Professional Documents
Culture Documents
Latar Belakang Syarikat Petronas
Latar Belakang Syarikat Petronas
Semenjak ditubuhkan, Petronas sudah membesar menjadi syarikat minyak dan gas
dengan kepentingan perniagaan di dalam 31 negara.Sehingga akhir bulan Mac 2005, Kumpulan
Petronas mengandungi 103 milik sendiri subsidiari-subsidiari, 19 syarikat kelengkapan-
kelengkapan.dan 57 syarikat bersekutu. Bersama-sama ini, membuatkan Kumpulan Petronas,
yang terlibat di dalam pelbagai aktiviti-aktiviti berasaskan minyak dan gas.Majalah Financial
Times telah mengenal pasti Petronas sebagai satu daripada “Seven Sisters yang baru” iaitu
syarikat minyak dan gas milik kerajaan yang paling berpengaruh di luar OECD.
Pada 1 Oktober 1974, dengan termaktubnya Akta Kemajuan Petroleum, Petronas telah
diberi hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan di dalam mengendali dan memajukan sumber
petroleum di Malaysia. Individu yang bertanggungjawab mengasaskan Petronas ialah Tan Sri
Tengku Razaleigh Hamzah yang ketika itu terpengaruh dengan kejayaan syarikat minyak milik
Indonesia iatu Partamina.
Selain daripada itu , sebab penubuhan petronas adalah krisis minyak pada tahun 1973 ia
menyedarkan kerajaan betapa perlunya mengawal sebuah industri yang mempunyai kepentingan
ekonomi. Peranan petroleum , petroleum merupakan sumber tukaran wang asing kepada Negara .
Petroleum juga merupakan daya penggerak kepada pembangunan Negara kita . Untuk
pengetahuan masyarakat Malaysia , minyak adalah menjadi nadi kepada Pembangunan kawasan
setempat Negara di Miri , Sarawak , Kerteh di Terengganu dan Port Dickson di Negeri
Sembilan . Daripada itu , teknologi dan kepakaran berkaitan Petroleum telah dapat dipindahkan
ke Malaysia hasil kerjasama dengan syarikat multi nasional dari Belanda , Britain dan Amerika .
Dengan adanya petroleum peluang pekerjaan yang membabitkan jutaan penduduk Malaysia telah
diwujudkan .
PRESTASI PETRONAS
Petronas meraih keuntungan sebelum cukai RM76.3 bilion dalam tahun kewangan
berakhir 31 Mac 2007.Peningkatan kira-kira 10 peratus daripada RM69.4 bilion pada tahun
kewangan sebelumnya. Keuntungan itu diraih daripada pendapatan berjumlah RM184.1 bilion,
juga meningkat 10 peratus daripada RM167.4 bilion pada tahun kewangan sebelumnya dengan
operasi antarabangsa tidak termasuk pendapatan eksportnya menyumbang RM67.6 bilion atau
kira-kira 40 peratus.
VISI SYARIKAT
Untuk menjadi pembekal minyak yang terkemuka di seluruh Negara bukan sahaja
terkemuka di dalam Negara Malaysia, malahan di peringkat Antarabangsa.
MISI SYARIKAT
Petroleum merupakan perniagaan utama Syarikat Petronas dimana misi syarikat ini
adalah untuk menjadi pembekal minyak yang bersih, paling selamat, dan kos yang efektif bagi
seluruh masyarakat. Petronas juga adalah sebuah entiti perniagaan.Tanggungjawab utama kami
adalah untuk membangunkan dan menambahkan nilai kepada sumber kepada Negara ini.Misi
syarikat ini juga ingin menjadi daya penggerak kepada pembangunan Negara iaitu dari segi
ekonomi.Syarikat ini ingin menjadi sebuah perniagaan yang dapat memberi keuntungan dan
pendapatan kepada Negara.Selain itu, syarikat ini juga ingin menjadi sebuah syarikat yang
menyediakan perkhidmatan, jualan yang paling terbaik kepada pelanggan-pelanggannya.
