You are on page 1of 23

CTU551

TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA

TAJUK:

Cabaran Dakwah Terhadap Golongan Remaja Di


Malaysia Pada Masa kini

NAMA NO. PELAJAR


AHMAD NAZRIN BIN AHAMADJEDI 2019290962
MHD BADHRUL BIN BAHAR 2016589039
MOHAMAD IZZAT HAKIMI BIN IBRAHIM 2019230234

KUMPULAN : EH2202A
TARIKH : 26 APRIL 2020
DISEDIAKAN UNTUK : SULIAH BINTI MOHD ARIS
MARKAH
Pengenalan /2

Pernyataan Masalah /2

Objektif Kajian /2

Kajian Literatur /3

Metodologi Kajian /4

Dapatan Kajian &


/8
Perbincangan

Rumusan dan Kesimpulan /2

Bibliografi / Rujukan /2

JUMLAH /25
Abstrak

Kajian ini akan menganalisa cabaran dakwah terhadap golongan remaja di Malaysia pada
masa kini.Masalah yang perlu diselesaikan ialah masalah remaja yang kurang mendapatkan
didikan agama kerana golongan remaja tidak mengambil berat tentang ilmu agama pada masa
kini.Metodologi kajian yang digunakan ialah metode internet iaitu mendapatkan rujukan
melalui internet. Proses penyelidikan ialah melalui rujukan dan kajian orang yang berkaitan
dengan cabaran dakwah terhadap golongan remaja di Malaysia.

Penghargaan

Saya merasa penuh syukur kehadrat ilahi kerana dengan keiizinanNya ,kajian ini dapat
disiapkan.Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ustazah Suliah Binti Mohd Aris iaitu
pensyarah bagi subjek CTU551 kerana membimbing saya dalam menjayakan kajian lapangan
ini dengan baik. Lantas itu , terima kasih juga kepada mereka yang terlibat secara langsung
atau pun tidak langsung kerana mereka banyak mengemukan pendapat mereka terhadap
kajian ini.

Akhir sekali, tidak lupa juga kepada rakan rakan saya iaitu Mohd Badhrul Bin Bahar dan
Mohd Izzat Hakimi bin Ibrahim kerana membantu dalam menyiapkan kajian ini.
Isi Kandungan Halaman

Isi Kandungan Halaman


Abstrak 1
Penghargaan 1
1.0 Pengenalan 3
1.1 Latar Belakang Kajian 3
1.2 Pernyataan Masalah 4
1.3 Objektif Kajian 5
1.4 Skop Kajian 5
1.5 Lokasi Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 6
2.0 Kajian Literatur 8
2.1 Pengertian Remaja 8
2.2 Definisi Dakwah 9
2.3 Hubungkait Antara Permasalahan Sosial 10
Remaja Dan Dakwah
2.4 Faktor-Faktor Membantutkan penyebaran 11
Dakwah Dalam Kalangan Remaja
2.5 Pendekatan Dakwah Untuk Golongan 13
Remaja
3.0 Kajian Metodologi 15
4.0 Dapatan Kajian 15
4.1 Revolusi Industri 4.0 15
4.2 Budaya Luar Negara Mempengaruhi 17
Negara Kita
4.3 Hiburan Dalam Menyampaikan Dakwah 18
4.4 Sasaran Dalam Menyampaikan Dakwah 19
5.0 Rumusan Cadangan 19
Bibliografi/Rujukan 20
1.0 Pengenalan

1.1 Latar Belakang Kajian

Apakah itu Dakwah ? Dakwah didefinisikan sebagai menyeru atau mengajak.Kajian ini
membincangkan tentang Cabaran Dakwah Terhadap Golongan Remaja Di Malaysia Pada
Masa Kini. Remaja boleh dikategorikan sebagai individu yang kebiasaanya di dalam
lingkungan umur 13-18 Tahun. Remaja mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi tetapi
malangnya segelintir daripada mereka tidak berminat dalam mendalami ilmu agama
sedangkan ilmu agama Islam akan membimbingkan mereka untuk menjadi seorang insan
yang berjaya bukan sahaja di dunia malah di Akhirat.

Kajian ini memlih konteks remaja kerana remaja mempunyai tenaga yang banyak dan
mereka mempunyai rasa ingin tahu yang kuat. Selain itu , seperti yang kita lihat pada masa
kini bilangan orang dewasa atau orang berumur lebih ramai dari bilangan remaja di masjid.
Hal ini demikian kerana mereka menggangap umur mereka belum sesuai lagi untuk berjuang
meluaskan Islam.Padahal pada zaman Rasulullah S.A.W , ramai remaja yang membantu
baginda memperluaskan agama Islam.

Kajian ini membincangkan cabaran atau halangan yang dihadapi oleh pendakwah dalam
menyampaikan dakwah terhadap Golongan remaja. Hal ini demikian kerana kita boleh
mencari kelemahan dan memperbetulkan kelemahan kita sebagai seorang pendakwah dalam
menyampaikan dakwah. Cabaran dan Halangan sentiasa wujud kerana ia bertujuan bukan
untuk menghalang kita untuk melakukan sesuatu kebaikan malah dia mengajar kita untuk
menjadi lebih baik dari yang sebelumnya dari segi cara kita melakukan kebaikan .
1.2 Pernyataan Masalah

Cabaran dakwah terhadap golongan remaja di Malaysia pada masa kini merupakan tajuk
yang kami kaji.Kajian ini membincangkan tentang cabaran sebagai seorang pendakwah dalam
menyampaikan dakwah terhadap golongan remaja di Malaysia.

Masalah yang dikaji adalah apakah yang menyebabkan golongan remaja susah untuk
menerima dakwah dari pelbagai sumber iaitu melalui majlis, dari rujukan internet dan
sebagainya. Masalah tidak boleh hanya dilihat dari pihak golongan remaja kerana boleh jadi
masalah juga datang daripada orang yang menyampaikan dakwah.

