You are on page 1of 2

Penggunaan sistem pengankutan awam yang canggih telah

mengurangkan pencemaran udara. Walau bagaimanapun, perkembangan


pengangkutan banyak menimbulkan permasalahan alam sekitar seperti:
pencemaran, air, udara dan bunyi, hakisan, tanah runtuh, dan gelongsoran
tanah dan perubahan landskap.

Kenderaan bermotor terutama kenderaan yang menggunakan petrol


berplumbum dan kenderaan diesel menyebabkan pencemaran udara.
Kandungan sulfur dioksida dan nitrogen dioksida yang dilepaskan daripada
kenderaan menjejaskan kualiti udara seperti kejadian jerebu yang
memudaratkan kesihatan manusia. Pertambahan bilangan kenderaan
menyebabkan pencemaran bunyi yang boleh menggangu ketenangan dan
kententeraan penduduk bandar. Kerja-kerja pembinaan infrastruktur
pengangkutan juga menghasilkan bunyi bising. Perkhimatan udara juga
menghasilkan bunyi bising apabila kapal terbang berlepas dan mendarat.

Pembinaan pelabuhan boleh mengakibatkan pencemaran air berlaku


apabila kerja-kerja penambakan laut dilakukan. Laut menjadi keruh kerana
tercemar oleh kelodak. Keadaan ini menjejaskan kualiti dan hidupan air.
Perkembangan perkhimatan perkapalan juga meninggalkan kesan negatif
kepada alam sekitar apabila berlaku tumpahan minyak di perairan laut atau di
pelabuhan. Pembuangan sisa dari kapal turut mencemarkan air laut.

Pembinaan lebuh raya telah menyebabkan berlakunya kejadian hakisan,


tanah runtuh, dan gelongsoran tanah. Kerja-kerja meratakan cerun, menarah
susuh bukit dan meneres tebing curam telah menyebabkan kejadian tanah
runtuh kerana struktur tanah yang longgar dan tidak stabil. Air sungai yang
tercemar hasil hakisan air boleh menjejaskan kualiti air dan hidupan akuatik.
Pembinaan jaringan sistem pengangkutan telah mengubah landskap di
kawasan sekitarnya. Landskap fizikal telah bertukar menjadi landskap budaya,
contohnya pembinaan teres-teres bukit, terowong, tanaman bunga dan
tanaman pokok-pokok tertentu di sepanjang lebuh raya.
Perkembangan pengangkutan telah mempengaruhi alam sekitar.
Sistem pengangkutan membawa banyak kebaikan kepada manusia. Walau
bagaimanapun, kita harus menggunakan pelbagai cara untuk mengurangkan
kesan negatif perkembangan jaringan pengangkutan terhadap alam sekitar.

You might also like