OBJEKTIF SYARIKAT
Objektif syarikat Petronas adalah lebih kepada menyumbang kesejahteraan rakyat dan
Negara.Objektif syarikat ini sentiasa produktif, efektif dan inovatif di dalam melakukan kerja-
kerja yang dipertanggungjawabkan oleh pelanggan-pelanggannya.Syarikat Petronas juga adalah
sebuah syarikat yang menawarkan kualiti kerja yang memberangsangkan bagi mengikut
kehendak pelanggan-pelanggan.Di samping itu, syarikat ini juga menambahkan lagi pengalaman
kerja yang lebih luas dalam bidang kerja mengikut peredaran zaman teknologi maklumat ini.
Syarikat ini juga mengamalkan cara kerja berpasukan atau ‘team work’ agar dapat mewujudkan
persefahaman dan keharmonian bagi meningkatkan prestasi kerja yang lebih sempurna
dikalangan pekerja di masa hadapan. Malah, syarikat ini juga sentiasa memastikan tahap
profesionalisme, daya saing yang sihat serta kecekapan yang tinggi bagi menyahut cabaran
kearah wawasan 2020.
PENDIDIKAN
Petronas komited untuk menggalakkan pendidikan sepanjang hayat serta pembangunan
peribadi dan professional.Syarikat Petronas menyokong misinya didalam menyumbang kepada
kesejahteraan Negara dan rakyat.Petronas percaya bahawa pelaburan di dalam pendidikan dan
pembangunan modal insan hari ini dapat memastikan ketersediaan di dalam kolam sumber-
sumber manusia yang bermotivasi dan pengetahuan kuasa untuk Petronas.
PELUANG KERJAYA
Petronas memberi peluang kerjaya yang mana bertujuan untuk orang-orang yang mampu
untuk memacu syarikat kearah merealisasikan wawasannya yang mana untuk menjadi stesyen
minyak terkemuka dan multinasional pilihan.Syarikat Petronas juga sangat mengalu-alukan
bakat yang pelbagai latar belakang dan budaya untuk menyertai pasukannya dan berkembang
dengannya.Syarikat Petronas juga memberi peluang kepada pekerja yang baru dengan melatih
mereka dahulu sebelum mengambil keputusan untuk memberi jawatan. Syarikat ini juga
membentuk kumpulan kepada calon-calon untuk berkomunikasi antara satu sama lain dan
menyiapkan sesuatu projek bersama-sama. Dengan ini, kerja menilai calon-calon akan menjadi
mudah kerana melalui inilah syarikat dapat mengetahui dan dapat melihat prestasi kerja
berkumpulan.
PENAJAAN AKADEMIK
Penajaan ini diberi kepada pelajar-pelajar yang layak pada setiap tahun di bawah program
penajaan pendidikan.Sejak tahun 1975, Petronas telah menjana lebih daripada 30,000 ulama di
bawah programnya.Ini membuat Petronas salah satu penaja utama pendidikan korporat di
Malaysia. Melalui program ini, golongan muda Malaysia telah dapat melanjutkan pelajaran
kepada peringkat yang lebih tinggi di Malaysia dan di luar Negara, sekali gus menyumbang
kepada kumpulan tenaga kerja professional yang diperlukan bagi merangsang pembangunan
industri, syarikat, bangsa dan Negara.
Sponsorship ini dijalankan kerana ingin membuka peluang pelajar-pelajar yang berminat
untuk sambung ke universiti . Selain daripada itu , Ia juga telah membuka ruang untuk bekas
pelajar diserap masuk berkerja di Petronas . Itulah keistimewaan nya apabila kita belajar di
bawah tajaan Petronas .
Penajaan yang disediakan untuk pelajar-pelajar Malaysia untuk mengikuti kursus ijazah
dalam bidang Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat di Universiti Teknologi Petronas (UTP)
.Penajaan akan diberikan berdasarkan merit termasuk keputusan SPM yang cemerlang. Untuk
mendapatkan penajaan ini para pelajar perlulah melengkapkan Program Yayasan 12 bulan di
UTP sebelum ke Pengajian Ijazah Pertama.
