You are on page 1of 13

1.

LAKARAN DAN HURAIAN STAIL PAKAIAN

Huraian stail pakaian menjelaskan tentang ciri yang ada pada sesuatu pakaian
yang meliputi kegunaan, jenis, kedudukan dan cara kemasan. Berikut ialah
huraian atau penerangan tentang ciri stail pakaian yang dipilih :

 Lengan Gelembung
Lengan adalah sebahagian daripada pakaian. Ia digunting berasingan
daripada badan dan dipotong secara selari dengan badan. Untuk lengan
gelembung ini bertujuan untuk pengguna badan rendah dan kurus

 Lisu Pemadan
Lisu dibuat pada pakaian untuk mendapatkan bentuk, padanan yang elok
dan sebagai hiasan. lisu yang digunakan pada rekaan stail pakaian ini
ialah lisu pemadan yang terletak pada bahagian bawah depan dan
belakang pakain.

 Kelepek Lurus
Kelepek dibuat pada bawah dan hujung lengan blaus. Kelepek ini
berfungsi sebagai kemasan hujung pakain.

 Kelim Belah Kangkung


Untuk rekaaan stail pakaian ini, kelim belah kangkung dibuat kerana ia
sesuai untuk fabrik sederhana tebal seperti kapas. Kelim ini boleh
dikemaskan dengan pelbagai cara seperti jahit mesin, insang pari, lilit
kemas, digunting bentuk pucuk rebung, menggunakan tepi fabrik,
menggunakan jalur serong tepat sebagai kun dan dijahit dengan mesin
pengemas tepi. Kelim belah kangkung dibuat kerana ia sesuai untuk
fabrik sederhana tebal seperti kapas. Ia digunakan pada bahagian bahu
dan penyambung fabrik bahagian hadapan dan bahagian belakang.

 Lapik Berbentuk
Belah lapik kain selari dibuat pada slit dan dikemaskan dengan sekeping
fabrik yang dipotong berasingan yang dipanggil lapik. Dalam membuat
pakaian ini, saya telah menggunakan interfacing sebagai lapik. Lapik
dibuat pada garis leher di garisan tengah hadapan dan garisan tengah
belakang.

2. POLA

Pola bahagian belakang. Pola bahagian depan


Pola lengan

3. FABRIK DAN BAHAN

a. Bahan yang digunakan

BI BAHAN YANG DIGUNAKAN PENERANGAN


L
1 Fabrik Fabrik yag digunakan ialah jenis cotton.

 Kain yang asalnya daripada serat


kapas. Kapas membolehkan kulit
untuk bernafas dengan baik.
Oleh itu ia merupakan jenis
fabrik yang amat sesuai untuk
dipakai dengan iklim cuaca
panas dan lembab seperti di
Malaysia ini. Banyak dijadikan
bahan untuk membuat blouse,
jubah, selimut dan sebagainya.
Ia juga senang untuk dicuci.

2. Benang • Digunakan untuk jahitan tangan


dan mesin.
• Mencantumkan kepingan fabrik

3 Kain Gam ( INTERFACE) • Kelebihan kain gam keras


adalah ia punya gam yang
dilekatkan pada fabrik ditekan
dengan menggunakan seterika,
dan ia mudah dijahit serta
kemas.
• Bagi kain gam nipis pula
ia biasanya ditampal pada
bahagian poket jubah, poket
seluar melayu, koler dan
sebagainya.
Kelebihannya, ia agak tebal,
senang dijahit dan pakaian
nampak kemas apabila siap.

b. Alatan yang digunakan

BIL ALATAN YANG DIGUNAKAN PENERANGAN


1 Gunting Fabrik Gunting fabrik digunakan untu
memotong kain fabrik yang henak
digunakan. Gunting fabrik haruslah
berada dalam keadaan yang baik iaitu
mempunyai mata yang tajam agar kain
fabrik dapat dipotong dengan kemas.
Gunting fabrik tidak boleh digunakan
untuk memotong objek lain seperti
kertas bagi memastikan matanya
berada dalam keadaan yang baik.

