C

Perkara 44 Persekutuan (Bahagian IV; Bab 4 ă Badan perundangan persekutuan)


hingga 65

Perkara 66 Persekutuan (Bahagian IV; Bab 5 ă Tatacara perundangan)


hingga 68

Perkara 69 Persekutuan (Bahagian IV; Bab 6 ă Keupayaan berkenaan dengan harta,


kontrak dan guaman)

Perkara 70 Negeri-negeri (Bahagian V)


hingga 72

Perkara 73 Perhubungan antara Persekutuan dengan negeri-negeri (Bahagian VI; Bab


hingga 79 1 ă Pembahagian kuasa perundangan)

Perkara 80 Perhubungan antara Persekutuan dengan negeri-negeri (Bahagian VI; Bab


hingga 81 2 ă Pembahagian kuasa eksekutif)

Perkara 82 Perhubungan antara Persekutuan dengan negeri-negeri (Bahagian VI; Bab


3 ă Pembahagian beban kewangan)

Perkara 83 Perhubungan antara Persekutuan dengan negeri-negeri (Bahagian VI; Bab


hingga 91 4 ă Tanah)

Perkara 92 Perhubungan antara Persekutuan dengan negeri-negeri (Bahagian VI; Bab


5 ă Pembangunan negara)

Perkara 93 Perhubungan antara Persekutuan dengan negeri-negeri (Bahagian VI; Bab


hingga 95 6 ă Tinjauan Persekutuan, nasihat Persekutuan kepada negeri dan
pemeriksaan Persekutuan mengenai kegiatan negeri)

Perkara Perhubungan antara Persekutuan dengan negeri-negeri (Bahagian VI; Bab


95A 7 ă Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan)

Perkara 95B Perhubungan antara Persekutuan dengan negeri-negeri (Bahagian VI; Bab
hingga 95E 8 ă Pemakaian bagi negeri Sabah dan Sarawak)

Perkara 96 Peruntukan kewangan (Bahagian VII; Bab 1 ă Am)


hingga 112

Perkara Peruntukan Kewangan (Bahagian VII; Bab 2 ă Pemakaian bagi negeri


112A Sabah dan Sarawak)
hingga
112E

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


82  TOPIK 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Perkara 113 Pilihan raya (Bahagian VIII)


hingga 120

Perkara 121 Badan kehakiman (Bahagian IX)


hingga
131A

Perkara 132 Perkhidmatan-perkhidmatan awam (Bahagian X)


hingga 148

Perkara 149 Kuasa khas menentang perbuatan subversif, keganasan terancang, dan
hingga 151 perbuatan dan jenayah yang memudaratkan orang awam dan kuasa
darurat (Bahagian XI)

Perkara 152 Am dan pelbagai (Bahagian XII)


hingga
160B

Perkara 161 Perlindungan tambahan bagi negeri Sabah dan Sarawak (Bahagian XIIA)
hingga
161H

Perkara 162 Peruntukan sementara dan peralihan (Bahagian XIII)


hingga 180

Perkara 181 Kecualian bagi kedaulatan dan sebagainya, raja-raja (Bahagian XIV)

Perkara 182 Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja (Bahagian XV)
hingga 183

Sumber: Undang-undang Malaysia Perlembagaan Persekutuan Akta 1260/2006 (t. t.)

Secara umumnya, perkara utama dalam Perlembagaan Persekutuan adalah


seperti yang berikut:

(a) Malaysia ialah sebuah negara Persekutuan;


(b) Malaysia sebuah negara Raja Berperlembagaan;
(c) Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi
Berparlimen;
(d) Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan kebebasan beragama
dengan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan;
(e) Keluhuran perlembagaan dan ketinggian undang-undang;
(f) Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan doktrin pengasingan
kuasa;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA  83

(g) Sistem kehakiman yang bebas kawalan oleh badan Eksekutif dan
Perundangan; dan
(h) Bahasa kebangsaan, kewarganegaraan dan hak istimewa bumiputera dan
peribumi di Sabah dan Sarawak.

2.1.4 Pindaan Perlembagaan


Perlu diketahui bahawa terdapat empat perkara dalam Perlembagaan
Persekutuan yang tidak boleh dipersoalkan (rujuk Rajah 2.2).

Rajah 2.2: Empat perkara dalam Perlembagaan Persekutuan


yang tidak boleh dipersoalkan

Bagaimanakah Perlembagaan Dipinda?


Perlembagaan Malaysia adalah tegar tetapi pindaan seperti yang dikehendaki
oleh Laporan Suruhanjaya Reid, „ia tidaklah sukar sehingga menimbulkan
kerunsingan tetapi tidak juga mudah sehingga melemahkan kekuatan
perlindungan yang dibekalkan oleh perlembagaan (Federation of Malaya
Constitutional Commission, 1957).‰ Perkara 159 dan 161E menggariskan dengan
jelas empat cara yang berbeza tentang cara perlembagaan boleh dipinda.

Perlembagaan Malaysia boleh dipinda dengan mudah oleh Parlimen


berdasarkan empat cara seperti yang dijelaskan dalam Jadual 2.3 berikut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


84  TOPIK 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Jadual 2.3: Cara Perlembagaan Dipinda

Cara Deskripsi

1 Secara amnya, Perlembagaan boleh dipinda oleh Akta Parlimen yang telah
menerima undi tidak kurang daripada dua pertiga daripada jumlah bilangan
kedua-dua Majlis Parlimen. Sebahagian besar peruntukan dalam
Perlembagaan boleh dipinda dengan cara ini tetapi ada perkara-perkara
tertentu yang memerlukan satu kaedah khas yang ditetapkan.

2 Peruntukan yang berkaitan dengan raja-raja dan Majlis Raja-raja dan hak
keistimewaan orang Melayu tidak boleh dipinda tanpa persetujuan Majlis
Raja-raja.

3 Peruntukan yang berkaitan dengan hal-hal kewarganegaraan, bentuk sumpah


dan ikrar, pengakuan negeri kepada Persekutuan, pengubahan komposisi
Dewan Negara, dan seumpamanya boleh dipinda dengan majoriti mudah di
Parlimen.

4 Peruntukan yang memberi kesan kepada operasi Perlembagaan berhubung


negeri-negeri Borneo dalam perkara-perkara seperti kerakyatan, imigresen,
pengaturan kewangan Persekutuan-Negeri dan Negeri Undangan. Senarai
tidak boleh dipinda tanpa persetujuan Gabenor Sabah atau Sarawak. Perlu
diingatkan bahawa gabenor adalah bertanggungjawab untuk bertindak atas
nasihat kerajaan negeri.

Hak ini jelas terbukti bahawa Perlembagaan Malaysia adalah tegar. Pindaan
Perlembagaan memerlukan undi tidak kurang daripada dua pertiga daripada
jumlah bilangan setiap Majlis Parlimen. Walau apa-apa pun prosedur pindaan
yang seolah-olah sukar, seperti tahun 2007, Perlembagaan telah dipinda
sebanyak 51 kali sejak kemerdekaan kerana parti pemerintah yang berkuasa
sejak kemerdekaan telah memegang majoriti dua pertiga dalam kedua-dua
Majlis (Moten, 2013).

Pindaan Perlembagaan Persekutuan yang telah dibuat adalah untuk


menampung kemasukan negeri baharu ke dalam Persekutuan pada tahun 1963.
Pindaan lain yang dibuat juga disebabkan tindak balas kepada pelbagai
ketegangan politik dan krisis. Walau bagaimanapun, hakikatnya ialah
Perlembagaan Malaysia merupakan salah satu perlembagaan yang paling kerap
dipinda di dunia.

Perlembagaan Malaysia „telah dipinda selalu sehingga Perlembagaan yang sedia


ada adalah berbeza daripada yang diterima pada 31 Ogos 1957‰ (Abdul Aziz
Bari, 2003). Antara pindaan yang mempunyai peruntukan memihak kepada

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA  85

pihak pemerintah adalah seperti persempadanan kawasan pilihan raya,


kebebasan bersuara dan skop keistimewaan Parlimen.

Walau bagaimanapun, banyak pindaan telah dipuji kerana kesan memihak


kepada masyarakat secara keseluruhan seperti pembentukan Malaysia pada
tahun 1963; pemisahan Singapura pada tahun 1965; pengurangan kuasa diraja
yang dipinda pada tahun 1983 dan 1993; pemisahan bidang kuasa antara
mahkamah sivil dan syariah pada tahun 1998; penciptaan Suruhanjaya Hak
Asasi Manusia pada tahun 1999; dan pengiktirafan hak tanah Orang Asli.

Kesimpulannya, antara sebab pindaan Perlembagaan adalah berdasarkan


beberapa faktor bagi memastikan ketenteraman dan keharmonian dalam
kalangan rakyat dapat tercapai, untuk melicinkan pentadbiran negara seperti
menyelaraskan peranan antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri bagi
mengelakkan sebarang percanggahan, dan akhir sekali ialah kepentingan rakyat
dapat dilindungi seandainya terdapat undang-undang yang sedia ada tidak
saksama atau ketinggalan zaman.

AKTIVITI 2.2

Dalam forum myINSPIRE, bincangkan bersama e-tutor anda berkenaan


perkara-perkara berikut:
(a) Keunikan Perlembagaan Persekutuan.
(b) Dalam era globalisasi hari ini, setiap negara perlu menerima
perubahan untuk memenuhi keperluan semasa sama ada dari
segi politik, ekonomi mahupun sosial. Pada pendapat anda,
perlukah Perlembagaan juga diubah untuk memenuhi keperluan
semasa?

2.2 PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN


MALAYSIA
Dalam subtopik 2.1, anda tahu bahawa Perlembagaan adalah asas kepada
kedaulatan negara. Pada ketika ini, anda seharusnya memahami konsep
Perlembagaan dan keluhuran. Walau bagaimanapun, kita belum lagi mengkaji
beberapa peruntukan utama dalam Perlembagaan. Untuk makluman anda,
terdapat beberapa peruntukan yang dianggap sebagai sensitif dan tidak mudah
dipinda. Adakah anda semua mengetahui peruntukan utama tersebut? Rajah 2.3
memaparkan lima peruntukan utama dalam Perlembagaan Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


86  TOPIK 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Rajah 2.3: Lima peruntukan utama dalam Perlembagaan Malaysia

Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan peruntukan tersebut dengan lebih
lanjut.

2.2.1 Agama
Perlembagaan Malaysia dalam Perkara 3(1) memperuntukkan bahawa Islam
ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan
aman dan damai. Menurut Shad Saleem Faruqi (2011), perkataan „Islam‰ telah
disebut sebanyak kira-kira 24 kali dalam Perlembagaan Persekutuan.

Begitu juga dalam Perkara 3(2) menyatakan:

„Dalam tiap-tiap negeri selain Negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja,


kedudukan Raja sebagai Ketua Agama Islam di Negerinya mengikut cara dan
setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan, semua hak,
keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati oleh baginda sebagai
Ketua Agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat; tetapi dalam apa-apa
perbuatan, mematuhi atau upacara yang berkenaan dengannya Majlis Raja-
raja telah bersetuju bahawa mereka patut diperluas ke Persekutuan secara
keseluruhan setiap Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua agama
Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong untuk mewakilinya.‰

Selain itu, Perkara 3(3) pula menyatakan:

„Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah


masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan Agong
hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Negeri itu.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA  87

Tambahan pula, Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan mentakrifkan orang


Melayu sebagai orang Islam dan yang mengamalkan cara hidup Melayu dan
budaya serta bertutur dalam bahasa Melayu.

Selepas merdeka, Islam telah menjadi agama Persekutuan. Oleh itu, kerajaan
mempunyai kuasa untuk memperuntukkan sebahagian daripada belanjawan
tahunan untuk pembangunan dan kemajuan Islam seperti pembinaan masjid
dan sekolah agama. Walaupun agama Islam diberi keutamaan dalam
perlembagaan, agama lain bebas untuk diamalkan kerana ini perkara biasa
dalam sebuah negara demokrasi.

Kebebasan beragama juga dijelaskan di bawah Bahagian II: Kebebasan asasi


dalam Perkara 11. Peruntukan ini adalah sangat jelas bahawa setiap orang
mempunyai hak untuk mengikuti dan mengamalkan agamanya sendiri. Semua
orang juga dilindungi oleh Perlembagaan Malaysia daripada dipaksa membayar
sedekah kepada agama lain kecuali untuk manfaat agama sendiri.

Kepentingan Agama
Kepercayaan agama ialah perkara yang paling asas dalam kehidupan.
Kepercayaan agama sebenarnya telah menyentuh kewujudan individu di dunia
bersama-sama makhluk lain. Melalui pemahaman kebesaran Tuhan, manusia
sedar akan kelemahan mereka sendiri. Semua agama mengajar perkara yang
baik dan menghukum perbuatan yang jahat.

Tidak dapat dinafikan bahawa agama memainkan peranan yang penting dalam
menerapkan nilai yang baik dan mendidik warganegara yang bertanggungjawab
dengan moral yang tinggi. Untuk keseimbangan dalam nilai dan memupuk
kualiti sihat terutamanya dalam konteks agama, beberapa kepentingan agama
telah dikenal pasti oleh kerajaan Malaysia. Antaranya:

(a) Rukun Negara


Prinsip pertama Rukun Negara adalah „Kepercayaan kepada Tuhan‰.
Prinsip ini jelas menunjukkan bahawa aspek agama telah dipandang serius
oleh kerajaan Malaysia ketika merangka Rukun Negara. Tidak kira apa
agama yang dianuti oleh seorang rakyat Malaysia, ideologi negara nyata
menekankan kepentingan mempunyai agama sebagai pelengkap
kehidupan;

(b) Kurikulum
Islam sebagai mata pelajaran diajar secara rasmi pada setiap peringkat di
sekolah. Untuk agama lain, terdapat juga kemudahan disediakan. Sebagai
contoh, pihak sekolah boleh mempunyai guru untuk pelajar agama lain jika
syarat tertentu dipenuhi. Walau bagaimanapun, kerajaan telah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


88  TOPIK 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

memperkenalkan subjek Pendidikan Moral demi memupuk nilai benar


dengan unsur moral dan agama dalam kalangan pelajar bukan Islam;

(c) Kemudahan untuk Ibadat


Tempat ibadat bagi setiap agama dibina di seluruh negara. Bantuan
kewangan dan sokongan lain seperti tapak bangunan boleh diperoleh
daripada kerajaan; dan

(d) Sokongan dalam Upacara


Amalan upacara agama bagi semua agama di Malaysia dalam semua aspek
sentiasa mendapat kerjasama daripada pihak berkuasa seperti polis.
Perkara ini jelas ditunjukkan dengan kerjasama pihak polis yang
menjalankan tugas untuk melindungi keselamatan dan menenangkan
suasana keagamaan apabila terdapat perayaan keagamaan seperti
Maulidur Rasul, sambutan Thaipusam, Hari Gawai, Hari Perayaan St Anne
dan Chap Goh Meh.

AKTIVITI 2.3

Malaysia terkenal di seluruh dunia kerana mempunyai penduduk


berbilang kaum dan mengamalkan kepercayaan dan budaya yang
berbeza. Dengan pelbagai latar belakang, mereka berjaya hidup dengan
aman dan perpaduan. Bincangkan implikasi-implikasi sekiranya
penduduk berbilang kaum tidak dapat bersatu dan gagal untuk hidup
dalam suasana yang tenteram.

2.2.2 Bahasa
Penggunaan bahasa Melayu sebelum era penjajahan penting kerana penduduk
Tanah Melayu pada masa itu terdiri daripada orang Melayu secara keseluruhan.
Selain sebagai bahasa utama dalam kalangan rakyat, bahasa Melayu juga
merupakan „lingua franca‰ pedagang yang datang ke Melaka. Malah, semasa
penjajahan Tanah Melayu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu telah
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Misalnya, minit mesyuarat
ditulis dalam tulisan Jawi.

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan 1957 menyatakan bahawa „bahasa


Melayu adalah menjadi bahasa kebangsaan dan rakyat bebas untuk belajar
bahasa lain.‰ Pada tahun 1957, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) (lihat Rajah
2.4) telah ditubuhkan untuk mengembang dan memajukan bahasa Melayu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA  89

Rajah 2.4: Logo Dewan Bahasa dan Pustaka


Sumber: http://laman.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections
&SubVertSectionID=252&VertSectionID=7&CurLocation=8&IID=&Page=1

Matlamat utama Dewan Bahasa dan Pustaka adalah untuk:

(a) Membangunkan bidang sastera melalui bahasa kebangsaan;


(b) Mencetak dan menerbitkan buku dan risalah dalam bahasa kebangsaan
dan ke dalam bahasa lain;
(c) Menyeragamkan ejaan dan fonetik dalam bahasa kebangsaan;
(d) Mendrafkan istilah yang sesuai dalam bahasa Melayu; dan
(e) Menterjemahkan buku asing ke dalam bahasa Melayu.

Bagi menggalakkan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan semua kaum di


Tanah Melayu, Minggu Bahasa dan Bulan Bahasa Melayu telah diperkenalkan.
Pada tahun 1960, kerajaan telah melancarkan slogan „Bahasa Jiwa Bangsa‰ untuk
menggerakkan rakyat jelata mencintai bahasa kebangsaan.

Akta Bahasa Kebangsaan 1967 menyatakan bahawa:

(a) Bahasa kebangsaan hendaklah digunakan dalam semua urusan rasmi;

(b) Ahli-ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri boleh menggunakan


bahasa Inggeris, jika dibenarkan berbuat demikian oleh Yang di-Pertua
Speaker dewan masing-masing; dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


90  TOPIK 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

(c) Para ahli Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak dibenarkan
menggunakan bahasa Inggeris sehingga 10 tahun selepas kemerdekaan.
Namun begitu, akta ini menerima bantahan daripada orang Melayu kerana
bahasa Inggeris masih diberi keutamaan dan status khas.

Pada tahun 1982, bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di semua sekolah di
Malaysia. Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (lihat Rajah 2.5)
pada bulan Mei 1970 ialah kemuncak kejayaan dalam menjadikan bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi di negara ini.

Rajah 2.5: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)


Sumber: http://www.ukm.my/umbi/ms/

Rasional Pemilihan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi dan Kebangsaan


Persekutuan

Mengapakah dan bagaimanakah bahasa Melayu akhirnya dipilih sebagai bahasa


kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini? Sebenarnya, isu ini tidak sukar untuk
dicapai memandangkan pemimpin dari semua kaum telah membincangkan isu
ini dengan panjang lebar sebelum kemerdekaan dicapai pada tarikh 31 Ogos
1957.

Semua pihak ternyata tidak mempunyai masalah untuk bersetuju atas


kesesuaian bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan berpandukan kepada
kerasionalan yang berikut:

(a) Bahasa Melayu ialah lingua franca di rantau ini selama berabad-abad
Bahasa ini telah digunakan secara meluas semasa zaman kegemilangan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA  91

Kesultanan Melayu Melaka. Pada ketika itu, peniaga dan pedagang dari
negara yang berbeza telah menggunakan bahasa Melayu dalam urusan
pentadbiran dan perdagangan dengan penduduk tempatan.

(b) Bahasa Melayu lebih mudah dipelajari jika dibandingkan dengan bahasa
lain di rantau ini
Sebelum negara mencapai kemerdekaan, bahasa Melayu telah digunakan
secara meluas dalam kalangan rakyat tempatan. Tambahan pula, jumlah
penutur asli bahasa Melayu jauh melebihi jumlah penutur bahasa lain pada
masa itu.

(c) Bahasa Melayu adalah lebih kukuh dari sudut pandangan istilah dan
sebutan di seluruh negara
Sebahagian besar daripada istilah yang digunakan di semua negeri adalah
sama. Namun demikian, hanya sebutan bagi beberapa istilah yang berbeza
di sesetengah negeri di Malaysia. Sebaliknya, bahasa lain umpamanya
bahasa Cina, mempunyai banyak dialek yang sangat berbeza supaya
kumpulan dialek yang berbeza berasa lebih mudah untuk berkomunikasi
antara satu sama lain dalam bahasa Melayu.

(d) Bahasa Melayu menggunakan huruf rumi selain jawi


Tulisan rumi telah digunakan secara meluas oleh semua kaum sejak
penggunaan bahasa Inggeris.

(e) Struktur bahasa Melayu mempunyai fonem yang jelas


Dalam konteks ini, suku kata dalam bahasa Melayu adalah mudah untuk
dieja berdasarkan prinsip yang tetap dan tegas.

AKTIVITI 2.4

1. Adakah anda masih ingat lirik lagu bahasa kebangsaan? Berikan


pendapat anda tentang langkah-langkah kerajaan untuk
menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa
Inggeris sebagai bahasa kedua.

2. Tulis rencana tentang sejarah pembangunan dan kemajuan bahasa


Melayu sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia.

3. Bincangkan usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh Dewan


Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk memperkembangkan bahasa
Melayu ke peringkat antarabangsa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


92  TOPIK 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

2.2.3 Kewarganegaraan
Kewarganegaraan ialah status istimewa yang dipegang oleh orang ramai serta
mempunyai hak untuk berada dalam sesebuah negara. Status ini memberikan
hak, faedah dan kemudahan tertentu kepada rakyat dalam sesebuah negara.
Sebahagian daripada hak istimewa sebagai warganegara adalah:

(a) Hak untuk mengundi dalam pilihan raya;


(b) Hak untuk mengambil bahagian dalam politik;
(c) Hak untuk mengisi jawatan khususnya untuk warganegara sahaja;
(d) Bebas untuk memiliki harta tanah;
(e) Hak untuk menerima faedah dan kemudahan termasuk manfaat kebajikan,
pendidikan dan sebagainya;
(f) Kebebasan bergerak di seluruh negara; dan
(g) Hak untuk tidak dibuang negeri.

Sebagai balasan, rakyat perlu memenuhi tanggungjawab mereka di Malaysia


dengan memainkan peranan dalam perkara seperti yang berikut:

(a) Memberi khidmat negara termasuk menyertai tentera;


(b) Mematuhi undang-undang;
(c) Menyumbang kepada produktiviti negara; dan
(d) Mengambil bahagian dan menyokong program nasional seperti sambutan
Hari Kemerdekaan.

Seterusnya, mari kita mempelajari cara memperoleh kewarganegaraan dan


pelucutan taraf kewarganegaraan.

(a) Cara memperoleh kewarganegaraan


Seseorang boleh memperoleh taraf kewarganegaraan di Malaysia melalui
empat cara seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.6.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA  93

Rajah 2.6: Cara memperoleh kewarganegaraan Malaysia

(i) Kuat kuasa undang-undang (Perkara 14)


Menurut Perkara 14, Perlembagaan Persekutuan, terdapat beberapa
syarat yang perlu dipatuhi kepada sesiapa yang ingin memohon
kewarganegaraan Malaysia menerusi cara ini. Antaranya ialah:

 Orang yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia (16 September
1963);

 Seseorang yang lahir di Malaysia dengan salah seorang ibu atau


bapanya pada ketika dia dilahirkan adalah seorang warganegara
atau pemastautin tetap Malaysia; dan

 Seseorang yang dilahirkan di luar Malaysia dan bapanya pada


ketika kelahirannya adalah seorang warganegara yang lahir di
Malaysia.

(ii) Pendaftaran (Perkara 15)


Antara syarat seseorang yang ingin memperoleh kewarganegaraan
menerusi cara ini adalah:

 Seorang wanita yang berkahwin dengan warganegara Malaysia


dan yang perkahwinannya telah didaftarkan sebagai warganegara
sekiranya:
ă Dia masih bersuami dan suaminya adalah warganegara
Persekutuan; dan
ă Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa dia telah
bermastautin di dalam Persekutuan selama dua tahun
sebelum tarikh permohonan, dan mempunyai niat untuk
bermastautin tetap dan dia berkelakuan baik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


94  TOPIK 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

 Begitu juga, jika seseorang yang berumur 21 tahun ke bawah juga


boleh berdaftar sebagai warganegara dengan syarat-syarat
bahawa:
ă Sekurang-kurangnya ibu atau bapanya ialah seorang
warganegara dalam Persekutuan; dan
ă Kerajaan Persekutuan juga boleh mendaftarkan seseorang di
bawah umur 21 tahun dalam keadaan khas yang difikirkan
sesuai.

(iii) Penaturalisasian/Kemasukan (Perkara 19)


Dalam Perlembagaan Malaysia, Perkara 19 menyatakan bahawa
Kerajaan Persekutuan boleh, dalam apa-apa keadaan khas yang
difikirkan sesuai atau seseorang pemohon yang telah berumur 21
tahun ke atas dan pada masa permohonan tersebut bukan
warganegara, perakuan naturalisasi atau kemasukan boleh diberikan
jika:

 Orang itu telah bermastautin di dalam Persekutuan selama


sekurang-kurangnya 10 daripada 12 tahun dari tarikh
permohonan;

 Mempunyai niat untuk hidup selama-lamanya di negara ini;

 Berkelakuan baik; dan

 Mempunyai pengetahuan yang cukup tentang bahasa Melayu.

(iv) Penggabungan Wilayah (Perkara 22)


Seandainya terdapat wilayah baharu yang diterima masuk ke dalam
Malaysia selepas Hari Malaysia, Parlimen boleh menetapkan individu
di dalam wilayah tersebut ialah warganegara berdasarkan hubungan
mereka dengan wilayah itu.

(b) Pelucutan Taraf Kewarganegaraan


Seseorang yang memperoleh taraf kewarganegaraan boleh dilucutkan taraf
kewarganegaraan berdasarkan dua cara. Pertama ialah seseorang itu
sendiri yang ingin menolak taraf kewarganegaraan atas sebab-sebab
peribadi. Cara kedua ialah seseorang itu telah menyalahi undang-undang
negara dan melakukan tindakan seperti berikut yang memungkinkan pihak
kerajaan Malaysia melucutkan taraf kewarganegaraan:

(i) Dia telah menjadi warganegara negara lain;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA  95

(ii) Dia mengambil bahagian dalam pilihan raya negara asing atau
memiliki kewarganegaraan asing;

(iii) Seorang wanita menjadi warganegara sebuah negara asing melalui


perkahwinan dengan seorang lelaki asing;

(iv) Perbuatan negatif yang menunjukkan dia tidak lagi setia kepada
Malaysia;

(v) Mempunyai perniagaan atau hubungan dengan negara bermusuhan


dengan Malaysia;

(vi) Kewarganegaraan telah disahkan diperoleh secara palsu;

(vii) Dia memperoleh kewarganegaraan secara penipuan;

(viii) Dihukum di mana-mana negeri dalam tempoh lima tahun setelah


menjadi warganegara Malaysia dengan hukuman penjara tidak
kurang daripada 12 bulan atau denda tidak kurang daripada
RM5,000;

(ix) Memberi khidmat kepada negara lain tanpa kebenaran kerajaan


Malaysia;

(x) Tinggal menetap di negara asing luar dari Malaysia selama lima
tahun berturut-turut kecuali berkhidmat dengan atau bagi kerajaan
Malaysia; dan

(xi) Wanita asing yang mendapat taraf kewarganegaraan melalui


perkahwinan telah bercerai dengan suaminya.

Daripada penerangan tadi, jelas menunjukkan bahawa kewarganegaraan adalah


status khas dan tidak kebal daripada apa-apa tindakan pengeluaran. Tanpa
mengira sama ada status kewarganegaraan yang diperoleh secara automatik atau
diwarisi atau melalui permohonan, kewarganegaraan boleh ditarik balik atau
dibatalkan kerana kesalahan-kesalahan tertentu. Oleh itu, setiap warganegara
perlu menghargai status kewarganegaraannya dan menjaganya dengan betul.

2.2.4 Hak Asasi


Dalam Perlembagaan Malaysia, hak asasi ditulis sebagai kebebasan asasi.
Terdapat tiga bahagian dalam kebebasan asasi: Kebebasan beragama, kebebasan
diri dan kebebasan ekonomi yang dikupas dengan lebih lanjut seperti berikut:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


96  TOPIK 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

(a) Kebebasan beragama


Perkara 11 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa:

„Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya.‰


(Perlembagaan Persekutuan, 2014)

Pada masa yang sama, Perkara 12(2) pula menegaskan bahawa:

„Tiap-tiap kumpulan agama berhak menubuhkan dan menyenggarakan


institusi-institusi bagi pendidikan kanak-kanak dalam agama kumpulan
itu sendiri, dan tidak boleh ada diskriminasi semata-mata atas alasan
agama dalam mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan
institusi-institusi itu atau dalam pentadbiran mana-mana undang-
undang itu. Tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri
menubuhkan atau menyenggarakan atau membantu dalam
menubuhkan atau menyenggarakan institusi-institusi Islam atau
mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama
Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu
bagi maksud itu.‰
(Perlembagaan Persekutuan, 2014)

Berdasarkan Perkara 11 dan Perkara 12(2) tersebut, kita boleh membuat


kesimpulan bahawa antara aspek-aspek penting adalah seperti yang
berikut:

(i) Tiap-tiap orang mempunyai hak untuk mengamalkan agama;

(ii) Seseorang di bawah 18 tahun tidak boleh diminta untuk mengambil


bahagian dalam satu majlis agama yang lain daripada agamanya
sendiri;

(iii) Seseorang tidak boleh diminta untuk membayar cukai sekalipun jika
yang dikumpulkan digunakan untuk kepentingan agama selain
agama sendiri; dan

(iv) Kumpulan agama yang sama mempunyai hak untuk menganjurkan


perniagaan termasuk agama penubuhan sesuatu yayasan dan harta
pemilikan. Hal ini menunjukkan kebebasan beragama dijamin
walaupun Islam telah menjadi agama rasmi negara ini. Walau

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA  97

bagaimanapun, semua aspek kebebasan beragama tidak harus


mengganggu ketenteraman awam.

(b) Kebebasan diri


Kebebasan diri ialah aspek asas kebebasan. Kebebasan dalam konteks ini
menekankan bahawa seseorang tidak boleh diambil nyawanya atau
kebebasannya dicabuli seperti yang dikehendaki oleh undang-undang.
Sebagai contoh, seseorang yang bersalah telah dibuktikan oleh mahkamah
boleh dikenakan hukuman penjara.

Pesalah itu juga boleh dihukum mati jika terbukti bersalah dan jika penalti
yang diperuntukkan oleh undang-undang bagi kesalahan adalah kematian
seperti dalam pengedaran dadah yang hukuman mati adalah wajib.
Hukuman adalah perlu untuk menggariskan bahawa semua tindakan ini
mengikut proses undang-undang.

Malah, pada permulaan orang yang ditangkap hendaklah diberitahu sebab


dia ditangkap. Kemudian dia perlu diberikan peluang untuk membela diri.
Penyediaan kebebasan diri juga melindungi seseorang daripada seksaan
atau buangan daripada Persekutuan. Untuk maklumat lanjut mengenai hak
anda apabila anda telah ditangkap polis, sila rujuk kepada dokumen di
capaian URL ini:

http://www.malaysianbar.org.my/index.php?option=com_docman&
task=doc_view&gid=2202

Selain itu, seseorang itu juga dibenarkan untuk bercakap dan menyuarakan
pendapatnya atau untuk berhimpun secara aman dan menubuhkan
persatuan.

Walau bagaimanapun, undang-undang yang boleh menyekat kebebasan


yang dibincangkan tadi adalah bertujuan melindungi kepentingan awam.

Kebebasan diri boleh dilakukan mengikut peruntukan Perkara 149


Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan:

„Perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang


memudaratkan ketenteraman awam.‰
(Perlembagaan Persekutuan, 2014)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


98  TOPIK 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Untuk menyelamatkan seseorang daripada layanan buruk akibat


penyalahgunaan kuasa, Perlembagaan Malaysia di bawah Perkara 151(1)
memperuntukkan bahawa:

Jika mana-mana undang-undang atau ordinan yang dibuat atau


dimasyhurkan menurut Bahagian ini membuat peruntukan bagi tahanan
pencegahan:

(i) Pihak berkuasa yang atas perintahnya mana-mana orang ditahan di


bawah undang-undang atau ordinan itu hendaklah, dengan seberapa
segera yang boleh, memberitahu orang itu alasan dia ditahan dan
tertakluk kepada Fasal (3), penyataan fakta yang berasaskannya
perintah itu dibuat, dan hendaklah memberikan peluang kepadanya
untuk membuat representasi terhadap perintah itu dengan seberapa
segera yang boleh; dan

(ii) Tiada warganegara boleh ditahan seterusnya di bawah undang-


undang atau ordinan itu melainkan jika suatu lembaga penasihat
yang ditubuhkan sebagaimana yang disebut dalam Fasal (2) telah
menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat oleh warganegara
itu di bawah perenggan (a) dan membuat syor mengenainya kepada
Yang di-Pertuan Agong dalam masa tiga bulan setelah menerima
representasi itu, atau dalam tempoh yang lebih lama yang dibenarkan
oleh Yang di-Pertuan Agong.
(Perlembagaan Persekutuan, 2014)

(c) Kebebasan ekonomi


Di bawah perlindungan kebebasan ekonomi, rakyat Malaysia dilindungi
daripada menjadi hamba. Perlembagaan juga melarang penggunaan kuasa
kepada seorang warganegara untuk bekerja kecuali untuk maksud negara.
Namun pihak berkuasa hanya boleh bertindak mengikut peraturan yang
berkaitan seperti yang diluluskan melalui proses Parlimen. Rakyat
Malaysia mempunyai hak untuk memiliki harta. Sekiranya terdapat mana-
mana keperluan di pihak kerajaan untuk mengambil alih harta (tanah,
sebagai contoh), pampasan yang sepatutnya harus dibuat kepada pemilik.

Kebebasan ekonomi juga dikaitkan dengan kebebasan individu untuk


membentuk persatuan. Melalui persatuan, pekerja boleh berjuang untuk
kepentingan ekonomi mereka melalui tindakan industri yang aman.
Mereka boleh berpiket dan mengambil tindakan mogok dengan tujuan
mendapatkan layanan yang lebih adil daripada majikan mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA  99

Berdasarkan analisis-analisis tentang kebebasan asasi, kita boleh membuat


rumusan bahawa Perlembagaan Malaysia menggariskan peruntukan
kebebasan asasi dengan cara yang seimbang dan jelas dari sudut
pandangan tuntutan di pihak rakyat mahupun pihak pemerintah.
Peruntukan yang dipertanggungjawabkan ialah peraturan kepada
seseorang dalam kepentingan awam dan keselamatan negara.

AKTIVITI 2.5

1. Hak-hak asas setiap individu, terutama di negara-negara Barat,


dijamin dan dilindungi sepenuhnya dalam Akta Hak Asasi
Manusia. Begitu juga dengan Malaysia, individu dijamin hak
asasi mereka sebagaimana yang diperuntukkan dalam
Perlembagaan Malaysia. Pada pendapat anda, sejauh manakah
hak-hak individu dilindungi di Malaysia?

2. „Kerajaan yang dibentuk bertanggungjawab terhadap keamanan


dan kemajuan rakyat. Namun kerajaan ialah pihak berkuasa atau
kuasa yang bebas untuk bertindak bagi rakyat dikawal‰.

Bincangkan sejauh mana kenyataan ini boleh diterima dalam


konteks bentuk atau kerajaan tertentu.

2.2.5 Peruntukan Khas Perkara 153


Perlembagaan Malaysia mempunyai satu peruntukan khas di bawah Perkara 153
yang melindungi hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan
Sarawak. Peruntukan ini juga terdapat di bawah Perkara 161A dan dalam
beberapa perlembagaan negeri. Peruntukan melibatkan simpanan khas untuk
Melayu dan bumiputera bagi kuota untuk biasiswa, jawatan dalam lesen
perkhidmatan awam, perniagaan dan perindustrian serta tanah rizab.

Sekali imbas, peruntukan khas ini seolah-olah bercanggah dengan kenyataan


yang menekankan kesamarataan layanan perlembagaan untuk semua rakyat
dalam Persekutuan. Namun, peruntukan khas sebenarnya dilandaskan atas
pertimbangan untuk membawa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan
Sarawak kepada status ekonomi dan pendidikan yang sama dengan kaum lain.
Dengan persamaan taraf, ini secara tidak langsung dapat mengekalkan
kestabilan politik dan ketenteraman awam. Keamanan dan keharmonian ialah
dua faktor penting untuk merangsang pembangunan negara dan kemajuan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


100  TOPIK 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Sesungguhnya, banyak perubahan telah berlaku dalam pelaksanaan Perkara 153.


Walaupun tidak begitu mudah bagi orang Melayu untuk mendapatkan biasiswa,
kerajaan telah sejak sekian lama sudah menambahkan bilangan biasiswa
tambahan kepada calon daripada semua kaum. Pada hakikatnya, bantuan
pendidikan kepada anak bumiputera hari ini adalah jauh lebih banyak dalam
bentuk pinjaman atau „pinjaman boleh ubah‰ dan bukannya biasiswa. Pada
masa yang sama, semakin ramai kaum bukan Melayu telah menukar status dan
mendapat manfaat daripada Perkara 153.

Jelasnya, walaupun Perkara 153 tidak boleh dipinda kecuali dengan kebenaran
Majlis Raja-raja, pelaksanaan peruntukan dalam Perlembagaan, berdasarkan
ruang yang diperuntukkan oleh peruntukan tertentu dan jaminan kesaksamaan
dalam kuasa, mobilisasi dan kawalan yang dinyatakan sebelum ini, rakyat terus
menghormati kontrak sosial yang telah dimeterai.

 Perlembagaan Malaysia ialah perlembagaan bertulis yang telah dimeterai


pada 16 September 1963 apabila Malaysia ditubuhkan.

 Perlembagaan Malaysia ialah undang-undang yang tertinggi dan melebihi


Parlimen dan badan kehakiman. Selain pengasingan kuasa yang jelas antara
Persekutuan dengan negeri, Perlembagaan juga membuat peruntukan bagi
ruang tertentu yang serupa dengan kedua-dua Parlimen dan Dewan
Undangan Negeri.

 Yang di-Pertuan Agong seperti yang ditetapkan oleh Perlembagaan


Malaysia ialah orang yang paling tinggi di negara ini dengan statusnya
sebagai Ketua Negara.

Menurut kuasa doktrin pengasingan, Yang di-Pertuan Agong adalah pada


masa yang sama ketua tiga cabang kerajaan, iaitu perundangan, eksekutif
dan kehakiman.

 Peruntukan bagi pindaan dan pelaksanaan pindaan membuatkan


Perlembagaan Malaysia sentiasa praktikal dan terkini untuk terus berfungsi
sepanjang masa.

 Kuasa meminda perlembagaan dilakukan bagi tujuan memastikan


kecekapan dalam melicinkan sistem pemerintahan kerajaan, menjaga
keamanan dan memberi perlindungan kepada rakyat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA  101

 Terdapat lima peruntukan penting dalam Perlembagaan Malaysia, iaitu


bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, agama Islam sebagai agama
rasmi Persekutuan, kewarganegaraan, hak asasi dan peruntukan khas
Perkara 153.

 Perkara ini ialah peruntukan penting bagi mewujudkan identiti kebangsaan


dan untuk memupuk persefahaman dalam persengketaan ke arah
perpaduan.

Demokrasi Berparlimen Naturalisasi


Doktrin pengasingan kuasa Perlembagaan Persekutuan
Kebebasan hak asasi Pindaan Perlembagaan
Kewarganegaraan Raja Berperlembagaan
Kontrak sosial

Abdul Aziz Bari (2003). Malaysian constitution: A critical introduction. Kuala


Lumpur, Malaysia: The Other Press.

Federation of Malaya Constitutional Commission. (1957). Report of the


Federation of Malaya Constitutional Commission 1957. London, England:
Her Majesty's Stationary Office.

Majlis Peguam Malaysia. (t. t.). Polis dan hak-hak asas anda. Majlis Peguam
Malaysia dengan kerjasama Tindakan Anti Penyalahgunaan Kuasa Polis
(TANKGAP). Dicapai dari http://www.malaysianbar.org.my/index.php?
option=com_docman&task=doc_view&gid=2202

Mohd Salleh Abas. (1985). Unsur-unsur tradisi dalam perlembagaan Malaysia.


Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Moten, A. R. (2013). Constitution and constitutionalism. Dlm. A. R. Moten,


Government and Politics in Malaysia (hlmn. 99122). Petaling Jaya,
Malaysia: Cengage Learning Asia (Cawangan Malaysia).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


102  TOPIK 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Perlembagaan Persekutuan (hingga 5 Februari 2014). (2014). Petaling Jaya,


Malaysia: International Law Book Services.

Shad Saleem Faruqi (2011). The Constitution of Malay Muslim majority state: The
example of Malaysia. Kertas kerja dibentangkan di ConstitutionĄmaking
Forum: A Government of Sudan Consultation, Khartoum, Sudan. Dicapai
dari http://unmis.unmissions.org/Portals/UNMIS/Constitution-making
%20Symposium/2011-05_Faruqi_Malaysia.pdf

Undang-undang Malaysia Perlembagaan Persekutuan Akta 1260/2006. (t. t.).


Mengandungi pindaan terkini  Akta 1260/2006. Dicapai dari http://cpps.
org.my/resource_centre/perlembagaan_persekutuan.pdf

Undang-undang Malaysia Perlembagaan Persekutuan P.U.(A) 164/2009. (t. t.).


Mengandungi pindaan terkini  P.U.(A) 164/2009. Dicapai dari
http://www.kptg.gov.my/sites/default/files/article/perlembagaan
persekutuan.pdf

Wheare, K. C. (1966). Modern constitutions. Oxford, England: Oxford University


Press.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Sistem dan
3 Struktur
Pentadbiran
Negara
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan konsep Federalisme;
2 Menjelaskan proses-proses pilihan raya.
3. Membincangkan sistem dan struktur pentadbiran Malaysia;
4. Menghuraikan peranan dan fungsi Yang di-Pertuan Agong; dan
5. Membincangkan sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia.

 PENGENALAN
Sebagai sebuah negara yang telah mencapai kemerdekaan sejak 59 tahun yang
lalu (angka ini dikira berdasarkan tahun topik ini ditulis iaitu pada tahun 2016),
Malaysia telah mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dengan pemimpin-
pemimpin dipilih oleh rakyat setiap lima tahun. Tiga badan utama dalam sistem
pentadbiran negara yang merangkumi Eksekutif (Pemerintahan), Perundangan
(Legislatif) dan Kehakiman (Judisiari) telah membantu melancarkan pentadbiran
negara dan mengekalkan kestabilan negara.

Justeru itu, dalam topik ketiga ini, anda akan didedahkan dengan konsep
Federalisme atau juga dikenali sebagai sistem persekutuan, perkaitan antara
Federalisme dengan Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


104  TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

Bukan itu sahaja, sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi
berparlimen, Malaysia telah mengadakan sebanyak 13 kali pilihan raya bagi
memilih wakil-wakil rakyat yang mewakili suara-suara kita di Parlimen. Dalam
subtopik ini, para pelajar akan mempelajari tentang peranan Suruhanjaya Pilihan
Raya (SPR) dalam mengendalikan pilihan raya sama ada pilihan raya umum
mahupun pilihan raya kecil. Begitu juga, proses pilihan raya juga akan turut
dibincangkan.

Bahagian akhir topik ini pula akan dijuruskan kepada peranan, fungsi Yang di-
Pertuan Agong, Majlis Raja-raja, badan Eksekutif, badan Perundangan dan
badan Kehakiman.

3.1 FEDERALISME
Menurut K. C Wheare (1953), Federalisme boleh didefinisikan sebagai „kaedah
untuk membahagikan kuasa kepada dua peringkat kerajaan iaitu kerajaan pusat
dengan dua atau lebih kerajaan negeri. Setiap kerajaan tersebut dihadkan dengan
bidang kuasa masing-masing, mempunyai sifat sedarjat serta bebas daripada
sebarang campur tangan antara satu sama lain.‰

Hal ini jelas apabila kuasa-kuasa yang diperuntukkan dalam perlembagaan tidak
boleh dilanggar oleh kerajaan pusat. Begitu juga dengan kerajaan pusat tidak
boleh memansuhkan, mengubah, bergabung, mengurangkan atau melebihkan
kuasa kerajaan negeri dengan sewenang-wenangnya.

Secara umumnya, ciri-ciri atau sifat-sifat federalisme adalah seperti berikut:


(a) Terdapat pembahagian kuasa yang jelas antara kerajaan pusat dan kerajaan
negeri seperti yang telah termaktub dalam perlembagaan;
(b) Kedua-dua buah kerajaan mempunyai hubungan secara langsung dengan
rakyat;
(c) Kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri mendapat pengesahan terus
daripada rakyat; dan
(d) Kewujudan sama ada kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri adalah atas
hak dan kuasa yang tersendiri.

Federalisme atau sistem persekutuan merupakan sebuah struktur pemerintahan


yang lazimnya diamalkan di kebanyakan negara di dunia jika dibandingkan
dengan sistem unitari dan sistem konfederal. Contoh-contoh negara yang
mengamalkan sistem ini ialah seperti yang berikut:
(a) Amerika Syarikat;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA  105

(b) Rusia;
(c) Australia;
(d) Pakistan;
(e) Kanada;
(f) Jerman;
(g) India;
(h) Brazil; dan
(i) Malaysia.

Di Malaysia, sistem Federalisme telah diamalkan sejak zaman penjajahan British.


Seawal tahun 1896, British telah menubuhkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu
(NNMB). NNMB merupakan gabungan empat buah negeri di Tanah Melayu
iaitu Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Pegawai pentadbir British
pada ketika itu, Sir Frank Swettenham berpendapat bahawa jika negeri-negeri ini
disatukan di bawah satu pentadbiran persekutuan, pastinya sistem pentadbiran
dan sistem pengurusan ekonomi dapat berjalan dengan lancar.

Pelaksanaan sistem Federalisme telah diteruskan ketika penubuhan Malayan


Union pada tahun 1946, Persekutuan Tanah Melayu (PTM) pada tahun 1948.
Semasa penubuhan Malaya pada 31 Ogos 1957, salah satu ciri yang terkandung
dalam Perlembagaan Persekutuan yang dirangka oleh Suruhanjaya Reid ialah
keperluan untuk mengukuhkan kuasa kerajaan pusat di samping kuasa-kuasa
negeri bagi menjamin kelancaran dalam pentadbiran negara.

AKTIVITI 3.1

Bincangkan dengan rakan-rakan anda soalan-soalan berikut di


myINSPIRE
1. Bina sebuah jadual untuk membandingkan sistem Federalisme,
Konfederal dan Unitari.
2. Apakah kekuatan dan kelemahan sistem Federalisme?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


106  TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

3.2 SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN DI


MALAYSIA
Demokrasi merupakan suatu bentuk kerajaan yang mempunyai kuasa untuk
menggubal undang-undang dan struktur pemerintahan negara adalah
ditentukan oleh rakyat melalui pilihan raya. Dalam konteks ini, wakil rakyat
yang dipilih oleh rakyat akan bertanggungjawab mewakili suara mereka di
Parlimen. Oleh itu, peranan rakyat adalah sangat penting dalam sistem
demokrasi. Dalam konteks yang sama, demokrasi berparlimen pula membawa
pengertian pemerintahan yang dijalankan secara berperwakilan. Perwakilan di
sini ialah rakyat. Rakyat terlibat secara langsung dalam sistem pemerintahan.
Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi
berparlimen sejak merdeka sehingga sekarang.

Pada tahun 1948, Persekutuan Tanah Melayu dibentuk dan terdapat peruntukan
untuk mengadakan pilihan raya seperti yang termaktub dalam Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu 1948. Pilihan raya ialah satu cara British untuk
menyerahkan secara beransur-ansur status berkerajaan sendiri kepada Tanah
Melayu.

Pilihan raya Majlis Bandaran di Melaka dan Majlis Bandaran di Pulau Pinang
merupakan pilihan raya terawal di Tanah Melayu yang diadakan pada tahun
1951 selepas Akta Majlis Berkuasa Tempatan diluluskan. Tujuan Pilihan raya
Bandaran adalah untuk memberi pengalaman politik kepada penduduk Tanah
Melayu sebelum pilihan raya peringkat negeri dan persekutuan diadakan
(Mohamed Salleh Abas, 1984).

Kemudian satu lagi pilihan raya perbandaran diadakan di Kuala Lumpur pada
tarikh 16 Februari 1952, iaitu Pilihan Raya Bandaran Kuala Lumpur. Dalam
pilihan raya ini wujud kerjasama politik antara parti mengikut kaum untuk
merintis kemerdekaan bagi negara ini. Pilihan raya umum yang pertama pada
peringkat Persekutuan diadakan pada tahun 1955. Dalam Pilihan Raya Umum
1955, Parti Perikatan gabungan antara Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
(UMNO), Persatuan Cina Malaya (MCA) dan Kongres India Se-Malaya (MIC)
telah memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.

Kemenangan Parti Perikatan dalam pilihan raya ini telah menunjukkan


perjuangan parti tersebut telah diterima oleh penduduk Tanah Melayu. Pilihan
Raya Umum 1959 merupakan pilihan raya yang pertama diadakan selepas
negara mencapai kemerdekaan (lihat Rajah 3.1). Dalam pilihan raya tersebut,
Parti Perikatan telah memenangi 74 kerusi, Parti Negara satu kerusi, Parti Islam
Se-Malaysia 13 kerusi, barisan Sosialis lapan kerusi, Parti Malaya satu kerusi dan
Parti Bebas lapan kerusi (Mohamed Salleh Abas, 1984).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA  107

Rajah 3.1: Pilihan Raya Umum 1959


Sumber: www.spr.gov.my

Di Malaysia, ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri dipilih oleh
rakyat melalui pilihan raya umum setiap lima tahun. Selepas Parlimen
dibubarkan, pilihan raya hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari di
Semenanjung dan 90 hari di Sabah dan Sarawak.

3.2.1 Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia


Pada 4 September 1957, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah
ditubuhkan mengikut Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan. Pada peringkat
awal penubuhan, Suruhanjaya Pilihan Raya dianggotai oleh seorang Pengerusi
dan dua orang ahli. Dato' Dr Mustafa Albakri Hassan telah dilantik sebagai
Pengerusi pertama Suruhanjaya manakala ahlinya terdiri daripada Lee Ewe
Boon dan Ditt Singh.

Selepas Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963, bilangan ahli Suruhanjaya


ditambah kepada tiga orang dari Sabah atau Sarawak yang dilantik secara
bergilir. Jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan tiga orang ahlinya yang lain
dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-raja
dilantik di bawah Perkara 144, Perlembagaan Persekutuan (Suruhanjaya Pilihan
Raya Malaysia, t. t.).

Tempoh memegang jawatan seseorang ahli SPR sehingga berumur 65 tahun.


Pelantikan ahli SPR yang diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong adalah
menurut Perlembagaan dan mendapat kepercayaan orang ramai khasnya parti
pembangkang. Pemecatan jawatan ahli Suruhanjaya oleh YDPA atas syor

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


108  TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

sesuatu tribunal yang terdiri daripada sekurang-kurangnya lima orang hakim


atau bekas hakim. Pemecatan tersebut hendaklah atas alasan seperti berkelakuan
tidak baik, tidak berkeupayaan dan kelemahan tubuh atau otak.

Fungsi utama SPR adalah seperti yang berikut (Suruhanjaya Pilihan Raya
Malaysia, t. t.):

(a) Membuat kajian dan persempadanan semula Bahagian-bahagian Pilihan


Raya Parlimen dan Negeri setiap tidak kurang dari lapan tahun selepas
tarikh siapnya urusan kajian dan persempadanan semula yang terdahulu;

(b) Menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan semakan daftar pemilih; dan

(c) Menjalankan pilihan raya umum ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan
Negeri, dan menjalankan pilihan raya kecil sekiranya berlaku kekosongan.

Secara umumnya terdapat dua jenis pilihan raya, iaitu:

(a) Pilihan raya umum yang diadakan apabila Parlimen atau Dewan
Undangan Negeri dibubarkan atau terbubar sendiri selepas tamat tempoh
lima tahun; dan

(b) Pilihan raya kecil diadakan untuk mengisi kekosongan kerusi Parlimen
atau Dewan Undangan Negeri di luar jangka disebabkan oleh:
(i) Kematian;
(ii) Peletakan jawatan;
(iii) Hilang kelayakan; dan
(iv) Pembatalan keputusan pilihan raya oleh Mahkamah Pilihan Raya.

SPR Malaysia menjalankan proses pilihan raya berdasarkan beberapa undang-


undang dan peraturan yang telah digubal untuk memastikan prosedur pilihan
raya dipatuhi sepenuhnya. Undang-undang dan peraturan tersebut adalah:
(a) Perlembagaan Persekutuan;
(b) Perlembagaan Negeri;
(c) Akta Suruhanjaya Pilihan Raya 1957;
(d) Akta Pilihan Raya, 1958 (Akta 19);
(e) Akta Kesalahan Pilihan Raya, 1954 (Akta 5);
(f) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA  109

(g) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002; dan


(h) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.

Semua undang-undang dan peraturan tersebut adalah berkait secara langsung


dengan proses pilihan raya. Namun terdapat juga beberapa undang-undang
yang tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan proses pilihan raya tetapi
memainkan peranan dalam memastikan kelancaran perjalanan pilihan raya.
Antaranya termasuklah Akta Polis 1967; Akta Hasutan 1958; Akta Rahsia Rasmi
1971; dan Akta Keselamatan Dalam Negeri, 1960 (Suruhanjaya Pilihan Raya
Malaysia, t. t.).

3.2.2 Peringkat Pilihan Raya


Di Malaysia, proses pilihan raya umum atau pilihan raya kecil melibatkan enam
peringkat, iaitu pengeluaran writ, penamaan calon, kempen pilihan raya,
pengundian, penjumlahan rasmi undi dan pengumuman keputusan pilihan raya.

(a) Pengeluaran writ


SPR akan mengeluarkan writ iaitu surat kuasa untuk menjalankan pilihan
raya kepada Pegawai Pengurus apabila berlaku pembubaran Parlimen atau
Dewan Undangan Negeri atau terdapat kekosongan di luar jangka. SPR
juga akan mengeluarkan satu notis pilihan raya yang akan diwartakan dan
ditampal di tempat yang mudah untuk semakan orang ramai. Notis
tersebut akan mengandungi tarikh penamaan dan tarikh pengundian yang
akan dijalankan.

(b) Penamaan calon


SPR akan menetapkan hari penamaan calon antara jam 9 pagi hingga 10
pagi. Tugas Pegawai Pengurus akan menerima borang penamaan daripada
calon, pencadang atau penyokong atau ketiga-tiga sekali.

Calon akan menyerahkan tiga salinan borang penamaan, calon, pencadang


atau penyokong di samping deposit pilihan raya dan Borang Akuan
Berkanun, iaitu Borang 5 untuk calon bagi ahli Dewan Rakyat dan Borang
5A untuk calon bagi ahli Dewan Undangan Negeri yang telah dimatikan
setem di Pejabat Duti Setem.

Setelah semua borang penamaan diterima dan masa ditutup, Pegawai


Pengurus akan mengisytiharkan calon yang layak bertanding. Sekiranya
terdapat seorang saja calon yang layak, Pegawai Pengurus akan
mengumumkan calon tersebut menang tanpa bertanding (Suruhanjaya
Pilihan Raya Malaysia, t. t.).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


110  TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

(c) Kempen pilihan raya


Setelah urusan penamaan calon selesai, calon atau wakilnya dibenarkan
menjalankan urusan kempen yang terdiri daripada pemasangan poster,
ceramah, pengedaran risalah dan kempen dari rumah ke rumah. Kempen
pilihan raya ini perlu dihentikan pada jam 12 tengah malam sebelum hari
mengundi.

Calon dikehendaki membayar deposit bahan kempen sebanyak RM5,000


bagi pilihan raya Parlimen dan RM3,000 bagi pilihan raya Dewan
Undangan Negeri untuk menjalankan kempen. Bagi pemasangan poster,
calon perlu membayar sejumlah wang kepada pihak berkuasa tempatan.
Selain itu, calon perlu mendapat kelulusan daripada pihak polis untuk
mengadakan ceramah terbuka.

(d) Pengundian
Pada hari pengundian yang telah ditetapkan, pemilih mempunyai
namanya dalam daftar pemilih akan keluar mengundi di pusat mengundi
yang telah ditetapkan. SPR menetapkan masa mengundi antara jam 8 pagi
hingga 5 petang di seluruh negara. Terdapat juga kawasan yang masa
mengundinya dipendekkan atas alasan keselamatan dan kesukaran
pengangkutan terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Setiap pusat mengundi diketuai oleh seorang Ketua Tempat Mengundi dan
dibantu oleh dua hingga empat orang pembantu. Biasanya pusat mengundi
mempunyai lebih daripada satu tempat mengundi. Pengundi yang tidak
hadir atau kalangan yang layak mengundi secara pos, mereka boleh
mengundi lebih awal daripada hari mengundi yang ditetapkan. Semua
kertas undi yang telah ditanda perlu sampai ke Pejabat Pegawai Pengurus
pada jam 5 petang hari mengundi tersebut (Suruhanjaya Pilihan Raya
Malaysia, t. t.).

(e) Penjumlahan rasmi undi


Ketua Tempat Mengundi akan membuat pengiraan kertas undi setelah
proses pengundian selesai (lihat Rajah 3.2). Maklumat dan keputusan
pengiraan undi akan dimasukkan ke dalam Borang 14 dan akan dibawa
kepada Pegawai Pengurus untuk dibuat Penjumlahan Rasmi Undi.
Pegawai Pengurus akan menyemak Borang 14 dan membuat pengumuman
kepada orang ramai satu persatu sekiranya betul.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA  111

Rajah 3.2: Proses pengiraan undi Pilihan Raya 1964


Sumber: www.spr.gov.my

Sebaliknya jika terdapat keraguan dan kesilapan, beliau akan menyemak


semula dengan Borang 13 Penyata Kertas Undi. Pegawai Pengurus akan
menjumlahkan semua keputusan Borang 14  Penyata Pengundian Selepas
Pengiraan Undi dan Borang 15  Penyata Pengundian Selepas Pengiraan
Kertas Undi Pos (Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, t. t.).

(f) Pengumuman keputusan pilihan raya


Pegawai Pengurus bagi sesuatu bahagian pilihan raya itu akan
mengisytiharkan calon yang mendapat undi majoriti dan mengesahkannya
sebagai wakil yang terpilih bagi bahagian pilihan raya setelah selesai
menjumlahkan Borang 14 dan 15. Keputusan pilihan raya tersebut tidak
boleh dipertikaikan. Bagi mana-mana pihak yang tidak berpuas hati
dengan keputusan pilihan raya boleh mengemukakan petisyen pilihan raya
di Mahkamah Pilihan Raya.

Setiap satu kawasan pilihan raya diwakili oleh seorang wakil sahaja dan
seseorang wakil kawasan pilihan raya Parlimen boleh mewakili kawasan
pilihan raya negeri. Seorang calon mestilah warganegara Malaysia dan
berumur sekurang-kurangnya 21 tahun (Suruhanjaya Pilihan Raya
Malaysia, t. t.).

Seseorang tidak boleh menjadi calon sekiranya beliau:


(i) Disahkan tidak sempurna akal;
(ii) Seorang muflis;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


112  TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

(iii) Memegang sesuatu jawatan berpendapatan (jawatan kerajaan);


(iv) Disabitkan suatu kesalahan dan dihukum penjara untuk tempoh
tidak kurang dari satu tahun atau didenda tidak kurang daripada
RM2,000 dan masih belum menerima pengampunan; dan
(v) Sudah memperoleh kewarganegaraan negara lain.

3.2.3 Deposit Pilihan Raya


Bagi setiap calon yang hendak menyertai pilihan raya mereka dikehendaki
membayar wang deposit pilihan raya berjumlah seperti berikut:
(a) Pilihan Raya Parlimen sebanyak RM10,000; dan
(b) Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri sebanyak RM5,000.

Wang deposit ini perlu dibayar selewat-lewatnya pada jam 10 pagi pada hari
penamaan calon kepada Pegawai Pengurus atau Pengarah Pilihan Raya Negeri.
Deposit pilihan raya boleh dibayar dalam bentuk wang tunai atau draf bank.

Calon akan hilang wang deposit sekiranya gagal memperoleh 1/8 daripada
jumlah undi yang diperoleh oleh semua calon yang bertanding dalam sesuatu
bahagian pilihan raya berkenaan.

3.2.4 Penggunaan Simbol Parti


Calon boleh menggunakan simbol parti politik setelah mendapat kebenaran
daripada ketua parti berkenaan. Calon yang tidak mewakili parti boleh
menggunakan simbol Bebas yang telah disediakan oleh SPR.

3.2.5 Penguatkuasaan Kempen Pilihan Raya


SPR diperuntukkan kuasa di bawah Seksyen 3(d) Akta Pilihan Raya 1958 dan
Seksyen 27A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 bagi memastikan pilihan raya
berjalan lancar. SPR juga melantik pegawai penguat kuasa dan membentuk satu
atau lebih pasukan penguat kuasa kempen pilihan raya di setiap bahagian
pilihan raya Parlimen.

Pasukan penguat kuasa dianggotai oleh:


(a) Pegawai penguat kuasa;
(b) Seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah dari inspektor;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA  113

(c) Seorang wakil pihak berkuasa tempatan; dan


(d) Seorang wakil parti politik/calon.

Pasukan penguat kuasa berfungsi untuk:


(a) Mengawasi dan memantau semua aktiviti calon;
(b) Menurunkan semua bahan kempen yang bercanggah dengan undang-
undang pilihan raya;
(c) Menghentikan ucapan dan syarahan yang melanggar undang-undang
pilihan raya; dan
(b) Mengawal dan menyelaras aktiviti berkempen.

