You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT JAWATAN KUASA MPKK KAMPUNG PINANG

BIL. 2/2018

Tarikh : 11 Ogos 2018 (Sabtu)


Masa : 8.30 Malam
Tempat : Balairaya Kampung Pinang

Kehadiran :

1. Encik Musa bin Arib -Bendahari


2. Cik Nurul Farahin Musa -Setiausaha
3. Encik Shakirin bin Hj Mohd Zan
4. Puan Masliha binti Rambeli
5. Encik Ali bin Abu
6. Encik Syariful Bahrin bin Zakaria
7. Encik Sahak bin Zainal Abdeen
8. Encik Sazali bin Md. Sharif
9. Encik Abdul Zulkarami bin Amat
10. Encik Gafar bin Mahmud

Tidak Hadir :

Tuan Haji Othman bin Rahim -Pengerusi MPKK

Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Musa Arib bagi menggantikan Tuan Haji Othman yang
ke Tanah Suci Mekkah bagi menunaikan Haji. Mesyuarat dimulakan dengan ucapan salam
dan terima kasih kepada semua AJK yang hadir. Encik Musa mencadangkan supaya
mesyuarat akan datang akan ditukar waktu kepada jam 9.30 malam bagi memberi
kelonggaran kepada semua AJK untuk menunaikan solat Isyak sebelum menghadiri
mesyuarat,

Hal-Hal Berbangkit :

1. Perlantikan AJK

Pengerusi memaklumkan bahawa, surat perlantikan akan menyusul selepas


Mesyuarat pertama Jawatan Kuasa Penyelaras Kampung Pinang Harapan Bil.
1/2018. Terdapat beberapa pertukaran perlantikan AJK. Mesyuarat juga bersetuju
untuk melantik AJK seperti dalam gambarajah di Lampiran 1.

2. Perlantikan Sidang bagi Kampung Pinang Harapan

Mesyuarat dimaklumkan, lantikan Sidang akan diadakan dalam masa terdekat.


Perlantikan bagi jawatan Sidang perlu dilakukan mengikut kriteria yang telah
ditetapkan. Pengerusi memaklumkan bahawa, cadangan nama bagi lantikan jawatan
Sidang akan dibuka.
Tindakan : Untuk Makluman
3. Pembubaran Ahli Jawatankuasa Masjid

Mesyuarat dimaklumkan oleh Pengerusi mengenai pembubaran AJK Masjid yang


akan berkuatkuasa pada 31/12/2018 ini. Satu mesyuarat akan diadakan untuk
menentukan Imam, Imam dua, Bilal dan Nojer.
Tindakan : Untuk Makluman

4. Lantikan Pemotong Rumput

Mesyuarat bersetuju untuk melantik seorang pemotong rumput dari kalangan


penduduk Kampung Pinang dan kerja-kerja memotong rumput akan dibayar
mengikut kerja pemotongan yang dilakukan. Bayaran upah akan diuruskan oleh
Jawatan Kuasa Penyelaras Kampung.
Tindakan : AJK Kebajikan & Kesejahteraan Kampung
Ulasan Mesyuarat : Masih dalam proses mencari individu yang sesuai untuk
kerja-kerja pemotongan rumput.

5. Kerja-kerja pembersihan surau

Pengerusi memaklumkan akan melantik 2 orang untuk menjaga kebersihan surau


dan elaun untuk mereka akan diusahakan.
Tindakan : Untuk Makluman

6. Perlembagaan Ranting

Encik Musa mencadangkan untuk diadakan satu perlembagaan untuk ranting.


Ulasan : Pengerusi akan membuat rujukan semula mengenai perlembagaan
tersebut.

Tindakan : Pengerusi
Ulasan Mesyuarat : Masih dalam proses

7. Kerja-kerja baik pulih saliran dan infrastruktur dalam kawasan Kampung


Pinang.

Kerosakkan Tindakan Maklumbalas


Pintu Empangan utama Permohonan baik pulih telah Masih tiada sebarang
dihantar kepada Jabatan maklum balas.
Pengairan dan Saliran (JPS).
Tebing kolong yang Permohonan telah dibuat Cadangan untuk
runtuh kepada JPS, masih belum ada permohonan dibuat
sebarang maklum balas. terus kepada Pejabat
Daerah.

8. Agro-Pelancongan

Encik Shakirin mecadangkan untuk kawasan Kampung Pinang dibangunkan untuk


dijadikan kawasan pelancongan. Ini adalah kerana kawasan Kampung Pinang yang
strategik berdekatan dengan bandar dan masih banyak kawasan pertanian didalam
kampung untuk dilawati.
Tindakan : Semua AJK

9. Mesyuarat JAPERUN

Mesyuarat dimaklumkan bahawa sebarang isu yang dibincangkan didalam


mesyuarat Jawatan Kuasa Penyelaras Kampung akan dipanjangkan ke dalam
Mesyuarat JAPERUN.
Tindakan : Untuk Makluman

10. Akaun Bank untuk Jawatan Kuasa Penyelaras Kampung Pinang

Mesyuarat dimaklumkan satu akaun untuk Jawatan Kuasa Penyelaras Kampung


Pinang akan dibuka bagi memudahkan penyimpanan wang dan rekod penggunaan
wang.
Tindakan : Bendahari & Pengerusi
Ulasan Mesyuarat : Masih dalam proses pemilihan bank yang sesuai

11. Banjir di kawasan rumah Penghulu

Mesyuarat dimaklumkan mengenai kawasan rumah Penghulu yang banjir


disebabkan sistem saliran yang tidak berkesan. Pengerusi mencadangkan untuk
menggunakan JCB dahulu untuk membetulkan saliran tersebut sementara
menunggu pihak JPS untuk mengambil tindakan.
Tindakan : AJK Pembangunan dan Infrastruktur
Ulasan Mesyuarat : Masih dalam proses

12. Kerosakkan Jalan di Jalan Kampung Pinang A

Mesyuarat dimaklukan bahawa terdapat kerosakkan jalan di Jalan Kampung Pinang


A. Pengerusi mencadangkan untuk menggunakan batu dan pasir sedia ada untuk
menurap jalan tersebut sementara menunggu aduan dibuat.
Tindakan : AJK Pembangunan dan Infrastruktur

Ulasan : Tindakan telah diambil, jalan yang rosak telah diturap menggunakan
batu dan pasir

You might also like