Mengikut kajian terdahulu , iaitu menurut (Zulkiple Abd Ghani, 2015), dia menyatakan
bahawa kebanjiran maklumat agama di laman web boleh mewujudkan rasa tidak senang hati
dalam memilih maklumat agama yang tepat . Ini menunjukkan teknologi maklumat
merupakan satu cabaran dalam kita menyampaikan dakwah kerana remaja akan menjadi
kurang yakin dalam memilih maklumat agama sehingga boleh jadi remaja akan berputus asa
mencari melalui internet.

Kekurangan dalam perisian maklumat ialah hanya tertumpu dari sudut teknologi
maklumat.Dalam Kajian ini juga akan membincangkan cabaran dari sudut orang yang
menyampaikan dan dari sudut golongan remaja serta dari sudut teknologi maklumat.

Sasaran Penyelidikan ialah untuk memastikan golongan remaja sentiasa aktif dalam
menyampaikan dakwah serta menjadikan amalan berdakwah sebagai satu tanggungjawab
hidup mereka sebagai seorang muslim. Hal ini demikian kerana golongan remaja mempunyai
tenaga yang banyak dan cita-cita yang tinggi dan mereka juga mampu untuk meluaskan
dakwah Islam di Malaysia.
1.3 Objektif Kajian

Objektif dalam kajian lapangan kami adalah untuk:

1.Mengenalpasti faktor-faktor menghalang penyebaran dakwah dalam kalangan remaja.

2.Memberi kerangka cadangan ataupun penambahbaikan dalam penyebaran dakwah di


Malaysia terutamanya golongan remaja.

1.4 Skop Kajian

Kajian yang dijalankan oleh kami ini meliputi golongan remaja di Malaysia dengan meliputi
kawasan Bandar mahupun luar Bandar. Golongan remaja ini ialah golongan umumnya dalam
lingkungan 20 hingga 40 tahun atau 13 hingga tahun di mana mereka ibarat kain putih yang
perlu dicorakkan gaya hidup mereka. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti
contoh-contoh halangan dalam meyebarkan dakwah kepada golongan ini.

1.5 Lokasi Kajian

Lokasi kajian ini melibatkan masyarakat iaitu dikalangan remaja di Malaysia. Malaysia ialah
salah satu negara di asia yang mempunyai rakyat yang kelompok kumpulan belia atau remaja
yang ramai. Kawasan kajian ini tidak berfokuskan hanya kepada golongan remaja di kawasan
bandar tetapi turut serta yang berada di pinggir bandar walaupun diketahui umum aktiviti
dakwah sukar digiatkan di kawasan Bandar utama khususnya yang berkembang pesat
berdasarkan bukti statistik gejala di kawasan ini yang tinggi. Oleh itu, daripada kajian ini
dapat disimpulkan bahawa kajian ini dijalankan dengan pemerhatian terhadap golongan
remaja di seluruh pelosok negara ini.
1.6 Kepentingan Kajian

Daripada kajian yang dilakukan ini saya dapat membuat ulasan mengenai kepentingan-
kepentingan untuk mengkaji tentang cabaran untuk menyampaikan dakwah kepada golongan
remaja di negara ini pada masa sekarang. Pada pendapat saya, kajian mengenai masalah ini
memang wajar dilakukan untuk mengetahui sebab utama tujuan sebenar sesebuah dakwah
tidak dapat disampaikan dengan sempurna kepada golongan belia ini. Perkara ini wajar
dititikberatkan kerana kegagalan penyampaian dakwah menyebabkan perkara-perkara
keagamaan diambil mudah dikalangan remaja. Hal ini dibuktikan dengan pemerhatian yang
dibuat terhadap gaya hidup mereka yang lebih cenderung melakukan kemungkaran
berbanding mencegahnya.

Antara kepentingan yang dapat diambil dari kajian ini ialah untuk mengenal pasti
kelemahan tertentu dalam sistem dakwah yang menyebabkan dakwah tersebut tidak
berkesan. Daripada pemerhatian terhadap kelemahan tersebut kita dapat memperbaiki dari
segi penyampaian dakwah tersebut supaya lebih makan dalam kepada jiwa-jiwa remaja yang
berdarah muda. Seperti mana rumah yang perlukan tiang untuk terus teguh, kereta perlu enjin
untuk dihidupkan, seperti itulah dakwah memerlukan tunjang yang kukuh supaya ianya
berkesan dan mencapai matlamat. Walaupun kehadiran ceramah di masjid sentiasa dihujani
Jemaah masjid yang ramai, hanya segelintir datangnya dari kelompok remaja lalu
membuktikan kelamahan dakwah di sini ialah tidak dapat menarik perhatian kelompok
remaja. Sebagai cadangan penyelesaian masalah ini penyampai ceramah yang dijemput ini
harus dititikberatkan supaya dapat menarik minat golongan muda ini.

