Professional Documents
Culture Documents
SKGP5104 Kuliah M1e Tafsiran Undang Undang-20200401082550
SKGP5104 Kuliah M1e Tafsiran Undang Undang-20200401082550
KULIAH MINGGU 1E
SKGP5104
PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG DAN SISTEM KEADILAN JENAYAH
Sebaik sahaja undang-undang (contohnya Akta; Enakmen; Ordinan; Peraturan) diluluskan oleh
badan perundangan (sama ada oleh Parlimen; Dewan Perundangan Negeri; Kementerian) pemakaiannya
akan terus dilaksanakan mengikut tarikh ianya dikuatkuasakan. Tugas untuk membuat tafsiran terhadap
undang-undang terletak dibahu mahkamah. Dalam ertikata lain mahkamah harus membuat tafsiran
terhadap undang-undang itu mengikut sebagaimana kehendak atau yang dihajatkan oleh pembuat undang-
undang berkenaan. Dalam kes Seaford Court Estates. Ltd. V. Asher [1949]2 AllER 155, Denning L.J.
mengatakan:
“it would certainly save the judges trouble if Acts of Parliament were drafted with divine
prescience and perfect clarity. In the absence of it, when a defect appears a judge cannot
simply fold his hands and blame the draftsman. He must set to work on the constructive
task of finding the intention of Parliament, and he must do this not only from the
language of the statute, but also from a consideration of the social conditions which gave
rise to it and of the mischief which it was passed to remedy, and then he must supplement
the written word so as to give ‘force and life’ to the intention of the legislature”
Mahkamah bertanggung jawab membuat tafsiran terhadap peruntukan perundangan yang telah
diluluskan oleh badan perundangan. Dalam hal ini beberapa kaedah telah digunakan bagi membantu pihak
mahkamah untuk membuat tafsiran tertentu sekiranya berhadapan dengan masalah berkenaan. Di antara
cara bagaimana sesuatu perkara itu hendak ditafsirkan ialah dengan merujuk kepada :
Akta ini membuat tafsiran terhadap peruntukan undang-undang bertulis yang ada serta dokumen-dokumen
awam. Walau bagaimanapun Akta ini tidak memperuntukan semua tafsiran dan makna kepada setiap
perkara.
1
Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan
Perkara 160 menyediakan senarai perkataan-perkataan yang terkandung dalam Perlembagaan
berserta dengan erti dan atau tafsirannya sekali. Ini adalah bagi memudahkan pembacaan Perlembagaan itu
sendiri. Selain daripada itu juga, Perlembagaan ini juga boleh ditafsirkan dengan menggunakan Ordinan
Tafsiran dan Fasal Am, 1948 dengan pindaan tertentu.(sila lihat Jadual 11, Perlembagaan Persekutuan)
Mahkamah hanya akan lari daripada makna biasa sesuatu perkataan dalam statut berkenaan sekiranya
- dirasakan terdapat sesuatu yang tidak kena pada tempatnya atau keganjilan (clear and gross
balance of anomaly)
- keganjilan/penyimpangan (anomaly) itu tidak disedari oleh Parlimen, penggubal dan badan
perundangan berkenaan
- keganjilan/penyimpangan itu boleh dihindarkan dengan tidak menjelaskan objektif statut
berkenaan;
- perkataan itu mudah untuk ubahsuaian bagi mengatasi keganjilan/penyimpangan makna statut
berkenaan.
Contoh-contoh:
Chong Sin Sen v Janaki Chellamuthu [1997]2CLJ 699
Responden telah membuat tuntutan di bawah ss.7 dan 8 Akta Undang-Undang Sivil 1956 sebagai ‘isteri’
kepada simati dalam suatu kes kemalangan. Isu- sama ada responden adalah ‘isteri’ yang sah kepada
simati. Tiada tafsiran terhadap perkataan ‘isteri’ dalam Akta Undang-Udang Sivil 1956 berkenaan.
Mahkamah cuba mendapatak makna kepada perkatan ‘isteri’ dengan merujuk kepada beberapa buah
kamus. Antara makna yang diperolehi ialah ‘isteri adalah seseorang perempuan yang berkahwin dan
dikaitkan dengan seorang suami’. Mahkamah kemudiannya cuba pula melihat kepada perkataan
‘perkahwinan’ dalam makna yang biasa. Kemudian dicadangkan oleh pihak responden bahawa Akta
Perempuan Bersuami 1957 ada menyebutkan tentang ‘perempuan bersuami’ yang memberikan pengertian
2
termasuk mana-mana perkahwinan mengikut adat istiadat atau ugama. Diputuskan bahawa perkataan
‘isteri’ itu bermakna mana-mana perempuan yang dikahwini secara sah menurut mana-mana undang-
undang, adat istiadat atau ugama dan tidak lah menjadi niat penggubal untuk menyekat atau menghadkan
kepada perkahwinan di bawah Akta tertentu sahaja. Mahkamah telah memberi makna yang lebih luas,
biasa dan mengikut makna asal.
