You are on page 1of 4

Topik 6: Burung- burung di Kuala Gula

Hasil latihan:
Di hujung topik ini, pelatih patut:
1. Mengetahui asas migrasi burung
2. Mengetahui kumpulan- kumpulan burung yang dijumpai di Kuala Gula
3. Mengetahui hubungan antara spesies burung dan habitat- habitatnya.

1. Burung- burung di Kuala Gula

Burung- burung di Kuala Gula boleh dibahagi kepada spesies migratori dan spesies
residen. Burung migratori tiba di Kuala Gula dari kawasan pembiakan di utara seawal
bulan Ogos. Walaupun ada yang meneruskan perjalanan ke kawasan lain di selatan, ada
yang menghabiskan masa musim sejuk di Kuala Gula. Apabila tiba musim bunga di
utara, mereka akan pulang dan pada bulan April, kebanyakannya sudah meninggalkan
tempat ini.

1.1 Migrasi burung

Migrasi didefinasi sebagai pergerakan tetap antara dua tempat, biasanya antara kawasan
pembiakan dan kawasan perlindungan musim sejuk. Migrasi berlaku disebabkan keadaan
cuaca. Apabila cuaca menjadi terlalu sejuk dan makanan menjadi berkurangan, burung-
burung meninggalkan kawasan pembiakan dan bermigrasi ke kawasan yang lebih panas.
Sesetengah burung bermigrasi untuk jarak pendek manakala yang lain terbang beribu-
ribu kilometer ke kawasan perlindungan musim sejuk.

Migrasi burung melibatkan laluan- laluan tradisi yang mengelakkan bahaya seperti
perairan terbuka, gurun dan tanah tinggi. Laluan- laluan yang digunakan ini dikenali
sebagai “flyways”. Di bahagian timur Asia, salah satu laluan utama ialah “East Asian-
Australasian Flyway”.

Sebelum meninggalkan kawasan pembiakan di utara, burung- burung akan meningkatkan


kandungan lemak badan supaya dapat menampung perjalanan yang jauh. Ada burung
yang bermigrasi pada waktu pagi manakala yang lain bergerak pada waktu malam.
Burung- burung mencari jalan menggunakan cahaya matahari dan bintang- bintang dan
tanda- tanda utama seperti pantai, gunung dan sungai.

Migrasi adalah masa yang kritikal kepada burung- burung. Mereka mengalami banyak
ancaman seperti pemburu, cuaca buruk, gurun dan gunung- gunung. Halangan buatan
manusia seperti rumah api, menara dan minyak terbakar mengelirukan burung- burung
dan menyebabkan mereka nahas kerana terhembap cermin atau api.

1.2 Burung- burung migrasi


Lebih kurang 93 daripada 195 spesies burung yang direkod sehingga kini di dalam dan
sekitar Kuala Gula adalah burung migratori. Lebih kurang 50 spesies merupakan burung
air dan ia merupakan hampir separuh daripada burung migratori yang dijumpai di sini. Ini
termasuklah burung- burung air seperti bangau, pucung dan camar dan burung pantai
seperti kedidi, rapang dan kendi. Selain daripada burung air, Kuala Gula juga merupakan
santuari kepada burung migratori lain seperti burung pemangsa, pekaka, layang- layang,
cecawi, sambar, cekup, tirjup dan murai.

1.3 Burung- burung residen

Lebih kurang 100 daripada burung di Kuala Gula adalah burung residen. Ini termasuklah
burung- burung air seperti pucung, burung botak, bangau, sintar dan burung yang
bergantung kepada tanah lembap seperti burung pemangsa dan pekaka. Burung daratan
tempatan di sini termasuklah spesies hutan bakau seperti Burung Pacat Bakau, Sambar
Biru Bakau dan Serai Bakau dan juga cenuk, punai, belatuk, sambar, kelicap, rimba dan
perenjak. Di kawasan tanah terbuka, terdapat tiong, pipit, layang- layang, cekup,
merbah,beberek, tekukur, sewah dan lain- lain. Lima spesies burung hantu dijumpai di
sini.

1.4 Burung- burung air di Kuala Gula

Tanah lembap Kuala Gula merupakan syurga kepada banyak burung air, terutamanya
burung pantai. Burung pantai adalah burung wak- wak dari saiz kecil hingga medium
dengan pelbagai bentuk paruh. Lebih kurang 28 spesies burung pantai direkod di sini
termasuklah kedidi, kendi dan rapang. Burung- burung pantai yang jarang dijumpai
seperti “Spoon-billed Sandpiper”, Kedidi Paruh Tegak dan Kedidi Kaki Hijau Berbintik
adakala akan kelihatan. Lebih kurang 37 spesies burung- burung air lain juga dijumpai di
sini. Ini termasuklah bangau, burung botak, pucung dan camar.

