You are on page 1of 11

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SCHOOL OF EDUCATION & MODERN LANGUAGES

SGDK 4014

KAEDAH MENGAJAR BAHASA MELAYU

KEMAHIRAN MEMAHAMI DAN MENGHAYATI

PROVIDED FOR :

DR. NOR HASIMAH BINTI ISMAIL

PROVIDED BY :

NORHAFIZAH BINTI AZIZAN (826147)

0
KEMAHIRAN MEMAHAMI DAN MENGHAYATI

1.0 Pengenalan

Pedagogi ialah kajian mengenai pengajaran, khususnya pengajaran dalam pendidikan

formal. Dengan kata lain, pedagogi ialah sains dan seni mengenai cara mengajar di

sekolah. Menurut Slavin(1997), pedagogi ialah penghubung antara perkara yang seorang

guru ingin sampaikan kepada pelajarnya supaya dapat menyerap segala input dengan

mudah. Secara umumnya pedagogi merupakan mata pelajaran yang wajib bagi mereka

yang ingin menjadi guru di sekolah. Sebgai satu bidang kajian yang luas, pedagogi

melibatkan kajian tentang proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah,

organisasi sekolah dan juga interaksi guru dengan pelajar semasa di sekolah. Perkataan

‘pedagogi’ lahir daripada bahasa Yunani paidagogos dimana ‘paida; merujuk kepada

kanak-kanak, dan ini jelas menunjukkan terdapat perbezaan dari segi istilah. Contohnya,

‘pedagogi’ merujuk kepada mengajar kanak-kanak dan ‘andragogi’ pula mengajar orang

dewasa. Perkataan Yunani untuk pedagogi, pendidikan, adalah digunakan dengan lebih

meluas, dan seringkali kedua-duanya boleh ditukar guna. Pedagogi moden selalunya

membahagikan fungsi pengajaran kepada tiga bidang, yakni apa yang dimaksudkan

sebagai taksonomi Bloom. Menurut taksonomi bloom, pengajaran boleh terbahagi

kepada tiga bidang iaitu bidang kognitif, bidang afektif dan bidang psikomotor. Ketiga-tiga

bidang ini nampaknya begitu tersendiri sifatnya. Pada alaf 21 ini, pedagogi serta kaedah

pengajaran dan pembelajaran haruslah selari dengan kehendak dan objektif Falsafah

Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan pelajar yang seimbang dari pelbagai aspek.

1
Pendidikan Bahasa Melayu secara bersepadu di sekolah menengah bukanlah

perkara baharu bagi dunia pendidikan. Kurikulum ini mula dilaksanakan pada tahun 1988

di negara ini, dengan terhasilnya Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Kurikulum

ini dirangka bagi memenuhi peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,

bahasa rasmi dan bahasa ilmu (Nik Safiah Karim, Awang Sariyan, Ahmad Hj. Tahir, &

Muhani Hj. Abdul Ghani, 1988). Bagi mencapai matlamat di atas, Sukatan Pelajaran

Bahasa Malaysia Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah memberi perhatian utama

kepada beberapa aspek, iaitu pelajar bukan sahaja perlu menguasai kecekapan

berbahasa dan ketepatan berkomunikasi, bahkan mereka juga perlu memahami sistem

Bahasa Malaysia bagi memenuhi fungsi sebagai bahasa perpaduan rakyat, bahasa

perhubungan utama, bahasa pencerminan akal budi rakyat dan bahasa ilmu

pengetahuan, mementingkan penggabungjalinan kecekapan berbahasa, termasuk

aspek-aspek bahasa dan penyerapan ilmu pengetahuan, unsur kewarganegaraan serta

nilai murni masyarakat bagi membentuk peribadi yang seimbang dan harmonis dari segi

intelek, emosi, rohani dan jasmani; dan memberi pemahaman tentang sistem bahasa

serta unsur nilai yang didukungnya, kecekapan berbahasa untuk berkomunikasi dengan

berkesan bagi melahirkan fikiran dan perasaan tentang ilmu pengetahuan, hal

persendirian dan kemasyarakatan dalam konteks rasmi, tidak rasmi dan kreatif melalui

lisan dan penulisan. Kurikulum Bahasa Melayu ini masih mengekalkan matlamat yang

sama dengan kurikulum lama, cuma kandungan sukatan kurikulum baharu lebih

menyeluruh, iaitu meliputi aspek penggunan bahasa, kemahiran bahasa, hasil

pembelajaran, sistem bahasa, dan pengisian kurikulum.

