You are on page 1of 112

PR

OSI
Program
Ijazah
DI
Sarjana
Muda NG
PENDIDIKAN AWAL KANAK-
SEMIN
KANAK
AR
APRIL 2020
PENYEL
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH
Penyelidikan IDIKAN
Pendidikan Melahirkan
Guru Profesional
2020
Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan
PISMP Dengan Kepujian Ambilan Jun 2016

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAL

KETUA EDITOR
Encik Jalalulail B. Abd. Manab

EDITOR

Sang Nyuk Fung


Siti Norhaliza Bt. Muhiddin

Diterbitkan Oleh:
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
31150 Hulu Kinta,
Perak Darul Ridzuan.
NAMA : AHMAD KHAIRI FAIZ BIN RISAL@SAMSUL
RISAL

1
PENGGUNAAN TEKNIK PERMAINAN BAHASA BRIEFCASE BAGI MENINGKATKAN
KEMAHIRAN MEMBACA PERKATAAN SUKU KATA KV+KVK DALAM KALANGAN
MURID PRASEKOLAH DI SK SERI AMPANG

AHMAD KHAIRI FAIZ BIN RISAL@SAMSUL RISAL

DR SHEAL VALAKSHEMI A/P PALANIAPPAN

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SK)

akafaz@yahoo.co.uk

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menilai keberkesanan kaedah Permainan Bahasa
Briefcase bagi meningkatkan kemahiran membaca perkataan suku kata KV+KVK dalam kalangan
murid Prasekolah SK Seri Ampang. Responden dalam kajian ini terdiri daripada lapan orang murid
dari kelas Prasekolah Pra Byte 2 iaitu empat orang murid lelaki dan empat orang murid perempuan.
Data dikumpulkan melalui pemerhatian serta ujian pra dan ujian pos. Hasil analisis data mendapati
bahawa semua responden menunjukkan peningkatan markah yang ketara dalam ujian pos
berbanding ujian pra. Kesemua responden menunjukkan jumlah peningkatan markah
memberangsangkan. Terdapat tiga orang responden yang mencapai tahap sangat baik. Seterusnya,
dua orang responden mencapai tahap baik. Manakala, tiga responden lagi mencapai tahap
sederhana. Keputusan kajian menunjukkan bahawa kaedah Permainan Bahasa Briefcase sangat
berkesan dalam membantu kanak-kanak menguasai kemahiran membaca KV+KVK dan juga
menggalakkan penglibatan kanak-kanak dalam sesi pembelajaran dan pemudahcaraan Bahasa
Melayu. Cadangan kajian seterusnya ialah membuat penstrukturan semula Briefcase iaitu
memasukkan unsur-unsur suspen dalam Briefcase supaya lebih mencabar dan menyeronokkan.

Kata Kunci : kemahiran membaca perkataan suku kata KV+KV, pemerhatian, ujian pra dan ujian
pos, kaedah permainan bahasa briefcase

2
PENGENALAN

Pendidikan Prasekolah di Malaysia berkonsepkan pendidikan tidak formal yang


menyediakan pengalaman pembelajaran kepada kanak-kanak empat hingga enam tahun
sebelum masuk ke tahun satu di sistem persekolahan formal (Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan, 2017). Berikutan akta pendidikan 1996, Pendidikan Prasekolah
telah diinstitutkan ke dalam sistem pendidikan kebangsaan dengan matlamat untuk
menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai
kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah
rendah. Oleh itu, kurikulum pendidikan prasekolah memberi fokus kepada perkembangan
kanak-kanak secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Pendekatan pembelajaran
yang fleksibel dan suasana pembelajaran yang menarik, selesa dan selamat serta ceria
dapat menggalakkan naluri ingin tahu, perasaan suka meneroka dan menjelajah bahkan
memberi pengalaman baru kepada kanak-kanak. Salah satu tunjang yang terdapat di
dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) ialah tunjang komunikasi
Bahasa Melayu. Justeru, perancangan kajian ini adalah bagi membantu kanak-kanak
prasekolah menguasai kemahiran membaca perkataan melalui kaedah permainan
briefcase. Mengikut kandungan Modul Pendidik dan Pengasuh PERMATA Negara (2013),
pendekatan belajar melalui bermain merupakan kaedah yang paling berkesan untuk
menggalakkan kanak-kanak.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Berdasarkan pemerhatian sepanjang sesi PdPc, apa yang didapati terdapat murid
yang terlalu bergantung dengan guru untuk membunyikan sesuatu perkataan. Murid ini
kurang yakin untuk membunyikan perkataan sehingga sanggup menunggu guru untuk
mengangguk sebagai tanda betul. Terdapat juga murid yang melihat muka guru semasa
membaca dan bukannya huruf yang dipaparkan di papan putih. Perkara seperti ini memberi
impak kepada kemahiran asas membaca murid-murid kerana mereka tidak melihat suku
kata yang ditunjukkan sebaliknya hanya menyebut kembali apa yang mereka dengar tanpa
melihat begaimana perkataan tersebut dibina. Kemahiran membaca pada dasarnya
memerlukan pendengaran yang baik. Namun, dalam aspek menguasai kemahiran
membaca, murid-murid harus mengenal huruf dan mampu membaca suku kata dengan
usaha sendiri.