2. Snipper Snipper digunakan untuk memotong


benang yang tersambung pada kain
selepas kerja jahitan dilakukan dan
memotong ibang benang. Snipper juga
boleh digunakan untuk memotong kain
atau benang di bahagian yang kecil dan
sempit kerana matanya yang tajam.

3 Fungsi jarum peniti ialah untuk


menyemat pola yang digunakan pada
kain fabrik. Hal ini bertujuan untuk
mengelakkan kertas pola bergerak
ketika proses menanda pada kain fabrik
dilakukan. Selain itu, jarum peniti juga
Jarum Peniti digunakan untuk menyemat kepingan
fabrik sebelum kerja menjahit
dilakukan.

4. Penetas Penetas digunakan untuk menetas


benang yang telah dijahit jika berlaku
kesilapan.
Hujungnya yang kecil dan tajam
memudahkan ia untuk menetas benang
yang telah dijahit pada kain fabrik.
5. Pembaris digunakan untuk membuat
garisan lurus pada fabrik atau untuk
mengukur kain. Pembaris juga
digunakan untuk memindahkan dan
menanda pola pada kain fabrik.
Pembaris

6 Roda Surih Roda surih digunakan untuk


memindahkan pola pada kain fabrik
dengan menggunakan kertas karbon.
Roda surih khususnya digunakan untuk
memindahkan bahagian yang perlu
dijahit pada fabrik daripada pola.

4. LANGKAH MENJAHIT

Menyediakan Fabrik
 Gunting pola dan susun atur
pola di atas fabric.
 Sematkan jarum peniti pada
pola dan fabrik. Kemudian,
tanda garis tepi pola
menggunakan kapur tukang
jahit.
 Seterusnya, gunting pola yang
telah ditandakan menggunakan
gunting tukang jahit.
 Setelah digunting, tandakan
garis pemadan pada bahagian
dalam fabrik menggunakan
kertas karbon dan roda surih.
 Setelah itu, barulah dicabut
jarum peniti itu.

Menyediakan lisu pemadan


 Tandakan garis lipatan lisu pada
fabrik.
 Lipatan lisu ditekan dan disemat
dengan jarum peniti.
 Kemudian, jahit mengunakan
jahitan mesin dari bawah ke atas
lisu
Menjahit kelim bahu
 Cantumkan bahu pada badan
hadapan dan badan belakang
dengan kelim belah kangkung
 Jahit mesin di garis pemadan
 Buka kelim dan tekan rata

Menyediakan lapik berbentuk


 Fabrik interfacing dipotong
mengikut pola yang telah
disediakan.
 Kemudian fabrik interfacing
dicantumkan dengan fabrik kolar
dengan menggunakan seterika
Mencantumkan bahagian depan dan
belakang dengan kelim belah
kangkung.
 Temukan sebelah luar fabrik.
 Sematkan jarum peniti dan jahit
jelujur pada garis pemadan.
Kemudian, jahit mesin pada
garisan pemadan.
 Cabut jahitan jelujur. Tekan dan
seterika supaya kelim terbuka.
 Mengemaskan basi kelim
menggunakan jahitan mesin

Menyediakan lengan gelembung dan


kelim di tangan
 Jahit dua barisan jahitan longgar
di atas garis pemadan di atas
garis pemadan di kepala lengan.
 Baris yang pertama dijahit 0.3
cm di atas garis pemadan dan
yang kedua dijahit 0.3 cm
dibawah garis pemadan.
 Tentukan garis pemadan lengan
d sebelah luar fabric. Jahit kelim
dan tekan kelim lengan supaya
terbuka.
 Masukkan lenan ke lubang
lengan dengan sebelah luar
fabric bertemu.
 Temukan garis tengah lengan
(G.T.L) dengan kelim bahu.
 Temukan juga kelim lengan
bertemu dengan tanda imbang
hadapan baju dan tanda
belakang lengan bertemu
dengan tanda imbang belakang
baju.
 Sematkan dan jelujur di garis
pemadan bahagian lengan
 • Jahit mesin di garis
pemadan lubang lengan untuk
memudahkan mengawal
keserataan kedut supaya lengan
dapat dijahit dengan elok.
Tindakan mata jahitan yang
akhir di atas mata jahitan yang
awal 3 cm hingga 4 cm untuk
mengukuhkan kelim.
Menjahit kelepek hujung lengan dan
hujung bawah baju
 Tandakan kedudukan kelepet
selebar 6 mm.
 Lipat lipatan pertama ke sebelah
dalam.
 Lipat lipatan kedua di garisan
kelepet selebar 2 ½ cm hingga 6
½ cm. sematkan dengan jarum
peniti dan jahit jelujur kasar
untuk menetapkannya.
 Menjahit sembat susup di
sepanjang kelepet.
 Kemudian cabut jarum peniti
Tekanan akhir.
 Walaupun tekanan dibuat pada
setiap kali proses menjahit,
namun tekanan akhir perlu
dilakukan setelah pakaian siap
dijahit iaitu seterikakan semua
bahagian pakaian untuk
meratakan serta melicinkannya.