2
Menurut Kamus Dewan Bahasa (Edisi ke-3), kemahiran diertikan sebagai kecekapan atau

kepandaian. Manakala, belajar diertikan sebagai memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran. Tidak

dinafikan kejayaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Bahasa Melayu berkait rapat dengan

kemahiran dan peranan guru yang berkesan. Kemahiran asas pengajaran dan pembelajaran yang

perlu dikuasai meliputi penyediaan Bahan Bantu Mengajar (BBM), mengendalikan set induksi,

penerapan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis (KBKK), kemahiran menyoal dan pengendalian

kelas untuk pengayaan dan pemulihan. Kepentingan Pendidikan Bahasa Melayu merangkumi aspek

pembacaan, pemahaman, penulisan serta penguasaan tatabahasa. Penguasaan dan penghayatan

keseluruhan aspek ini mampu membentuk murid cemerlang. Dalam kemahiran memahami dan

menghayati, guru dapat menilai kemahiran murid dalam sesuatu tajuk melalui pemerhatian di dalam

kelas. Misalnya, dalam mengajar tajuk Puisi Melayu Tradisional, mengenai topik pantun, murid boleh

melakukan penerangan tentang apa yang mereka fahami dengan menyediakan alat bantu mengajar

berupa bahan elektronik seperti Youtube dan sebagainya untuk menunjukkan tahap pemahaman

mereka. Melalui penerangan tersebut , murid dapat menguasai kefahaman isi pelajaran dan guru dapat

mengenalpasti sejauhmana kefahaman murid terhadap isi pelajaran yang dipelajari.

Pemahaman merupakan proses berpikir dan belajar. Dikatakan demikian karena

untuk menuju ke arah pemahaman perlu diikuti dengan belajar dan berfikir. Pemahaman

merupakan proses, perbuatan dan cara memahami. Pemahaman adalah tahap

kemampuan yang mengharapkan seseorang mampu memahami sesuatu konsep, situasi

serta fakta tertentu. Dalam hal ini ia tidak hanya dapat mengingat secara verbalitas, tetapi

memahami konsep dari masalah atau fakta tertentu untuk membezakan, mengubah,

mempersiapkan, menyajikan, mengatur, menginterpretasikan, menjelaskan,

mendemonstrasikan, memberi contoh, memperkirakan, menentukan, dan mengambil

3
keputusan. Di dalam bidang kognitif jelas menunjukkan tahap kemampuan yang dicapai

dari yang terendah sampai yang tertinggi. Dapat dikatakan bahawa pemahaman

tahapnya lebih tinggi dari sekadar pengetahuan. Definisi pemahaman menurut Anas

Sudijono adalah “kemampuan seseorang untuk mengerti atau memahami sesuatu

setelah sesuatu itu diketahui dan diingat.

Dari segi bahasa, menghayati berasal dari ‘hayat’ iaitu perkataan Arab bermakna

hidup, manakala kata kerja ‘menghayati’ memberi maksud mengalami dan merasai

(dalam batin) atau meresap ke dalam jiwa. Bersesuaian dengan maksud dari segi

bahasa, seseorang yang menghayati sesuatu bidang bahasa akan menjadikan bahasa

itu ‘hidup’ dalam diri dan luarannya. Penghayatan seseorang pelajar sebenarnya sangat

berkait rapat dengan maksud masyarakat Melayu yang digariskan dalam Perlembagaan

iaitu seorang yang beragama Islam dan berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu

serta mengamalkan budaya Melayu dalam kehidupan seharian. Bagi menjadi seorang

yang benar-benar menghayati kandungan dalam topik bahasa Melayu,seperti contohnya

untuk menghayati puisi yang berbentuk catatan kembara yang diambil dari penulis muda