3.2.6 Barong SPR


SPR memperuntukan undang-undang melarang calon mendirikan sebarang
barong atau pondok panas dalam kawasan calon itu bertanding. Calon hanya
dibenarkan mengadakan pejabat parti untuk urusan di luar kawasan 50 meter
dari pusat mengundi.

Bagi memastikan kelancaran pengundian, SPR akan mengadakan barong SPR di


setiap pusat mengundi. Tujuan barong diadakan adalah untuk membantu
pemilih menyemak nama mereka terdapat dalam daftar pemilih dan penentuan
pusat serta tempat mengundi mereka agar dapat berjalan dengan lancar dan
teratur (Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, t. t.).

3.2.7 Perbelanjaan Pilihan Raya


Setiap calon dibenarkan membelanjakan untuk urusan pilihan raya mereka
seperti yang berikut:
(a) Parlimen: Tidak lebih daripada RM200,000; dan
(b) Dewan Undangan Negeri: Tidak lebih daripada RM100,000.

Calon dikehendaki mengemukakan penyata perbelanjaan kepada SPR dalam


tempoh 31 hari dari tarikh keputusan pilihan raya diwartakan. Bagi calon dan
ejen pilihan raya yang gagal berbuat demikian menyebabkan mereka tidak layak
untuk bertanding bagi tempoh lima tahun akan datang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


114  TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

3.2.8 Jenis Pengundian


Terdapat tiga jenis pengundian di Malaysia:

(a) Pengundian biasa melibatkan pemilih biasa yang akan mengundi pada hari
yang ditetapkan sebagai hari mengundi;

(b) Pengundian awal bagi anggota tentera dan pasangan serta anggota polis
dan pasangan Pasukan Gerakan Am (PGA); dan

(c) Pengundian pos melibatkan pengundi tidak hadir yang terdiri daripada
angkatan tentera dan pasangannya, anggota polis serta pasangan PGA
yang terpaksa menjalankan tugas operasi pada hari mengundi, pelajar di
luar negara dan pasangannya, serta kakitangan awam yang berkhidmat di
luar negara dan pasangannya.

Pengundi lain yang dibenarkan mengundi secara pos ialah:


(a) Petugas Pilihan Raya;
(b) Ahli Panel, Pegawai dan kakitangan SPR; dan
(c) Mana-mana kategori yang ditetapkan oleh SPR layak untuk mengundi
secara pos melalui pewartaan.

Pengundian awal akan diadakan pada dua atau tiga hari sebelum tarikh
pengundian biasa. Kertas undi yang telah ditandai akan disimpan dengan
selamat dan hanya akan dibuka untuk pengiraan pada jam 5 petang pada hari
pengundian sebenar.

Pengundian pos akan diadakan lebih awal iaitu sebaik sahaja kertas undi dicetak
dan mereka perlu mengemukakan kertas undi tersebut yang telah ditanda ke
Pejabat Pegawai Pengurus selewat-selewatnya pada jam 5 petang pada hari
mengundi (Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, t. t.).

3.2.9 Petisyen Pilihan Raya


Keputusan pilihan raya hanya boleh dicabar di Mahkamah Pilihan Raya melalui
petisyen pilihan raya. Petisyen hendaklah dikemukakan dalam tempoh 21 hari
dari tarikh keputusan pilihan raya diwartakan.

Sesuatu petisyen pilihan raya hanya boleh dibuat atas alasan seperti yang
berikut:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA  115

(a) Sogokan, peras ugut atau sebarang salah laku yang boleh menjejaskan
pilihan raya;
(b) Ketidakpatuhan peruntukan undang-undang dan peraturan pilihan raya;
(c) Perbuatan rasuah atau perbuatan menyalahi undang-undang yang
dilakukan oleh calon atau ejennya; dan
(d) Calon atau ejennya didapati tidak layak untuk menyertai pilihan raya.

SEMAK KENDIRI 3.1

1. Huraikan peringkat-peringkat pilihan raya di Malaysia.

2. Apakah sebab-sebab penamaan seseorang calon pilihan raya


ditolak?

3. Dalam keadaan manakah petisyen pilihan raya boleh dibuat?

3.3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN


MALAYSIA
Perlembagaan ialah undang-undang tertinggi bagi sesebuah negara di dunia.
Setiap negara mempunyai perlembagaan tersendiri yang digubal untuk
keperluan dan kepentingan negara. Malaysia adalah sebuah negara yang
diperintah oleh badan utama berdasarkan prinsip Perlembagaan Persekutuan.
Ketiga-tiga badan ini ditadbir secara berasingan meliputi Badan Perundangan
(Legislative), Badan Eksekutif (Executive) dan Badan Kehakiman (Judicial)
(Abdul Aziz Bari, 2008).

Proses pengasingan antara ketiga-tiga badan utama ini dinamakan sebagai


„Doktrin Pengasingan Kuasa‰ yang telah diperkenalkan oleh Montesquieu pada
abad ke-18 di Perancis. Doktrin Pengasingan Kuasa ini bermaksud badan yang
membuat undang-undang hanya dibenarkan membuat undang-undang sahaja
dan tidak dibenarkan menyerahkan kuasa kepada badan lain serta tidak boleh
mempunyai kuasa lain.

Begitu juga badan yang memerintah hanya dibenarkan untuk menjalankan


pemerintahan dan tidak boleh membuat undang-undang serta menjalankan
kuasa kehakiman. Doktrin ini dipakai sepenuhnya di Amerika Syarikat tetapi di
Malaysia pemakaian doktrin ini diubah suai mengikut keperluan negara

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


116  TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

(Mohamed Salleh Abas, 1984). Sistem dan struktur pentadbiran negara


diperlihatkan dalam Rajah 3.3.

Rajah 3.3: Sistem dan struktur pentadbiran Malaysia

3.3.1 Yang di-Pertuan Agong (YDPA)


Dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 diwujudkan jawatan
Yang di-Pertuan Agong (YDPA). YDPA ialah „simbol perpaduan negara‰ dan
kedudukan YDPA dinyatakan dalam Perkara 32(1). YDPA adalah Kepala Utama
Negara yang mempunyai keutamaan dan mengatasi segala orang dalam
Persekutuan dan tidak boleh didakwa dalam perbicaraan mana-mana
mahkamah sekalipun kecuali dalam Mahkamah Khas (Abdul Aziz Bari, 2008).

Menurut Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan, kuasa memerintah atau


eksekutif terletak pada YDPA yang kuasa ini boleh dijalankan oleh Baginda
sendiri. Namun demikian kuasa eksekutif ini dijalankan oleh Jemaah Menteri
atau Menteri-menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri. Oleh itu, Perkara
43(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa YDPA hendaklah
melantik sebuah Jemaah Menteri untuk menasihatkannya dalam hal
menjalankan tugas-tugasnya (Nadzan Haron & Rozeman Abu Hassan, 2010).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA  117

(a) Kedudukan YDPA sebagai Raja Berperlembagaan


Raja Berperlembagaan bermaksud seorang raja tidak mempunyai kuasa
mutlak tetapi seorang raja yang menjalankan pemerintahan mengikut
undang-undang dan kuasa yang diberikan kepada baginda menurut
Perlembagaan Persekutuan. Sebagai seorang Raja Berperlembagaan, YDPA
menjalankan kuasa pemerintahannya mengikut nasihat Jemaah Menteri
atau seorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa Jemaah Menteri
menurut peruntukan Perkara 40(1).

Pada tahun 1994, Akta Perlembagaan (Pindaan) 1994 (Akta 885) telah
dibuat kepada Perkara 40 dengan memasukkan peruntukan yang baharu,
iaitu Perkara 40(1A). Perkara 40(1A) Perlembagaan Persekutuan
memperuntukkan bahawa YDPA tidak hanya perlu bertindak mengikut
nasihat tetapi menghendaki baginda selepas menimbangkan nasihat
hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat tersebut (Mohamed
Salleh Abas, 1984).

(b) Peranan YDPA


Antara peranan penting YDPA termasuk:

(i) Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan juga kedudukan


bumiputera di Sabah dan Sarawak di bawah Perkara 153 dari segi
jawatan dalam perkhidmatan awam Persekutuan, pemberian
biasiswa, dermasiswa dan bantuan pendidikan serta latihan,
pengeluaran permit dan lesen yang dikehendaki oleh undang-undang
untuk sesuatu perniagaan atau perusahaan, peruntukan dalam
Perkara 89 dan 90 Perlembagaan Persekutuan berkenaan tanah rizab
orang Melayu dan kemasukan perkhidmatan orang Melayu dalam
Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu
sebagaimana yang dikuatkuasakan di bawah Perkara 8(5)(f)
Perlembagaan Persekutuan (Abdul Aziz Bari, 2008).

Walaupun YDPA diberi tanggungjawab untuk melindungi


kedudukan istimewa orang Melayu, ini tidak bermakna kepentingan
dan kedudukan kaum lain diabaikan.

(ii) Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan mengikut


Perkara 41 Perlembagaan Persekutuan. Baginda mempunyai kuasa
untuk mengampunkan kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah
Tentera serta kuasa untuk mengurangkan hukuman yang dijatuhkan
oleh mahkamah itu mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.
Semua pegawai tentera juga ditauliahkan oleh YDPA.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


118  TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

YDPA boleh mengeluarkan suatu Perisytiharan Darurat di bawah


Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. Perisytiharan darurat oleh
YDPA jika darurat besar yang sedang berlaku dan keselamatan atau
kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam dalam Persekutuan
atau mana-mana bahagiannya adalah terancam (Abdul Aziz Bari,
2008).

(iii) Kuasa untuk mengampunkan kesalahan dan menangguhkan


hukuman mengenai segala kesalahan yang telah dibicarakan oleh
Mahkamah Tentera dan segala kesalahan yang dilakukan dalam
Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan. Kuasa ini
diperuntukkan dalam Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan.

(iv) Ketua Agama Islam merupakan agama bagi Persekutuan mengikut


Perkara 3(1) Perlembagaan. Mengikut Perkara 3(3) Perlembagaan
Persekutuan, perlembagaan bagi negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah
dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi
memberi kepada YDPA kedudukan sebagai Ketua Agama Islam
dalam negeri-negeri ini. Perkara 3(5) Perlembagaan Persekutuan juga
memperuntukkan bahawa YDPA ialah Ketua Agama Islam bagi
Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

(v) Kedudukan dan peranan YDPA berkait rapat dengan kedudukan


Badan Perundangan Persekutuan atau Parlimen yang merupakan
salah satu daripada tiga badan kerajaan utama di Malaysia. YDPA
mengikut Perkara 44 merupakan salah satu daripada tiga institusi
utama Parlimen selain daripada Dewan Negara dan Dewan Rakyat
(Abdul Aziz Bari, 2008).

(vi) Mempunyai kuasa untuk membuat pelantikan yang penting di bawah


Perlembagaan Persekutuan. Antara pelantikan penting yang dibuat
oleh YDPA termasuk:
 Pelantikan Perdana Menteri;
 Pelantikan Jemaah Menteri (Kabinet);
 Pelantikan Ketua Hakim Negara, presiden Mahkamah Rayuan,
dan hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan
Mahkamah Tinggi;
 Pelantikan Pengerusi dan anggota Suruhanjaya Pilihan raya;
 Pelantikan Pengerusi dan anggota Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA  119

 Pelantikan anggota Dewan Negara yang lain daripada anggota


yang dipilih oleh negeri;
 Pelantikan Peguam Negara;
 Pelantikan Juruaudit Negara;
 Pelantikan Setiausaha Dewan Negara dan Dewan Rakyat; dan
 Pelantikan beberapa pegawai di bawah undang-undang
Persekutuan.

(c) Pemilihan YDPA


Pemilihan YDPA dibuat oleh Majlis Raja-raja daripada kalangan sembilan
Raja-raja Melayu yang memerintah mengikut peraturan dan kaedah yang
ditentukan dalam Perlembagaan Persekutuan. Tempoh baginda
menyandang jawatan adalah selama lima tahun di bawah Perkara 32(3)
Perlembagaan Persekutuan. Keadaan ini berbeza dengan mana-mana
negara yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang tidak ada
had tempoh raja atau ratu memegang jawatan mereka.

Pemilihan YDPA dilakukan oleh sembilan orang raja Melayu dalam Majlis
Raja-raja dan perlu mendapat sokongan sekurang-kurangnya lima orang
raja. Bagi ketua negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja, iaitu Yang di-
Pertua Negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak tidak boleh
menjadi ahli Majlis Raja-raja dalam soal pemilihan YDPA (Abdul Aziz Bari,
2008).

(d) Pemecatan YDPA


Kedudukan YDPA sebagai seorang Raja Berperlembagaan bermaksud
baginda tidak mempunyai kuasa mutlak untuk bertindak sesuka hatinya
kerana baginda boleh juga dipecat daripada jawatannya. Mengikut Perkara
32(3) Perlembagaan Persekutuan, YDPA hanya boleh dipecat daripada
jawatannya oleh Majlis Raja-raja.

Berdasarkan Seksyen 8 Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan, sesuatu


ketetapan oleh Majlis Raja-raja bagi memecat YDPA daripada jawatannya
tidak boleh diluluskan kecuali sekurang-kurangnya lima ahli Majlis Raja-
raja telah mengundi menyokong ketetapan itu.

Pemecatan YDPA adalah berdasarkan kepada budi bicara Majlis Raja-raja


yang diperuntukkan dalam Perkara 32(6)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Bagi Yang di-Pertua bagi negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak
tidak boleh menjadi ahli Majlis Raja-raja dalam soal pemecatan Yang di-
Pertuan Agong (Mohamed Salleh Abas, 1984).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


120  TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

(e) Kuasa YDPA


YDPA hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri, namun
terdapat peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, iaitu Perkara 40(2)
yang memperuntukkan bahawa YDPA mempunyai kuasa untuk bertindak
atas budi bicaranya dalam empat keadaan, iaitu (Abdul Aziz Bari, 2008):

(i) Melantik seorang Perdana Menteri di bawah Perkara 43(2), Perdana


Menteri mesti seorang anggota Dewan Rakyat dan mesti pada
pendapat baginda seorang yang mendapat keyakinan majoriti ahli
Dewan;

(ii) Menolak permintaan Perdana Menteri supaya membubarkan


Parlimen di bawah Perkara 55(3), hayat Dewan ialah lima tahun.
Namun, Perdana Menteri boleh menasihati YDPA membubarkannya
lebih awal. Di bawah Perkara 40(2)(b), YDPA tidak terikat pada
nasihat ini;

(iii) Memanggil Majlis Raja-raja supaya bersidang semata-mata bagi


membicarakan hak keutamaan, kedudukan, kemuliaan dan darjat raja
Melayu dan apa-apa tindakan yang akan diambil dalam persidangan
majlis itu; dan

(iv) Dalam apa-apa hal lain yang tersebut dalam Perlembagaan


Persekutuan.

(f) Imuniti atau Kekebalan YDPA


YDPA seperti juga raja sesuatu negeri tidak lagi mempunyai imuniti atau
kekebalan daripada proses kehakiman selepas pindaan Perlembagaan pada
tahun 1993 (iaitu pindaan perlembagaan yang dibuat melalui Akta
Perlembagaan [Pindaan] 1993 [Akta 848]).

Perkara 32(1) Perlembagaan Persekutuan yang dipinda oleh Akta


Perlembagaan (Pindaan) 1993 memperuntukkan bahawa YDPA tidak boleh
didakwa dalam apa-apa jua perbicaraan dalam mana-mana mahkamah
kecuali dalam Mahkamah Khas (lihat Perkara 181 dan 182 Perlembagaan
Persekutuan mengenai penghapusan kekebalan YDPA daripada proses
kehakiman) (Abdul Aziz Bari, 2008).

YDPA hanya boleh didakwa di Mahkamah Khas yang ditubuhkan di


bawah Perkara 182 dan tiada prosiding sama ada sivil atau jenayah boleh
dimulakan terhadap baginda kecuali dengan keizinan daripada Peguam
Negara di bawah Perkara 183. Pindaan Perlembagaan pada tahun 1993
hanya menghapuskan kekebalan YDPA daripada proses kehakiman atas
sifat peribadinya sahaja. Hal ini bermakna baginda masih lagi mempunyai

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA  121

kekebalan daripada proses kehakiman atas sifat rasminya (official


capacity).

3.3.2 Majlis Raja-raja


Dari segi sejarah, Majlis Raja-raja telah wujud sejak tahun 1897 dan dikenali
sebagai Durbar. Pada peringkat awal keanggotaan Majlis Raja-raja terdiri
daripada empat orang raja negeri yang bersekutu, iaitu Negeri-negeri Melayu
Bersekutu (NNMB). Pertemuan Pesuruhjaya Tinggi dengan Majlis Raja-raja
untuk meninjau pendapat raja berhubung sesuatu dasar pemerintahan. Majlis
Raja-raja telah ditubuhkan secara rasmi selepas Perjanjian Persekutuan Tanah
Melayu 1948 yang berfungsi sebagai penasihat kepada Pesuruhjaya Tinggi
British (Nadzan Haron & Rozeman Abu Hassan, 2010).

Sembilan orang raja Melayu telah menganggotai Majlis Raja-raja termasuk Yang
di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak. Setiausaha Majlis
Raja-raja ialah Penyimpan Mohor Besar Raja-raja yang dilantik sendiri oleh
Majlis tersebut. Sebaliknya, Yang di-Pertua Negeri tidak boleh menjadi ahli
Majlis Raja-raja yang boleh pemilihan atau pemecatan, atau berhubung semata-
mata dengan keistimewaan, kedudukan kehormatan dan kebesaran raja atau
berhubung dengan perbuatan, amalan atau upacara agama.

Yang berikut adalah tugas Majlis Raja-raja (Nadzan Haron & Rozeman Abu
Hassan, 2010):
(a) Memilih atau memecat Yang di-Pertuan Agong;
(b) Menimbangkan perkara-perkara berkaitan dengan dasar negara seperti
perubahan-perubahan tentang dasar imigresen dan apa jua perkara lain
yang difikirkannya patut;
(c) Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan,
amalan atau upacara agama meliputi seluruh Persekutuan; dan
(d) Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang atau
pelantikan yang menurut perlembagaan memerlukan persetujuan Majlis
Raja-raja atau perundingan dengannya.

Yang di-Pertuan Agong akan diiringi oleh Perdana Menteri manakala raja dan
Yang di-Pertua Negeri pula diiringi oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri
masing-masing. Antara perkara yang dibincangkan ialah undang-undang yang
mengubah sempadan sesuatu negeri atau berkaitan dengan kedudukan raja,
Perlembagaan dan kedudukan istimewa orang Melayu, kaum bumiputera Sabah
dan Sarawak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


122  TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

Selain itu, Majlis Raja-raja berunding tentang perkara pelantikan hakim, Ketua
Audit Negara dan Suruhanjaya-suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Pilihan Raya
dan Perkhidmatan Pendidikan. Persidangan Majlis Raja-raja akan bersidang tiga
atau empat kali setahun.

3.3.3 Badan Eksekutif


Badan Eksekutif merupakan salah satu daripada tiga badan kerajaan di Malaysia.
Kedudukan dan kuasa Badan Eksekutif seperti badan kerajaan yang lain
diwujudkan, ditentukan serta dihadkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Badan Eksekutif berfungsi untuk mentadbir, membuat dasar dan melaksanakan
undang-undang yang dibuat oleh Badan Perundangan. YDPA ialah ketua Badan
Eksekutif dalam sistem Raja Berperlembagaan dan demokrasi Berparlimen di
negara kita (Nadzan Haron & Rozeman Abu Hassan, 2010).

(a) Jemaah Menteri (Sistem Kabinet)


Sistem kabinet di Malaysia mempunyai banyak persamaan dengan sistem
kabinet di England kerana Malaysia mengambil contoh sistem kabinet di
England. Pelantikan jawatan Perdana Menteri di Malaysia sama seperti di
England yang bergantung pada majoriti di Parlimen.

Jemaah Menteri di Malaysia terdiri daripada:


(i) Perdana Menteri;
(ii) Timbalan Perdana Menteri;
(iii) Menteri-menteri dalam Kabinet; dan
(iv) Ketua Setiausaha Negara (yang merupakan setiausaha kepada
Kabinet).

Mari kita pelajari lebih lanjut tentang Jemaah Menteri.

(i) Peranan dan Fungsi Jemaah Menteri


Menteri yang dilantik berperanan seperti yang berikut:
 Menggubal, membuat dan menetapkan dasar kerajaan seperti
dasar dan dasar luar negara. Jemaah Menteri akan bermesyuarat
seminggu sekali pada setiap hari Rabu bagi membincangkan
sesuatu dasar negara untuk diputuskan secara kolektif;
 Membuat keputusan tentang projek yang akan dilaksanakan oleh
Kerajaan Persekutuan; dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA  123

 Membuat cadangan dan keputusan mengenai undang-undang


yang patut dibuat sebelum ia dibentangkan di Parlimen.

(ii) Pelantikan Jemaah Menteri


Jemaah Menteri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) untuk
menasihati baginda dalam menjalankan tugasnya seperti dalam
peruntukan Perkara 43(1) Perlembagaan Persekutuan. Jemaah
Menteri akan diketuai oleh Perdana Menteri yang dilantik oleh YDPA
daripada anggota Dewan Rakyat yang pada pendapat baginda akan
mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli Dewan Rakyat.

Mengikut Perkara 43(2)(b), YDPA akan melantik menteri lain atas


nasihat Perdana Menteri yang terdiri daripada ahli Parlimen. Menteri
lain dalam Kabinet boleh dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana
Menteri sama ada ahli Dewan Negara mahupun Dewan Rakyat.

Dalam Perlembagaan Persekutuan tidak terdapat peruntukan tertentu


mengenai jawatan dan pelantikan seorang Timbalan Perdana Menteri.
Semasa ketiadaan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri akan
menjalankan tugas Perdana Menteri. Apabila seorang Perdana
Menteri meninggal dunia atau meletakkan jawatannya, Timbalan
Perdana Menteri akan mengambil alih tempat beliau sebagai Perdana
Menteri.

(iii) Tanggungjawab Menteri


Prinsip cardinal sistem kerajaan berparlimen yang diwarisi daripada
Britain ialah kerajaan yang sebahagian daripada Parlimen adalah
bertanggungjawab terhadap Parlimen. Tanggungjawab ini ialah
tanggungjawab individu dan tanggungjawab kolektif.

 Tanggungjawab Individu
Yang berikut ialah tanggungjawab individu bagi menteri:
 Menteri dikehendaki menjawab pertanyaan, memberi
maklumat dan membuktikan betul dasar kementeriannya.
Menteri mesti menerima tanggungjawab atas semua kesilapan
atau kesalahan dalam kementeriannya walaupun dia sendiri
tidak terlibat.
 Menteri adalah bertanggungjawab kepada Parlimen atas
kelakuan dan tindakan pegawai kementerian di bawahnya.
Tujuan ini adalah untuk melindungi pegawai awam kerana
mereka tidak dapat memberi penjelasan dalam persidangan
Parlimen.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


124  TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

 Tanggungjawab Kolektif
Yang berikut ialah tanggungjawab kolektif bagi menteri:
 Perkara 43(2) semua menteri mesti anggota Parlimen untuk
memastikan mereka bertanggungjawab kepada Parlimen
(answerability to Parliment).
 Semua menteri mesti menghormati konvensyen unanimity
awam. Mereka perlu bersatu suara. Sekiranya seorang menteri
tidak bersetuju terhadap keputusan Kabinet, dia mempunyai
tiga pilihan, iaitu meletak jawatan, senyap atau tentangannya
itu diminitkan dalam minit Kabinet.

(b) Perdana Menteri


Perdana Menteri merupakan jawatan yang amat penting bagi negara yang
mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.
YDPA mempunyai kuasa untuk melantik seorang Perdana Menteri seperti
yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2) Perlembagaan Persekutuan.

Pelantikan Perdana Menteri oleh YDPA adalah menurut budi bicara


baginda berdasarkan kepada pendapat baginda bahawa calon mestilah
seorang ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan sebilangan besar
ahli-ahli Dewan itu mengikut Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Hal ini demikian menunjukkan peranan YDPA adalah penting dalam soal
pelantikan seorang Perdana Menteri. Tegasnya, YDPA akan melantik
seorang ketua atau pemimpin parti politik yang telah mendapat majoriti
yang jelas di Parlimen. Rajah 3.4 memaparkan Perdana Menteri Malaysia
yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.

Rajah 3.4: Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj


Sumber: www.arkib.gov.my

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA  125

Pelantikan Perdana Menteri di Malaysia telah berjalan dengan lancar


kerana tidak pernah timbul keadaan yang tiada parti politik mendapat
majoriti yang jelas di Parlimen. Sekiranya berlaku keadaan tidak terdapat
parti politik yang mendapat majoriti yang jelas di Parlimen seperti berlaku
di sesetengah negara, ia akan membawa kepada pembentukan sebuah
kerajaan campuran (coalition government).

Keputusan ini sudah tentu akan menyukarkan keputusan untuk melantik


siapakah calon untuk menjawat jawatan Perdana Menteri. Namun begitu,
perkara ini berlaku pada peringkat kerajaan negeri yang terdapat masalah
dan pertikaian mengenai soal pelantikan Menteri Besar dan Ketua Menteri
iaitu di Pulau Pinang, Sabah dan terkini Perak dan Terengganu (Nadzan
Haron & Rozeman Abu Hassan, 2010).

Kedudukan dan Kuasa Perdana Menteri


Jawatan Perdana Menteri berkait rapat dengan kedudukan dan kuasa yang
dimiliki olehnya. Malaysia telah ditadbir seramai enam orang Perdana
Menteri semenjak negara mencapai kemerdekaan. Lebih-lebih lagi, politik
Malaysia adalah stabil secara langsung dapat menguatkan lagi kedudukan
dan kuasa Perdana Menteri.

Kuasa Perdana Menteri di Malaysia tidak diperuntuk dan dinyatakan


dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi lebih bersifat politik. Kuasa
Perdana Menteri tidak terhad kepada jawatan rasminya tetapi Perdana
Menteri turut memegang banyak lagi kedudukan, dan jawatan rasmi dan
tidak rasmi dalam kerajaan yang menambahkan lagi kuasa dan
pengaruhnya.

Perdana Menteri juga mempunyai kuasa untuk mencalonkan sesiapa sahaja


untuk dilantik oleh YDPA untuk menyertai kabinetnya. Keputusan ini
mencerminkan kuasa dan pengaruh sebenar yang dimiliki oleh Perdana
Menteri dalam soal pelantikan anggota kabinetnya berdasarkan kesesuaian
seseorang calon itu pada pandangan Perdana Menteri.

Seseorang yang dilantik menganggotai Kabinet ialah seorang yang boleh


bekerjasama dengan Perdana Menteri dan lebih penting lagi
menyokongnya. Tindakan ini dapat mengukuhkan kedudukan dan kuasa
Perdana Menteri dengan lebih kuat apabila menerima sokongan anggota
kabinetnya.

Perdana Menteri boleh menentukan dan mengawal agenda mesyuarat


Kabinet tentang apa yang boleh dibincangkan dan mempunyai kuasa
untuk mengehadkan dan mengawal perbincangan perkara tertentu.
Perdana Menteri mempunyai kata putus dalam menentukan segala dasar

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


126  TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

yang diperkenalkan oleh kerajaan. Hal ini demikian kerana semua dasar
yang diperkenal dan dijalankan oleh kerajaan diketuai oleh Perdana
Menteri. Perdana Menteri juga merupakan ketua kepada parti memerintah
apabila parti kepimpinan beliau memenangi kerusi terbanyak dalam
Parlimen.

Di Malaysia, jawatan Perdana Menteri ialah Presiden daripada parti


UMNO. Ini bermakna konvensyen dengan sendirinya menetapkan bahawa
Presiden atau ketua parti UMNO akan menjadi Perdana Menteri apabila
Barisan Nasional memenangi pilihan raya. Perdana Menteri selaku
Pengerusi Barisan Nasional, mempunyai kuasa untuk menentukan
kedudukan dan keanggotaan parti komponen dalam Barisan Nasional.
Beliau mempunyai hak menerima atau menolak senarai calon pilihan raya
yang dikemukakan oleh parti komponen terutamanya partinya sendiri.

Perdana Menteri selaku Presiden UMNO turut mempunyai pengaruh yang


kuat dalam hal ehwal partinya. Selain itu, Perdana Menteri mempunyai
kuasa untuk menentukan tarikh pilihan raya umum yang akan diadakan.
Namun perkara ini akan dibincangkan dengan ketua parti komponen yang
lain terlebih dahulu tetapi beliau mempunyai kata putus dalam hal
tersebut. Perdana Menteri juga berperanan penting dalam menentukan
dasar luar Malaysia dengan negara lain kecuali Israel. Perdana Menteri
akan menentukan negara mana yang akan mempunyai hubungan
diplomatik dengan Malaysia (Nadzan Haron & Rozeman Abu Hassan,
2010).

Di Malaysia, tidak terdapat sebarang had terhadap tempoh seorang


Perdana Menteri untuk memegang jawatannya. Keadaan ini amat berbeza
dengan Presiden di Amerika yang tempoh jawatannya dihadkan kepada
hanya dua penggal sahaja.

Tidak terdapat peruntukan yang tertentu dalam Perlembagaan


Persekutuan yang memperuntukkan kuasa yang dimiliki oleh Perdana
Menteri dan juga had atau sekatan terhadap kuasanya. Perdana Menteri
tidak boleh mengatasi undang-undang dan bertindak sewenang-
wenangnya kerana had terhadap kuasa Perdana Menteri lebih dalam
bentuk konvensyen dan bersifat politik.

Sebarang keputusan serta tindakan eksekutif atau perundangan Perdana


Menteri juga tertakluk kepada semakan mahkamah (judicial review).
Perkara 40(2)(a) Perlembagaan Persekutuan memberikan kuasa budi bicara
kepada YDPA dalam melantik Perdana Menteri, namun tidak ada
peruntukan tertentu dalam Perlembagaan Persekutuan yang memberi
kuasa kepada YDPA untuk memecat Perdana Menteri.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA  127

Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan hanya memperuntukkan Perdana


Menteri hendaklah meletakkan jawatannya sekiranya beliau tidak lagi
mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli Dewan Rakyat kecuali atas
permintaannya YDPA Agong membubarkan Parlimen. Perdana Menteri
boleh digugurkan oleh ahli Dewan Rakyat, iaitu melalui usul undi tidak
percaya.

(c) Kementerian dan Jabatan


Kementerian merupakan agensi pelaksana tertinggi kerajaan mengikut
arahan Perdana Menteri dan Kabinet. Kerajaan mewujudkan kementerian
supaya dapat menjalankan tugas pemerintahan negara. Di Malaysia,
terdapat sebanyak 22 buah kementerian yang diketuai oleh seorang
Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen.

Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri juga boleh menerajui


sebuah atau beberapa buah kementerian yang dianggap penting. Di
samping itu, terdapat juga Menteri yang tidak mengetuai kementerian
tetapi diberi tanggungjawab dan tugas khas. Jawatan menteri ini dikenali
sebagai Menteri Tak Berportfolio yang ditugaskan di Jabatan Perdana
Menteri (JPM) bagi membantu Perdana Menteri.

Setiap kementerian akan ditadbir oleh Ketua Setiausaha (KSU) manakala


bagi Ketua Setiausaha Negara (KSN) merupakan ketua pentadbir Jabatan
Perdana Menteri. Selain itu, KSN ialah Ketua Perkhidmatan Awam pada
peringkat Persekutuan. Semua ketua pentadbir di JPM dan kementerian
merupakan penjawat awam.

Fungsi kementerian adalah seperti yang berikut:


(i) Merangka, membina dan melaksana sesuatu dasar kementerian;
(ii) Mengaplikasikan segala dasar yang telah diluluskan oleh
kementerian; dan
(iii) Melakukan pemantauan dalam segala proses pelaksanaan dan
menilai keberkesanan sesuatu dasar kementerian.

Kementerian yang diwujudkan di bawah kabinet Perdana Menteri DatoÊ


Seri Mohd Najib Tun Razak adalah seperti yang berikut:
(i) Kementerian Kewangan;
(ii) Kementerian Pendidikan;
(iii) Kementerian Dalam Negeri;
(iv) Kementerian Komunikasi dan Multimedia;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


128  TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

(v) Kementerian Kemajuan Luar bandar dan Wilayah;


(vi) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri;
(vii) Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air;
(viii) Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar;
(ix) Kementerian Pengangkutan;
(x) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani;
(xi) Kementerian Pertahanan;
(xii) Kementerian Kerja Raya;
(xiii) Kementerian Kesihatan;
(xiv) Kementerian Belia dan Sukan;
(xv) Kementerian Sumber Manusia;
(xvi) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan;
(xvii) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat;
(xviii) Kementerian Luar Negeri;
(xix) Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan
Tempatan;
(xx) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi;
(xxi) Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi; dan
(xxii) Kementerian Wilayah Persekutuan.

Bagi memastikan segala perancangan dan pentadbiran kementerian


berjalan lancar, kerajaan mewujudkan jabatan penting sebagai agensi
sokongan kepada kementerian. Contohnya, Jabatan Kerja Raya di
Kementerian Kerja Raya; Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan di
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani; dan Jabatan Imigresen,
Jabatan Penjara, Jabatan Pendaftaran Negara di Kementerian Dalam
Negeri.

(d) Badan Berkanun


Di samping kewujudan kementerian dan jabatan, kerajaan turut
mewujudkan badan kerajaan yang lain bagi mempercepatkan, dan
melicinkan proses pentadbiran dan pelaksanaan rancangan pembangunan
negara. Badan berkanun merupakan agensi separa kerajaan yang
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA  129

ditubuhkan melalui undang-undang tertentu. Kewujudan badan berkanun


ini seiring dengan dasar pembangunan negara di bawah rancangan
pembangunan lima tahun.

Badan berkanun tersebut mempunyai tugas dan tanggungjawab sama ada


dalam bidang pembangunan ekonomi dan sosial. Badan berkanun adalah
tertakluk kepada menteri yang mempunyai peruntukan kewangan sendiri
dan kuasa autonomi tertentu.

Antara badan berkanun yang ditubuhkan adalah seperti yang berikut:


(i) Majlis Amanah Rakyat (MARA);
(ii) Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA  Malaysian
Investment Development Authority);
(iii) Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA  Muda Agricultural
Development Authority);
(iv) Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN);
(v) Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA  Urban Development
Authority); dan
(vi) Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA  Federal Land
Development Authority).

SEMAK KENDIRI 3.2

1. Apakah fungsi Majlis Raja-raja di Malaysia?

2. Bincangkan status kekebalan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-


raja Melayu.

3. Mengapakah kementerian dan badan-badan berkanun


diwujudkan?

3.3.4 Badan Perundangan


Malaysia ialah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen
di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Parlimen Malaysia merupakan
lambang dan struktur demokrasi kerajaan daripada aspirasi rakyat melalui
perwakilan yang dipilih.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


130  TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

Parlimen Malaysia yang merupakan badan penggubal undangăundang tertinggi


negara dalam Perkara 44 Bahagian 4, Bab 4, Perlembagaan Persekutuan Malaysia
terdiri daripada tiga komponen utama, iaitu:

(a) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong;


(b) Dewan Negara (Senate); dan
(c) Dewan Rakyat (House of Representatives).

Segala undang-undang yang dibawa ke Parlimen mestilah diluluskan oleh


ketiga-tiga komponen tersebut (lihat Rajah 3.5). Selain itu, badan perundangan
juga berfungsi mengawasi dan mengawal perbelanjaan awam dan mengesahkan
dasar badan eksekutif.

Rajah 3.5: Parlimen Malaysia


Sumber: http://www.parlimen.gov.my

Persidangan Parlimen yang pertama telah diadakan selepas pilihan raya umum
yang pertama pada tahun 1959, selepas negara mencapai kemerdekaan di Dewan
Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Dalam persidangan tersebut, Dewan
Negara dan Dewan Rakyat telah bersidang serentak dengan pemilihan Yang di-
Pertua bagi kedua-dua dewan tersebut. Selepas itu, satu majlis mengangkat
sumpah oleh kesemua 38 ahli Dewan Negara dan 104 ahli Dewan Rakyat. Rajah
3.6 mengilustrasi struktur dan keanggotaan Parlimen.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA  131

Rajah 3.6: Struktur dan keanggotaan Parlimen

Mari kita mempelajari tugas mereka dalam Parlimen.


(a) Yang di-Pertuan Agong
Yang di-Pertuan Agong akan melakukan perkara berikut:
(i) Memanggil Parlimen bermesyuarat;
(ii) Membuka persidangan Parlimen;
(iii) Menangguh dan membubarkan Parlimen; dan
(iv) Memperkenankan undang-undang.
(b) Dewan Negara
Dewan Negara (Senate) ditubuhkan untuk membahaskan rang undang-
undang dengan lebih halus dan teliti berbanding Dewan Rakyat yang
memberi tumpuan kepada perkara yang menjadi kepentingan umum. Ahli
Dewan Negara terdiri daripada pelbagai peringkat dan golongan daripada
semua negeri dalam Persekutuan.

Keanggotaan ahli Dewan Negara adalah seramai 70 orang dan terbahagi


kepada dua kategori lantikan, iaitu:

(i) Seramai 26 ahli yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai
mewakili 13 negeri (setiap negeri diwakili oleh dua ahli); dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


132  TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

(ii) Sebanyak 44 ahli yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA)
atas nasihat Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan satu ahli masing-masing dari
Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya (lihat Jadual 3.1).

Jadual 3.1: Ahli Dewan Negara yang Dilantik oleh


Seri Paduka Baginda YDPA dan Lantikan Negeri

Jumlah Kerusi Dewan Negara


Lantikan YDPA 44
Pilihan Negeri 26
Jumlah Kerusi 70
Kekosongan
Lantikan YDPA 4
Pilihan Negeri 1
Jumlah Kerusi 5
Jumlah Sekarang
Lantikan YDPA 40
Pilihan Negeri 25
Jumlah Kerusi 65

Sumber: www.parlimen.gov.my

Seseorang ahli Dewan Negara dilantik berasaskan kepada perkara berikut:


(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Berumur tidak kurang dari 30 tahun;
(iii) Sempurna akal; dan
(iv) Bukan seorang muflis.

Dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Bahagian 4, Bab 4, Perkara 45


diperuntukkan keanggotaan Dewan Negara. Seorang ahli Dewan Negara
yang dilantik dikenali sebagai Senator. Setiap ahli Dewan Negara akan
memegang jawatan selama satu penggal (tiga tahun) dan boleh disambung
sebanyak satu penggal lagi sama ada dilantik pada peringkat Persekutuan
atau pemilihan pada peringkat negeri.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA  133

Apabila Parlimen dibubarkan, kedudukan Dewan Negara tidak berubah.


Pelantikan ahli Dewan Negara daripada kalangan mereka yang
menyumbang khidmat yang cemerlang atau telah mencapai kecemerlangan
dalam profesion masing-masing, dalam perdagangan, industri, pertanian,
aktiviti kebudayaan atau perkhidmatan sosial, atau merupakan wakil
kumpulan bangsa minoriti ataupun berkebolehan menjaga kepentingan
Orang Asli.

Setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua


Dewan Negara dan bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat
menjalankan tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin (lihat
Rajah 3.7). Selain itu mereka mestilah taat setia kepada Malaysia serta
mematuhi, menjaga dan mempertahan Perlembagaan.

Rajah 3.7: Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah


Sumber: www.parlimen.gov.my

Ahli Dewan Negara boleh meletak jawatan dengan menghantar surat


peletakan jawatan kepada Presiden Dewan Senat. Kekosongan dalam
Dewan Negara hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh
kekosongan tersebut.

Dewan Negara tidak mempunyai kuasa untuk menolak sesuatu rang


undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat sebaliknya berkuasa
untuk menangguhkan sesuatu rang undang-undang yang diluluskan
daripada dikemukakan kepada YDPA untuk mendapatkan perkenan
baginda. Bagi rang undang-undang kewangan, tempoh masa yang boleh
ditangguhkan oleh Dewan Negara ialah satu bulan dan rang undang-
undang lain ialah satu tahun.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


134  TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

(c) Dewan Rakyat


Dewan Rakyat merupakan dewan yang dianggotai oleh ahlinya yang
mendapat mandat kuasa secara langsung daripada rakyat dalam pilihan
raya umum yang diadakan sekali setiap lima tahun. Keanggotaan ahli
Dewan Rakyat adalah seramai 222 orang (lihat Jadual 3.2) yang dilantik
berdasarkan syarat berikut:
(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Berumur tidak kurang dari 21 tahun;
(iii) Sempurna akal;
(iv) Bukan seorang muflis; dan
(v) Tidak boleh memegang kedua-dua jawatan Dewan Rakyat dan
Dewan Negara dalam satu-satu masa.

Jadual 3.2: Ahli Dewan Rakyat pada Tahun 2008

Negeri Bilangan
Johor 26
Kedah 15
Kelantan 14
Melaka 6
Negeri Sembilan 8
Pahang 14
Pulau Pinang 13
Perak 24
Perlis 3
Sabah 25
Sarawak 31
Selangor 22
Terengganu 8
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 11
Wilayah Persekutuan Labuan 1
Wilayah Persekutuan Putrajaya 1
Jumlah 222

Sumber: www.parlimen.gov.my

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA  135

Seseorang ahli Dewan Rakyat memegang jawatan sehingga tamatnya


penggal Parlimen, iaitu selama lima tahun atau sehingga Parlimen
dibubarkan. Namun, Parlimen boleh juga dibubarkan pada bila-bila masa
oleh YDPA yang bertindak menurut budi bicara atas permintaan Perdana
Menteri.

Seorang ahli Dewan Rakyat boleh berhenti atau meletak jawatan bila-bila
masa dengan cara menghantar surat kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Ahli Dewan Rakyat juga boleh hilang kelayakan sekiranya:
(i) Diisytiharkan sebagai seorang yang tidak sempurna akal;
(ii) Diisytiharkan muflis yang belum lagi dibebaskan;
(iii) Memegang jawatan bergaji dan berfaedah, iaitu jawatan sepenuh
masa dalam perkhidmatan awam;
(iv) Tidak hadir dalam sidang Dewan selama enam bulan dengan tidak
mendapat keizinan daripada Dewan;
(v) Gagal menghantar penyata perbelanjaan pilihan raya dalam tempoh
yang ditetapkan setelah mengambil bahagian dalam pilihan raya;
(vi) Disabitkan dengan sesuatu kesalahan jenayah oleh mana-mana
mahkamah dalam persekutuan dan dihukum penjara tidak kurang
dari satu tahun atau didenda tidak kurang daripada RM2,000 dan
tidak mendapat pengampunan; dan
(vii) Memperoleh kewarganegaraan asing secara sukarela dan membuat
pengakuan taat setia kepada negara asing itu.

Kekosongan dalam Dewan Rakyat berlaku disebabkan oleh peletakan


jawatan, kematian atau hilang kelayakan hendaklah diisi dalam tempoh 60
hari di Semenanjung Malaysia ataupun 90 hari di Sabah dan Sarawak
bermula dari tarikh berlaku kekosongan tersebut. SPR akan mengendalikan
satu pilihan raya kecil bagi mengisi kekosongan tersebut.

Dewan Rakyat diketuai oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang dipilih
dalam kalangan anggota Dewan sendiri atau orang bukan anggota Dewan.
Tugas Yang di-Pertua Dewan adalah untuk mempengerusikan semua
persidangan Dewan dengan dibantu oleh seorang Timbalan Yang di-
Pertua.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


136  TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

Tugas utama Dewan Rakyat adalah untuk menggubal dan meluluskan


undang-undang. Sesuatu rang undang-undang kecuali rang undang-
undang berkaitan kewangan boleh dimulakan sama ada di Dewan Rakyat
ataupun Dewan Negara. Rang undang-undang berkaitan kewangan
hendaklah dimulakan di Dewan Rakyat terlebih dahulu dan dibentangkan
oleh seorang menteri kerana hal ehwal kewangan berada di bawah bidang
kuasa Dewan Rakyat (lihat Rajah 3.8).

Rajah 3.8: Persidangan Dewan Rakyat


Sumber: www.parlimen.gov.my

(d) Fungsi dan kuasa Parlimen


Parlimen ialah badan perundangan bagi kerajaan Persekutuan dalam
membuat undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh negara.

Parlimen melaksanakan perkara berikut:


(i) Meluluskan undang-undang Persekutuan;
(ii) Membuat pindaan kepada undang-undang Persekutuan yang ada;
(iii) Memeriksa dasar kerajaan;
(iv) Meluluskan perbelanjaan kerajaan;
(v) Meluluskan hasil cukai yang baharu; dan
(vi) Menjadi forum untuk membincangkan perkara berkaitan
kepentingan orang ramai.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA  137

Perlembagaan telah memperuntukkan beberapa hak dan pengecualian


yang dipanggil „Keistimewaan Ahli-ahli Parlimen‰ kepada ahli Parlimen
supaya menjalankan tanggungjawab dengan sepenuhnya dan dengan lebih
berkesan.

Setiap Dewan mempunyai kuasa untuk mengawal selia tatacaranya sendiri,


mempunyai kuasa mutlak atas prosiding masing-masing dan tidak boleh
dicabar di dalam mana-mana mahkamah. Di samping itu, setiap Dewan
boleh mengenakan hukuman ke atas pelanggaran hak keistimewaan atau
menghina (contempt) di dalam Dewan tersebut.

Setiap ahli Dewan turut menikmati imuniti daripada prosiding sivil dan
jenayah terhadap perkara yang dibahaskan dan yang dibuat dalam sesi
Parlimen. Parlimen berkuasa dalam membuat undang-undang berdasarkan
Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 4, Bab 5, Perkara 66 hingga 68,
menjelaskan kuasa yang diperuntukkan kepada badan Perundangan.

Parlimen Malaysia berfungsi seperti yang berikut:


(i) Membuat, meminda atau memansuhkan undang-undang;
(ii) Mengenakan cukai baharu, cukai tambahan atau memansuhkan
mana-mana cukai; dan
(iii) Meluluskan belanjawan negara.

Penggubalan undang-undang oleh Parlimen adalah tertakluk kepada


Perlembagaan Persekutuan yang telah menetapkan bidang kuasa Parlimen.
Perlembagaan Persekutuan juga memperuntukkan bidang kuasa kepada
pihak berkuasa perundangan negeri dalam membuat undang-undang
berdasarkan Jadual Kesembilan Perkara 74, 77, iaitu:
(i) Senarai Persekutuan  Keadilan, kewangan, pertahanan, hal ehwal
luar negara, pendidikan dan lain-lain;
(ii) Senarai Negeri  Tanah, perlombongan, pertanian, perhutanan, hal
ehwal agama Islam dan adat resam; dan
(iii) Senarai Bersama  Kebajikan masyarakat, biasiswa, perlindungan
hidupan liar dan lain-lain.

Perkara yang tidak disenaraikan dalam ketiga-tiga senarai tersebut


termasuk dalam bidang kuasa perundangan negeri. Walau bagaimanapun,
Parlimen boleh membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang
disenaraikan dalam negeri tetapi hanya:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


138  TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

(i) Bagi maksud melaksanakan apa-apa triti, perjanjian atau konvensyen


antara Persekutuan dengan negara lain atau apa-apa keputusan
pertubuhan antarabangsa yang dianggotai oleh Malaysia; atau
(ii) Dengan maksud hendak mengadakan persamaan undang-undang
bagi dua buah negeri atau lebih; atau
(iii) Jika diminta berbuat demikian oleh mana-mana badan perundangan
negeri.
(e) Prosedur perundangan
Sesuatu rang undang-undang di Malaysia akan menjadi undang-undang
apabila telah diluluskan oleh kedua-dua Dewan serta mendapat perkenan
YDPA seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 66.

Rang undang-undang biasanya dibentangkan dalam Parlimen oleh Menteri


yang bertanggungjawab bagi portfolio yang berkenaan. Dasar berhubung
dengan rang undang-undang akan dirangka oleh menteri dengan bantuan
pegawai daripada kementeriannya dan atas nasihat Jabatan Peguam
Negara.

Menteri akan memperoleh pandangan daripada agensi kerajaan lain berkaitan.


Setelah itu, menteri tersebut akan memperoleh kelulusan Kabinet bagi dasar,
draf undang-undang yang disediakan oleh Jabatan Peguam Negara dengan
kerjasama kementerian dan penasihat undang-undangnya. Satu notis
pemberitahu kepada setiausaha kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara
mengenai hasratnya untuk membentangkan rang undang-undang tersebut
setelah mendapat kelulusan daripada Kabinet (lihat Rajah 3.9).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA  139

Rajah 3.9: Proses penggubalan undang-undang

Jabatan Percetakan Negara akan mencetak rang undang-undang dan


diedarkan kepada semua ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Setiap
rang undang-undang yang diluluskan oleh sesebuah Dewan akan melalui
empat peringkat, iaitu:
(i) Bacaan pertama*;
(ii) Bacaan kedua*;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


140  TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

(iii) Peringkat jawatankuasa; dan


(iv) Bacaan ketiga.

* Boleh dilakukan pada hari yang sama.

Seterusnya ialah pergi ke Dewan Negara. Penerangan lebih lanjut bagi


setiap peringkat ini adalah seperti yang berikut:

(i) Bacaan pertama merupakan formaliti yang tajuk rang undang-


undang dikemukakan oleh menteri dibaca buat pertama kalinya.
Seterusnya menteri akan memberitahu secara lisan bila bacaan kedua
dibuat;

(ii) Bacaan kedua merupakan peringkat yang paling mustahak yang


prinsip am rang undang-undang itu dibahaskan. Perbincangan
mengenai butiran rang undang-undang itu tidak dibenarkan pada
peringkat ini. Sesuatu rang undang-undang tidak boleh dibaca buat
kali kedua sehingga ia telah dicetak dan diedarkan kepada semua
ahli;

(iii) Peringkat jawatankuasa selepas tamatnya bacaan kedua. Pada


peringkat ini ahli membincangkan butiran rang undang-undang
berkenaan atau mencadangkan pindaan; dan

(iv) Bacaan ketiga (Dewan bersidang semula), menteri akan melaporkan


bahawa rang undang-undang itu telah dipertimbangkan pada
peringkat jawatankuasa dan dipersetujui dengan atau tanpa pindaan.
Menteri seterusnya mengusulkan supaya rang undang-undang itu
dibaca untuk kali ketiga dan diluluskan. Selepas diluluskan, rang
undang-undang tersebut akan dihantar ke Dewan yang satu lagi
(Dewan Negara) untuk dipertimbangkan.
 
Proses yang berjalan dalam Dewan Negara adalah hampir sama dengan
apa yang terdapat dalam Dewan Rakyat, iaitu:
(i) Bacaan pertama*;
(ii) Bacaan kedua*;
(iii) Peringkat jawatankuasa; dan
(iv) Bacaan ketiga.

* Boleh dibaca pada hari yang sama.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA  141

Setelah diluluskan rang undang-undang berkenaan, ia akan


dipersembahkan kepada YDPA untuk dipersetujui seperti yang berikut:
(i) Menurut Perkara 66(4), YDPA hendaklah memperkenankan sesuatu
rang undang-undang dalam tempoh 30 hari selepas ia
dipersembahkan untuk kelulusan. Sekiranya baginda tidak berbuat
demikian, rang undang-undang itu hendaklah menjadi undang-
undang selepas tamat tempoh tersebut seolah-olah ia telah
dipersetujui atau diperkenankan oleh baginda;
(ii) Menurunkan cop Mohor Besar; dan
(iii) Disiarkan dalam Warta Kerajaan, sesuatu undang-undang (Akta
Parlimen) tidak akan berkuat kuasa sehingga diwartakan. Parlimen
mempunyai kuasa untuk menangguhkan kuat kuasa sesuatu undang-
undang atau membuat undang-undang yang berkuat kuasa
kebelakangan (iaitu berkuat kuasa mulai tarikh yang lebih awal dari
tarikh diwartakan).
(f) Keistimewaan Parlimen
Terdapat beberapa keistimewaan yang dimiliki oleh Parlimen bagi
menjamin kebebasan bercakap dan berbahas antaranya:
(i) Kesahihan perjalanan persidangan tidak boleh dipersalahkan di
mana-mana mahkamah;
(ii) Seseorang tidak boleh didakwa kerana terlibat dalam persidangan
mana-mana Dewan Parlimen. Ahli Parlimen tidak boleh
mempersoalkan perkara sensitif seperti hak istimewa orang Melayu,
kerakyatan, bahasa kebangsaan dan kedaulatan raja Melayu; dan
(iii) Seseorang tidak boleh didakwa dalam mahkamah mengenai apa-apa
jua yang disiarkan dengan atau di bawah kuasa mana-mana Majlis
Parlimen.

Peruntukan keistimewaan ini kepada ahli Parlimen supaya mereka dapat


berbincang dalam Parlimen dengan bebas, dan secara berterus-terang
mengenai penyalahgunaan kuasa dan skandal. Keistimewaan ini dapat
melindungi mereka tanpa mempunyai perasaan takut terhadap
pembalasan melalui tindakan dalam mahkamah bagi menuntut ganti rugi
atau dengan cara dakwaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


142  TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

3.3.5 Badan Kehakiman


Badan kehakiman diwujudkan untuk menjaga dan mempertahankan
Perlembagaan serta melaksanakan keadilan berasaskan undang-undang.
Peranan badan kehakiman sebagai badan kerajaan sangat penting bagi negara
seperti Malaysia yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi.

Fungsi badan kehakiman adalah:


(a) Mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri;
(b) Membicara dan memutuskan perkara sivil dan jenayah;
(c) Mentafsir undang-undang bertulis Persekutuan atau negeri; dan
(d) Membuat semakan kehakiman, iaitu kuasa mahkamah untuk
mengisytiharkan undang-undang yang digubal oleh Parlimen atau Dewan
Undangan Negeri sebagai tidak sah dan juga tindakan badan eksekutif
sebagai tidak sah. Tugas penting badan kehakiman adalah untuk
memastikan badan eksekutif dan perundangan tidak menyalahgunakan
kuasa mereka dan bertindak menurut undang-undang (lihat Rajah 3.10).

Rajah 3.10: Istana Kehakiman, Putrajaya


Sumber: www.exploring-malaysia.com

Kedudukan dan kuasa badan kehakiman yang diwujud dan dihadkan di bawah
Perlembagaan Persekutuan adalah sama seperti badan perundangan dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA  143

eksekutif. Peruntukan mengenai badan kehakiman terkandung dalam Perkara


121 hingga Perkara 131A, iaitu Bahagian 9 Perlembagaan Persekutuan.

Pada tahun 1988, Perkara 121 telah dipinda oleh Akta Perlembagaan (Pindaan)
1988 atau Akta 704. Pindaan ini tentang kuasa untuk menetapkan tempat atau
mahkamah bagi perbicaraan sesuatu kes yang kini terletak di tangan Peguam
Negara berbanding sebelum pindaan, iaitu di tangan Mahkamah Tinggi Malaya
dan Mahkamah Tinggi Borneo.

Badan kehakiman berkait rapat dengan doktrin pengasingan kuasa dan konsep
kebebasan kehakiman. Doktrin ini menekankan setiap badan kerajaan
menjalankan kuasa dan fungsi masing-masing secara berasingan tanpa sebarang
pertindihan fungsi. Di Malaysia, badan kehakiman dilaksanakan kuasa secara
ketat kerana tidak terdapat pertindihan fungsi dan kuasa badan ini sama ada
dengan badan eksekutif atau perundangan.

Badan kehakiman di Malaysia sering dikaitkan sebagai penjaga dan pelindung


Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang utama negara dan
memelihara hak dan kebebasan asasi rakyat seperti yang termaktub dalam
Bahagian 2 Perkara 5 hingga 13.

(a) Sistem Kehakiman Malaysia


Di Malaysia, mahkamah awam terbahagi kepada (lihat Rajah 3.11):
(i) Mahkamah Persekutuan (dahulunya Mahkamah Agung);
(ii) Mahkamah Rayuan;
(iii) Dua buah Mahkamah Tinggi, iaitu Mahkamah Tinggi Malaya dan
Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak (dahulunya Mahkamah Tinggi
Borneo); dan
(iv) Mahkamah-mahkamah Rendah yang meliputi Mahkamah Sesyen dan
Mahkamah Majistret.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


144  TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

Rajah 3.11: Struktur mahkamah di Malaysia


Sumber: www.kehakiman.gov.my

Ketua Hakim Negara berfungsi sebagai Ketua Kehakiman, manakala Ketua


Pendaftar dilantik sebagai ketua pentadbiran mahkamah. Selain itu,
terdapat juga mahkamah yang mempunyai bidang kuasa khas seperti
Mahkamah Juvana, Mahkamah Syariah, Mahkamah Perusahaan,
Mahkamah Buruh, Mahkamah Tentera dan Mahkamah Khas.

(b) Pelantikan Hakim dan Majistret


Menurut Bahagian 9 Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, pelantikan
Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah
Rayuan, Hakim-hakim Besar Mahkamah Tinggi dan hakim yang lain bagi
Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi
diperkenankan oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding
dengan Majlis Raja-raja. Pelantikan seseorang hakim dibuat setelah
Perdana Menteri mendapat nasihat dan pandangan daripada Ketua Hakim
Negara.

Seseorang hakim dilantik berdasarkan syarat seperti mestilah warganegara


Malaysia dan dalam tempoh 10 tahun sebelum pelantikan, beliau telah
menjadi Peguam Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau
Mahkamah Tinggi, atau telah berkhidmat dalam Perkhidmatan Kehakiman
dan Perundangan. Perlembagaan Persekutuan menetapkan bilangan hakim
yang dilantik tetapi bilangan ini boleh dipinda oleh YDPA.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA  145

Selain itu, Perkara 122A memberi kuasa kepada YDPA atas nasihat Ketua
Hakim Negara untuk melantik Pesuruhjaya Kehakiman sepenuh masa dan
sambilan yang mempunyai kuasa sama seperti Hakim Mahkamah Tinggi.

Tujuan utama pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman adalah untuk


mengurangkan beban kerja Mahkamah Tinggi. Hakim Mahkamah Sesyen
(dahulunya digelar Yang DiPertua Mahkamah Sesyen) dilantik oleh YDPA
atas nasihat Hakim Besar. Syarat melantik Hakim Mahkamah Sesyen,
seseorang itu mestilah merupakan ahli Perkhidmatan Kehakiman dan
Perundangan.

Pelantikan Majistret Kelas I dibuat seperti yang berikut:


(i) Wilayah Persekutuan, pelantikannya dibuat oleh YDPA atas nasihat
Hakim Besar; dan
(ii) Negeri, pelantikannya dibuat oleh Raja atau Yang di-Pertua Negeri
atas nasihat Hakim Besar.

Pelantikan Majistret kelas II dibuat seperi yang berikut:


(i) Wilayah Persekutuan, pelantikannya dibuat oleh YDPA;
(ii) Negeri, pelantikannya dibuat oleh Raja atau Yang di-Pertua Negeri;
dan
(iii) Sesiapa sahaja (lazimnya pegawai awam seperti Pegawai Daerah)
yang dianggap layak dan sesuai boleh dilantik sebagai Majistret Kelas
II.

(c) Kebebasan Kehakiman


Kebebasan kehakiman bermaksud hakim boleh mentafsir undang-undang
dan mentadbir keadilan mengikut pertimbangan sendiri tanpa rasa takut
atau pilih kasih. Dalam Perlembagaan Persekutuan terdapat beberapa
peruntukan untuk menjamin kebebasan kehakiman dan dihormati oleh
semua anggota Perundangan dan Eksekutif. Seseorang hakim hanya boleh
memegang jawatannya sehingga mencapai umur 65 tahun atau jika
diperkenankan oleh YDPA sehingga satu tempoh selanjutnya yang tidak
boleh melebihi enam bulan.

Hakim juga boleh meletakkan jawatannya sebelum mencapai umur


tersebut. YDPA boleh melucutkan jawatan seseorang hakim atas syor suatu
tribunal yang terdiri daripada sekurang-kurangnya lima orang hakim atau
bekas hakim.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


146  TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

Seseorang hakim dipecat atas alasan seperti berkelakuan tidak baik, tidak
berkeupayaan dan kelemahan tubuh atau otak. Oleh itu, ia adalah sukar
untuk melucutkan jawatan seseorang hakim kerana tindakan tersebut
bergantung pada pendapat tribunal yang kesemua ahlinya terdiri daripada
hakim.

(d) Hierarki Mahkamah Awam


Mahkamah awam di Malaysia terdiri daripada Mahkamah Atasan dan
Mahkamah Rendah.
(i) Mahkamah Atasan terdiri daripada Mahkamah Persekutuan,
Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi Malaya, dan Mahkamah
Tinggi Sabah dan Sarawak; dan
(ii) Mahkamah Rendah pula terdiri daripada Mahkamah Sesyen dan
Mahkamah Majistret.

Yang berikut ialah hierarki bagi mahkamah ini.

(i) Mahkamah Persekutuan


Mahkamah Persekutuan diwakili oleh Ketua Hakim Negara (sebagai
Yang di-Pertua Mahkamah), Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim
Besar Mahkamah Tinggi dan selain daripada yang diperuntukkan
dengan perintah oleh YDPA, tujuh orang hakim Mahkamah
Persekutuan yang lain dan beberapa orang hakim tambahan.

Kebiasaannya kes Mahkamah Persekutuan dibicarakan oleh tiga


orang hakim walaupun Ketua Hakim Negara mempunyai kuasa
untuk menambahkan bilangan kepada lima hingga tujuh orang
tertakluk kepada kepentingan kes terhadap negara.

