You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN ABDUL RAHMAN YASSIN

JLN ARA, KG. DATO’ ABDUL RAHMAN YASSIN


86000 KLUANG, JOHOR

KERTAS KERJA
“1 KELUARGA 1 POKOK”
UNTUK
SURAU AL-MUNAWWARAH
2018
(Wakil Daerah Kluang
Ke Pertandingan Anugerah Surau Imarah
ASSIS
Peringkat Negeri Johor)
ANJURAN :
KELAB PENCINTA ALAM

DENGAN KERJASAMA :
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
PANITIA REKA BENTUK & TEKNOLOGI

1. PENDAHULUAN

Projek ini adalah aktiviti ad-hoc Kelab Pencinta Alam Sekolah


Abdul Rahman Yassin sebagai tanda sokongan terhadap Panitia
Pendidikan Islam bagi menambahkan keceriaan landskap Surau
Al_Munawwarah sebagai persediaan ke Pertandingan Surau Imarah
(ASSIS) peringkat negeri Johor. Kertas kerja ini menggariskan
bentuk sokongan terhadap landskap Surau al-Munawwarah
khususnya dan persekitaran sekolah amnya. Projek ini
mengambilkira penglibatan semua warga sekolah termasuk ibu
bapa,guru-guru, pekerja swasta dan murid-murid. Di dalam masa
yang sama dapat menyuntik semangat kecintaan terhadap sekolah
dapat dipupuk disamping dapat menceriakan lagi persekitaran
sekolah.

Konsep yang dipilih adalah “ Surau dalam Taman”. Landskap


yang di hasilkan mampu menarik minat murid dengan menerapkan
ilmu pengetahuan berguna untuk murid-murid dan tetamu yang
hadir.

2. OBJEKTIF

I. Memastikan pelaksanaan persiapan untuk bertanding secara sihat


dalam Pertandingan Anugerah Surau Imarah (ASSIS) Peringkat Negeri
Johor
II. Merancang dan melaksanakan aktiviti /projek yang dipersetujui oleh
pihak sekolah.
III. Menunjukkan komitmen yang tinggi kearah kecemerlangan
IV. menceriakan lagi kawasan persekitaran surau sekolah
V. Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan kerjasama antara pihak
sekolah dengan ibu bapa, guru-guru, murid-murid dan semua pihak.

3. NAMA PROJEK
“ 1 KELUARGA 1 POKOK”

4. TEMPOH PROJEK

1 bulan (15.8.2018-15.9.2018)

5. AHLI JAWATANKUASA

JAWATANKUASA INDUK

PENASIHAT : Pn Mazlin Bt Hj Idris (Guru Besar)


PENGERUSI : En Muhammad Jais B. Ngah Dimin (GPK Kokurikulum)
NAIB PENGERUSI 1 : Pn. Hjh Suhanah Bt Ramlan (GPK Pentadbiran)
NAIB PENGERUSI 2 : Pn. Rafidah Bt Mat Yunos (GPK HEM)
PENYELARAS : Pn. Julie Aiga Bt Mohamad
PEN. PENYELARAS : Pn. Hjh Hafizah Bt Mohd Said
SETIAUSAHA : Pn. Noorhayati Bt Muhammad

JAWATANKUASA PELAKSANA

Makluman dan Hebahan


Semua guru penasihat Kelab Pencinta Alam
Pengumpulan Pokok Bunga Hiasan
Semua ahli Panitia Reka Bentuk & Teknologi

Penyediaan Landskap
Semua ahli Panitia Pendidikan Islam

6. CADANGAN PELAKSANAAN

JAWATANKUASA
AKTIVITI
PELAKSANA
Tarikh Pelaksanaan
15.8.2018-15.9.2018
2.1. Memohon sumbangan pokok bunga hiasan
- Penyediaan surat sumbangan dan hebahan Tindakan
kepada semua guru dan murid. Ketua guru penasihat
Kelab Pencinta Alam

2.2. Mengumpul sumbangan pokok bunga Tarikh Pelaksanaan


hiasan 15.8.2018-15.9.2018
- Mengumpul sumbangan di tempat yang
dikhaskan Tindakan:
Ketua Panitia RBT

Tarikh Pelaksanaan
2.3. Penyediaan landskap 15.8.2018-15.9.2018
-Memastikan penggunaan pokok hiasan
yang disumbang digunakan secara maksima Tindakan:
Ketua Panitia
Pendidikan Islam

7. PENUTUP

Pihak kami berharap projek ini akan mendapat sokongan daripada


semua pihak dan mampu membantu Panitia Pendidikan Islam
dalam merealisasikan Surau al-Munawwarah mengecapi kejayaan
cemerlang di dalam pertandingan Anugerah Surau Imarah (ASSIS)
di peringkat negeri seterusnya kebangsaan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,


........................................ ..........................................
(PN. JULIE AIGA BINTI MOHAMAD) (EN. MUHAMMAD JAIS B.
NGAHDIMIN)
Penyelaras Projek GPK KOKURIKULUM

Diluluskan oleh,

………………………………
(PN.MAZLIN BT HJ IDRIS)
Guru Besar

You might also like