Fahd Razy dimana beliau telah mengadaptasikan pengalamannya dalam bentuk puisi

ketika beliau berada di perantauan. Bagi para pelajar atau guru yang telah serasi dengan

budaya masyarakat Melayu akan lebih mudah untuk memasukkan unsur penghayatan

ketika mendalami puisi tersebut. Secara keseluruhannya, penghayatan dalam bahasa

Melayu sangat berkait rapat dengan unsur yang menitikberatkan adab, budi pekerti,

kesopanan, tingkah laku dan sebagainya ketika berbahasa terutamanya dalam kalangan

masyarakat Melayu sendiri.

4
2.0 Ciri-ciri Pendekatan Kemahiran Memahami dan Menghayati

Pendekatan Memahami dan Menghayati ialah pendekatan pengajaran yang

memerlukan penghayatan pelajar sendiri melalui pengalaman, renungan dan

penganalisisan. Pendekatan ini menekankan bacaan teks, pemahaman teks,

memberikan respons secara kritis serta sedikit kajian teks berdasarkan teks

kesusasteraan yang dibaca dan cuba mengaitkan dengan pengalaman dan pandangan

diri sendiri. Pendekatan ini apabila digunakan bersama-sama dengan pendekatan

analisis struktural membolehkan pelajar memahami isi cereka atau maksud sesebuah

puisi dengan lebih baik. Dalam konteks latihan pula, tugasan yang diberikan bersifat

penghayatan pelajar dan tertumpu pada sesuatu peristiwa yang boleh melibatkan diri

sendiri, keluarga, teman-teman, masyarakat dan negara.

Pendekatan ini berupaya mencorakkan keupayaan pelajar berfikir secara kritis

dan reflektif kerana mereka berpeluang mengaitkan bahan bacaan itu dengan isu-isu

yang lebih meruncing di peringkat masyarakat dan negara serta global. Beberapa ciri

Pendekatan Memahami dan Menghayati adalah seperti pelajar mampu mengaitkan

pengalaman peribadinya dengan isi karya/genre yang dibaca, pelajar terlebih dahulu

membaca dan memahami teks cerita atau maksud puisi di rumah melalui kaedah Flipped

classroom, pelajar memberikan pendapat peribadi dan menilai aspek-aspek struktur yang

tertentu dalam sesebuah teks/karya kesusasteraan, guru memberikan latihan yang

menekankan analisis pengalaman pelajar sendiri agar mereka dapat menghayatinya dan

guru mengemukakan soalan yang mencabar daya intelek pelajar dan aktiviti yang

dirancang harus dapat melatih pelajar berfikir secara reflektif, kritis dan analitis.

5
Pelajar mampu mengaitkan pengalaman peribadinya dengan isi karya atau genre

yang dibaca

Kemahiran memahami dan menghayati boleh dilihat jika seseorang pelajar itu

mampu mengaitkan pengalaman peribandinya dengan isi sesebuah karya atau genre

yang dibacanya. Contohnya, melalui salah satu tajuk sajak tingkatan 4 iaitu Sajak Remaja

yang dihasilkan oleh Rahman Saari. Sajak ini dipilih dalam pengajaran kerana mungkin

guru yang mengajar tersebut mempunyai pengalaman mereka sendiri sebagai seorang

remaja dan masalah-masalah yang pernah mereka alami ketika diusia remaja seprti

masalah isu sosial, dadah, pergaulan bebas, samseng, buang anak dan sebagainya.