Bidang kuasa Mahkamah Persekutuan adalah seperti yang berikut:


 Kuasa eksklusif untuk menentukan kesalahan undang-undang
yang dibuat oleh Parlimen atau Badan Perundangan Negeri;
 Kuasa eksklusif untuk memutuskan sebarang pertikaian antara
negeri atau antara Persekutuan dengan negeri;
 Kuasa untuk memutuskan rayuan terhadap keputusan
Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi atau seseorang hakimnya
bagi kes sivil dan jenayah. Fungsi ini merupakan sebahagian besar
daripada kerja Mahkamah Persekutuan. Bagi kes yang
dikemukakan, jumlah atau nilai perkara yang terlibat mestilah
tidak kurang daripada RM250,000. Bagi kes jenayah, satu rayuan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA  147

boleh dibuat terhadap pembebasan, atau sabitan berdasarkan


persoalan undang-undang, fakta, atau terhadap hukuman; dan
 Kuasa memutuskan persoalan Perlembagaan yang dirujukkan
kepadanya oleh Mahkamah Tinggi atau YDPA.

(ii) Mahkamah Rayuan


Mahkamah Rayuan ialah mahkamah perantaraan antara Mahkamah
Persekutuan dengan Mahkamah Tinggi yang diketuai oleh Presiden
Mahkamah Rayuan. Semua prosiding dalam Mahkamah Rayuan akan
didengar dan diputuskan oleh tiga orang hakim dan dipengerusikan
oleh Presiden Mahkamah Rayuan.

Bidang kuasa Mahkamah Rayuan adalah seperti yang berikut:


 Memutuskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi atau
seseorang hakimnya bagi kes sivil dan jenayah (kecuali keputusan
Mahkamah Tinggi yang diberikan oleh pendaftar atau pegawai
lain mahkamah itu dan yang boleh dirayu kepada seorang hakim
mahkamah itu di bawah undang-undang persekutuan); dan
 Apa-apa bidang kuasa lain sebagaimana yang diberikan melalui
atau di bawah undang-undang persekutuan.

Mahkamah Rayuan tidak mempunyai sebarang bidang kuasa asal.


Bagi rayuan sivil, jumlah atau nilai perkara yang terlibat mestilah
tidak kurang daripada RM250,000 (kecuali dengan izin Mahkamah
Rayuan). Bagi kes jenayah, satu rayuan boleh dibuat terhadap
pembebasan atau sabitan berdasarkan persoalan undang-undang,
fakta atau terhadap hukuman.

(iii) Mahkamah Tinggi


Mahkamah Tinggi terbahagi kepada Mahkamah Tinggi Malaya, dan
Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak. Mahkamah Tinggi Malaya
diketuai oleh Hakim Besar Malaya manakala Mahkamah Tinggi
Sabah dan Sarawak diketuai oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak.

Bilangan Hakim Mahkamah Tinggi Malaya adalah seramai 48 orang


manakala Hakim Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak adalah
seramai 10 orang. Setiap perbicaraan di Mahkamah Tinggi yang
dijalankan akan dipengerusikan oleh seorang hakim.

Sebelum tahun 1995, orang yang dituduh dengan kesalahan


membunuh di Semenanjung Malaysia akan dibicarakan oleh seorang
hakim dan panel juri. Manakala di Sabah dan Sarawak ia dibicarakan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


148  TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

oleh seorang hakim yang dibantu oleh pengapit (iaitu orang biasa
yang menasihati hakim mengenai persoalan fakta yang berkaitan
dengan sesuatu kes). Sistem juri telah dihapuskan oleh kerajaan
kerana masalah mendapatkan ahli juri dan kesukaran juri
membezakan antara fakta dan undang-undang.

Bidang kuasa Mahkamah Tinggi adalah seperti yang berikut:


 Bidang kuasa asal yang tidak terhad bagi kes sivil dan jenayah.
Hanya kes yang berada di luar bidang kuasa Mahkamah Rendah
dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Bagi kes sivil, jumlah nilai yang
dituntut lazimnya melebihi RM250,000;
 Bidang kuasa untuk mendengar dan menimbangkan rayuan
terhadap keputusan Mahkamah Rendah bagi kes sivil dan
jenayah. Bagi kes sivil yang dikemukakan, jumlah wang atau nilai
perkara menjadi persoalan mestilah melebihi RM10,000 kecuali
bagi persoalan undang-undang, dan perbicaraan mengenai nafkah
isteri dan anak;
 Bidang kuasa menyemak keputusan Mahkamah Rendah dalam
kes sivil dan jenayah. Ini adalah perlu untuk memastikan kesahan
keputusan atau perjalanan perbicaraan sesebuah Mahkamah
Rendah; dan
 Bidang kuasa untuk menasihati Mahkamah Rendah mengenai
soal Perlembagaan yang timbul dalam sebarang prosiding
mahkamah tersebut.

Mahkamah Tinggi turut mempunyai bidang kuasa luar wilayah


untuk mengadili kesalahan yang dilakukan oleh:
 Sesiapa sahaja sama ada warganegara atau tidak di atas mana-
mana kapal atau kapal terbang yang didaftarkan di Malaysia;
 Warganegara atau pemastautin tetap di laut lepas di atas mana-
mana kapal atau kapal terbang;
 Sesiapa sahaja sama ada warganegara atau tidak bagi pelanunan
menurut undang-undang antarabangsa; dan
 Warganegara atau pemastautin tetap di luar Malaysia yang
disahkan oleh Peguam Negara sebagai satu kesalahan yang
mengancam keselamatan Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA  149

(iv) Mahkamah Sesyen


Mahkamah Sesyen merupakan mahkamah rendah yang paling tinggi
dalam kes sivil dan jenayah yang diketuai oleh Hakim Mahkamah
Sesyen. Mahkamah Sesyen boleh membicarakan semua kesalahan
jenayah selain daripada kesalahan yang boleh dihukum mati.
Sebelum tahun 1995, Mahkamah Sesyen boleh menjalankan siasatan
permulaan bagi kes yang boleh dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi.

Namun kerajaan telah menghapuskan sistem perbicaraan awalan bagi


memperkemaskan pentadbiran keadilan jenayah serta mengelak
pembaziran masa. Mahkamah Sesyen mempunyai bidang kuasa
untuk mengendalikan kes sivil dengan jumlah nilai yang dituntut
tidak melebihi RM250,000. Selain itu, Mahkamah Sesyen mempunyai
bidang kuasa yang tidak terhad bagi membicarakan segala tindakan
atau tuntutan sivil berhubung kemalangan kenderaan bermotor, tuan
rumah dan penyewa, dan distres.

(v) Mahkamah Majistret


Mahkamah Majistret mempunyai bidang kuasa membicarakan kes
sivil dan jenayah yang kecil serta mengeluarkan saman dan waran.
Bidang kuasa mahkamah ini terbahagi kepada Majistret Kelas Satu
atau Majistret Kelas Dua (lihat Jadual 3.3).

Jadual 3.3: Perbezaan Bidang Kuasa antara Majistret Kelas Satu dan Majistret Kelas Dua

Majistret Kelas Satu Majistret Kelas Dua


Membicarakan kes sivil yang jumlah Membicarakan kes sivil yang
atau nilai perkara yang dipertikaikan membabitkan tuntutan tidak melebihi
tidak melebihi RM25,000. RM3,000.
Membicarakan kesalahan jenayah yang Membicarakan kesalahan jenayah yang
hukumannya tidak melebihi 10 tahun hukumannya tidak melebihi 12 bulan
penjara atau yang hanya dapat penjara atau yang hanya dapat dihukum
dihukum dengan denda sahaja serta dengan denda sahaja.
kesalahan di bawah Seksyen 392 dan
457 Kanun Keseksaan.
Hukuman maksimum yang boleh Hukuman maksimum yang boleh
dikenakan ialah RM10,000, lima tahun dikenakan ialah denda RM250, tiga
penjara, 12 kali rotan atau gabungan bulan penjara atau gabungan kedua-dua
ketiga-tiga hukuman tersebut. hukuman tersebut.

(vi) Mahkamah Kanak-kanak


Pada asalnya, Mahkamah Kanak-kanak dikenali sebagai Mahkamah
Juvana. Mahkamah Juvana telah ditubuhkan di bawah Akta

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


150  TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

Mahkamah Juvana 1947 dan berkuat kuasa di Persekutuan Tanah


Melayu pada tahun 1949, Sabah dan Sarawak masing-masing pada
tahun 1972 dan 1986. Kemudian, pada tahun 2001, Mahkamah ini
ditukar kepada Mahkamah Kanak-kanak di bawah Akta Kanak-kanak
2001 (Akta 611). Mahkamah Kanak-kanak mempunyai bidang kuasa
untuk membicarakan pesalah budak dalam semua kesalahan kecuali
yang boleh dihukum bunuh. Dewan Rakyat telah meluluskan Rang
Undang-undang Mahkamah Juvana (Pindaan) (Juvenile Courts
[Amendment] Bill) pada tahun 1975 dengan menaikkan umur
tanggungjawab jenayah dari 7 ke 10 tahun manakala umur teratas
juvana juga dinaikkan dari 17 ke 18 tahun.

Majistret Kelas Satu akan mengetuai Mahkamah Kanak-kanak untuk


memutuskan sama ada seseorang itu bersalah atau tidak. Majistret
dibantu oleh dua orang pengapit (orang awam yang bukan ahli
undang-undang) yang menasihatinya mengenai hukuman.

Perbicaraan Mahkamah Kanak-kanak tidak dibuka kepada umum


bagi melindungi pesalah muda daripada publisiti. Mahkamah Kanak-
kanak turut melarang akhbar mendedahkan butiran yang boleh
mengecam seseorang pesalah juvana. Seseorang budak yang didapati
bersalah tidak disabitkan ataupun dihantar ke penjara tetapi beliau
akan dihantar ke sekolah pemulihan akhlak sehingga mencapai umur
21 tahun.

Pesalah kanak-kanak akan diberi pendidikan dan latihan yang sesuai


untuk membolehkannya mendapat pekerjaan apabila keluar nanti. Di
samping itu, pesalah boleh dikenakan ikatan jamin, hukuman denda
atau di tempatkan di bawah jagaan keluarga. Pesalah yang tidak
berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Kanak-kanak boleh
membuat rayuan kepada Mahkamah Tinggi.

(vii) Mahkamah Syariah


Mahkamah Syariah ditubuhkan di setiap negeri di Malaysia di bawah
Enakmen atau Ordinan Pentadbiran Agama Islam negeri masing-
masing. Bidang kuasa mahkamah ini adalah dalam kes keluarga dan
pentadbiran agama Islam serta mahkamah ini adalah khas untuk
orang Islam saja.

(viii) Mahkamah Perusahaan


Mahkamah Perusahaan ditubuhkan di bawah Akta Perhubungan
Perusahaan 1967. Bidang kuasa mahkamah ini terhad kepada
pertikaian perusahaan antara pihak majikan dan pekerja. Pertikaian
perusahaan bermaksud „apa-apa pertikaian antara majikan dengan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA  151

pekerja-pekerjanya yang berkaitan dengan pekerjaan atau bukan


pekerjaan atau syarat-syarat pekerjaan atau keadaan pekerjaan
pekerja tersebut.‰ Pihak majikan atau pekerja tidak boleh terus
merujuk pertikaian mereka kepada Mahkamah Perusahaan
sebaliknya ia mestilah dibuat melalui Menteri Sumber Manusia.

Mahkamah Perusahaan diketuai oleh Presiden yang dilantik oleh


YDPA dan panel yang dilantik oleh Menteri Sumber Manusia. Panel
tersebut diwakili oleh pihak majikan dan pihak pekerja. Perbicaraan
Mahkamah Perusahaan melibatkan Presiden dan tiga ahli, dan setiap
kumpulan yang dipilih daripada panel berkenaan. Pihak yang terlibat
dalam pertikaian boleh diwakili oleh pegawai kesatuan sekerja
ataupun persatuan majikan. Sekiranya sesuatu pihak ingin diwakili
oleh peguam bela, kebenaran Presiden Mahkamah Perusahaan perlu
diperoleh.

Keputusan Mahkamah Perusahaan hendaklah mengambil kira


perkara yang tidak berkaitan dengan undang-undang seperti
kepentingan awam, implikasi kewangan dan ekonomi negara serta
muktamad. Rayuan hanya boleh dibuat kepada Mahkamah Tinggi
sekiranya telah berlaku keingkaran atau perkara yang diputuskan
berada di luar bidang kuasanya.

(ix) Mahkamah Buruh


Mahkamah Buruh ditubuhkan di bawah Akta Pekerjaan 1955.
Mahkamah Buruh diketuai oleh seorang pegawai dari Jabatan Buruh
dan beroperasi di jabatan berkenaan. Bidang kuasa Mahkamah Buruh
adalah terhad untuk mengadili pertikaian antara majikan dengan
pekerja mengenai pembayaran gaji yang berpendapatan tidak
melebihi RM1,000 sebulan.

(x) Mahkamah Tentera


Mahkamah Tentera ditubuhkan di bawah Akta Angkatan Tentera
1972. Mahkamah Tentera mempunyai bidang kuasa untuk
membicarakan sesiapa jua yang tertakluk kepada undang-undang
perkhidmatan angkatan tentera dan telah melakukan sebarang
kesalahan yang boleh dibicarakan.

Undang-undang perkhidmatan angkatan tentera adalah untuk


memelihara disiplin dalam kalangan anggota tentera. Antara
kesalahan yang boleh dibicarakan oleh Mahkamah Tentera ialah
pengingkaran perintah, tidak hadir bekerja tanpa cuti (AWOL 
absent without leave) dan meninggalkan perkhidmatan tentera tanpa
kebenaran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


152  TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

(xi) Mahkamah Khas


Mahkamah Khas dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara
Mahkamah Persekutuan. Hakim-hakim Besar Mahkamah Tinggi dan
dua orang lain yang memegang atau pernah memegang jawatan
sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi yang
dilantik oleh Majlis Raja-raja. Mahkamah Khas mempunyai bidang
kuasa eksklusif membicarakan segala kesalahan yang dilakukan di
Persekutuan oleh YDPA atau seorang Raja atas sifat peribadinya dan
segala kes sivil oleh atau terhadap YDPA atau Raja.

Mahkamah Khas mempunyai bidang kuasa yang sama seperti yang


terletak pada Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Tinggi dan
mahkamah bawahan. Segala keputusan Mahkamah Khas adalah
muktamad dan tidak boleh dicabar atau dipertikaikan dalam mana-
mana mahkamah atas sebarang alasan.

(xii) Mahkamah Bumiputera


Mahkamah Bumiputera (Mahkamah Anak Negeri) yang ditubuhkan
di bawah Ordinan Mahkamah Bumiputera Sabah dan Ordinan
Mahkamah Bumiputera Sarawak 1992. Undang-undang Adat di
Sabah dan Sarawak ditadbir di bawah Mahkamah Bumiputera.
Bidang kuasa Mahkamah Bumiputera adalah untuk membicarakan
perkara berikut:
 Kesalahan melanggar undang-undang adat dan pihak yang
terlibat ialah bumiputera;
 Kes yang timbul akibat melanggar undang-undang adat
bumiputera mengenai agama, perkahwinan atau perkara seks dan
salah seorang daripada pihak yang terlibat ialah bumiputera; dan
 Kes sivil yang nilai perkara yang terlibat tidak melebihi RM2000
dan pihak yang terlibat adalah tertakluk kepada sistem undang-
undang diri bumiputera yang sama.

SEMAK KENDIRI 3.3

1. Jelaskan bagaimana undang-undang digubal di Malaysia.

2. Bincangkan peranan Badan Kehakiman di Malaysia.

3. Bezakan antara peranan Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah


Tinggi di Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA  153

 Sistem Federalisme merupakan salah satu struktur pemerintahan yang


memberi penekanan terhadap pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dan
kerajaan negeri dalam sesebuah negara yang berdaulat.

 Sistem pentadbiran negara terbahagi kepada tiga badan utama iaitu Eksekutif
(Pemerintahan), Perundangan (Legislatif) dan Kehakiman (Judisiari).

 Antara peranan penting YDPA termasuk: memelihara kedudukan istimewa


orang Melayu dan juga kedudukan bumiputera di Sabah dan Sarawak;
Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan; kuasa untuk
mengampun kesalahan dan menangguhkan hukuman; Ketua Agama Islam
yang merupakan agama bagi Persekutuan; dan mempunyai kuasa untuk
membuat pelantikan yang penting di bawah Perlembagaan Persekutuan.

 Sistem demokrasi berparlimen membawa maksud rakyat terlibat secara


langsung dalam pentadbiran negara.

 Di Malaysia, proses pilihan raya umum atau pilihan raya kecil melibatkan
enam peringkat, iaitu pengeluaran writ, penamaan calon, kempen pilihan
raya, pengundian, penjumlahan rasmi undi dan pengumuman keputusan
pilihan raya.

Badan eksekutif Majlis Raja-raja


Badan kehakiman Parlimen
Badan perundangan Pilihan Raya Persekutuan
Demokrasi berparlimen Prinsip Rukun Negara
Doktrin Pengasingan Kuasa Raja Berperlembagaan
Federalisme Senarai Bersama
Jemaah Menteri Senarai Negeri
Mahkamah Khas Senarai Persekutuan
Mahkamah Persekutuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
Mahkamah Rayuan Yang di-Pertuan Agong (YDPA)
Mahkamah Tinggi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


154  TOPIK 3 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

Abdul Aziz Bari. (2008). Perlembagaan Malaysia: Asas-asas dan masalah. Kuala
Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Emerson, R. (1979). Malaysia satu pengkajian dalam pemerintahan secara


langsung dan tidak langsung. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

K. C. Wheare. (1953). Federal government. Oxford, England: Oxford University


Press.

Mohamed Salleh Abas. (1984). Pilihan raya Malaysia. Kuala Lumpur, Malaysia:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan (Edisi ke-4) (2005). Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Nadzan Haron, & Rozeman Abu Hassan. (2010). Malaysia melangkah ke


hadapan: Pengajian Malaysia sejak 1945. Selangor, Malaysia: Penerbitan
Multimedia.

Ongkili, J. P. (1985). Nation-building in Malaysia 1946-1974. Kuala Lumpur,


Malaysia: Oxford University Press.

Parlimen Malaysia. (t. t.). Dicapai dari http://www.parlimen.gov.my

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. (t. t.). Dicapai dari http://www.spr.gov.


my/

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Kemasyarakatan
dan Perpaduan
4
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti pelbagai kelompok etnik di Malaysia;
2. Membincangkan pembentukan etnik di Malaysia;
3. Menghuraikan semangat persefahaman yang tulen dan sikap
hormat-menghormati antara satu sama lain dalam kalangan rakyat
pelbagai agama, kaum dan budaya;
4. Mengenal pasti integrasi sebagai asas perpaduan negara;
5. Mengaplikasikan Rukun Negara sebagai ideologi; dan
6. Mengamalkan semangat cinta kepada negara.

 PENGENALAN
Malaysia mempunyai pelbagai etnik dan kaum yang dikenali sebagai
masyarakat majmuk. Bagi memelihara kemajmukan masyarakat di Malaysia,
perpaduan dan integrasi merupakan keperluan untuk menjamin kehidupan
rakyatnya yang aman dan damai. Perpaduan di negara ini berasaskan kepada
ideologi negara (Rukun Negara). Mari kita mendalami dengan lebih lanjut
tentang kemasyarakatan dan perpaduan dalam topik ini. Topik ini terbahagi
kepada tiga komponen, iaitu komposisi etnik di Malaysia, perpaduan negara dan
integrasi nasional, dan Rukun Negara sebagai ideologi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


156  TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN

4.1 KOMPOSISI ETNIK PENDUDUK MALAYSIA


Pada tahun 2010, jumlah penduduk Malaysia ialah 28.6 juta dan diunjurkan
meningkat sebanyak 10 juta (35 peratus) kepada 38.6 juta pada tahun 2040
(Jabatan Statistik Negara, 2014). Anggaran penduduk Malaysia sehingga tahun
2014 ialah sebanyak 30 juta dengan mempunyai pelbagai etnik termasuk
penduduk di Sabah dan Sarawak.

Orang Melayu mempunyai bilangan paling ramai, 50 peratus daripada 30 juta


penduduk, diikuti dengan orang Cina (22 peratus), Bumiputera lain (12 peratus),
bukan warganegara (9 peratus), orang India (6 peratus), dan lain-lain (1 peratus).
Carta pai berikut menunjukkan maklumat terperinci peratus etnik rakyat di
Malaysia (rujuk Rajah 4.1).

Rajah 4.1: Jumlah penduduk Malaysia sehingga bulan September 2014


Sumber: Jabatan Statistik Negara (2014)

4.1.1 Sejarah Kedatangan Masyarakat Bukan


Peribumi
Sejarah Tanah Melayu melalui kemasukan pelbagai kaum dan kehadiran kuasa
penjajah telah berlaku secara berterusan dan mengambil masa selama ratusan
tahun. Kehadiran mereka ini mewujudkan interaksi, integrasi dan asimilasi
dalam masyarakat Melayu. Proses ini berterusan sehingga hari ini. Dalam
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN  157

membicarakan persoalan tersebut, lebih baik kita melihat sejarah kehadiran


mereka di Tanah Melayu terlebih dahulu.

(a) Penghijrahan Orang Indonesia


Proses imigrasi kaum yang pertama kali berlaku di Tanah Melayu
merupakan penghijrahan penduduk dari Indonesia ke Tanah Melayu tetapi
amat kurang kajian yang membicarakan proses penghijrahan ini. Situasi ini
terjadi kerana mereka diistilahkan sebagai serumpun khususnya „Melayu‰.

Lantaran itu, kehadiran mereka ke Tanah Melayu lebih tepat diistilahkan


sebagai satu proses perantauan yang membawa maksud berjalan kaki atau
berlayar ke tempat lain kerana mencari kehidupan yang lebih baik. Konsep
merantau ini tidak asing dalam kalangan masyarakat Melayu dan
merupakan perkara yang normal pada waktu itu.

Penghijrahan orang Indonesia amat pesat berlaku sekitar awal kurun ke-19
dan proses penghijrahan atau perantauan ini berlaku secara berterusan.
Kumpulan yang merantau ini merangkumi kelompok etnik seperti orang
Jawa, Kerinchi, Banjar, Mandailing, Minangkabau, Bangkahulu, Rawa,
Kampar, Bugis, Boyan dan Madura. Mereka datang dari Pulau Sumatera,
Pulau Jawa, Kalimantan, Sulawesi, Madura dan kepulauan Melayu lain
yang terdapat di sekitar Nusantara.

Kedatangan mereka ini dalam jumlah yang ramai serta mendiami sekitar
kawasan Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu. Mereka aktif dalam
bidang pertanian dan perdagangan. Malah mereka turut datang sebagai
buruh dan bergaul dengan penduduk tempatan, berasimilasi hingga
membentuk sebahagian masyarakat lokal di Tanah Melayu pada hari ini.
Jadual 4.1 memaparkan latar belakang pelbagai kaum penduduk Tanah
Melayu yang berasal dari Indonesia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


158  TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN

Jadual 4.1: Latar Belakang Penduduk Tanah Melayu yang Berasal dari Indonesia

Kaum Latar Belakang


Orang Jawa  Penghijrahan beramai-ramai akibat dasar transmigrasi Belanda,
iaitu perpindahan penduduk dari Pulau Jawa.
 Kebanyakan mereka terdiri daripada pekerja di ladang kopi, getah
dan di kawasan tanah yang baharu dibuka. Dianggarkan pada
tahun 1930 terdapat 170,000 orang Jawa di Singapura.
 Kebanyakan mereka di Tanah Melayu terdapat di Johor (Muar,
Batu Pahat dan Pontian), Selangor (Klang, Kuala Selangor dan
Kuala Lumpur) dan Perak (Hilir Perak, Kerian dan Parit Buntar).

Orang Banjar  Berasal dari daerah Banjarmasin, Kalimantan.


 Kebanyakan mereka melibatkan diri dalam perusahaan tanaman
padi.
 Pada tahun 1931 bilangan penduduk Banjar di Tanah Melayu ialah
45,382 orang.
 Kebanyakan mereka mendiami kawasan pinggir pantai dan lembah
sungai seperti di Kerian, Parit Buntar (Perak), Sabak Bernam
(Selangor) dan Batu Pahat (Johor).

Orang Bugis  Berasal dari Pulau Sulawesi.


 Mereka merupakan golongan peniaga dan di Tanah Melayu, ramai
yang menetap di Perak, Selangor, Pahang dan Johor.
 Di Johor kebanyakannya tinggal di kawasan Benut, Kukup dan
Rengit (daerah Batu Pahat), sementara di Selangor kebanyakannya
terdapat di Lembah Langat. Di Perak, orang Bugis merupakan
golongan pedagang.

Orang Boyan  Berasal dari Pulau Boyan.


 Kebanyakan mereka berhijrah ke Singapura, Ipoh, Kuala Lumpur,
Johor Bahru dan Pulau Pinang.
 Mereka tertumpu di bandar besar kerana mereka mempunyai
keahlian dalam memelihara kuda lumba.

Orang  Berasal dari Sumatera.


Minangkabau
 Di Tanah Melayu tumpuan mereka di Negeri Sembilan dan Melaka
di mana mereka dikenali sebagai pengamal Adat Perpatih.
 Kebanyakan mereka terlibat dalam perniagaan dan pertanian.

Sumber: Nazarudin dan Darlina (2009)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN  159

(b) Orang Cina


Penghijrahan awal orang Cina bermula pada zaman Kesultanan Melayu
Melaka menerusi aktiviti perdagangan dan proses perkahwinan Puteri
Hang Li Po dengan Sultan Mansur Syah. Namun itu hanyalah sejarah awal
kedatangan orang Cina. Penghijrahan secara besar-besaran berlaku sekitar
abad ke-19 dan ke-20 (Ishak Saat, 2005).

Walaupun pada peringkat awal, penghijrahan mereka bersifat sementara


tetapi akhirnya selepas Perang Dunia Kedua mereka menjadi penduduk
tetap di Tanah Melayu. Ini diperkukuhkan dengan pemberian taraf
kerakyatan jus soli melalui perlembagaan Malayan Union. Melalui
perlembagaan tersebut, setiap penduduk Tanah Melayu mempunyai status
kerakyatan yang sama secara automatik, namun jus soli mendapat
tentangan dan dihapuskan.

Jika ditinjau daripada pola penghijrahan berdasarkan kelompok bahasa


dan dialeknya, didapati mereka ini terdiri daripada kelompok bahasa
Teochew, Kantonis dan Hailam yang berasal dari wilayah Kwangtung.
Hokkien dari wilayah Fukien dan mereka yang berdialek Hakka dari
wilayah pergunungan Kwangtung. Ciri-ciri kelompok orang Cina dapat
diringkaskan seperti dalam Jadual 4.2 berikut:

Jadual 4.2: Latar Belakang Penduduk Cina di Tanah Melayu

Bilangan
Kelompok Penduduk Ciri Pekerjaan
Tahun 1921

Hokkien 380,656 Terdiri daripada peniaga dan pekedai.

Kantonis 332,307 Terdiri daripada pelombong dan tukang mahir (tukang


kayu, tukang kasut dan tukang besi).

Hakka 218,139 Terdiri daripada pelombong.

Teochew 130,231 Terdiri daripada pekedai dan peladang yang membuka


ladang tebu di Province Wellesley dan Pulau Pinang,
dan ladang gambir dan lada hitam di Johor.

Hailam 68,393 Terdiri daripada pekedai makanan dan pembekal


keperluan domestik.

Sumber: Nazarudin dan Darlina (2009)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


160  TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN

(c) Orang India


Kemasukan orang India bermula dengan perkembangan sektor ekonomi
perladangan seperti estet tebu, kopi dan getah. Mereka dibawa masuk pada
sekitar abad ke-19 dan awal abad ke-20. Kemasukan mereka ini bagi
menampung keperluan buruh ladang yang terdesak. Fenomena ini berlaku
kerana masyarakat peribumi lokal yang tidak berminat bekerja di ladang
yang dibuka. Manakala kaum Cina telah memiliki pekerjaan mereka seperti
sektor perniagaan, sektor perlombongan dan juga kegiatan pertanian.

Bagi memenuhi keperluan terdesak itu, maka buruh India diatur. Pada
sekitar tahun 1840-an, buruh India dibawa masuk oleh peladang Inggeris
untuk bekerja di ladang tebu dan kopi di Seberang Perai. Permintaan buruh
India ini meningkat kerana mereka boleh diperoleh dengan perbelanjaan
yang murah.

Pada awal abad ke-20, bilangan mereka meningkat apabila sektor


perladangan getah diperkenalkan secara besar-besaran oleh syarikat
Eropah terutamanya di negeri Perak, Selangor dan Negeri Sembilan pada
awal abad ke-20. Dianggarkan bahawa antara tahun 1900 hingga 1910,
kemasukan buruh India mencecah seramai 48,000 orang. Kemudian
dianggarkan kemasukan ini terus meningkat sebanyak 908,000 orang
sekitar tahun 1911 hingga 1920 (Ishak Saat, 2005).

Jadual 4.3 memaparkan komposisi kaum dan latar belakang penduduk


India di Tanah Melayu.

Jadual 4.3: Komposisi Kaum dan Latar Belakang Penduduk India di Tanah Melayu

Kaum Latar Belakang

Tamil  Berasal dari Tamil Nadu.


 Kumpulan etnik India yang terbesar di Tanah Melayu (80 peratus
daripada seluruh penduduk India di Tanah Melayu).
 Kebanyakannya bekerja di ladang getah dan kelapa sawit.
 Ada juga yang bekerja dalam jabatan kerajaan.

Malayali  Berasal dari pantai Malabar. Dikenali juga sebagai orang Malabari.
 Merupakan tujuh peratus daripada jumlah penduduk India di Tanah
Melayu yang terdiri daripada kelas pekerja dan kelas pertengahan.
 Kebanyakan kelas pekerja bekerja di ladang dan kelas menengah
bekerja dalam perkhidmatan perkeranian dan profesional.
 Terkenal dengan kedai makanan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN  161

Telegu  Berasal dari Andhra Pradesh.


 Merupakan empat peratus daripada jumlah penduduk India di
Tanah Melayu.
 Kebanyakannya bekerja sebagai buruh di ladang.

Sikh  Berasal dari Punjab.


 Kebanyakannya terlibat dalam pekerjaan di perkhidmatan polis
dan kereta api, pengawal keselamatan dan penternak lembu.
 Mulai tahun 1920-an terdapat ramai orang Sikh terlibat dalam
bidang perniagaan dan profesional.

Sumber: Nazarudin dan Darlina (2009)

(d) Orang Barat


Kedatangan orang Barat ke Timur dikaitkan dengan zaman kebangkitan
kuasa Barat pada abad ke-15 Masihi apabila kuasa Portugis berjaya
menemui jalan perdagangan yang baharu di seluruh dunia bagi negara
Eropah. Mulai abad tersebut, negara-negara Eropah seperti Portugis,
Belanda, Sepanyol, Inggeris, Perancis, Amerika Syarikat, Denmark, Sweden
dan Belgium berminat dengan dunia Timur (Minton, 1972). Portugis
merupakan kuasa Barat pertama menguasai Tanah Melayu, iaitu Melaka
pada tahun 1511.

Selepas itu, Melaka jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1641 dan akhirnya
jatuh pula ke tangan British pada tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris-
Belanda. Penjajahan British merupakan penjajahan yang paling lama.
British telah mencampuri semua urusan pentadbiran negeri Melayu di
Tanah Melayu bermula tahun 1819 sehingga 1957.

Sepanyol telah datang ke alam Melayu pada tahun 1520 M (Lapian, 1975),
syarikat perdagangan dari Denmark, Sweden, Belgium dan Amerika turut
mencuba meluaskan pengaruhnya ke alam Melayu pada abad ke-17 dan
ke-18 (Minton, 1972).

Ini diikuti Perancis yang mula meluaskan kekuasaannya pada abad ke-19
(Sivachandralingam Sundara Raja, 1997). Kesemua kuasa Barat ini mahu
bersaing dalam perdagangan di Asia Tenggara. Namun kuasa Barat ini
tidak mampu meluaskan pengaruh dan kuasa mereka di Tanah Melayu
walaupun kedatangan kuasa ini membimbangkan British.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


162  TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN

4.1.2 Faktor Penarik dan Penolak


Dalam perbincangan ini kita akan melihat apakah faktor yang menyebabkan
imigran dan kuasa luar berminat datang ke Tanah Melayu.

(a) Orang Indonesia


Kehadiran faktor penolak ialah masalah kesempitan hidup kerana
kepadatan penduduk, ingin memulakan kehidupan baharu, mencari
kekayaan, masalah kesengsaraan dan penindasan pihak penjajah Belanda,
masalah pelarian politik, dan sebagainya.

Manakala faktor penarik pula, keadaan aman dan damai di Tanah Melayu
dan terdapat banyak peluang pekerjaan serta banyak bahan mentah yang
belum terusik. Kehadiran mereka menyebabkan banyak kawasan baharu
dibuka (Ishak Saat, 2005).

(b) Orang Cina


Faktor penolak yang terdapat di negara China ketika itu ialah masalah
kemiskinan dan penderitaan hidup. Ketidakstabilan ekonomi ditambah
dengan pergolakan politik seperti tercetusnya Pemberontakan Taiping
pada tahun 1857 di kawasan tengah dan selatan negara China
menyebabkan mereka keluar dari negara asal mereka. Ini ditambah lagi
dengan masalah kepadatan penduduk di kawasan selatan China
menimbulkan masalah kekurangan makanan dan kebuluran. Situasi ini
mendorong mereka berhijrah dan mencari kehidupan yang lebih baik.

Faktor penarik pula adalah terdapatnya banyak peluang pekerjaan, diikuti


oleh dasar pemerintahan Inggeris yang menggalakkan kemasukan kaum
imigran Cina untuk berniaga dan membuka kawasan lombong bijih timah.
Di samping itu, mereka turut diberi beberapa kemudahan dan
pengangkutan untuk berhijrah ke Tanah Melayu (Kassim Thukiman, 2002).
Proses penghijrahan kaum Cina dilakukan melalui beberapa sistem,
antaranya Sistem Tiket Kredit yang diusahakan oleh kelompok Cina yang
dikenali sebagai kongsi gelap. Kaedah ini mendatangkan banyak masalah
dan kemudian digantikan dengan Sistem Pengambilan Personal yang lebih
menjaga kebajikan mereka.

(c) Orang India


Terdapat dua kategori buruh India di Semenanjung, iaitu satu kumpulan
terdiri daripada kuli kontrak, kumpulan banduan dan tawanan (Ishak Saat,
2005). Penjajah Inggeris di India membuang banduan India ke negeri-negeri
jajahan mulai tahun 1790 hingga 1860. Tenaga banduan dan tawanan ini
diperlukan bagi memenuhi keperluan tenaga buruh dalam projek

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN  163

pembinaan jalan raya, landasan kereta api, jambatan dan bangunan


kerajaan.

Kumpulan kategori kedua pula terdiri daripada buruh kuli kontrak yang
memenuhi keperluan tenaga kerja sektor perladangan sebagaimana yang
telah dijelaskan pada awal perbincangan tadi. Kumpulan kedua ini dibawa
masuk melalui kaedah Sistem Kangani. Di bawah sistem ini pekerja ladang
ditugaskan oleh majikan ladang untuk pulang ke India dan merekrut
pekerja baharu yang berminat berhijrah ke Tanah Melayu dan bekerja
sebagai buruh ladang getah. Kaedah ini ternyata sangat berkesan dan
berjaya membawa masuk hampir satu juta tenaga buruh India ke Tanah
Melayu sebelum ia dihapuskan.

Seperti juga orang Cina, faktor kesempitan hidup dan penindasan tuan
tanah terhadap petani miskin mendorong kaum India mencari
penghidupan baharu di tempat baharu. Lantaran itu Tanah Melayu
menjadi destinasi pilihan. Malah kaum keluarga dan sahabat handai yang
terlebih dahulu berhijrah juga kemudiannya membawa kaum keluarga
mereka mencari rezeki di tempat baharu.

(d) Orang Barat


Kedatangan kuasa Eropah ke alam Melayu disebabkan faktor ekonomi,
politik dan agama. Mereka ingin menguasai perniagaan rempah-ratus dan
juga kerana semangat kebangsaan, iaitu mahu menaikkan nama negara
masing-masing. Sikap permusuhan Eropah kepada agama Islam menjadi
sebab utama Portugis dan Sepanyol menuju ke Timur, kemudiannya
diikuti oleh kuasa Eropah yang lain.

Faktor utamanya adalah untuk bersaing antara kuasa Barat, menguasai dan
memperluaskan tanah jajahan serta mengeksploitasi kegiatan ekonomi di
Asia Tenggara terutamanya pada abad ke-19 hasil daripada zaman
kemajuan Eropah ataupun zaman Renaissance pada abad ke-15.
Kedatangan yang asalnya bertujuan berdagang diakhiri dengan
penguasaan kuasa tersebut ke atas Tanah Melayu.

Faktor-faktor lain yang mendorong Barat ke Timur ialah Dasar Kebenuaan


Napoleon, peperangan, kesan kemelesetan akibat perang, kesan revolusi
industri, peranan ahli ekonomi, tekanan golongan radikal, peranan
golongan utiliarian dan tekanan pedagang (Sivachandralingam Sundara
Raja, 1997).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


164  TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN

4.1.3 Kesan Penghijrahan terhadap Masyarakat


Melayu
Kehadiran orang lain di dunia Melayu telah menimbulkan banyak kesan sama
ada kesan positif mahupun negatif. Namun kehadiran masyarakat bukan
peribumi lokal di Tanah Melayu telah mencorakkan perspektif masyarakat
Melayu, membentuk budaya baharu, meningkatkan daya saing dalam sektor
ekonomi, melahirkan dimensi baharu struktur politik rakyat, memperkenalkan
sistem pendidikan sekular, kewujudan pelbagai adat dan budaya serta memberi
implikasi terhadap pegangan agama.

AKTIVITI 4.1

Bincangkan dengan lanjut bersama tutor dan rakan anda apakah kesan
migrasi ke atas Tanah Melayu dari perspektif berikut:
(a) Politik;
(b) Sosial; dan
(c) Ekonomi.

4.1.4 Penduduk Utama Malaysia


Malaysia terdiri daripada 13 buah negeri dan tiga wilayah Persekutuan. Setiap
negeri dibahagi kepada kawasan bandar dan luar bandar. Kawasan bandar dan
luar bandar bukanlah kawasan pentadbiran yang ditakrif menurut perundangan
tetapi mengikut istilah perangkaan untuk membezakan kawasan berdasarkan
ciri-ciri sosioekonomi tertentu. Berdasarkan bancian pada tahun 2010 tentang
etnik di Semenanjung Malaysia, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan
Sarawak; kumpulan etnik utama mengikut wilayah adalah seperti yang
dipaparkan dalam Jadual 4.4.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN  165

Jadual 4.4: Kumpulan Etnik Utama Mengikut Wilayah di Malaysia

Sabah dan Wilayah


Semenanjung Malaysia Sarawak
Persekutuan Labuan

 Warganegara Malaysia  Warganegara Malaysia  Warganegara Malaysia

 Bumiputera Melayu  Bumiputera Melayu  Bumiputera Melayu

 Bumiputera lain  Kadazan/Dusun  Iban


 Bajau  Bidayuh
 Murut  Melanau
 Bumiputera lain  Bumiputera lain

 Cina  Cina  Cina

 India  India  India

 Lain-lain  Lain-lain  Lain-lain

 Bukan Warganegara  Bukan Warganegara  Bukan Warganegara


Malaysia Malaysia Malaysia

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (2010)

Bancian negara yang dilakukan pada tahun 1970 menunjukkan penduduk


Malaysia dianggarkan 11 juta meningkat kepada 13.9 juta pada tahun 1980.
Jumlah ini terus meningkat pada tahun 1990 (18 juta) dan pada tahun 2010
menjadi 28.6 juta (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010).

Etnik Melayu menjadi majoriti penduduk utama Malaysia diikuti Cina,


Bumiputera lain, India, dan lain-lain. Bukan warganegara Malaysia yang
menetap di Malaysia pada tahun 2000 turut meningkat daripada 1.4 juta kepada
2.6 juta pada tahun 2014. Penduduk Malaysia dijangka meningkat 35 peratus
pada tahun 2040 berdasarkan Jadual 4.5 berikut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


166  TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN

Jadual 4.5: Unjuran Penduduk Mengikut Kumpulan Etnik Tahun 2010 hingga 2040

Tahun
Kumpulan
2010 2015 2020 2025 2030 2035 2040
Etnik
Jumlah
Melayu 14,322.1 15,479.6 16,717.7 17,944.8 19,083.2 20,059.9 20,865.5
Bumiputera
3,354.7 3,672.4 4,005.0 4,336.1 4,647.9 4,926.9 5,166.7
lain
Cina 6,430.4 6,642.0 6,827.1 6,962.2 7,042.2 7,083.1 7,098.9
India 1,924.9 2,012.6 2,096.5 2,167.8 2,220.9 2,249.1 2,257.8
Lain-lain 232.0 267.4 306.1 347.4 389.8 433.3 477.3
Bukan
warganegara 2,324.5 2,411.4 2,488.8 2,535.8 2,581.7 2,637.1 2,691.6
Malaysia
Jumlah 28,588.6 30,485.2 32,441.2 34,294.2 35,965.7 37,389.5 38,557.9

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (2014)

Pada tahun 2010, jumlah penduduk Malaysia ialah 28.6 juta dan diunjurkan
meningkat sebanyak 10 juta (35 peratus) kepada 38.6 juta pada 2040. Namun
kadar pertumbuhan penduduk tahunan menurun daripada 1.8 peratus pada
2010 kepada 0.6 peratus pada tahun 2040. Keadaan ini adalah selaras dengan
sasaran penurunan kadar kesuburan dan migrasi antarabangsa.

Penduduk bumiputera lain pada tahun 2014 ialah Orang Asli yang terdiri
daripada Negrito, Senoi dan Melayu Asli. Penduduk Sabah terdiri daripada
Bajau, Balabak/Molbog, Bisaya/Bisayah, Bulongan, Dusun, Idahan/IdaÊan,
Iranun/Ilanun, Kadayan/Kedayan, Kadazan, Lundayuh/Lundayeh, Murut,
Orang Sungai/Sungoi, Rungus, Suluk, Tidung, bumiputera Sabah lain.

Seterusnya penduduk Sarawak ialah Bisayah (Sarawak), Bukitan, Iban, Kadayan


(Sarawak), Kajang, Kanowit, Kayan, Kejaman, Kalabit, Kenyah, Lahanan, Lisum,
Lugat, Lun Bawang/Murut (Sarawak), Melanau, Penan, Punan, Sabup, Sekapan,
Sian, Sipeng, Tabun, Tagal, Tanjong, Ukit dan bumiputera Sarawak lain.

Etnik Cina di Malaysia pada tahun 2014 terdiri daripada Foochow, Hainan,
Henghua, Hokchia, Hokchiu, Hokkien, Kantonis, Khek (Hakka), Kwongsai,
Teochew, dan lain-lain. Manakala etnik India di Malaysia pada tahun 2014 terdiri
daripada India Muslim/Malabari, Malayali, Punjabi, Sikh, Sinhala, Tamil India,
Tamil Sri Lanka, Telugu dan lain-lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN  167

Bukan warganegara Malaysia pada tahun 2014 pula terdiri daripada orang Arab,
Bangladesh, Indonesia, Jepun, Kampuchea, Keturunan Pulau Kokos, Korea,
Myanmar, Nepal, Pakistan, Filipina, Thailand, Vietnam, bangsa Asia lain,
Denmark, Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol, United Kingdom, bangsa Eropah lain
dan Afrika (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2014).

Struktur umur penduduk Malaysia yang berumur antara 0 hingga 14 tahun


diunjurkan menurun daripada 27.4 peratus kepada 19.6 peratus bagi tempoh
tahun 2010 hingga 2040. Namun penduduk bagi kumpulan umur 15 hingga 64
tahun, dan 65 tahun dan lebih pula dijangka meningkat masing-masing sebanyak
1.4 peratus dan 6.4 peratus bagi tempoh yang sama.

Trend ini turut menyumbang kepada peningkatan umur penengah daripada 26.3
kepada 36.0 tahun. Sepanjang tempoh tersebut juga, penduduk yang berumur 65
tahun dan lebih diunjurkan meningkat lebih tiga kali ganda daripada penduduk
tahun 2010. Peningkatan ini akan menyebabkan Malaysia dijangka mengalami
penuaan penduduk pada tahun 2021 apabila penduduk berumur 65 tahun dan
lebih mencapai 7.1 peratus.

Taburan penduduk mengikut jantina menunjukkan bilangan penduduk lelaki


masih melebihi penduduk perempuan sepanjang tempoh tahun 2010 hingga
2040. Namun peratusan penduduk lelaki semakin berkurangan daripada 51.5
peratus (tahun 2010) kepada 50.8 peratus (tahun 2040) sebaliknya peratusan
penduduk perempuan meningkat daripada 48.5 peratus kepada 49.2 peratus
bagi tempoh yang sama. Ini secara langsung menyumbang kepada penurunan
nisbah jantina daripada 106.3 kepada 103.2.

Komposisi etnik secara keseluruhannya (rujuk Jadual 3.6), semua etnik dijangka
mencatatkan peningkatan dalam jumlah penduduk. Melayu mencatatkan
peningkatan tertinggi, iaitu lebih 6 juta penduduk daripada 14.3 juta (tahun 2010)
kepada 20.9 juta (tahun 2040). Ini diikuti oleh Bumiputera lain dan Cina yang
mencatatkan peningkatan masing-masing sebanyak 1.8 juta dan 0.7 juta. India
dan bukan warganegara pula mencatatkan peningkatan sebanyak 0.4 juta,
manakala lain-lain mencatatkan peningkatan terendah, iaitu 0.2 juta bagi tempoh
yang sama.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


168  TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN

Jadual 3.6: Unjuran Penduduk dan Purata Kadar Pertumbuhan Penduduk Tahunan
Mengikut Kumpulan Etnik di Malaysia pada Tahun 2010 hingga 2040

Bukan
Bumiputera Lain-
Tahun Melayu Cina India Warganegara
Lain lain
Malaysia
Bilangan Penduduk (Â000)
2010 14,322.1 3,354.7 6,430.4 1,924.9 232.0 2,324.5
2015 15,479.6 3,672.4 6,642.0 2,012.6 267.4 2,411.4
2020 16,717.7 4,005.0 6,827.1 2,096.5 306.1 2,488.8
2025 17,944.8 4,336.1 6,962.2 2,167.8 347.4 2,535.8
2030 19,083.2 4,647.9 7,042.2 2,220.9 389.8 2,581.7
2035 20,059.9 4,926.9 7,083.1 2,249.1 433.3 2,637.1
2040 20,865.5 5,166.7 7,098.9 2,257.8 477.3 2,691.6
Purata Kadar Pertumbuhan Penduduk Tahunan (%)
2010 hingga
1.55 1.81 0.65 0.89 2.84 0.73
2015
2015 hingga
1.54 1.73 0.55 0.82 2.71 0.63
2020
2020 hingga
1.42 1.59 0.39 0.67 2.53 0.37
2025
2025 hingga
1.23 1.39 0.23 0.48 2.30 0.36
2030
2030 hingga
1.00 1.17 0.12 0.25 2.12 0.42
2035
2035 hingga
0.79 0.95 0.04 0.08 1.94 0.41
2040

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (2014)

Kadar pertumbuhan penduduk adalah berbeza mengikut kumpulan etnik.


Penurunan dan kenaikan dalam kadar pertumbuhan sepanjang tempoh unjuran
adalah disebabkan oleh perbezaan dalam paras kesuburan, kematian dan migrasi
bagi kumpulan etnik tersebut.

Etnik lain masih menunjukkan purata kadar pertumbuhan tahunan penduduk


pada tahap yang masih tinggi, iaitu 1.94 jika dibandingkan dengan etnik lain
yang mencapai tahap kurang daripada satu peratus pada tahun 2040. Situasi ini
berlaku disebabkan oleh kesan daripada kadar kesuburan yang masih tinggi bagi
etnik tersebut. Bagi penduduk bukan warganegara pula, kadar pertumbuhan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN  169

penduduk menurun daripada 0.73 peratus kepada 0.41 peratus bagi tempoh 2010
hingga 2040.

Purata jangka hayat untuk lelaki dan perempuan di Malaysia masing-masing


meningkat dari 70.0 dan 74.7 tahun pada tahun 2000 kepada 71.9 dan 77.0 tahun
pada tahun 2010. Wanita keturunan Cina mempunyai jangkaan hayat tertua,
iaitu 79.8 tahun, diikuti perempuan India (76.2 tahun), perempuan bumiputera
(75.3 tahun), lelaki Cina (74.4 tahun), lelaki bumiputera (70.5 tahun) dan lelaki
India (68 tahun) (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2014).

AKTIVITI 4.2

Pada pendapat anda, apakah faktor yang menjadikan jangka hayat


penduduk di Malaysia semakin bertambah? Bincangkan.

(a) Taburan penduduk mengikut etnik


Taburan peratus bagi orang Cina dan orang India menunjukkan penurunan
kerana kadar pertumbuhannya terus menurun sepanjang tempoh tahun
2010 hingga 2040. Peratus penduduk Cina yang menurun daripada 22.5
peratus pada tahun 2010 kepada 18.4 peratus pada tahun 2040 ialah kesan
daripada penurunan kadar kesuburan. Rajah 4.2 berikut menjelaskan
perincian perbincangan tadi.

Rajah 4.2: Taburan peratus penduduk mengikut etnik


di Malaysia pada tahun 2010 dan 2040
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (2014)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


170  TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN

(b) Penduduk Peribumi Sabah dan Sarawak


Terdapat pelbagai etnik penduduk di Sabah dan Sarawak. Mereka dapat
dibezakan dari segi kawasan tempat tinggal, ekonomi, sosial dan budaya.
Sabah dan Sarawak terdiri daripada pelbagai suku kaum. Jadual 4.7 berikut
meringkaskan bilangan penduduk Sabah dan Sarawak dan Jadual 4.8
menunjukkan latar belakang penduduk negerinya.

Jadual 4.7: Penduduk (Â000) Mengikut Kumpulan Etnik


di Sabah dan Sarawak pada tahun 2014

Kumpulan Etnik Sabah Sarawak


Jumlah 3,540.3 2,633.1
Melayu 260.1 612.0
Kadazan/Dusun 633.1 757.7
Bajau 494.7 208.4
Murut 114.9 133.7
Bumiputera lain 638.0 168.4
Cina 304.5 606.6
India 11.6 7.4
Lain-lain 112.2 7.5
Bukan warganegara Malaysia 971.2 131.5

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (2014)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN  171

Jadual 4.8: Latar Belakang Suku Etnik di Sabah dan Sarawak

Kaum Latar Belakang


Sabah
Orang  Kaum yang terbesar bilangannya, juga dikenali sebagai orang Dusun.
Kadazan
 Berasal dari Kalimantan dan kebanyakannya tinggal di kawasan
pedalaman.
 Tertumpu di kawasan lembah Ranau dan lembah Tambunan.

Orang  Kaum yang berasal dari Pulau Mindanao dan Sulu, dikenali sebagai
Bajau orang Laut dan orang Samal.
 Tertumpu di kawasan Semporna, Kota Belud dan Pulau Timbang di
Teluk Sandakan.

Orang  Kebanyakannya tinggal di kawasan pedalaman seperti di Tenom,


Murut Rundu dan Pensiangan.
 Terdapat juga dalam kalangan mereka yang masih tinggal di rumah
panjang dan sering hidup berpindah.

Orang  Berasal dari Kepulauan Sulu dan sekarang tertumpu di Sungai Sugut.
Sulu
 Majoriti beragama Islam.

Orang  Berasal dari Brunei dan sekarang menetap di Sabah, tertumpu di


Brunei Beaufort, Kimanis dan Papar.
 Beragama Islam.
Sarawak
Melayu  Berasal dari Sumatera, berada di Sarawak sejak kurun ke-15.
 Kebanyakannya tinggal di kawasan persisiran pantai.
 Beragama Islam.

Melanau  Kebanyakannya tinggal di Sungai Igan, Sungai Oya dan Sungai Mukah.
 Beragama Islam.
 Berlaku asimilasi dengan orang Melayu dan banyak mengamalkan
budaya Melayu.

Iban  Berasal dari Kalimantan (Sungai Kapuas).


 Juga dikenali sebagai Dayak Laut.
 Merupakan suku kaum terbesar dan tinggal di kawasan pedalaman
seperti di Sungai Sekrang, Sungai Batang Lupar dan Sungai Rejang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


172  TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN

Penan  Kebanyakannya hidup berpindah randah, tinggal di hutan.

Kelabir  Tertumpu di kawasan Sungai Baram dan Sungai Rejang.


 Perkampungan mereka yang terkenal ialah di Bario.
 Masih ada yang tinggal di rumah panjang.

Sumber: Nazarudin dan Darlina (2009)

(c) Orang Asli


Istilah Orang Asli merupakan satu panggilan terhadap satu kelompok etnik
yang mula-mula tinggal di Malaysia dikenali sebagai aborigines dalam
perkataan Inggeris. Oleh sebab perkataan aborigines membawa kepada
beberapa makna yang negatif, maka kerajaan Malaysia telah menukarkan
perkataan tersebut kepada Orang Asli semenjak tertubuhnya Jabatan Hal
Ehwal Orang Asli (JHEOA) pada tahun 1954. Akta Orang Asli 1954 (Akta
134) diwujudkan di bawah akta ini No. 3, kemudiannya telah dipinda pada
tahun 1974, penetapan istilah dan kelayakan untuk dikatakan sebagai
komuniti Orang Asli.

Berdasarkan Seksyen 3 dalam Akta Orang Asli 1954 (Akta 134), Orang Asli
ditakrifkan seperti yang berikut:
(i) Mana-mana yang bapanya ialah ahli daripada kumpulan etnik Orang
Asli, yang bercakap bahasa Orang Asli dan lazimnya mengikut cara
hidup Orang Asli dan adat kepercayaan Orang Asli, dan termasuklah
seorang keturunan melalui lelaki itu;
(ii) Mana-mana orang daripada mana-mana kaum yang diambil sebagai
anak angkat semasa budak oleh Orang Asli dan yang telah
dibesarkan sebagai seorang Orang Asli, lazimnya bercakap bahasa
Orang Asli, mengikut cara hidup Orang Asli dan adat kepercayaan
Orang Asli, dan menjadi ahli daripada suatu masyarakat Orang Asli;
atau
(iii) Anak daripada mana-mana penyatuan antara seorang perempuan
Orang Asli dengan seorang lelaki daripada suatu kaum lain, dengan
syarat anak itu lazimnya bercakap bahasa Orang Asli dan
kepercayaan Orang Asli dan masih lagi menjadi ahli daripada suatu
masyarakat Orang Asli.

Masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia merupakan masyarakat


heterogen. Ini kerana setiap suku kaum memiliki bahasa, nilai tradisi,
pandangan dunia dan sejarah mereka tersendiri.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN  173

Orang Asli dikategorikan kepada tiga kumpulan utama, iaitu Negrito,


Senoi dan Melayu Proto/Asli. Daripada tiga kumpulan besar ini, dapat
pula dipecahkan kepada 18 kumpulan etnik yang kecil (lihat Jadual 4.9).
Pembahagian yang dibuat berdasarkan beberapa faktor seperti bentuk
fizikal, bahasa, kebudayaan, adat resam dan fungsi ekonomi.

Jadual 4.9: Taburan Orang Asli Mengikut Rumpun Bangsa dan Suku Kaum di Malaysia

Rumpun Bangsa/Suku Kaum


Negrito Senoi Melayu Proto/Asli
 Kensiu  Semai  Temuan
 Kintak  Temiar  Semelai
 Jahai  Jahut  Jakun
 Lanoh  Che Wong  Orang Kanaq
 Mendriq  Mahmeri  Orang Kuala
 Bateq  Semoq Beri  Orang Selatar

Sumber: Jabatan Kemajuan Orang Asli (t. t.)

(i) Suku Negrito


Kumpulan yang hidup secara nomad dan memburu dikenali sebagai
Negrito, sementara yang berkaitan dengan pertanian dikenali sebagai
Senoi dan Melayu Proto (Dentan, 1968). Dari segi fizikal dan
perawakan, kaum Negrito ini berambut kerinting, bermata bundar,
hidung yang lebar, bibir tebal, tulang pipi yang timbul, berkulit gelap
(Carey, 1976). Berdasarkan ciri-ciri fizikal dan perawakan ini, pengkaji
Barat yang awal menggelar suku kaum ini sebagai Little Negro
sebelum ditukar kepada Negrito.

Dari aspek penempatan, kaum Negrito tinggal di kaki bukit sepanjang


banjaran gunung Semenanjung Malaysia. Kebanyakan kaum Negrito
ialah pemburu dan pemungut hasil hutan dan menangkap ikan.
Mengikut bancian penduduk Orang Asli yang dijalankan oleh JHEOA,
jumlah kaum Negrito di Semenanjung Malaysia pada tahun 2003 hanya
seramai 4,001 orang, iaitu 2.7 peratus (paling sedikit) daripada
keseluruhan Orang Asli (lihat Rajah 4.1).

(ii) Suku Senoi


Suku kaum Senoi adalah suku kaum yang tinggal di kawasan bukit.
Kaum Senoi berkulit lebih cerah (kekuningan ataupun coklat).
Kebanyakan daripada mereka juga mempunyai rambut yang beralun,
fizikal yang tegap dan lebih tinggi (Carey, 1976).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


174  TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN

Dari segi kehidupan harian, kaum Senoi lebih cenderung ke arah


pertanian pindah, memburu binatang serta menangkap ikan. Dari
segi jumlah penduduk pula, kaum Senoi ialah Orang Asli yang paling
ramai. Bilangan mereka pada tahun 2003 ialah 81,826 orang, iaitu 55.5
peratus daripada keseluruhan Orang Asli.

(iii) Suku Melayu Proto/Asli


Melayu Proto ataupun dikenali sebagai Melayu Asli merupakan
kedua terbesar selepas kaum Senoi. Jumlah penduduk suku kaum ini
pada tahun 2003 seramai 61,585 orang, iaitu 41.8 peratus. Melayu
Proto mirip kepada rupa Orang Melayu dan mengamalkan cara
hidup kemelayuan. Mereka mempunyai rambut yang lurus dan
berkulit coklat. Mereka juga mengerjakan pertanian pindah,
memburu binatang, mencari bahan hutan dan menangkap ikan.

Terdapat dalam kalangan Orang Asli yang telah terdedah dengan


kehidupan di luar daripada kehidupan asal mereka. Mereka ini
tinggal berhampiran dengan perkampungan orang Melayu atau
berhampiran dengan bandar dan melibatkan diri dalam pekerjaan
seperti menjadi buruh di kilang, ladang dan sebagai buruh
pembinaan.

Dari segi agama, sebahagian besar daripada Orang Asli (85 peratus)
masih mengamalkan agama asal mereka, iaitu animisme. Bilangan
yang beragama Islam ialah kira-kira 10 peratus, Kristian hampir lima
peratus, Bahai dan lain-lain, dianggarkan satu peratus.

Dari segi pendidikan dan ekonomi pula, pencapaian Orang Asli amat
rendah dan jauh ketinggalan berbanding pencapaian kelompok etnik
lain di Malaysia. Namun demikian dari semasa ke semasa kerajaan
telah berusaha membawa kumpulan Orang Asli ke arus perdana
pembangunan dengan cara memberikan mereka kemudahan
pembangunan. Rajah 4.3 menunjukkan taburan penduduk Orang Asli
mengikut suku kaumnya di Semenanjung Malaysia bagi tahun 2003.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN  175

Rajah 4.3: Penduduk Orang Asli mengikut


suku kaum di Semenanjung Malaysia pada tahun 2003
Sumber: Jabatan Kemajuan Orang Asli (t. t.)

AKTIVITI 4.3

Bincang dan ulas mengapa masyarakat Orang Asli merupakan kaum


yang termiskin berbanding kaum lain di Malaysia.

(d) Migrasi Antarabangsa


Migrasi antarabangsa secara keseluruhannya, peratusan migrasi
antarabangsa (migrasi masuk) pada Banci 2010 (tempoh tahun 2005 hingga
2010) telah meningkat kepada 1.7 peratus (468,025 orang) berbanding 1.5
peratus (331,971 orang) pada Banci 2000. Migran dari Indonesia
mendominasi migrasi masuk antarabangsa dengan 51.7 peratus.

