You are on page 1of 2

FAEDAH-FAEDAH MENABUNG / BERJIMAT CERMAT

Pendahuluan : Menabung merupakan amalan yang mulia. Kita perlulah menanamkan


sikap menabung sejak kecil lagi. Banyak faedah yang dapat kita perolehi sekiranya kita
menabung.Antaranya ialah

1. A – memupuk sikap berjimat cermat


C – menyimpan lebihan wang saku sekolah di dalam tabung
K – tidak akan membelanjakan wang kepada benda yang tidak berfaedah

2. A – digunakan ketika kecemasan dan kesusahan


C – membeli beg sekolah yang sudah koyak
K – meringankan beban ibu bapa untuk membelikan keperluan sekolah

3. A – membantu orang yang lebih memerlukan


C – memberi pinjaman wang kepada rakan yang dalam kesusahan
K – dapat membantu orang yang dalam kesusahan dan memupuk sikap
membantu dalam diri

4. A – dapat menyelamatkan kita daripada masalah berhutang


C – apabila kita dalam kesempitan wang, kita tidak perlu berhutang – gunakan
wang simpanan
K – kita tidak akan stress dan tertekan dengan bebanan hutang

Kesimpulannya , kita perlulah mengamalkan amalan menabung / berjimat cermat sejak


kecil lagi kerana ia banyak manfaatnya. Bak kata pepatah, ‘Melentur Buluh Biarlah Dari
Rebungnya’.
FAEDAH-FAEDAH MENYERTAI KEGIATAN KOKURIKULUM

PENDAHULUAN – Kegiatan kokurikulum merupakan aktiviti yang disediakan oleh pihak


sekolah untuk murid-murid. Antaranya ialah kegiatan unit beruniform, kelab, permainan
dan pelbagai lagi. Banyak kebaikan dapat kita perolehi sekiranya kita menyertai aktiviti
kokurikulum. Antaranya ialah

1. A – menambahkan pengetahuan dan pengalaman


C – belajar tentang pertolongan cemas
K – dapat membantu orang lain yang mengalami kecederaan sebelum menerima
rawatan lanjut di hospital.

2. A – badan sihat dan cergas


C – menyertai aktiviti permainan seperti bola sepak, bola jaring dan pelbagai lagi
K – menghindari daripada penyakit seperti obesiti

3. A – memupuk semangat kerjasama


C – aktiviti berkumpulan seperti perkhemahan
K – dapat mewujudkan suasana yang harmoni antara rakan-rakan

4. A – mendisiplinkan diri
C – menyertai kawad kaki
K – memupuk sikap berdisplin dalam diri dan menjadi insan yang mulia.

PENUTUP : Kesimpulannya, kita perlulah menyertai aktiviti kokurikulum yang


disediakan oleh pihak sekolah kerana aktiviti ini banyak manfaatnya kepada kita.

You might also like