Kadang kala terdapat keadaan di mana tafsiran yang dibuat secara harafiah ini membawa kepada
percanggahan niat penggubal. Sekiranya ini berlaku, tafsiran sedemikian harus dielakkan atau dengan
membuat tafsiran yang lebih longgar dan munasabah. (sila lihat kes PP v. Chin Kim Foo [1995]1MLJ
lxxvii; Leow Mei Lee v AG & Ors [1967]2 MLJ 62)) atau membuat tambahan dan atau pindaan terhadap
peruntukan berkenaan ( sila lihat Adler v George [1964]2QB 7)
Sebagai kesimpulannya, kaedah atau pendekatan harafiah ini tidak memerlukan suatu tafsiran
yang saintifik atau teknikal. Sesuatu perkataan itu haruslah diberikan makna yang biasa dan boleh
diperolehi dari mana-mana kamus biasa. Juga dalam membuat tafsiran itu bukan sahaja satu perkataan itu
sahaja yang ditafsirkan tetapi keseluruhan ayat ataupun keseluruhan petikan berkenaan. Makna yang biasa
akan diberikan kepada perkataan, ayat, atau ungkapan yang digunakan itu. (Sila lihat juga kes Kon Fatt
Kiew v PP [1935]MLJ 239.) Sila lihat juga kes Chin Choy v Collector of Stamp Duties [1979]MLJ 69
berhubung dengan kaedah harafiah ini di mana Mahkamah Persekutuan menyebutkan:
“…applying the words and phrases of a statute in their ordinary meaning has been said
to be the first and most elementary rule of construction and the second is said to be to
construe the phrases and sentences according to the rules of the grammar.”
3
-apakah kemudaratan dan kekurangan yang tidak diperuntukkan di bawah common law;
-apakah remedi yang diperuntukkan bagi mengatasi kemudaratan;
-sebab remedi itu disediakan.
Kes Raja Shahriman & Anor v. C.A Ribiero & Ors (1921)1 MC 57 - ‘without reference to the other
Defendants’ – dalam s.12 Libel Ordinance 1915. kes Lim Moh Joo v. PP [1970]2 MLJ 113 - s.391(1)
Criminal Procedure Code required the Public Prosecutor to deliver a copy of a report to the accused not less
than 10 clear days before the commencement of the trail should be applied where the prosecution was by a
private person – dalam hal ini mahkamah telah menjelaskan bahawa ia perlu membuat ubahsuaian terhadap
bahasa undang-undang bagi mencapai matlamat dan niat perundangan tersebut.
Sekiranya terdapat kecacatan atau kekaburan dalam penggubalan sesuatu statut, mahkamah tidak hanya
berpeluk tubuh sahaja dan menyalahkan pihak gubalan. Mahkamah mestilah melakukan sesuatu untuk
melihat maksud penggubalan undang-undang berkenaan dan ini dilakukan bukan hanya setakat membuat
tafsiran terus melalui bahasa yang digunakan tetapi sebaliknya mesti membuat pertimbangan keadaan
sosial atau masyarakat yang membawa kepada pembentukan perundangan tersebut. Dalam pada itu juga ia
perlu melihat kemudaratan yang cuba diperbaiki dan seterusnya memberikan nafas baru dan kuasa kepada
peruntukan itu sebagaimana yang dihajatkan oleh pihak Parlimen. (Sila lihat kes Seaford Court Estates,
Ltd. V. Ps Asher (1949)2 AllER 155.)
Kes United Hokkien Cemetries, Penang v. Majlis Perbandaran, Pulau Pinang [1979]2 MLJ 121 adalah
contoh di mana mahkamah menggunakan kaedah tujuan ini – s.59(5) Municipal Ordinance (S.5 Laws Cap
133) memperuntukkan ‘a building used exclusively as a place for religious worship shall be exempted from
the payment of rate or rates’. Isunya sama ada ‘columbarium’ dibacakan termasuk sebagai ‘bangunan bagi
upacara keugamaan’. Mahkamah telah memutuskan bahawa tafsiran yang perlu dibuat bukan lagi setakat
harafiah tetapi ia perlu pergi lebih jauh daripada itu dengan melihat kepada tujuan statut berkenaan. Dalam
keadaan tertentu ada kalanya pendekatan harafiah ini digabungkan sekali dengan kaedah tujuan bagi
menghasilkan tafsiran yang lebih kemas (sila baca Foo Loke Ying & Anor v. Television Broadcast
Ltd.&Ors [1985]2 MLJ 35 dan Vengadasalam v. Khor Soon Seng & Ors [1985]2 MLJ 449.)