3
FOKUS KAJIAN

Melalui hasil pemerhatian pada sesi PdPc tunjang komunikasi bahasa Melayu,
masalah yang yang sering dihadapi ialah murid-murid prasekolah tidak dapat membaca
perkataan hasil gabungan suku kata terbuka dan suku kata tertutup, KV+KVK apabila
diminta membaca secara individu. Mereka sukar mengingat dan membunyikan semula
perkataan KV+KVK sebaliknya hanya membatang dan tidak membaca keseluruhan
perkataan. Kaedah pengajaran saya berbentuk formal dan menekankan kemahiran asas
membaca secara latih tubi sepangjang sesi PdPc membawa kemungkinan masalah ini
wujud berpunca cara tersebut yang tidak menarik kerana kemahiran membaca memerlukan
pengamatan dan fokus yang tinggi.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Objektif

1. Murid-murid prasekolah boleh membaca perkataan hasil gabungan suku kata


terbuka dan suku kata tertutup (KV+KVK) dengan lancar tanpa bimbingan guru.

2. Penggunaan kaedah belajar bermain briefcase dapat menggalakkan penglibatan


murid-murid prasekolah sepanjang sesi pembelajaran dan pemudahcaraan tunjang
komunikasi bahasa Melayu.

3. Kaedah permainan bahasa briefcase mampu meningkatkan kualiti guru dalam sesi
pembelajaran dan pemudahcaraan bahasa Melayu di prasekolah.

4
Soalan Kajian

1. Adakah permainan bahasa briefcase membantu meningkatkan kemahiran


membaca perkataan KV+KVK dengan lancar?

2. Adakah penggunaan kaedah belajar bermain briefcase dapat menggalakkan


penglibatan murid-murid prasekolah sepanjang sesi pembelajaran dan
pemudahcaraan tunjang komunikasi bahasa Melayu?

3. Bagaimana kaedah permainan bahasa briefcase mampu meningkatkan kualiti guru


dalam sesi pembelajaran dan pemudahcaraan bahasa Melayu di prasekolah?

PESERTA KAJIAN

Kumpulan sasaran bagi kajian ini terdiri daripada murid di Prasekolah Sk Seri
Ampang kelas pra byte dua Sekolah Kebangsaan Seri Ampang, Ipoh. Kumpulan sasaran
kajian ini terdiri daripada murid yang berusia enam tahun dan terdiri daripada lapan orang
murid yang telah dipilih untuk menjadi responden kajian. Kesemua responden sekurang-
kurangnya menguasai kemahiran membaca perkataan KV. Secara keseluruhannya,
kesemua responden masih belum menguasai kemahiran membaca perkataan iaitu
perkataan hasil gabungan suku kata KV+KVK

PELAKSANAAN KAJIAN

Christie dan Roskos dalam Sharifah Nor Puteh dan Aliza Ali (2016) pula mendapati
bahawa aktiviti bermain adalah penting terutamanya dalam bahasa kanak-kanak kerana
aktiviti bermain dan persekitaran permainan mempunyai hubungan dengan pemupukan
kemahiran literasi kanak-kanak. Hal ini kerana persekitaran bermain yang diperkayakan
dengan kemahiran literasi dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kanak-kanak
tentang fungsi perkataan bertulis, keupayaan mengenal perkataan bertulis, keupayaan
menggunakan strategi kefahaman seperti memastikan dan membetulkan sendiri perkataan
bertulis yang dilihat kanak-kanak. Secara keseluruhan, belajar melalui bermain dapat
merangsang perkembangan bahasa.

5
Dalam konteks main, kanak-kanak dapat melatih bahasa yang baru dikuasai,
mempelbagaikan perbendaharaan kata serta membenarkan kesalahan dan pembetulan
bahasa mereka. Maka, pelaksanaan permainan briefcase adalah melalui individu yang
telah dikenalpasti sesuai dijadikan responden kajian. Oleh itu, pengkaji menggunakan tiga
langkah yang terdiri daripada memilih gambar, suai pada gambar dan membina perkataan
suku kata.

DAPATAN KAJIAN

Pengkaji telah menetapkan bahawa pemerhatian yang dipilih ialah pemerhatian


berstruktur. Pengkaji telah menyediakan senarai semak berkaitan perkara yang ingin
diperhatikan. Senarai semak yang disediakan terbahagi kepada dua iaitu Senarai Semak
Penglibatan Murid dan Senarai Semak Kualiti Guru. Senarai semak penglibatan murid
adalah bertujuan untuk menjawab soalan kajian yang kedua. Manakala Senarai Semak
Kualiti Guru bertujuan untuk menjawab soalan kajian yang ketiga. Sebelum membuat
pemerhatian, pengkaji mengambil kira aspek-aspek tumpuan pemerhatian, masa
pemerhatian dan juga cara pemerhatian.

Dari aspek tumpuan pemerhatian, pengkaji membuat pemerhatian dengan meminta


bantuan guru pembimbing sebagai pemerhati. Pengkaji juga menyediakan senarai semak
bagi memudahkan pemerhatian dijalankan secara sistematik. Pengkaji meminta guru
pembimbing untuk melakukan pemerhatian semasa sesi permainan Briefcase dijalankan.
Dari aspek cara pemerhatian pula, pengkaji meminta pemerhati untuk mencatat tingkah
laku yang berkaitan di dalam ruangan catatan pada senarai semak yang disediakan.
Pengkaji juga meminta pemerhati menanda senarai semak yang telah disediakan bagi
mengenalpasti tahap penguasaan murid-murid dari semasa ke semasa sepanjang kajian
dijalankan.

