You are on page 1of 11

ECD 1653 Pentadbiran dan Pengurusan

Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak


Kolej SIDMA Sarawak

1.0 PENGENALAN
Taska merupakan taman asuhan kanak-kanak yang terdiri dari 0 hingga 4 tahun di
mana ibu bapa menghantar anak mereka untuk diasuh dan didik. Taman asuhan
kanak-kanak hendaklah memiliki lesen kerana ianya melibatkan keselamatan kanak-
kanak dibawah jagaan pengasuh.

Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak menyelaraskan dan menguruskan


Program Pendidikan Awal Kanak-kanak mengikut Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan (KSPK) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
dan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM) serta Dasar Asuhan dan Kurikulum PERMATA Negara adalah bagi Taska .

Di bawah Seksyen 2, Akta 308 “taman asuhan kanak-kanak” bermakna mana-


mana premis yang menerima masuk empat (4) orang atau lebih kanak-kanak di bawah
umur empat (4) tahun dan lebih daripada satu isi rumah untuk dijaga dengan upah.
Taman asuhan kanak-kanak berdaftar bermaksud suatu taman asuhan kanak-kanak
yang didaftarkan di bawah seksyen 7.

Tujuan penggubalan adalah untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran,


pemeriksaan dan penguatkuasaan ke atas TASKA dan bagi perkara yang berkaitan
dengannya demi menentukan kesejahteraan, keselamatan dan perkembangan
menyeluruh kanak-kanak diutamakan.

Di bawah Seksyen 6 (1) tiada seorang pun boleh menjalankan atau mengambil
bahagian dalam pengurusan suatu taman asuhan kanak-kanak yang tidak didaftarkan
dibawah peruntukan–peruntukan akta ini. Di bawah Seksyen 6 (2) Akta 308
memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah
melakukan suatu kesalahan .

Seksyen 5 Akta 308 memperuntukkan 4 kategori TASKA seperti


TASKA Institusi yang menerima 10 orang atau lebih kanak-kanak dalam jagaan dan
ditubuhkan atas inisiatif pihak swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO). TASKA di

1
ECD 1653 Pentadbiran dan Pengurusan
Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak
Kolej SIDMA Sarawak
tempat kerja pula hanya menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan
tetapi ditubuhkan atas inisiatif majikan untuk kebajikan pekerja.

Manakala TASKA Komuniti juga Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih


dalam jagaan serta menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan
Negeri dan ditubuhkan atas inisiatif komuniti untuk manfaat kepada keluarga yang
berpendapatan rendah di bandar dan luar bandar .

Terakhir adalah TASKA yang lain dari 3 kategori TASKA dalam Akta 308
kerana hanya menerima 4 hingga 9 orang kanak-kanak dalam jagaan dan dijalankan di
kediaman sendiri iaitu Taska Di Rumah .

2
ECD 1653 Pentadbiran dan Pengurusan
Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak
Kolej SIDMA Sarawak

2.0 PELAN TASKA

3
ECD 1653 Pentadbiran dan Pengurusan
Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak
Kolej SIDMA Sarawak
2.1 PELAN TASKA RUMAH
Ruang pembelajaran merangkumi keseluruhan premis taska. Sangat penting bagi
sesebuah taska akan pengurusan kedudukan ruang di dalam taska tersebut dalam segi
susun atur dan serta untuk memastikan kekemasan taska tersebut. Hal ini juga harus
diambil berat oleh pengusaha supaya taska yang dimiliki mempunyai kualiti dan
keselamatan anak asuhan itu nanti.

Seperti yang kita tahu kanak-kanak memerlukan ruang yang mencukupi dan
sesuai dalam menjalankan aktiviti mereka. Hal ini demikian supaya mereka bebas
untuk meneroka di sekeliling serta dapat berinteraksi dengan bahan pembelajaran
yang disediakan dan pengasuh seharusnya memastikan ruang digunakan sesuai
dengan pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas selain mengasuh kanak-kanak
tersebut. Ruang yang disediakan juga haruslah kondusif agar dapat merangsang
pembelajaran kanak-kanak serta setiap ruang yang diwujudkan seharusnya
mempunyai ciri-ciri seperti selesa, mudah alih, pelbagai guna, selamat, ceria dan
bermakna.