Selain itu, daripada hasil kajian yang dilakukan ini dapat mengenal pasti usaha terbaik
yang dapat dilakukan untuk menambah baik cara penyampaian dakwah seperti mencari
alternatif medium yang lain digunakan untuk menyebarkan dakwah. Hal ini demikian kerana
pada masa kini yang terdedah kepada perkembangan teknolongi yang pesat, cara perkongsian
dakwah melalui teknologi IT mungkin antara medium yang efisyen untuk digunakan. Hal ini
dapat dibuktikan dengan pemerhatian pada golongan hari ini kerana hampir setiap daripada
mereka mempunyai gajet masing-masing seperti telefon pintar dan komputer riba.Oleh itu,
mereka akan lebih terdedah kepada bahan ilmuwan digital berbanding bahan ilmuwan fizikal
kerana akses internet untuk mlayari alam maya lebih mudah tidak kira dimana-mana. Bab
kata orang bijak pandai internet berada di hujung jari tetapi bergantung cara pergunaan
kemudahan tersebut.
Seterusnya, antara kepentingan lain untuk dijalankan kajian ini ialah membuat
perancangan untuk pelaksanaan dakwah yang lebih berkesan. Hal ini kerana sesebuah dakwah
tidak akan dapat tercapai matlamatnya tanpa sebarang perancangan yang betul. Perkara ini
dapat dibuktikan melalui kejayaan nabi junjungan Muhammad S.A.W yang berjaya
menyebarkan dakwah beliau kerana mempunyai perancangan yang teliti dan bekesan.
Kejayaan tersebut dapat dilihat hingga hari ini agama Islam tersebar luas ke seluruh pelosok
dunia tanpa mengira bangsa manusia. Oleh itu, dapat dilihat betapa pentingnya sesebuah
perancangan dalam dakwah itu kerana mengenal pasti terlebih dahulu kekurangan atau
kelemahan dalam dakwah tersebut. Di samping itu, melalui perancangan yang sempurna akan
lebih bersedia untuk menyebarkan dakwah dengan hujah-hujah sokongan supaya dakwah
dapat disebarkan dengan lebih lancar seterusnya menarik golongan yang ingin didakwah.
Seperti kata pepatah yang memberitahu berhujah dengan orang yang cetek ilmu lebih sukar
berbanding berhujah dengan orang yang tinggi ilmunya.
Bab 2 Kajian Literatur

Kajian literatur adalah satu bab yang penting dalam kajian lapangan kami. Tujuan kajian
literatur dilakukan adalah untuk memberi kami definisi dan terminologi yang relevan dan
secara tidak langsung memberi gambaran yang jelas tentang konsep dan teori untuk diguna
pakai dalam kajian lapangan ini.

2.1 Pengertian Remaja.

Remaja pada umumnya merujuk kepada golongan manusia yang berumur 12-21 tahun atau 13
hingga 25 tahun. Perkataan 'remaja' berasal daripada perkataan latin bermakna menuju kearah
kematangan. golongan ini sentiasa mempunyai perasaan ingin mencuba dan sedang menuju
ke tahap untuk menjadi dewasa. Dari sudut perkembangan manusia, remaja merujuk kepada
satu peringkat perkembangan manusia, iaitu peringkat transisi antara peringkat kanak-kanak
dan peringkat dewasa.

Menurut (Azizi Yahya, 1994), masa permulaan remaja bermula apabila seseorang mencapai
akil balighnya, dalam lingkungan 13 tahun dan akhir remaja bergantung kepada keadaan
sekelilingnya seperti tempat tinggal dan sosial masyarakatnya. Azizi Yahya menambah dalam
kajiannnya bahawa, pembinaan remaja dapat di lihat daripada dua aspek. Pertama, keadaan
tempat tinggal boleh menentukan masa atau tempoh remaja seseorang. Dalam hal ini, semakin
maju tempat tinggal seseorang remaja, semakin lama masa remajanya adalah kerana masa
dihabiskan dengan mengejar kerjaya dan belajar. Remaja yang tinggal di kawasan maju tidak
perlu risau dengan masalah pelajaran kerana mereka tidak dibebani dengan tanggungjawab
kekeluargaan misalnya. Manakala remaja yang membesar dalam persekitaran atau masyarakat
yang mundur pula tempoh remajanya singkat. Hal ini kerana mereka terpaksa berkerja
memikul tanggungjawab menyara keluarga dan pelajaran adalah hal yang tidak penting
kerana keadaan ekonomi yang rendah. Kedua, sudut dimana seseorang remaja dapat dilihat
atau dikenal pasti selain daripada tempat tinggal adalah melalui lima sudut yang berlainan
iaitu fizikal, emosi, mental, sosial dan moral. Lima faktor ini dijelaskan lebih mendalam oleh
(Azizi Yahya, 1994) dalam kajiannya, permasalahan sosial dalam kalangan remaja.

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa remaja adalah golongan di antara peringkat kanak-kanak
dan dewasa. Seseorang remaja akan mengalami pelbagai perubahan yang drastik termasuklah
perubahan jasmani, sosial dan bahasa. Akibat daripada itu, remaja adalah golongan yang
merupakan orang yang emosinya tidak stabil dan sentiasa bermasalah

2.2 Definisi Dakwah

Perkataan dakwah berasal daripada bahasa arab iaitu yad’u, da’waatan yang membawa
maksud menyeru, menjamu, memanggil, mengajak dan menjemput. Manakala dari segi istilah
pula ialah mendorong manusia agar membuat kebaikan dan petunjuk. Dakwah menyuruh
seseorang berbuat yang ma’ruf dan mencegah mereka daripada melakukan perbuatan
mungkar, agar mereka mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Ali Abdul Halim Mahmud pula mengertikan dakwah sebagai mengajak manusia untuk
beriman kepada manusia, risalah yang dibawa oleh nabi dan rasul, taat pada perintah yang
diberikan, dan membenarkan seluruh perkataan utusan allah tersebut.

Menurut (Ismail & Osman, 2019) dalam kajiannya, yang memetik pandangan Yusuf al-
qardawi mendefinisikan dakwah sebagai suatu usaha untuk membawa manusia kepada
petunjuk yang sebenar melalui ajaran dan suruhan islam. Melaksanakan segala perintah dan
menjauhi segala larangan Allah S.W.T melalui utusannya samaada rasul ataupun nabi.