Kebergantungan pada pekerja asing dan persepsi penduduk terhadap


sektor pekerjaan tertentu menyebabkan kerajaan menerima mereka bagi
mengisi kekosongan sektor tersebut. Permintaan buruh yang tinggi berlaku
akibat kepesatan pembangunan ekonomi negara. Pertumbuhan ekonomi
dengan kadar melebihi lima peratus menjana lebih banyak peluang
pekerjaan dan menyebabkan berlakunya kekangan pasaran buruh
tempatan. Langkah mengatasi kekangan pasaran buruh menyebabkan
kerajaan membenarkan kemasukan buruh asing khususnya dalam empat
sektor utama, iaitu perkilangan, perkhidmatan, pembinaan dan
perladangan (lihat Jadual 4.10).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


176  TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN

Jadual 4.10: Sektor Pekerjaan yang Melibatkan Kemasukan Pekerja Warga Asing

Jantina Sektor (Pembinaan, Perladangan, Pertanian,


Negara
Lelaki Perempuan Perkhidmatan dan Perkilangan)

Thailand / /  Semua sektor


Kemboja / /  Semua sektor
Nepal / /  Semua sektor
Myanmar / /  Semua sektor
Laos / /  Semua sektor
Vietnam / /  Semua sektor
Filipina x /  Semua sektor
Pakistan / /  Semua sektor
Sri langka / /  Semua sektor
Turkmenistan / /  Semua sektor
Uzbekistan / /  Semua sektor
Kazakhstan / /  Semua sektor
India / /  Pembinaan.
 Perkhidmatan (tukang emas, borong/
runcit, restoran, tukang masak, logam/
barang lusuh, kitar semula, tekstil dan
tukang gunting rambut).
 Pertanian.
 Perladangan.
Indonesia / /  Pekerja lelaki Indonesia dibenarkan
bekerja dalam semua sektor kecuali
sektor perkilangan, manakala bagi wanita
Indonesia bekerja di semua sektor.
Bangladesh / /  Perladangan.

Sumber: Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (t. t.)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN  177

Kira-kira 71 peratus pekerja yang diserap dalam sektor ini. Dua pertiga daripada
pekerja asing ini terdiri daripada pekerja kurang mahir. Faktor kesukaran hidup
di negara asal, nilai mata wang Malaysia yang tinggi, upah menarik, penerimaan
masyarakat terhadap mereka turut merancakkan kemasukan mereka sama ada
secara sah atau haram. Kira-kira 2.1 juta pekerja asing berdaftar di negara ini,
manakala anggaran yang sama memasuki Malaysia secara haram. Jumlah warga
asing ini dianggarkan sekitar 6.7 juta (Rohaniza Idris & Nadia Hamid, 2014).

AKTIVITI 4.4

Bincangkan bersama rakan anda apakah faktor lain yang menyebabkan


penghijrahan pelbagai kaum ke Malaysia.

4.2 PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI


NASIONAL
Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk
(plural society) dan dianggap menjadi model kepada masyarakat majmuk negara
lain. Ini kerana penduduk Malaysia yang berbilang etnik dapat hidup bersatu
padu, menyelesaikan masalah dan mengelakkan konflik. Ini membuktikan
wujudnya perpaduan di negara ini. Maka perpaduan sangat penting untuk
kestabilan dan keharmonian negara.

Malaysia mementingkan integrasi nasional selepas Peristiwa 13 Mei 1969,


khususnya melalui penggubalan dan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Dalam subtopik ini kita akan melihat perpaduan, integrasi sebagai asas
kestabilan dan keharmonian sebuah negara.

4.2.1 Konsep Perpaduan, Integrasi dan Masyarakat


Majmuk
Perpaduan merupakan satu proses menyatupadukan anggota masyarakat dan
negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya setiap anggota masyarakat
dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan kebangsaan
bersama dalam kalangan mereka.

Perpaduan nasional merujuk kepada penyatuan pelbagai kelompok daripada


latar belakang sosial dan kebudayaan yang berbeza menjadi satu entiti fizikal.
Ketika ini penduduk Malaysia bersatu dari sudut zahir dan luaran. Mereka
tinggal bersama dan menjalankan aktiviti seharian dengan aman. Walau
bagaimanapun, sejauh mana mereka telah berintegrasi sukar dipastikan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


178  TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN

Konsep integrasi lebih luas kerana ia merupakan proses penyatuan antara


kelompok yang berbeza latar belakang, menjadi satu entiti yang terikat oleh
norma dan nilai kepentingan bersama. Apabila dihalusi dengan lebih mendalam,
terdapat satu unsur penting yang mengikat antara kelompok tersebut sekalipun
berbeza latar belakang.

Ini disebabkan oleh masing-masing mempunyai perasaan kekitaan (sense of


belonging) hasil daripada ikatan perasaan antara manusia itu sendiri yang
akhirnya berlaku perkongsian pemikiran, dan hati walaupun berbeza budaya
dan etnik. Integrasi nasional merupakan satu proses berbentuk abstrak, satu
penyatuan yang sebati dan berpanjangan.

Masyarakat majmuk merupakan kumpulan manusia yang hidup bersama (di


sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu), pergaulan hidup, masyarakat
yang terdiri daripada beberapa bangsa, kumpulan etnik atau suku bangsa, dan
sebagainya (Kamus Dewan, 2005).

Furnivall (1991) mendefinisikan ciri-ciri masyarakat majmuk seperti yang


berikut:

(a) Terdapat pelbagai jenis manusia seperti Eropah, Cina, India dan
penduduk asli (bumiputera);

(b) Mereka bercampur tetapi tidak bersatu;

(c) Mereka hidup berdekatan tetapi terpisah dalam sistem politik yang
sama;

(d) Masing-masing berpegang kepada kebudayaan, agama, bahasa, idea


dan kaedah sendiri;

(e) Mereka bertemu di pasar raya ketika membeli-belah, kemudiannya


masing-masing balik ke tempat kelompok sendiri; dan

(f) Dalam bidang perniagaan, terdapat pembahagian tenaga buruh yang


berdasarkan garis perkauman.

4.2.2 Cabaran Masyarakat Majmuk di Malaysia


Terdapat pelbagai cabaran dalam menjalani kehidupan seharian sebagai
masyarakat majmuk di Malaysia. Dalam subtopik ini, kita bincangkan satu
persatu cabaran tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN  179

(a) Mempersoalkan agama Islam


Antara cabaran kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia adalah
mempersoalkan agama Islam. Kedudukan Islam sebagai agama rasmi
negara bukan sahaja telah dipertikaikan tetapi digugat oleh pelbagai
kumpulan dan pertubuhan bukan Islam yang membuat pelbagai tuntutan
serta tafsiran yang tidak munasabah terhadap Perlembagaan Persekutuan.

Antara hujah yang digunakan untuk menyokong tuntutan mereka adalah


bahawa Islam tidak pernah dinyatakan secara jelas sebagai agama rasmi
dalam Perlembagaan Persekutuan. Sebenarnya dalam Perlembagaan ada
dinyatakan bahawa Islam ialah agama negara (state religion), iaitu merujuk
kepada negara Malaysia. Apabila disebut tentang agama negara maka
secara dasarnya ia boleh difahami sebagai agama rasmi bagi Malaysia
bukannya agama rasmi yang dianuti oleh rakyat negara ini.

Tambahan pula, Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang


pengamalan agama lain di mana rakyat negara ini mempunyai kebebasan
untuk mengamalkan agama masing-masing. Pertikaian ini adalah tidak
wajar sekali kerana majoriti penduduk Malaysia menganuti agama Islam.

Agama Islam sudah berakar umbi dalam masyarakat semenjak ratusan


tahun dahulu. Pihak yang mempersoalkan perlembagaan negara berupaya
menggugat keselamatan, kedaulatan negara dan dikhuatiri boleh
menjejaskan keharmonian kaum dalam kalangan penduduk negara ini.

(b) Pelaksanaan sistem pendidikan negara


Cabaran yang kedua adalah dari segi pendidikan. Seperti yang kita sedia
maklum bahawa sistem pendidikan negara kita adalah berdasarkan sistem
meritokrasi. Ini akan mewujudkan keadaan persaingan yang sihat dalam
kalangan pelajar bumiputera dan bukan bumiputera. Malah pendidikan juga
dilihat sebagai wadah yang boleh merapatkan jurang antara kaum dalam
sebuah negara yang memiliki masyarakat majmuk seperti negara ini.

(c) Keselamatan negara


Cabaran seterusnya, kita menerima ancaman daripada puak ekstremis
kaum dan penyimpang agama. Kelompok ini menjadi ancaman kepada
negara kerana tindak-tanduk mereka yang sanggup melakukan sesuatu di
luar batas kemanusiaan demi mencapai matlamat masing-masing. Selain
itu, terdapat juga pihak yang sengaja mengeksploitasi isu ekonomi dan
sosial politik negara. Kehadiran pendatang sama ada mereka masuk ke
negara ini secara sah atau haram juga boleh menjejaskan imej dan
keharmonian negara.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


180  TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN

Ini kerana sebilangan daripada mereka suka menimbulkan masalah dan


menghuru-harakan keselamatan negara. Selain itu, ancaman juga boleh
datang daripada kegiatan pemalsuan dokumen penting kerajaan seperti
pasport antarabangsa Malaysia, kad pengenalan dan sijil lahir. Senario ini
amat berbahaya dan harus ditangani dengan sebijak mungkin. Selain
daripada ancaman dari dalam negara, kita juga mesti berwaspada dengan
ancaman yang hadir dari luar seperti aktiviti pengintipan dan cubaan
menjatuhkan nama baik Malaysia dari kaca mata kuasa besar.

(d) Peningkatan masalah sosial


Pembangunan yang pesat juga memberi impak negatif kepada negara.
Pembangunan fizikal yang sangat pesat seperti di Kuala Lumpur telah
menyebabkan penghijrahan penduduk kampung ke bandar dengan ramai.
Kualiti hidup di bandar meningkat dan ada sebilangan yang tidak mampu
menanganinya. Ini menyebabkan peratusan kemiskinan meningkat dan
telah menyebabkan berlakunya gejala sosial yang teruk seperti kegiatan
pelacuran, pengedaran dadah dan kecurian.

Hal ini berlaku kerana keperluan untuk menampung taraf hidup yang
sering meningkat dan ini telah mengubah norma kehidupan bermasyarakat
khususnya dalam komuniti masyarakat majmuk di Malaysia.

AKTIVITI 4.5

Bincangkan sejarah hubungan kaum di Malaysia bersama tutor dan


rakan anda.

4.2.3 Proses Integrasi


Rajah 4.4 berikut menjelaskan proses integrasi yang membawa kepada hubungan
antara kaum di Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN  181

Rajah 4.4: Proses integrasi antara kaum di Malaysia

4.2.4 Masalah Integrasi Nasional


Selain daripada cabaran yang dibincangkan dalam bahagian sebelum ini,
terdapat beberapa masalah dalam integrasi nasional. Jadual 4.11 berikut
menjelaskan masalah tersebut di negara kita.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


182  TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN

Jadual 4.11: Masalah dalam Integrasi Nasional di Malaysia

Masalah Huraian

Prasangka Merupakan sikap terhadap kumpulan lain yang berasaskan


generalisasi umum (stereotaip) tanpa bukti yang tidak konkrit.
Masalah di negara kita adalah prasangka itu biasanya berupa
„sangkaan buruk‰ terhadap kaum lain. Masalah ini terus wujud
kerana sekalipun ada maklumat baharu yang positif mengenai
kumpulan lain, prasangka yang sedia ada sukar diubah.

Perkauman Merupakan sikap mementingkan kumpulan etnik sendiri. Fenomena


ini wujud agak jelas dalam bidang ekonomi, politik, sosial atau
kebudayaan yang satu-satu kumpulan etnik mementingkan orang
dalam kumpulannya sendiri. Sikap perkauman mudah menghasilkan
hubungan yang tegang dan jarak sosial antara individu atau
kelompok yang berlainan etnik.

Etnosentrisme Merujuk kepada kepercayaan bahawa unsur budaya sendiri adalah


lebih baik daripada unsur budaya lain.

Perbezaan Perbezaan sosioekonomi pelbagai kaum di negara kita dikaitkan


sosioekonomi dengan sejarah penjajahan atau kolonialisme. Kini faktor struktural
merupakan satu faktor besar menyebabkan rasa tidak puas hati
dalam kalangan sesetengah pihak. Mereka berasa tidak dapat
mengecap nikmat kemewahan negara. Program yang dikendalikan
bagi mengurangkan jurang perbezaan sosioekonomi juga kurang
menyenangkan pihak tertentu.

Pemisahan Menyebabkan kesukaran kontak fizikal dan mengakibatkan satu


fizikal kumpulan etnik tidak kenal kumpulan etnik lain, terutamanya yang
tinggal di wilayah yang berbeza. Contohnya, peluang untuk suku
kaum di Sabah dan Sarawak berinteraksi terbatas. Mereka sukar
berhubung dengan orang yang tinggal di Semenanjung. Apabila
terpisah sebegini, sikap prasangka mementingkan kaum sendiri dan
etnosentrisme lebih mudah menebal.

Kesimpulannya perpaduan dan integrasi nasional pelbagai kumpulan etnik dan


wilayah sangat perlu untuk masyarakat hidup bersatu padu. Negara yang
mempunyai masyarakat yang kucar kacir, berkonflik dan berperang akan
menyukarkan kehidupan kita semua. Oleh itu, perpaduan wajib dikekalkan bagi
meneruskan kewujudan (survival) generasi akan datang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN  183

AKTIVITI 4.6

Bincangkan perkara-perkara berikut:


(a) Faktor-faktor lain yang menghalang integrasi nasional.
(b) Strategi integrasi nasional di Malaysia.
(c) Kaedah untuk mencapai integrasi nasional.
(d) Aktiviti yang boleh dilakukan untuk memupuk perpaduan kaum
yang lebih erat dalam kalangan masyarakat Malaysia.

4.3 RUKUN NEGARA SEBAGAI IDEOLOGI


Rukun Negara diisytiharkan pada tarikh 31 Ogos 1970 berikutan tercetusnya
Peristiwa 13 Mei 1969. Ia digubal oleh Majlis Perundingan Negara dalam
menimbulkan semangat kekitaan dan identiti bersama dalam kalangan
masyarakat majmuk di Malaysia.

Rukun Negara ialah prinsip hidup bermasyarakat yang mengandungi nilai


kenegaraan dan norma sosial yang meliputi kehidupan bernegara. Prinsip ini
berupaya menjadi ideologi, iaitu fahaman yang boleh dijadikan pegangan hidup
oleh masyarakat agar demokratik, menghormati undang-undang, taat setia
kepada negara, bersikap terbuka dan berpegang teguh kepada agama.

(a) Objektif Rukun Negara


Rukun Negara digubal berhasrat melahirkan masyarakat Malaysia madani
yang demokratik, saintifik dan progresif serta bersatu padu dan bersikap
terbuka terhadap kepelbagaian cara hidup rakyat daripada pelbagai
keturunan. Cita-cita ini mampu direalisasikan apabila lima objektif Rukun
Negara dapat dipenuhi. Objektif itu adalah:
(i) Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh
masyarakat;
(ii) Memelihara cara hidup demokratik;
(iii) Mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara
dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
(iv) Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang
kaya dan berbagai-bagai corak; dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


184  TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN

(v) Membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains


dan teknologi moden.

Objektif tadi mahu membina negara moden dan maju yang rakyatnya
bersama-sama menikmati hasil kemakmuran negara secara adil dalam
suasana muhibah, hormat menghormati, meskipun tetap wujud perbezaan-
perbezaan asas dari segi etnik dan kebudayaan.

(b) Prinsip Rukun Negara


Bagi mencapai lima objektif Rukun Negara seperti yang disenaraikan tadi,
ia telah ditetapkan kepada lima prinsip Rukun Negara iaitu:
(i) Kepercayaan kepada Tuhan;
(ii) Kesetiaan kepada raja dan negara;
(iii) Keluhuran perlembagaan;
(iv) Kedaulatan undang-undang; dan
(v) Kesopanan dan kesusilaan.

Mengapakah lima prinsip? Yang berikut adalah sebab mengapa digariskan


lima prinsip ini:
(i) Menjelaskan kepada kita terdapatnya autoriti atau kuasa yang
membendung kita. Kita perlu patuh kepada Tuhan, raja,
perlembagaan dan undang-undang;
(ii) Menunjukkan tingkat-tingkat tanggungjawab kita sebagai makhluk
Tuhan, mematuhi ajaran agama, melindungi atau mencintai negara
sebagai rakyat, menghayati hak dan tanggungjawab sebagai
warganegara, mematuhi undang-undang dan peraturan sebagai ahli
masyarakat dan berdisiplin sebagai individu yang bertanggungjawab;
(iii) Ia merupakan susunan slogan yang bernas dan mudah diingat;
(iv) Ia mudah difahami dan dimanfaatkan; dan
(v) Menyeluruh dan lengkap serta menampakkan tumpuan
tanggungjawab (bermula dengan pegangan kepada agama, iaitu
percaya kepada Tuhan sehingga pecahan pada peringkat rendah
menjelaskan lagi tumpuan tanggungjawab individu).

Mari kita mempelajari satu persatu Rukun Negara ini dengan lebih
terperinci.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN  185

(i) Kepercayaan kepada Tuhan


Ia menekankan perlunya seseorang itu mempunyai keyakinan teguh
kepada agama dan Tuhan. Keyakinan kepada agama yang dianuti
akan memandu fikiran, pertuturan dan tindakan manusia supaya
agama mengawal dirinya dan bermanfaat untuk orang lain.

Manusia berpotensi untuk menjadi baik atau jahat dan ini bergantung
pada kekuatan dirinya dan pengaruh yang diterimanya. Semua
agama boleh membantu seseorang daripada dikuasai nafsunya
sehingga dia boleh terjebak dalam tingkah laku menyeleweng seperti
mencuri, membunuh, rasuah atau terlibat dengan penyalahgunaan
dadah, penyalahgunaan kuasa dan tidak amanah.

Dengan menginsafi kebesaran Tuhan, manusia takut melakukan


jenayah dan terdorong melakukan kebaikan. Kepercayaan kepada
Tuhan juga memberi kekuatan dan bersabar sewaktu menghadapi
cabaran dengan mengelak daripada berputus asa. Sebagai manusia
yang meyakini Tuhan, dia akan sedar tentang hal hidup-mati, tahu
bertimbang rasa, bersyukur, berkeyakinan dan bersikap sederhana
dalam hidup. Kesemua ini mengarah kepada pembentukan
keharmonian hidup yang membawa kepada perpaduan negara.

(ii) Kesetiaan kepada Raja dan Negara


Prinsip ini bertujuan memupuk rasa sayang dan cinta kepada negara
di samping menghormati raja yang menjadi lambang kedaulatan
negara dan lambang tumpuan taat setia. Dengan asuhan ini setiap
individu menjadi rakyat yang bertanggungjawab, patriotik serta
sanggup berkorban dan menyumbang kepada keutuhan negara dan
kesejahteraan seluruh rakyat. Contoh tindakan dan sikap tersebut
adalah:
 Sifat bertanggungjawab
 Menghargai dan menghormati harta awam;
 Mematuhi undang-undang; dan
 Bersungguh-sungguh dengan tugas yang dipertanggungjawab.
 Patriotik dan berkorban
 Menghormati simbol kedaulatan negara (bendera, lagu
kebangsaan dan seumpamanya);

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


186  TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN

 Menjaga nama baik negara sama ada semasa di luar negeri


mahupun dalam negeri;
 Setia kepada raja dan negara dengan sanggup
mempertahankan negara daripada ancaman musuh dan tidak
mendedahkan rahsia kepada pihak luar; dan
 Tidak menghina negara, mempersoalkan perlembagaan dan
apa-apa yang membawa kepada huru-hara dan perpecahan
kepada negara kita.

 Menjadi rakyat yang menyumbang


 Menghargai masa dan produktif dalam kerja, terlibat dalam
aktiviti pembangunan masyarakat;
 Menghormati rancangan dan acara bercorak kenegaraan
seperti perayaan Hari Kebangsaan;
 Memberi sokongan terhadap aktiviti antarabangsa yang
melibatkan negara. Misalnya, dalam sukan antarabangsa; dan
 Menghargai dan menggunakan barangan buatan negara
sendiri.

Sikap dan tindakan positif seperti tadi dapat memupuk rasa cinta
kepada negara, sekali gus menghindar perasaan prejudis perkauman.

(iii) Keluhuran Perlembagaan


Perlembagaan merupakan sumber perundangan yang tertinggi.
Luhur bermaksud tinggi dan mulia. Maka ia hendaklah dihormati
dan dipatuhi. Penggubalan Perlembagaan Negara sebelum merdeka
telah memberi peruntukan bagi enam perkara pokok, iaitu:
 Kedudukan raja;
 Kedudukan kaum bumiputera dan bukan bumiputera dalam
pembangunan sosioekonomi adalah terjamin;
 Bahasa Melayu ditetapkan sebagai bahasa kebangsaan, sementara
bahasa lain tidak dihalang;
 Islam ialah agama rasmi, kebebasan beragama dijamin;
 Hak asasi rakyat terjamin; dan
 Peraturan pentadbiran atau pemerintahan termasuk agihan kuasa,
dan kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN  187

Pentingnya prinsip ini dapat dilihat daripada sejarah penggubalan


dan kandungan Perlembagaan itu sendiri. Ia merupakan kontrak
sosial antara semua kaum yang sama-sama berpeluang
menyumbang terhadap negara. Maka ia tidak boleh diungkit dan
dipersoalkan lagi. Sebaliknya segala isi kandungannya perlu
difahami dan diterjemahkan dengan tindakan positif.

(iv) Kedaulatan Undang-undang


Prinsip keempat ini menekankan kekuatan undang-undang. Undang-
undang berada pada kedudukan yang tinggi dan tidak boleh
dipersendakan. Sebaliknya, ia mesti dihormati dan dipatuhi.
Undang-undang memberi perlindungan kepada anggota masyarakat.

Kedaulatan undang-undang juga menekankan hukuman bagi mereka


yang melanggar undang-undang. Undang-undang merupakan
mekanisme untuk menjamin ketenteraman sosial dan mengawal
tingkah laku anggota masyarakat. Tanpa undang-undang dan
pelaksanaannya yang baik, masyarakat akan porak-peranda.

Kedaulatan undang-undang perlu dipertahankan bagi menjamin


fungsinya untuk melindungi rakyat di satu pihak dan menghukum
pesalah di pihak lain. Perlaksanaan undang-undang melibatkan tiga
pihak yang bertanggungjawab, iaitu:
 Penguat kuasa undang-undang seperti polis;
 Pengadil kes atau pelaksana perjalanan undang-undang, iaitu
pihak mahkamah; dan
 Anggota masyarakat yang bertanggungjawab menghormati
undang-undang serta bekerjasama menguatkuasakannya.

(v) Kesopanan dan Kesusilaan


Prinsip kelima ini bertujuan memupuk sahsiah mulia agar setiap
rakyat mempunyai nilai kesopanan, beradab, beretika, bermaruah
serta tertib dan bersusila yang bermaksud mempunyai ketinggian
akhlak dan berperibadi mulia.

Di samping menjadi asas personaliti, sifat sopan dan susila juga


penting dalam hubungan antara individu dan masyarakat. Setiap
insan di dunia ini tidak boleh hidup bersendirian, melainkan sentiasa
berhubungan dengan orang lain. Sebagai insan bertamadun, manusia
hendaklah mempunyai nilai berhemah tinggi. Sifat mulia ini perlu
bermula daripada diri sendiri.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


188  TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN

Berdisiplin dan hormat kepada diri sendiri menjadi asas bagi


hubungan yang baik dengan orang lain. Manifestasi sifat mulia ini
perlu bermula dengan fikiran dan kesedaran sebelum ia dilahirkan
dalam bentuk perkataan atau tindakan. Umpamanya, berfikir
sebelum berkata dan bertindak, kita akan lebih beradab,
berdiplomasi dan bersopan. Inilah rahsia mengekalkan hubungan
harmonis dan bertamadun.

SEMAK KENDIRI 4.1

1. Nyatakan negeri-negeri Melayu yang dikuasai oleh British pada


tahun 1819 hingga 1895.
2. Terangkan peranan Rukun Negara terhadap masyarakat
Malaysia.
3. Nyatakan proses pembentukan Rukun Negara di Malaysia.

AKTIVITI 4.7

Pada pandangan anda, adakah Malaysia telah berjaya menguruskan


masyarakatnya yang majmuk? Bincangkan dengan rakan sekelas anda.

 Anggaran penduduk Malaysia sehingga tahun 2014 ialah sebanyak 30 juta


dengan pelbagai etnik. Melayu mempunyai bilangan paling ramai, diikuti
dengan Cina, bumiputera lain, bukan warganegara, India dan lain-lain.

 Kehadiran pelbagai kaum ke Tanah Melayu mewujudkan interaksi, integrasi


dan asimilasi dalam masyarakat Melayu. Proses ini berterusan sehingga hari
ini.

 Kaum terawal yang berhijrah ke Tanah Melayu adalah dari Indonesia, India,
China dan Eropah. Kini semakin ramai orang dari negara luar memasuki
Malaysia kerana beberapa faktor penarik dan penolak.

 Malaysia dikenali sebagai sebuah masyarakat majmuk. Maka integrasi


penting untuk membentuk perpaduan. Ini sangat penting untuk kestabilan
dan keharmonian negara.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN  189

 Malaysia berhadapan dengan pelbagai cabaran bagi mengekalkan


keharmonian masyarakat majmuk, maka proses integrasi tetap berterusan
kerana ia membawa kepada hubungan antara kaum di Malaysia.

 Rukun Negara dibentuk bagi menimbulkan semangat kekitaan dan identiti


bersama dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.

 Rukun Negara ialah prinsip hidup bermasyarakat yang berupaya menjadi


pegangan hidup oleh masyarakat agar demokratik, menghormati undang-
undang, taat setia kepada negara, bersikap terbuka dan berpegang teguh
kepada agama.

Imigrasi Penduduk utama


Integrasi nasional Prinsip Rukun Negara
Komposisi etnik Proses integrasi
Masyarakat majmuk Rukun Negara
Migrasi antarabangsa Taburan penduduk
Penduduk peribumi

Carey, I. (1976). Administration of the aboriginal tribes of Western Malaysia. The


Hague, Netherlands: Mouton.

Dentan, R. K. (1968). The Semai: A nonviolent people of Malaya. New York, NY:
Holt, Rinehart & Winston.

Furnivall, J. S. (1991). The fashioning of leviathan: The beginnings of British rule


in Burma. Canberra, Australia: Economic History of Southeast Asia Project
dan Thai-Yunnan Project.

Ishak Saat. (2005). Sejarah sosial masyarakat Malaysia. Selangor, Malaysia:


Karisma.

Jabatan Kemajuan Orang Asli. (t. t.). Dicapai dari http://www.jakoa.gov.my

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


190  TOPIK 4 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN

Jabatan Perangkaan Malaysia. (2010). Dicapai dari http://www.statistics.gov.my

Jabatan Perangkaan Malaysia. (2014). Dicapai dari http://www.statistics.gov.my

Jabatan Statistik Negara. (2014). Dicapai dari http://www.statistics.gov.my

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia. (t. t.). Dicapai dari http://jtksm.
mohr.gov.my

Kamus Dewan (Edisi ke-4). (2005). Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Kassim Thukiman. (2002). Malaysia: Perspektif sejarah dan politik. Johor,


Malaysia: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Lapian, A. B. (1975). Manusia dan kebudayaan di Asia Tenggara: Kolonialisme di


Asia Tenggara. Jakarta, Indonesia: Lembaga Research Kebudayaan
Nasional.

Minton, F. G. (1972). Franco-British rivalry over Siam, 1896ă1904. Journal of


Southeast Asian Studies, 3(2), hlmn. 210228.

Nazarudin Zainun, & Darlina Md Naim. (2009). Kearifan tempatan: Merekayasa


kearifan tempatan budaya, pelancongan arkeologi dan sejarah. Pulau
Pinang, Malaysia: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Rohaniza Idris, & Nadia Hamid. (2014, Disember 7). Laporan khas: Penjenamaan
semula bidang pekerjaan. Berita Harian. Dicapai dari http://www.bharian.
com.my/node/21864

Sivachandralingam Sundara Raja. (1997). Perdagangan dan pelabuhan bebas:


Sejarah dan perkembangannya. Shah Alam, Malaysia: Penerbit Fajar Bakti.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Pembangunan
5 Negara

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan rancangan dan visi pembangunan negara;
2. Menghuraikan rancangan pembangunan ekonomi negara sebelum
dan selepas merdeka;
3. Membincangkan strategi yang dijalankan dalam rancangan
pembangunan ekonomi negara;
4. Membincangkan dasar negara yang lepas dan terkini;
5. Membincangkan dasar luar Malaysia; dan
6. Menghuraikan peranan yang dimainkan oleh Malaysia dalam
pertubuhan dan kumpulan antarabangsa.

 PENGENALAN
Sebelum Perang Dunia Kedua, aktiviti ekonomi Tanah Melayu bergantung pada
bijih timah dan getah. Kedua-dua sumber ekonomi ini begitu penting kepada
British bagi memastikan kelangsungan kegiatan penjajahan di Tanah Melayu.
Keghairahan British terhadap ekonomi bijih timah dan getah tidak lama apabila
kedua-dua hasil komoditi tersebut merosot disebabkan kemelesetan ekonomi
dunia pada tahun 1929 hingga 1933. Sebaliknya kegiatan pengeluaran bahan
makanan seperti beras kurang ditumpukan kerana beras boleh diimport dari
negara jiran dengan murah. Sesungguhnya, kejayaan sesebuah dasar yang
diperkenalkan oleh kerajaan bukan terletak di bahu mereka semata-mata tetapi
juga memerlukan sokongan dan komitmen daripada rakyat itu sendiri. Dalam
bahagian akhir sekali, kita akan menjuruskan perbincangan kepada dasar luar
Malaysia sejak kemerdekaan serta peranan yang dimainkan oleh Malaysia dalam

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


192  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

institusi antarabangsa seperti Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara


(ASEAN- Association of Southeast Asian Nations), Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu (UN ă United Nations), Pertubuhan Kerjasama Negara-negara Islam
(OIC - Organisation of Islamic Cooperation), Pergerakan Negara-negara
Berkecuali (NAM - Non-Aligned Movement) dan Pertubuhan Komanwel.

AKTIVITI 5.1
Mengapakah Persekutuan Tanah Melayu sebagai sebuah negara yang
baru mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 memerlukan rancangan
pembangunan ekonomi? Bincangkan.

5.1 KOMPOSISI ETNIK PENDUDUK MALAYSIA


Selepas merdeka, struktur pembangunan ekonomi Tanah Melayu telah berubah
daripada sistem yang bergantung pada komoditi seperti bijih timah dan getah
kepada sistem pembuatan dan industri. Kerajaan juga menumpukan kepada
usaha membangunkan kawasan luar bandar yang mundur. Pelbagai agensi
seperti pembangunan wilayah, tanah dan institut ditubuhkan bagi menjayakan
pembangunan luar bandar. Matlamat kerajaan adalah untuk membela rakyat
yang hidup dalam keadaan sosioekonomi yang rendah.

Rancangan pembangunan ekonomi telah dilaksanakan oleh kerajaan


Persekutuan sebelum dan selepas merdeka adalah seperti yang berikut:

(a) Rancangan Malaya Pertama (tahun 1956 hingga 1960);


(b) Rancangan Malaya Kedua (tahun 1961 hingga 1965);
(c) Rancangan Malaysia Pertama (RMK1) (tahun 1966 hingga 1970);
(d) Rancangan Malaysia Kedua (RMK2) (tahun 1971 hingga 1975);
(e) Rancangan Malaysia Ketiga (RMK3) (tahun 1976 hingga 1980);
(f) Rancangan Malaysia Keempat (RMK4) (tahun 1981 hingga 1985);
(g) Rancangan Malaysia Kelima (RMK5) (tahun 1986 hingga 1990);
(h) Rancangan Malaysia Keenam (RMK6) (tahun 1991 hingga 1995);
(i) Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK7) (tahun 1996 hingga 2000);
(j) Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8) (tahun 2001 hingga 2005);
(k) Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) (tahun 2006 hingga 2010);

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  193

(l) Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) (tahun 2011 hingga 2015); dan
(m) Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) (tahun 2016 hingga 2020).

Dalam subtopik ini kita hanya akan memberi tumpuan kepada Rancangan
Malaysia Pertama hingga Rancangan Malaysia Keenam.

(a) Rancangan Malaya Pertama (tahun 1956 hingga 1960)


Menerusi Rancangan Malaya Pertama, kerajaan bermatlamat untuk
membangunkan kawasan luar bandar dan mempelbagaikan sumber dalam
negara. Kerajaan telah menubuhkan dua buah agensi pembangunan luar
bandar, iaitu Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan (LPKP) atau
Rural and Industrial Development Authority (RIDA) dan Lembaga
Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA ă Federal Land Development
Authority) dengan tujuan memajukan ekonomi luar bandar (Rancangan
Malaysia Pertama 19661970, 1966).

(b) Rancangan Malaya Kedua (tahun 1961 hingga 1965)


Kemudian kerajaan telah memperkenalkan Rancangan Malaya Kedua
dengan memfokuskan kepada memperbaiki kemudahan asas dan
infrastruktur di kawasan luar bandar. FELDA telah diberi peranan untuk
membuka tanah dan penempatan baharu bagi menggiatkan aktiviti
pertanian serta perladangan. Bagi memasarkan hasil-hasil pertanian,
kerajaan telah menubuhkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan
(FAMA ă Federal Agricultural Marketing Authority) (Rancangan Malaysia
Kedua 19711975, 1971).

Namun ia dianggap sebagai dasar yang tidak mencapai kejayaan dalam


mewujudkan keseimbangan ekonomi antara kaum dan wilayah. Hal ini
kerana pendapatan keluarga luar bandar masih lagi berada pada tahap
rendah disebabkan kurang pelaburan dalam modal insan. Hampir 90
peratus isi rumah di Semenanjung Malaysia berpendapatan kurang
daripada RM100 sebulan tinggal di luar bandar dan berbangsa Melayu.

(c) Rancangan Malaysia Pertama (tahun 1966 hingga 1970)


Usaha kerajaan tidak terhenti setakat itu selepas Malaysia dibentuk, RMK1
diperkenalkan dengan tujuan memberikan penekanan kepada aspek
integrasi dalam kalangan kaum di Malaysia terutamanya antara rakyat di
Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

Kerajaan turut memperkenalkan beberapa agensi antaranya Majlis Amanah


Rakyat (MARA), Bank Bumiputera, Lembaga Kemajuan Perindustrian
Malaysia (MIDA  Malaysia Industrial Development Authority), Lembaga

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


194  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

Penasihat Tarif dan Perbadanan Nasional Berhad (PNS) yang sebelum ini
dikenali sebagai PERNAS. Tujuan penubuhan agensi-agensi kerajaan ini
adalah untuk menggalakkan penyertaan kaum bumiputera dalam bidang
perusahaan dan memajukan pembangunan dalam bidang perindustrian
negara (Dasar-dasar Pembangunan Malaysia, 1997).

(d) Rancangan Malaysia Kedua (tahun 1971 hingga 1975)


Tragedi 13 Mei 1969 telah menyebabkan kerajaan merangka satu lagi
rancangan pembangunan ekonomi, iaitu RMK2. Menerusi RMK2, kerajaan
telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk menangani
ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum dengan melibatkan
perbelanjaan berjumlah RM7,250 juta.

Dasar ini juga dikenali sebagai Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama
(RRJP1). Dasar ini merupakan satu dasar serampang dua mata untuk
mengurangkan dan membasmi kemiskinan rakyat Malaysia tanpa mengira
kaum dan menyusun semula masyarakat dengan menghapuskan
pengenalan kaum mengikut kegiatan ekonomi. Walaupun kerajaan telah
memperkenalkan beberapa rancangan pembangunan ekonomi tetapi kaum
bumiputera terutamanya orang Melayu masih miskin di kawasan luar
bandar dan bandar.

DEB ialah dasar dan strategi untuk membasmi kemiskinan terutamanya


orang Melayu di luar bandar. Bagi menjayakan dasar ini, kerajaan telah
melaksanakan pelbagai usaha untuk meningkatkan kemudahan
perkhidmatan seperti pendidikan, kesihatan, kemudahan air dan elektrik.
Kerajaan juga menyediakan bantuan biasiswa, buku teks percuma dan
makanan tambahan kepada pelajar di luar bandar.

Di samping itu, golongan petani dan peneroka dibantu dengan bantuan


baja subsidi dan projek rumah murah. DEB juga bermatlamat untuk
menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi dan kerajaan
telah melancarkan beberapa program perindustrian, perdagangan,
pertanian, pengangkutan, perlombongan dan pertanian. Pelaksanaan DEB
dapat mengurangkan jurang ketidakseimbangan antara kaum dan memberi
peluang kepada golongan bumiputera terlibat secara langsung dalam
sektor pengeluaran perindustrian dan perdagangan (Dasar-dasar
Pembangunan Malaysia, 1997).

(e) Rancangan Malaysia Ketiga (tahun 1976 hingga 1980)


Dalam RMK3, kerajaan merancang pembangunan wilayah dengan tujuan
mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara bandar baharu. Beberapa
badan kerajaan telah digerakkan untuk menjalankan usaha pembangunan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  195

di luar bandar antaranya ialah Lembaga Kemajuan Johor Tenggara


(KEJORA), Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA), Lembaga
Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dan Lembaga Kemajuan
Kelantan Selatan (KESEDAR).

Selain itu, terdapat badan berkanun seperti MARA, FELDA, PNS,


Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA  Urban Development Authority)
dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA 
Rubber Industry Smallholders Development Authority) berfungsi untuk
membangunkan wilayah luar bandar di seluruh Malaysia termasuk Sabah
dan Sarawak.

(f) Rancangan Malaysia Keempat (tahun 1981 hingga 1985)


Menjelang era tahun 1980-an, kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Tun
Dr Mahathir telah merencanakan beberapa rancangan pembangunan
ekonomi dalam RMK4. Tun Dr Mahathir telah memfokuskan kepada
bidang perusahaan berat yang berlandaskan pada pelaburan modal,
penggunaan teknologi tinggi dan tenaga kerja mahir. Perubahan kepada
perusahaan berat ini adalah bersesuaian dengan Dasar Pandang ke Timur
yang dipelopori oleh Tun Dr Mahathir.

Kerajaan telah menubuhkan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM


 Heavy Industry Corporation of Malaysia) pada tahun 1980. HICOM telah
berperanan dalam menggerakkan beberapa perusahaan berat seperti
Kilang Simen oleh Kedah Simen Sdn Bhd, kilang besi dan keluli oleh
PERWAJA di Terengganu dan pembuatan kereta nasional oleh Perusahaan
Otomobil Nasional Sdn Bhd (PROTON).

RMK4 telah memacu Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian baharu


di rantau Asia Tenggara dan juga di dunia. Kerajaan banyak menumpukan
kepada usaha untuk meninggikan nilai barangan utama dengan menambah
baik cara memproses keluaran tempatan (Dasar-dasar Pembangunan
Malaysia, 1997).

(g) Rancangan Malaysia Kelima (tahun 1986 hingga 1990)


Bagi memastikan DEB mencapai kejayaan, kerajaan mengukuhkan lagi
usaha pembangunan ekonomi negara menerusi RMK5 dalam tempoh 20
tahun dilaksanakan. Kerajaan berharap usaha membangunkan ekonomi
yang berteraskan perindustrian akan dapat mewujudkan pertumbuhan
ekonomi yang baik dan menstabilkan ekonomi negara.

RMK5 menekankan kepada aspek meningkatkan sektor perindustrian


dengan melonggarkan peraturan mengawal hak milik syarikat dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


196  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

pelesenan dalam sektor swasta. Kerajaan juga melonggarkan syarat


pelaburan modal asing dengan tujuan meningkatkan pelaburan sektor
perindustrian berorientasikan eksport.

Di samping itu, kerajaan berusaha meningkatkan kecekapan pengurusan


agensinya supaya dapat bekerjasama dengan sektor swasta dengan lebih
berkesan. Bagi memastikan usaha ini berjaya, kerajaan telah
memperkenalkan beberapa pembaharuan seperti melonggarkan peraturan
dan kawalan pelesenan, hak milik syarikat dan aktiviti ekonomi. Peraturan-
peraturan tersebut telah dilonggarkan seperti syarat-syarat penggunaan
tanah, penanaman padi dan penggunaan tanah lombong serta pertanian
(Dasar-dasar Pembangunan Malaysia, 1997).

Selepas 20 tahun (1970 hingga 1990) DEB dilaksanakan, dasar ini dianggap
tidak berjaya dalam pengagihan ekonomi yang saksama kepada
masyarakat bumiputera. Antara faktor yang menghalang matlamat DEB
ialah kemerosotan ekonomi sedunia pada tahun 1985 hingga 1986 yang
telah menjejaskan perkembangan ekonomi Malaysia.

Kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia jatuh ke kadar negatif


menyebabkan kerajaan terpaksa melonggarkan pelaksanaan DEB dan
meliberalkan struktur ekonomi negara untuk memulihkan ekonomi negara.
Pelaksanaan DEB tidak banyak membantu golongan bumiputera secara
menyeluruh kerana pengagihan kekayaan tidak dapat dibuat mengikut
keperluan kaum masing-masing.

Namun, kekayaan tersebut telah dikumpulkan dan menjadi hak milik


golongan usahawan swasta yang terlibat secara langsung dalam rancangan
perniagaan. Kerajaan telah mengenal pasti sebab utama kegagalan DEB
ialah kemerosotan ekonomi pada tahun 1985 hingga 1986 dan dasar
liberalisasi ekonomi negara yang memberhentikan pelaksanaan ekonomi
yang dirancang. Mari kita perhatikan Rajah 5.1 yang memaparkan peratus
pengagihan ekonomi negara pada tahun 1990.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  197

Rajah 5.1: Peratus pengagihan ekonomi negara pada tahun 1990


Sumber: Zainal Abidin Abdul Wahid et al. (1996)

(h) Rancangan Malaysia Keenam (tahun 1991 hingga 1995)


Menjelang tahun 1991, kerajaan telah memperkenalkan RMK6 dengan
tujuan mengekalkan dan mengurus pembangunan pesat ekonomi negara.
Beberapa strategi telah dirangka oleh kerajaan seperti meningkatkan
kecekapan dan daya saing ekonomi serta menggalakkan peranan sektor
swasta. Selain itu, kerajaan juga berusaha memastikan kedudukan hasil
kerajaan terjamin dengan mengurangkan perbelanjaan yang tidak
produktif (Rancangan Malaysia Keenam 19911995, 1991).

AKTIVITI 5.2

Bincangkan kepentingan Tragedi 13 Mei 1969 yang menyebabkan Dasar


Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan.

5.2 DASAR EKONOMI DAN DASAR SOSIAL


Kerajaan telah memperkenalkan beberapa dasar utama negara selepas merdeka
hinggalah sekarang bagi mencapai Wawasan 2020 untuk menjadi negara maju.
Dasar tersebut telah diperkenalkan sejak zaman pentadbiran Tun Razak, Tun
Hussein, Tun Dr Mahathir dan diteruskan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi
hinggalah ke era pentadbiran DatoÊ Seri Mohd Najib Tun Razak pada hari ini.

Dasar pembangunan yang dilaksanakan adalah untuk membangun dan


memperkukuhkan Malaysia dalam pelbagai aspek penting seperti ekonomi,
sosiobudaya dan perpaduan kaum. Antara dasar utama negara yang telah dan
sedang dijalankan adalah seperti:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


198  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

(a) Dasar Pertanian Negara (DPN);


(b) Dasar Perindustrian Negara;
(c) Dasar Persyarikatan Malaysia (Malaysia Incorporate);
(d) Dasar Pengkorporatan dan Penswastaan;
(e) Dasar Pendidikan Kebangsaan;
(f) Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK);
(g) Dasar Pandang ke Timur (DPT);
(h) Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam (DPNI);
(i) Dasar Belia Negara (DBN);
(j) Dasar Wanita Negara (DWN);
(k) Dasar Pembangunan Nasional (DPN);
(l) Dasar Wawasan 2020;
(m) Dasar Sosial Negara (DSN); dan
(n) Dasar Islam Hadhari.

Mari kita mempelajari satu persatu dasar utama negara ini.

(a) Dasar Pertanian Negara (DPN)


Sebelum Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun
1957, kerajaan telah mula memfokuskan aktiviti dalam bidang pertanian.
Menjelang kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, kerajaan banyak
memberi tumpuan kepada dasar pembangunan pertanian di kawasan luar
bandar.

Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM1 bilion (23.6 peratus)


belanjawan negara untuk membangunkan sektor pertanian. Di samping itu,
usaha pembangunan pertanian giat dijalankan dengan penerokaan dan
pembukaan tanah perladangan di kawasan hutan di Malaysia. Kegiatan
pertanian merupakan salah satu usaha gigih Malaysia untuk
membangunkan sektor pertanian dalam membantu masyarakat termiskin
yang meliputi sektor tanaman, ternakan, perikanan dan perhutanan.

Bidang pertanian boleh meningkatkan daya pengeluaran dan pendapatan


golongan petani dan pekebun kecil supaya kadar kemiskinan dapat
dikurangkan, dan taraf kehidupan rakyat dapat ditingkatkan. Sebagai

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  199

contoh, pada 1 Julai 1956, kerajaan telah menubuhkan FELDA bagi


mengatasi masalah tanah dan pengangguran luar bandar. Kewujudan
FELDA telah dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar
serta mengurangkan jurang kemiskinan antara penduduk bandar dan luar
bandar.

Sejak tahun 1956 hingga 1966, kerajaan telah membuka beberapa tanah
rancangan FELDA bagi penempatan keluarga peneroka yang
mengusahakan tanaman kelapa sawit dan getah. Menjelang tahun 1960,
FELDA berjaya membuka dan membangunkan seluas 30,000 ekar tanah
pertanian. Hampir 174,000 peneroka telah ditempatkan dalam rancangan
FELDA sepanjang tahun 1956 hingga 1973.

Orang yang bertanggungjawab memajukan rancangan FELDA di Malaysia


ialah Tun Abdul Razak sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar (rujuk
Rajah 5.2). Sumbangan yang dilakukan oleh Tun Abdul Razak kepada
pembangunan luar bandar membolehkan beliau dianugerahkan Ramon
Magsaysay Award pada 13 Ogos 1967. Tun Abdul Razak menjelaskan
anugerah yang diterimanya:

„....menyatukan rakyat yang berlainan keturunan bagi membentuk


suatu bangsa dan menggerakkan mereka dari feudalisme kepada suatu
kehidupan moden yang memerlukan suatu pimpinan bijaksana yang
jarang-jarang terdapat‰.
(Berita Harian, 1967)

Rajah 5.2: Tun Abdul Razak DatoÊ Hussein, Bapa Pembangunan Malaysia
Sumber: Aminuddin Baki (1981)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


200  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

SEMAK KENDIRI 5.1

Huraikan ciri-ciri Dasar Pertanian Negara yang dilaksanakan selepas


negara ini mencapai kemerdekaan.

Pada tahun 1960-an, kerajaan mendapati usaha yang dijalankan dalam


memajukan bidang pertanian kurang mencapai matlamatnya dan
menyebabkan timbul rasa ketidakpuasan hati dalam kalangan pemimpin
masyarakat.

Mereka bimbang terhadap usaha kerajaan membangunkan sektor pertanian


seperti menetapkan masyarakat bumiputera kekal dalam sektor pertanian
yang diwarisi sejak zaman-berzaman. Sebagai langkah mengatasi
permasalahan tersebut kerajaan telah memperkenalkan DEB. Pengenalan
DEB telah mengembangkan banyak projek dan rancangan sektor pertanian
secara komprehensif.

Bagi mencapai matlamat pertanian negara, kerajaan telah menubuhkan


bahagian penyelidikan dan pembangunan yang intensif bukan sahaja di
institusi awam tetapi juga sektor swasta. Selain itu, aspek pembangunan
pasaran, pembangunan sumber manusia, pembangunan keluaran,
perubahan struktur pengeluaran ladang dan pertanian telah dirancang oleh
pihak kerajaan dengan sebaik mungkin.

Beberapa strategi telah dirangka untuk menjayakan sektor pertanian


negara, iaitu:
(i) Membuka tanah baharu menerusi FELDA (lihat Rajah 5.3), KESEDAR
dan lain-lain;
(ii) Membangunkan kawasan pertanian berdasarkan konsep estet mini;
(iii) Menubuhkan koperasi peladang;
(iv) Melaksanakan penswastaan;
(v) Mewujudkan perkhidmatan sokongan pertanian seperti Institut
Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM ă Palm Oil
Research Institute of Malaysia, Institut Penyelidikan Getah Malaysia
(RRI  Rubber Research Institute of Malaysia), Institut Penyelidikan
dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI ă Malaysian Agricultural
Research and Development Institute) dan Lembaga Pemasaran
Pertanian Persekutuan (FAMA ă Federal Agricultural Marketing
Authority); dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  201

(vi) Mempercepatkan pembangunan sosial dan institusi.

Rajah 5.3: FELDA merupakan agensi pembangunan tanah yang utama di Malaysia
Sumber: http://www.felda.net.my

Strategi pembangunan pertanian bersepadu yang dilaksanakan oleh


kerajaan dalam RMK4 dengan mengusahakan tanah yang tidak
berekonomi dari segi saiz secara berkelompok di bawah konsep estet mini.
Penggunaan jentera dapat digunakan dengan saiz ladang berskala lebih
besar dan dapat meningkatkan daya pengeluaran serta mengatasi masalah
kekurangan buruh. Misalnya, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) telah
melaksanakan projek penanaman padi secara estet mini di Tanjung Karang,
Selangor.

Selain itu, Koperasi Peladang ditubuhkan untuk memberi pelbagai


kemudahan kepada ahli serta menggembleng modal bagi memajukan
kepentingan bersama. Kerajaan turut memberi pelbagai perkhidmatan
sokongan seperti pemasaran, kredit, subsidi dan penyelidikan. Bagi
menjayakan konsep penswastaan, Kementerian Pertanian telah
menswastakan projek akuakultur di Puchong, Selangor dan projek
penyembelihan di Pusat Penyembelihan Shah Alam, Ipoh, Kuantan,
Melaka, Taiping dan Johor Bahru.

Menerusi Program Pembangunan Sosial dan Institusi, kerajaan ingin


memupuk semangat berdikari dalam kalangan petani serta mempergiatkan
penyertaan mereka secara aktif dalam proses pembangunan pertanian.
Dasar ini merupakan satu usaha kerajaan untuk membangunkan sektor
pertanian (meliputi sektor tanaman, ternakan, perikanan dan perhutanan).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


202  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

Kerajaan juga berusaha untuk memaksimumkan daya pengeluaran dan


meningkatkan pendapatan petani supaya kadar kemiskinan dapat
dikurangkan dan kualiti hidup rakyat diperbaiki lagi. Galakan juga diberi
untuk meningkatkan hasil pertanian dan mutu komoditi yang mempunyai
potensi untuk dieksport.

Bagi menggalakkan sektor pertanian, kerajaan telah memperkenalkan tiga


DPN yang terbahagi kepada tiga fasa, iaitu:
(i) Dasar Pertanian Negara Pertama (DPN1) (tahun 1984 hingga 1991);
(ii) Dasar Pertanian Negara Kedua (DPN2) (tahun 1992 hingga 1997);
(iii) Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) (tahun 1998 hingga 2010); dan
(iv) Dasar Agromakanan Negara (DAN) (tahun 2011 hingga 2020).

Mari kita mempelajari ketiga-tiga fasa ini dengan lebih lanjut.

(i) Dasar Pertanian Negara Pertama (tahun 1984 hingga 1991)


Dalam DPN1, kerajaan cuba menggalakkan dan memajukan sektor
pertanian berorientasikan eksport. Pendekatan ini telah berjaya
mengembangkan aktiviti pertanian kerana negara mempunyai
tenaga buruh dan tanah yang mencukupi. Tumpuan diberikan
kepada aktiviti tanaman komoditi/ladang seperti kelapa sawit, koko
dan getah.

Usaha ini dikatakan berjaya kerana terdapatnya kemudahan


infrastruktur seperti jalan raya yang disediakan oleh pihak kerajaan.
Namun disebabkan berlaku kemelesetan ekonomi pada tahun 1985
hingga 1986 dan kelemahan pelaksanaan DEB menyebabkan berlaku
kemerosotan sektor pertanian.

Sektor pertanian mencatatkan kemerosotan Keluaran Dalam Negara


Kasar (KDNK) sebanyak 18.7 peratus pada tahun 1990 berbanding
20.8 peratus pada tahun 1985. Pada tahun 1989, kerajaan telah
melantik Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Ghafar Baba sebagai
pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Kajian Semula Dasar Pertanian
Negara. Jawatankuasa ini ditugaskan untuk mengkaji cara
membangunkan sektor pertanian dengan lebih berkesan.

(ii) Dasar Pertanian Negara Kedua (tahun 1992 hingga 1997)


Kerajaan telah melancarkan DPN2 dengan tujuan meningkatkan
produktiviti, kecekapan dan persaingan dalam sektor pertanian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  203

Pada masa yang sama, kerajaan cuba meningkatkan keluasan


tanaman kelapa sawit dan membangunkan industri asas tani.

Matlamat DPN2 adalah untuk:

 Mencapai perkembangan seimbang antara sektor pertanian dan


perkilangan;

 Meningkatkan integrasi sektor pertanian dengan sektor lain,


khususnya sektor pembuatan atau perkilangan;

 Mempercepat transformasi sektor pertanian kepada satu sektor


yang lebih moden, berkomersil, dinamik dan cergas yang terdiri
daripada perniagaan tani serta perladangan dan perusahaan
yang cekap; dan

 Mencapai pembangunan industri makanan pada tahap yang


lebih tinggi dan menyeluruh, supaya dapat memaksimumkan
pendapatan sektor pertanian.

Namun, sektor pertanian menghadapi cabaran pada ketika itu


disebabkan perubahan struktur ekonomi negara. Kegiatan pertanian
di negara ini menghadapi beberapa masalah seperti kekurangan
tenaga buruh, upah yang meningkat, persaingan sumber tanah dan
air, krisis ekonomi dan kewangan, inflasi serta kos import yang
tinggi. DPN2 dikatakan menghadapi iklim sosioekonomi dan cabaran
globalisasi yang tinggi.

(iii) Dasar Pertanian Negara Ketiga (tahun 1998 hingga 2010)


DPN3 dilancarkan oleh kerajaan bagi menggantikan dan mengatasi
cabaran DPN2. Fokus utama DPN3 adalah untuk meningkatkan daya
saing sektor pertanian terutamanya dalam penggunaan sumber secara
optimum, meningkatkan sumbangan pertanian kepada KDNK dan
menambah pendapatan pengeluar (Dasar Pertanian Negara ke-3, t. t.).
Bagi mencapai pelaksanaan DPN3, kerajaan telah:

 Memastikan jaminan bekalan makanan yang mencukupi,


berkhasiat, bermutu tinggi dan harga berpatutan;

 Mengurangkan penggunaan buruh dalam aktiviti pertanian;

 Memperkukuhkan daya saing sektor pertanian negara;

 Meningkatkan pelaburan swasta dalam pengeluaran makanan;

 Merubah sektor kebun kecil;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


204  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

 Menyokong perindustrian dan pelaburan negara; dan

 Memastikan pembangunan pertanian dan perhutanan.

(iv) Dasar Agromakanan Negara (DAN) (tahun 2011 hingga 2020)


Sepanjang DPN3 dilaksanakan, industri agromakanan telah
mencatatkan kadar pertumbuhan yang tinggi, iaitu sebanyak 4.7
peratus dalam tempoh 10 tahun. Pencapaian ini merupakan
sumbangan daripada pertumbuhan pesat industri ternakan, tanaman
dan perikanan. Oleh itu, kerajaan telah memperkenalkan Dasar
Agromakanan Negara (DAN) setelah tamatnya DPN3 pada tahun
2010.

Dasar ini memfokuskan kepada peningkatan pengeluaran makanan


dalam negara bagi memenuhi permintaan yang semakin bertambah
dan pembangunan pertanian bernilai tinggi. Kerajaan menyasarkan
peningkatan kecekapan industri agromakanan supaya menjadi lebih
produktif dan berdaya saing di samping penglibatan sektor swasta
dan usahawan tani.

Industri agromakanan terdiri daripada industri padi dan beras,


perikanan, ternakan, sayur-sayuran, buah-buahan dan industri kelapa
serta mempromosikan produk agropelancongan (Dasar
Agromakanan Negara 20112020, 2011).

Bagi menjayakan DAN, kerajaan menyenaraikan lapan idea utama


sebagai hala tuju, iaitu:

 Jaminan bekalan makanan, kebolehdapatan, keselamatan dan


mampu beli;

 Pembangunan pertanian bernilai tinggi;

 Pembangunan pertanian mapan;

 Kluster pertanian dinamik, memaksimumkan penjanaan


pendapatan;

 Pelaburan swasta pemangkin transformasi pertanian moden;

 Modal insan pertanian bestari dan berinformasi;

 Pemodenan pertanian berpacukan penyelidikan dan


pembangunan teknologi dan inovasi; dan

 Keunggulan khidmat sokongan pertanian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  205

SEMAK KENDIRI 5.2


Nyatakan perbezaan antara Dasar Pertanian Kedua (DPN2) dengan
Dasar Pertanian Ketiga (DPN3).

(b) Dasar Perindustrian Negara


Pada tahun-tahun 1950-an dan 1960-an, sektor perindustrian berasaskan
getah dan bijih timah telah mula dijalankan sebagai usaha untuk
mempelbagaikan kegiatan ekonomi Malaysia. Pada tahun 1970-an,
sumbangan sektor perindustrian dalam KDNK adalah sebanyak 13.4
peratus selepas kerajaan meluaskan pertumbuhan industri yang berasaskan
eksport dan industri yang bercirikan ramai tenaga buruh kasar.

Menjelang RMK4 pada tahun-tahun 1980-an, Malaysia mula menitikberatkan


Dasar Perindustrian Negara selaras dengan perkembangan pesat globalisasi.
Sektor perindustrian telah menjadi keutamaan negara terutama dalam sektor
perindustrian berat berteknologi tinggi.

Kerajaan telah memainkan peranan utama dalam merancang, melaksana,


membiayai dan menguruskan industri berat kerana sektor swasta tidak
mampu menanggung kos perbelanjaan yang tinggi. Bagi mengatasi
kelemahan tersebut, kerajaan mengumumkan dua kajian yang dapat
membentuk Dasar Perindustrian Negara pada tahun 1983 seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 5.4.

Rajah 5.4: Dasar Perindustrian Negara

Kajian Dasar Perindustrian Malaysia (KDPM) adalah bertujuan untuk


menyemak dan mengubah suai dasar perindustrian yang sedia ada dan
mengkaji semula galakan pelaburan dan eksport, manakala bagi Pelan
Induk Perindustrian (PIP) bertujuan menggubal objektif pembangunan
perindustrian dalam mengenal pasti strategi untuk sektor kecil yang
berpotensi mengikut keperluan ekonomi negara supaya tumbuh dengan
pesat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


206  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

Dasar Perindustrian Negara bertujuan menjadikan sektor pembuatan atau


industri sebagai punca utama pertumbuhan ekonomi negara. Kerajaan
berusaha mempergiatkan lagi sektor perindustrian supaya menjadi lebih
kukuh tetapi usaha ini terjejas apabila berlaku kemelesetan ekonomi
sedunia pada tahun 1985 hingga 1986.

Malaysia perlu mempelajari kejayaan negara maju seperti Korea Selatan


dan Jepun yang menjadi negara perindustrian moden yang asalnya
merupakan negara pertanian yang mundur. Pada 3 Februari 1986, DatoÊ
Seri Rafidah Abdul Aziz, Menteri Perdagangan dan Perindustrian
mengumumkan tiga matlamat Pelan Induk Perindustrian (PIP), iaitu:
(i) Menjadikan sektor perkilangan sebagai penggerak utama (catalyst)
pertumbuhan perindustrian negara;
(ii) Menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber asli negara dalam
proses perkilangan tersebut; dan
(iii) Meningkatkan tahap penyelidikan dan pembangunan teknologi
tempatan sebagai asas proses menjadikan Malaysia sebagai negara
perindustrian.

PIP telah menyarankan beberapa langkah supaya Malaysia mencapai


negara perindustrian, iaitu:
(i) Melaksanakan dasar perindustrian yang berpandangan ke luar, iaitu
pengeksportan keluaran perkilangan secara besar-besaran;
(ii) Memajukan secara intensif industri berasaskan sumber tempatan
untuk eksport dan mempelbagaikan serta meningkatkan industri
bukan berasaskan sumber untuk eksport;
(iii) Memajukan industri berat yang telah diidentifikasikan sebagai projek
membantu industri eksport Malaysia. Pada tahun 1980, HICOM
ditubuhkan sebagai badan yang bertanggungjawab terhadap
perkembangan industri berat negara. Contoh perkembangan industri
berat tersebut ialah industri besi berongga dan bilet (billet) keluli oleh
kilang PERWAJA, dan industri pembuatan kenderaan oleh PROTON
yang berasaskan pembuatan kereta nasional, iaitu Proton Saga (lihat
Rajah 5.5);

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  207

Rajah 5.5: Kereta Proton Saga merupakan produk Dasar Perindustrian Negara
Sumber: https://ms.wikipedia.org

(iv) Memodenkan dan menyusun semula struktur perindustrian dengan


memberi keutamaan kepada industri kecil dan sederhana;
(v) Membangunkan teknologi dan sumber manusia;
(vi) Memajukan sistem komunikasi dan maklumat yang bersepadu;
(vii) Menggalakkan kemasukan teknologi moden dan modul pelaburan
asing dengan pembinaan suasana pelaburan yang menarik serta
kemudahan infrastruktur yang sesuai dan mencukupi; dan
(viii) Mengurangkan perbelanjaan sektor infrastruktur dengan
menggalakkan pertumbuhan industri di kawasan yang telah sedia
ada dengan kemudahan infrastruktur yang diperlukan. Pertumbuhan
kawasan industri di pantai Barat dan pantai Timur Malaysia seperti
di Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuantan, Kota Kinabalu,
Sandakan, Labuan, Kuching, Sibu dan Bintulu.