6
Analisis Ujian Pra dan Pos

Pengkaji telah menjalankan Ujian Pra dan Ujian Pos untuk mengutip data. Pengkaji
telah mentadbir sendiri ujian pra dan ujian pos. perkataan yang digunakan dalam ujian pra
dan ujian pos adalah bulan, lilin, sabun, cawan dan timun. Pengkaji telah menetapkan
tahap pencapaian atau penguasaan kanak-kanak kepada lima iaitu sangat lemah, lemah,
sederhana, baik dan sangat baik.

5
4.5
4
3.5
3
2.5
2
1.5
1
0.5
0
responden responden responden responden responden responden responden responden
1 2 3 4 5 6 7 8

ujian pra ujian pos

Berdasarkan Rajah 4 di atas, terdapat peningkatan penguasaan kemahiran


membaca perkataan KV+KVK melalui penggunaan briefcase. Semasa Ujian Pra,
responden hanya berada pada tahap sangat lemah, lemah dan sederhana. Pada ujian pos,
terdapat perubahan yang signifikan di mana terdapat tiga responden yang mencapai tahap
sederhana, dua responden mencapai tahap baik dan tiga orang responden mencapai tahap
sangat baik. Secara keseluruhan, pencapaian kesemua responden adalah meningkat dan
memberangsangkan.

7
REFLEKSI

Hasil analisis data pemerhatian serta analisis Ujian Pra dan Ujian Pos dibincangkan
dalam bab ini. Hasil dapatan telah diperoleh setelah data dianalisis. Persoalan-persoalan
yang timbul sepanjang menjalankan kajian dapat dijawab berdasarkan analisis yang dibuat.
Pengunaan teknik permainan briefcase teryata mampu meningkatkan kemahiran
membaca KV+KVK. Kajian ini akan menunjukkan bahawa kaedah yang digunakan sesuai
ataupun tidak dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Tunjang Komunikasi Bahasa
Melayu. Sepanjang melaksanakan permainan Briefcase, murid-murid memberi tindak balas
yang positif. Kajian ini dibuktikan dengan analisis berdasarkan pemerhatian dan ujian pra
serta ujian pos yang telah dilaksanakan. Persoalan kajian dapat dijawab oleh hasil dapatan
melalui instrumen yang digunakan.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Kajian yang telah dijalankan menunjukkan kesan yang memberangsangkan dan


menunjukkan terdapat peningkatan dalam pencapaian murid. Kendatipun begitu, terdapat
limitasi dalam menjalankan kajian ini dan kajian-kajian seterusnya perlu dijalankan bagi
memperkukuhkan kajian ini. Kajian ini hanya menguji keberkesanan teknik permainan
bahasa Briefcase kepada lapan orang murid prasekolah Sekolah Kebangsaan Seri
Ampang sahaja. Kajian seterusnya boleh dilakukan untuk mengkaji keberkesanan Teknik
Permainan Briefcase dalam kalangan murid prasekolah yang lebih ramai dan kajian ini juga
boleh dijalankan di sekolah lain.

8
RUJUKAN

Abd. Ghani Masron. (n.d). Motivasi kuasa Perangsang Kejayaan Mutlak. Kuala Lumpur:
Synergy Publishing Company.

Abd. Rahim Abd. Rashid. (1999). Siri pengajian dan pendidikan utusan: Profesionalisme
motivasi pengurusan bilik darjah. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors
Sdn. Bhd.

Agustini, R. R. (2018). Pengaruh Reward Terhadap Motivasi Belajar Akidah Akhlak Siswa
Di Min Sihadabuan Padangsidimpuan. Al-Muaddib: Jurnal Ilmu-Ilmu Sosial dan
Keislaman, 3(1).

Ahmad, A., & Jinggan, N. (2017). Pengaruh kompetensi kemahiran guru dalam pengajaran
terhadap pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran Sejarah. JuKu: Jurnal
Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 3(2), 1-11.

Almy, M. (1984). A child right to play. In J.F Brown (ED). Administrating for young children.
Washington: NAEYC.

Boon Pong Ying, Noriati Abdul Rashid dan Sharifah Fakriah Syed Ahmad. (2009). Siri
Pendidikan Guru: Murid dan alam belajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Chua, Y. P. (1992). Creative and critical thinking styles. Universiti Putra Malaysia Press.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2019). Kamus dewan edisi keempat. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Dick, W. dan Reiser, RA. (1989). Planning effective instruction. New Jersey: Pretice Hall.

Faizal, P. R. M., Ridhwan, A. A. M., & Kalsom, A. W. (2013). The entrepreneurs


characteristic from al-Quran and al-Hadis. International Journal of Trade,
Economics and Finance, 4(4), 191.

9
Harvey Craft. (2009). Positive techniques for motivational teaching. Diperoleh Januari 19,
2020 dari Positive Techniques for Motivational Teaching: A Positive Teaching Plan
Motivates Students to Learn http://www.suite.comates

Holis, A. (2017). Belajar Melalui Bermain untuk Pengembangan Kreativitas dan Kognitif
Anak Usia Dini. Jurnal Pendidikan UNIGA, 10(1), 23-37.
Hotimah, H., Sunarto, M., & Pratama, E. A. S. (2018). Pengaruh Terapi Bermain
(Berdongeng) Terhadap Perkembangan Bahasa Pada Anak Usia Prasekolah (3-< 6
Tahun) Di PAUD Ukuwah Islamiah Desa Penujak Kecamatan Praya Barat
Kabupaten Lombok Tengah. Jurnal Kesehatan Qamarul Huda, 6(2), 19-25.