Melalui definisi-definisi yang diberikan diatas, dapatlah disimpulkan pengertian dakwah


kepada dua cabang iaitu dakwah dari segi umum dan dakwah dari segi islam. Dakwah dari
segi umum. Maksud dakwah secara umum, ialah sutu ilmu pengetahuan yang berisi kaedah-
kaedah dan tuntunan-tuntunan bagaimana cara sebaiknya untuk pendakwah itu menarik
perhatian atau minat seseorang untuk menganut, menyetujui dan melaksanakan suatu ideologi
tertentu.Dakwah menurut Islam pula ialah mengajak seseorang dengan penuh kebijaksanaan
ke arah jalan yang benar sesuai dengan perintah Allah untuk kemaslahatan dan kebahagiaan
dunia dan akhirat.
2.3 Hubungkait Antara Permasalahan Sosial Remaja dan Dakwah

Tidak dapat dinafikan remaja adalah golongan yang selalu menimbulkan permasalahan sosial
di negara ini. (Anwar, 2018) dalam kajiannya menunjukkan statistik yang agak
membimbangkan dalam aspek keruntuhan akhlak dan gejala sosial yang buruk remaja
Malaysia masa kini. Menurut beliau, statistik yang dikeluarkan daripada Bukit Aman telah
menunjukkan peningkatan sebanyak 111 peratus kes jenayah melibatkan pesalah juvana
dalam tempoh setahun. Sebanyak 7,816 kes telah direkodkan pada tahun 2013 berbanding
3,700 kes pada tahun 2012 yang menunjukkan peningkatan sebanyak 4,116 kes. Tambah
mengerunkan lagi angka kegiatan jenayah yang melibatkan remaja yang tamat persekolahan
juga telah meningkat sehingga 137 peratus iaitu 2,011 pada tahun 2013 kes berbanding 849
kes pada tahun sebelumnya. Jenayah berat yang melibatkan remaja berusia antara 12 hingga
17 tahun juga turut menyaksikan peningkatan sehingga 47 peratus diseluruh negara dan ada
yang terlibat dengan kes bunuh dan juga rogol.

Salah satu statistik yang dibentangkan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di dalam sidang
Parlimen ialah sebanyak 751 kes juvana yang melibatkan kesalahan rogol telah direkodkan
pada tahun 2014, 674 kes pula pada tahun 2015 dan 691 kes pada tahun 2016. Manakala bagi
kes jenayah ganas pula mencatatkan 2,907 kes pada tahun 2014, diikuti 2529 kes pada tahun
2015 dan 2,526 kes pada tahun 2016. Kes yang melibatkan jenayah kecurian motosikal telah
merekodkan angka 3,110 kes pada tahun 2014 yang melibatkan remaja berusia antara tujuh
hingga sepuluh tahun. Kes menurun kepada 2,634 pada tahun 2015 dan meningkat sedikit
pada tahun 2016 sebanyak 2,655 kes. Manakala kes yang melibatkan jenayah harta benda
telah direkodkan sebanyak 6,386 pada tahun 2014, menyaksikan penurunan angka kes kepada
5,605 pada tahun 2015 dan 5,459 pada tahun 2016.

Oleh yang demikian, daripada statistik yang diberikan di atas, remaja adalah golongan yang
sering melakukan kesalahan-kesalahan kecil dan berat. Ini juga menunjukkan bahawa kadar
penglibatan remaja dalam masalah sosial semakin serius di mana remaja adalah aset negara
yang bakal memberikan peranan yang besar dalam mencorakkan masa hadapan politik,
kemasyarakatan dan ekonomi di Malaysia (Absha Atiah Abu Bakar & Mohd. Isa Hamzah,
2019). Permasalahan ini, jika tidak dibendung dengan baik akan memberi impak yang negatif
kepada negara amnya dan individu itu sendiri khususnya. Selain itu, kegagalan sesebuah
bangsa, organisasi, negara mahupun tamadun selalu dikaitkan dengan keruntuhan akhlak dan
moral individu.Oleh itu, peranan dakwah islam khususnya dan hubungkaitnya dalam kalangan
remaja adalah amat penting untuk membentuk golongan remaja yang berakhlak dan
bersahsiah elok. Walau bagaimanapun, penerimaan dakwah dalam kalangan remaja adalah
dalam kadar yang sangat sedikit oleh kerana beberapa faktor yang akan di bincangkan dalam
seksyen seterusnya.

2.4 Faktor-Faktor Membantutkan Penyebaran Dakwah dalam Kalangan Remaja

Hari demi hari, cabaran dakwah Islamiah menghadapi cabaran yang semakin hebat
oleh kerana suasana kehidupan yang semakin kompleks. Walaupun secara teorinya islam
mampu menjawab serta menghadapi segala persoalan yang dihadapi oleh umat islam, namun
demikian penerimaan dakwah oleh pendakwah dalam kalangan remaja adalah sangat kecil.
Hal ini kerana, beberapa faktor yang membantutkan usaha ini.

Menurut(Jalal et al., 2018), salah satu persoalan penting tentang bagaimana dakwah
tidak mendapat perhatian yang baik daripada remaja adalah kerana tiada gambaran yang jelas
tentang usaha dakwah yang dilaksanakan oleh pendakwah. Para pendakwah masih tidak
dapat ataupun masih gagal menguasai ‘peta dakwah’ kawasan setempat walaupun wawasan
dan visi dakwah yang cukup hebat, tetapi tidak sesuai dengan sasaran dakwah. Sesebuah
kelompok masyarakat khususnya golongan remaja mempunyai masalah, budaya, dan karakter
yang berbeza. Namun masih ramai dalam kalngan pendakwah yang menyampaikan bahan-
bahan dakwah dalam bentuk yang sama kepada khalayak. Matlamat dakwah tidak akan
tercapai jika keadaan seperti ini diteruskan. Selain itu, Jalal juga menambah faktor lain adalah
kerana para pendakwah atau dai hanya menyampaikan ajaran Islam tanpa melakukan
penilaian atau memikirkan tentang sejauh mana hasil pengajaran atau objek pengajaran
berdasarkan pengajaran yang disampaikan. Dengan kata lain, para pendakwah sekadar ingin
melepaskan tanggungjawab pengajaran tersebut tanpa memikirkan objektif dan hasil
pembelajaran. Sedangkan berdakwah tidak sekadar melaksanakan kewajipan, tetapi ia juga
perlu kepada perancangan yang jelas serta keperluan kepada penilaian agar usaha dakwah
yang dilaksanakan menghasilkan impak yang berkesan.
Selain daripada faktor pendakwah yang tidak kompeten, kajian daripada (Abdul
Ghafar Don & Badlihsiham Mohd. Nasir, 2012) mengaitkan dakwah Islamiah di Malaysia
juga menghadapi cabaran daripada serangan luar. Penulis dalam kajiannya mengaitkan kesan
penjajahan terhadap cabaran dakwah di Malaysia. Selepas kemerdekaan, British telah
meninggalkan legasinya yang memberi kesan jangka panjang kepada perkembangan Islam,
iaitu nasionalisme. Mereka telah memastikan tampuk kepimpinan dan pemerintahan dikuasai
golongan nasionalis dengan meninggalkan para Islamis. Agenda ini telah memberi kesan
dalam melambatkan proses kebangkitan Islam dan dakwah. Nasionalisme telah menjadi
senjata dan benteng yang berkesan dalam menyekat arus perkembangan dakwah, bukan
sahaja di negara ini, tetapi juga negara-negara Islam lain yang dijajah British. Sehingga kini,
kewujudan nasionalisme dan para nasionalis merupakan cabaran yang terpaksa dilalui dalam
konteks perjalanan dakwah di negara ini. Timbulnya bermacam-macam isme dan ajaran baru
yang menyesatkan terus menghimpit dakwah dari pelbagai sudut. Munculnya budaya popular
khususnya berkaitan muzik dan filem yang dieksploitasi bagi mengaut keuntungan dan
kelahiran golongan liberal dengan penjenamaan tertentu terus menjadi laluan berliku yang
melambatkan lagi perjalanan dakwah untuk menuju destinasi.

