You are on page 1of 1

Syarahan : Kepentingan Bersukan

Selamat pagi saya ucapkan kepada tuan pengerusi majlis, barisan hakim yang arif
lagi bijaksana, guru besar, guru-guru dan rakan-rakan yang saya kasihi sekalian.
Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah "Kepentingan Bersukan".

Sukan merujuk kepada segala  kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran


serta tenaga seperti berenang, bermain bola, berjoging, berbasikal dan sebagainya.
Bersukan ialah satu aktiviti yang baik kerana boleh mendatangkan banyak kebaikan
kepada kita. Kita boleh bersukan di mana-mana sahaja. Misalnya di padang, taman
rekreasi ataupun di rumah.

Hadirin sekalian,

Bersukan boleh menyihatkan badan kita. Semasa menjalankan aktiviti sukan, badan
kita akan mengeluarkan bahan kumuh yang tidak diperlukan oleh tubuh dalam bentuk
air peluh. Selepas berpeluh, kita akan berasa segar dan lebih bersemangat. Kita
tidak akan mudah dijangkiti penyakit berjangkit seperti batuk dan selesema. Jika
badan kita cergas, minda kita juga akan menjadi cerdas. 

            Di samping itu, bersukan membolehkan kita mengekalkan berat badan yang
ideal. Semasa bersukan, kita boleh menegangkan otot-otot dan membakar lemak dalam
badan. Dengan itu, kita dapat mengelakkan penyakit obesiti justeru menghindari
penyakit-penyakit kronik seperti penyakit jantung, kencing manis dan sakit buah
pinggang.

Para hadirin yang dikasihi,

            Aktiviti sukan juga boleh mengisi masa lapang kita dengan berfaedah.
Kita tidak akan terperuk di dalam rumah atau terjerumus dalam kegiatan yang tidak
sihat seperti merokok, berjudi dan melepak.

            Sebaliknya, kita dapat berkenalan dengan kawan-kawan baharu serta


memupuk perpaduan kalangan masyarakat berbilang kaum semasa menjalankan aktiviti
sukan. Sebagai contoh, pemain-pemain dalam pasukan akan bekerjasama untuk memenangi
sesuatu perlawanan tanpa mengira bangsa dan agama. 

             Pendek kata, budaya bersukan sewajarnya dipraktikkan oleh semua


lapisan masyarakat dalam kehidupan harian. Tepuk dada, tanya selera. Sekian, terima
kasih.

You might also like