You are on page 1of 4

BAB 1 : RANGSANGAN DAN GERAK BALAS

Praktis Formatif 1.1


1.1 Sistem Saraf Manusia

1. Nyatakan dua bahagian utama dalam sistem saraf manusia.


Sistem saraf pusat dan sistem saraf periferi

2. (a) Apakah tindakan terkawal? Berikan satu contoh tindakan terkawal.


Tindakan terkawal ialah tindakan yang disedari, dilakukan
mengikut kehendak seseorang dan dikawal oleh otak. Contoh
tindakan terkawal ialah membaca, menulis, bercakap,makan
minum, berjalan, berlari,bersenam, menyanyi.
(b) Apakah tindakan luar kawal? Berikan satu contoh tindakan luar kawal?
Tindakan luar kawal ialah tindakanyang berlaku serta-merta
tanpa disedari atau difikirkan terlebih dahulu. Contoh
tindakan luar kawal ialah denyutan jantung, pernafasan,
peristalsis, rembesan air liur, bersin

3. Apakah yang berlaku sekiranya seseorang mengalami kecederaan otak ?


Sel saraf dalam otak manusia yang cedera tidak dapat
mentafsir impuls daripada afektor dan tidak dapat
menghantar impuls ke efektor. Oleh itu, orang yang
mengalami kecederaan otak
tidak dapat melakukan tindakan terkawal atau luar kawal yang
melibatkan otak.
4. Apakah kepentingan rangkaian sistem saraf manusia dalam kehidupan?
Rangkaian sistem saraf manusia berfungsi mengawal dan
mengkoordinasikan organ dan bahagian badan supaya
menjalankan proses dalam badan untuk terus hidup dan
melakukan aktiviti harian.

1
Praktis Formatif 1.2 : 1.2 Rangsangan dan Gerakbalas dalam Manusia

1. Lengkapkan mekanisme penglihatan yang berikut:

(a)Kornea (b) Pupil (Anak Mata) (c) Retina (d) Otak

2. Struktur telinga yang manakah tidak akan mempengaruhi mekanisme


pendengaran sekiranya rosak?
Salur separuh bulat dan Tiub Eustachio
3. Dimanakah kedudukan sel deria bau?

Di bahagian atas rongga hidung


4. Nyatakan lima rasa yang boleh dikesan oleh lidah.
Manis, masin, masam, pahit, umami
5. Nyatakan dua faktor yang mempengaruhi kepekaan kulit terhadap
rangsangan.
Bilangan reseptor dan ketebalan epidermis kulit
6. (a) Nyatakan jenis rangsangan yang dapat dikesan oleh lidah.
Lima jenis rasa, sentuhan, kesakitan, objek yang panas, objek
yang sejuk,tekanan.

(b) Jelaskan bagaimana rangsangan di soalan 6(a) dapat dikesan oleh lidah.
Lima jenis rasa dapat dikesan oleh reseptor-reseptor rasa
dalam tunas rasa pada lidah. Oleh sebab lidah dilindungi oleh
kulit yang mempunyai reseptor sentuhan, kesakitan, haba,
sejuk dan tekanan, lidah dapat mengesan sentuhan,
kesakitan, objek yang panas, objek yang sejuk dan tekanan .

2
Praktis Formatif 1.3: 1.3 Rangsangan dan Gerakbalas dalam Tumbuhan

1. (a) Apakah tropisme?


Tropisme merupakan gerak balas terarah tumbuhan terhadap
rangsangan yang datang dari suatu arah.

(b) Nyatakan jenis tropisme terhadap rangsangan yang berikut :

(i) Sentuhan Thigmotropisme


(ii) Graviti Geotropisme
(iii) Cahaya Fototroisme

2. (a) Bahagian tumbuhan yang manakah menunjukkan :

(i) fototropisme positif Pucuk


(ii) geotropism positif Akar
(iii) tigmotropisme positif Sulur paut dan batang melilit

(b) Apakah kepentingan hidrotopisme kepada tumbuhan?


Hidrotropisme positif membolehkan akar mendapatkan air
dan garam mineral terlarut untuk hidup

3. Nyatakan satu persamaan dan satu perbezaan antara gerak balas tropisme
dengan gerak balas nastik.

Persamaan Perbezaan
Tropisme dan gerak balas Tropisme merupakan gerak
nastik merupakan gerak balas balas terarah tumbuhan
tumbuhan terhadap terhadap rangsangan
rangsangan

Praktis Formatif 1.

1.4 Kepentingan Gerak Balas terhadap Rangsangan dalam Haiwan Lain

3
1. Berikan dua jenis penglihatan haiwan.
Penglihatan stereoskopik dan monokular.
2. Nyatakan faktor yang menentukan jenis penglihatan haiwan.
Kedudukan mata di kepala.

3. Apakah jenis penglihatan pengguna primer? Berikan sebabnya.


Pengguna primer mempunyai penglihatan monokular. Penglihatan
monocular mempunyai medan penglihatan yang luas dan
membolehkan pengguna primer mengesan pemangsa yang datang
dari pelbagai arah.

4. Apakah kepentingan pendengaran stereofonik?


Pendengaran stereofonik membolehkan kita menentukan arah bunyi
dengan tepat.

5. Dalam keadaan yang gelap, Azman dapat menentukan lokasi seekor kucing yang
sedang mengiau adalah dihadapannya. Terangkan bagaimana Azman boleh
menentukan arah lokasi kucing yang sedang mengiau itu.
Azman menggunakan pendengaran stereofoniknya untuk
menentukan arah lokasi kucing. Masa dan kekuatan bunyi yang
dibuat oleh kucing diterima oleh kedua-dua belah telinga Azman
adalah sama lalu dikesan oleh otak yang seterusnya memberitahu
Azman arah kucing yang membuat bunyi itu, iaitu di hadapannya.

You might also like