Tambahan lagi, faktor lain yang dapat membantutkan penyebaran dakwah dalam
kalangan remaja adalah kerana kemajuan internet yang semakin berkembang pesat. Menurut
(Zulkiple Abd Ghani, 2015) , ruang internet yang terbuka dan bebas sehingga boleh
menjadikan semua penjelasan agama begitu mudah didapati menyebabkan berlakunya
penumpukan maklumat agama secara berlebihan yang membawa kepada masalah kebanjiran
maklumat. Masalah kebanjiran maklumat boleh mewujudkan suasana huru-hara dalam
mencari maklumat yang dapat dipercayai. Antara tanda-tanda lebihan muatan maklumat ialah
rasa cemas, kecewa, marah, lemah semangat, kacau bilau, keliru dan hilang kawalan diri
bersangkutan maklumat. Justeru, alam media baru seperti wikis dan blog memerlukan ukuran
dan metrik yang tepat untuk menentukan kewibawaan maklumat dan tanggungjawab.
Maklumat pengajaran Islam juga dilihat telah mengalami fasa ini di mana pengguna semakin
dihimpit oleh timbunan maklumat agama atas talian secara tidak terkawal yang menyebabkan
berlakunya kecelaruan maklumat agama yang membawa kepada implikasi fobia terhadap
kandungan maklumatnya hanya akan menjerumuskan diri ke kancah kekeliruan dalam
kehidupan. Golongan yang paling terkena tempias buruk kesan daripada kemajuan internet
semestinya adalah golongan remaja kerana sikap ingin tahu terhadap benda baru golongan ini
adalah lebih tinggi daripada golongan dewasa dan kanak-kanak.
2.5 Pendekatan Dakwah untuk golongan remaja.

Daripada faktor-faktor yang menghalang ataupun membantutkan penyebaran dakwah dalam


kalangan remaja, beberapa cadangan telah dikenal pasti untuk membantu pendakwah
memahami sekaligus menarik minat remaja untuk mendekati sekaligus menerima baik
dakwah-dakwah yang disebarkan.

Menurut (Jalal et al., 2018), pada asasnya Islam merupakan agama dakwah, iaitu agama yang
mengajar dan membimbing penganutnya tentang kebenaran dan kebaikan untuk diamalkan
dalam seluruh kehidupan merangkumi kehidupan bermasyarakat, sama ada masyarakat
pluralistik, multi etnik ataupun homogenetik. Penulis menegaskan bahawa dalam konteks
dakwah Islamiah, sesuatu strategi atau rancangan itu tidak dapat dilaksanakan dengan baik
dan cemerlang jika para pelaksananya tidak mempunyai keupayaan atau kemampuan yang
boleh memenuhi keperluan tersebut.

Dalam konteks masyarakat kita, pendakwah atau dai sering digambarkan dengan seorang
ustaz atau tuan guru yang memakai baju Melayu, berkain pelikat, berserban dan memegang
tasbih. Cara pandangan masyarakat terhadap golongan pendakwah terhadap golongan
pendakwah ini tidak selalunya salah tetapi yang silap ialah penilaian tersebut telah menjadi
satu pengenalan umum kepada golongan pendakwah. Persepsi atau gambaran tersebut perlu
diubah kepada watak atau penampilan yang lebih hebat bagi seorang pendakwah bagi
memastikan dakwah yang disampaikan lebih berjaya dan berkesan. Perkembangan dan
kemajuan masyarakat yang ada pada hari ini perlu diikuti oleh para pendakwah dan
pendakwah perlu bersedia dengan penetapan agenda oleh masyarakat terhadap dakwah yang
ingin disampaikan. Penulis mencadangkan tentang keperluan para pendakwah atau dai
melakukan transformasi agar menjadi pendakwah yang relevan masa kini dan masa akan
datang. Bagi memenuhi keperluan tersebut, para pendakwah perlu bertindak sebagai
kaunselor, penyelesai masalah, pengurus dan juga usahawan. Dengan cara yang sedemikian,
proses dakwah Islamiah dalam pelbagai etnik terutamnya golongan remaja akan terus
berkembang dan pendakwah mampu menjadi agen perubahan sosial serta dapat membina
masyarakat yang mantap dari segi akidah, akhlak, ibadah dan muamalat. Jalal menyimpulkan
bahawa, pendakwah harus menjadi seorang yang universal peranannya agar golongan remaja
tertarik bahan dakwah yang ingin disampaikan. Antara peranan yang harus dilakukan oleh
pendakwah adalah pendakwah perlu menjadi jurubicara, kaunselor, penyelesai masalah,
pengurus dan juga sebagai usahawan. Peranan-peranan ini dibincangkan dengan lebih meluas
di dalam kajian beliau.