Namun, sebagai objektif atau tujuan yang disampaikan dalam sajak tersebut ialah agar

pelajar dapat memahami isi tersurat dan tersirat bergantung jenis sajak yang diajar, agar

pelajar dapat menghayati dan menilai harga diri mereka sebagai seorang remaja yang

sangat bernilai dan agar pelajar dapat menggunakan akal fikiran mereka untuk menilai

dan mendalami fakta-fakta sejarah yang berlaku di sekeliling mereka melalui

penyampaian sajak tersebut.

Pelajar terlebih dahulu membaca dan memahami teks cerita atau maksud puisi di

rumah melalui kaedah Flipped classroom.

Selain daripada itu, ciri-ciri yang terdapat dalam kemahiran memahami dan

menghayati ialah pelajar dapat membaca dan memahami teks serta jalan cerita sesuatu

topik yang diketengahkan terlebih dahulu sebelum disoal oleh guru mereka di dalam

kelas. Kebiasaannya, mereka meneroka jalan cerita teks tersebut melalui pelbagai

6
kaedah seperti kaedah Flipped Classroom atau Google Classroom. Dengan cara

membaca dan memahami teks cerita terlebih dahulu, tahap pemahaman pelajar akan

menjadi lebih baik dan tahap fokus pelajar menjadi lebih tinggi ketika proses pengajaran

dan pembelajaran mengenai Sajak Remaja diadakan. Dari segi aktiviti pengajaran dalam

kelas pula, pada induksi set, guru boleh menggunakan abm (alat bantu mengajar) dengan

menayangkan tayangan deklamasi sajak yang diambil dari laman Youtube. Seterusnya

pelajar diminta untuk menjelaskan perasaan mereka selepas menonton rakaman video

tersebut, pelajar diminta untuk menyatakan perasaan mereka sama ada mereka berasa

sedih melihat keadaan remaja sekarang yang banyak membuang masa dan mensia-

siakannya dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menguntungkan hidup mereka. Seterusnya,

pelajar diminta untuk menjelaskan makna/maksud yang terkandung dalam setiap sajak

tersebut dan guru akan meminta seorang wakil dari pelajar lelaki dan perempuan

sebelum guru menerangkan secara lebih lanjut lagi mengenai makna sajak tersebut.

Dengan kaedah pelajar akan meningkatkan lagi pemahaman dan penghayatan mereka

terhadap teks cerita atau sajak tersebut.

Pelajar memberikan pendapat peribadi dan menilai aspek-aspek struktur yang

tertentu.

Kemahiran memahami dan menghayati juga mampu membuat pelajar untuk aktif

memberikan pendapat peribadi dan menilai aspek-aspek struktur yang tertentu seperti

plot cerita, tema serta persoalan yang terdapat dalam puisi atau sajak tersebut.

Kemudian, guru juga akan meminta pelajar untuk menjelaskan secara lebig terperinci apa

yang mereka fahami mengenai tema dan persoalan serta bertanyakan kepada pelajar

7
apakah faktor guru mengambil tajuk ini sebagai tajuk pengajaran yang dijalankan pada

hari tersebut. Seterusnya pelajar diminta untuk menjelaskan bentuk dalaman dan luaran

sajak, nada, mesej atau sudut pandangan yang terkandung dalam sajak tersebut. Pada

langkah akhir sekali iaitu pengukuhan, guru boleh meminta pelajar untuk menyuarakan

pengajaran-pengajaran yang boleh didapati daripada sajak ini serta bertanyakan mereka

tentang kefahaman mereka terhadap sajak yang dijelaskan pada awal tadi.

Guru mengajukan soalan yang mencabar daya intelek pelajar

Penilaian merupakan asas dalam proses pembelajaran. Penilaian merujuk semua

aktiviti yang dijalankan oleh guru dan pelajar untuk mendapatkan maklumat tentang

kelakonan pelajar dengan mengajukan soalan kepada pelajar. Maklumat yang diterima

boleh digunakan untuk tujuan menilai pelajar di akhir penggal atau semester. Penilaian

juga boleh memainkan peranan formatif apabila dijalankan secara berterusan. Aktiviti

penilaian yang berterusan membolehkan guru mendapatkan dan mengumpulkan

maklumat tentang keberkesanan pengajaran dan kemajuan pelajar dalam pembelajaran.