Isahak Haron. (1990). Mengajar membaca peringkat permulaan. Kertas Kerja dalam
membaca: Satu pengenalan. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd.

Isahak Harun. (2004). Laporan kajian awal membaca Bahasa Melayu. Tanjung Malim:
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

John Bear. (1997). Creative teachers creative students. United State of America: Allyn &
Bacon

Kanak-kanak, Bahagian Pendidikan Awal. "Kurikulum PERMATA Negara: Asuhan dan


Didikan Awal Kanak-kanak 0-4 Tahun." Malaysia: Jabatan Perdana Menteri (2017).

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Draf Semakan Standard Kurikulum Prasekolah


Kebangsaan. Kuala Lumpur: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Miller, M.D., Linn, R.L. & Gronlund, N.E. (2009). Measurement and Assessment in
Teaching. (10th ed.). New Jersey: Pearson International Edition.

Modul Pendidikan dan Pengasuh PERMATA negara. (2013). Kursus asuhan dan didikan
awal kanak-kanak. Universiti Putra Malaysia. Selangor: Percetakan Info Meditasi
Sdn. Bhd

Norshazreen Azwin Binti Azilah. (2010). Meningkatkan tahap mengenal abjad A hingga Z
dalam kalangan kanak-kanak prasekolah melalui permainan bahasa.

Prosiding Seminar Kajian Tindakan Prasekolah 2010. Melaka: Institut Pendidikan Guru
Kampus Perempuan Melayu, Melaka.

Paul Dix. (2007). Taking care of behavior practical skills for teacher. Great Britain: Pearson
Longman.

10
Puteh, S. N., & Ali, A. (2016). Pendekatan bermain dalam pengajaran bahasa dan literasi
bagi pendidikan prasekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(2), 1-16.

NAMA : AZIATUL SAFIRA BINTI OLLAH

11
PENGGUNAAN KAEDAH TOTAL PHYSICAL RESPONSE BAGI MENINGKATKAN
PENGUASAAN KOSA KATA BAHASA INGGERIS DALAM KALANGAN KANAK-
KANAK PRASEKOLAH MAWAR

AZIATUL SAFIRA BINTI OLLAH


EN AHMMAD JALALULAIL BIN ABDUL MANAB
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SK)
aziatulsafiraollah@gmail.com

ABSTRAK

Kajian tindakan ini bertujuan untuk membantu mengenal pasti sejauh manakah keberkesanan
Kaedah Total Physical Response dalam meningkatkan penguasaan kosa kata dalam bahasa
Inggeris serta mengurangkan masalah tingkah laku kanak-kanak dan memberikan pengajaran yang
menyeronokkan dalam diri kanak-kanak. Kanak-kanak sering melakukan masalah tingkah laku
semasa pembelajaran bahasa Inggeris dan ini menyebabkan kanak-kanak kurang menguasai kosa
kata dalam bahasa Inggeris. Kajian ini dilaksanakan terhadap lima orang kanak-kanak dari kelas
prasekolah Mawar di Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan. Data diambil dan dikumpul secara
teliti melalui beberapa fasa tertentu. Penggunaan ujian pra dan ujian pos, senarai semak, penilaian
kendiri dan juga rakaman gambar digunakan bagi mendapatkan data untuk kajian. Dapatan kajian
mendapati bahawa terdapat peningkatan penguasaan kosa kata dalam bahasa Inggeris serta
pengurangan masalah tingkah laku kanak-kanak di dalam kelas selepas penggunaan kaedah Total
Physical Response. Penggunaan kaedah ini dapat meningkatkan penguasaan kosa kata dalam
bahasa Inggeris serta mengurangan masalah tingkah laku kanak-kanak dan kaedah ini juga sesuai
untuk diimplimentasikan kepada semua kanak-kanak.

Kata kunci : kosa kata bahasa Inggeris, prasekolah, masalah tingkah laku, keseronokkan belajar

12
PENGENALAN

Bahasa merupakan sebuah kebolehan semula jadi manusia yang merupakan satu sistem
simbol bunyi arbitrari yang dipersetujui dan digunakan oleh sekelompok manusia untuk
berkomunikasi. Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka edisi ketiga (1996:87), bahasa
ialah lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu
kelompok manusia. Terdapat beberapa tokoh yang mempunyai pelbagai pandangan
berkenaan pemerolehan bahasa seperti B.F Skinner dan E.L Thorndike. B.F Skinner
merupakan antara tokoh yang mengkaji dan melakukan beberapa penambahbaikan
terhadap Teori Behavioris. Menurut beliau, pembelajaran bahasa akan berlaku jika terdapat
rangsangan dan tindak balas secara berulang-ulang. Ciri pembelajaran yang digunakan
oleh B.F Skinner adalah seperti pembelajaran merupakan sebuah proses mekanis yang
terjadi akibat daripada wujudnya hubungan antara rangsangan dengan tindak balas.
Sesuatu gerak balas akan diulangi jika diikuti dengan ganjaran dan peneguhan positif.
Sesuatu gerak balas yang sering diulangi juga akan menjadi kebiasaan.

Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran

Mengimbas kembali pengalaman mengajar pada Praktikum fasa 2, pengkaji mendapati


perhatian kanak-kanak mudah hilang sewaktu proses PdPc berjalan di dalam kelas
terutama bagi mata pelajaran bahasa Inggeris. Bukan itu sahaja, kanak-kanak yang telah
hilang perhatian di dalam kelas akan mula membuat perbuatan diskruptif. Perbuatan
disruptif ini merupakan tingkah laku yang berkait rapat dengan sikap dan tingkah laku yang
bermasalah dan menggangu orang sekeliling. Selain daripada membuat masalah tingkah
laku, tahap penguasaan kosa kata bahasa Inggeris kanak-kanak juga berada pada tahap
yang rendah.

Jamian dan Ismail (2016), masalah tingkah laku merupakan sebuah tingkah laku
yang boleh menggangu kelancaran dan keberkesanan proses PdPc di dalam bilik darjah.
Antara perbuatan yang selalu kanak-kanak lakukan adalah kanak-kanak tersebut akan
menggangu rakan lain yang ingin belajar. Selain itu juga, kanak-kanak akan mengajak
rakan lain untuk bersembang dan ada pula yang sampai tahap bermain walaupun pengkaji
ada di hadapan kelas dan sedang mengajar.

13
Kesan yang diperolehi daripada masalah kanak-kanak hilang tumpuan sewaktu
proses PdPc, adalah pencapaian objektif pembelajaran tidak dapat dicapai dan disebabkan
hal yang sedemikian, maka penguasaan kosa kata bahasa Inggeris kanak-kanak juga
berada pada tahap yang rendah. Hal ini terjadi kerana terdapat segelintir kanak-kanak yang
tidak dapat mencapai objektif pembelajaran. Jika objektif pembelajaran tidak tercapai,
maka PdPc yang dijalankan oleh pengkaji adalah gagal dan bukan itu sahaja, pengaji juga
terpaksa mengajar kembali tajuk pembelajaran tersebut. Bukan sahaja membuang masa
bahkan juga tenaga kerana pengkaji terpaksa menggunakan kelantangan suara yang lebih
kuat untuk menegur kanak-kanak yang membuat masalah.

Apabila merenung kembali pengajaran yang telah pengkaji jalankan, didapati


bahawa pengkaji kurang memasukkan unsur bermain dalam setiap pengajaran yang
dijalankan. Pengkaji banyak membuat pengajaran berfokuskan guru. Kanak-kanak lebih
banyak duduk dan mendengar apa yang disampaikan berbanding membuatnya dengan
sendiri .

Selain itu juga, pengurusan bilik darjah yang dijalankan juga adalah kurang
berkesan. Pengkaji dapat bahawa apabila kanak-kanak sudah mulai hilang tumpuan
semasa proses PdP berjalan, guru hanya menggunakan kaedah verbal sahaja untuk
mengawal semula keadaan kelas. Kaedah verbal yang dimaksudkan di sini adalah dengan
meninggikan suara dan meminta kanak-kanak untuk duduk di atas karpet.

Kita sendiri tahu bahawa untuk mempelajari bahasa asing selain daripada bahasa
Melayu sememangnya agak sukar. Tambahan pula bahasa tersebut bukanlah bahasa
perantaraan yang sering kita gunakan sepanjang hari. Disebabkan permasalah inilah yang
membuat kanak-kanak kurang pengetahuan berkenaan kosa kata bahasa Inggeris. Oleh
yang demikian, dengan merenung kembali segala permasalahan yang dihadapi sepenjang
berpraktikum, pengkaji telah merancang sebuah kaedah yang akan digunapakai bagi
mengembalikan perhatian kanak-kanak terhadap PdPc serta meningkatkan penguasaan
kosa kata Bahasa Inggeris kanak-kanak dan memberikan kanak-kanak sebuah
pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang menyeronokkan. Kaedah yang digunakan
adalah kaedah Total Physical Response (TPR).

Pengumpulan Data Awal

Isu utama yang dihadapi dalam kajian yang dijalankan adalah kanak-kanak selalu membuat
masalah tingkah laku sewaktu guru mengajar bahasa Inggeris. Bukan sahaja sewaktu

14
kelas Bahasa Inggeris, bahkan setiap kelas lain juga kanak-kanak turut menunjukkan
tingkah laku yang sama. Disebabkan masalah yang timbul ini, kanak-kanak menjadi
semakin sukar untuk mempelajari mata pelajaran bahasa Inggeris dan seterusnya
penguasaan kosa kata oleh kanak-kanak adalah dalam bilangan yang sedikit sahaja. Bagi
mengatasi masalah ini, pengkaji telah membuat beberapa kaedah yang diguna pakai bagi
mengumpul data kanak-kanak tersebut. Data yang diperolehi akan dianalisis bagi
mengesan dan seterusnya sebagai langkah mengatasi masalah yang ada.

Perkara pertama yang dilakukan oleh pengkaji adalah dengan membuat


pemerhatian dengan menggunakan catatan nota lapangan. Pemerhatian ini dibuat bagi
melihat bagaimana tangkah laku kanak-kanak sewaktu pembelajaran dan pemudahcaraan
bahasa Inggeris dijalankan oleh guru di dalam kelas. Sebarang perubahan dan tingkah laku
yang ditonjolkan oleh kanak-kanak haruslah dicatat. Nota lapangan ini dibuat oleh pengkaji
sewaktu guru pembimbing menjalankan PdPc bahasa Inggeris di dalam kelas.