Selain daripada itu, perkembangan teknologi maklumat iaitu internet juga boleh
dimanipulasi oleh golongan remaja kearah yang lebih baik agar pertindihan maklumat yang
boleh menyebabkan kekeliruan boleh ditapis. Internet secara asasnya adalah serampang dua
mata dengan gabungan unsur kebaikan dan keburukan. Menurut (Zulkiple Abd Ghani, 2015),
Dalam menghadapi masalah kebanjiran maklumat agama sehingga menimbulkan rasa tidak
senang serta sukar memilih maklumat yang tepat terhadapnya pula, pengguna terutamanya
remaja boleh merujuk kepada ciri-ciri kredibiliti maklumat atas talian.. Antaranya ialah
penulisan itu mesti berasaskan kejujuran, kandungannya tidak berat sebelah, mementingkan
aspek akhlak ataupun moral, ada unsur keaslian bagi penulisan Islam, kandungannya
bermaklumat, maklumat yang ada boleh disahkan. Sekiranya laman yang dituju menyentuh
masalah soaljawab agama, jawapan yang diperolehi hendaklah dibandingkan dengan ulama
terkenal yang dirujuk oleh majoriti pengguna untuk membuktikan kesamaannya, penulis tidak
menyokong mana-mana pihak, tidak bekerja dibawah pengaruh orang lain, tahu mengenai
aspek Islam, berdasarkan al-Quran dan Hadis, berpengalaman mengendalikan penerbitan
Islam, mempunyai pengetahuan mengenai isu-isu Islam, selaras dengan pemikiran Islam serta
berintegriti dan bertanggungjawab.

Daripada perkara diatas, dapat disimpulkan bahawa pendekatan dakwah untuk


golongan remaja tidak hanya dilakukan oleh satu pihak. Dua golongan iaitu pendakwah dan
juga golongan remaja(penerima dakwah) itu sendiri perlu bersedia menerima perubahan
terutamanya dalam konsep penyampaian dan penerimaan dakwah agar aspirasi penerimaan,
penghayatan ajaran dan nilai-nilai islam dapat di realisasikan dengan lebih baik. Sekaligus
menyediakan kita golongan remaja yang baik akhlak dan moralnya agar masalah sosial dapat
dikurangkan.
Bab 3 Metodologi Kajian

Metodologi kajian;

Cara kajian ini dilakukan ialah dengan cara melalui mendapatkan rujukan daripada internet.
Rujukan ini dipetik sejumlah artikel dan jurnal yang saya telah terokai selama saya bercuti
beberapa minggu ini.

Proses pengambilan rujukan-rujukan tersebut meliputi proses pencarian tajuk atau jurnal dan
isi-isi kandungan yang berkaitan dengan tajuk kajian. Artikel-artikal dan jurnal-jurnal ini
diambil dari internet secara amnya berkaitan halangan dalam usaha menyebarkan dakwah.
Seterusnya, dalam menyaring isi-isi dipetik daripada rujukan yang ingin digunakan dalam
kajian ini kami menekankan dasar isi dikaitkan dengan permasalahan dalam golongan remaja.

Peringkat akhir dalam menyiapkan kajian ialah mengembangkan isi-isi yang dipetik melalui
ulasan dibuat dengan mengaitkan keadaan semasa .

Bab 4.0 Dapatan Kajian

Pada masa kini, golongan remaja memainkan peranan penting dalam memajukan Negara kita
kerana pada hadapan mereka yang akan menjaga Negara kita . Walau bagaimanapun ,
semakin maju sesebuah Negara kita ,semakin banyak cabaran yang dihadapi oleh Negara kita
dalam meluaskan dakwah di seluruh Malaysia. Persoalannya, Apakah cabaran dakwah
terhadap golongan remaja di Malaysia pada masa kini?

4.1 Revolusi Industri 4.0

Revolusi Industri 4.0 ialah revolusi digital bagi menggabungkan proses dan teknologi
pembuatan tradisional seperti Internet Of Things (IoT) atau keselamatan siber demi
meningkatkan automasi , serta mewujudkan pasaran yang fleksibel yang berionterasi
pelanggan akan membantu memenuhi keperluan penduduk dengan cepat dan lancar. Revolusi
ini telah memberi banyak cabaran dalam menyampaikan dakwah terhadap golongan remaja.
Hal ini demikian kerana kita boleh lihat dalam kesahihan maklumat tentang ilmu Islam yang
disebar di mana-mana laman web.Tambahan pula, internet pada masa kini banyak maklumat
tentang ilmu islam yang tidak sahih. Golongan remaja zaman kini mudah terpedaya dengan
maklumat yang berbentuk dakwah di media social tanpa mengambil tahu tentang kesahihan
maklumat. Kesalahan maklumat yang disampaikan boleh membuat mereka terpesong
sekiranya mereka tidak merujuk pada orang yang mendalami ilmu agama.Maklumat yang
disampaikan di dalam internet hendaklah mempunyai beberapa kriteria yang perlu diambil
kira. Sebagai contoh , maklumat dakwah hendaklah ditulis atau disampaikan atas dasar
kejujuran serta mempunyai kandungan yang adil. Kita kena berhati-hati dalam menyebarkan
maklumat berbentuk dakwah kerana boleh jadi ia adalah palsu seperti hadis hadis.

Selain itu, kita kurang Para ulama yang lebih berpengatahuan dalam ilmu kitab Islam
atau Hadis yang mahir menyampaikan pengetahuan mereka dalam Al-Quran dan Hadis . Hal
ini demikian kerana golongan remaja pada masa kini sering salah faham dengan maksud
potongan ayat Al-Quran dan Hadis yang dibaca oleh mereka dalam buku atau di internet.
Tambahan pula, golongan remaja suka menyebarkan mereka tentang potongan ayat Al-Quran
dan Hadis tanpa merujuk orang yang lebih alim dalam ilmu kitab. Sebagai contoh, sekiranya
remaja berada dalam keadaan emotional mereka sering memuat naik status atau ayat-ayat
yang berbentuk hadis tanpa mengetahui kesahihan hadis tersebut.Kita memerlukan ramai para
ulama supaya mereka dapat membincangkan pendapat mereka tentang permasalahan yang
dikemukan oleh golongan remaja.

