You are on page 1of 1

Faedah Berbasikal

Menunggang basikal mempunyai banyak faedah kepada manusia. Sebelum berbasikal, kita mesti
memastikan basikal berfungsi dan selamat digunakan.

Antara faedah berbasikal ialah kita dapat menjimatkan wang. Kita tidak perlu membeli minyak petrol
kenderaan. Sikap berjimat cermat juga merupakan amalan yang baik.

Selain itu, kita dapat menyihatkan badan. Badan kita pasti berpeluh semasa dan selepas berbasikal. Ini
akan menjadikan badan kita sihat dan cergas.

Selain itu juga, faedah berbasikal ialah kita dapat menjimatkan masa. Hal ini kerana kita tidak akan
terperangkap dalam kesesakan jalan raya.

Oleh itu, kita semua digalakkan menunggang basikal kerana aktiviti ini mendatangkan banyak
faedah. Walau bagaimanapun, kita perlu menjaga keselamatan diri apabila berbasikal.

You might also like