Dasar Perindustrian Negara yang diperkenalkan di Malaysia berjaya


meningkatkan sektor perkilangan sebagai sumber ekonomi negara
sebanyak 22.5 peratus dalam KDNK selepas sektor pertanian sebanyak 21.8
peratus. Sehingga tahun 1990, sektor perindustrian telah menyumbang
sebanyak 33 peratus berbanding sumbangan sektor pertanian sebanyak
18.7 peratus.

Dasar Perindustrian Negara membawa kesan ekonomi yang positif kepada


Malaysia dari segi:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


208  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

(i) Menyusun semula struktur ekonomi negara seperti yang dirancang


dan sektor perindustrian menyumbang sebanyak 33 peratus dalam
KDNK;
(ii) Mengeluarkan sejumlah 80 peratus komponen elektronik, alat elektrik
dan tekstil yang merupakan keluaran terpenting untuk eksport;
(iii) Meningkatkan tahap sosioekonomi rakyat secara keseluruhannya dan
mengurangkan kadar kemiskinan negara;
(iv) Membangunkan usahawan bumiputera yang mempunyai daya saing
dan kemahiran pada peringkat negara dan antarabangsa;
(v) Menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam menyusun semula
struktur ekonomi negara dan melahirkan lebih ramai usahawan
seperti Tan Sri Syed Mokhtar, Tan Sri Yeoh Tong Ley dan Tan Sri
Ananda Krisnan; dan
(vi) Membangunkan sumber manusia dalam bidang sains dan teknologi
sebagai matlamat utama pertumbuhan dan pengagihan ekonomi
negara.

Namun, terdapat kelemahan dalam melaksanakan Dasar Perindustrian


Negara, iaitu:
(i) Bergantung pada modal asing dalam usaha membangunkan ekonomi
Malaysia terutamanya FDI dan pasaran kewangan asing;
(ii) Ekuiti yang dipegang oleh kaum bumiputera sebanyak 20.6 peratus
pada tahun 1990 tidak dapat dipertingkatkan sepanjang tempoh DPN
menyebabkan matlamat pemilikan bumiputera ekuiti sebanyak 30
peratus sukar dicapai;
(iii) Masalah sosial termasuklah gejala lepak, dadah, keruntuhan moral
dan etika, gengsterisme, tekanan jiwa serta beberapa penyakit baharu
seperti sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS ă Acquired
Immune Deficiency Syndrome), penyakit sebaran seksual (STD 
Sexually Transmitted Disease), kadar penceraian yang meningkat,
perubahan corak hidup dan kehilangan cara hidup „keluarga luas‰
serta peningkatan bermacam-macam jenayah terutamanya di
kawasan bandar; dan
(iv) Pencemaran alam sekitar yang berlaku disebabkan oleh
pembangunan pesat yang tidak dapat dikawal dan
ketidakbertanggungjawaban golongan tertentu dalam menjalankan
aktiviti perkilangan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  209

SEMAK KENDIRI 5.3

1. Mengapakah pelaksanaan DEB dalam tempoh 30 tahun


dikatakan tidak mencapai matlamat sepenuhnya?

2. Nyatakan peranan FELDA dalam meningkatkan taraf kehidupan


kaum Bumiputera.

3. Sejauh manakah Dasar Perindustrian Negara berjaya menjadikan


Malaysia sebagai sebuah negara industri?

(c) Dasar Persyarikatan Malaysia


Dasar Persyarikatan Malaysia telah disuarakan oleh Tun Dr Mahathir
Mohamad pada 25 Februari 1983 semasa melancarkan satu forum di
INTAN. Kesan daripada kemerosotan ekonomi pada tahun 1980-an telah
menyedarkan pemimpin Malaysia terutamanya Tun Dr Mahathir bahawa
ekonomi Malaysia perlu diubah suai dari segi pelaksanaannya dalam
menghadapi cabaran global.

Dasar Persyarikatan Malaysia telah diperkenalkan dalam RMK4 dengan


penekanan kepada kepentingan kerjasama sektor awam dengan sektor
swasta supaya rancangan ekonomi negara seperti projek perindustrian dan
perniagaan dapat dilaksanakan dengan cekap, cepat dan berkesan.
Terdapat banyak negara maju telah membuktikan perkembangan ekonomi
negara mereka berlaku dengan berkesan apabila kedua-dua sektor tersebut
bekerjasama seperti Jepun, Korea Selatan dan Taiwan atau dikenali sebagai
Negara Industri Baru (NIC  Newly Industrialised Countries).

Tun Dr Mahathir menjelaskan, „apabila Malaysia mahu membangun


dengan cepat, kita kaji cara Jepun yang mampu bangkit dengan pantas
selepas dibom oleh Amerika Syarikat semasa Perang Dunia Kedua.‰ Tegas
beliau lagi Jepun bangkit daripada kehancuran dengan mewujudkan polisi
kerjasama rapat antara kerajaan dan masyarakat perniagaan.

Di Malaysia, terdapat dua sektor utama yang menentukan maju atau


mundurnya negara ini, iaitu sektor swasta dan sektor awam. Maka kedua-
dua sektor perlu bekerjasama dalam semua bidang bagi memastikan
pembangunan negara dapat dicapai. Sektor swasta perlu memainkan
peranan utama sebagai penggerak ekonomi negara kerana sektor swasta
mempunyai fleksibiliti dalam proses membuat keputusan mahupun
kecekapan melaksanakan sesuatu projek. Hal ini kerana di peringkat
kerajaan, sektor awam masih dibelenggu dengan pelbagai birokrasinya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


210  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

Bagi mengembang dan meningkatkan ekonomi negara, pihak kerajaan dan


agensinya perlu berperanan sebagai pembantu kepada sektor swasta.
Kerajaan atau sektor awam akan menyediakan kemudahan prasarana bagi
membolehkan sektor swasta bergerak dengan lebih cepat dan efektif.

Tun Dr Mahathir menekankan peranan sektor awam ini penting dalam


menentukan kejayaan Dasar Persyarikatan Malaysia:

„⁄sekarang kita berpendapat bahawa memang menjadi tugas kerajaan


menjadi sebuah agensi perkhidmatan (service agency) yang berkhidmat
untuk semua pihak termasuk pihak swasta. Kita ingin supaya semua
pegawai kerajaan menganggap bahawa swasta merupakan punca
kehidupan mereka. Kejayaan swasta adalah kejayaan mereka sendiri
kerana sudah tentu kita maklum bahawa apabila swasta dapat kejayaan
pihak kerajaan juga dapat menumpang daripada kejayaan itu⁄‰

Objektif Dasar Persyarikatan Malaysia adalah untuk:

(i) Mewujudkan kerjasama erat dan berkesan antara sektor awam dan
sektor swasta demi pembangunan negara mencapai faedah bersama;
(ii) Menamatkan pendekatan permusuhan antara kedua-dua sektor yang
wujud dahulu dengan menggalakkan perkongsian maklumat dan
saling memahami untuk kejayaan bersama; dan
(iii) Meningkatkan hasil negara melalui kejayaan dasar yang berkait
dengan Prinsip Dasar Persyarikatan Malaysia.

Strategi Pelaksanaan
Pelaksanaan Dasar Persyarikatan Malaysia dapat dijayakan dengan
kesefahaman dan kerjasama antara sektor awam dan sektor swasta melalui:
(i) Penghapusan tidak kefahaman antara sektor awam dan sektor
swasta;
(ii) Sektor awam dan sektor swasta perlu mempunyai satu persetujuan
bagi mencapai matlamat negara dalam menjaga maruah dan secara
bersungguh-sungguh dalam menjayakan pembangunan negara;
(iii) Peraturan dan prosedur kerja sektor awam perlu dikaji dan dipinda
dengan penglibatan sektor swasta; dan
(iv) Hubungan antara agensi kerajaan seperti Kementerian, Jabatan dan
Badan Berkanun hendaklah dipertingkatkan dari segi matlamat dan
cara kerja yang sama.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  211

Sebagai langkah awal, kerajaan telah melatih 18 pegawai di Persatuan


Perindustrian dan Perdagangan British Malaysia (BMITA  British
Malaysian Industry and Trade Association) pada tahun 1984 bagi
mendedahkan pegawai tersebut tentang aspek pengurusan sektor swasta
dalam bidang perniagaan, perdagangan dan industri.

Dasar Persyarikatan Malaysia menunjukkan wujud keperluan atas


peningkatan penglibatan sektor swasta dalam usaha memperkembangkan
ekonomi negara. Pelaksanaan Dasar Persyarikatan Malaysia ini
memperlihatkan hubungan dengan Dasar Pengkorporatan dan
Penswastaan, Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) dan Dasar
Perindustrian Negara yang berkongsi matlamat yang sama dalam usaha
membangunkan ekonomi Malaysia dan ke arah mencapai matlamat
Wawasan 2020.

(d) Dasar Pengkorporatan dan Penswastaan


Pada tahun 1983, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Dasar
Pengkorporatan dan Dasar Penswastaan sebagai keperluan perubahan
struktur pengurusan ekonomi dalam sektor kerajaan dalam RMK4. Tun Dr
Mahathir menjelaskan pihak kerajaan dan sektor awam menghadapi
ketidakcekapannya dalam pentadbiran walaupun dibantu dengan unsur
monopoli dan kuasa kerajaan berbanding sektor swasta yang lebih cekap
dan bermotivasi.

Dasar Pengkorporatan merujuk kepada aspek pemindahan aset,


tanggungjawab, hak dan obligasi sesuatu badan berkanun kepada sebuah
syarikat yang dimiliki oleh kerajaan di bawah Akta Syarikat 1965.
Sebaliknya, Dasar Penswastaan merujuk kepada pemindahan
perkhidmatan dan fungsi daripada sektor awam milik kerajaan kepada
sektor swasta.

Sebenarnya Dasar Persyarikatan telah mencetuskan kemunculan Dasar


Pengkorporatan dan Dasar Penswastaan di Malaysia. Kerajaan berusaha
menggalakkan syarikat korporat milik kerajaan supaya bekerjasama
dengan sektor swasta dalam membangunkan ekonomi negara.

Bagi menjayakan pelaksanaan penswastaan, kerajaan memperkenalkan


strategi dan prosedur baharu seperti mengurangkan perbelanjaan
pembangunan dan menjimatkan perbelanjaan mengurus yang ditanggung
oleh kerajaan dan pada masa yang sama, kerajaan cuba meningkatkan hasil
pendapatan negara (Dasar Pengkorporatan Malaysia, t. t.).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


212  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

Dasar Pengkorporatan merupakan dasar utama yang diperlukan sebagai


proses pindahan agensi kerajaan kepada sektor swasta yang berperanan
dalam industri atau perniagaan atau berkaitan dengan kedua-dua bidang
tersebut. Dalam proses pindahan tersebut, terdapat tiga komponen besar
yang terlibat, iaitu tanggungjawab pengurusan, aset atau hak untuk
menggunakan aset dan kakitangan.

Sebagai contoh, agensi seperti Lembaga Elektrik Negara (LLN) dikenali


sebagai Tenaga Nasional Berhad (TNB), Jabatan Telekom dikenali sebagai
Telekom Malaysia Berhad (TM) (lihat Rajah 5.6) dan Jabatan Pos dikenali
sebagai Syarikat Pos Malaysia (lihat Rajah 5.7).

Rajah 5.6: Logo TM


Sumber: www.tm.com.my

Rajah 5.7: Logo baharu POS Malaysia


Sumber: www.pos.com.my

Kerajaan membenarkan dan menggalakkan persaingan dalam industri


yang telah diswastakan supaya wujud kecekapan dan kemampuan
bersaing. Selain itu, peranan kerajaan yang dihadkan kepada tahap
minimum merupakan perkara yang mustahak demi kepentingan
pembangunan negara secara keseluruhan.

Terdapat lima matlamat utama dalam PIP, iaitu:


(i) Membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi;
(ii) Mengurangkan beban pentadbiran dan kewangan kerajaan;
(iii) Meningkatkan kecekapan dan produktiviti;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  213

(iv) Mengecilkan saiz dan mengurangkan penglibatan sektor awam dalam


aktiviti ekonomi; dan
(v) Membantu pencapaian matlamat penyusunan semula berdasarkan
Dasar Pembangunan Nasional.

Dasar Penswastaan secara tidak langsung dapat mengurangkan beban


kewangan dan pentadbiran kerajaan apabila perbelanjaan kerajaan dalam
sektor ekonomi diserahkan kepada sektor swasta. Kerajaan dapat
menumpukan perhatian kepada bidang utama pentadbiran kerajaan yang
lain.

Contohnya, proses membina perpaduan negara, keselamatan, keamanan


negara, usaha membasmi kemiskinan dan ketidakseimbangan
sosioekonomi. Pengurangan peranan kerajaan dan saiz sektor
perkhidmatan awam diperkecilkan bagi membolehkan sumber kewangan
dapat disimpan dan disalurkan untuk keperluan bidang lain.

Pada masa yang sama, peranan sektor swasta diperluaskan dan diberi
peluang dalam peningkatan serta pertumbuhan ekonomi negara. Sektor
swasta dapat meningkatkan keuntungan dan perluasan skop komersial
melalui kecekapan dan daya pengeluarannya yang pesat. Menerusi cara ini,
kerajaan akan memperoleh hasil tambahan khususnya melalui cukai
korporat untuk keperluan perbelanjaan sosioekonomi lain.

Dasar Penswastaan akan menolong meningkatkan kadar pencapaian


objektif ekonomi negara khususnya memenuhi objektif DEB untuk
menyusun semula corak pemilikan dalam ekonomi negara.

Sehingga tahun 1997, Dasar Pengkorporatan dan Penswastaan yang


dilaksanakan oleh kerajaan telah meningkatkan pertumbuhan ekonomi
yang pesat ke arah sebuah negara NIC. Dasar Penswastaan dapat
mendorong perkembangan sektor korporat dan membuka peluang
meningkatkan pertumbuhan ekonomi melalui daya usaha sektor swasta.
Secara keseluruhan, dasar ini telah berjaya mengurangkan beban
pentadbiran kerajaan, khasnya dari segi kakitangan dan tanggungan
kewangan.

(e) Dasar Pendidikan Kebangsaan


Sebelum Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun
1957, tidak terdapat satu bentuk sistem pelajaran kebangsaan di Tanah
Melayu. Pentadbiran British di Tanah Melayu telah mewujudkan empat
corak pendidikan vernakular yang menekankan kepada empat aliran

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


214  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

pendidikan yang berbeza, iaitu sekolah beraliran Melayu, Inggeris, Cina


dan India.

British tidak mementingkan soal perpaduan dalam kalangan rakyat di


Tanah Melayu, sebaliknya British beranggapan adalah tanggungjawab
memberikan pelajaran kepada rakyat Tanah Melayu untuk memenuhi
keperluan tenaga dan ekonomi kepada British. Bagi golongan rakyat yang
mempunyai kemampuan, mereka akan dapat peluang belajar di sekolah-
sekolah aliran Inggeris. Keadaan ini menyebabkan wujudnya masalah
polarisasi kaum di Tanah Melayu (Awang Had Salleh, 1980).

Selepas pilihan raya umum tahun 1955, Parti Perikatan yang dianggotai
oleh tiga komponen parti, iaitu UMNO, MCA dan MIC yang memenangi
pilihan raya tersebut telah membentuk satu jawatankuasa pelajaran bagi
mengkaji sistem yang sedia ada. Selepas Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan pada tahun 1957, soal perpaduan merupakan agenda utama
yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan Perikatan. Kerjasama yang erat
antara ketiga-tiga kaum akan dapat membentuk perpaduan dan
persefahaman dalam kalangan rakyat di Tanah Melayu.

Pemimpin Parti Perikatan percaya bahawa soal perpaduan kaum boleh


diwujudkan menerusi satu sistem pelajaran kebangsaan yang sama dan
akhirnya dapat membentuk satu bangsa Malaysia. Terdapat beberapa
penyata, akta, laporan tentang pendidikan yang dikeluarkan telah
mencorakkan sistem pendidikan di Malaysia, antaranya:
(i) Penyata Razak 1956;
(ii) Penyata Rahman Talib 1960;
(iii) Akta Pelajaran 1961;
(iv) Laporan Aminuddin Baki 1962;
(v) Jawatankuasa Perancang Pelajaran Tinggi/Laporan Khir Johari 1967;
(vi) Jawatankuasa Mengkaji Latihan Perguruan 1969;
(vii) Jawatankuasa Kabinet 1974 dan 1979; dan
(viii) Akta Pendidikan 1996.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  215

Selepas merdeka, kerajaan Perikatan sedar bahawa melalui satu sistem


pelajaran yang sama di Tanah Melayu akan dapat menyatupadukan kaum
di negara ini. Pada tarikh 30 September 1955, satu jawatankuasa pelajaran
telah dibentuk bagi mengkaji Ordinan Pelajaran 1952 sedia ada yang
dinamakan sebagai Jawatankuasa Razak.

Jawatankuasa ini telah dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak bin Hussein
dan dianggotai oleh ketiga-tiga kaum yang terbesar di Tanah Melayu, iaitu
orang Melayu, Cina dan India. Matlamat utama Penyata Razak adalah
untuk menyemak semula sistem pendidikan Tanah Melayu dengan
membina satu sistem pendidikan kebangsaan yang boleh diterima oleh
rakyat dan mengkaji serta meminda struktur pendidikan negara yang
berlandaskan kepada Ordinan Pelajaran 1952 pada ketika itu (Penyata
Jawatankuasa Pelajaran 1956, 1956).

Jawatankuasa Razak cuba membina satu dasar pendidikan yang bersifat


demokrasi bagi memenuhi keperluan rakyat dan menjamin hak setiap
kanak-kanak mendapat pendidikan di negara ini. Dasar ini secara tidak
langsung dapat mewujudkan perpaduan rakyat seperti yang dinyatakan
dalam kenyataan berikut:

„Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak


menyatukan budak-budak dari semua bangsa di dalam negeri ini
dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa
dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar
utama.‰
(Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956, 1956)

Pada bulan April 1956, Laporan Razak telah dikemukakan hasil daripada
kajian jawatankuasa tersebut. Antara kandungan penting dalam Laporan
Razak merupakan mengenai pelaksanaan sistem sekolah rendah, sistem
sekolah menengah dan sistem peperiksaan. Sekolah rendah dibahagikan
kepada Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) yang menggunakan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan
(SRJK) yang menggunakan bahasa Inggeris, Cina dan Tamil sebagai bahasa
pengantar.

Selain itu, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran
wajib di sekolah rendah. Manakala sekolah menengah dibahagikan kepada
tiga peringkat, iaitu sekolah menengah rendah (tiga tahun), sekolah
menengah atas (dua tahun) dan prauniversiti (dua tahun). Hanya terdapat

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


216  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

satu jenis sekolah menengah sahaja yang menggunakan Bahasa Melayu


dan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib.

Pada bulan April 1957, Laporan Razak telah diluluskan dan


dikuatkuasakan sebagai Ordinan Pelajaran 1957. Namun begitu, Penyata
Razak ini telah ditentang oleh orang Melayu kerana tiada mempunyai
ketegasan dalam pelaksanaan bahasa kebangsaan. Bagi orang Cina, mereka
menentang Penyata Razak kerana sesetengah cadangan dikatakan telah
mengabaikan pendidikan bahasa Cina (Penyata Jawatankuasa Pelajaran
1956, 1956).

Pada tahun 1959, Jawatankuasa Penyemak Pelajaran ditubuhkan bagi


mengkaji semula perlaksanaan Penyata Razak dan langkah-langkah bagi
mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan di Tanah Melayu dikenali
sebagai Laporan Rahman Talib (1960).

Pembentukan jawatankuasa yang diketuai oleh Abdul Rahman Talib dan


beberapa orang anggota adalah untuk menyegerakan pelaksanaan dasar
pendidikan kebangsaan yang disyorkan dalam Penyata Razak. Pada
dasarnya, Jawatankuasa Penyemak Pelajaran bersetuju dengan semua syor
yang telah dicadangkan dalam Penyata Razak dan menambah beberapa
syor yang dianggap penting dalam sistem pendidikan di Tanah Melayu
(Penyata Jawatankuasa Penyemak Dasar Pelajaran 1960, 1961).

Beberapa syor telah dikemukakan, iaitu:


(i) Menjadikan bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar di
sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi;
(ii) Kelas peralihan diadakan bagi pelajar dari SRJK(C) dan SRJK (T) yang
ingin bertukar ke sekolah menengah aliran Melayu atau Inggeris;
(iii) Kenaikan darjah secara automatik di semua sekolah rendah dan
sekolah menengah bantuan kerajaan;
(iv) Peluang pendidikan selama sembilan tahun disediakan secara
automatik, iaitu enam tahun sekolah rendah dan tiga tahun sekolah
menengah rendah;
(v) Pelajaran percuma kepada semua sekolah rendah tanpa mengira
bahasa pengantarnya; dan
(vi) Mata pelajaran akhlak bagi murid beragama Islam ă Pendidikan
Islam dan murid bukan beragama Islam ă Pendidikan Moral.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  217

Berdasarkan syor Laporan Rahman Talib, akhirnya laporan ini telah


digubal menjadi Akta Pelajaran 1961. Akta Pelajaran 1961 menekankan
perkara seperti (lihat Rajah 5.8):

Rajah 5.8: Akta Pelajaran 1961

Pada tahun 1962, satu penyata telah diperkenalkan oleh Aminuddin Baki,
iaitu Ketua Penasihat Pelajaran yang pertama di Persekutuan Tanah
Melayu. Penyata Aminuddin Baki 1962 telah menekankan masalah besar
dari segi bilangan murid yang benar-benar layak untuk naik belajar ke
sekolah menengah adalah sangat sedikit.

Pada 20 Februari 1961, Abdul Rahman Talib telah membentuk satu


jawatankuasa pelajaran yang dianggotai seramai sembilan orang yang
diketuai oleh Aminuddin Baki. Jawatankuasa tersebut telah menjalankan
penyiasatan terhadap (Aminuddin Baki, 1981):
(i) Sebab-sebab keputusan peperiksaan masuk ke sekolah menengah
lemah dan mencari jalan mengatasinya;
(ii) Sebab-sebab sedikitnya bilangan murid-murid Sekolah Kebangsaan
yang mengambil Peperiksaan Masuk Sekolah Menengah; dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


218  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

(iii) Kelemahan keputusan peperiksaan murid-murid Melayu dalam


Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran dan cara-cara untuk mengatasinya.

Laporan Aminuddin Baki 1962 telah menyelesaikan masalah di sekolah


menengah aliran Melayu khasnya dari segi peperiksaan, iaitu Sijil Rendah
Pelajaran (SRP) dan Federation of Malaya Certificate (FMC) (Malay
Medium). Jawatankuasa pelajaran yang dipengerusikan oleh Aminuddin
Baki sendiri telah bertindak menyiasat secara menyeluruh tentang masalah
yang dihadapi dalam pendidikan murid Melayu.

Pada 31 Oktober 1962, Penyata Kelemahan Pelajaran Melayu Aminuddin


Baki diterbitkan bagi membentangkan syor untuk mengatasi kelemahan
pelajaran dalam kalangan murid Melayu di sekolah kebangsaan. Penyata
Aminuddin Baki telah mengemukakan 12 syor kepada kerajaan tentang
kemunduran pelajaran pelajar Melayu.

Jawatankuasa ini telah menumpukan penyiasatan terhadap masalah-


masalah seperti kesesuaian bentuk soalan dalam peperiksaan, masalah dan
sikap guru, kemantapan latihan perguruan, pelaksanaan kaedah
pengajaran, hubungan dengan ibu bapa serta kekurangan kemudahan
fizikal di sekolah. Aminuddin Baki telah mengumumkan hasil penyiasatan
jawatankuasa pelajaran yang dipengerusikannya dalam Laporan
Jawatankuasa Aminuddin Baki 1962 (Aminuddin Baki, 1981).

Peristiwa 13 Mei 1969 yang berlaku menyebabkan kerajaan terpaksa


mengkaji semula struktur sistem pendidikan kebangsaan yang
dikuatkuasakan sejak merdeka. Keadaan ini menyebabkan kerajaan
merombak semula sistem pendidikan kebangsaan dengan tujuan
meyakinkan sistem yang baharu untuk melahirkan sumber manusia
(modal insan) yang diingini dan tepat kepada keperluan masa.

Kerajaan terpaksa membentuk Jawatankuasa Kabinet 1974 disebabkan


berlakunya rusuhan kaum 13 Mei 1969. Hal ini kerana hasil daripada kajian
yang dilakukan Jawatankuasa Kabinet 1974 mendapati terdapat kelemahan
dalam sistem pendidikan pada ketika itu yang kurang menitikberatkan
aspek perpaduan negara. Selepas Jawatankuasa Kabinet 1974, lahir
Jawatankuasa Kabinet 1979 yang mengkaji sistem pendidikan di Malaysia
yang dapat memenuhi matlamat melahirkan masyarakat bersatu,
berdisiplin dan berkualiti.

Bagi memperkukuhkan Malaysia pada masa hadapan dan mencapai


Wawasan 2020 kerajaan telah memperkenalkan Akta Pendidikan
Kebangsaan 1996. Dalam Akta Pendidikan 1996, kerajaan telah mengubah
pendirian terhadap konsep bahasa kebangsaan sebagai satu-satunya bahasa

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  219

pengantar dalam peringkat sekolah dan peringkat pendidikan tinggi


kebangsaan serta menerima bahasa Inggeris sebagai bahasa sejagat bagi
kemajuan sains dan teknologi.

Akta ini membenarkan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar untuk


disiplin sains dan teknologi pada peringkat pendidikan tinggi; dan pada
peringkat sekolah untuk mata pelajaran Sains dan Matematik. Hal ini
bertujuan bagi menentukan sistem pendidikan di Malaysia berupaya
melahirkan sumber manusia yang diperlukan untuk perkembangan negara,
membentuk jati diri kebangsaan dan memperkuatkan perpaduan negara.

Kerajaan juga telah melakukan reformasi sistem pendidikan dalam


memperkenalkan fleksibiliti tadbir dalam kalangan Universiti Awam (UA)
melalui Dasar Pengkorporatan UA diperkenalkan di Universiti Malaya.
Pengkorporatan UA ialah untuk membebaskan UA daripada pegangan
birokrasi yang ketat dan tidak lagi sesuai pada masa kini. Dasar
pengkorporatan ini akan memberikan fleksibiliti dalam sistem pentadbiran
dan kuasa autonomi baharu kepada UA.

Kerajaan turut memperkasakan sistem pendidikan kebangsaan dengan


pelaksanaan Sekolah Wawasan. Konsep Sekolah Wawasan bermatlamat
mengatasi masalah pengasingan sosial kaum di Malaysia disebabkan
sistem sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan. Di bawah konsep
Sekolah Wawasan, sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan
Tamil ditempatkan di bawah satu infrastruktur yang sama tetapi berlainan
pentadbiran yang mereka akan berkongsi penggunaan kemudahan padang
permainan, kantin, dan sebagainya.

Melalui cara ini, murid daripada pelbagai kaum akan berpeluang bertemu,
berinteraksi dan boleh merapatkan hubungan melalui aktiviti sukan,
sosiobudaya dan aktiviti lain. Namun, projek Sekolah Wawasan dianggap
kurang berjaya kerana penolakan persatuan dan pertubuhan masyarakat
Cina yang menganggap Sekolah Wawasan sebagai suatu usaha untuk
menghapuskan identiti sekolah Cina dan Tamil.

SEMAK KENDIRI 5.4

1. Bezakan antara Dasar Penswastaan dan Dasar Persyarikatan di


Malaysia.

2. Apakah peranan Dasar Pendidikan Kebangsaan dalam


mengukuhkan perpaduan kaum di Malaysia?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


220  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

(f) Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK)


Dalam Kongres Kebudayaan Kebangsaan di Kuala Lumpur pada 16 hingga
20 Ogos 1971 telah lahir asas kebudayaan kebangsaan yang kemudiannya
membentuk DKK. Ahli kongres telah menggariskan tiga prinsip utama
bagi membentuk DKK, iaitu (Mohd Taib Osman, 1988):
(i) Kebudayaan Kebangsaan Malaysia haruslah berteraskan kebudayaan
rakyat asal di rantau ini;
(ii) Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima
menjadi unsur kebudayaan kebangsaan; dan
(iii) Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan
kebangsaan.

Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum memerlukan satu dasar


kebudayaan yang dapat membentuk rakyat negara ini agar mempunyai
sifat yang baik, mulia dan melahirkan satu cara hidup yang bersifat
kemalaysiaan.

Budaya berperanan mencorakkan cara hidup sesebuah masyarakat dan


secara langsung dapat meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan
politik dalam sesebuah negara. Penggubalan DKK di Malaysia akan dapat
dijadikan sebagai panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekal
identiti negara ini dalam kalangan negara di dunia (Mohd Taib Osman,
1988).

Namun, penggubalan dasar kebudayaan ini hendaklah dilakukan dengan


mempertimbangkan fakta sejarah dan asal usul serta perkembangan negara
ini sejak dahulu lagi. Oleh itu, penggubalan DKK ini mengambil kira
kebudayaan penduduk asal di rantau ini yang merangkumi Malaysia,
Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, Thailand dan Kepulauan Pasifik
Selatan.

Orang Melayu ialah penduduk asal di rantau ini termasuk Tanah Melayu
yang telah wujud sejak zaman-berzaman. Kedudukan geografi alam
Melayu membuktikan orang Melayu ialah penduduk asal di Nusantara.
Lebih-lebih lagi kehidupan masyarakat Melayu telah berkembang dengan
meluas secara harmoni dari segi kesenian, kebudayaan dan bahasa Melayu.

Orang Melayu telah menutur dan mengembangkan bahasa Melayu dalam


pelbagai aspek kehidupan malah menuturkannya sebagai bahasa
perhubungan antarabangsa (lingua franca) dalam bidang perdagangan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  221

Bagi membentuk DKK, kebudayaan kaum lain yang wajar dan sesuai boleh
diterima sebagai kebudayaan yang bersifat dinamik dan melalui proses
penyerapan serta penyesuaian dengan kebudayaan masyarakat Melayu.
Sebagai negara yang berbilang kaum, unsur kebudayaan masyarakat Cina,
India, dan lain-lain wajar dipertimbangkan dalam pembentukan DKK.

Unsur ini boleh diterima sebagai unsur kebudayaan selagi ia tidak


bercanggah dengan Perlembagaan, Rukun Negara, asas moral dan agama
Islam sebagai agama rasmi. Oleh itu, agama Islam dianggap sebagai unsur
penting dalam pembentukan DKK. Selain itu, pembentukan DKK
meletakkan tiga objektif penting, iaitu:
(i) Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan;
(ii) Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh
daripada kebudayaan kebangsaan; dan
(iii) Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan
dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.

Peranan Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan adalah


penting bagi memastikan pelaksanaan dan matlamat DKK dapat dicapai.
Pihak kementerian perlu juga menggerakkan peranan badan dan jabatan
lain seperti jabatan kerajaan, kerajaan negeri, badan berkanun dan pihak
swasta. Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan hendaklah
menjalankan usaha pembangunan aktiviti kesenian dan kebudayaan bagi
mengukuhkan DKK.

Sebagai contoh, giat melakukan pemulihan, pemeliharaan, dan


membangunkan kebudayaan melalui aktiviti penyelidikan, pendidikan,
pengembangan dan perhubungan budaya. Selain itu, kerajaan juga boleh
melatih generasi muda untuk mencintai unsur kesenian dan budaya
dengan mempelajari dan mempertahankan seni budaya negara.

(g) Dasar Pandang ke Timur (DPT)


DPT telah diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dalam usaha
kerajaan untuk menerapkan nilai dan amalan yang baik bagi tujuan
membangunkan negara pada tahun 1981. Nilai dan amalan baik dari
negara Jepun dan Korea Selatan diubahsuaikan dengan keadaan Malaysia
ke arah negara maju.

Tun Dr Mahathir menyarankan penolakan nilai urus niaga dan etika kerja
Barat yang kurang sesuai kepada budaya dan cara hidup rakyat Malaysia.
Lebih-lebih lagi kemunculan Jepun dan Korea Selatan sebagai negara

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


222  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

perindustrian yang maju dan berlaku kemerosotan pembangunan negara


Barat.

Tegas Tun Dr Mahathir, Malaysia boleh mencontohi dan mempelajari dari


Jepun dan Korea Selatan dalam bidang teknologi moden, etika kerja dan
sistem pengurusan yang berdasarkan sosiobudaya Timur (lihat Rajah 5.9).
Budaya Timur telah menerapkan ciri-ciri kerajinan dan disiplin bekerja,
kesetiaan kepada negara, keutamaan kepada kumpulan dan bukannya
secara individu, peningkatan daya pengeluaran serta pengurangan
perbezaan antara eksekutif dengan pekerja.

Rajah 5.9: Sikap dan budaya kerja masyarakat Jepun

Pengenalan DPT telah menyebabkan perubahan beberapa struktur


pentadbiran kerajaan seperti konsep pejabat terbuka, penubuhan
kumpulan meningkat mutu kerja, kad perakam waktu kerja dan
penggunaan tanda nama. Kerajaan turut memperkenalkan beberapa
konsep seperti „Bersih, Cekap dan Amanah‰ serta „Kepimpinan melalui
Teladan‰ untuk membentuk sikap yang positif bagi kakitangan awam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  223

Bagi menjayakan DPT, kerajaan telah menghantar pelatih ke Jepun dan


Korea Selatan untuk mempelajari teknologi dan sistem pengurusan negara
tersebut. Usaha ini membolehkan pelajar Malaysia mengikuti kursus sains
dan teknologi di universiti Jepun dan Korea Selatan. Hal ini secara tidak
langsung dapat melahirkan tenaga kerja mahir terutamanya dalam sektor
perindustrian di Malaysia.

(h) Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam (DPNI)


Pada tahun 1985, Tun Dr Mahathir telah memperkenalkan Dasar
Penerapan Nilai-nilai Islam ke dalam sistem pentadbiran di Malaysia.
Tujuan dasar ini diperkenalkan adalah untuk membentuk satu sistem nilai
yang sama bagi melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bermaruah
tinggi dan disegani oleh masyarakat dunia. Sebelum dan selepas negara ini
mencapai kemerdekaan, terdapat banyak usaha yang dijalankan oleh
kerajaan dalam mengukuhkan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia.

Banyak program yang berlandaskan Islam telah diperkenalkan seperti


sistem sekolah agama, sistem undang-undang Mahkamah Syariah,
pembinaan surau dan masjid diperbanyakkan serta pengurusan zakat dan
Baitulmal. Kerajaan juga telah menganjurkan program-program
keagamaan seperti Tilawah al-Quran pada peringkat kebangsaan dan
antarabangsa (Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran, t. t.)

Pada tahun-tahun 1970-an, kerajaan telah mengambil langkah drastik bagi


memperkukuhkan agama Islam dengan penubuhan sekolah menengah
agama berasrama penuh, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Bank
Islam, syarikat insurans Islam, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana
Menteri dan termasuklah dalam hal pentadbiran negara.

Objektif Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam pentadbiran adalah:


(i) Membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bermaruah,
beridentiti kukuh dan disegani oleh masyarakat lain;
(ii) Menubuhkan sebuah negara bahagia;
(iii) Menghapuskan sikap negatif dalam menjalankan tugas yang
dipertanggungjawabkan; dan
(iv) Menghasilkan perkhidmatan yang bermutu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


224  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

Berdasarkan objektif tersebut secara tidak langsung telah menunjukkan


Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam tidak bertujuan mengislamkan orang
bukan Islam. Pada hakikatnya, hasrat kerajaan adalah memastikan semua
kaum dapat menghayati dan mengamalkan nilai murni Islam yang baik
dan tidak bercanggah dengan ajaran agama lain di Malaysia.
Sesungguhnya, Islam merupakan agama yang menekankan cara hidup
yang dapat memastikan kesejahteraan manusia sejagat.

Terdapat sebanyak 11 nilai asas yang diterapkan dalam dasar ini, iaitu
amanah, berdisiplin, tanggungjawab, bekerjasama, dedikasi, sederhana,
tekun, bersih, ikhlas, berbudi mulia dan bersyukur. Nilai-nilai ini dapat
dijadikan panduan kepada para pekerja sektor awam dalam menjalankan
urusan-urusan pekerjaan setiap hari (Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam
dalam Pentadbiran, t. t.).

Selain itu, penerapan nilai Islam akan dapat menghapuskan amalan buruk
seperti rasuah, penyelewengan, jenayah, penindasan dan penyalahgunaan
kuasa. Kerajaan mengambil langkah secara berhati-hati dan beransur-ansur
dalam melaksanakan Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam ini supaya tidak
menimbulkan perselisihan faham dalam kalangan masyarakat bukan Islam.

(i) Dasar Belia Negara (DBN)


Belia merupakan sumber terbesar dalam negara dan mereka juga
penyumbang kepada pembangunan negara. Pada 13 Disember 1985,
setelah dirancang dan digubal dalam tempoh 13 tahun, DBN telah
diumumkan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, iaitu Tan Sri Dr
Sulaiman Daud. Dalam ucapan Tan Sri Dr Sulaiman terhadap dasar ini
menyatakan dasar ini akan dapat membentuk generasi belia yang
sempurna, terancang dan bersepadu.

DBN digubal untuk membangunkan taraf sosial dan ekonomi belia di


samping mengukuhkan perpaduan dan keselamatan negara yang berdepan
dengan cabaran globalisasi. Penggubalan DBN ini juga adalah hasil
sokongan, dan penglibatan badan dan pertubuhan seperti Majlis
Perpaduan Belia Negara, Institusi Pengajian Tinggi dan peranan orang
perseorangan.

Pembangunan belia di Malaysia didasarkan kepada prinsip berikut:


(i) Mengamalkan prinsip Rukun Negara;
(ii) Mempunyai semangat perpaduan dan kesukarelaan dan
mengamalkan prinsip autonomi;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  225

(iii) Mempunyai sifat kepimpinan yang matang dan bertanggungjawab;


(iv) Menggalakkan penyertaan dalam proses perancangan negara;
(v) Mempunyai moral yang tinggi, dan sikap yang mementingkan
kesihatan dan kecergasan diri; dan
(vi) Mempunyai taraf keilmuan yang luas dan mendalam.

Bagi melahirkan golongan belia yang berkualiti, kerajaan menyasarkan


supaya belia memiliki ciri-ciri persediaan bagi menghadapi cabaran moden
dan pengaruh sosiobudaya globalisasi yang lebih kompleks, antaranya:
(i) Memiliki ilmu dan kemahiran yang boleh diaplikasikan dalam
kerjaya sehingga membawa kepada hasil yang baik;
(ii) Mempunyai ketahanan diri yang kental dari sudut mental dan emosi
supaya tidak mudah terpengaruh, dan mudah digoda oleh apa-apa
unsur yang tidak sihat;
(iii) Mempunyai kesedaran mempertingkatkan diri dari semasa ke
semasa;
(iv) Mempunyai cita rasa dan idea yang tertinggi untuk meningkatkan
taraf kehidupan, sekali gus merealisasikan hasrat kerajaan yang
sentiasa mementingkan pembangunan belia pada setiap masa; dan
(v) Mempunyai kekuatan fizikal dan mental yang positif dan yakin diri
dalam menghadapi gejala sosiobudaya yang subversif kepada jati diri
kebangsaan dan nilai sosioakhlak masyarakat Malaysia supaya dapat
ditolak dan dihapuskan dengan berkesan.

Selain itu, kerajaan telah merancang beberapa program dan aktiviti yang
boleh meningkatkan kemahiran belia dalam bidang kepimpinan,
perniagaan dan vokasional. Peranan Kementerian Belia dan Sukan adalah
merancang dan melaksanakan Dasar Belia Negara seperti memperkenalkan
program Rakan Muda. Program Rakan Muda ini bertujuan
mempertingkatkan penglibatan belia dalam pelbagai bidang seperti
kesukanan, kebudayaan dan kesenian.

Pada tahun 1997, kerajaan sekali lagi telah melancarkan Dasar


Pembangunan Belia Negara dengan tujuan mewujudkan belia Malaysia
yang memiliki peribadi yang bersepadu dari segi rohani, akliah dan
jasmani, bertanggungjawab, berdikari, bersemangat sukarela, patriotik dan
penggerak kemajuan bangsa, agama, dan negara (Dasar Belia Malaysia
[DBM], 2015).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


226  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

Pada 15 Mei 2015, Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak telah
melancarkan Dasar Belia Malaysia (DBM) baharu yang lebih komprehensif
untuk pembangunan belia bagi mencapai status negara berpendapatan
tinggi. Pada dasarnya, Dasar Belia Malaysia hanya akan dilaksanakan
mulai tahun 2018 bagi menggantikan Dasar Pembangunan Belia Negara
1997.

Satu persetujuan telah dibuat dalam DBM adalah menetapkan had umur
belia dari 15 tahun hingga 30 tahun berbanding 15 tahun hingga 40 tahun
dalam dasar sebelum ini. Menurut DatoÊ Seri Mohd Najib, generasi muda
perlu mempunyai potensi diri sehingga ke tahap maksimum bagi
memastikan negara terus kekal hebat dan unggul (Dasar Belia Malaysia
[DBM], 2015).

DBM akan dapat memaksimumkan potensi setiap belia kerana hanya 23


peratus pekerja yang mahir dan sebahagian besar hanya mempunyai
kemahiran yang sederhana. Menurut beliau lagi, jika semua belia menjadi
pekerja mahir, maka potensi negara akan dapat dilonjakkan dan menggesa
golongan belia agar jangan mudah berpuas hati dengan pencapaian
sederhana serta tidak mencabar diri untuk mencapai potensi bagi mencapai
kejayaan yang lebih tinggi (Dasar Belia Malaysia [DBM], 2015).

Dalam Rancangan Malaysia ke-11, kerajaan akan mengutamakan


pendidikan teknikal dan kemahiran agar belia negara dapat merealisasi
dan memperkasa potensi maksimum mereka. Kerajaan mewujudkan Pusat
Kreativiti dan Inovasi Global Malaysia (MaGIC ă Malaysian Global
Innovation and Creativity Centre) untuk memberi latihan keusahawanan
dan berjaya menjadi usahawan walaupun secara kecil-kecilan. Selain itu,
kerajaan akan membangunkan tiga „bandar golongan muda‰ (youth city)
tidak lama lagi bagi memberi peluang kepada golongan muda dalam
bidang keusahawanan.

(j) Dasar Wanita Negara (DWN)


Pada tahun 1989, kerajaan telah menggubal DWN sebagai mencerminkan
hasrat kerajaan untuk membantu penyertaan wanita dalam arus
pembangunan negara. Penggubalan DWN juga merupakan pengiktirafan
kerajaan terhadap sumbangan kaum wanita dalam pembangunan negara
dan menempatkan wanita sebagai rakan yang sama penting dalam usaha
membina negara.

Di samping itu, DWN bertanggungjawab mengemukakan garis panduan


bagi mengintegrasikan sumbangan dan peranan wanita dalam usaha
pembangunan negara. DWN ini mendukung prinsip tiada diskriminasi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  227

berasaskan gender seperti yang termaktub dalam Perlembagaan


Persekutuan, Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi
terhadap Wanita (CEDAW  Convention on the Elimination of All Forms of
Discrimination Against Women), Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak
(CRC  Convention on the Rights of the Child), Deklarasi dan Pelan
Tindakan Beijing (Beijing Platform for Action), Matlamat Pembangunan
Milenium (MDG  Millenium Development Goals) serta Deklarasi
Putrajaya dan Program Tindakan mengenai Pembangunan Wanita dalam
Negara Anggota Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM Putrajaya
Declaration) (Dasar Wanita Negara, 2011).

Sebelum DWN digubal telah wujud beberapa badan dan pertubuhan


wanita di Malaysia. Contohnya, pada tahun 1976 Majlis Penasihat
Kebangsaan mengenai Integrasi Wanita dalam Pembangunan (NACIWID 
National Advisory Council on the Integration of Women in Development)
ditubuhkan dengan tujuan menterjemahkan pelan tindakan sedunia
mengenai wanita dalam pembangunan negara.

Pada tahun 1983, Urus setia Hal Ehwal Wanita (HAWA) ditubuhkan untuk
mengawasi dan menilai kemudahan serta perkhidmatan yang dibekalkan
oleh kedua-dua sektor awam dan swasta buat kepentingan kaum wanita.
HAWA telah berperanan sebagai urus setia kepada NACIWID (Dasar
Wanita Negara, 2011).

Peranan dan penglibatan kaum wanita diperkukuhkan lagi melalui agensi-


agensi kerajaan seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Majlis Kebangsaan
Pertubuhan-pertubuhan Wanita (NCWO  National Council of Women's
Organisations) dan Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI). Pada 1
Januari 1990 kerajaan telah meningkatkan taraf HAWA menjadi Bahagian
Hal Ehwal Wanita. HAWA diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan
Negara dan Pembangunan Masyarakat.

Golongan wanita telah memainkan peranan yang sama penting dengan


golongan lelaki di Malaysia. Oleh itu, wanita berperanan dalam setiap
bidang seperti ekonomi, pembangunan keluarga, masyarakat, sosial dan
politik negara. Berdasarkan statistik pada tahun 1990, sebanyak 46.7
peratus tenaga kerja dalam negara terdiri daripada kaum wanita.

Rajah 5.10 menyenaraikan objektif Dasar Wanita Negara.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


228  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

Rajah 5.10: Objektif Dasar Wanita Negara

Matlamat Dasar Wanita Negara ialah:


(i) Membangun potensi dan mendayaupayakan wanita dari pelbagai
lapisan masyarakat dan dalam semua sektor sebagai agen perubahan
kepada masyarakat serta penyumbang kepada pembangunan
ekonomi dan sosial negara;
(ii) Menyediakan persekitaran yang kondusif, termasuk penggubalan
dasar dan perundangan mesra wanita, bagi meningkatkan martabat
dan kesejahteraan hidup wanita dalam semua aspek termasuk fizikal,
ekonomi, sosial, politik, kesihatan, psikologi dan kerohanian;
(iii) Membudayakan kesaksamaan gender dalam kalangan semua lapisan
masyarakat dalam semua sektor;
(iv) Memastikan pandangan dan suara wanita diterima pakai dalam
proses membuat keputusan pada semua peringkat;
(v) Mencapai perkongsian saksama antara wanita dan lelaki dalam
memperoleh dan mengawal sumber dan peluang penyertaan serta
menikmati manfaat pembangunan; dan
(vi) Meningkat dan mengukuhkan perkongsian adil dan saksama antara
wanita dengan lelaki dalam semua aspek kehidupan bagi
memantapkan institusi keluarga serta membangunkan komuniti dan
masyarakat.

Kerajaan telah menggariskan pelbagai strategi pelaksanaan DWN


antaranya (Dasar Wanita Negara, 2011):
(i) Mengarisperdanakan perspektif gender dalam penggubalan dasar
dan perundangan, perancangan, perlaksanaan dan penilaian
program, projek, dan penyediaan bajet untuk pembangunan;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  229

(ii) Meningkatkan komitmen dalam kalangan badan eksekutif, badan


perundangan dan badan kehakiman, termasuk penggubal dasar,
pembuat keputusan dan pihak penguat kuasa di sektor awam dan
swasta serta masyarakat sivil, bagi menghormati dan memelihara
martabat wanita;
(iii) Mengkaji semula undang-undang dan peraturan sedia ada dan
menggubal perundangan dan peraturan baharu bagi menjamin tiada
diskriminasi berasaskan gender. Perlindungan, keselamatan, hak-hak
dan maruah wanita terpelihara dan mengambil langkah-langkah
supaya penguatkuasaan undang-undang berkenaan berkesan;
(iv) Menjalankan penyelidikan mengenai aspek gender bagi menjana
pendekatan inovatif dan kreatif dalam penggubalan dasar dan
perancangan serta pelaksanaan program;
(v) Melaksanakan sepenuhnya pengumpulan, penganalisisan dan
pengaplikasian data dan maklumat oleh agensi-agensi kerajaan, pihak
swasta dan pertubuhan bukan kerajaan mengikut pecahan jantina
untuk tujuan perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian
program;
(vi) Meningkatkan kapasiti dan keupayaan wanita dalam semua bidang
bagi memastikan penglibatan mereka yang berkesan dalam
pembangunan ekonomi dan sosial negara termasuk penglibatan
dalam politik dan proses membuat keputusan; dan
(vii) Memperkukuh dan meningkatkan taraf sosioekonomi wanita melalui
kerjasama dan sinergi antara agensi kerajaan, sektor swasta dan
pertubuhan bukan kerajaan pada peringkat nasional dan
antarabangsa, dan juga menambahkan serta mempelbagaikan
peluang serta menggerakkan sumber, maklumat dan kepakaran
dalam kalangan wanita.

Pencapaian kaum wanita dapat dilihat dalam pelbagai bidang yang mereka
ceburi. Golongan wanita telah berjaya meyakinkan kerajaan terhadap
keupayaan serta sumbangan mereka yang penting kepada usaha
pembangunan negara.

Sebagai membalas jasa wanita, kerajaan telah menubuhkan sebuah


kementerian khas untuk membangun dan menjaga kepentingan kaum
wanita yang dikenali sebagai Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga
dan Masyarakat. Penubuhan kementerian tersebut menunjukkan
pengiktirafan kerajaan terhadap sumbangan dan peranan wanita dalam
proses pembangunan negara.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


230  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

SEMAK KENDIRI 5.5

1. Nyatakan peranan belia di Malaysia.

2. Bagaimanakah Dasar Wanita Negara dapat meningkatkan


kedudukan wanita dalam bidang sosial, ekonomi dan politik?

(k) Dasar Pembangunan Nasional (DPN)


Pada tahun 1991, Tun Dr Mahathir Mohamad telah melancarkan DPN.
Objektif utama DPN adalah untuk memantapkan perpaduan negara
dengan menetapkan Malaysia sebagai negara maju dalam semua aspek
seperti keadilan sosial, nilai etika dan moral, kestabilan politik, kualiti,
hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan dan kemajuan ekonomi.

Langkah kerajaan memperkenalkan DPN berjaya meningkatkan


pertumbuhan ekonomi Malaysia apabila kadar pertumbuhan negara
meningkat sebanyak 5.2 peratus pada tahun 1987. Kadar pertumbuhan
ekonomi negara meningkat kepada 9.2 peratus setelah tamatnya
pelaksanaan DEB pada akhir tahun 1990.

DPN juga menetapkan beberapa strategi, antaranya:


(i) Mewujudkan keseimbangan dan pertumbuhan ekonomi dengan
pengagihan yang saksama;
(ii) Memastikan pembangunan yang seimbang;
(iii) Mengurang dan menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi;
(iv) Memperkukuhkan integrasi nasional;
(v) Membangunkan masyarakat yang progresif;
(vi) Memajukan sumber manusia dan mewujudkan tenaga kerja yang
berdisiplin dan produktif;
(vii) Menjadikan sains dan teknologi sebagai teras pembangunan
sosioekonomi; dan
(viii) Memastikan perhatian kepada perlindungan alam sekitar dan
ekologi.

Bagi menjayakan DPN, kerajaan memperkenalkan RRJP2 selepas tamatnya


RRJP1 di bawah DEB. Matlamat utama RRJP2 adalah untuk
membangunkan Malaysia secara cekap dan berkesan supaya dapat
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  231

mewujudkan Malaysia yang bersatu, maju dan saksama sebagai negara


maju menjelang tahun 2020.

RRJP2 melibatkan RMK6 dan RMK7 yang digubal berasaskan DPN dilihat
sebagai lambang era baharu membangunkan sosioekonomi Malaysia.
Kerajaan telah merangka pada tahap awal rancangan program ekonomi
Malaysia ke arah sebuah negara maju dan industri menerusi RRJP2 bagi
menentukan Wawasan 2020 menjadi kenyataan. Pada masa yang sama,
DPN ialah penggerak kepada pembangunan ekonomi RRJP2.

DPN mengandungi beberapa perubahan dasar yang memberi dimensi


baharu kepada usaha pembangunan dalam menghasilkan pembangunan
yang lebih seimbang di samping mengekalkan prinsip asas DEB. Di bawah
DPN, strategi pembasmian kemiskinan memberi tumpuan khusus kepada
penghapusan kemiskinan tegar di samping pengurangan kemiskinan
umum.

Bagi meningkatkan penyertaan Bumiputera yang lebih bermakna dalam


sektor ekonomi moden, penekanan diberi kepada pembangunan komuniti
perdagangan dan industri bumiputera. Harapan yang lebih besar
diletakkan pada penglibatan sektor swasta dalam proses penstrukturan
penyertaan bumiputera. Pembangunan sumber manusia yang juga
merangkumi nilai moral dan etika untuk mencapai objektif pertumbuhan
ekonomi, dan pengagihan pendapatan turut diberi penekanan.

Dalam tempoh pelaksanaan DPN, negara menghadapi Krisis Kewangan


Asia yang melanda pada tahun 1997/1998. Majlis Tindakan Ekonomi
Negara (NEAC  National Economic Action Council) ditubuhkan pada
bulan Januari 1998 dan Pelan Pemulihan Ekonomi Negara yang
komprehensif telah dilancarkan bagi menangani krisis kewangan tersebut.

Antara langkah yang dilaksanakan adalah mengenakan kawalan


pertukaran mata wang terpilih dan penubuhan institusi seperti Danaharta
dan Danamodal. Dasar fiskal mengembang dan dasar kewangan
akomodatif diperkenalkan bagi merangsang penggunaan, di samping
mengekang tekanan inflasi.

Secara ringkasnya, RRJP2 dan DPN merupakan jentera utama bagi


menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian dan maju
menjelang tahun 2020.

Beberapa dasar penting dilaksanakan menerusi DPN, antaranya:


(i) Dasar Persyarikatan Malaysia;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


232  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

(ii) Dasar Pengkorporatan dan Penswastaan;


(iii) Dasar Perindustrian Negara; dan
(iv) Wawasan 2020.

(l) Dasar Wawasan 2020


Pada tahun 1991, Wawasan 2020 telah diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir
Mohamad (lihat Rajah Rajah 5.11) untuk menjadi negara maju dengan
acuan sendiri. Dalam ucapan Dr Mahathir bertajuk Malaysia: Melangkah ke
Hadapan, beliau menegaskan Wawasan 2020 bukan hanya satu dasar khas
sebaliknya ia merupakan tindak balas kepada perkembangan ekonomi,
sosial dan politik yang berlaku pada peringkat nasional dan antarabangsa
kepada Malaysia (Mahathir Mohamad, 2002).

Rajah 5.11: Tun Dr Mahathir Mohamad


Sumber: http://malaysiaaktif.my

Wawasan 2020 bermatlamatkan visi dan garis panduan kepada Malaysia


untuk melangkah ke arah pencapaian cita-cita negara sebagai negara maju
dengan mensasarkan pertumbuhan ekonomi pada kadar tujuh peratus
setahun (Ahmad Sarji Abdul Hamid, 1993).

Pelaksanaan Wawasan 2020 terbahagi kepada tiga fasa utama, iaitu


(Ahmad Sarji Abdul Hamid, 1993):

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  233

(i) Fasa pertama Wawasan 2020 digariskan dalam Rangka Rancangan


Jangka Panjang Kedua, 1991 hingga 2000 (RRJP2), iaitu Dasar
Pembangunan Nasional (DPN);
(ii) Fasa kedua Wawasan 2020 dilaksanakan di bawah Rangka
Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3), iaitu Dasar Wawasan
Negara (DWN) yang merangkumi tempoh 2001 hingga 2010; dan
(iii) Fasa ketiga Wawasan 2020 dilaksanakan di bawah Model Baru
Ekonomi (MBE) yang dilancarkan pada tahun 2010 merangkumi
tempoh masa 2011 hingga 2020.

Beliau telah menggariskan sembilan cabaran utama dalam merealisasikan


Wawasan 2020 seperti dalam Jadual 5.1.

Jadual 5.1: Sembilan Cabaran Utama dalam Merealisasikan Wawasan 2020

Cabaran Deskripsi
Pertama Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang
serupa dan dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman,
berintegrasi pada peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni,
bekerjasama sepenuhnya, secara adil dan didukung oleh satu bangsa
Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.
Kedua Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan
keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang dicapai serta
gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia mesti dapat
dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, sedar semua
kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa dan dihormati oleh
rakyat negara lain.
Ketiga Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang,
mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang, demokrasi
Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada
banyak negara membangun.
Keempat Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika yang
warganegaranya kukuh dalam nilai agama, dan kejiwaan dan didorong
oleh tahap etika paling tinggi.
Kelima Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai
kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama
masing-masing dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka
kepada satu negara.
Keenam Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya
perubahan tinggi dan memandang ke depan yang bukan sahaja menjadi
pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik
dan teknologi masa depan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


234  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

Ketujuh Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu


sistem sosial yang kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri
sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada negara atau individu
tetapi di sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh.
Kelapan Mewujudkan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama yang
wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan
ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada
pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi dan kesemua
kemunduran ekonomi berdasarkan kaum.
Kesembilan Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing,
dinamik, giat dan kental.

Sumber: Mahathir Mohamad (2002)

(m) Dasar Sosial Negara (DSN)


DSN ialah satu dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai murni
dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan
kestabilan sosial, ketahanan nasional, dan kesejahteraan hidup masyarakat
Malaysia yang maju dan mantap.

Sebagai sebuah negara yang berkembang dari segi ekonomi dan


pembangunan yang pesat serta mempunyai rakyat berbilang kaum sudah
pasti negara ini akan menghadapi pelbagai masalah sosial. Sekiranya
proses pembangunan dan kemajuan negara tidak diseimbangkan antara
pembangunan fizikal dengan pembangunan rohani, ia akan menyebabkan
masyarakat dalam negara menghadapi pelbagai cabaran sosial yang besar
(Dasar Sosial Negara, 2011).

DSN adalah pembangunan sosial yang berteraskan nilai murni dan


peningkatan keupayaan insan bagi kesepaduan dan kestabilan sosial,
ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia. Elemen
utama bagi menjayakan DSN adalah berteraskan kepada Perlembagaan,
Rukun Negara dan Wawasan 2020.

DSN juga bertujuan mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang maju


dan mantap dari segi sosial, ekonomi dan teknologi dengan setiap anggota
masyarakat berpeluang serta berkeinginan untuk memperkembangkan
potensi diri secara optimum dalam persekitaran sosial yang sihat
berdasarkan ciri-ciri bersatu padu, berdaya tahan, demokratik, bermoral,
bertoleransi, progresif, penyayang, adil dan saksama.

Tegasnya pembangunan negara mestilah berpaksikan konsep


pembangunan yang seimbang merangkumi pembangunan ekonomi
dengan kemajuan sosial seperti jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  235

Kerajaan perlu menjalankan usaha bagi memperkuat pembangunan sosial


yang meliputi aspek kesejahteraan, keharmonian, persefahaman, perkongsian,
dan sebagainya. Usaha ini akan dapat mendorong anggota masyarakat supaya
saling berkompromi dan bekerjasama demi mempertahankan kepentingan
bersama dalam merealisasikan masyarakat maju.

Objektif Dasar Sosial Negara dikategorikan kepada:


(i) Objektif umum ialah menjamin setiap individu, keluarga dan
komuniti tanpa mengira kumpulan etnik, agama, budaya, gender dan
wilayah agar dapat menyertai dan memberi sumbangan kepada arus
pembangunan negara serta menikmati kesejahteraan hidup secara
berterusan; dan
(ii) Objektif khusus ialah memastikan keperluan asas individu, keluarga
dan masyarakat dipenuhi.

Selain itu, kerajaan perlu menjamin kesejahteraan yang menyeluruh supaya


setiap individu, keluarga dan masyarakat berhak menikmati persekitaran
fizikal yang baik serta persekitaran sosial. Secara tidak langsung DSN
dapat mewujudkan keperluan hidup yang menyeluruh menjadi teras
kehidupan setiap individu, keluarga dan masyarakat.

Kerajaan juga berusaha membangun dan memperkasa setiap individu


dalam negara. Usaha ini hendaklah dijalankan tanpa membezakan
kumpulan etnik, agama, budaya, gender, wilayah, taraf perkahwinan dan
keupayaan fizikal serta mengambil kira kepekaan terhadap keperluan dan
kehendak jantina. Oleh itu, individu dapat mengguna dan mempertingkat
sumber serta kebolehan sendiri secara optimum bagi mencapai matlamat
individu serta masyarakat pada setiap peringkat kitaran hidup (Dasar
Sosial Negara, 2011).

Sistem sokongan sosial perlu diperkuatkan seperti sistem keluarga,


komuniti, kumpulan etnik, agama, pendidikan dan organisasi sosial untuk
membantu setiap anggota masyarakat membangun dan berfungsi secara
optimum sebagai sistem kawalan sosial. Di samping itu, sistem sokongan
yang baharu juga perlu diwujudkan sebagai tambahan supaya sistem ini
saling menyokong dan melengkapi anggota masyarakat.

DSN berfungsi sebagai jentera menjana kekuatan pelbagai sektor di


Malaysia. Kerjasama antara sektor awam dan sektor swasta, dan sukarela
perlu dipertingkatkan supaya wujud satu tenaga dan sumber dalam
masyarakat. Ini bertujuan menjamin perkhidmatan sosial yang terbaik bagi
semua anggota masyarakat, berasaskan konsep pembangunan sosial
sebagai tanggungjawab bersama.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


236  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

Masalah persaingan dan pertindihan antara agensi dan sektor perlu diatasi
supaya penggunaan sumber tenaga dapat dioptimumkan. Oleh itu, kita akan
dapat memupuk kesedaran dalam kalangan lapisan masyarakat yang proaktif
dalam era globalisasi dengan memanfaatkan pelbagai peluang dan potensi
bagi memajukan diri, keluarga dan komuniti (Dasar Sosial Negara, 2011).