Seterusnya, cara orang yang alim dalam ilmu agama menyampaikan dakwah
merupakan cabaran dakwah terhadap golongan remaja di Malaysia pada masa kini. Hal ini
demikian kerana golongan remaja mempunyai cita rasa sendiri dalam memilih cara orang
yang menyampaikan dakwah mengikut kesesuaian diri mereka. Sebagai contoh, terdapat juga
golongan remaja yang minat dengan cara menyampaikan dengan ada nya jenaka atau
lawak,ada yang jenis tegas dan sentap. Ada juga seperti golongan wanita remaja yang lebih
suka wanita yang menyampaikan dakwah kerana ingin tahu atau mendalami tentang wanita
dengan lebih dalam. Penegasnya,cara menyampaikan dakwah amat penting tapi ada lah lebih
baik sekiranya berlemah lembut dalam menyampaikan dakwah seperti Nabi Muhammad
S.A.W.

Di samping itu, masa juga adalah satu cabaran dakwah terhadap golongan remaja. Hal
ini demikian kerana ramai pendakwah juga sibuk dengan hal mereka dan mempunyai masa
yang terhad dalam menyampaikan dakwah dan juga ada yang sampai tiada masa untuk
menyampaikan dakwah. Sebagai contoh, mereka sibuk dengan urusan keluarga atau kerja
yang menyebabkan mereka kurang masa untuk menyampaikan dakwah.

Cabaran dakwah terhadap golongan remaja pada masa kini dari segi revolusi Industri 4.0 ialah
terdapat kekurangan bilangan remaja yang mahir menggunakan internet untuk mengikut
dakwah di platform internet atau di laman web.Hal ini demikian kerana terdapat ibu bapa
yang tidak menggalakkan anak nya untuk menggunakan internet di usia remaja .Tambahan
pula, revolusi industri 4.0 tidak sesuai dengan golongan yang kurang bernasib baik kerana
mereka tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli data. Sebagai contoh, ibu bapa
tidak sediakan komputer,telefon bimbit atau komputer riba untuk mereka menggunakan
internet.

Akhir sekali, kebanyakan remaja lebih selesa menerima dakwah melalui perjumpaan atau
halaqah. Hal ini demikian kerana maklumat tentang islam sangat padat sehingga memerlukan
perbincangan ulama untuk memastikan kesahihan maklumat tersebut. Ini menyebabkan ramai
golongan remaja yang menjadi was was dalam menerima maklumat agama di laman web
kerana ia akan menyebabkan remaja semakin keliru dengan dasyat. Sebagai contoh, biasanya
perkara yang kebiasaan menjadi was was bagi remaja adalah melibatkan hukum hukum. Ini
menunjukkan bahawa golongan remaja lebih selesa dalam menerima dakwah atau maklumat
agama melalui perjumpaan dengan ulama,ustaz dan sebagainya serta melalui halaqah kerana
ia boleh mengurangkan rasa was was dalam menerima ilmu agama.

4.2 Budaya luar negara mempengaruhi negara kita.

Budaya dapat didefinisikan sebagai kemajuan fikiran , kelakuan dan sebagainya . Dalam
bahasa mudah budaya ialah salah satu cara kehidupan. Malaysia pada masa kini telah
dipengaruhi pelbagai budaya di luar negara seperti budaya di negara Korea dan negara barat.
Hal ini demikian kerana masyarakat negara kita sering melihat cara kehidupan di luar negara
sehingga menjadi ikutan kita melalui media sosial atau di laman web. Budaya luar negara
telah jelas mengubah banyak cara kehidupan di Malaysia serta banyak mengubah hidup
golongan remaja di Malaysia pada masa kini.Hal ini demikian kerana sekarang golongan
remaja mudah terikut dengan pembaharuan yang terjadi di negara kita. Cabaran dakwah
terhadap golongan remaja dari konsep Budaya boleh dilihat ialah orang yang mantap dalam
ilmu agama kurang membincang tentang cara kehidupan golongan remaja yang kini telah
dipengaruhi oleh budaya luar negara dalam konteks syariah Islam. Hal ini demikian kerana
golongan remaja tertarik dengan budaya luar negara kerana budaya mereka menunjukkan
kebebasan untuk melakukan apa sahaja. Sebagai contoh, dari segi pemakaian kebiasaan ramai
yang suka menggunakan seluar panjang yang ada lubang di bahagian lutut bagi lelaki dan
bagi wanita pemakaian mereka masih seperti tidak menutup sepenuhnya. Berfesyen tidak
salah dalam Islam selagi ia tidak melanggar hukum Islam serta tidak boleh mewujudkan
fitnah terhadap seseorang itu.

Selain itu pemikiran masyarakat negara kita juga telah banyak dipengaruhi oleh negara
luar.Oleh sebab itu ,penjajahan masih berlaku iaitu penjajahan melalui pemikiran bukan
melalui kekerasan. Cabaran dakwah terhadap golongan remaja dari segi pemikiran ialah
golongan remaja sering menganggap orang yang mengikut cara hidup Islam seperti
ketinggalan zaman kerana tidak mengikut cara hidup pada masa sekarang.Hal ini demikian
kerana pemikiran golongan remaja yang sentiasa mengikut kehidupan terkini fikir cara hidup
mereka tidak sesuai dengan cara hidup yang mengikut syarak Islam. Sebagai contoh, mereka
menganggap sesiapa yang tidak mempunyai gelaran ustaz atau dikenali dengan ilmu agama
nya digelar bajet Islam sedangkan dakwah merupakan tanggungjawab semua muslim .