Di dalam taska seharusnya mempunyai 3 citri utama yang diberi perhatian yang
menunjukan Taska yang baik dan berkualiti. Antara 3 ciri utamanya ialah
keselamatan. Keselamatan kanak-kanak adalah tanggungjawab pengasuh dan
kesemua kakitangan taska tersebut. Peti kecemasan cemas dan pemadam api haruslah
dna wajib ada di dalam taska tersebut serta ia juga sangat berguna supaya perkara
yang tidak diingini berlaku oleh itu persediaan awal seharunya ada di dalam ini
supaya pihak taska dapat bertindak cepat. Bukan itu sahaja keselamatan taska dan
anak asuhan juga terjamin. Seterusnnya, kebersihan.

Bukan sahaja untuk menunjukkan kepada ibubapa tentang kecantikkan taska


tetapi ia juga membantu kanak-kanak untuk meniru tindakan untuk menjadi
pembersih dan ia juga dapat melatih kanak-kanak untuk sentiasa kemas dan bersih
setelah melakukan aktiviti. Ia juga membantu kanak-kanak tidak tercedera. Sebagai
contoh, bilik tersebut tidak kemas dan terdapat permainan yang tajam di atas lantai
dan menyebabkan kanak-kanak terpijak serta menyebabkan kecederaan.

Selain itu, kesihatan. Kesihatan kanak-kanak dan pengasuh sentiasa dipastikan

4
ECD 1653 Pentadbiran dan Pengurusan
Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak
Kolej SIDMA Sarawak
supaya tiada yang sakit. Hal ini kerana kanak-kanak mempunyai imun badan yang
lemah dan cepat menjangkiti tubuh badan mereka. Sekiranya pengasuh atau anak
asuhan mempunyai sakit seharusya diasingkan atau tidak dibenarkan untuk dekat
bersama kanak-kanak yang lain. Serta mereka yang sakit sepatutnya diberitahu ibu
bapa dan segera diberi pemeriksaan kepada pakar. Berikut yang terdapat dalam ruang
pelan taska rumah ialah seperti :

1. RUANG REHAT
Tidur dan rehat adalah rutin harian yang penting serta perlu dimasukkan dalam
jadual aktiviti harian kanak-kanak di sesebuah Taska. Ruang ini seharusnya sentiasa
kering serta bersih supaya keselamatan dan kesihatan kanak-kanak tersebut terjamin
dari perkara yang tidak diingini berlaku. Tidur atau rehat yang mencukupi akan dapat
mencergaskan semula kanak-kanak selepas penat melakukan aktiviti di dalam kelas.

Tidur dan rehat juga merupakan rutin harian yang wajib kepada bayi dan kanak-
kanak dan ia juga dimasukkan di dalam jadual aktiviti mereka. Kebiasaanya rutin
tidur dan rehat ini ditetapakan antara 12.30 tengahari ke pukul 3.30 petang. Tetapi
tidur ini juga tidak diwajibkan kepada semua kanak-kanak kerana tidur merupakan
suatu perkara ysng tidak boleh dipaksa oleh itu ada sesetengah kanak-kanak bermain
menyebabkan mereka diasingkan supaya tidak menggangu kanak-kanak lain. Oleh
itu, ruang tidur atau rehat ini seharusnya berada di ruang yang senyap dan jauh dari
orang ramai.

2. RUANG BACAAN
Ruang ini bukan sahaja untuk kanak-kanak membaca tetapi ia juga dapat
melakukan aktivti bercerita atau mendengar cerita. Bercerita juga salah satu cara atau
teknik pmbelajaran yang berkesan. Biar saya ambil contoh, dengan bercerita, kanak-
kanak dapat mengenal nombor dan huruf. Ini juga dapat menarik perhatian serta
memudahkan pembelajaran kanak-kanak. Mendengar cerita juga membantu kanak-
kanak fokus di dalam kelas. Selain itu juga dapat meningkatkan kemahiran berfikir
mereka.