Kemudian pada 1983, Petronas menubuhkan institusi teknikalnya sendiri untuk melatih
operator dan juruteknik bagi keperluan pengeluarannya yang semakin membesar. Pada masa
yang sama Petronas juga menubuhkan Pusat Latihan Pengurusan untuk memenuhi kehendak
latihan dan kemajuan perniagaan para pengurus serta pemimpin perniagaan .
Petronas dengan penuh iltizam untuk pembangunan modal insan, merupakan salah satu daripada
syarikat-syarikat yang mengambil cabaran ini.Usaha-usaha kerajaan dalam membangunkan
tenaga kerja yang kuat dan berkemahiran teknikal di negara ini mesti di lengkapi dengan
penyertaan aktif sektor swasta.Institit Teknologi PETRONAS (ITP) ditubuhkan dengan tujuan
menyediakan pendidikan di peringkat pengajian tinggi dalam usaha untuk menyumbang kepada
usaha nasional.
ALAM , Akademi Laut Malaysia (ALAM) adalah pusat latihan maritime bagi kakitangan
berasaskan laut dan tanahdalam pendidikan teknikal, pentadbiran dan pengurusan.Ia
menyediakan pelbagai kursus yang meliputi semua aspek industry maritime dan bidang berkaitan
yang komprehensif. Institusi latihan maritime terulung di Malaysia dikendalikan oleh anak
syarikat perkapalan Petronas.Sebahagian daripada komitmen kea rah mengekalkan standard
bertaraf dunia.Program-program yang dijalankan oleh ALAM yang direka bukan sahaja untuk
memenuhi tetapi melebihi tahap minimum kemahiran dan kecekapan yang ditetapkan.
Pusat Latihan Pengurusan PETRONAS (PERMATA) merupakan salah satu daripada dua
institusi latihan yang dikendalikan oleh PETRONAS Management Training Sdn Bhd.Program-
program yang ditawarkan oleh pusat latihan menunjukkan komitmen PETRONAS untuk
membina keupayaan.Ia menawarkan pelbagai program pembelajaran untuk membina kemahiran
dan pengetahuan untuk kakitangan semua peringkat dan disiplin dalam kumpulan Petronas dan
syarikat-syarikat yang lain.Ia bertujuan untuk memastikan bahawa pekerja dilengkapi dengan
asas yang kukuh dalam kemahiran pengurusan dan kepimpinan, keupayaan yang sangat penting
diperlukan untuk memancu pertumbuhan organisasi. Di samping menggalakkan pembangunan
tenaga professional,program ini juga berusaha untuk menyemai nilai-nilai utama yang
membimbing organisasi untuk menyokong pertumbuhan perniagaan yang lestari.
Institut Teknologi Petronas , INSTEP adalah sebuah institusi latihan dan pendidikan yang
ditubuhkan oleh syarikat minyak Nasional Petronas. Tujuan utama penubuhan institusi ini adalah
untuk melatih dan meningkatkan tahap kemahiran pekerja dalam industry minyak dan gas.
Sehingga kini , INSTEP telah melatih dan melahirkan lebih 5000 juruteknik mahir yang
menyambung krjaya bukan sahaja bersama Petronas tetapi juga syarikat-syarikat terkenal yang
lain seperti Shell . Malah banyak syarikat dari luar negara menghantar kakitangan teknikal
mereka untuk menimba ilmu dan kepakaran daripada institusi ini.
PRODUK PETRONAS
Petronas menambah nilai kepada minyak mentah yang dihasilkan oleh cari gali dan
operasi pengeluaran melalui perniagaan minyak bersepadu yang merangkumi operasi penapisan,
pemasaran, perdagangan dan runcit yang terdiri daripada pelbagai gred yang ketara dari berbagai
wilayah.Minyak mentah ini telah didagangkan dan dipasarkan di peringkat antarabangsa serta
diproses menjadi produk petroleum bagi kedua-dua pasaran domestik dan eksport. Petronas
memiliki dan mengendalikan empat kilang penapisan dengan kapasiti yang lebih daripada
448,000 tong sehari. Produk petroleum dari kilang penapis ini dipasarkan melalui rangkaian
stesen minyak di beberapa negara termasuklah di Indonesia, Malaysia, Afrika Selatan, Sudan dan
Thailand.
