You are on page 1of 1

TUTORIAL 2a : MENGAJAR PERWAKILAN DATA (PIKTOGRAF)

Arahan: Jawab SATU soalan sahaja.

SOALAN TUTORIAL

1. Piktograf adalah satu daripada cara untuk mempersembahkan data dalam bentuk yang menarik, mudah
dibaca, kemas dan sistematik.
Jadual berikut menunjukkan jenis pengangkutan murid Tahun 4 Mawar ke sekolah.

Mod pengangkutan Bilangan murid


Bas 6
Basikal 2
Kerata 6
Berjalan kaki 10
Bimbing murid untuk membina satu pikotograf berdasarkan data dalam jadual di atas.
Tuliskan 3 soalan yang boleh dijawab berdasarkan piktograf tersebut.

Resos: Grid carta, pen marker, manila kad 4cm × 4cm, kad kecil yang berwarna-warni, gambar “simbol orang”

Langkah penggunaan:

1. Guru menulis tajuk graf di atas tengah grid, iaitu “Jenis Kenderaan Murid 4 Mawar Ke Sekolah”.

Jenis Kenderaan 4 Mawar ke


Sekolah

2. Selepas itu, murid dikehendaki melekatkan gambar “simbol orang” berdasarkan bilangan yang dicatatkan
dalam jadual , iaitu 6 orang murid untuk bas, 2 orang murid untuk basikal, 2 orang murid untuk kereta dan 10
orang murid untuk berjalan kaki.

3. Guru boleh menguji minda murid dengan bertanya soalan tentang cara membaca dan mendapatkan
maklumat dari carta piktograf.

Contoh soalan:

1.Terdapat berapa pelajar dalam kelas 4 Mawar?

2.Apakah perbezaan bilangan murid bagi berbasikal dengan menaiki kereta?

3.Jenis kenderaan yang mempunyai bilangan murid yang paling kurang?

You might also like