Selepas membuat pemerhatian menggunakan catatan pada nota lapangan,


pengkaji akan membuat temubual besama dengan guru dan juga kanak-kanak. Temubual
ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat sejauhmana tahap penguasaan kanak-kanak
terhadap kosa kata dalam Bahasa Inggeris. Selain itu juga, temubual ini juga bertujuan
untuk melihat latar belakang keluarga kanak-kanak. Hal ini kerana, menurut Halizah & Joy
(2009), menyatakan bahawa latar belakang kanak-kanak dapat mempengaruhi
pembelajaran dan juga tingkah laku kanak-kanak.

Latar belakang yang dilihat adalah dari segi taraf ekonomi keluarga, bilangan ahli
keluarga, tempat tinggal, dan juga media massa. Dari dapatan temu bual bersama guru
yang telah didapati adalah, majoriti ibu bapa kanak-kanak bekerja sebagai Polis PGA dan
seperti yang kita tahu pekerjaan Polis ini adalah mengikut jadual waktu bekerja. Kepadatan
masa bekerja ibu bapa memberikan impak kepada pembelajaran kanak-kanak serta
tingkah laku mereka kerana ibu bapa kurang mengambil berat akan pembelajaran anak
mereka dan memberikan tugas mendidik sepenuhnya kepada guru.

FOKUS KAJIAN

Kajian ini berfokuskan kepada kanak-kanak Prasekolah Mawar dalam meningkatkan


penguasaan kosa kata bahasa Inggeris dan mengurangkan masalah tingkah laku mereka.
Dalam kajian yang dijalankan, pengkaji menggunakan kaedah TPR dalam menangani
masalah yang telah dihadapi oleh pengkaji. Dalam kajian ini juga, pengkaji telah

15
memasukkan 3 unsur dalam kaedah TPR. Unsur yang pertama adalah unsur nyanyian,
seterusnya unsur permainan dan akhir sekali adalah unsur bercerita. Oleh yang demikian,
pengkaji akan melihat sejauh mana kaedah TPR ini dapat menjawab segala persoalan
kajian.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Objektif Umum

Kajian ini dijalankan bertujuan bagi meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris
serta mengurangkan masalah tingkah laku semasa pembelajaran dan pemudahcaraan
bahasa Inggeris disamping memberikan pembelajaran yang menyeronokkan bagi kanak-
kanak melalui kaedah Total Physical Response.

Objektif Khusus

Secara khususnya, objektif kajian adalah seperti berikut :

i. Meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris dalam kalangan kanak-


kanak prasekolah.
ii. Mengurangkan masalah tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak prasekolah
sewaktu pembelajaran dan pemudahcaraan bahasa Inggeris.
iii. Menyediakan pembelajaran yang menyeronokkan bagi kanak-kanak dalam
mata pelajaran bahasa Inggeris.

Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian, maka 3 persoalan kajian telah dibina seperti berikut:

i. Adakah kaedah Total Physical Response dapat meningkatkan penguasaan


kosa kata bahasa Inggeris dalam kalangan kanak-kanak prasekolah.
ii. Adakah penggunaan Total Physical Response dapat mengurangkan masalah
tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak prasekolah sewaktu pembelajaran
dan pemudahcaraan bahasa Inggeris.
iii. Adakah kaedah Total Physical Response dapat menyediakan pembelajaran
yang menyeronokkan bagi kanak-kanak dalam mata pelajaran bahasa Inggeris.

16
PESERTA KAJIAN

Pengkaji telah memilih peserta kajian dari Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan.
Peserta kajian ini merupakan kanak-kanak dari prasekolah Mawar di sekolah tersebut.
Hasil daripada pengumpulan data awal, pengkaji telah memilih seramai lima orang kanak-
kanak yang terdiri daripada tiga orang lelaki dan dua orang perempuan. Kesemua kanak-
kanak ini berumur lima tahun dan berbangsa melayu.

PELAKSANAAN KAJIAN

Tindakan Yang Dijalankan

Dalam pelaksanaan kaedah TPR ini, pengkaji telah menjalankan pembelajaran yang
menggunakan kaedah TPR ini sebanyak 3 kali. Hal ini demikian kerana pengkaji telah
mengajar kanak-kanak 3 tema kosa kata yang berlainan. Bagi tema yang pertama adalah
tema pergerakan. Tema kedua adalah tema kenderaan dan akhir sekali adalah tema
pekerjaan.

Sewaktu kaedah ini dijalankan buat kali pertama, pengkaji akan mengedarkan set
soalan yang mana set ini merupakan ujian pra yang dibuat oleh pengkaji. Setelah kanak-
kanak membuat ujian pra ini, pengkaji akan mengajar kosa kata kepada kanak-kanak. Kosa
kata yang dimaksudkan adalah seperti walking, jogging, running, jumping, kicking dan
crawling. pengkaji akan menunjukkan kad kepada kanak-kanak. Setelah itu, pengkaji
memperkenalkan kad tersebut dengan menyebut kosa kata bagi kad tersebut sambil
membuat gaya. Kanak-kanak akan memerhati apa yang dilakukan oleh pengkaji.