Petronas memiliki dan mengendalikan tiga kilang penapis minyak di Malaysia iaitu di
Melaka, Kertih dan juga Terengganu. Anak syarikat Petronas iaitu Engen Bhd memiliki dan
mengendalikan sebuah kilang penapisan di Durban, Afrika Selatan. Kilang penapisan domestik
Petronas dipandang tinggi dari segi kecemerlangan, operasi, dan kedudukan yang teratas sekali
di dalam rantau Asia Pasifik untuk penggunaan penapisan dalam pelaksanaan Solomon, serta
memenangi pelbagai anugerah Kesihatan, Keselamatan dan juga Alam Sekitar. Petronas
Dagangan Berhad dan Engen Bhd telah memimpin pasaran runcit di Malaysia dan juga di Afrika
Selatan. Penubuhan Petronas Lubricants International adalah berikutan daripada pengambil
alihan Kamiltali FL Selenia SPA, pengeluar bebas yang terbesar di Eropah dan pemasar minyak
pelincir automotif dan cecair pakar bagi meningkatkan kehadiran global dengan rangkaian
operasi yang luas di seluruh Eropah, Amerika Selatan dan Amerika Syarikat.
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya yang dapat kami ketahui mengenai PETRONAS adalah sebuah
syarikat yang berada dikedudukan yang kelapan syarikat paling untung di dunia .Seperti yang
kita ketahui Petronas banyak membantu masyarakat dari segi Penajaan serta biasiawa yang
diberkan kepada para pelajar yang cemerlang. Dari sini kita dapat lihat bagaimana sumbangan
Petronas kepada rakyat serta negara. Selain daripada iu , syarikat Petronas jga mempunyai
Universiti tersendiri iaitu Universiti Teknologi Petronas (UTP). Petronas uga membuka ruang
kepada para pelajar untuk berkerja dengan mereka ataupun selepas mereka enamatkan pelajaran
berkemungkinan mereka akan diserap terus ke syarikat Petronas. Banyak peluang telah
dibukakan pada rakyat dari segi pelajaran , pekerjaan serta latihan yang akan diberikan sebelum
diserap untuk bekerja. Dari segi pekerjaan pula , Syarikat Petronas menggunakan proses
membentuk kumpulan , mereka akan diberikan latihan untuk melihat bagaimana tahap
kecergasan ataupun tahap seseorang itu untuk melakukan kerja yang mudah ataupun kerja yang
sukar , serta mereka akan menilai seseorang sebelum diserap bekerja , selepas mereka menilai
mereka akan membuat pemilihan yang tepat untuk mengambil pekerja dan akhir sekali , barulah
mereka akan memberikan jawatan yang sesuai untuk seseorang itu . Penajaan yang diberikan
oleh Syarikat Petronas adalah dari segi pendidikan , mereka menyediakan biasiswa kepada
pelajar yang cemerlang untuk melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti yang telah
ditetapkan . Cara yang dilakukan oleh Syarikat Petronas ini adalah mereka menaikkan lagi
semangat kepada pelajar-pelajar tersebut serta mereka akan menghasilkan para graduan yang
berkaliber serta berdedikasi . Akhir sekali , Kami sangat berpuas hati dengan cara ataupun
langkah-langkah yang dibuat oleh Syarikat Petronas untuk menghasilkan pekerja yang cemerlang
serta pekerja yang mempunyai semangat berpasukan dan juga Syarikat Petronas mampu
mengeluarkan sumber-sumber yang berkualti tinggi seperti minyak yang mereka hasilkan untuk
kegunaan masyarakat .