Kerajaan telah menubuhkan Majlis Sosial Negara sebagai jentera


penyelarasan pelaksanaan strategi DSN. Majlis Sosial Negara merupakan
badan yang tertinggi dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri dengan
keanggotaan terdiri daripada Menteri-menteri Kabinet yang berkaitan
dengan sektor sosial. Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara
dan Pembangunan Masyarakat akan bertindak sebagai urus setia.

Pada peringkat negeri pula Majlis Pembangunan Negeri yang


dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar dan Ketua Menteri akan
memainkan peranan bagi merealisasikan DSN dengan merancang projek
pembangunan fizikal.

DSN perlu dipantau ke atas pelaksanaan bagi memastikan kecekapan dan


keberkesanan pencapaian pembangunan sosial. Dasar ini akan berjaya
sekiranya ada komitmen, sokongan dan kerjasama sektor awam, swasta
dan sukarela. Semasa era pentadbiran Tun Dr Mahathir banyak slogan
diperkenalkan bagi membina semangat dan jati diri rakyat. Antara slogan
tersebut seperti „Kepimpinan melalui Teladan‰, „Malaysia Boleh‰, dan
„Malaysia yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang‰ (Dasar Sosial
Negara, 2011).

Slogan tersebut mempunyai mesej melambangkan cita-cita negara


menjadikan Malaysia dan rakyatnya sebagai sebuah masyarakat yang
cekap, bersedia menghadapi cabaran era globalisasi dengan penuh
keyakinan diri, berbudaya dan berakhlak mulia. Pada bulan Mac 1983,
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir telah melancarkan Kepimpinan melalui
Teladan dengan tujuan menanam ciri-ciri kepimpinan bersih, cekap dan
amanah kepada pemimpin pada semua peringkat kerajaan negeri dan
pusat serta setiap lapisan anggota Pegawai Perkhidmatan Awam.

Slogan ini menekankan soal pemimpin yang bersih, cekap, dan amanah
akan menjadi teladan yang baik kepada rakyat kebanyakan untuk
mengikut, memberi kepercayaan dan hormat. Menerusi Kepimpinan
melalui Teladan, pemimpin dikaitkan dengan gejala yang menjijikkan
dalam masyarakat seperti rasuah, nepotisme, kronisme dan politik wang
dapat dibersihkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  237

Tun Dr Mahathir juga memperkenal dan mempopularkan slogan Malaysia


Boleh bagi melahirkan keyakinan diri kepada rakyat Malaysia. Slogan ini
bertujuan mengubahsuaikan minda rakyat Malaysia agar dapat
memperkukuhkan semangat yakin diri dan yakin atas kebolehan diri
menghadapi mana-mana cabaran untuk mencapai matlamat Wawasan
2020.

Rakyat Malaysia disarankan mempunyai kebolehan untuk mencapai


kejayaan bukan sahaja pada peringkat negara tetapi juga pada peringkat
antarabangsa. Rakyat Malaysia yang selalu bersifat rendah diri hingga
memandang rendah bakat dan keupayaan diri sendiri untuk bersaing
dengan orang luar terutamanya dari Barat adalah merugikan.

Slogan Malaysia Boleh dapat menggalakkan rakyat Malaysia menunjukkan


keupayaan mereka pada tahap yang tertinggi dalam bidang-bidang yang
mereka ceburi. Sebagai contoh, semangat Malaysia Boleh diperlihatkan
oleh rakyat Malaysia yang berjaya belayar secara solo mengelilingi dunia
tanpa berhenti, menakluki puncak Gunung Everest (lihat Rajah 5.12),
berenang menyeberangi Selat Inggeris, berjalan solo ke Kutub Selatan dan
lain-lain.

Rajah 5.12: Pendaki Malaysia berjaya menakluki puncak Gunung Everest


Sumber: www.bernama.com

Slogan Malaysia yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang telah


diperkenalkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa menjadi Perdana
Menteri Malaysia yang kelima. Slogan ini menunjukkan hasrat Perdana
Menteri dan kerajaan bagi menentukan arah Malaysia ke tahap negara
maju berdasarkan Wawasan 2020. Menerusi slogan Malaysia yang

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


238  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

Cemerlang, Gemilang dan Terbilang, rakyat disarankan supaya menjadi


seorang yang berilmu, beriman, amanah dan rajin.

(n) Dasar Islam Hadhari


Pada tahun 2003, Tun Abdullah telah memperkenalkan konsep „baharu‰
dalam gaya hidup rakyat beragama Islam dengan memperkenalkan konsep
Islam Hadhari. Konsep Islam Hadhari ini menekankan kepada
keseimbangan antara fizikal dan rohani dalam menentukan pembangunan
dan perkembangan sosioekonomi.

Secara jelas, konsep Islam Hadhari atau Islam yang bertamadun telah
wujud dan diamalkan sejak zaman Nabi Muhammad SAW. Tun Abdullah
Ahmad Badawi menjelaskan Islam Hadhari merupakan proses untuk
membawa balik masyarakat Muslim kepada tahap pencapaian yang
cemerlang dan gemilang yang direstui Ilahi, dan yang merupakan asas
amalan tamadun Islam (lihat Rajah 5.13).

Rajah 5.13: Tun Abdullah Ahmad Badawi pengasas konsep Islam Hadhari
Sumber: www.embassyofafghanistan.org

Mengikut konsep Islam Hadhari, orang Islam di Malaysia perlu memberi


perhatian kepada amalan dan bertindak mengikut erti yang sebenar;
prinsip Islam berdasarkan al-Quran dan hadis. Konsep Islam Hadhari
menekankan kepada 10 prinsip utamanya, iaitu:
(i) Keimanan dan ketakwaan kepada Allah;
(ii) Kerajaan adil dan beramanah;
(iii) Rakyat berjiwa merdeka;
(iv) Penguasaan ilmu pengetahuan;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  239

(v) Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif/menyeluruh;


(vi) Kehidupan berkualiti;
(vii) Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita;
(viii) Keutuhan budaya dan akhlak;
(ix) Pemeliharaan alam semula jadi; dan
(x) Kekuatan pertahanan.

SEMAK KENDIRI 5.6

Senaraikan sembilan cabaran utama dalam merealisasikan Wawasan


2020 yang diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir.

5.3 DASAR BAHARU KERAJAAN


Bagi menerus dan mencapai matlamat Wawasan 2020, Perdana Menteri DatoÊ
Seri Mohd Najib Tun Razak telah melancarkan empat tonggak utama yang akan
melonjakkan Malaysia ke arah status negara maju seperti dalam Rajah 5.14.

Rajah 5.14: Empat tonggak transformasi negara


Sumber: National Economic Advisory Council (2010)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


240  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

(a) Gagasan Satu Malaysia (1Malaysia)


Pada 3 April 2009, Perdana Menteri Malaysia Keenam, DatoÊ Seri Mohd
Najib Tun Abdul Razak telah memperkenalkan konsep Satu Malaysia
(1Malaysia) sebagai teras pentadbirannya. Menurut beliau konsep
1Malaysia dicerminkan sebagai, „Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak
sebagai bangsa Malaysia. One People dan kita mengambil tindakan-
tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam Malaysia‰.
Tegas DatoÊ Seri Mohd Najib, konsep 1Malaysia bukanlah satu konsep atau
formula baharu, sebaliknya ia adalah konsep untuk mencapai perpaduan
nasional yang merupakan wawasan Perdana Menteri-perdana menteri
Malaysia yang terdahulu (1Malaysia, 2009).

Setiap rakyat Malaysia perlu menghayati konsep 1Malaysia sebagai satu


gagasan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia
yang berbilang kaum. Di samping itu, konsep 1Malaysia ialah satu
pendekatan daripada dasar kerajaan sebagai pelengkap ke arah mencapai
status negara maju menjelang tahun 2020.

Konsep ini perlu diterapkan ke dalam sanubari setiap rakyat Malaysia dan
menjadi amalan setiap masyarakat bagi merealisasikan „Bangsa Malaysia‰
yang bersatu padu. Selaras dengan matlamat kerajaan untuk mencapai
negara maju dalam jangka masa yang ditetapkan akan tercapai dengan
syarat rakyat Malaysia mestilah bersatu padu (1Malaysia, 2009).

Di Malaysia, kerajaan berhasrat mewujudkan semangat perpaduan dengan


menanamkan perasaan hormat-menghormati, keikhlasan dan sikap saling
percaya mempercayai antara kaum. Semua kaum perlu mengutamakan
kesetiaan dan kepentingan negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan
kelompok sendiri.

Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, konsep 1Malaysia


perlu diterjemahkan oleh setiap rakyat tanpa mengira kaum, agama,
budaya dan fahaman politik. Bangsa Malaysia perlu dibentuk mengikut
acuan negara ini dan semua kaum harus hidup dan tinggal secara bersama
serta bertoleransi (1Malaysia, 2009).

Setiap rakyat hendaklah memahami konsep ketaatan dan kesetiaan pada


Malaysia dengan menghormati raja, pemimpin dan undang-undang
negara. Faktor yang menentukan kejayaan negara dan bangsa Malaysia
adalah bergantung pada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi
dan kesetiaan rakyat kepada negara sepertimana pepatah „di mana bumi
dipijak di situ langit dijunjung‰. Rajah 5.15 memaparkan logo 1Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  241

Rajah 5.15: Logo 1Malaysia


Sumber: http://kebudayaan.kpkk.gov.my

Logo 1Malaysia (1Malaysia, 2009):

(i) Melambangkan visi negara, iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat


yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara
berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara; dan

(ii) Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama,


bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk
membina satu negara bangsa.

Kerajaan telah melancarkan slogan „Rakyat Didahulukan, Pencapaian


Diutamakan‰ untuk menjayakan konsep 1Malaysia dengan matlamat
mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian
berpaksikan keutamaan rakyat. Konsep 1Malaysia ini memerlukan
kepimpinan dan rakyat yang mempunyai integriti tinggi, sifat jujur,
berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah dalam
melaksanakan segala tanggungjawab kepada negara.

DatoÊ Seri Mohd Najib meminta pemimpin dan rakyat supaya memahami
dan menghayati lapan nilai 1Malaysia, iaitu budaya kecemerlangan,
ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan
dan integriti.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


242  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

Pelaksanaan konsep 1Malaysia adalah berdasarkan:

(i) Penerapan Teras Perpaduan berasaskan kepada tiga perkara, iaitu


sikap „penerimaan‰ antara kaum dan rakyat Malaysia; prinsip-
prinsip kenegaraan berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan
Rukun Negara; dan keadilan sosial. Teras-teras Perpaduan ini perlu
didokong oleh nilai-nilai murni sebagai sebahagian daripada budaya
hidup rakyat Malaysia termasuklah nilai-nilai hormat-menghormati,
tawaduk, kesederhanaan dalam tingkah laku dan tutur kata serta
kebijaksanaan dalam sebarang keputusan dan tindakan; dan

(ii) Penerapan Nilai-nilai Aspirasi ialah nilai-nilai yang perlu ada pada
masyarakat progresif dan dinamik yang akan memacu negara ke arah
mencapai status negara maju. Nilai-nilai aspirasi akan membantu
dalam mewujudkan tenaga kerja yang berdaya saing dalam
persekitaran global dan seterusnya membantu melonjakkan
kedudukan ekonomi negara ke tahap yang lebih kukuh dan mantap.

Konsep 1Malaysia tidak membelakangkan Perlembagaan Persekutuan


sebagai undang-undang negara sebaliknya konsep ini akan terus
menjunjung kesemua peruntukan teras seperti Perkara 3, Perkara 4,
Perkara 152, Perkara 153, Bahagian 2 dan Bahagian 3 yang termaktub
dalam Perlembagaan Persekutuan. Konsep 1Malaysia akan dapat
menyatupadukan rakyat di negara ini berlandaskan kepada semangat
saling mempercayai dan hormat menghormati antara satu sama lain.

Beliau menegaskan, „kita mesti meruntuhkan sebarang halangan antara


kaum dan tidak seharusnya melihat antara satu sama lain berasaskan
warna kulit.‰ Sebagai contoh, Sabah merupakan negeri dan model terbaik
untuk menterjemahkan konsep 1Malaysia kerana Sabah mempunyai 40
kumpulan etnik tetapi dapat hidup bersatu padu dan penuh harmoni.

Konsep 1Malaysia tidak akan meminggirkan golongan atau mana-mana


kaum di negara ini. Kerajaan akan berlaku adil kepada semua kaum dalam
usaha menggerakkan transformasi besar dalam gagasan 1Malaysia dengan
slogan „Rakyat Didahulukan; Pencapaian Diutamakan‰ (1Malaysia, 2009).

Perdana Menteri juga menegaskan kepada mana-mana pihak supaya tidak


menimbulkan prasangka buruk dengan mengelirukan konsep 1Malaysia
dan cuba memanipulasi atas kepentingan politik. Perbuatan ini dianggap
oleh beliau sebagai tindakan yang tidak bertanggungjawab dan akan
membangkitkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  243

Oleh itu, sentimen perkauman akan dapat dihapuskan jika setiap rakyat
benar-benar menghayati konsep 1Malaysia yang diperjuangkan oleh DatoÊ
Seri Mohd Najib. Konsep 1Malaysia ini akan dapat dilaksanakan dengan
pelbagai cara misalnya menerusi tradisi kunjung mengunjungi pada
musim-musim perayaan misalnya Hari Gawai di Sarawak, Program
Latihan Khidmat Negara (PLKN), Rukun Tetangga (RT) dan di Institusi
Pengajian Tinggi (IPT).

(b) Program Transformasi Kerajaan (PTK)


Program ini dinamakan sebagai Bidang Keberhasilan Utama Negara
(NKRA  National Key Result Area) yang telah dilancarkan pada 28 Januari
2010. Fokus utama NKRA adalah memastikan elemen
kebertanggungjawaban yang serius wujud dalam kalangan anggota
pentadbiran dan penjawat awam.

Selain itu, program ini adalah memastikan rakyat sebagai klien utama
mengetahui inisiatif, rencana dan hala tuju pembangunan kerajaan.
Kerajaan akan memperkemaskan prosedur, segala sumber dan tenaga
dalam organisasi akan digembleng dan segala usaha akan ditumpukan
untuk mencapai sasaran dalam tempoh masa yang dijanjikan (Government
Transformation Programme [GTP], t. t.).

Kerajaan telah menetapkan Indeks Prestasi Utama (Key Performance


Indicator ă KPI) yang membabitkan enam teras NKRA yang dipimpin oleh
Timbalan Perdana Menteri dan enam orang Menteri:

(i) Timbalan Perdana Menteri ă Menangani kos sara hidup;

(ii) Menteri Pelajaran ă Meluaskan akses pendidikan berkualiti dan


berkemampuan;

(iii) Menteri Dalam Negeri ă Mengurangkan kadar jenayah;

(iv) Menteri di Jabatan Perdana Menteri ă Memerangi rasuah;

(v) Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ă


Meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah; dan

(vi) Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ă Memperkasa


prasarana luar bandar dan pedalaman.

(c) Program Transformasi Ekonomi (PTE)


Pada 30 Mac 2010 Perdana Menteri Malaysia, DatoÊ Seri Mohd Najib telah
memperkenalkan Model Baru Ekonomi (MBE) yang hendak dicapai

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


244  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

melalui Program Transformasi Ekonomi (PTE) ataupun Economic


Transformation Programme (ETP) sebagai landasan utama. Matlamat MBE
adalah untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat dengan memperoleh
pendapatan tinggi antara semua kaum supaya dapat menikmati kekayaan
negara dan memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan generasi akan
datang.

Pada 25 September 2010, PTE telah dilancarkan sebagai sebahagian


daripada formula menjayakan Program Transformasi Negara Malaysia.
PTE adalah satu usaha menyeluruh yang akan merubah Malaysia menjadi
sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 (Economic
Transformation Programme [ETP], t. t.).

Selain itu, kerajaan menyasarkan sektor pelaburan dan persaingan untuk


bakat terbaik melalui pembayaran upah yang tinggi. Melalui cara ini,
negara akan dapat mengurangkan kebergantungan terhadap buruh asing.
Usaha yang diambil ini akan dapat memberi fokus kepada pekerja pelbagai
kemahiran (multi tasking worker). PTE bermatlamat menjadikan Malaysia
sebagai negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Menerusi PTE,
kerajaan merancang meningkatkan pendapatan per kapita daripada
RM23,700 pada tahun 2009 kepada RM48,000 pada tahun 2020.

PTE memfokuskan kepada 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA 


National Key Economic Areas), iaitu (Economic Transformation
Programme [ETP], t. t.):

(i) Minyak, gas dan tenaga;


(ii) Minyak sawit;
(iii) Perkhidmatan kewangan;
(iv) Pelancongan;
(v) Perkhidmatan perniagaan;
(vi) Elektronik dan elektrikal;
(vii) Pemborongan dan peruncitan;
(viii) Pendidikan;
(ix) Penjagaan kesihatan;
(x) Kandungan dan infrastruktur komunikasi;
(xi) Pertanian; dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  245

(xii) Kuala Lumpur dan kawasan sekitar (Greater Kuala Lumpur)/


Lembah Klang.

Rajah 5.16 memaparkan 12 Bidang Ekonomi Utama Negara ini.

Rajah 5.16: 12 NKEA


Sumber: http://business.malaysia.my

NKEA bermatlamat memacu Malaysia ke arah negara maju dan


berpendapatan tinggi secara langsung kepada pertumbuhan ekonomi
Malaysia. Kerajaan menerusi NKEA telah mengenal pasti sebanyak 131
Projek Penggerak Ekonomi (EPP  Entry Point Project) dan 60 peluang
perniagaan (BO  busniess opportunities) yang boleh menyumbang kepada
peningkatan pendapatan negara kasar (PNK). Pencapaian dan
perkembangan PNK sebanyak enam peratus setahun membolehkan negara
mencapai sasaran Wawasan 2020.

Ekonomi Malaysia akan berubah seperti negara-negara maju yang lain jika
PTE berjaya dilaksanakan. Antara pencapaian ekonomi yang diberi
keutamaan adalah sektor perkhidmatan yang diharap dapat berkembang
daripada 58 peratus ke 65 peratus dan mewujudkan lebih 3.3 juta pekerjaan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


246  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

baharu merentasi kawasan bandar dan luar bandar negara menjelang tahun
2020.

Sebuah bandar raya bertaraf dunia akan ditransformasikan di kawasan


Greater Kuala Lumpur/Klang Valley. Secara langsung mewujudkan
pertumbuhan yang mapan seperti pembinaan kapasiti penjanaan tenaga
alternatif dan pemuliharaan alam sekitar bagi mempromosikan
ekopelancongan (Economic Transformation Programme [ETP], t. t.).

NKEA dijangka akan menyumbang kepada prestasi ekonomi negara dalam


pelaburan awam dan sokongan polisi. PTE akan diterajui oleh sektor
swasta manakala kerajaan berperanan utama sebagai fasilitator. Hampir 92
peratus pembiayaan akan datang daripada sektor swasta dan pelaburan
sektor awam akan digunakan sebagai pemangkin memulakan penyertaan
sektor swasta.

Di bawah setiap NKEA, EPP dan peluang-peluang perniagaan lain yang


dikenal pasti sebagai sumbangan kepada PNK. Kerajaan akan memantau
sebarang perbelanjaan awam yang akan diperuntukkan bagi
memaksimumkan PNK daripada setiap ringgit yang dibelanjakan
(Economic Transformation Programme [ETP], t. t.).

PTE akan dinilai sebagai telus dan rapi dengan wujudnya sebuah Unit PTE
baharu di bawah Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU)
di bawah Jabatan Perdana Menteri yang ditugaskan untuk mengawasi dan
melaporkan kemajuan PTE kepada pemimpin kerajaan, komuniti
perniagaan dan rakyat.

(d) Rancangan Malaysia Kesepuluh


Pada 10 Jun 2010, Perdana Menteri DatoÊ Seri Mohd Najib Tun Razak telah
membentangkan Rancangan Malaysia ke-10 di Dewan Rakyat yang
bertemakan Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial. Dalam
RMK10, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM290 bilion yang
dibahagikan mengikut nisbah 60/40 untuk pembangunan fizikal dan
bukan fizikal.

Menurut DatoÊ Seri Mohd Najib, RMK10 (2011-2015) merupakan dasar


yang amat kritikal bagi meneruskan kesinambungan pembangunan
nasional ke arah merealisasikan Wawasan 2020 menjadi sebuah negara
maju dan berpendapatan tinggi (Ucapan YAB Perdana Menteri DatoÊ Seri
Mohd Najib Tun Abdul Razak. Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011-2015,
10 Jun 2010).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  247

Bagi perbelanjaan pembangunan, RMK10 telah memperuntukkan sebanyak


RM230 bilion bagi tempoh lima tahun. Di mana, 55 peratus diagihkan
kepada sektor ekonomi, 30 peratus kepada sektor sosial, 10 peratus kepada
sektor keselamatan dan lima peratus untuk pentadbiran am. Kerajaan
menyasarkan dalam RMK10, Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita
akan meningkat sebanyak RM38,850 pada tahun 2015.

Fokus pertumbuhan ekonomi negara adalah pada sektor perkhidmatan dan


pembuatan, kerajaan juga memberi tumpuan menggiatkan semula sektor
pertanian yang mempunyai nilai tambah tinggi, penyerapan kaedah ICT,
bioteknologi dan pelantar teknologi yang berkaitan (Ucapan YAB Perdana
Menteri DatoÊ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Rancangan Malaysia
Kesepuluh 2011-2015, 10 Jun 2010).

Kerajaan menghadapi cabaran RMK10 dalam meningkatkan pelaburan


swasta supaya sektor tersebut dapat berkembang 12.8 peratus atau RM115
bilion setahun. Dalam masa yang sama, kerajaan cuba mengurangkan
defisit fiskal daripada 5.3 peratus KDNK dalam tahun 2010 kepada kurang
tiga peratus pada tahun 2015. RMK10 dirangka dalam 10 idea besar, iaitu:

(i) Memacu ekonomi domestik dengan kepekaan persekitaran luar


negara;
(ii) Memanfaatkan dan meluas faktor kepelbagaian etnik sebagai satu
elemen kejayaan di arena antarabangsa;
(iii) Mentransformasi negara ke arah pendapatan tinggi menerusi
pengkhususan;
(iv) Menjayakan pertumbuhan dipacu oleh produktiviti dan inovasi;
(v) Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan unggul;
(vi) Memastikan peluang yang saksama dan melindungi golongan mudah
terjejas;
(vii) Pertumbuhan bertumpu dan pembangunan inklusif;
(viii) Menyokong perkongsian pintar yang efektif;
(ix) Menghargai khazanah alam sekitar; dan
(x) Kerajaan umpama syarikat yang berdaya saing.

Kerajaan telah mengenal pasti lima teras strategik utama untuk mencapai
objektif serta sasaran dalam RMK10. Lima teras tersebut adalah seperti

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


248  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

berikut (Ucapan YAB Perdana Menteri DatoÊ Seri Mohd Najib Tun Abdul
Razak. Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011-2015, 10 Jun 2010):

(i) Menggubah falsafah dan pendekatan Kerajaan ke arah


mentransformasikan Malaysia dengan metodologi NKRA;
(ii) Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan
pertumbuhan ekonomi;
(iii) Menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif;
(iv) Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia; dan
(v) Mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan
kualiti hidup.

Secara keseluruhannya kerajaan berpegang pada empat tiang utama, iaitu


Falsafah Induk 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan,
Program Transformasi Kerajaan atau GTP, Program Transformasi Ekonomi
atau ETP yang bersandarkan Model Baru Ekonomi dan dua rancangan
pembangunan lima tahun, iaitu RMK10 dan RMK11.

SEMAK KENDIRI 5.7

1. Huraikan matlamat konsep 1Malaysia yang dilancarkan oleh


DatoÊ Seri Mohd Najib Tun Razak.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan Indeks Prestasi Utama?

3. Mengapakah DatoÊ Seri Mohd Najib melancarkan Model Baru


Ekonomi (MBE) sebagai salah satu tonggak transformasi negara?

5.4 DASAR LUAR MALAYSIA


Dasar luar menurut Millar (1969) ialah:

„... boleh jadi sesuatu yang kurang daripada keseluruhan polisi yang akan
memberi kesan ke atas hubungan kerajaan nasional dengan kerajaan lain.‰

Bagi Plano dan Olto (1982) pula:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  249

„Dasar luar bagi setiap negara ialah keinginan untuk mencapai kepentingan
nasional.‰

Berdasarkan dua definisi yang dinyatakan oleh dua sarjana dalam bidang dasar
luar tersebut, maka dapat disimpulkan bahawa dasar luar sebenar ialah dasar
atau agenda penting yang diambil oleh sesebuah negara berdasarkan
kepentingan nasional terhadap hubungan dengan negara lain di dunia mahupun
organisasi antarabangsa.

Sejak Tanah Melayu Malaya merdeka pada tahun 1957 dan kemudian tertubuhnya
Malaysia pada tahun 1963, Malaysia telah memainkan peranan yang penting dalam
mewujudkan kerjasama dengan negara lain mahupun organisasi antarabangsa
dalam pelbagai aspek, contohnya, melalui penyertaan aktif dalam pelbagai bidang
seperti perdagangan, alam sekitar dan pembangunan sosial.

Diplomasi pelbagai hala bukan sahaja penting tetapi sebati dalam pelaksanaan
dasar luar negara Malaysia sejak negara mencapai kemerdekaan. Malaysia telah
bekerja secara aktif ke arah kestabilan global politik dan sosioekonomi, dan
keselamatan dalam sistem pelbagai hala.

Malaysia telah menjalinkan hubungan dengan semua negara kecuali negara


Israel. Malaysia secara rasmi mengisytiharkan untuk tidak mengiktiraf Israel
sejak tahun 1966 kerana negara Israel yang ditubuhkan secara haram dari tanah
masyarakat Palestin di samping kekejaman Zionis yang tidak pernah berhenti
melakukan pembunuhan kejam dan menindas masyarakat Palestin tidak kira
masyarakat Palestin yang beragama Islam mahupun Kristian. Rajah 5.17 berikut
menunjukkan pasport Malaysia dengan jelas membuktikan rakyat Malaysia
boleh melawat ke semua negara di dunia kecuali Israel.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


250  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

Rajah 5.17: Pasport negara Malaysia menunjukkan rakyat


Malaysia tidak boleh melawat Israel
Sumber: http://www.ciklilyputih.com/2010/09/kini-aku-bebas.html

5.4.1 Kepentingan Dasar Luar Malaysia


Pepatah Inggeris ada menyatakan bahawa „No man is an island‰. Pepatah ini
menunjukkan kepentingan manusia dalam kebergantungan kepada orang lain.
Dalam konteks ini, setiap negara perlu mengadakan hubungan luar dengan
negara lain dan tidak boleh menyepi daripada berhubung dengan dunia luar.

Ia seperti negara China pada satu ketika dahulu yang pernah mengamalkan
dasar tutup pintu, iaitu hanya menjalankan hubungan diplomatik dengan negara
yang berideologikan komunis sahaja. Namun setelah Deng Xiaoping mengambil
alih kepimpinan negara yang juga dikenali sebagai Tembok Besar China pada
tahun 1978 daripada Mao Zedong, beliau telah mengadakan reformasi dengan
melancarkan dasar buka pintu kepada dunia luar. Hal ini membolehkan pelabur
asing dapat melabur perniagaan di China bagi membangunkan ekonomi China.

Kini hampir empat dekad dasar ini dilaksanakan, ekonomi China telah
berkembang dengan pesat sehingga mengatasi ekonomi Amerika. Hal ini
terbukti, menurut Arends (2014), „Ekonomi China telah mengatasi ekonomi
Amerika dan menjadi yang terbesar di seluruh dunia.‰ Oleh itu, kepentingan
dasar luar sesebuah negara tidak boleh disangkal lagi.

Bagi Malaysia pula, antara kepentingan dasar luar Malaysia adalah seperti yang
berikut:

(a) Faktor sejarah


Hubungan dengan negara asing juga dikaitkan dengan latar belakang
sejarah. Contohnya, hubungan Malaysia dengan Indonesia, Singapura dan
Brunei adalah penting kerana dari segi sejarah, negara ini adalah
sebahagian daripada kelompok negara di kepulauan Melayu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  251

Begitu juga dengan hubungan Malaysia dengan negara dalam pertubuhan


Komanwel yang merupakan negara bekas tanah jajahan British. Hubungan
Malaysia dengan Asia Barat dan Asia Timur juga berkaitan dengan
hubungan sejarah semasa Kesultanan Melayu Melaka.

(b) Demografi
Faktor ini penting memandangkan Malaysia terdiri daripada pelbagai
kaum iaitu Melayu, Cina, India dan sebagainya. Oleh itu, pelbagai kaum di
negara ini mempunyai hubungan dengan tanah air asal mereka seperti
China dan India. Hal ini mengukuhkan lagi hubungan antara Malaysia dan
negara tersebut.

Contohnya, tahun 2014 merupakan genap 40 tahun Malaysia menjalinkan


hubungan diplomatik dengan China setelah kunjungan julung-julung kali
oleh Perdana Menteri Kedua Malaysia, Allahyarham Tun Abdul Razak
dengan Perdana Menteri China pada ketika itu iaitu Zho Enlai dan
Pengerusi Mao Zedong.

(c) Keselamatan negara


Keselamatan merupakan elemen penting dalam mana-mana negara kerana
tiada negara yang ingin diancam oleh musuh dari negara lain. Oleh itu,
keselamatan negara ialah satu agenda penting yang mempengaruhi dasar
luar Malaysia. Malaysia yang berada dalam kedudukan strategik, perlu
sentiasa berjaga-jaga dengan kegiatan lanun dan pengganas. Sehubungan
itu, Malaysia perlu menjalin hubungan dengan negara asing untuk
bersama-sama memerangi kegiatan keganasan.

(d) Ekonomi
Dalam era ini, kemajuan negara juga ditentukan oleh kejayaan
ekonominya. Sehubungan itu, Malaysia sentiasa mengekalkan hubungan
dengan negara lain untuk meningkatkan ekonomi. Hal ini kerana Malaysia
memerlukan barangan daripada negara luar untuk memenuhi keperluan
rakyat. Begitu juga, Malaysia dapat memasarkan barangan tempatan ke
peringkat antarabangsa bagi menjana sumber pendapatan negara.

(e) Geostrategik
Kedudukan Malaysia adalah sangat strategik kerana berada di
persimpangan maritim antara Lautan Pasifik dan Lautan India yang
merupakan laluan utama bagi rantau Asia Tenggara. Kebanyakan
perdagangan antara Timur Tengah dan Timur Jauh melalui Selat Melaka.
Oleh itu, ia adalah penting bagi Malaysia mengekalkan hubungan baik
dengan negara luar demi memastikan perairan Selat Melaka dalam
keadaan yang aman, selamat dan bebas daripada tekanan luar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


252  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

(f) Struktur politik negara


Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen yang
memungkinkan pilihan raya diadakan setiap lima tahun untuk memilih
pemimpin yang berkaliber bagi mengetuai jentera pentadbiran negara.
Malaysia juga mengamalkan kebebasan dalam menjalinkan hubungan
dengan mana-mana negara, khususnya negara yang menawarkan faedah
kepada pembangunan Malaysia melainkan negara Israel.

(g) Undang-undang antarabangsa


Sebagai negara yang berdaulat, Malaysia menghormati prinsip Piagam
Bangsa-bangsa Bersatu dan juga undang-undang yang ditetapkan oleh
badan antarabangsa lain. Oleh itu, hubungan antarabangsa adalah perlu
bagi memastikan kedaulatan negara sentiasa terjamin dan terpelihara.

(h) Globalisasi
Dalam era globalisasi, negara harus menjalin hubungan dengan negara
asing untuk kepentingan politik, ekonomi dan sosial. Kita sendiri
mengetahui bahawa konflik yang berlaku di negara lain mempunyai kesan
langsung ke atas Malaysia. Dalam kes ini, dasar luar negara yang proaktif
dan berwawasan adalah penting dalam memelihara kepentingan dan
kedaulatan negara.

5.4.2 Malaysia dan Hubungan Organisasi


Antarabangsa
Malaysia menyertai organisasi dan kumpulan antarabangsa seperti yang berikut:

(a) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB);


(b) Pertubuhan Komanwel;
(c) Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC);
(d) Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN);
(e) Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM);
(f) Kerjasama Selatan-selatan (KSS);
(g) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC);
(h) Kumpulan 77 (G77);
(i) Kokus Ekonomi Asia Timur (EAEC); dan
(j) Kumpulan 15 (G15).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  253

Malaysia telah memainkan peranan yang penting dalam organisasi antarabangsa


dan kumpulan antarabangsa seperti yang telah disebutkan melalui penyertaan
yang proaktif dalam pelbagai bidang seperti perdagangan, alam sekitar dan
pembangunan sosial.

Dalam konteks bahagian ini, maka tumpuan hanya akan diberikan kepada
penyertaan Malaysia dalam PBB, Pertubuhan Komanwel, OIC, ASEAN, NAM
dan KSS sahaja.

(a) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)


PBB telah secara rasminya ditubuhkan pada tarikh 24 Oktober 1945
lantaran kegagalan Liga Bangsa untuk mengekang berlakunya Perang
Dunia Kedua (1939 hingga 1945) (lihat Rajah 5.18).

Rajah 5.18: Logo PBB


Sumber: http://www.un.org

Antara objektif penubuhan PBB adalah untuk:

(i) Mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa;

(ii) Menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam lingkungan ekonomi,


sosial dan pembangunan kebudayaan;

(iii) Membangunkan hubungan yang mesra dalam kalangan negara


berlandaskan prinsip hak sama rata dan penentuan nasib sendiri; dan

(iv) Mengiktiraf hak asasi semua manusia.

Malaysia dengan rasminya menjadi anggota ke-82 PBB pada tarikh 17


September 1957. Sehingga kini, terdapat 193 negara yang menjadi anggota
PBB. Langkah Malaysia untuk menyertai PBB adalah untuk menjalin

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


254  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

hubungan luar, memelihara keamanan dan keselamatan antarabangsa serta


kerjasama ekonomi dan sosial antarabangsa dengan negara luar di dunia.

Sejak Malaysia menjadi negara anggota PBB, Malaysia telah memainkan


peranan yang penting dalam menyumbangkan perkembangan organisasi
antarabangsa seperti:

(i) Menyertai pasukan pendamai


Malaysia telah mengambil bahagian dalam Operasi PBB di Congo
(ONUC  Opération des Nations unies au Congo) pada tahun 1960
dan sejak itu Malaysia telah menyertai 35 misi pengaman PBB. Jadual
5.2 memaparkan antara misi pengaman yang disertai Malaysia di
bawah panji PBB.

Jadual 5.2: Misi Pengaman yang Disertai Malaysia di bawah Panji PBB

Misi Pengaman PBB Tempat Tahun


United Nations Transition Assistance Group (UNTAG) Namibia 1989 hingga
1990
United Nations Iraq ă Kuwait Observation Mission Kuwait 1991
(UNIKOM)
United Nations Transitional Authority in Cambodia Kemboja 1992
(UNTAC)
United Nations Operation in Somalia II (UNO SOM II) Somalia 1993
United Nations Protection Force (UNPROFOR) Bosnia- 1993
Herzegovina
United Nations Interim Administration Mission in Kosovo 1999
Kosovo (UNIMIK)
United Nations Integrated Mission in East Timor Timor Leste 1999
(UNMIT)

(ii) Mengutarakan isu penting pada peringkat antarabangsa


Pada tahun 1959, Malaysia dengan Republik Ireland telah sepakat
mengemukakan satu usul untuk mengutuk tindakan Republik Rakyat
China yang menceroboh dan melanggar hak asasi rakyat Tibet. Bukan
itu sahaja, Malaysia juga mengutuk beberapa tindakan oleh kuasa
besar atas pencerobohan dan pelanggaran hak asasi manusia seperti
pencerobohan Rusia ke atas Czehoslovakia dan Afghanistan masing-
masing pada tahun 1968 dan 1979, Vietnam ke atas Kemboja (1978)
serta Iraq ke atas Kuwait (1990).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  255

Dalam isu alam sekitar, Malaysia juga menyarankan supaya benua


Antartika dijadikan sebagai warisan dunia dan diletakkan di bawah
hak milik kuasa semua negara.

Di samping itu, Malaysia telah mengutuk keras dasar Apartheid di


Afrika Selatan secara terang-terangan berkenaan diskriminasi kaum
putih ke atas kaum kulit hitam. Dalam konteks berkaitan isu
diskriminasi, Tan Sri Razali Ismail telah dilantik oleh Setiausaha
Agung PBB sebagai wakil khas PBB ke Myanmar untuk
menyelesaikan konflik dalaman antara junta pemerintah dengan
masyarakat Rohingya.

Tambahan pula, kelantangan suara Malaysia juga dapat dilihat


dengan usaha dalam memperjuangkan masyarakat Palestin yang
ditindas oleh rejim Zionis yang sehingga kini masih tidak menemui
noktah penyelesaian.

Sumbangan Malaysia juga mendapat pengiktirafan daripada PBB


apabila pernah dipilih untuk menduduki kerusi anggota tidak tetap
Majlis Keselamatan pada penggal 1965, 1989 hingga 1990 dan 2015
hingga 2016.

Bukan itu sahaja, Tan Sri Razali Ismail pernah dipilih menjadi
Presiden Majlis Keselamatan PBB pada penggal 1989 hingga 1990.
Begitu juga, Tan Sri Hasmy Agam juga pernah dipilih untuk menjadi
Presiden Majlis Keselamatan PBB sebanyak dua kali.

(b) Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)


ASEAN yang diasaskan oleh lima negara yang terdiri daripada Indonesia,
Filipina, Thailand, Singapura dan Malaysia telah ditubuhkan berikutan
termeterainya Deklarasi Bangkok pada tarikh 8 Ogos 1967 (lihat Rajah
5.19).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


256  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

Rajah 5.19: Logo ASEAN


Sumber: http://www.asean.org

Pada 7 Januari 1984, Brunei menyertai ASEAN dan diikuti Vietnam 11


tahun kemudian. Laos dan Myanmar pula menjadi ahli pada tahun 1997.
Namun atas masalah dalaman negara, Kemboja telah menarik diri daripada
menjadi anggota ASEAN dan hanya kembali menyertai semula ASEAN
pada tahun 1999. Dengan penyertaan Kemboja, maka kini terdapat 10
anggota dalam ASEAN. Rajah 5.20 berikut menunjukkan kesemua 10
anggota ASEAN ini.

Rajah 5.20: ASEAN terdiri daripada 10 negara anggota


Sumber: http://m.joss.today

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  257

ASEAN telah ditubuhkan kerana (Nadzan Haron & Rozeman Abu Hassan,
2010):
(i) Kegagalan untuk membina kekuatan serantau dan antarabangsa yang
komprehensif, berterusan dan bersatu melalui Pertubuhan Asia
Selatan (ASA  Association of Southeast Asia) yang telah ditubuhkan
pada 31 Julai 1961 dengan hanya Malaysia dan Filipina sebagai ahli;
dan
(ii) Kegagalan Maphilindo (Malaysia, Filipina dan Indonesia) yang
ditubuhkan pada bulan Ogos 1963 dengan hanya Malaysia, Indonesia
dan Filipina sebagai ahli.

Setiap ahli anggota ASEAN harus mematuhi prinsip yang telah digariskan
seperti yang berikut (Kementerian Luar Negeri Malaysia, 2009):
(i) Menghormati kemerdekaan, kedaulatan, kesamarataan, keutuhan
wilayah dan identiti nasional semua negara anggota ASEAN;
(ii) Komitmen bersama dan tanggungjawab kolektif dalam meningkatkan
keamanan, keselamatan dan kemakmuran serantau;
(iii) Menolak pencerobohan dan ancaman, atau penggunaan kekerasan
atau perbuatan lain dengan apa jua cara yang bertentangan dengan
undang-undang antarabangsa;
(iv) Pergantungan pada penyelesaian pertikaian secara aman;
(v) Tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara anggota
ASEAN;
(vi) Menghormati hak setiap negara anggota untuk memerintah
negaranya sendiri bebas dari campur tangan luar, perbuatan
subversif dan paksaan;
(vii) Meningkatkan perundingan tentang perkara yang menyentuh dengan
serius kepentingan bersama ASEAN;
(viii) Mematuhi kedaulatan undang-undang, pemerintahan yang baik,
prinsip demokrasi dan kerajaan berperlembagaan;
(ix) Menghormati kebebasan asasi, menggalakkan dan melindungi hak
asasi manusia, dan menggalakkan keadilan sosial;
(x) Mendukung Piagam Bangsa-bangsa Bersatu dan undang-undang
antarabangsa termasuk undang-undang kemanusiaan antarabangsa
yang ditandatangani oleh negara anggota ASEAN;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


258  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

(xi) Mengelak daripada mengambil bahagian dalam apa jua dasar atau
aktiviti termasuk penggunaan wilayahnya yang dijalankan oleh
mana-mana negara anggota ASEAN atau negara bukan ASEAN, atau
mana-mana pelaku bukan negara yang mengancam kedaulatan,
keutuhan wilayah atau kestabilan politik dan ekonomi negara
anggota ASEAN;
(xii) Menghormati budaya, bahasa dan agama rakyat ASEAN yang
berlainan sambil menitikberatkan nilai bersama mereka dengan
semangat kesepakatan dalam kepelbagaian;
(xiii) Keutamaan ASEAN dalam hubungan luar politik, ekonomi, sosial
dan budaya sambil terus terlibat secara aktif, memandang ke luar
yang bersifat menyeluruh dan tidak mengamalkan diskriminasi; dan
(xiv) Mematuhi peraturan perdagangan pelbagai pihak dan rejim
berasaskan peraturan ASEAN bagi melaksanakan dengan berkesan
komitmen ekonomi dan pengurangan secara berperingkat-peringkat
ke arah penghapusan semua sekatan terhadap integrasi ekonomi
serantau dalam ekonomi yang berteraskan pasaran.

Sebagai salah satu daripada lima anggota pengasas ASEAN, Malaysia telah
memainkan peranan yang sangat aktif dalam organisasi tersebut dengan
idea dan inisiatif yang kemudian membantu membentuk ASEAN menjadi
organisasi serantau yang begitu kompetitif pada hari ini.

Pada 8 Ogos 1967, Malaysia menjadi antara lima anggota pengasas dalam
menubuhkan ASEAN. Empat tahun kemudian, Tun Abdul Razak telah
mencadangkan perwujudan Zon Aman, Bebas dan Deklarasi Berkecuali
(ZOPFAN) yang akhirnya telah menjadi realiti di Kuala Lumpur menerusi
Deklarasi Kuala Lumpur. Deklarasi ini bermatlamat menjadikan Asia
Tenggara sebagai rantau keamanan, kebebasan dan pengecualian daripada
pertelingkahan politik kuasa besar khususnya Amerika, Rusia dan China.

Bagi memastikan objektif ZOPFAN tercapai, pelaksanaan beberapa strategi


telah dirancang. Antara strategi utama dalam ZOPFAN menjadikan rantau
Asia Tenggara bebas daripada senjata nuklear. ZOPFAN tidak mungkin
dapat dilaksanakan tanpa kesanggupan kuasa besar untuk mengiktiraf dan
menjamin ZOPFAN dan sokongan penuh daripada semua negara anggota
ASEAN.

Seterusnya, pada tahun 1979, Malaysia bersama-sama anggota ASEAN


yang lain mengutuk pencerobohan Vietnam ke atas Kemboja. Pada
pandangan negara ASEAN, dengan menggunakan kekerasan terhadap

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  259

Kemboja, Vietnam telah melanggar prinsip piagam PBB, iaitu tidak


menggunakan kekerasan dalam menyelesaikan pertikaian antarabangsa.

Begitu juga dalam usaha untuk mengutuk pencerobohan Vietnam ke atas


Kemboja, Malaysia dan negara anggota ASEAN yang lain telah memberi
sokongan kepada pembentukan sebuah Kerajaan Campuran Kampuchea
Demokratik (CGDK  Coalition Government of Democratic Kampuchea)
dengan Putera Norodom Sihanouk sebagai Presiden.

Perjanjian rasmi untuk menubuhkan CGDK telah dimeterai pada


persidangan di Kuala Lumpur pada 22 Jun 1982. Akhirnya, dengan
sokongan penuh dari Malaysia dan anggota ASEAN yang lain, kemelut
politik dapat diselesaikan dengan melibatkan semua pihak dalam konflik
di Kemboja.

Malaysia juga sentiasa menyokong idea bahawa kesemua 10 negara Asia


Tenggara perlu menjadi ahli ASEAN. Proses pembesaran ASEAN
bagaimanapun berjalan dengan perlahan dan tidak seimbang. Brunei
menyertai ASEAN pada tahun 1984 untuk menjadi ahli anggota ke-6
ASEAN setelah Malaysia, Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina.

Pada tahun 1992, Indonesia mencadangkan kepada ahli anggota ASEAN


agar merealisasikan wawasan „satu Asia Tenggara‰. Dalam hal ini,
Malaysia secara terbuka menyokong kemasukan Vietnam dan Laos dalam
ASEAN. Walau bagaimanapun, Kuala Lumpur menentang kehadiran
Myanmar sebagai pemerhati dalam persidangan kemuncak ASEAN kerana
junta tentera pimpinan Than Shwe memberi layanan buruk ke atas umat
Islam Rohingya.

Dalam perubahan pesat di Asia Tenggara, Malaysia menyertai anggota


ASEAN yang lain untuk menubuhkan Forum Rantau Asean (ARF 
ASEAN Regional Forum). Idea sebalik penubuhan ARF adalah untuk
menawarkan satu forum terhadap semua pihak yang berminat
menyuarakan pandangan mereka mengenai isu keselamatan dan dengan
itu mewujudkan kerjasama dan bukannya persekitaran yang berdaya saing
dalam kalangan anggota ASEAN.

Selain itu, Malaysia juga bekerjasama dengan negara anggota ASEAN


dalam bidang sosial dan kebudayaan, sukan, telekomunikasi, kesenian dan
pendidikan. Contohnya, Pesta Filem ASEAN, Tahun Melawat ASEAN dan
Sukan SEA. Tambahan pula, Malaysia juga menjayakan kerjasama ASEAN
+3 (Korea, Jepun dan China) bersama-sama anggota ASEAN yang lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


260  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

Dari aspek ekonomi pula, penubuhan Lembaga Pembangunan Pelaburan


Malaysia (MIDA  Malaysian Investment Development Authority) juga
memainkan peranan yang penting dalam ASEAN. MIDA ialah sebuah
agensi kerajaan Malaysia ditubuhkan bagi memberi nasihat kepada
kerajaan persekutuan dan negeri-negeri dalam dasar-dasar pembangunan
perusahaan, memberi khidmat runding cara kepada syarikat-syarikat asing
tentang sektor perusahaan di Malaysia, mengurus pelesenan perniagaan
dan pengecualian tarif atau duti import, di samping menyelaras rancangan
kemajuan industri (Mustaza Abdullah & Mat Marjani Yahya, 1991).

MIDA telah banyak membantu dalam meningkatkan kemajuan ekonomi


negara mahupun dalam negara serantau ASEAN. Pada hakikatnya, aliran
masuk pelaburan domestik telah meningkat dengan ketara sebanyak
hampir empat kali ganda jumlah pelaburan langsung asing (FDI ă foreign
direct investment) pada tahun 2012.

Di samping itu, tahun 2015 merupakan tahun yang mencabar bagi Malaysia
secara amnya dan ASEAN secara khususnya memandangkan Malaysia
bukan setakat menjadi Pengerusi kepada ASEAN 2015 tetapi juga Komuniti
ASEAN ditubuhkan. Komuniti ASEAN adalah diasaskan kepada tiga
tonggak kerjasama, iaitu ASEAN Komuniti Politik-Keselamatan (APSC 
Asean Political-Security Community), Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC 
ASEAN Economic Community) dan Komuniti Sosio-Budaya ASEAN
(ASCC  ASEAN Socio-Culture Community).

Dalam strategi dasar luar, Malaysia akan terus bergiat aktif dalam
memainkan peranannya dalam ASEAN untuk mencapai keamanan,
keselamatan, dan kemakmuran demi kesejahteraan dan kemajuan di rantau
ini. Malaysia juga akan terus bekerjasama dengan rakan negara anggota
ASEAN ke arah penubuhan Komuniti ASEAN pada tahun 2015. ASEAN
akan menggalakkan hubungan yang lebih rapat dengan kumpulan
serantau lain mengenai isu kebimbangan bersama dan manfaat bersama.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  261

AKTIVITI 5.3

1. Bincangkan dengan rakan-rakan anda dalam forum myINSPIRE


tentang cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam
ASEAN.

2. Bandingkan antara pertubuhan ASEAN dengan Kesatuan


Eropah.

3. Analisiskan kerelevansi ASEAN sebagai pertubuhan serantau.

(c) Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)


Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) (dahulunya Pertubuhan Persidangan
Islam) ialah organisasi yang anggotanya terdiri daripada 57 buah negara
(lihat Rajah 5.21). Pertubuhan ini ialah suara kolektif dunia Islam untuk
menjaga dan melindungi kepentingan dunia Islam dalam semangat
menggalakkan keamanan dan keharmonian antarabangsa dalam kalangan
pelbagai bangsa tetapi berpaksikan agama Islam di dunia.

Rajah 5.21: Logo OIC


Sumber: http://www.oic-oci.org

Pertubuhan ini ditubuhkan atas keputusan sidang kemuncak bersejarah


yang berlaku di Rabat, Maghribi pada tarikh 25 September 1969 kesan
daripada jenayah membakar Masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis oleh
pelampau Zionis.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


262  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

Matlamat pertubuhan ini antara lain adalah untuk:


(i) Meningkat dan mengukuhkan ikatan persaudaraan dan perpaduan
dalam kalangan negara anggota;
(ii) Memelihara dan melindungi kepentingan bersama dan menyokong
sebab yang sah daripada negara anggota dan menyelaras dan
menyatukan usaha negara anggota memandangkan cabaran yang
dihadapi oleh dunia Islam khususnya dan masyarakat antarabangsa
secara umum;
(iii) Menghormati hak penentuan nasib sendiri dan tidak campur tangan
dalam hal ehwal dalam negeri dan menghormati kedaulatan,
kemerdekaan dan keutuhan wilayah bagi setiap negeri ahli;
(iv) Memastikan penyertaan aktif negara anggota dalam proses politik,
ekonomi dan sosial serta membuat keputusan global untuk menjamin
kepentingan bersama mereka;
(v) Mengesahkan sokongannya terhadap hak rakyat seperti yang
termaktub dalam Piagam PBB dan undang-undang antarabangsa;
(vi) Mengukuhkan hubungan antara negara Islam dengan kerjasama
ekonomi dan perdagangan untuk mencapai integrasi ekonomi yang
membawa kepada penubuhan Pasaran Bersama Islam;
(vii) Menggiatkan usaha bagi mencapai pembangunan dan kemanusiaan
yang berterusan dan menyeluruh untuk kesejahteraan ekonomi di
negara anggota;
(viii) Melindungi dan mempertahankan imej Islam yang sebenar, untuk
memerangi fitnah terhadap Islam dan menggalakkan dialog antara
tamadun dan agama; dan
(ix) Meningkat dan mengembangkan ilmu pengetahuan dan teknologi
dan menggalakkan penyelidikan dan kerjasama dalam kalangan
negara anggota dalam bidang ini.

OIC menjadi keutamaan kedua dalam dasar luar Malaysia. Perdana


Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman walaupun dasar luarnya adalah
berorientasikan probarat, beliau telah mengambil bahagian yang aktif
dalam pembentukan OIC dan berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha selama
tiga tahun.

Chamil Wariya (1989) berhujah bahawa Malaysia memainkan peranan


penting dalam menyokong umat Islam yang ditindas di Palestin dan
merupakan penyokong kuat Palestin dalam forum antarabangsa. Malaysia

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  263

juga menyediakan perlindungan kepada rakyat Palestin pada tahun 1948


apabila Palestin telah diduduki oleh Israel.

Antara cabaran utama untuk Malaysia dalam OIC adalah seperti yang
berikut:
(i) Kurangnya interaksi dalam kalangan negara telah menyebabkan
organisasi menjadi alat reaksioner daripada mekanisme proaktif
untuk menyelesaikan isu yang bercanggah;
(ii) Masalah yang wujud dalam kalangan negara anggota menyebabkan
negara tersebut bertindak balas secara berasingan dalam rangka
kepentingan nasional dan bukannya menggunakan OIC untuk
menyuarakan „satu suara" mengenai isu antarabangsa; dan
(iii) Kecenderungan negara Islam yang bergantung pada negara maju
untuk memelihara kepentingan negara mereka mengikut agenda
yang telah ditetapkan oleh kuasa negara maju daripada mengikut
piagam OIC.

Peranan Malaysia dalam OIC


Antara peranan yang dimainkan Malaysia dalam OIC adalah seperti yang
berikut:
(i) Menubuhkan Bank Pembangunan Islam;
(ii) Mengutuk keras terhadap pencerobohan Soviet Union di
Afghanistan;
(iii) Menyokong perjuangan rakyat Palestin;
(iv) Mengutuk pembersihan etnik umat Islam di Bosnia-Herzegovina;
(v) Membangunkan ekonomi Afrika dan masyarakat dengan membina
pembangunan dan infrastruktur ekonomi;
(vi) Melabur dalam beberapa negara anggota OIC. Contohnya, pelaburan
PETRONAS di Iran;
(vii) Menganjurkan Musabaqah al-Quran tahunan untuk mengukuhkan
dan memupuk persahabatan yang lebih erat dalam kalangan negara
OIC;
(viii) OIC juga telah membangunkan pendidikan dalam kalangan umat
Islam di seluruh dunia dengan penubuhan universiti seperti
Universiti al-Azhar dan Universiti Islam Antarabangsa;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


264  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

(ix) Malaysia juga telah menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak
dan Mesyuarat, antaranya ialah:

 Sesi Luar Biasa Menteri-menteri Luar Negara Islam pada


Keganasan (1 hingga 3 April 2002);

 Mesyuarat Kumpulan Sierra Leone (13 hingga 14 Jun 2002);

 Susulan Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan mengenai


Pelancongan (5 hingga 7 September 2003);

 Sidang Kemuncak OIC ke-27 Menteri-menteri Luar (27 Jun 2000);

 Sidang Kemuncak PIC ke-10 (16 hingga 18 Oktober 2003); dan

 Pelbagai lagi mesyuarat di bawah naungan OIC.


(x) Malaysia telah menganjurkan Mesyuarat Khas Menteri-menteri Luar
OIC di Timur Tengah pada bulan April 2004 untuk membincangkan
masalah di Palestin dan Iraq. Mesyuarat ini membuktikan keazaman
Malaysia dalam mencari penyelesaian kepada konflik yang melanda
Timur Tengah; dan
(xi) Malaysia juga telah diberi kepercayaan untuk mengetuai delegasi
Menteri OIC, mengikut mandat yang diberikan oleh Mesyuarat Khas
untuk bertemu ahli Kuartet (Kesatuan Eropah, Rusia, Amerika dan
Setiausaha Agung PBB) dan menggesa mereka untuk mengambil
langkah segera dalam menyelesaikan konflik Israel-Palestin.

(d) Pertubuhan Negara-negara Komanwel


Komanwel ialah organisasi yang terdiri daripada negara yang merupakan
bekas tanah jajahan British. Ahli terdiri daripada bekas tanah jajahan British
termasuk Malaysia. Malaysia menyertai Komanwel setelah mencapai
kemerdekaan pada tahun 1957. Komanwel bertujuan mewujudkan
persahabatan dan perpaduan, ekonomi, pendidikan, pertahanan, pertanian
dan pembangunan undang-undang dalam kalangan semua bekas tanah
jajahan British.

Antara peranan Malaysia dalam Pertubuhan Negara-negara Komanwel


adalah:
(i) Mengemukakan cabaran dalam perdagangan antarabangsa,
penjajahan dan menentang isu Apartheid di Afrika Selatan. Dalam
Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM 
Commonwealth Heads of Government Meeting) di Bahamas pada
tahun 1985 dan Vancouver pada tahun 1987, Malaysia menggesa

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  265

badan dunia ini untuk memainkan peranan yang lebih agresif dalam
menangani isu perdagangan dunia yang tidak adil, politik dan
penjajahan ekonomi dan juga Apartheid;
(ii) Malaysia telah dipilih sebagai tuan rumah untuk CHOGM pada
tahun 1989. Isu yang dibincangkan ialah Apartheid, kebebasan
Namibia, masalah ubat-ubatan, kebuluran dan kemiskinan di Afrika,
ekonomi antarabangsa, konflik Asia Barat, konflik Afghanistan dan
Kemboja, dan isu alam sekitar. Hasil daripada kemerosotan dan
pencemaran alam sekitar, ketua-ketua Kerajaan Komanwel
menggariskan beberapa rancangan dan tindakan yang meliputi:

 Pembentukan dana antarabangsa untuk pemeliharaan alam


sekitar;

 Pengurusan hutan dan pertanian di negara maju dan


membangun;

 Pengurangan pencemaran marin; dan

 Mengatasi masalah penipisan lapisan ozon.


(iii) Memberi kerjasama dalam pertahanan, perdagangan, pembangunan
sains dan teknologi, pertanian, pendidikan, kewangan dan banyak
lagi. Dalam pertahanan misalnya, Malaysia menerima bantuan
ketenteraan khusus untuk 10 tahun selepas kemerdekaan;
(iv) Menjalankan latihan ketenteraan bersama beberapa negara
Komanwel. Malaysia juga mendapat sokongan daripada negara maju
dalam Komanwel. Sebagai contoh, barangan Malaysia telah diberi
Sistem Keutamaan Am (GSP  General System of Preferences).
Melalui sistem ini, tarif ke atas barangan Malaysia dikurangkan dan
ini secara tidak langsung meningkatkan daya saing barangan
Malaysia berbanding barang dari negara lain di pasaran; dan
(v) Pengenalan Rancangan Colombo meningkatkan lagi kedudukan
Malaysia, di mana Malaysia telah menerima nasihat mengenai
pendidikan, pertanian, kesihatan dan sebagainya. Sebagai contoh,
dalam bidang pendidikan, negara Komanwel memberikan nasihat
mengenai penubuhan kolej pengajaran, A-Level dan Higher School
Certificate (HSC) (kini dikenali sebagai Sijil Tinggi Persekolahan
Malaysia).

Secara sosial, perpaduan dalam kalangan negara Komanwel dipupuk


melalui aktiviti sukan seperti Sukan Komanwel yang dihoskan oleh
Malaysia pada tahun 1998.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


266  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

(e) Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM)


NAM telah ditubuhkan pada tahun 1961 bersempena Sidang Kemuncak
NAM yang pertama di Belgrade, Yugoslavia (kini Serbia). Pergerakan ini
telah ditubuhkan sebagai reaksi kepada perlumbaan senjata oleh dua kuasa
besar dunia, Amerika dan Kesatuan Soviet.

Organisasi ini berpegang teguh kepada pendirian neutral, tidak memihak


kepada blok Barat ataupun blok Timur. Prinsip NAM termasuklah
menghormati kemerdekaan dan kedaulatan negara dan tidak campur
tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain.

Penyertaan aktif Malaysia dalam NAM bermula tahun 1969 adalah


berdasarkan pada kecenderungan negara ke arah dasar berkecuali dan
tidak memihak kepada mana-mana blok (blok komunis atau blok
demokrasi). Dasar ini adalah penting dalam mengekal dan
memaksimumkan hubungan antarabangsa dengan negara di dunia ini.
Kerajaan Malaysia sentiasa berpegang kepada prinsip bahawa sebarang isu
antarabangsa yang berkaitan dengan hal ehwal domestik sebuah negara
tertentu tidak boleh diganggu.

(i) Penglibatan Malaysia dalam NAM


Malaysia telah diberi penghormatan untuk dipilih sebagai Naib
Pengerusi NAM semasa sidang kemuncak di Belgrade, Croatia pada
tahun 1989. Pada sidang kemuncak itu, Malaysia telah dilantik untuk
menyertai G-15 yang merupakan kumpulan elit yang ditugaskan
untuk membincangkan isu mengenai kerjasama politik dan ekonomi
dalam kalangan anggota NAM. Pada bulan Februari 2003, Malaysia
telah dipilih sebagai tuan rumah kepada Sidang Kemuncak NAM.

(ii) Peranan Malaysia dalam NAM


Yang berikut ialah peranan Malaysia dalam NAM:

 Pengerusi NAM
Melalui pertubuhan ini, fungsi Malaysia untuk memberikan
kepimpinan yang dapat mewakili negara anggota yang
majoritinya adalah negara membangun dalam menyuarakan isu
dan juga mengambil langkah-langkah yang praktikal dan
berkesan untuk keamanan dunia dengan menggalakkan
keamanan melalui platform politik, pendekatan diplomatik,
pelbagai hala dan terutama melalui badan dunia seperti PBB dan
Majlis Keselamatan PBB; dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  267

 Malaysia juga memberi tumpuan kepada perkara yang


melibatkan bidang ekonomi dan perdagangan, KSS,
pembangunan dan pembasmian kemiskinan serta pembangunan
sosial dan kemanusiaan yang sama dan isu kepentingan kepada
NAM.