5
ECD 1653 Pentadbiran dan Pengurusan
Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak
Kolej SIDMA Sarawak
Hal ini kerana kanak-kanak akan mendengar cerita tersebut dengan fokus kerana
takut terlepas akan cerita yang hendak dibaca tetapi terdapat juga kanak-kanak yang
cepat bosan dan menganggu kanak-kanak lain semasa di dalam kelas. Oleh itu,
sebagai guru atau pengasuh seharusnya menyediakan alat bantu mengajar supaya
cerita yang dicerita tidak terlalu bosan dan tidak menarik perhatian kanak-kanak.

3. RUANG PEMBELAJARAN/KELAS
Ruang pembelajaran ini seharusnya mesti bersih, tidak terlalu sempit oleh
pelbagai perabot, pencahayaan yang cukup dan pengudaran yang baik. Bukan ruang
pembelajaran seharusnya mempunyai pencahayaan dan pengudaraan yang baik tetap
kesemua ruang seharusnya memastikan kedua dua perkara ini dititikberatkan supaya
keselamatan kanak-kanak tersebut terjamin. Ruang dalam kelas juga seharusnya
dibahagi kepada sudut pembelajaran tertentu bagi membolehkan kanak-kanak nampak
lebih jelas tentang pilihan ruang bagi menjalankan aktiviti tertentu.

4. DAPUR
Ruang ini untuk penyediaan makanan, di mana tempat memasak untuk anak-anak
asuhan oleh kakitangan taska yang terlatih. Ruang dapur seharusnya mempunyai
penghadang supaya kanak-kanak tidak dapat masuk kerana mempunyai permukaan
yang basah dan terdapat peralatan yang tajam dan seharusnya dijauhkan dari kanak-
kanak. Ruang ini mempunyai pelbagai peralatan seperti dapur, sinki, peti sejuk, rak
pinggan mangkuk, set peralatan memasak, peralatan mencuci, set pinggan mangkuk,
menu, kain pengelap, bahan pencuci atau pembasmi kuman dan alat pemadam api.
Ruang ini juga dapat melatih kanak-kanak berdikari mencuci barangan selepas
digunakan dengan bimbingan pengasuh dan kakitangan Taska tersebut.

5. RUANG MAKAN
Ruang makan perlu diwujudkan bagi kanak-kanak boleh untuk makan di suatu
tempat ditempat yang telah disediakan. Ruang ini juga dapat membimbing dan
megajar kanak-kanak untuk mengemas tempat makan seperti mengelap dan
mengangkat pinggan mangkuk dan cawan yang diggunakan. Hal ini seharusnya
diterapkan awal bak kata pepatah “melentur buluh biar dari rebungnya” ini akan
membentuk kanak-kanak yang bersih dan tahu akan tanggungjawab terhadap perkara
yang telah dilakukan oleh mereka sendiri. Selain itu, ia juga dapat memupuk

6
ECD 1653 Pentadbiran dan Pengurusan
Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak
Kolej SIDMA Sarawak
kerjasama antara mereka kerana kanak-kanak bersama mengemas tempat makan
mereka.

6. TANDAS/BILIK MANDI
Ruang ini merupakan tempat mandi serta untuk kanak-kanak untuk melepaskan
hajat mereka seperti buang air kecil ataupun besar. Serta tandas dan bilik mandi untuk
kanak-kanak seharusnya diasingkan supaya kanak-kanak tahu membezakan jantina
dari usia kecil lagi dan seharusnya dipraktikan awal. Ruang ini diwujudkan
membolehkan kanak-kanak mengamalkan kebersihan diri dengan betul, mengamalkan
kebersihan tandas sebelum, semasa dan selepas menggunakannya, serta mengetahui
cara penggunaan air secara berhemah. Perkara ini akan diajar di dalam taska, bukan
sahaja guru mengajar abc tetapi belajar untuk hidup selain daripada rumah.

7. RUANG MENUNGGU/RUANG AKTIVITI


Ruang ini merupakan ruang bebas di mana kanak-kanak dapat bermain di dalam
ruang ini. Ia juga mempunyai tv untuk kanak-kanak berehat menonton cerita yang
diminati mereka. Ruang ini juga tempat untuk mereka menunggu kedatangan ibu bapa
mereka setelah habis aktiviti di taska. Selain itu, tempat ini mempunyai pelbagai
pemainan untuk kanak-kanak meningkatkan perkembangan motor mereka.