2. Habitat- habitat burung di Kuala Gula

Rahsiah untuk menjadi “bird guide” yang berjaya ialah untuk mengenali Kuala Gula
sepenuhnya supaya dapat mencari burung- burung untuk klien anda terutamanya spesies-
spesies terkenal. Disebabkan Kuala Gula terkenal dengan burung- burung tanah lembap,
anda perlu mengenali burung- burung air dan juga spesies- spesies yang biasa dijumpai.
Di sini adalah antara habitat- habitat yang boleh dilawati dimana burung- burung
mungkin dijumpai:

2.1 Kampung Kuala Gula

 Berhampiran rumah dan bangunan: Burung- burung “bandar” dan taman yang biasa
seperti Tiong Gembala Kerbau, Merbah Kapur, Ciak Rumah, Layang- layang Pasifik,
Kelicap Mayang Kelapa
 Padang, kawasan tanah terbuka, tepi jalan: Burung- burung yang makan di tanah
seperti Ciak Padang dan Merbuk
 Sekitar jeti bot: Helang Merah, Kedidi Pasir

2.2 Jalan Gula dan ladang- ladang kelapa sawit

 Tiang- tiang dan tali- tali utiliti bersebelahan dengan tali air: Burung yang
bertenggek dan menunggu mangsa seperti Pekaka Emas, Pekaka Dada Putih dan
Helang Kuik. Juga burung yang makan di udara seperti Beberek Ekor Biru dan
Layang- layang Hijrah. Pada waktu malam, burung Jampuk Putih dan Burung Hantu
Berbintik.
 Padang terbuka: Helang Tikus (mengambang di padang), Gagak Paruh Besar, Tirjup
Coklat, Layang- layang Rumah
 Ladang- ladang kelapa sawit: Murai Kampung, Tekukur, Bayan Nuri; dan pada
waktu malam, Jampuk Kubur dan Tukang Malas di hujung- hujung ladang- ladang

2.3 Denai Permatang

 Hutan bakau
Tahap tanah: Ruak- ruak, Burung Pacat Bakau, Sintar
Pertengahan: Sambar Biru Bakau, Serai Bakau, Pekaka Ungu, Burung Tuwu, Belatuk
Hijau, Belatuk Pinang Kecil, Belatuk Kecil Kepala Coklat,Perenjak Kelabu, Tirjup
HarimauRembah Kening Putih
Kanopi: Punai Gading, Burung Kunyit Besar, Cekup Daun Artik, Cecawi Kelabu,
Burung Matahari Kelabu,Kelicap Perepat
 Pokok- pokok paya bakau yang sudah layu bersebelahan dengan ladang kelapa sawit:
Bertenggek di pohon mati: Tiong Sawah, “Purple-backed Starling”,Tiong Batu
Bertenggek di pokok yang tumbang, tiang yang menghala ke arah air: Raja Udang,
Pekaka Kepala Hitam, Pucung Keladi
Di langit: Helang Merah, Pucung Serandau, Helang Peregrine
Dataran lumpur: Kedidi Kaki Merah, Kedidi Sereng, Kedidi Pasir, Kedidi Paya, Bangau
Besar, Pucung Serandau

2.4 Denai Gula

 Hutan Bakau: sama dengan spesies burung yang dijumpai di Denai Permatang
 Pohon- pohon rendah dan tanah berumput: Pipit Piinang, Perenjak Kuning,Perenjak
Leher Hitam, Bubut Kecil, Tirjup Kecil, Burung Tempua, Sepah Puteri Merah
 Tepi ladang kelapa sawit: Bubut Besar, Merbah Belukar
 Tebing sungai dan tali air: Pekaka Bakau, Abngau Kecil, Pucung Cina, Pucung
Kuning

2.5 Muara sungai

 Tebing sungai dan sangkar ikan: Bangau Besar, Bangau Kecil, Pucung Cina, Pucung
Seriap dan Pucing Keladi
 Perairan terbuka dan di langit: Camar Hitam Sayap Putih, Camar Kecil, Camar
Siput, Helang Tiram, Helang Siput
 Dataran lumpur: Burung Botak, Upeh Bakau, bangau, burung pantai, Camar Topeng
Coklat

You might also like