Maklumat-maklumat ini membantu guru merancang strategi pengajaran yang lebih

berkesan bagi memenuhi keperluan pelajar. Dengan demikian, keupayaan dan keperluan

pelajar dapat dikenal pasti dan tindakan susulan dapat dilaksanakan dengan segera bagi

menguji tahap intelek pelajar. Pelajar perlu dilengkapkan dengan spektrum kemahiran

berfikir supaya mereka dapat membaca dan memberikan respons terhadap pelbagai

aspek pembelajaran. Sebagai contoh, dalam pembelajaran kesusasteraan, kemahiran

menganalisis boleh diterapkan apabila pelajar menganalisis perwatakan, situasi, kesan

pembaca terhadap gaya bahasa dalam teks, dan menganalisis sudut pandangan penulis.

Kesemua kemahiran ini patut diperkenal dan diperkukuh pada setiap tahap

8
pembelajaran. Namun, tahap penguasaan kemahiran tersebut berbeza-beza bergantung

pada keupayaan pelajar. Guru perlu jelas bahawa kemahiran-kemahiran ini bertindan

antara satu sama lain dan saling berkait. Maka mengajarkan kemahiran ini secara

berasingan tidak digalakkan.

3.0 Kesimpulan

Dalam pengajaran, kemahiran memahami dan menghayati merupakan satu

kaedah yang cukup efektif untuk digunakan oleh para guru kepada pelajarnya di dalam

kelas. Kemahiran ini mempunyai pelbagai faedah yang mampu membantu pelajar dalam

usaha untuk menarik minat dan memupuk perasaan berani bersuara dan menyampaikan

maklumat kepada orang ramai. Pelajar akan lebih Nampak berkeyakinan dan selesa

apabila guru mereka menggunakan kaedah yang seringkali melibatkan pengalaman

mereka untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Hal ini

disebabkan guru dan pelajar dapat berkongsi pengalaman dan bertukar-tukar idea yang

akan memberi impak yang lebih cemerlang kepada pelajar kerana mereka dapat

memperolehi pengalaman dan idea yang sangat bermanfaat dari guru mereka. kaedah

serta kemahiran ini sanagt mesra pelajar kerana ia mudah diterima dan digunakan oleg

guru mahupun pelajar. Walaubagaimanapun, seorang guru seharusnya lebih cekap dan

lebih berdedikasi dalam mengenalpasti setiap potensi yang wujud dalam setiap diri

pelajarnya. Oleh itu, perkara tersebut akan memudahkan lagi peranan seorang guru

dalam membentuk dan memupuk sahsiah seorang pelajar yang akan menjadi harapan

sebuah negara kelak.

9
Rujukan

Idris, N. (2005). Pedagogi dalam pendidikan matematik : Utusan Publications.

Jaafar @ Mustapha, M. M., Tamuri, A. H., & Ya, R. (2012). Konsep Berilmu di Kalangan
Guru Pendidikan Islam Satu Keperluan dalam Membangunkan Modal Insan in
Seminar Antarabangsa Perguruan dan Pendidikan Islam [SEAPPI2012]
(International Seminar on Teacher and Islamic Education [SEAPPI2012]) at Le
Grandeur Palm Resort, Senai, Johor Bahru on 8-9 March 2012, pp. 289-303. ISBN
99917-44-89-4.

Ngalim Purwanto. (1984). Prinsip-Prinsip dan Teknik Evaluasi Pengajaran, Bandung :


PT. Remaja Rosdakarya, hlm. 44.

Sulaiman, E. (2004). Pengenalan pedagogi : Penerbit UTM.

Talib, A. A. A. (2000). Pedagogi bahasa Melayu: prinsip, kaedah, dan teknik : Utusan
Publications & Distributors.

W.J.S. Porwadarminta. (1991). Kamus Besar Bahasa Indonesia. Jakarta : Balai


Pustaka, 636-8.

10

You might also like