(f) Kerjasama Selatan-selatan (KSS)


Kerjasama Selatan-selatan (KSS) telah ditubuhkan untuk memelihara
kepentingan ekonomi negara membangun dan mengelakkan tekanan dari
negara maju seperti Amerika, Jepun dan United Kingdom. Negara maju
biasanya mengawal tekanan pasaran bahan mentah. Oleh itu, bahan
mentah dari negara membangun menghadapi kesukaran untuk menembusi
pasaran.

Dalam kes ini, negara maju akan membeli bahan mentah dari negara
membangun pada harga yang rendah dan ini akan membuatkan negara
membangun yang miskin perlu menjaga amalan ini berterusan. Amalan ini
juga menyebabkan negara membangun menanggung hutang yang besar
kepada negara maju yang mengenakan syarat ketat seterusnya
membebankan rakan mereka yang lebih miskin.

Oleh itu, Malaysia mencadangkan pembentukan KSS. Konsep ini pertama


kali dikemukakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1981 di
Zimbabwe. Antara resolusi yang dibentangkan untuk membentuk KSS
adalah:

(i) Untuk memperbaiki keadaan ekonomi negara membangun;


(ii) Untuk mengatasi ketidaktentuan harga bahan mentah disebabkan
oleh tekanan negara maju;
(iii) Untuk berusaha mencari cara menyelesaikan hutang negara
membangun; dan
(iv) Membentangkan cadangan untuk mengelakkan tekanan oleh negara
maju.

Secara kesimpulannya, Malaysia bersedia meneruskan pembangunan negara


pada masa akan datang melalui pelbagai program perkongsian pintar dengan
negara maju, dan membangun untuk kemajuan ekonomi, sosial dan politik.
Malaysia bergerak ke arah pelbagai perancangan pembangunan di samping
memberi sumbangan dan bantuan untuk membangunkan negara yang masih
mundur dan miskin.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


268  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

Malaysia secara keseluruhan, bersatu dengan negara maju dan kurang maju
untuk meletakkan bersama-sama jentera mereka untuk pembangunan
terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. Pertubuhan, persidangan,
seminar dan dialog ialah platform untuk mewujudkan persefahaman antara
negara anggota untuk menangani masalah kemiskinan, kesihatan, pendidikan
dan keselamatan.

 Sebelum merdeka, kerajaan telah memperkenalkan beberapa Dasar


Pendidikan untuk menangani permasalahan kaum di Tanah Melayu.
 Dasar negara berubah selepas merdeka dan berlakunya Tragedi 13 Mei 1969
yang menyebabkan kerajaan Persekutuan memperkenalkan DEB.
 Menjelang tahun 1980-an, dasar kerajaan bertumpu kepada pemodenan
pembangunan ekonomi terutamanya dalam bidang perindustrian.
 Tumpuan dasar terkini lebih memfokuskan kepada keperluan rakyat dan
pembangunan ekonomi.
 Malaysia telah memainkan peranan penting dalam mewujudkan kerjasama
dengan negara lain mahupun organisasi antarabangsa.
 Kepentingan dasar luar Malaysia adalah berpandukan faktor sejarah,
demografi, keselamatan negara, ekonomi, geostrategik, struktur politik
negara, undang-undang antarabangsa dan faktor globalisasi.
 Malaysia telah menyertai organisasi dan kumpulan antarabangsa dan
memainkan peranan yang penting dalam PBB, Pertubuhan Komanwel, OIC,
ASEAN, NAM, KSS, Kumpulan 77 (G77), Kokus Ekonomi Asia Timur
(EAEC) dan Kumpulan 15 (G15).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  269

1Malaysia Kerjasama Selatan-selatan (KSS)


Bidang ekonomi utama negara Lembaga Kemajuan Tanah
Persekutuan (FELDA ă Federal Land
Dasar Agromakanan Negara (DAN)
Development Authority)
Dasar Belia Negara (DBN)
Lembaga Pemasaran Pertanian
Dasar Ekonomi Baru (DEB) Persekutuan (FAMA ă Federal
Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) Agricultural Marketing Authority)

Dasar Luar Model Baru Ekonomi (MBE)

Dasar Pandang ke Timur (DPT) Pelan Induk Perindustrian (PIP)

Dasar Pembangunan Nasional (DPN) Pendapatan Negara Kasar (PNK)

Dasar Pendidikan Kebangsaan Pergerakan Negara-negara Berkecuali


(NAM  Non-Aligned Movement)
Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam
(DPNI) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
(PBB)
Dasar Penswastaan
Pertubuhan Komanwel
Dasar Perindustrian Negara
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)
Dasar Persyarikatan
Pertubuhan Negara-negara Asia
Dasar Pertanian Negara (DPN) Tenggara (ASEAN)
Dasar Wanita Negara (DWN) Program Transformasi Ekonomi (PTE)
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Program Transformasi Kerajaan (PTK)
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik Tragedi 13 Mei 1969
(APEC)

1KLIK. (2014). Matlamat penubuhan ASEAN. Dicapai dari http://pmr.


penerangan.gov.my/index.php/antara/1060-pengenalan.html

1KLIK. (2014). Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Dicapai dari


http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/penafian/1229-pertubuhan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


270  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

1Malaysia. (2009). Dlm. Pejabat Perdana Menteri. Dicapai dari https://www.


pmo.gov.my/dokumenattached/1Malaysia_B.pdf

Ahmad Sarji Abdul Hamid. (1993). MalaysiaÊs Vision 2020: Understanding the
concept, implications and challenges. Petaling Jaya, Malaysia: Pelanduk.

Aminuddin Baki. (1981). The national school of Malaya: Its problems, proposed
curriculum and activities. Kuala Lumpur, Malaysia: Arkib Negara
Malaysia.

Arends, R. (2014). Learning to teach. Dubuque, IA: McGraw-Hill Higher


Education.

Awang Had Salleh. (1980). Pelajaran dan perguruan Melayu di Malaya zaman
British. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian
Pelajaran Malaysia.

Berita Harian. (1967, Ogos 15). hlmn. 4.

Chamil Wariya. (1989). Dasar luar era Mahathir. Selangor, Malaysia: Fajar Bakti.

Dasar Agromakanan Negara 20112020. (2011). Putrajaya, Malaysia:


Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.

Dasar Belia Malaysia (DBM). (2015). Putrajaya, Malaysia: Kementerian Belia dan
Sukan Malaysia.

Dasar Pandang ke Timur. (2012). Dlm. Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.


Dicapai dari http://www.jpa.gov.my

Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran. (t. t.). Dlm. Pejabat
Perdana Menteri. Dicapai dari http://www.pmo.gov.my/dokumen
attached/Dasar/10DASAR_PENERAPAN_NILAI.pdf

Dasar Pengkorporatan Malaysia. (t. t.). Dlm. Unit Perancang Ekonomi. Dicapai
dari http://www.epu.gov.my/dasar-pengkorporatan-Malaysia

Dasar Penswastaan. (t. t.). Dicapai dari http://www.epu.gov.my/dasar-


penswastaan

Dasar Pertanian Negara ke-3. (t. t.). Dlm. Kementerian Pertanian dan Industri
Asas Tani. Dicapai dari http://www.doa.gov.my/dasar-pertanian-negara-
ke-3

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA  271

Dasar Sosial Negara. (2011, Jun 11). Dlm. Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat. Dicapai dari http://www.kpwkm.gov.my/

Dasar Wanita Negara. (2011, Jun 23). Dlm. Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat. Dicapai dari http://www.kpwkm.gov.my/

Dasar-dasar Pembangunan Malaysia. (1997). Kuala Lumpur, Malaysia: Institut


Tadbir Awam Negara.

Economic Transformation Programme (ETP). (t. t.). Dlm. Unit Perancang


Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Dicapai dari http://etp.pemandu.
gov.my

Government Transformation Programme (GTP). (t. t.). Dlm. Unit Perancang


Ekonomi. Dicapai dari http://www.epu.gov.my/goverment-
transformation-programme

Kementerian Luar Negeri Malaysia. (2009). Piagam ASEAN (terj.). Dicapai dari
http://www.kln.gov.my/c/document_library/get_file?p_l_id=73198&fold
erId=33913&name=DLFE-704.pdf

Mahathir Mohamad. (2002). Globalisation and the new realities. Subang Jaya,
Malaysia: Pelanduk.

Millar, T. B. (1969) On writing about foreign policy. New York, NY: The Free
Press.

Model Baru Ekonomi (MBE) untuk Malaysia. (2012, November 16). Dlm. Unit
Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Dicapai dari http://www.
epu.gov.my/epu-theme/pdf/nem.pdf

Mohd Taib Osman. (1988). Bunga rampai kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur,
Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mustaza Abdullah, & Mat Marjani Hj. Yahya (1991). Kemahiran Hidup
Bersepadu TERAS. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nadzan Haron, & Rozeman Abu Hassan. (2010). Malaysia melangkah ke


hadapan: Pengajian Malaysia sejak 1945. Puchong, Malaysia: Penerbitan
Multimedia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


272  TOPIK 5 PEMBANGUNAN NEGARA

National Economic Advisory Council. (2010). New economic model for Malaysia:
Part 1. Kuala Lumpur, Malaysia: Percetakan Nasional Malaysia.

Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956. (1956). Dlm. Federation of Malaya. Kuala


Lumpur, Malaysia: Caxton Press.

Penyata Jawatankuasa Penyemak Dasar Pelajaran 1960. (1961). (terj). Dewan


Bahasa dan Pustaka. Dlm. Kementerian Pelajaran Persekutuan Tanah
Melayu. B. T. Fudge: Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.

Plano, J. C., & Olto, R. (1982). The international relations dictionary. Santa
Barbara, CA: ABC-CLIO.

Rancangan Malaysia Kedua 19711975. (1971). Kuala Lumpur, Malaysia: Jabatan


Percetakan Negara, Kerajaan Malaysia.

Rancangan Malaysia Keenam 19911995. (1991). Kuala Lumpur, Malaysia:


Jabatan Percetakan Negara, Kerajaan Malaysia.

Rancangan Malaysia Pertama 19661970. (1966). Kuala Lumpur, Malaysia:


Jabatan Percetakan Negara, Kerajaan Malaysia.

Ucapan YAB Perdana Menteri DatoÊ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak.
Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011-2015. Dewan Rakyat. 10 Jun 2010.

United Nation. (2014). UN flag and emblem. Dicapai dari http://www.un.org/


Depts/dhl/maplib/flag.htm

Wawasan 2020. (t. t.). Dalam Unit Perancang Ekonomi. Dicapai dari
http://www.epu.gov.my/wawasan-2020-1991-2020

Zainal Abidin Abdul Wahid et al. (1996). Malaysia: Warisan dan perkembangan
(Ed. ke-2). Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Pemikiran dan
6 Kepercayaan
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Membincangkan perkembangan agama di Malaysia;
2. Menyatakan kedudukan Islam dalam perlembagaan di Malaysia;
3. Menerangkan kepentingan beragama kepada manusia;
4. Menghuraikan semangat persefahaman dan sikap hormat-
menghormati antara satu sama lain dalam kalangan rakyat pelbagai
agama, kaum dan budaya; dan
5. Menjelaskan pelbagai agama dan kepercayaan yang terdapat di
Malaysia.

 PENGENALAN
Dalam topik ini, kita akan mempelajari perkembangan agama, kepercayaan
animisme dan dinamisme, agama Hindu, Buddha, Kristian, Islam dan Sikh di
Malaysia. Seterusnya, kita juga akan membincangkan peruntukan agama Islam
sebagai agama rasmi Malaysia seperti yang telah termaktub dalam Perkara 3(1)
Perlembagaan Malaysia.

Selain itu, topik ini turut akan menjelaskan kepercayaan masyarakat Malaysia
yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India dan Orang Asli. Perbincangan
diteruskan dengan kepentingan agama dalam kehidupan manusia. Pada akhir
topik ini, kita akan melihat keperluan untuk memupuk sikap menghormati
antara agama untuk melahirkan negara yang aman dan bersatu padu.

6.1 PERKEMBANGAN AGAMA DI MALAYSIA


Terdapat beberapa teori tentang sebab-sebab manusia beragama. Dari sudut
psikologi, manusia memerlukan agama untuk mendapat perlindungan daripada

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


274  TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN

kuasa ghaib (supernatural powers). Kejadian bencana alam, wabak penyakit,


guruh dan kilat amat ditakuti manusia purba. Natijahnya, manusia mula
menyembah benda-benda yang terdapat di persekitarannya seperti pokok, busut
dan gunung yang dipercayai melindungi mereka.

Agama terawal yang dianuti oleh manusia ialah animisme iaitu kepercayaan
primitif terhadap benda di sekeliling mereka yang masih diamalkan oleh
beberapa suku kaum pedalaman di Malaysia. Dalam subtopik ini, kita akan lihat
satu persatu jenis-jenis agama di Malaysia seiring dengan perkembangannya.

6.1.1 Kepercayaan Animisme dan Dinamisme


Menurut persejarahan awal di rantau alam Melayu ini, sistem kepercayaan
masyarakat peribumi berasaskan animisme dan dinamisme.

(a) Kepercayaan animisme


Kepercayaan animisme bermakna bahawa setiap benda dan juga tempat
mempunyai kehidupan (animation) dalam bentuk roh, jiwa dan semangat
dengan perwatakan sendiri. Kepercayaan ini telah melahirkan peraturan
atau pantang larang tertentu dalam sesuatu masyarakat.

(b) Kepercayaan dinamisme


Sistem kepercayaan dinamisme pula ialah percaya kepada tenaga yang ada
dalam roh, jiwa, semangat dalam diri manusia, haiwan, tumbuh-
tumbuhan, benda yang boleh mendatangkan kesan baik dan buruk kepada
manusia.

Kepercayaan dinamisme ini melahirkan magis melalui penguasaan


terhadap kuasa ghaib (manna) dengan perbuatan atau upacara tertentu
yang dilakukan oleh bomoh dan pawang sehingga tenaga ghaib itu dapat
dipergunakan untuk keuntungan sendiri atau untuk kerugian kepada
orang lain. Kepercayaan ini telah diamalkan di gugusan kepulauan Melayu
pada zaman Neolitik sehingga kini (Malaysia kita: Panduan dan rujukan
peperiksaan am kerajaan, 2000).

Dalam masyarakat Melayu tradisional, wujud kepercayaan kepada roh


nenek moyang yang dinamakan hyang iaitu seperti poyang atau moyang.
Roh nenek moyang ini dipercayai masih berada dalam kalangan mereka
dan mempunyai tenaga yang kuat yang boleh mempengaruhi kehidupan
mereka. Oleh itu, roh nenek moyang itu perlu ditenangkan melalui upacara
pemujaan dan pengajian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN  275

Masyarakat Melayu tradisional juga menganggap hyang sebagai jelmaan


Tuhan yang perlu dipuja dan disembah, maka timbullah istilah
sembahyang iaitu menyembah roh jelmaan Tuhan. Dalam konteks ini,
pawang, bomoh dan dalang merupakan perantara yang boleh
menghubungi hyang itu melalui upacara-upacara tertentu berbentuk
pemujaan atau penyembahan iaitu jampi, serapah, penyajian,
penyembelihan, pewayangan, perbomohan, dan sebagainya (Hashim
Musa, Zainal Abidin Borhan, Othman Mohd Yatim, Ahmad Hakimi
Khairuddin & Mohd Taufik Arridzo Mohd Balwi, 2006).

6.1.2 Kedatangan Hindu-Buddha


Kepercayaan ini telah meresap awal ke Tanah Melayu apabila Tanah Melayu
pernah dijajah oleh kerajaan Funan (sebelum abad ke-6) dan kemudian, apabila
berada di bawah kerajaan Srivijaya (abad ke-7) dan Majapahit (abad ke-12).

Raja Funan yang berfahaman Hindu telah mengadaptasi konsep raja kepada
konsep devaraja dari India yang raja dianggap jelmaan dewa atau dewi. Funan
dipercayai merupakan kerajaan Melayu pertama yang menerima pengaruh
Hindu yang kuat kerana catatan bahasa Sankrit telah membuktikan bahawa
pengaruh agama Hindu (Mahzab Siva) dan agama Buddha telah bertapak di
sana (Harrison, 1967; Lim Seng Haw, t. t.; Saunders, 2002).

Kedua-dua kerajaan ini telah mempengaruhi pemikiran masyarakat Melayu dari


segi politik, ekonomi dan sosial melalui penerapan pengaruh agama Hindu-
Buddha dari abad pertama sehingga abad ke-15. Ketika Kepulauan Tanah
Melayu (Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, Borneo, Jawa dan Selatan
Thailand) berada di bawah kerajaan Srivijaya, kerajaan Srivijaya dengan kerajaan
India telah menjadikan kepulauan Tanah Melayu sebagai pusat pengajian
Sanskrit dan pusat penyebaran agama Buddha di Timur (Malaysia kita: Panduan
dan rujukan peperiksaan am kerajaan, 2000).

Rekod penemuan arkeologi membuktikan bahawa bahagian utara Tanah Melayu


iaitu negeri Kedah pernah dipengaruhi oleh kebudayaan awal Buddhisme. Pada
pertengahan kurun ketiga Sebelum Masihi, Maharaja Asoka telah menghantar
dua orang biksu, iaitu Ven Sona dan Ven Uttara datang ke rantau ini untuk
menyebarkan agama Buddha (Persatuan Buddha Wakaf Bharu).

Pada kurun kelima, Buddhisme telah berkembang dengan baik di Semenanjung


Melayu. Ekskavasi arkeologi Buddha bukan hanya terhad di Kedah sahaja tetapi
didapati di Perlis, Pahang, Kuala Selinsing, Tanjung Rambutan, Lembah Kinta,
Bidor dan Sungai Siput di Perak (Malaysia kita: Panduan dan rujukan
peperiksaan am kerajaan, 2000). Langkasuka dipercayai merupakan sebuah
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
276  TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN

negara Buddha yang pertama dan ditubuhkan pada kurun kedua Masihi.
Langkasuka berpusat di Banjaran Gunung Jerai, kemudian mengembangkan
kuasanya ke bahagian Selatan Negeri Thai (Sejarah Buddhisme di Malaysia, t. t.).

Kesan Pengaruh Hindu dan Buddha


Terdapat pandangan yang menyatakan kesan pengaruh Hindu dan Buddha ini
hanya berlaku kepada lapisan atas masyarakat Melayu, iaitu golongan
pemerintah dan bangsawan sahaja pada ketika itu tetapi tidak menyerap ke
segenap lapisan masyarakat Melayu terutamanya di lapisan bawahan, iaitu
golongan rakyat jelata yang masih mengamalkan kepercayaan animisme dan
dinamisme (Rahmah Bujang, Yaacob Harun, Mohammad Nazzri Ahmad &
Ahmad Hakimi Khairuddin, 2006).

Melalui politik dan pentadbiran, pengaruhnya mementingkan dewa yang


dikaitkan dengan kedudukan raja sebagai penjelmaan dewa seperti konsep
„dewaraja‰. Melalui konsep ini, kedudukan raja dari aspek spiritual dan peranan
fizikal diperkukuh melalui upacara keagamaan untuk menjadikan raja sebagai
peribadi yang luhur, suci dan kudus.

Unsur kesusasteraan Hindu dari segi epik, roman, mitos dan sastera
keperwiraan ditekankan menjadi popular dalam kalangan bangsawan di istana
rantau alam Melayu. Maka muncullah epik Hikayat Sri Rama dan Hikayat
Maharaja Rawana (daripada Ramayana), Hikayat Pendawa (daripada
Mahabharata), dan lain-lain. Unsur Buddhisme turut didapati dalam drama
Menora dan wayang kulit (lihat Rajah 6.1). Namun kesan dari aspek ajaran
Hindu ini seperti sistem golongan agama dan rakyat jelata sedikit sebanyak telah
menular ke dalam sistem sosial kelompok Melayu.

Rajah 6.1: Wayang kulit


Sumber: https://karenfebriena.wordpress.com/2014/04/07/the-beautiful-and-
historical-wayang-kulit-2/

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN  277

6.1.3 Kedatangan Agama Islam


Orang Arab merupakan perintis awal kedatangan Islam ke Tanah Melayu.
Mereka datang melalui jalan laut dan jalan darat (Hasjmy, 1979). Islam bermula
di alam Melayu sejak abad pertama hijrah dengan adanya hubungan antara
Timur Tengah yang dibawa oleh saudagar Arab terutamanya Yaman (Arnold,
1984), Mesopotamia, India dan Cina dengan alam Melayu disebabkan oleh faktor
perdagangan. Selain Arab, perkembangan Islam ke alam Melayu turut
disumbangkan oleh pedagang dari China dan India.

Berdasarkan fakta sejarah secara kronologi, daerah yang pertama menerima


Islam ialah Perlak pada tahun 840 Masihi atau 225 Hijrah (kurun kesembilan),
diikuti Samudera Pasai pada tahun 1042 M (kurun ke-13 hingga ke-14) dan
seterusnya diikuti Melaka pada tahun 1400 M hingga 1511 M (kurun ke-15
hingga ke-16).

Selepas kejatuhan Melaka di tangan Portugis, Aceh pula telah mengambil alih
peranannya pada tahun 1511 M hingga 1650 M (kurun ke-16 hingga ke-17). Hal
ini diikuti pula oleh kerajaan Johor-Riau pada tahun 1650 M hingga 1800 M
(kurun ke-17 hingga ke-19). Sementara itu, kedatangan Islam ke Brunei berlaku
pada akhir kurun ke-15, Patani pada kurun ke-15 sehingga ke-19 dan Pulau Jawa
pada kurun ke-15 hingga ke-16.

Penyebaran Islam semakin berkembang di Tanah Melayu selepas 1258 M (Ali


Jarisyah,1999) apabila pada tahun tersebut, kota Baghdad telah jatuh ke tangan
Hulagu Khan. Selepas tarikh tersebut, perkembangan Islam di alam Melayu
amnya dan Tanah Melayu khasnya menjadi semakin rancak sama ada di
bahagian timur atau barat Tanah Melayu. Negeri-negeri seperti Kelantan dan
Kedah mula menerima Islam dengan menyeluruh (Hanif Md Lateh @ Junid,
Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad & Ermy Azziaty Rozali, 2011).

Perkembangan Islam semakin menonjol apabila Parameswara memeluk Islam


pada tahun 1409 M dan dinamakan Sultan Iskandar Syah. Beliau memainkan
peranan cukup penting dalam membangunkan Melaka sebagai pusat
perdagangan dan penyebaran Islam di Nusantara, dan seterusnya menjadikan
Islam sebagai agama rasmi di Melaka dan gelaran raja ditukar kepada Sultan. Di
samping itu, tentera berjaya menyekat serangan-serangan tentera Siam dari
Thailand (Khoo Kay Kim, Mohd Fadzil Othman & Jazamuddin Baharuddin,
1980). Melaka berjaya menyampaikan dakwah Islam di seluruh alam Melayu
termasuk Pahang, Johor, Jambi, Kampar, Bengkalis, Bintang, Pulau Karimon
sehingga ke Filipina.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


278  TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN

Kesan Pengaruh Islam


Kedatangan Islam ke alam Melayu telah mencetuskan perubahan kepada
masyarakat dan memberi sumbangan yang besar dalam mencorakkan perjalanan
kerajaan Melayu. Melalui politik dan pentadbiran, Sultan dilantik sebagai ketua
negara, ketua agama Islam dan berperanan sebagai „khalifah Allah di bumi‰.
Sultan dibantu oleh penasihat-penasihat yang terdiri daripada alim ulamak dan
mufti.

Undang-undang yang berdasarkan hukum syariah telah diperkenalkan


walaupun tidak menyeluruh, sebagaimana dalam Hukum Kanun Melaka dan
Batu Bersurat Terengganu pada tahun 1303 M (lihat Rajah 6.2). Kedatangan
kuasa Eropah untuk menakluki alam Melayu telah membangkitkan semangat
jihad untuk menentang kuasa Eropah yang beragama Kristian.

Rajah 6.2: Batu Bersurat Terengganu


Sumber: http://psmkawasanlipis.blogspot.my/2013/05/seminar-batu-bersurat-piagam-
terengganu.html

Dalam aspek sistem pendidikan dan perkembangan ilmu pengetahuan, istana,


madrasah, pondok, masjid dan surau telah dijadikan pusat kegiatan dan
penyebaran ilmu pengetahuan. Kesannya, muncullah golongan intelektual
terutamanya alim ulamak dengan karya utama mereka berbentuk keagamaan.
Hasil daripada penyebaran Islam yang semakin pesat menyebabkan Melaka
muncul sebagai pusat perkembangan falsafah, pemikiran, kesusasteraan,
tasawuf, kebudayaan, kesenian dan perundangan (Mohd Jamil Mukmin, 1992).

Islam sebagai agama rasmi tamadun Melayu dari sudut kebudayaan terus
berkembang dengan menyerap unsur tempatan selagi tidak bercanggah dengan
akidah yang berteraskan konsep tauhid atau mengesakan Allah SWT.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN  279

AKTIVITI 6.1

Kenal pasti kesan pengaruh Islam dalam buku-buku sastera, budaya


dan seni tempatan. Bincangkan pengaruh tersebut bersama rakan-
rakan anda dalam myINSPIRE.

6.1.4 Kedatangan Kristian


Agama Kristian memasuki Tanah Melayu apabila Melaka jatuh ke tangan kuasa
penjajah Portugis pada 24 Ogos 1511 (Tregonning, 1964). Misi tersebut
diteruskan oleh Belanda pada tahun 1641 dan British pada tahun 1786. Selepas
British menandatangani perjanjian dengan Belanda dalam Perjanjian Inggeris-
Belanda 1824, British membawa masuk mubaligh Kristian untuk
mengembangkan agama Kristian di Tanah Melayu.

Kesan perkembangan Kristian di Tanah Melayu ialah seperti terbinanya rumah


ibadat dan berlaku perubahan pada sistem pendidikan dengan penubuhan
sekolah aliran Inggeris (lihat Rajah 6.3). Perkembangan pemikiran turut berlaku
dengan penerbitan risalah-risalah agama oleh mubaligh. Selain itu, perubahan
sosiobudaya berlaku dalam kalangan masyarakat tempatan, kemunculan bandar
kolonial, wujudnya dasar pecah perintah, perubahan politik tempatan,
perundangan dan krisis identiti.

Rajah 6.3: Penang Free School ă sekolah aliran Inggeris pertama di Tanah Melayu
Sumber: http://100pfs.blogspot.my/2015/08/the-founding-of-penang-free-school-
page.html

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


280  TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN

AKTIVITI 6.2

Bincangkan kesan-kesan perkembangan agama Kristian di Tanah


Melayu dengan lebih terperinci dengan rakan-rakan anda dalam
myINSPIRE.

6.2 ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN


MALAYSIA
Islam telah diterima sebagai agama persekutuan sejak zaman Kesultanan Melayu
Melaka sehinggalah ke zaman penjajahan Inggeris. Semasa penjajahan Inggeris,
kedudukan agama Islam langsung tidak diganggu dan Inggeris menyerahkan
urusan agama Islam kepada raja-raja Melayu.

Agama Islam memainkan peranan penting dalam pembentukan tamadun


Melayu. Apabila tamadun Malaysia dibentuk, kepentingan peranan agama Islam
dikekalkan tetapi diubah suai supaya selaras dengan keadaan negara Malaysia
yang mempunyai penduduk berbilang kaum dan agama. Berdasarkan proses
sejarah, Tanah Melayu telah dimantapkan oleh agama Islam. Islam dan adat
Melayu secara khususnya telah menjadi salah satu struktur terpenting
kemelayuan dan dalam tamadun Malaysia.

Islam dan adat Melayu merupakan struktur yang saling melengkapi iaitu
Melayu mengamalkan adat istiadat Melayu, berbahasa Melayu dan beragama
Islam seperti yang termaktub dalam Perkara 160(2) Perlembagaan Malaysia. Di
negara kita, takrifan ini telah diletakkan dalam Perlembagaan Malaysia untuk
merujuk kepada takrifan Melayu dari sudut undang-undang. Takrifan ini secara
umumnya bukan sahaja berlaku di negara kita, tetapi secara meluas di rantau
alam Melayu. Islam turut menjadi identiti sosial dan budaya orang Melayu.

Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia telah menyatakan


bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan Malaysia dan setiap raja atau Sultan
ialah ketua agama bagi setiap negeri dalam Persekutuan Malaysia. Peruntukan
ini termaktub dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Malaysia, dan peruntukan ini
membolehkan kerajaan pusat melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
dan kerajaan negeri melalui pihak berkuasa agama negeri melaksanakan
pembangunan Islam dalam pelbagai bidang termasuk melaksanakan
pentadbiran hukum syariah Islam tetapi dengan bidang kuasa yang tertentu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN  281

Menurut Ibrahim Ismail (2003), terdapat tiga hujah perlunya peruntukan Islam
dibuat dalam perlembagaan, iaitu:
(a) Pada waktu itu, tidak kurang daripada 15 buah negara di dunia
memperuntukkan agama dalam perlembagaan masing-masing sama ada
negara yang majoriti rakyatnya beragama Kristian, Islam ataupun Buddha.
Negara-negara yang memperuntukkan agama dalam perlembagaannya
pada waktu itu termasuklah negara Kristian seperti Ireland (Perkara 6),
Norway (Perkara 1), Denmark (Perkara 3), Sepanyol (Perkara 6), Argentina
(Perkara 2), Bolivia (Perkara 3), Panama (Perkara 36) dan Paraguay
(Perkara 3). Negara Islam pula ialah Afghanistan (Perkara 1), Iran (Perkara
1), Iraq (Perkara 13), Jordan (Perkara 2) dan Syria (Perkara 3) manakala
negara yang memperuntukkan agama Buddha sebagai agama rasmi dalam
perlembagaan pula ialah Thailand (Perkara 7);
(b) Negara yang memperuntukkan agama dalam perlembagaan tidak pula
memberikan kesulitan kepada mana-mana orang dalam negeri tersebut; dan
(c) Pada hakikatnya telah wujud peruntukan agama Islam dalam
Perlembagaan Negeri Tanah Melayu seperti Johor dan Terengganu ketika
zaman pemerintahan British lagi.

Sesungguhnya, dengan memasukkan agama sebagai salah satu perkara yang


penting dalam Perlembagaan Malaysia tidak seharusnya dipertikaikan oleh
mana-mana pihak.

Dengan termaktubnya agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan Malaysia,


tidak bermakna agama lain tidak boleh dianuti atau diamalkan oleh orang bukan
Islam. Menurut perlembagaan, wujud kebebasan beragama tetapi bagi penganut
Islam (Perkara 11), kerajaan boleh menggubal undang-undang untuk mengawal
atau menyekat aliran atau fahaman kepercayaan yang dianggap menyeleweng.

Peruntukan Perkara 12 menjelaskan empat perkara, iaitu:


(a) Setiap kumpulan agama berhak menubuhkan dan menyelenggarakan
yayasan untuk pelajaran kanak-kanak mengenai agama masing-masing;
(b) Undang-undang persekutuan dan undang-undang negeri boleh
mengadakan bantuan kewangan khas bagi menubuhkan dan
menyelenggarakan yayasan Islam atau mengajar mengenai agama Islam
kepada orang Islam;
(c) Tiada sesiapa dipaksa mengambil bahagian dalam upacara agama selain
agamanya; dan
(d) Agama bagi seseorang yang berumur kurang dari 18 tahun ditentukan oleh
ibu bapa atau penjaganya.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
282  TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN

Peruntukan Perkara 121(1A) menjelaskan bahawa Mahkamah Tinggi Sivil tidak


mempunyai bidang kuasa berkenaan apa-apa perkara dalam bidang kuasa
Mahkamah Syariah. Hal ini kerana sebelum pindaan itu dibuat terdapat
beberapa kes (seperti wakaf, penjagaan anak dan mungkir janji untuk
berkahwin) yang Mahkamah Sivil telah membuat keputusan mengenai perkara
yang termasuk dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah dan adakalanya telah
mengubah keputusan yang telah dibuat di Mahkamah Syariah.

Peranan Yang di-Pertuan Agong juga boleh dimasukkan dalam ruang lingkup
Islam dalam Perlembagaan. Walaupun Perlembagaan tidak menetapkan baginda
sebagai ketua agama bagi seluruh persekutuan, Perlembagaan menetapkan
tanggungjawab ke atas baginda supaya menjaga Islam. Hal ini dinyatakan dalam
sumpah jawatan berkenaan, iaitu Yang di-Pertuan Agong diberi tanggungjawab
oleh Perlembagaan untuk memelihara pada setiap masa agama Islam dan berdiri
tetap atas pemerintahan yang adil dan aman di dalam negeri.

Walaupun baginda tidak diletakkan sebagai ketua agama bagi seluruh


persekutuan, baginda mempunyai tanggungjawab untuk melindungi dan
memastikan kedudukan Islam tidak tercemar. Baginda juga ialah ketua agama
Islam bagi negeri yang tidak beraja, iaitu Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak
dan Wilayah Persekutuan (Abdul Aziz Bari, 2005).

6.3 ISLAM DAN MASYARAKAT MAJMUK


Beragama ialah fenomena sejagat. Hampir semua masyarakat bertamadun,
dipengaruhi oleh proses orientasi agama atau kepercayaan dalam sejarah
pembentukan dan pengembangan peradaban mereka. Agama juga berperanan
membentuk nilai dalam sebuah masyarakat sehingga kini.

Walaupun pemikiran sekular wujud di Barat, nilai agama masih terus bertahan
dan berperanan dalam pembentukan masyarakatnya. Sifat kesejagatan pengaruh
agama berupaya membentuk nilai dalam masyarakat, malah kajian mengenai
masyarakat tidak akan lengkap tanpa melihat agama sebagai faktor yang
mempengaruhi pembentukan nilai masyarakat dalam sesebuah negara.

Dalam Islam, nilai agama bertunjangkan tauhid atau akidah. Bagi penganut
agama Islam, nilai yang dipegang oleh mereka berpandukan ajaran dan panduan
al-Quran dan sunnah. Oleh sebab sebahagian besar penduduk negara ini
beragama Islam, maka tentulah nilai agama Islam berperanan dalam sejarah dan
membentuk masyarakat Malaysia sehingga hari ini.

Dengan mengambil kira masyarakat majmuk di Malaysia, gabungan nilai yang


dapat diterima semua menjadi pilihan ideal digunakan untuk membentuk

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN  283

masyarakatnya. Namun, disebabkan Islam menjadi anutan majoriti penduduk di


Malaysia, maka nilai yang ditonjolkan tentulah dikaitkan dengan pegangan
agamanya. Prinsip dan amalan nilai Islam diterapkan dalam ekonomi dan
pentadbiran, maka lahirlah sistem perbankan Islam, Dasar Penerapan Nilai-nilai
Islam yang diperkenalkan pada tahun 1984 dan Islam Hadhari pada tahun 2004.

Nilai lain termasuk usaha membanteras rasuah, membasmi kemiskinan,


mewujudkan keadilan sosial, meningkatkan produktiviti, mewujudkan
masyarakat berintegriti, pengukuhan institusi keluarga, penekanan kepada
pendidikan dan pencapaian ilmu pengetahuan serta sains dan teknologi.
Terdapat banyak kempen di media massa bagi mendidik sikap kepada amalan
berbudi pekerti tinggi dan memupuk amalan nilai murni dalam masyarakat.
Semua nilai ini bersifat sejagat dan terdapat dalam semua ajaran agama, dan
agama menyeru kepada kebaikan dan kerukunan dalam perhubungan sesama
manusia.

Malaysia menjamin kebebasan beragama dalam perlembagaan negara.


Kebebasan ini mewujudkan keharmonian dalam masyarakat Malaysia sejak
negara memperoleh kemerdekaan. Kesefahaman kepada pengaruh dan peranan
nilai agama mewujudkan masyarakat yang mampu bekerjasama dan
berinteraksi.

Tidak seperti banyak negara majmuk lain yang menghadapi masalah besar
dalam mengimbangi kebebasan pengaruh nilai dan beragama dalam masyarakat,
Malaysia mempunyai rekod yang baik sebagai negara berbilang kaum, agama
dan budaya. Masyarakat yang gagal menjamin kebebasan beragama akan gagal
mewujudkan keharmonian yang akhirnya menyebabkan konflik dan membawa
kepada krisis kemanusiaan.

6.3.1 Kepentingan Beragama


Secara amnya peranan agama dalam masyarakat ialah membantu dalam
menyembuhkan seseorang individu daripada penyakit sosial, maka secara tidak
langsung masyarakat akan harmoni. Kebanyakan penyakit sosial hari ini boleh
ditangani dengan mengikuti dan mematuhi kod moral dalam agama seperti
Rukun Iman dalam Islam dan Ten Commandments dalam ajaran Kristian.

Kehidupan masyarakat itu akan berkualiti dengan mengikuti peraturan ajaran


Tuhannya. Agama amat diperlukan oleh jiwa kerana manusia mencari „kuasa‰
untuk keadilan apabila mereka tidak diadili dengan sebaiknya, mencari
penjelasan tentang kehidupan dan mendapatkan jawapan yang tidak mampu
dicapai oleh akal.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


284  TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN

Agama berfungsi untuk menjaga kebahagiaan hidup. Agama memainkan


peranan yang penting dalam pembentukan tamadun kerana agama mampu
mengubah corak kehidupan masyarakat selain mempengaruhi cara pemikiran
dan pandangan semesta mereka. Agama berupaya meneguhkan nilai etika dan
moral manusia. Melalui agama, manusia mendapat dorongan dan kekuatan
dalam melaksanakan akhlak yang baik dan menjauhi nilai buruk dalam
kehidupan.

Di samping itu, agama berperanan mempengaruhi nilai pegangan dalam


masyarakat, perkara ini dapat dilihat melalui adat resam masyarakat dan amalan
agama yang dipraktikkan oleh mereka. Nilai agama dapat memelihara
keharmonian beragama dalam kalangan setiap penganut agama itu sendiri yang
setiap penganutnya diseru kepada perdamaian, kerukunan hidup sesama
manusia.

Agama turut memupuk rasa kekitaan kepada sesuatu kelompok manusia kerana
agama merupakan salah satu faktor dalam pembentukan kelompok manusia.
Hal ini disebabkan sistem agama menimbulkan keseragaman bukan sahaja
kepercayaan yang sama, malah tingkah laku, pandangan dunia dan nilai yang
sama. Di samping itu, agama berfungsi sebagai kawalan sosial yang amat
penting. Hal ini kerana seluruh agama di dunia menyeru kepada kebaikan
melalui ajarannya yang telah menggariskan etika yang perlu dilakukan oleh
penganutnya.

Manusia memerlukan agama untuk hidup bermasyarakat dan membangunkan


negara melalui ilmu sains dan teknologi. Manusia tidak hanya memerlukan ilmu
yang membolehkan mereka memahami alam tabii semata-mata. Mereka juga
memerlukan ilmu yang berhubung dengan budaya, sosial dan tatacara
bermasyarakat. Untuk mengatur perdamaian hidup bermasyarakat dan
memastikan peperangan tidak berlaku, manusia memerlukan ilmu yang bersifat
sejagat di samping dapat memberikan nilai hidup yang bermakna kepada
seseorang manusia. Ilmu menjadi pegangan hidup yang akhirnya menjelma
sebagai sistem hidup secara individu dan bermasyarakat yang disebut ideologi
atau agama.

6.4 TOLERANSI AGAMA


Dalam subtopik ini, kita akan melihat dan mempelajari kepelbagaian
kepercayaan dan agama yang terdapat di Malaysia. Kefahaman mengenai setiap
agama ini perlu dipelajari oleh pelajar untuk membentuk budaya toleransi,
memahami dan menghormati setiap pegangan yang dijalankan atau diamalkan
oleh setiap penganut agama tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN  285

6.4.1 Agama Islam


Islam bererti menyerah, mematuhi dan menerima ikatan yang membawa erti
penyerahan secara keseluruhan kepada Allah SWT. Islam bukan sahaja
merupakan satu cara hidup, malahan merupakan satu-satunya cara hidup yang
paling benar, sikap fikiran dan tingkah laku yang lurus, tepat dan suatu ideologi
penghidupan yang mencukupi keseluruhan hidup umat manusia. Perkataan
Islam tidak berkaitan dengan nama individu dan tempat tertentu kerana
perkataan Islam datang daripada Allah. Para rasul dan nabi membawa risalah
Islam bermula dari Nabi Adam a.s. sehinggalah Nabi Muhammad SAW.

Berdasarkan pengertian tersebut dapatlah difahami bahawa agama Islam ialah


agama yang mengandungi peraturan hidup manusia; rohani dan jasmani; dunia
dan akhirat; dan diturunkan oleh Allah SWT melalui pesuruh-Nya, Nabi
Muhammad SAW kepada seluruh manusia untuk kedamaian, keselamatan, serta
kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Rajah 6.4 menyenaraikan aspek ajaran Islam yang terbahagi kepada empat, iaitu:

Rajah 6.4: Aspek ajaran Islam

Mari kita lihat satu persatu aspek ajaran Islam ini:

(a) Akidah
Akidah merupakan keimanan dan kepercayaan kepada Tuhan yang Satu
atau Esa, iaitu Allah yang wajib disembah dan tiada Tuhan melainkan
Allah. Selain itu, umat Islam wajib mengimani Rukun Iman yang meliputi
enam perkara dan Rukun Islam yang mengandungi lima perkara.

(b) Ibadat
Amalan dalam Islam yang dilakukan dinamakan ibadat. Ibadat terbahagi
kepada dua, iaitu:

(i) Ibadat khusus ă contohnya, sembahyang, puasa, zakat dan haji; dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


286  TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN

(ii) Ibadah umum ă contohnya, aspek kehidupan yang lain seperti


berpolitik (tidak bergaduh), berekonomi (tidak menipu dalam jual beli),
bersosial (menghormati), pentadbiran (amanah) dan pendidikan
(belajar) serta apa-apa juga kegiatan umat Islam yang diamalkan
mengikut hukum syarak.

(c) Akhlak
Akhlak bermaksud tingkah laku, perangai, tabiat berbentuk keperibadian
atau kebiasaan, maruah dan agama yang menggambarkan jiwa manusia
(Ibn Manzur, 1956). Islam menitikberatkan akhlak yang baik sesama
manusia, haiwan, tumbuhan, alam dan Pencipta.

(d) Syariah
Syariah merupakan undang-undang, peraturan, ketetapan Allah untuk
manusia bagi mengatur hubungan manusia dengan Pencipta-Nya, sesama
manusia dan alam. Pelaksanaan syariah dalam Islam untuk mengatur
kehidupan manusia menjadi baik dan mengelakkan kejahatan (dosa).
Syariah secara prinsipnya bertujuan menyelamat dan memelihara lima
perkara asas kehidupan manusia sebagaimana dijelaskan dalam Jadual 6.1
berikut.

Jadual 6.1: Tujuan Syariah dalam Islam

Perkara Huraian
Memelihara  Islam melarang perbuatan syirik/murtad, menegah tahyul dan
agama khurafat.
 Menghormati sambutan perayaan agama lain.
 Islam menggariskan peraturan demi menjaga agama.
Memelihara  Memelihara keselamatan nyawa, anggota badan, kesihatan,
nyawa rohani dan maruah.
 Larangan membunuh tanpa hak.
Memelihara  Menjaga harta sama ada milik perseorangan, syarikat, awam
harta atau kerajaan.
 Larangan mencuri dan merompak.
Memelihara  Menjaga kewarasan akal dengan mengharamkan minum arak,
akal pil khayal, dadah dan sebarang perbuatan yang memudaratkan.
Memelihara  Larangan berzina, pengklonan manusia dan pengharaman
keturunan pernikahan dalam kalangan ahli keluarga yang haram
dikahwini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN  287

Mari kita mempelajari panduan dan rujukan umat Islam serta perayaan dalam
Islam.

(a) Panduan dan rujukan umat Islam


Islam menyatakan manusia terdiri daripada dua unsur, iaitu roh dan jasad.
Tujuan manusia dicipta adalah sebagai khalifah (wakil) Allah, iaitu bagi
menegakkan kebenaran, kedamaian, dan menghapuskan kemungkaran
serta penyelewengan bagi mencapai kebaikan di dunia dan akhirat. Islam
turut menggalakkan penganutnya mengkaji kejadian alam, termasuklah
ilmu psikologi, ilmu tumbuh-tumbuhan, sains, astronomi, perubatan dan
sejarah.

Panduan dan rujukan umat Islam ialah:

(i) Al-Quran
Al-Quran merupakan kata-kata yang diturunkan oleh Allah kepada
Rasulullah SAW (Nabi Muhammad) melalui perantaraan malaikat
Jibrail. Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur yang
mengandungi persoalan dan penjelasan mengenai akidah, ibadah,
akhlak, perundangan, ekonomi, perundangan, astronomi, metafizik
dan sebagainya.

(ii) Hadis dan sunnah


Segala perkara yang datang daripada Rasulullah, baik berupa
perbuatan, perkataan, mahupun pengakuannya (ikrar) yang menjadi
pentafsiran atau huraian bagi ayat al-Quran. Hadis Nabi menjadi asas
yang kedua bagi hukum Islam.

(iii) Ijmak ulamak


Ijmak ialah keputusan mujtahid yang terdiri daripada alim ulama
kaum muslimin pada sesuatu masa mengenai hukum agama.
Keputusan atau ketetapan yang diambil oleh mereka menjadi
pegangan umat Islam yang ada pada masa itu atau sesudahnya. Situasi
ijmak di Malaysia ialah persoalan hukum akan dirujuk kepada
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan. Contohnya,
kebenaran menggugurkan kandungan yang boleh membawa mudarat
kepada nyawa ibu dan kesihatan, akan mendapat nasihat daripada
pakar terlebih dahulu. Anda boleh merujuk e-fatwa di pautan
http://www.e-fatwa.gov.my/apa-itu-fatwa untuk mengetahuinya
dengan lebih lanjut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


288  TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN

(iv) Qiyas
Qiyas merupakan perbandingan antara suatu hukum dalam perkara
yang baharu wujud dengan perkara yang telah ada hukumnya dalam
al-Quran dan sunnah. Qiyas ialah proses (ijtihad) berasaskan analogi
daripada ayat al-Quran dan sunnah atau perintah yang telah
diketahui untuk perkara baharu. Qiyas menetapkan suatu hukum
baharu yang belum ada pada masa sebelumnya berasaskan perkara
terdahulu yang memiliki kesamaan dari segi illah (sebab), manfaat,
bahaya dan pelbagai aspek lain sehingga dihukum sama. Contohnya,
hukum haram terhadap pengambilan dadah kerana persamaan
membawa kepada kemudaratan dan khayal.

(v) Jihad
Jihad dalam Islam bermaksud mencurahkan segala daya usaha dan
kekuatan bagi menghadapi mereka yang menentang Allah
termasuklah hawa nafsu, syaitan dan segala bentuk kefasikan. Jihad
mempunyai maksud yang luas, merangkumi semua aspek kehidupan
seperti jihad ilmu, jihad ekonomi, jihad nafsu dan jihad politik. Jihad
tidak menyuruh umat Islam kepada keganasan seperti membunuh
diri, pengeboman berani mati, ekstrem, bersifat perkauman dan
melakukan perkara yang bertentangan dengan hukum syariat.

(b) Perayaan dalam Islam


Masyarakat Islam di Malaysia menyambut perayaan tertentu yang
membawa makna dan sejarah dalam Islam. Hal ini dijelaskan melalui
Jadual 6.2 berikut:

Jadual 6.2: Sambutan Perayaan Masyarakat Islam di Malaysia

Perayaan Huraian
Hari Raya  Disambut pada tarikh 1 Syawal tahun Hijrah oleh masyarakat Islam
Aidilfitri di seluruh dunia. Di Malaysia, sambutan hari raya ini juga dikenali
sebagai Hari Raya Puasa. Hari raya ini disambut setelah masyarakat
Islam selesai menunaikan kewajipan berpuasa pada bulan Ramadan.
Hari Raya  Dikenali sebagai Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji yang
Aidiladha disambut oleh umat Islam di seluruh dunia. Hari raya Aidiladha
disambut sebagai menandakan berakhirnya tempoh umat Islam
mengerjakan ibadat haji di Mekah, iaitu sehari selepas jemaah haji
mengerjakan wuquf di Arafah.
 Disambut pada 10 Zulhijah, mengikut kalendar Islam pada setiap
tahun.
 Acara korban haiwan dilakukan sempena memperingati kisah Nabi
Ibrahim a.s. dan anaknya, Nabi Ismail a.s. Daging haiwan yang

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN  289

dikorbankan hendaklah diberi kepada golongan yang tidak


berkemampuan.
Maulidur  Menyambut hari keputeraan Nabi Muhammad SAW yang
Rasul dilahirkan di Tanah Suci Mekah pada 20 April 571 M bersamaan 12
Rabiulawal Tahun Gajah mengikut kalendar Islam.
Israk dan  Memperingati Israk (perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Masjid
Mikraj al-Haram ke Masjid al-Aqsa di Palestin) dan Mikraj (perjalanan Nabi
Muhammad SAW dari Masjid al-Aqsa naik ke langit).
 Bertujuan memperingati serta mengambil pengajaran daripada
peristiwa tersebut dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
Nuzul  Disambut pada hari ke-17 dalam bulan Ramadan.
Quran  Al-Quran diturunkan pada malam tersebut (lihat Rajah 6.5). Ayat
pertama yang diturunkan oleh malaikat Jibrail kepada Nabi
Muhammad SAW adalah daripada surah al-ÂAlaq, surah ke-96, ayat
1 hingga 5.
Maal Hijrah  Peristiwa ini memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW
dari kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.
 Berlaku pada 1 Muharam, iaitu hari pertama dalam kalendar Hijrah.
Penghijrahan ini berlaku kerana kaum Quraisy menindas umat Islam
di Mekah.
 Penghijrahan ini merupakan perintah daripada Allah, bukannya
Nabi Muhammad SAW dan umat Islam lari dari Mekah.
 Di Malaysia, umat Islam mengadakan solat sunat dan bacaan al-
Quran di masjid di seluruh negara.

Rajah 6.5: Al-Quran diturunkan pada 17 Ramadhan, 13 tahun sebelum Hijrah


Sumber: https://mymadmonologue.files.wordpress.com/

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


290  TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN

AKTIVITI 6.3

Bincangkan dengan rakan atau tutor yang beragama Islam, apakah


yang dimaksudkan dengan mazhab dalam agama Islam.

Seterusnya kita melihat kepelbagaian kepercayaan masyarakat Cina di Malaysia.


Keunikan kepelbagaian kepercayaan ini berlaku kerana mereka datang dari
pelbagai kawasan dari Tanah Besar China. Kini, terdapat masyarakat Cina yang
menganut agama lain seperti Kristian, Islam dan Ateis yang dihuraikan pada
subtopik seterusnya.

6.4.2 Taoisme
Istilah Taoisme digunakan oleh orang Barat semasa sampai ke negara China.
Ajaran ini diasaskan oleh Lao Tze atau dikenali sebagai Guru Tua. Lao
dilahirkan pada tahun 604 SM yang diberi nama Li Peh Yang. Lao Tze
merupakan gelaran yang diberikan kepada Li Peh Yang sebagai orang tua yang
bijaksana kerana dikatakan telah dikandungkan dalam perut ibunya selama 82
tahun.

Lao Tze telah menulis risalah kecil yang bertajuk Tao Teh Ching yang
bermaksud jalan dan kekuasaan. Risalah itu dikarang setelah melihat masyarakat
China berada dalam keadaan kucar-kacir. Beliau telah menumpukan ajarannya
dalam sebuah kitab besar bertajuk I-Ching. Ajaran Tao Teh Ching dan I-Ching
disampaikan dalam bentuk puisi (Ann, 1994).

Taoisme merupakan ajaran yang mementingkan perhubungan manusia dengan


alam sekitar. Ajaran ini menekankan kehidupan manusia dipengaruhi unsur Yin
(negatif) dan Yang (positif). Kedua-dua unsur ini perlu seimbang untuk
melahirkan kesejahteraan hidup. Rajah 6.6 menunjukkan simbol Yin dan Yang
yang menunjukkan keseimbangan antara negatif dan positif.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN  291

Rajah 6.6: Simbol Yin dan Yang


Sumber: https://commons.wikimedia.org

Menurut ajaran Tao, segala kehidupan manusia dapat disusun mengikut


peraturan dan diselaraskan dengan alam. Ajaran Tao banyak berkisar kepada
persoalan metafizik, maka penganutnya memberi tafsiran sendiri terhadap kitab
I-Ching. Mengikut kepercayaan penganutnya, Tao ialah kuasa agung dan mutlak
kerana dipercayai mencipta segala-galanya. Rajah 6.7 menunjukkan tokong
Taoisme.

Rajah 6.7: Tokong Taoisme


Sumber: https://i.ytimg.com/vi/YpZU9DGimo4/maxresdefault.jpg

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


292  TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN

Setelah kematian Lao Tze, ajaran Tao berpecah kepada tiga aliran berikut:

(a) Aliran pertama yang isi kandungan kitab Tao Teh Ching difahami
menggunakan pendekatan magik. Ayat daripada kitab tersebut difahami
berdasarkan kepercayaan nasib. Dengan itu, muncul beberapa amalan Tao
yang dipenuhi sihir dan kepercayaan tahyul. Aliran ini berpendapat
kemewahan mendorong manusia melakukan kejahatan. Oleh itu, untuk
menghapuskan dosa, penganut Tao perlu bertapa di dalam gua dan di
puncak gunung;

(b) Aliran kedua menggunakan pendekatan kebatinan untuk mewujudkan


perpaduan masyarakat. Aliran ini mempercayai setiap manusia
mempunyai „tenaga‰ yang boleh dibangkitkan melalui yoga dan meditasi.
Kaedah ini boleh menentang nafsu dan mencapai kesejahteraan diri; dan

(c) Aliran ketiga pula melihat ajaran Tao daripada aspek falsafah, iaitu perlu
difahami menggunakan akal fikiran yang rasional. Aliran ini mempercayai
Wu-Wei, iaitu penggabungan sifat sederhana, keikhlasan dan kebebasan
untuk mencapai tenaga yang mengalir dalam badan manusia (Ann, 1994).

AKTIVITI 6.4
Tonton video di URL berikut untuk mengetahui dengan lebih lanjut
berkenaan kepercayaan Taoisme:
https://www.youtube.com/watch?v=hzj8nXgIp7Y

6.4.3 Konfusianisme
Ajaran Konfusianisme lebih menjurus kepada pengajaran falsafah yang
mementingkan moral dan etika manusia. Ajaran ini diasaskan oleh Kung Fu Tze
yang dilahirkan pada 551 SM. Kung Fu Tze merupakan gelaran yang diberikan
oleh pengikut ajaran Konfusianisme kepada pengasas sebenar yang bernama
ChÊiu. Kung Fu Tze merupakan manusia yang mempunyai daya intelek dan
kepintaran yang tinggi sejak dari kecil lagi (Ann, 1994).

Ajaran Konfusianisme mengajak manusia menjadi baik dan mementingkan


akhlak mulia. Kung Fu Tze berpendapat manusia yang lari daripada masalah
merupakan pengecut. Menurutnya, perjuangan menegakkan kebenaran dan
keadilan harus menjadi slogan hidup. Ajaran Konfusianisme mempercayai
kehidupan selepas mati. Menurutnya, orang Cina diwajibkan menghormati roh
orang mati yang terdiri daripada saudara-mara dan nenek moyang. Walau

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN  293

bagaimanapun, penghormatan harus diberikan kepada generasi tua yang masih


hidup.

Ajaran Konfusianisme mementingkan ikatan kekeluargaan yang dianggap suci


dan terikat dengan pertalian darah. Ajaran Konfusianisme lebih berbentuk
praktikal dan rasional. Oleh itu, ajaran Konfusianisme tidak menghalang
pengikutnya menyembah dewa-dewi dan Tuhan Tien. Perkara yang penting
ialah setiap manusia perlu berusaha menjadi baik agar dapat menjalani
kehidupan dengan lebih tenang.

Konsep lain dalam Konfusianisme ialah li (serasi) dan chun tze (memiliki
peribadi agung, menjadikan sejarah silam sebagai panduan merancang masa
depan). Sebelum meninggal dunia, Confucius berpesan kepada muridnya agar
berpegang teguh kepada ajaran nenek moyang, tidak memandang rendah
terhadap orang miskin. Confucius turut menyatakan wang tidak boleh dijadikan
ukuran apabila menilai rakan. Menurut Confucius, orang yang memiliki peribadi
mulia akan dipandang tinggi oleh masyarakat.

Setelah kematian Confucius, ajarannya dikembangkan oleh anak muridnya


bernama Mencius. Namun terdapat pengikut yang menyembahnya sebagai
dewa akibat daripada perbuatan Maharaja Shih Huang Ti membakar semua
buku Confucius dan pengikutnya. Kini yang tinggal hanyalah cebisan kitab
Analects yang pada dasarnya menyentuh persoalan tatasusila dan etika.

6.4.4 Kepercayaan kepada Roh Nenek Moyang


Kepercayaan kepada nenek moyang merupakan kepercayaan lama yang
menegaskan langit didiami oleh roh nenek moyang yang dikenali sebagai Ti.
Mereka diperintah oleh seorang ketua yang dipanggil Shang Ti. Nenek moyang
yang menghuni lapisan langit bertaraf dewa dan mempunyai kekuasaan untuk
menentukan kesejahteraan keturunannya.

Kedudukan mereka yang tinggal di langit lebih mulia dan lebih tinggi daripada
manusia di dunia dan manusia perlu menghambakan diri kepada nenek moyang
di langit. Hal ini boleh dilakukan dengan mengadakan sajian berupa makanan
dan pembakaran kertas sembahyang. Sesiapa yang tidak melakukan upacara
yang ditetapkan itu akan ditimpa bala oleh nenek moyang dari langit.

Kepercayaan ini menyatakan masa depan dunia dan manusia dalam genggaman
serta pengetahuan roh nenek moyang. Cara roh dari langit berhubung dengan
bumi melalui bahasa ramalan dan alamat. Sekiranya manusia membuat roh
nenek moyang mereka marah, pelbagai alamat dan bencana akan berlaku seperti
gempa bumi dan banjir besar. Bencana yang berlaku perlu diberi perhatian

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


294  TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN

kerana mempunyai maksud tersirat. Kepercayaan ini akan merujuk peramal


untuk tarikh perkahwinan, pengebumian dan melakukan aktiviti lain.

6.4.5 Agama Buddha


Agama Buddha lahir di negara India sebagai manifestasi terhadap agama Hindu.
Siddhartha Gautama dikenali sebagai Gautama Buddha, lahir di daerah
Kapilavastu Lumbini, Nepal pada 563 SM (lihat Rajah 6.8). Siddhartha Gautama
selalu mencari jawapan sebab-sebab manusia sakit, menderita dan mati semasa
dia bertapa selama 49 hari di bawah pokok Bodhi. Ketika itu Siddhartha
Gautama telah mendapat cahaya kebenaran dan nama Buddha diambil sempena
pokok Bodhi.

Rajah 6.8: Patung Siddharta Gautama Buddha


Sumber: http://edyraguapo.blogspot.my/2011/02/vihara-ratanavana-arama.html

Siddharta Gautama mengajar punca utama berlakunya penderitaan adalah


disebabkan oleh perbuatan manusia sendiri pada masa yang lepas. Seterusnya
Siddharta Gautama mengajar pengikutnya supaya berbuat baik agar tidak
dilahirkan semula kerana matlamat akhir manusia adalah untuk mencapai ke
peringkat nirwana, iaitu hidup yang kekal abadi.

Terdapat tiga prinsip ajaran utama dalam agama Buddha, iaitu „jalan tengah‰,
„lapan jalan‰ dan „empat kebenaran yang agung‰. Kesemua jalan itu perlu
ditempuhi oleh pengikutnya untuk mendapatkan akhlak yang mulia. Siddharta
Gautama turut berpendapat nafsu manusialah yang menyebabkan mereka
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN  295

masuk ke alam penderitaan. Oleh itu, manusia harus menyekat segala keinginan
dan memusnahkan nafsu tersebut demi membebaskan mereka daripada segala
kesengsaraan hidup.

Selepas kematian Siddharta Gautama, ajaran Buddha telah mengalami


perpecahan. Perpecahan ini dibahagikan kepada dua aliran, iaitu:
(a) Hinayana atau Theravada; dan
(b) Mahayana.

Kewujudan dua aliran ini bukan disebabkan oleh perbezaan ajaran utama
Buddha tetapi lebih kepada ritual dan peraturan yang berbeza mengikut
kebudayaan satu bangsa. Jadual 6.3 menunjukkan perbezaan antara kedua-dua
aliran ini.

Jadual 6.3: Perbezaan antara Aliran Hinayana/Theravada dan Mahayana

Aliran Hinayana/Theravada Aliran Mahayana

Hinayana bererti kenderaan kecil. Mahayana bermaksud kenderaan besar.

Mempunyai ramai pengikut di Thailand, Aliran ini tersebar ke India Utara, Tibet,
Malaysia, Sri Lanka, Burma dan Indo- China, Taiwan, Jepun dan Korea.
China.

Mempertahankan bahawa aliran yang Lebih berminat mengkaji tujuan Buddha


dipegangnya berdasarkan ajaran Buddha menyampaikan ajaran yang tidak semata-
yang sebenar. Golongan ini mengutamakan mata kerana nirwana tetapi membantu
ucapan dan tulisan Buddha pada peringkat manusia mengecap kehidupan yang lebih
awal penyebaran untuk berdakwah. baik.