8. PERMAINAN LUAR
Aktiviti luar kelas merupakan aktiviti terbaik untuk kanak-kanak meningkatkan
perkembangan motor halus serta motor kasar mereka. Hal ini banyak perkara yang
mereka dapat lakukan di luar dan tempat ini juga, pengusaha seharusnya sentiasa
memastikan sentiasa selamat dan tiada rumput yang panjang di kawasan ini kerana ia
akan mengundangkan pelbagai serangga atau haiwan liar yang dapat mencederakan
kanak-kanak atau kakitangan taska tersebut.

7
ECD 1653 Pentadbiran dan Pengurusan
Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak
Kolej SIDMA Sarawak
3.0 CADANGAN
Dalam pembinaan taska ini, kumpulan kami mencadangkan untuk menambahkan
ruang ibadah atau ruang agama di dalam taska tersebut. Hal diketengahkan kerana
kami ingin menerapkan dan meningkatkan lagi nilai-nilai moral dan akhlak dalam diri
pelajar -pelajar kami. Sebagai contoh, para pelajar kami akan disediakan jadual khas
untuk belajar mengaji dan belajar tatacara untuk menunaikan ibadah dan untuk pelajar
yang bukan muslim juga akan diterapkan dengan pendidikan moral.

Nilai murni merupakan aspek yang penting kerana masyarakat di negara kita
terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa. Sifat hormat-menghormati antara kaum
amat penting dalam menjalani kehidupan kita seharian. Dengan nilai-nilai murni kita
dapat melahirkan insan yang berwawasan dan unggul demi merealisasikan impian
negara. Selain itu, kepentingan didikan ini adalah untuk melahirkan masyarakat yang
berpegang teguh kepada ajaran agama. Kepatuhan kepada ajaran agama dapat
membentuk insan mulia yang sentiasa patuh kepada tuhan dan setia kepada negara.

Selain didikan agama di rumah oleh ibu bapa, didikan agama di sekolah juga
penting untuk memantapkan lagi pengetahuan para pelajar. Disamping itu, dengan
didikan ini di sekolah, kita dapat mengelakkan pelajar daripada terjebak dengan
pengaruh negatif luar. Hal ini kerana banyak kes telah direkodkan tentang masalah
buli, ponteng sekolah, kelahiran luar nikah dalam kalangan pelajar sekolah. Oleh itu,
dengan mewujudkan ruang khas ini, kami berharap agar kami dapat mendidik pelajar-
pelajar kami menjadi insan yang lebih berakhlak dan berwawasan serta
berpengetahuan .

Kumpulan kami juga mencadangkan untuk mewujudkan sebuah ruang khas untuk
menyimpan barangan terpakai mereka atau mainan terpakai mereka. Selain daripada
barangan terpakai, barangan kitar semula seperti tin kosong, botol plastik dan kotak
juga dapat dikumpul dan disimpan di tempat yang khas.

Tujuan penyimpanan dan penggumpulan barangan ini adalah untuk mengelakkan


pembaziran dan untuk membantu melestarikan alam sekitar. Banyak kegunaan yang
dapat daripada penggumpulan barangan ini, antaranya adalah barangan terpakai atau
mainan terpakai kanak-kanak tersebut dapat disalurkan kepada rumah anak-anak

8
ECD 1653 Pentadbiran dan Pengurusan
Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak
Kolej SIDMA Sarawak
yatim. Secara tidak langsung, kita dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam diri
kanak-kanak. Mengajar mereka arti bersedekah dan bersederhana dalam kehidupan.

Dedahkan mereka tentang kesusahan yang dihadapi orang lain dan menjadikan
iktibar untuk kita lebih bersyukur dengan apa yang kita ada. Disamping itu, barangan
kitar semula yang dikumpul dapat digunakan sebagai bahan untuk menghias dalam
taska dan luaran taska. Selain daripada dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar,
kita juga dapat berjimat cermat hanya dengan menggunakan bahan kitar semula dapat
mencantikkan kawasan sekolah.