Setelah itu proses peniruan pula bermula dimana pengaji bersama-sama dengan
kanak-kanak membuat gaya sambil menyebut kosa kata secara berulang-ulang. Jika
kanak-kanak sudah boleh melakukannya, guru akan menyebut kosa kata dan kanak-kanak
pula membuat pergerakan bagi setiap kosa kata yang telah dinyatakan oleh pengkaji.
Proses pengulangan dan ganjaran seperti pujian perlu dilaksanakan oleh pengkaji agar
kanak-kanak boleh menambahkan motivasi dalam diri mereka. Setelah itu, pengkaji akan
membuat aktiviti nyanyian menggunakan lagu Jumpping Hopping song. Kanak-kanak akan
menyanyi dan membuat pergerakan mengikut lirik lagu. Setelah habis aktiviti nyanyian,
pengkaji akan mengedarkan lembaran kerja iaitu ujian pos bagi kanak-kanak dan juga
penilaian kediri.

Pada pelaksanaan kaedah TPR yang kedua, tema yang akan diajarkan adalah
tema kenderaan. Kosa kata yang diberikan adalah seperti aeroplane, car, motorcycle, train,
boat dan helicopter. Dalam pelaksanaan kaedah TPR yang kedua, cara pelaksanaan sama

17
sahaja seperti pelaksanaan yang pertama dimana kaedah ini dimulakan dengan ujian pra.
Setelah itu, pengkaji menunjukkan kad dan menyebut kosa kata yang ada pada kad
tersebut. Setelah itu, pengkaji akan menyebut kosa kata sambil membuat gaya. Proses
peniruan berlaku apabila kanak-kanak boleh membuat semula perbuatan yang telah
ditunjukkan oleh pengkaji. Dalam tema kenderaan, pengkaji telah membuat aktivti
permainan yang bernama Grab The Chair. Dalam permainan ini, setiap kerusi yang
disusun oleh pengkaji, terdapat helaian kad pada atas kerusi. Kanak-kanak akan berjalan
mengelilingi kerusi dan berhenti apabila muzik lagu dipadamkan. Kanak-kanak perlu
melihat pada kad yang terletak pada kerusi yang mereka duduk dan kanak-kanak akan
menyebut kosa kata sambil membuat gaya. Pemenang akan dinilai mengikut jumlah kad
yang berjaya dijawab dengan betul. Habis sahaja pelaksanaan aktiviti permainan, pengkaji
akan membuat ujian pos dan penilaian kendiri.

Pelaksanaan kaedah yang terakhir adalah menerusi tema pekerjaan. Dalam tema
ini, pekerjaan seperti police man, footbal player, singer, chef, teacher dan doctor
merupakan kosa kata yang akan diajar. Sama seperti pelaksanaan yang pertama dan
kedua, kaedah TPR ini akan dimulakan dengan ujian pra. Setelah itu, pengkaji akan
menunjukkan kad dan menerangkan kosa kata yang akan dipelajari oleh mereka. Pengkaji
akan membuat gaya bagi setiap kosa kata dan proses peniruan berjaya dilakukan oleh
kanak-kanak jika mereka dapat mengikut semua pergerakan seperti yang ditunjukkan oleh
pengkaji. Pengkaji akan menyebut kosa kata dan kanak-kanak akan membuatnya. Setelah
itu, pengkaji menggunakan teknik bercerita dalam kaedah TPR pada kali ini. Tajuk cerita
yang disampaikan oleh pengkaji adalah My Happy Family. Semasa bercerita, pengkaji
menggunakan teknik bercerita yang berkesan. Setelah habis bercerita, pengkaji akan
membuat ujian pos dan penilaian kendiri.

Kaedah Mengumpul Data

Triangulasi kaedah pengumpulan data diaplikasikan oleh pengkaji dalam kajian ini untuk
mendapatkan maklumat dan data yang sah serta releven Creswell (2014). Kaedah
pengumpulan data yang digunakan adalah ujian pra dan pos, senarai semak, penilaian
kendiri, rakaman video/gambar. Menurut Sidek (2002), kesahan kandungan sesuatu alat
ukur dikatakan sesuai sekiranya data atau maklumat yang dikumpulkan menunjukkan
liputan yang menyeluruh sesuatu pencapaian terhadap sesuatu bidang. Menurut Merriem
(1989) seperti yang dinyat akan dalam Azran (2016), menyatakan kaedah triangulasi
merupakan salah satu kaedah yang boleh meningkatkan kebolehpercayaan sesuatu
penyelidikan kualitatif. Dengan ini, pendekatan yang digunakan oleh pengkaji adalah
gabungan antara pendekatan kualitatif dan juga pendekatan kuantitatif.

18
Menyemak Data

RakamanPemerhatian
atau gambar
videokendiri
Penilaian
Ujian

Rajah 1 Triangulasi Kaedah pengumpulan data.