4.3 Hiburan Dalam Menyampaikan Dakwah

Hiburan boleh didefinisikan sebagai sesuatu yang menghiburkan atau erti kata lain suatu
peristiswa dan persembahan yang menghiburkan penonton. Di negara kita , telah banyak
hiburan dilakukan oleh pelbagai pihak untuk menghiburkan penonton di rumah atau di mana
jua . Contoh hiburan yang sering dianjurkan ialah berbentuk konsert , lawak dan sebagainya.
Islam menggalakkan hiburan tetapi konsep Hiburan dalam Islam ialah untuk mencari
ketenangan dan Kesejahteraan.Hiburan dalam Islam sentiasa mempunyai tujuan dan
terkawal. Hiburan yang tidak terkawal boleh menjurus ke arah keburukan kerana ia mengikut
atas dasar nafsu.

Cabaran dakwah terhadap golongan remaja ialah kita kurang memberikan hiburan
semasa menyampaikan dakwah kepada golongan remaja . Hal ini demikian kerana golongan
remaja sentiasa sibuk dengan hal mereka seperti dalam pelajaran sehingga mereka bosan dan
cepat rasa tertekan . Oleh sebab itu , golongan remaja yang merupakan dominan apabila ada
nya hiburan kerana di sana mereka boleh menghilangkan rasa stress mereka dan kerisauan
mereka. Sebagai contoh , mereka akan pergi ke konsert hiburan atau sebagainya bila tibanya
cuti sekolah mereka. Sekiranya kita letakkan hiburan ketika menyampaikan dakwah ,kita
dapat menarik golongan remaja untuk mendengar dakwah yang kita sampaikan kerana selain
daripada mereka dapat menghilang stress dan kerisauan malah mereka boleh menambah ilmu
mereka melalui dakwah ini berbanding daripada mereka yang pergi ke tempat hiburan seperti
di konsert yang hanya dapat menenangkan mereka tapi mereka tidak mendapat sebarang ilmu
pengetahuan.
4.4 Sasaran Dalam Menyampaikan Dakwah

Cabaran dakwah terhadap golongan remaja ialah kita tidak meletakkan golongan remaja
sebagai sasaran utama kita untuk menyampaikan dakwah. Hal ini demikian kerana kita
menganggap golongan remaja tidak berkeinginan dalam mendalami ilmu agama dan
menjadikan golongan dewasa sebagai sasaran utama untuk kita menyampaikan dakwah.
Padahal golongan remaja adalah golongan yang mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi dan
adalah lebih baik untuk mendidik golongan remaja kerana mendidik mereka seperti melentur
buluh biar dari rebungnya. Sebagai contoh , kita tidak mengutamakan golongan remaja
sebagai tetamu yang akan mendengar dakwah kita. Kita juga boleh menarik perhatian mereka
dengan berinteraksi dengan mereka ketika menyampaikan dakwah supaya mereka tidak rasa
diketepikan dalam satu majlis ilmu.

Bab 5.Rumusan Dan Cadangan.

Sudah terang lagi bersuluh, banyak cabaran yang kita kena hadapi dalam menyampaikan
dakwah terhadap golongan remaja di Negara kita pada masa kini. Pada pendapat saya , kita
sebagai pendakwah kenalah sentiasa tidak berputus asa dalam menyampaikan dakwah
terhadap golongan remaja kerana sekiranya kita putus asa kita akan hilang keyakinan dalama
menyampaikan dakwah.Sebagai contoh , kita kena memahami seseorang itu dari segi latar
belakang dia sebelum menyampaikan dakwah kepada dia.

Selain itu, bagi orang yang menyebarkan maklumat agama di laman web, pastikan
maklumat itu adalah sahih. Maklumat yang tidak sahih boleh mewujudkan kekeliruan
terhadap pengguna internet.Saya berharap agar maklumat agama yang tepat dapat disebarkan
dengan betul di ruang internet supaya tidak berlakunya banyak salah faham sesama muslim di
Malaysia.
Bibliografi/ Rujukan

Abdul Ghafar Don, & Badlihsiham Mohd. Nasir. (2012). Cabaran Dakwah di Malaysia. Al-
Hikmah, 4, 15–22.

Absha Atiah Abu Bakar, & Mohd. Isa Hamzah. (2019). Faktor Keterlibatan Remaja dengan
Masalah Sosial. Jurnal Hadhari, 11(1), 1–18.

Azizi Yahya. (1994). Permasalahan Sosial di kalangan Remaja: Satu Cabaran. 1–9.

Farid Ismail.(2017). Konsep Hiburan Dalam Islam: . https://djislamik.com/konsep-hiburan-


dalam-islam/

Ismail, M. Z., & Osman, M. N. A. (2019). Preaching To Teenager: an Approach. International


Research Journal of Shariah, Muamalat and Islam, 1(2), 40–45.
https://doi.org/10.35631/irjsmi.12005

Jalal, B., Saayah Ismail, A., & Ab Ghani, S. (2018). Pendekatan Dakwah untuk Cabaran Masa
Depan: Satu Soroton. Tinta Artikulasi Membina Ummah, 4(1), 23–33.

Mushlihin, S.Pd.I, M.Pd.I.(2019).Pengertian Dakwah Menurut Bahasa Dan Istilah.


https://www.referensimakalah.com/2012/09/pengertian-dakwah-menurut-bahasa-dan-
istilah.html

Nurin Eznieka.(2019).Revolusi Industri 4.0 di Malaysia. https://www.jobstore.com/careers-


blog/2019/12/05/revolusi-industri-4-0-di-malaysia/

Nurul Hawani Ariffin.(2014).Definisi Kebudayaan.


https://www.slideshare.net/nurulhawaniarifin/definisi-kebudayaan

Zulkiple Abd Ghani. (2015). Cabaran Dakwah Islam Di Era Siber. Jurnal Usuluddin, 15(15),
133–142.

You might also like