5. PENGIRAAN KOS

Harga Seunit
Bil Butiran Kuantiti Jumlah (RM)
(RM)
Kos Bahan
1. Fabrik kapas 1 Meter 3/meter 3.0
2. Benang jahit 1/2 buku 0.8/buku 0.40
3. Kertas karbon 1 helai 0.6/1helai 0.60
Jumlah keseluruhan 4.0
Kos Upah
Bilangan orang x Masa 0.5 x 15 jam
5. Upah 15.00
(jam) x kadar sejam x2
Jumlah keseluruhan 15.00
Kos Sampingan
Sampingan
6. 15 jam 0.5 7.50
(elektrik)
Jumlah Keseluruhan 7.50

Kos Projek
Bil Perkara Harga (RM)

1. Kos bahan 4.00

2. Kos upah 15.00

3. Kos sampingan 7.50

Jumlah keseluruhan 26.50

6. REFLEKSI

Pertama sekali saya amat bersyukur kerana Berjaya menyiapkan pakaian


blaus mini mengikut ketetapan masa yang ditetapkan iaitu 3 jam di bilik jahitan.
Hasil pembelajaran yang diberikan oleh Dr Hajah Sarimah Binti Abd Razak
sangat membantu saya semasa amali jahitan ini. Tidak dilupakan kepada rakan-
rakan yang banyak membantu dan menyokong untuk meneruskan ujian amali ini
walau pun dianggap untuk menyiapkan pakaian dalam masa 3 jam adalah
mustahil. Namun itu semua atas diri sendiri sama ada mahu atau tidak mahu
lakukan.

Namun begitu, terdapat beberapa kesukaran yang saya alami semasa


menjalankan amali ini dimana saya telah menampal interface pada kain kolar
pada arah yang salah. Ini sedikit sebanyak mengangu emosi saya ketika itu
yang mengejar masa untuk menyiapkan pakain tersebut. Namun begitu, saya
perlu bertenang untuk menyiapkan amali ini kerana untuk mengelakkan
sebarang kesilapan yang lain.

Akhir sekali, ilmu yang saya terima ini amat berguna untuk digunakan dalam
kehidupan seharian. Tidak kira sama ada bertujuan komersial atau kegunaan
sendiri, ilmu ini akan dimanfaat sebaik mungkin pada masa hadapan agar dapat
memberikan manfaat kepada semua lapisan masyarakat.

7. RUJUKAN

F. K. (n.d.). Rekod kerja jahitan. Retrieved April 17, 2018, from


https://www.scribd.com/doc/123927769/rekod-kerja-jahitan
Nanisaaid Follow. (2014, September 09). Folio jahitan. Retrieved April 17, 2018, from
https://www.slideshare.net/nanisaaid/folio-jahitan-38856613

Marzuki, M., & Marzuki, M. (2013). Jahitan(pp. 1-54). Malaysia, Selangor.

Kiong, T. T. (2016). Tahap Penguasaan Teori Dan Amali Dalam Kalangan Pelajar
Ekonomi Rumah Tangga: Kajian Persepsi Di Universiti Awam Malaysia,79-87.
Retrieved from http://www.ukm.my/geografia/images/upload/8x.geografia-si-mac16-tee-
edam

Azmawati, A. A., Zaitun, Z. M. N & Lamah, A. G. (2002). Pengajian Pakaian


Tingkatan 4. Kuala Lumpur, MY: Edusystem Sdn. Bhd.

You might also like