Sumber: Ann (1994)

Kitab yang menjadi rujukan dan pedoman pengikut agama Buddha terdiri
daripada tiga bahagian, iaitu ucapan, peraturan dan ajaran Gautama Buddha.
Kesemuanya dihimpunkan dalam kitab yang diberi judul Tri-Pitaka atau tiga
bakal. Bahagian Sutta Pitaka dipercayai sebagai inti pati ajaran Buddha. Selain
itu, terdapat risalah kecil Dhammapada yang menjadi rujukan sami. Risalah ini
memberi panduan mencapai hidup bertatasusila tinggi. Agama Buddha yang
mendapat pengaruh dari Tibet telah menyembah Buddha dalam bentuk patung
dewi bernama Kuan Yi (Ann, 1994). Dewi Kuan Yi ialah lambang kemurnian
kasih sayang, kesejahteraan dan ahimsa, iaitu tidak menggunakan kekerasan.

Agama Buddha mengutamakan ajaran berbentuk falsafah kerana Buddha tidak


mengajar konsep ketuhanan dan persoalan ghaib, kecuali bagaimana manusia
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
296  TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN

mahu hidup tanpa bermasalah. Penganut agama Buddha diwajibkan menjalani


kehidupan sebagai sami untuk satu-satu tempoh dan Bikkhu tidak dibenarkan
berkahwin. Rajah 6.9 menunjukkan ritual sembahyang agama Buddha.

Rajah 6.9: Ritual sembahyang agama Buddha


Sumber: https://myeastasiaadventure.wordpress.com/2012/11/03/the-ancient-capital-
chinese-chess-and-kong-fu/

Jadual 6.4 menyenaraikan sambutan perayaan masyarakat Cina di Malaysia


berserta huraiannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN  297

Jadual 6.4: Sambutan Perayaan Masyarakat Cina di Malaysia

Perayaan Huraian
Tahun  Disambut pada hari dan bulan pertama kalendar orang Cina
Baharu Cina menandakan kedatangan tahun baharu.
 Semua ahli keluarga akan berhimpun untuk makan bersama-sama
bagi menjalinkan perhubungan sesama anggota keluarga.
 Menjelangnya waktu malam kedatangan Tahun Baharu Cina, upacara
memuja dewa langit sebagai aluan kedatangan hari yang berbahagia
akan diadakan. Selepas itu, mereka akan membakar mercun.
Pesta Chap  Dikenali sebagai pesta Yuan Siau. Disambut menandakan tamatnya
Goh Mei perayaan Tahun Baharu Cina, iaitu bermula pada hari ke-15.
 Pesta ini diiringi upacara pemujaan dewa-dewi untuk meminta
perlindungan supaya tidak ditimpa sebarang malapetaka.
 Berlangsung selama tiga hari tiga malam, setiap rumah akan
diterangi dengan cahaya.
 Pesta ini diakhiri dengan upacara melempar buah-buahan limau
mandarin ke dalam laut untuk mendapatkan jodoh atau pasangan.
 Setiap barang dilemparkan membawa maksud, iaitu:
 Bawang: Untuk suami yang baik;
 Sayur-sayuran: Menantu lelaki;
 Buah kurma: Kebahagian yang berpanjangan;
 Kacang tanah: Panjang umur; dan
 Batu: Mendirikan bangunan yang besar.
Hari Wesak  Disambut sempena memperingati tiga peristiwa penting yang
berlaku dalam hidup Siddharta Gautama, iaitu:
ă Menyambut hari keputeraannya;
ă Hari dia mencapai peringkat kematangan fikiran (enlightment),
iaitu apabila cahaya kebenaran telah sampai kepadanya; dan
ă Hari dia diangkat ke peringkat nirwana, iaitu seseorang itu
tidak boleh dilahirkan semula.
 Orang Cina yang menyembah dewi Kuan Yi sewaktu merayakan
Hari Wesak dengan mengadakan sedikit persembahan di rumah.
 Buddha aliran Hinayana di Thailand akan merayakan Hari Wesak
secara besar-besaran. Buddha yang disembah oleh aliran Hinayana
ialah Buddha bermuka empat. Ucapan, sembahyang beramai-ramai,
syarahan mengenai ajaran Buddha, perarakan kereta berhias,
perarakan patung Buddha diadakan sepanjang Hari Wesak
berlangsung.
 Terdapat pengikut yang melepaskan burung merpati ke angkasa
lepas sebagai pembalasan penderitaan di dunia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


298  TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN

Hari Jadi  Dewi Kuan Yi menjadi simbol kasih sayang dan cinta yang sejati,
Kuan Yi merupakan dewi paling penting menduduki hierarki yang paling
tinggi.
 Hari Jadi Kuan Yi jatuh pada hari ke-19 dalam bulan dua.
 Upacara sembahyang dilakukan di tokong. Hari yang disifatkan
sebagai hari cucuran rahmat.
 Kuan Yi dianggap dapat melindungi dan menjaga keselamatan
setiap kanak-kanak. Penganutnya juga akan membacakan doa
berdasarkan teks Budhha untuk mendapatkan berkat.
Pesta Ching  Pesta Ching Ming disambut pada hari ketiga dalam bulan tiga
Ming kalendar Cina.
 Merupakan hari bagi orang Cina pergi ke kubur untuk menziarahi
nenek moyang dan saudara-mara yang telah meninggal dunia.
 Pemujaan dan upacara menjamu roh nenek moyang dengan
pembakaran kayu setanggi, lilin berwarna merah, kertas sembahyang
dan penyembahan bahan makanan. Semua ahli keluarga akan pergi ke
kubur dan bekerjasama membersihkan kubur.
 Selepas upacara pemujaan, kubur itu akan ditabur dengan kertas
yang pelbagai warna.

Perayaan  Dikenali sebagai perayaan Yi Lan. Perayaan diadakan untuk


Hantu Lapar menjamu hantu lapar yang dibebaskan kurungan di neraka selama
30 hari.
 Persembahan dilakukan pada waktu malam menjelang 14 atau 15
hari bulan dalam bulan tujuh.
 Untuk mengelakkan hantu kelaparan ini mengganggu manusia,
suatu hidangan berupa makanan dan minuman diletakkan di
hadapan rumah. Orang Cina percaya selepas hantu dijamu, mereka
tidak akan mengganggu anggota keluarganya.
 Orang Hokkien, Kantonis dan Hakka mempunyai adat yang
tersendiri untuk mengadakan hidangan kepada hantu.
Perbezaannya ialah tarikh hari persembahan itu dibuat.
 Orang Hokkien, memilih waktu petang pada 14 hari bulan, orang
Kantonis hanya mengadakan kenduri arwah pada 15 hari bulan.

Perayaan  Lebih dikenali sebagai Pesta Tanglung.


Kuih Bulan
 Disambut pada hari ke-15 dalam bulan lapan mengikut kalendar.
 Dinamakan pesta bulan kerana diadakan pada waktu bulan
mengambang.
 Benda istimewa dan dimestikan dalam perayaan ini ialah kuih
bulan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN  299

 Dirayakan sebagai menghormati seorang bidadari bernama Chang


Ge yang menjadi dewi dan menyalakan cahaya di bulan.
 Semasa berlangsungnya perayaan, kanak-kanak membawa tanglung
yang dibuat dengan pelbagai bentuk dan warna pada waktu malam.
 Dewa-dewa di rumah akan dijamu dengan buah limau dan limau
bali diletakkan di meja pemujaan sebagai hidangan kepada dewa.
 Daun limau bali direndamkan ke dalam kolam air buat mandian
bagi menghilangkan segala sial badan.

Sumber: Ann (1994)

Masyarakat Cina mempunyai sistem kalendar yang unik, iaitu setiap bulan
dikenang dan disambut dengan satu perayaan untuk meraikan tokoh pujaan
mereka. Kepelbagaian perayaan disebabkan oleh kepercayaan orang Cina yang
pelbagai terhadap beberapa jenis agama dan dewa yang diturunkan daripada
generasi lama kepada generasi baharu.

Setiap perayaan merupakan kenangan terhadap rentetan peristiwa yang pernah


dialami oleh mereka. Perayaan-perayaan disambut supaya generasi baharu Cina
tidak lupa kepada keturunan asal dan nenek moyang mereka. Setiap dewa yang
disembah mewakili komuniti Cina tertentu ini disebabkan mereka tidak berasal
daripada satu jurai keturunan yang sama tetapi daripada pelbagai suku kaum
yang datang dari tempat yang berbeza. Perbezaan corak hidup dan pola
penempatan mempengaruhi agama dan kepercayaan orang Cina. Perayaan yang
disambut bukan sekadar pesta, sebaliknya menyerlahkan nilai moral yang
dipegang serta diwarisi beberapa ribu tahun lalu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


300  TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN

AKTIVITI 6.5

1. Tonton video di URL berikut untuk mengetahui dengan lebih


lanjut tentang Buddhisme: https://www.youtube.com/watch?v=
7zYC4vStD-Y

2. Bincangkan dengan rakan dan tutor anda dalam forum


myINSPIRE tentang perayaan-perayaan lain dalam masyarakat
Cina seperti:
(a) Hari Jadi Kuan Ti;
(b) Hari Jadi Tuhan Api;
(c) Hari Jadi Binatang;
(d) Hari Jadi Tuhan-tuhan di Kota;
(e) Hari Menyembah Tuhan Seratus;
(f) Hari Menyembah Raja Naga;
(g) Hari Menyembah Harimau Putih;
(h) Hari Menyembah Patung-patung Monyet; dan
(i) Perayaan Menyembah Dewa Dapur.

3. Tonton filem Shaolin Soccer atau Kung Fu Hustle dan senaraikan


elemen-elemen kepercayaan masyarakat Cina dalam filem
tersebut.

6.4.6 Agama Hindu


Agama Hindu bukan berasal daripada seorang nabi dan diakui bukan dibawa
oleh manusia. Istilah Hindu diambil daripada Sungai Sindhu (Indus) yang
terletak di bahagian timur laut India. Agama Hindu juga dikenali sebagai
Sanatana-Dharma atau agama yang abadi (tiada permulaan dan tiada
kesudahan) dan Vaidik-Dharma atau agama yang berpegang pada kitab Veda
(pengetahuan).

Selain itu, Brahmanisme juga dinisbahkan kepada agama Hindu. Brahmanisme


merujuk kepada kepercayaan asas bahawa dunia ini bermula dengan wujudnya
„roh dunia‰ yang agung bergelar Brahman. Brahman juga dikenali dengan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN  301

Trimurti, iaitu tuhan yang mempunyai tiga sifat yang dijelmakan melalui
Brahman (Pencipta), Vishnu (Pembinasa) dan Siva (Pemusnah).

Ajaran agama Hindu dibawa oleh maharesi-maharesi (penyampaian) purbakala.


Namun agama Hindu memberi kebebasan kepada penganutnya sama ada untuk
taat dengan perintah kitab Veda atau sebaliknya.

Terdapat empat kitab suci (kitab Veda) yang menjadi pegangan penganut agama
Hindu (lihat Rajah 6.10).

Rajah 6.10: Kitab suci agama Hindu

Kitab Veda ini mengajar penganut Hindu tentang amalan bagi upacara
penyembahan dan cara bertafakur berdasarkan pengalaman rohani maharesi
purbakala. Kitab Veda ini juga dinamakan sebagai Sruti kerana mempunyai
sumber utama. Selain keempat-empat kitab Veda tersebut, masyarakat Hindu
juga mempercayai kitab lain yang dikenali sebagai Smirti. Smirti ialah kitab
tradisi dalam bentuk orang suci atau ajaran guru (archaya) dan ajaran avatar. Di
samping itu, kitab sastera yang dinamakan Iltihasas, Purana, Agama dan
Darsana juga turut menjadi rujukan penganut Hindu.

Kebanyakan buku awal masyarakat India-Hindu ini ditulis dalam bahasa


Sanskrit kerana mereka beranggapan buku yang tidak ditulis dalam bahasa ini
tidak mengandungi falsafah. Kini, lahir pula bentuk syair memuja Tuhan yang
dinyanyikan sebagai memuja semangat. Bentuk nyanyian ini disebut Tevaram
dan Tiruvacakam.

(a) Kepercayaan masyarakat India


Yang berikut ialah dua kepercayaan dalam masyarakat India:

(i) Teori karma


Teori yang menganggap seseorang itu bertanggungjawab ke atas
keadaannya pada masa sekarang. Hal ini bermakna, kelakuan
seseorang pada masa lampau menentukan keadaan mereka masa ini
dan keadaan masa ini akan menentukan keadaan mereka pada masa
akan datang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


302  TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN

(ii) Sistem kasta


Sistem ini tiada kaitan dengan agama tetapi dikaitkan dengan strata
masyarakat beragama Hindu. Secara umumnya, masyarakat India
masih mengamalkan sistem Kasta, iaitu (lihat Rajah 6.11):
 Brahmin untuk orang atasan, ketua atau pemimpin mereka;
 Ksatiya untuk golongan pahlawan;
 Vaisyas untuk golongan petani yang menjadi tuan tanah; dan
 Sudras atau disebut pariah (out-cast) yang terdiri daripada buruh
atau masyarakat kelas bawahan.

Rajah 6.11: Kasta masyarakat Hindu

(b) Mazhab agama Hindu


Terdapat lima mazhab bagi agama Hindu, iaitu Ganapatya, Saura,
Vaisnava, Saiva dan Sakta. Mazhab Vaisnava dan Saiva merupakan dua
mazhab besar dalam kepercayaan agama Hindu. Walau bagaimanapun,
pemilihan mazhab dikaitkan dengan penyembahan terhadap Tuhan. Yang
berikut ialah penerangan tentang mazhab ini:
(i) Mazhab Ganapatya
Tuhan Mazhab Ganapatya ialah Ganapati yang wajahnya seperti
gajah. Ganapati dianggap putera sulung Siva dengan Parvati. Dewa
ini sering dikaitkan dengan dewa bagi pelajaran.
(ii) Mazhab Saura
Tuhan bagi Mazhab Saura ialah matahari. Tuhan matahari bergelar
Surya dan Aditya. Penyembahan terhadap dewa ini dikaitkan dengan
petani, terutama dalam perayaan Ponggal. Penyembahan terhadap
dewa Surya bagi mendapatkan kemakmuran dunia dan
menghapuskan dosa serta menyelamatkan jiwa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN  303

(iii) Mazhab Vaisnava


Tuhan Mazhab Vaisnava ialah Vishnu dan pasangannya Laksmi.
Mazhab ini memiliki banyak cabang, antaranya Bhakta dan
Pancharatra. Pengikut ini mempunyai tanda kasta pada dahinya, iaitu
garis tiga tegak lurus (Harun Hadiwijono, 2008).
(iv) Mazhab Saiva
Tuhan Mazhab ini ialah Siva dan disembah bersama pasangannya,
iaitu Parvati. Pengikut mazhab ini terdapat di seluruh India. Dewa
Siva dianggap dewa tertinggi berbanding Brahman dan Vishnu.
(v) Mazhab Sakta
Tuhan bagi Mazhab Sakta ialah Sakti. Sakti biasanya wujud dalam
pelbagai bentuk seperti Kali, Durga, Tara dan Kamala. Sakti memiliki
pelbagai peranan. Dua peranan yang penting ialah sebagai ibu dan
dewi yang menggerunkan.

(c) Perayaan masyarakat yang menganut agama Hindu


Jadual 6.5 menghuraikan tiga perayaan yang disambut masyarakat yang
menganut agama Hindu.

Jadual 6.5: Perayaan agama Hindu

Perayaan Huraian
Deepavali  Perayaan ini juga dipanggil perayaan cahaya.
 Diraikan pada bulan Kartikal dalam agama Hindu yang biasanya
jatuh pada bulan Oktober atau November.
 Masyarakat India meraikan hari ini sebagai simbol keterangan
yang boleh menghalau kuasa jahat (kegelapan).
Thaipusam  Perayaan yang mulia dirayakan di Tamil Nadu (India Selatan).
 Namanya diambil daripada bahasa Tamil sendiri, iaitu Thai
(merujuk pada bulan Januari atau Februari) dan Pusam (perayaan).
 Diraikan secara besar-besaran di tiga buah kuil utama, iaitu Kuil
Sri Subramaniam di Ipoh, Kuil Balathandayuthabani di Pulau
Pinang dan Kuil Subramaniar di Batu Caves, Kuala Lumpur.
 Masyarakat Hindu biasanya membayar nazar pada perayaan ini.
Thai Ponggal  Merupakan perayaan penuai atau petani.
 Dirayakan pada awal bulan „Thai‰.
 Kurang disambut di bandar tetapi masih diraikan oleh masyarakat
India yang tinggal di ladang atau estet.

Sumber: Hasnah Hussin dan Mardiana Nordin (2007)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


304  TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN

Rajah 6.12 memaparkan suasana dalam kuil Hindu manakala Rajah 6.13
menunjukkan lakaran Dewa Ganesh dan Murugan.

Rajah 6.12: Suasana di dalam kuil Hindu


Sumber: http://wonderfulllfe.blogspot.my/2016/03/warna-warni-kuil-shri-
mariamman-medan.html

Rajah 6.13: Lakaran Dewa Ganesh dan Murugan


Sumber: http://hinducosmos.tumblr.com/post/66212735815/shivaom-ganesh-
kartikeya-artist-smurugakani

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN  305

6.4.7 Agama Sikh


Perkataan „sikh‰ berasal daripada bahasa Panjabi yang bermakna penuntut atau
penganut. Orang Sikh ialah pengikut Guru Nanak pertama (Nanak Dev)
sehingga Guru Gobind Singh. Pengasas Sikh ialah Guru Nanak dan sembilan
orang guru selepasnya. Guru Nanak dilahirkan pada 15 April 1469 M, di
kampung Kanakatch, Lahore. Bapanya, Mehta Kalu Bedi ialah seorang pegawai
kerajaan di Talwandi daerah Sheikhupura, Pakistan (Sikh Naujawan Sabha
Malaysia, 1969).

Agama Sikh merupakan agama gabungan daripada Islam dan Hindu. Sikh
mempercayai Tuhan hanya satu, Dialah yang mutlak. Guru Nanak mengatakan
bahawa Tuhan tidak memandang rupa paras dan fizikal tetapi mengutamakan
amalan yang dilakukan oleh penganutnya. Guru Nanak mengasaskan agama
Sikh dengan berpandukan kata-kata:

„Jika hendak sayang Tuhan, maka hendaklah mempunyai perasaan sayang


antara satu dengan yang lain dalam satu masyarakat.‰

Guru Nanak mengajar penganutnya menyebut dan menyanyi sifat Tuhan


sebagai tanda penganutnya sentiasa mendekati Tuhan dan selalu merendah diri.
Ajaran Guru Nanak terdapat dalam kitab suci mereka, iaitu Guru Granth Sahib
Ji. Di dalamnya terdapat beratus-ratus „sabda‰ Guru Nanak 1 hingga 10 yang
dijadikan panduan kepada penganutnya. Guru Nanak turut menolak fahaman
kasta dan kepercayaan karut.

Setelah Guru Nanak meninggal dunia pada 22 September 1539 M, pengikutnya


telah menubuhkan satu kumpulan yang mempunyai perbahasan, kesusasteraan,
kebudayaan dan kepercayaan serta mempunyai peraturan hidup yang tersendiri.
Perkara ini berterusan sehingga kepada Guru Gobind Singh (Guru yang ke-10).
Pengikut ini dinamakan kaum Khalsa.

Seorang kanak-kanak Sikh yang dilahirkan belum dikira sebagai seorang Khalsa,
walaupun ibu dan bapanya beragama Sikh. Kanak-kanak tersebut akan menjadi
seorang Khalsa apabila telah dewasa, mengetahui segala peraturan kaum Khalsa
dan setelah diberi Amrit (air gula). Beberapa undang-undang yang mesti
difahami dan diamalkan pada setiap masa oleh seorang Khalsa adalah seperti
yang berikut (Sikh Naujawan Sabha Malaysia, 1969):
(a) Percaya hanya satu Tuhan yang maha kuasa;
(b) Percaya 10 orang Guru, bermula daripada Guru Nanak sehingga Guru
Gobind Singh. Guru sekarang ialah Guru Granth Sahib Ji dan kaum Khalsa;

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


306  TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN

(c) Hendaklah sentiasa membaca/mendengar sabda Guru Granth Sahib Ji


untuk membuat ibadat;
(d) Hendaklah berlatih mengawal dirinya dan berjanji memakai lima K, iaitu:
rambut (kesh), sikat (kanggha), gelang besi (kara), seluar dalam ketat
(kashehra) dan pedang (kirpan). Apabila dia boleh mengamalkan disiplin
kaum Khalsa, hendaklah dia memohon Amrit daripada lima orang ahli
agama (Paj Piare);
(e) Menghapuskan perasaan berkasta-kasta, tidak menyembah berhala atau
menganut kepercayaan yang berlawanan dengan ajaran agama Sikh;
(f) Menghormati segala makhluk tanpa memikirkan agama, bangsa atau
warna kulit;
(g) Perkataan „wahiguru‰ (Tuhan menakjubkan) hendaklah disebut setiap
masa; dan
(h) Makan hendaklah berpatutan dan jangan makan/minum yang ada arak di
dalamnya.

Penganut Sikh bersembahyang di Gurdwara yang bermaksud „pintu gerbang


Guru‰ yang terdapat kitab suci mereka (lihat Rajah 6.14). Rumah ini sentiasa
dipandang tinggi oleh penganut Sikh sebagai rumah agama dan pusat
masyarakat mereka. Gurdwara sentiasa terbuka kepada orang ramai tanpa
mengira pangkat atau fahaman. Sesiapa yang hendak masuk ke dalam
Gurdwara hendaklah membuka kasut dan menutup kepalanya.

Rajah 6.14: Penganut Sikh di dalam Gudwara


Sumber: http://www.keyword-suggestions.com/c2lraGlzbSBwZW9wbGU/

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN  307

Hari perayaan kaum Sikh ialah hari Vasakhi. Perayaan Vasakhi disambut pada
13 April setiap tahun. Hari tersebut disambut sempena penubuhan kaum Khalsa
oleh Guru Gobind Singh Ji pada tahun 1699. Hari Katak Purumanshi, iaitu hari
kelahiran Guru Nanak juga dirayakan secara formal dan besar-besaran.

AKTIVITI 6.6

1. Tonton video di URL berikut untuk mendapat maklumat lebih


lanjut tentang kepercayaan kaum Sikh:
http://www.youtube.com/watch?v=cert8E774As

2. Cari senarai 10 Guru Nanak yang lain dan kemudian bentangkan


dalam kelas anda.

6.4.8 Agama Kristian


Agama Kristian (Christian) amat mementingkan penyembahan Tuhan (God).
Bagi penganut Kristian, mereka mempercayai Tuhan itu satu (one and only one
God) yang mempunyai tiga imej (trinity), iaitu Tuhan Bapa (God the Father), Roh
Kudus (Holy Spirit) dan Tuhan Anak (Holy Son). Penganut Kristian
mempercayai agama Kristian dibawa oleh Jesus Christ. Tahun pertama kelahiran
Jesus Christ dikenali sebagai tahun 1 Masihi. Mereka mempercayai bahawa pada
tahun 27 Masihi, Tuhan menurunkan wahyu kepada Jesus Christ.

Mereka menganggap bahawa Jesus Christ ialah anak kepada Tuhan yang
dihantar ke dunia bagi membersihkan dosa manusia, iaitu menyelamatkan
manusia daripada dosa warisan. Kitab suci Kristian dinamakan Injil (Bible) yang
mengandungi dua bahagian, iaitu Perjanjian Lama (Old Testament) yang ditulis
sebelum kelahiran Jesus dan Perjanjian Baru (New Testament) yang ditulis oleh
pengikut Jesus.

„Christ‰ bermakna penyelamat (deliverer) yang dihantar oleh Tuhan untuk


menyelamatkan dunia ini. Penganut agama Kristian yang awal ialah orang
Yahudi yang percaya bahawa Jesus ialah seorang nabi yang berasal dari kaum
Yahudi sebagaimana yang diceritakan dalam sumber pertama Kristian, kitab
Bible.

Agama Kristian telah banyak mengalami perubahan, Kristianiti (Christianity)


telah berpecah kepada lima tradisi konvensional. Setiap mazhab tradisi ini telah
pun mencapai kestabilan dan mempunyai corak doktrin dan etika tersendiri.
Mazhab itu ialah:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


308  TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN

(a) Ortodoks: Kebanyakan gereja ini berada di Eropah Timur dan Rusia;
(b) Katolik Roman: Penganut Kristian yang paling ramai;
(c) The Lutheran: Penyokong atau pengikut Martin Luther. Anggota gereja
Protestan di Jerman;
(d) The Calvinest/Reformed: Pengikut John Calvin daripada mazhab
Protestan; dan
(e) The Anglican: Gereja England atau gereja yang bersekutu dengannya
seperti Methodist.

Hukum Ten Commandments terdapat dalam kitab Injil Old Testament yang
diperkenalkan oleh Tuhan melalui Nabi Musa (Moses). Hal ini disebut dalam
bahagian „Exodus:20, 217‰. Perlakuan penganut Kristian dalam kehidupan
seharian dihadkan oleh perintah dan larangan, iaitu:

1. Jangan ada Tuhan-tuhan lain di hadapanku;


2. Jangan membina apa-apa patung yang menyerupai apa-apa di atas
syurga, bumi atau air di bawah bumi;
3. Jangan menggunakan nama Yahweh Tuhanmu dengan sebarang tujuan
jahat;
4. Ingatlah dan kuduskanlah Hari Sabbath;
5. Hormatilah ayah dan ibumu;
6. Jangan membunuh;
7. Jangan berzina;
8. Jangan mencuri;
9. Jangan membuat tuduhan palsu terhadap jiran; dan
10. Jangan berhasrat untuk memiliki harta benda jiranmu, jangan berhasrat
memiliki isteri atau orang gaji jiranmu atau apa-apa yang dipunyai
jiranmu.

Perkara-perkara lain berkaitan nilai etika yang terdapat dalam kitab Injil ialah:
 Patuh kepada ibu bapa (Amsal 1:89);
 Elakkan dosa (Amsal 1:10);

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN  309

 Setia dan jujur (Amsal 3:34);


 Rasional (Amsal 13:16);
 Elakkan zina (Amsal 5:36, Amsal 22:14);
 Jangan malas (Amsal 6:611);
 Amanah (Amsal 10:23); dan
 Murah hati (Amsal 22:9).

(a) Doktrin dalam Kristian (Epistles of Paul)


Agama Kristian turut mempunyai doktrin yang disebut dalam himpunan
karya St Paul (Epistles of Paul) yang perlu diyakini oleh setiap penganut
Kristian. Doktrin tersebut berdasarkan Jadual 6.6 berikut:

Jadual 6.6: Doktrin Agama Kristian

Doktrin Deskripsi
Dosa warisan Setiap manusia itu menanggung dosa akibat perbuatan Adam
(inherited sin) dan Hawa, dan dosa yang diwarisi oleh manusia ini hanya dapat
ditebus melalui penyaliban Tuhan Anak, Jesus.
Tuhan Anak Tuhan Bapa yang penyayang, berada di syurga dan mempunyai
(Son of God) anak sulung yang terdahulu dari segala zaman (yang azali), dan
segala benda yang wujud di alam ini dicipta melaluinya. Tuhan
Anak ini ialah Jesus Christ (Epistles Paul to Romes, 8:1839).
Penjelmaan Penjelmaan di sini bererti Anak Tuhan (Jesus Christ) menjelma
(incarnation) diri ke dunia melalui kandungan Maryam @ Marie melalui benih
Daud (Epistles Paul to Romes, 8:1830)
Pensaliban Anak sulung Tuhan (Jesus) telah dewasa, dia menyerahkan diri
(crucifixion) untuk dikorbankan di tiang salib sebagai satu cara untuk
menebus dosa warisan yang disebabkan oleh Adam dan Eve
(Hawa) (Epistles Paul to Corintians, 2:15).
Penebusan Jesus telah mati di palang salib sebenarnya mengorbankan
(redemption) dirinya untuk menebus dosa yang diwarisi manusia sejak zaman
Adam lagi. Setiap insan mesti beriman dengan penyaliban/
penebusan itu sebagai jaminan keselamatan mereka dan
kebangkitan semula yang sejahtera (Epistles Paul To Corintians,
15:114, 2:15).
Kebangkitan Jesus kemudiannya dikafankan dan dikebumikan di dalam gua
semula (Thomb). Selepas itu bangkit semula dari kuburnya pada hari
(resurrection) ketiga selepas pengebumiannya (Epistles Paul To Corintians,
15:1221).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


310  TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN

Naik ke langit dan Jesus hidup semula dan naik ke langit ke sisi Tuhan Bapa dan
bersemayam di bersemayam di sebelah kanan Tuhan Bapa (Mark, 16:1920).
sebelah kanan
Tuhan (ascension)

Sumber: Holy Bible (New Testament); Khadijah Mohd Khambali @ Hambali (1993, 1999)

(b) Perayaan agama Kristian


Terdapat perbandingan pandangan dan fahaman antara mazhab Katholik
dan Protestan di Malaysia terhadap perayaan agama Kristian ini. Penganut
Katolik dan sebahagian Protestan khususnya Anglican dan Lutheran
adalah cenderung kepada Katolik yang menitikberatkan sambutan
perayaan dalam agama Kristian kerana perayaan menggambarkan satu
bentuk manifestasi ketaatan dan kepatuhan terhadap agama. Sebaliknya,
sebahagian individu Protestan tidak begitu memberatkan soal perayaan
(selain sambutan Krismas) kerana beranggapan perayaan Krismas hanya
satu perayaan semata-mata (Khadijah Mohd Khambali @ Hambali, 1993;
1999).

Gereja Katolik lebih berperanan menentukan pelaksanaan perayaan agama


Kristian. Pihak gereja Katolik telah menentukan perayaan yang perlu
diraikan oleh segenap masyarakat Kristian berdasarkan tiga pusingan atau
tiga musim dalam setahun. Perayaan yang disambut dalam agama Kristian
sama ada berkaitan dengan ajaran Jesus dan nilai keagamaan atau
berkaitan dengan sejarah gereja. Penganut Kristian di Malaysia menyambut
hari perayaan mereka seperti dalam Jadual 6.7 berikut:

Jadual 6.7: Perayaan Masyarakat Kristian di Malaysia

Perayaan Deskripsi
Advent  Dikenali sebagai „kedatangan dan kemunculan sesuatu yang bernilai‰.
 Merupakan waktu persiapan dan persediaan yang diperuntukkan
kepada setiap keluarga Kristian menyambut kedatangan perayaan
Krismas.
 Persiapannya diadakan pada hari Ahad yang hampir dengan tarikh 30
November dan diikuti dengan tiga hari ahad berikutnya (persiapan
sambutan diadakan sepanjang sebelum menjelangnya hari Krismas).
Hari Natal  Lazimnya, pada tarikh 24 Disember, jam 12 malam, penganut
(Christmas) Kristian khususnya Katolik akan berkumpul di gereja untuk
mendengar bacaan kitab Injil yang menyentuh khusus peristiwa
kelahiran Jesus sebagai tanda ingatan dan kesyukuran, diikuti
dengan jamuan Mass dan bertukar-tukar ucap selamat dan
pemberian hadiah sesama hadirin gereja (lihat Rajah 6.15).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN  311

 Pada sebelah petang atau malam tarikh 24 Disember, sekumpulan


koir atau kumpulan kanak-kanak kecil akan menyanyikan nyanyian
Krismas yang dikenali sebagai karol Krismas (Christmas Carol) dari
rumah ke rumah atau gereja. Mereka akan dijamu dan diberi derma
sebagai tanda penghargaan (lihat Rajah 6.16).
 Pada sebelah malam pula, seluruh ahli keluarga akan berkumpul
menikmati kegembiraan dan saling bertukar hadiah dan ucap
selamat. Keesokan hari mereka berkumpul di gereja untuk
bersembahyang tanda kesyukuran.
Lent  Lent ialah jangka waktu yang diperuntukkan kepada penganut
Kristian, iaitu selama 40 hari untuk mempersiapkan diri (jasmani
dan rohani) bagi menghadapi kemunculan perayaan Easter.
 Tempoh 40 hari adalah diasaskan kepada peristiwa Jesus
menghadapi ujian di padang Sahara selama 40 hari selepas
pembaptisannya.
Good Friday  Sambutan mengingatkan kematian Jesus yang begitu tragis di tiang
salib.
 Perarakan beramai-ramai penganut dengan simbol salib sebagai
mengingati peristiwa yang dilalui oleh Jesus sepanjang
perjalanannya menuju ke tempat penyaliban (dilakukan oleh
masyarakat Kristian di Melaka di Gereja St Peter). Mereka
membawa patung Jesus dan tiang salib sepanjang jalan Gereja St
Peter menuju ke perkampungan Portugis dan kembali ke gereja
tersebut.
 Menekankan aspek kepercayaan bahawa Jesus sentiasa hidup
dalam setiap jiwa penganut Kristian.
 Perayaan lazimnya bermula pada jam 3 petang yang menepati
waktu kematian Jesus seperti yang disebut dalam gospel
Evangalical (Mark, Matthew, Luke dan John). Penganut bertafakur
melalui sembahyang dan pembacaan dan gospel John.
Easter  Easter merujuk kepada dewi musim bunga.
Sunday  Masyarakat Kristian meletakkan Easter sebagai perayaan gereja
yang gemilang dan menceriakan kerana dikaitkan dengan
sambutan hari kebangkitan Jesus selepas pengebumiannya.
 Masyarakat Katolik Malaysia lebih cenderung melakukan kerja
kebaikan membantu golongan yang miskin dan memerlukan.
 Lazimnya, pihak gereja akan menghiasi gereja dengan bunga-bunga
yang berwarna-warni bersesuaian dengan konsep perayaan
menyambut kehidupan baharu Jesus selepas penyalibannya.
 Gereja Katolik menyambut perayaan ini pada hari Sabtu dalam
keadaan bergelap. Sebuah lilin besar yang dikenali sebagai Paschal
Candle atau Candle of Suffering dinyalakan akan dibawa ke dalam
gereja yang gelap sebagai simbol cahaya yang dipancarkan ke

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


312  TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN

seluruh alam melalui kebangkitan Jesus selepas kematiannya di


tiang salib.
 Penganut Katolik yang menghadiri upacara tersebut akan
menyalakan lilin mereka melalui cahaya lilin tersebut sehinggalah
gereja diterangi dengan cahaya lilin.
Perayaan lain  Holy Week
 Acension Day dan Pentecost
 All Saints Day dan All Souls Day
 Sunday
 The Assumption of Lady Mary
 Hari Valentine (ValentineÊs Day)

Sumber: Khadijah Mohd Khambali @ Hambali (1999)

Rajah 6.15: Suasana di dalam gereja


Sumber: http://www.theborneopost.com/2011/09/17/christians-unite-to-pray-for-
m%E2%80%99sia-on-malaysia-day/

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN  313

Rajah 6.16: Perayaan Hari Natal


Sumber: http://www.wanista.com/christmas-magnificence-pavilion-kl/

6.4.9 Kepercayaan dan Keagamaan Orang Asli


Umumnya, majoriti Orang Asli di Malaysia, iaitu orang Negrito, Senoi dan
Melayu-Proto berpegang kuat kepada kepercayaan animisme yang diwarisi sejak
turun-temurun. Hal ini disebabkan keadaan persekitaran sekeliling mereka telah
banyak mempengaruhi asas kepercayaan mereka. Keadaan kawasan gunung-
ganang, sungai, batu besar, pokok besar, lembah, hujan, guruh, ribut, petir, air
terjun, tasik, kolam dan sebagainya sangat memberikan implikasi mendalam
dalam amalan hidup dan sistem kepercayaan Orang Asli.

Meskipun demikian, tidak dinafikan bahawa terdapat juga perbezaan dalam


sistem kepercayaan antara etnik masyarakat Orang Asli disebabkan ketaatan
terhadap ketua, asas kepercayaan atau tafsiran terhadap makhluk yang berbeza-
beza mahupun perkembangan persekitaran semasa masyarakat Orang Asli.

Masyarakat Orang Asli percaya adanya „Tuhan‰ atau kuasa tertinggi yang
menguasai gerak-geri kehidupan manusia. Mereka percaya bahawa kuasa ghaib,
kuasa luar biasa dan unsur roh boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan
terhadap kehidupan mereka. Berikut ialah pegangan Orang Asli di Malaysia
berdasarkan etnik mereka:
(a) Pegangan Orang Asli Senoi adalah percaya terhadap pokok, batu besar
mempunyai nyaniik yang dianggap sebagai penunggu keramat yang
mendiami tempat atau sesuatu benda;
(b) Orang Asli Semai mempercayai kewujudan dewa, roh (spirit), hantu dan
orang bunian. Dewa utama ialah ngkuu dan nagaa; dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


314  TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN

(c) Orang Melayu-Proto (Orang Asli-Proto) khususnya Orang Ulu percaya


bahawa Tuhan wujud dalam dua persekitaran atau dua bentuk, iaitu
Tuhan Dunia Atas dan Tuhan Dunia Bawah. Mereka turut mempunyai ahli
agama yang dipercayai boleh berhubung dengan kuasa ghaib tersebut yang
dinamakan sebagai pawang, bomoh atau poyang.

Perayaan Orang Asli


Yang berikut ialah perayaan Orang Asli di Malaysia:

(a) Perayaan Genggulung dilakukan sekali setahun pada bulan Januari.


Perayaan ini bertujuan menjamu hantu dan keramat yang sering
mengganggu ketenteraman sesebuah kampung. Perayaan ini dilakukan
bagi mengelakkan gangguan hantu seterusnya memastikan penduduk
kampung dapat menjalani kehidupan dengan sihat dan aman;

(b) Perayaan menuai padi baharu diamalkan oleh sebilangan besar suku kaum
Semai dan Temia. Perayaan ini bermula apabila pawang mengisytiharkan
masa sesuai untuk menuai padi. Apabila pengisytiharan ini dibuat, maka
setiap individu akan mengadakan kenduri di rumah masing-masing. Setiap
orang mempunyai peranan masing-masing seperti mencari ikan, memburu,
mencari sayuran, menumbuk padi dan mencari bahan untuk pemujaan.
Tujuan perayaan ini adalah sebagai simbol kesyukuran dan memohon restu
daripada tuhan agar hasil tuaian mereka bertambah pada masa akan
datang; dan

(c) Bukak Tenamoh (kenduri membuka pantang) ialah majlis keramaian yang
diadakan selepas tamat tempoh berkabung bagi sesuatu kematian. Majlis
ini diadakan selama enam hari dengan persembahan lagu sewang dan
tarian tradisional. Dalam tempoh berkabung, mereka tidak dibenarkan
keluar bekerja dan mencari makanan, tidak dibenarkan memakai pakaian
baharu, bersolek dan menyikat rambut. Setelah enam hari, keluarga si mati
akan membakar unggun api di sekeliling kubur. Keluarga turut
menyediakan makanan di atas kubur. Seterusnya mereka tidak akan
mengadakan sebarang majlis hiburan selama satu bulan.

6.4.10 Masyarakat Sabah


Negeri Sabah mempunyai pelbagai etnik sebagaimana yang telah dijelaskan
dalam Topik 3. Kaum Kadazan-Dusun merupakan kaum bumiputera asli yang
terbesar di Sabah selain Melayu, Bajau (lihat Rajah 6.17), Murut, bumiputera lain
dan berasal dari Indo-China. Kaum ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek
dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN  315

Rajah 6.17: Kaum Bajau Sabah


Sumber: http://www.sabah.edu.my

Terdapat 27 suku kaum dalam Kadazan-Dusun antaranya ialah Dusun Liwan,


Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun
Kimaragang, Tagahas, Tanggara, Dusun, Rungus, Orang Sungai, Kuijau,
Tambanuo dan sebagainya. Kumpulan etnik yang terbesar ialah suku kaum
Dusun yang merupakan satu pertiga daripada penduduk Sabah.

Lazimnya, masyarakat daripada subetnik tersebut mendiami kawasan-kawasan


(daerah) tertentu umpamanya Kimaragang di daerah Kota Marudu, Lotud di
daerah Tuaran, Orang Sungai di daerah Kinabatangan, Sugut, Paitan dan Pitas.
Bagi orang Sungai yang tinggal di daerah Pitas, mereka menganut agama Islam
manakala daerah lain seperti Kinabatangan, orang Sungai turut menganut
agama lain.

Masyarakat Lotud (Suang Lotud) juga mendiami kawasan Pantai Barat Selatan
negeri Sabah. Mereka hidup secara kolektif dengan mendiami rumah panjang
yang mengumpulkan beberapa keluarga, iaitu antara 150 hingga 200 orang.
Walau bagaimanapun, pada masa kini rumah panjang jarang dilihat dalam etnik
ini. Kebanyakannya telah mengalami pembangunan fizikal dan mental.

Agama dan kepercayaan masyarakat Sabah


Kebanyakan orang Kadazan, warga tua kaum Murut mengamalkan kepercayaan
animisme dan dinamisme. Selepas kedatangan British, mereka mula menganut
agama Kristian. Gereja didirikan di kawasan mereka sebagai tempat ibadat.
Walau bagaimanapun, terdapat juga orang masyarakat Sabah yang beragama
Islam, Buddha dan Hindu.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
316  TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN

Masyarakat Kadazan dahulunya dikenali sebagai orang Dusun dan mereka


begitu berpegang teguh terhadap adat resam warisan nenek moyang mereka.
Keunikan masyarakat ini terserlah melalui kebudayaan dan adat resam yang
diamalkan. Kebanyakan daripada amalan tersebut mengandungi unsur ritual
dan animisme. Hal ini jelas kelihatan melalui adat resam, dan kepercayaan yang
diamalkan dalam aspek kelahiran dan kematian.

Berikut ialah kepercayaan-kepercayaan orang Kadazan-Dusun:

(a) Pesta Kaamatan


Pesta Kaamatan (Menuai) disambut oleh Kadazan-Dusun sebagai meraikan
tuaian baik tetapi Pesta Kaamatan juga disambut oleh semua kaum lain di
Sabah. Pesta Kaamatan disambut pada 30 hingga 31 Mei setiap tahun.
Kemuncak perayaan ini ialah peraduan ratu cantik atau unduk ngadau,
tarian tradisi dan upacara kemuncak yang dijalankan oleh Bobohizan
(ketua pendita). Pesta Kaamatan bagi kaum Kadazan juga dikenali sebagai
Tadau Ka`matan dalam bahasa Kadazan-Dusun.

Ketika Pesta Kaamatan, penduduk akan mengenakan pakaian tradisi


mereka (lihat Rajah 6.18). Tarian Sumazau dengan alat muzik tradisi dan
tapai (arak beras) dihidangkan sebagai minuman istimewa. Penduduk
Sabah akan menyapa sesama mereka dengan ucapan kopivosian tadau
kaÊamatan (Selamat Hari Menuai).

Rajah 6.18: Pakaian tradisional kaum Kadazan-Dusun


Sumber: https://funklicks.files.wordpress.com

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN  317

(b) Semangat Padi


Menurut kepercayaan mereka, semangat padi merupakan kinoingan
(kinorohingan dalam dialek Dusun) yang dikenali sebagai Bambaazon,
disembah sebagai pencipta dan berkuasa sumber kepada kewujudan.
Semangat padi Bambaazon dimuliakan pada pokok padi, beras dan nasi.
Ramai yang mempercayai bahawa „tanpa padi, tiada kehidupan‰.

(c) Upacara Momohizan


Upacara Momohizan ini diadakan pada bulan Ogos atau September apabila
padi selesai dituai. Upacara Momohizan diadakan untuk memuja semangat
padi dan memberi makan kepada penjaga semangat padi supaya
membantu menyuburkan padi dan melindungi padi daripada sebarang
penyakit atau bencana alam. Mereka akan berdoa atau dikenali sebagai
„mikiompit‰.

Terdapat juga kepercayaan apabila berlaku kematian, proses pengebumian


melibatkan seluruh masyarakat. Unggun api dihidupkan untuk menghalau
hantu dan roh jahat. Wujud beberapa konsep seperti mihad (menangisi
mayat), memujok (memandikan mayat), munguman (menghias dan
mendandan mayat), lobong (kubur) dan panukup (kenduri).

Tradisi kaum Murut yang terkenal ialah pemburuan kepala. Aktiviti


pemburuan kepala dijalankan bertujuan upacara kerohanian di mana
kepala mangsa akan diletakkan pada asas jambatan besar bagi
memastikannya tahan lama. Hal yang hampir serupa ialah penanaman
tengkorak mangsa di sawah padi agar padi dapat tumbuh subur. Sehingga
kini, kaum Murut masih menyimpan kepala ini dalam rumah panjang
tetapi ada juga yang telah menanamnya (lihat Rajah 6.19). Amalan ini
sudah lama ditinggalkan kerana terdapat kawalan daripada pihak
berkuasa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


318  TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN

Rajah 6.19: Pondok kubur yang menempatkan keranda kaum Murut


Sumber: http://www.sabah.edu.my

6.4.11 Masyarakat Sarawak


Masyarakat di Sarawak terdiri daripada pelbagai etnik antaranya Bidayuh (rujuk
Rajah 6.20), Bisayah, Kadayan, Kajang, Kanowit dan Kayan. Peribumi Iban
merupakan masyarakat paling besar diikuti oleh Melayu. Mereka kaya dengan
kepercayaan serta amalan turun temurun yang menjadi sebahagian daripada
peraturan sosial dan dikongsi bersama dalam kehidupan bermasyarakat.
Kepercayaan dan amalan ini dimanifestasikan melalui petua dan pantang larang
lama yang diyakini kesannya terhadap kehidupan. Kini, masyarakat Sarawak
menganuti pelbagai agama seperti menganut agama Kristian, Islam, Hindu,
Buddha dan terdapat juga mereka yang masih berpegang kepada kepercayaan
animisme.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN  319

Rajah 6.20: Kaum Bidayuh


Sumber: http://bluezstoryland.blogspot.com

Masyarakat Melayu Sarawak di Simunjan mengamalkan petua dan pantang


larang tertentu apabila ingin masuk ke dalam hutan sama ada untuk mencari
hasil hutan, berburu, dan sebagainya. Mereka mengelak menyebut perkara
buruk semasa masuk ke dalam hutan. Selain itu, mereka akan mengambil sedikit
tanah dan diletakkan di dahi supaya tidak „diganggu‰ oleh kuasa jahat atau
binatang apabila berada di dalam hutan. Tanah dilihat sebagai simbolik yang
menunjukkan manusia sebati dengan alam, lantaran dipercayai bahawa manusia
juga berasal daripada tanah (Hamidah Abdul Wahab, 2013).

Dalam sesebuah keluarga yang sedang makan dan jika terdapat salah seorang
ahli keluarganya tidak ada bersama, si ibu akan meninggalkan lauk untuk si
anak yang tidak ada. Ibu akan berkata, „lauk ini akan ditinggalkan untuk Âularʉ.
Si ibu tidak boleh menyebut nama anak yang belum makan itu kerana ia akan
menyebabkan si anak nanti boleh terkena kempunan. Petua ini sering diamalkan
dalam kalangan masyarakat Melayu tradisional Sarawak.

Masyarakat Iban tinggal di rumah panjang. Rumah ini didiami oleh beberapa
keluarga. Rumah panjang terbahagi kepada beberapa buah bilik dan setiap bilik
dihuni oleh sebuah keluarga yang biasanya keluarga asas. Rumah panjang suku
Kelabit pula tidak ada bilik untuk keluarga, cuma terdapat bilik yang
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
320  TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN

memisahkan ruang sebelah luar dengan ruang sebelah dalam (Hasnah Hussin &
Mardiana Nordin, 2007).

Bagi rumah orang Iban, di sebelah belakang bilik ialah tempat makan dan dapur.
Jika ada keramaian, makanan dihidangkan di beranda (ruai). Sebelah luar bilik
juga terdapat ruang yang dipanggil panggan, iaitu tempat tidur orang bujang
dan tetamu lelaki. Di bawah rumah ialah tempat binatang ternakan seperti babi
dan ayam.

Masyarakat Iban mempunyai upacara khas dalam adat kematian. Lazimnya,


upacara tersebut akan melibatkan seluruh ahli rumah panjang dan perundingan
dengan „tuai rumah‰ (ketua rumah). Dalam kelahiran pula, bayi yang baharu
dilahirkan dimasukkan garam ke mulutnya. Proses ini dipanggil ngetup garam.
Sementara ibunya akan melalui proses bekindu ataupun berdiang di unggun api
selama 41 hari dan 41 malam.

Jenis-jenis tarian mereka ialah ngajat, bepencaha, berkuntau, main kerichap dan
main chekak. Sehingga hari ini, masyarakat Sarawak masih mengekalkan
beberapa jenis tarian tradisi, misalnya, „Datun Julut‰ dalam kalangan kaum
Bidayuh. Tarian yang ditarikan dengan lemah gemalai oleh pemuda-pemudi
dengan iringan muzik. Kaum Iban pula terkenal dengan tarian perang yang
dikenali sebagai „Ngajat Bunuh‰. Tarian ini melambangkan unsur kebudayaan
mereka yang gagah berani menentang sebarang bentuk penjajahan.

Perayaan masyarakat Sarawak


Terdapat beberapa perayaan yang disambut oleh masyarakat Sarawak di
Malaysia, antaranya ialah:

(a) Perayaan Hari Gawai


Perayaan Hari Gawai disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di
Sarawak untuk meraikan tamatnya musim menuai padi (lihat Rajah 6.21).
Pesta Gawai pada kebiasaannya disambut pada akhir bulan Mei atau awal
bulan Jun setiap tahun. Perayaan ini selalunya disambut meriah oleh
masyarakat Dayak di Sarawak pada 1 Jun setiap tahun.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN  321

Rajah 6.21: Kemeriahan sambutan Hari Gawai


Sumber: http://www.theborneopost.com

Persembahan tarian, minuman tuak „arak beras‰, kuih-muih tradisional


yang diperbuat daripada tepung beras, gula dan santan juga disediakan.
Perayaan Gawai Dayak bermula dengan upacara membuang sial oleh Tuai
Gawai. Tuai Gawai memulakan upacara „miring‰ ini di ruai (beranda)
rumah panjang. Beliau berdoa supaya dipanjangkan umur dan dimurahkan
rezeki.

Salah satu acara paling menarik pada perayaan Gawai ialah Ngajat Lesong.
Penari akan menunjukkan kekuatan dengan mengangkat lesung
menumbuk padi dengan menggunakan giginya. Ketika perayaan Gawai,
perhiasan tradisional Orang Ulu yang diperbuat daripada manik-manik
akan dipakai selain daripada dapat menonjolkan kecantikan mereka
(Nathdeya Natthassyah, 2007). Terdapat juga nama perayaan Gawai lain,
iaitu Gawai Burong, Gawai Batu, Gawai Antu dan Gawai Bersimpan
(Ibanology, 2013)

(b) Perayaan Hari Bung Bratak


Perayaan ini disambut oleh kaum Bidayuh pada 1 Mei setiap tahun. Kaum
Bidayuh dari kawasan Jagoi-Bratak akan mengunjungi Bung Bratak untuk
memperingati asal-usul dan sejarah nenek moyang mereka. Sambutan Hari
Bung Bratak bukan sekadar perayaan memperingati nenek moyang, malah
kini telah menjadi kawasan yang menempatkan sejarah warisan serta
destinasi pelancongan dan rekreasi (lihat Rajah 6.22).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


322  TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN

Rajah 6.22: Perayaan Bung Bratak


Sumber: http://www.theborneopost.com

Hal ini kerana untuk sampai ke lokasi Bung Bratak, pengunjung perlu
mendaki puncak Bung Bratak setinggi 305 meter untuk menikmati
kemeriahan sambutan Hari Bung Bratak. Terdapat pengunjung telah
memulakan pendakian ke puncak bukit itu seawal pukul 6 pagi sambil
menikmati kesegaran udara dan keindahan alam semula jadi (Sopi Samaile,
2009).

6.5 MENGHORMATI ANTARA AGAMA


Cuba lihat Rajah 6.23 hingga 6.27. Apakah pendapat anda? Gambar-gambar
tersebut menunjukkan antara contoh-contoh toleransi agama ataupun
persefahaman antara agama di Malaysia. Setiap agama mempunyai kepercayaan,
keyakinan, cara pemikiran dan ritual tersendiri. Kita sebagai penganut agama
lain wajar memahami dan mengetahui kepercayaan mereka. Amalan sedemikian
akan membawa kepada budaya saling menghormati antara agama.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN  323

Rajah 6.23: Lawatan ke tokong Buddha


Sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0517&pub=
Kosmo&sec=Urban&pg=ur_02.htm

Rajah 6.24: Lawatan ke masjid


Sumber: https://www.pas.org.my/artikel-penang/7087-pas-pulau-pinang-anjur-
lawatan-muhibbah-paderi-khatolik-ke-masjid

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


324  TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN

Rajah 6.25: Lawatan ke gereja


Sumber: http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2014/06/06/pelajar-islam-
di-gereja/

Rajah 6.26: Lawatan ke Gurdwara Sikh


Sumber: http://docpearl.blogspot.my/2010/05/lawatan-yb-dr-lolo-ke-gudwara-
that.html

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN  325

Rajah 6.27: Lawatan ke kuil Hindu


Sumber: http://revertedmuslim.blogspot.my/2014/09/jais-serbu-rumah-ibadat-agama-
lain-lagi.html

Lawatan ke rumah ibadat agama lain bukanlah bermakna kita mencari


„kesalahan‰ kepercayaan mereka yang kita anggap bertentangan dengan
kepercayaan kita. Lawatan ini lebih membawa kebaikan kerana kita akan
mendapat informasi yang tepat dengan melihat dan mendengar sendiri daripada
mereka yang mengamalkan agama tersebut. Lawatan seperti ini akan membuang
persepsi negatif kita terhadap agama lain. Adakah anda bersetuju dengan
kenyataan ini?

AKTIVITI 6.7

1. Berikan cadangan tentang kaedah lain untuk membentuk budaya


pemahaman antara agama di Malaysia.
2. Bincangkan bagaimana mahu mengatasi masalah ekstremis dalam
agama.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


326  TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN

SEMAK KENDIRI 6.1

1. Huraikan hubungan antara toleransi agama dan perpaduan dalam


sebuah negara.
2. Jelaskan bagaimana berlakunya perkembangan agama di
Malaysia.
3. Terangkan nilai-nilai murni yang terdapat dalam setiap agama
dan kepercayaan dalam kalangan penduduk di Malaysia.

 Perkembangan agama di Tanah Melayu bermula dengan kepercayaan


masyarakat peribumi berasaskan animisme dan dinamisme. Perkembangan
ini diikuti dengan kepercayaan Hindu-Buddha, Islam, Kristian dan
kepercayaan lain.
 Agama Islam dimaktubkan dalam Perlembagaan Malaysia, Perkara 3(1) yang
menyatakan bahawa agama Islam ialah agama bagi Persekutuan Malaysia
dan setiap raja atau Sultan merupakan ketua agama bagi setiap negeri dalam
Persekutuan Malaysia.
 Agama berfungsi menjaga kebahagiaan hidup, mengelak daripada terlibat
dengan masalah sosial dan menjawab persoalan yang tidak mampu
difikirkan oleh akal.
 Masyarakat Malaysia mempunyai pelbagai pegangan agama, iaitu Islam,
Kristian, Hindu, Sikh, Buddha, Taoisme, Konfusianisme dan kepercayaan
terhadap roh nenek moyang.
 Terdapat masyakat asli di Malaysia yang masih mempercayai kepercayaan
animisme dan dinamisme.
 Masyarakat Sabah dan Sarawak memiliki pelbagai kepercayaan. Terdapat
dalam kalangan mereka yang berpegang teguh dengan kepercayaan dan
tradisi nenek moyang.
 Kepercayaan masyarakat Cina dianggap unik kerana mereka terdiri daripada
pelbagai suku kaum yang datang dari tempat yang berbeza. Perbezaan corak
hidup dan pola penempatan mempengaruhi agama dan kepercayaan
mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN  327

Animisme Kepercayaan Orang Asli


Agama Buddha Kristian
Konfusianisme Perkembangan agama
Dinamisme Agama Sikh
Agama Hindu Taoisme
Islam dalam perlembagaan Toleransi agama
Kepercayaan kepada roh nenek
moyang

Abdul Aziz Bari. (2005). Islam dalam Perlembagaan Malaysia. Petaling Jaya,
Malaysia: Intel Multimedia.

Ali Jarisyah. (1999). Hadir al-Âalam al-Islami. Kaherah, Mesir: Maktabah Wahbah
Hallahan.

Ann, W. S. (1994). Adat dan pantang larang orang Cina. Kuala Lumpur,
Malaysia: Penerbit Fajar Bakti.

Arnold, T. W. (1984). The preaching of Islam: A history of the propagation of the


Muslim. Delhi, India: Renaissance.

Hamidah Abdul Wahab. (2013). Petua dan pantang larang tradisional dalam
alam Melayu Sarawak. International Journal of the Malay World and
Civilisation (Iman), 1(1), 8997.

Hanif Md Lateh @ Junid, Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad, & Ermy Azziaty
Rozali. (2011). Sejarah perkembangan undang-undang Islam di Johor.
Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV: Ulama Pemacu
Transformasi Negara. Bangi, Malaysia: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Harrison, B. (1967). South-east Asia: A short history. London, England:


Macmillan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


328  TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN

Harun Hadiwijono. (2008). Agama Hindu dan Buddha (Cetakan ke-15.). Jakarta,
Indonesia: Gunung Mulia.

Hashim Musa, Zainal Abidin Borhan, Othman Mohd Yatim, Ahmad Hakimi
Khairuddin & Mohd Taufik Arridzo Mohd Balwi. (2006). Konsep, latar
belakang dan pandangan semesta masyarakat Melayu dalam tamadun
Islam dan tamadun Melayu. Kuala Lumpur, Malaysia: Universiti Malaya.

Hasjmy, A. (1979). Sejarah kebudayaan Islam. Jakarta, Indonesia: Bulan Bintang.

Hasnah Hussin, & Mardiana Nordin. (2007). Pengajian Malaysia. Shah Alam,
Malaysia: Oxford Fajar.

Ibanology. (2013). Jenis-jenis Gawai di Sarawak. Dicapai dari https://ibanology.


wordpress.com/2013/04/08/jenis-jenis-gawai-di-sarawak/

Ibn Manzur. (1956). Lisan al-ÂArab (Jilid 10). Beirut, Lebanon: Dar al-Sadir.

Ibrahim Ismail. (2003). Agama persekutuan: Jurisprudens Islam dalam pentafsiran


perlembagaan. Kanun, 15(4), hlm 11.

Khadijah Mohd Khambali @ Hambali. (1993). Konsep triniti menurut agama


Kristian dan pandangan Islam terhadapnya. Disertasi Sarjana Usuluddin.
Kuala Lumpur, Malaysia: Universiti Malaya.

Khadijah Mohd Khambali @ Hambali. (1999). Perayaan-perayaan agama


Kristian. Kuala Lumpur, Malaysia: Universiti Malaya.

Khoo Kay Kim, Mohd Fadzil Othman, & Jazamuddin Baharuddin. (1980).
Tamadun Islam di Malaysia. Kuala Lumpur, Malaysia: Persatuan Sejarah
Malaysia.

Lim Seng Haw. (t. t.). Perkembangan ideologi politik dan masyarakat Melayu di
Tanah Melayu. Jurnal Malaysia. Dicapai dari http://www.
myjurnal.my/filebank/published_article/22918/071_ 108.PDF

Malaysia kita: Panduan dan rujukan peperiksaan am kerajaan. (2000). Petaling


Jaya, Malaysia: International Law Book Services.

Mohd Jamil Mukmin. (1992). Sejarah perkembangan Islam. Kuala Lumpur,


Malaysia: Nurin.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN  329

Nathdeya Natthassyah. (2007, 26 Mac). Hari Gawai [Pos Blog]. Dicapai dari
http://kebudayaan.blogspot.com/2007/03/hari-gawai.html

Rahmah Bujang, Yaacob Harun, Mohammad Nazzri Ahmad, & Ahmad Hakimi
Khairuddin. (2006). Kesenian, proses sosialisasi dan pembudayaan
masyarakat Melayu. Dlm. Tamadun Islam dan tamadun Melayu. Kuala
Lumpur, Malaysia: Universiti Malaya.

Saunders, G. (2002). A history of Brunei. London, England: Routledge Curzon.

Sejarah Buddhisme di Malaysia. (t. t.). Dlm. Buddhism in bahasa Malaysia.


Dicapai dari http://dhamma-bm.tripod.com/am/sejarah.htm

Sikh Naujawan Sabha Malaysia. (1969). Ugama Sikh. Seremban, Malaysia: Sikh
Naujawan Sabha.

Sopi Samaile. (2009, 9 Jun). Perayaan Hari Bung Bratak. Utusan Online. Dicapai
dari httpp://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0609&sec
=Sabah_%26_Sarawak&pg=wb_01.htm#ixzz3h3fealAm

Tregonning, K. G. (1964). History of modern Malaya. London, England: Eastern


Universities Press untuk University of London Press.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


MODULE FEEDBACK
MAKLUM BALAS MODUL

If you have any comment or feedback, you are welcome to:

1. E-mail your comment or feedback to modulefeedback@oum.edu.my

OR

2. Fill in the Print Module online evaluation form available on myINSPIRE.

Thank you.

Centre for Instructional Design and Technology


(Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi )
Tel No.: 03-27732578
Fax No.: 03-26978702

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

You might also like