Sifat kerjasama antara guru dan ibu bapa dalam bergotong royong untuk
menghias kawasan sekolah juga dapat di terapkan selain dapat mengeratkan hubungan
silaturahim antara guru dan ibu bapa. Hal ini kerana kerjasama dan kesefahaman
antara guru dan ibu bapa sangat penting untuk meningkatkan prestasi taska tersebut.
Dengan berkongsi idea dan pendapat antara guru dan ibu bapa juga dapat membantu
dalam pembelajaran kanak-kanak dan mencari cara untuk mengatasi masalah yang
dihadapi kanak-kanak tersebut .

9
ECD 1653 Pentadbiran dan Pengurusan
Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak
Kolej SIDMA Sarawak
4.0 KESIMPULAN

Membuat pelan lantai taska amatlah penting sebelum membina sebuah taska.
Akan tetapi, sebelum membuat pelan lantai taska, sebagai pengurus taska, kita
haruslah berbincang dengan pihak yang berkuasa. Hal ini kerana, pihak berkuasa
dapat memberi pendapat untuk kita dan ianya adalah untuk kebaikan taska yang
hendak dibina.

Selain itu, pihak berkuasa yang dimaksudkan tadi adalah seperti pihak berkuasa
tempatan, jabatan bomba dalan penyelamat, jabatan kesihatan dan lain-lain. Setelah
membuat perbincang terhadap pihak-pihak yang berkuasa, taska yang hendak dibina
telah didaftar secara rasmi. Hal ini disebabkan kita hendak taska yang dibina adalah
taska yang berkualiti dan selamat.

Seterusnya, kita haruslah menjaga nama baik taska kita sendiri. Kerana dari
situlah kepercayaan ibu bapa terhadap taska kita. Kita juga haruslah menarik minat
ibu bapa untuk menghantara anak-anak mereka dan kita juga haruslah pastikan
kawasan dalam mahupun di luar taska sentiasa bersih dan selamat. Supaya ibu bapa
berasa puas hati dan tidak risau menghantar anak-anak mereka ke taska kita.

Justeru, bukan ibu bapa sahaja yang tertarik dengan taska kita, masyarakat yang
di luar sana juga suka akan taska yang kita bina. Kerana sebagai pengurus taska
haruslah sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan oleh Kementerian.
Undang-undang amatlah penting untuk kita yang sebagai pengurus taska atau pekerja
yang bekerja di taska seperti pengasuh dan lain-lain patuhi.

Akhir sekali, sebagai pengurus taska haruslah sentiasa menunjukkan tingkah laku
yang baik kepada kanak-kanak dan ibu bapa mereka. Semua perkara yang diulas
sebentar tadi adalah untuk kebaikan kita sendiri dan taska yang kita bina. Dan juga
taska kita akan mendapat pujian yang baik dari masyarakat yang di luar sana.

10
ECD 1653 Pentadbiran dan Pengurusan
Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak
Kolej SIDMA Sarawak
5.0 RUJUKAN

1. Perkhidmatan & Kemudahan. (n.d.). Retrieved from


http://taskatemanku.weebly.com/perkhidmatan--kemudahan.html

2. Perlunya Mendaftar " Taska Di Rumah " Atau Khidmat Mengasuh Bayi &
Kanak-Kanak Di Rumah Dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM !! (n.d.).
Retrieved from
https://www.google.com.my/amp/s/mrbagaimana.com/2018/07/05/perlunya-
mendaftar-taska-di-rumah-atau-khidmat-mengasuh-bayi-kanak-kanak-di-rumah-
dengan-jabatan-kebajikan-masyarakat-jkm/amp/Pnnorazuraismail.blogspot.com.

3. (1970, January 1). Tidur dan rehat untuk kanak-kanak di TASKA. Retrieved from
https://pnnorazuraismail.blogspot.com/2015/10/tidur-dan-rehat-untuk-kanak-
kanak-di_22.html?m=1StEp

4. , F. T.(1970, January 1). Keperluan Ruang untuk TASKA. Retrieved from


http://wanrasyidah.blogspot.com/2012/04/keperluan-ruang-untuk-taska.html?
m=1Unknown.

5. (1970, January 1). CIRI-CIRI PERSEKITARAN TADIKA/TASKA YANG


BERKUALITI.Retrievedfrom http://elisefung.blogspot.com/2015/08/ciri-ciri-
persekitaran-tadika-taska.html?m=1

11

You might also like