Berdasarkan Rajah 1, pendekatan pengalaman yang digunakan dalam triangulasi


kaedah ialah kaedah pemerhatian yang berpandukan kepada senarai semak yang
mengandungi aspek-aspek penilaian bagi tindakan yang telah dijalankan. Selain itu,
kaedah ujian pra dan ujian pos digunakan bagi menilai tahap peningkatan penguasaan
kosa kata Bahasa Inggeris kanak-kanak. Ujian pra dan ujian pos ini diberikan sebelum dan
selepas kaedah TPR dilaksanakan . ujian ini diberikan dalam bentuk lembaran kerja yang
sama. Bagi pendekatan penilaian kendiri dan juga rakaman video dan gambar, pengkaji
memilih kaedah ini bagi mengesan sama ada kanak-kanak seronok akan pembelajaran
yang dijalankan oleh pengkaji ataupun tidak. Penambahan rakaman video dan gambar ini
pula dibuat bagi mengukuhkan lagi dapatan kajian melalui kaedah penilaian kendiri.
Rakaman video dan gambar dibuat kerana data yag diperolehi bersifat tepat dan tidak
berubah-ubah selain boleh menjadi bahan rujukan semula. Oleh itu, triangulasi kaedah
yang digunakan dalam kajian ini amat penting bagi memastikan data yang diperoleh
bersifat objektif dan mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi Noraini Idris (2013).

19
DAPATAN KAJIAN

Dapatan ujian pra dan ujian pos

Peningkatan jumlah jawapan yang dijawab dengan betul selepas


penggunaan kaedah TPR bagi tema pergerakan.
Bilangan kanak-kanak yang menjawab betul

0
soalan 1 soalan 2 soalan 3 soalan 4 soalan 5 soalan 6
Bilangan soalan

sebelum TPR selepas TPR

Rajah 2 Markah ujian pra dan ujian pos bagi tema pergerakan.

20
Peningkatan jumlah jawapan yang dijawab dengan betul selepas
penggunaan kaedah TPR bagi tema kenderaan.
Bilangan kanak-kanak yang menjawab betul
6

0
Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4 Soalan 5 Soalan6
Jumlah soalan

Sebelum TPR Series 3

Rajah 3 Markah ujian pra dan ujian pos bagi tema kenderaan.

Peningkatan jumlah jawapan yang dijawab dengan betul selepas


penggunaan kaedah TPR bagi tema pekerjaan
Bilangan kanak-kanak yang menjawab betul

0
Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4 Soalan 5 Soalan 6
Jumlah soalan

Sebelum TPR Series 3

Rajah 4 Markah ujian pra dan ujian pos bagi tema pekerjaan.

Rajah 2, rajah 3 dan juga rajah 4 merupakan hasil data yag telah diperolehi sewaktu
membuat ujian pra dan juga ujian pos. Terdapat 3 jenis rajah yang telah dilampirkan
merujuk kepada jumlah ujian pra dan ujian pos dijalankan. Terdapat 3 tema yang telah
digunakan dan antaranya adalah tema pergerakan, kenderaan dan juga tema pekerjaan.
Merujuk kepada rajah diatas dapat kita lihat bahawa terdapat peningkatan markah yang

21
dicapai oleh kanak-kanak sebelum dan selepas melakukan kaedah TPR dalam
pembelajaran Bahasa Inggeris. Namun begitu terdapat juga soalan yang mana peratus
pencapaian kanak-kanak adalah sama. Hal ini kerana markah yang diperolehi oleh kanak-
kanak sebelum dan selepas melakukan kaedah TPR ini adalah sama iaitu dengan catatan
100% betul. Hal seperti ini boleh terjadi disebabkan soalan yang diberikan adalah senang.

Dapatan Pemerhatian Berstruktur dan Senarai Semak

Pemerhatian bagi aspek masalah tingkah laku kanak-


kanak
34 34
35 30
30 27
23 23
25 20 20
18 17
20
Skala

15 10
8 9 8 9 9
10 5 5 5
2 3 3 3 4
5 1
0
Pemerhatian 1 Pemerhatian 2 Pemerhatian 3 Pemerhatian 4
Pemerhatian

Tingkah laku diri sendiri Tingkah laku terhadap rakan


Tingkah laku terhadap guru Tingkah laku terhadap persekitaran
Tingkah laku lain-lain

Rajah 5 Pemerhatian masalah tingkah laku kanak-kanak.

Bagi menguji sejauhmana keberkesanan kaedah TPR ini mampu untuk mengurangkan
masalah tingkah laku kanak-kanak semasa PdP di dalam kelas, pengkaji telah
menggunakan kaedah pemerhatian berstruktur iaitu senarai semak. Pengkaji telah
menyediakan sebuah senarai semak yang mempunyai item-item yang dibahagikan kepada

22
lima. Item-item tersebut mewakili kepada jenis tingkah laku kanak-kanak. Antara item yang
dinyatakan adalah seperti masalah tingkah laku diri sendiri, tingkah laku terhadap rakan,
tingkah laku terhadap guru, tingkah laku terhadap persekitaran dan akhir sekali adalah
tingkah laku lain-lain.

Merujuk kepada rajah 5, pemerhatian telah dijalankan sebanyak 4 kali. Hasil


dapatan yang telah diperolehi adalah kecenderungan masalah tingkah laku yang sering
dilakukan oleh kanak-kanak adalah masalah tingkah laku terhadap rakan. Kanak-kanak
sering menggangu rakan mereka sewaktu PdP berjalan. Pemerhatian 1 dan 2 dijalankan
sebelum penggunaan kaedah TPR dan pemerhatian 3 dan 4 dilaksanakan semasa
pelaksanaan TPR. Hasil yang telah diperolehi, masalah tingkah laku kanak-kanak semakin
baik. Hal ini jelas kita lihat apabila graf yang terdapat pada rajah 5 semakin menurun.
Dengan ini jelaslah bahawa dengan menggunakan kaedah TPR ini, masalah tingkah laku
kanak-kanak dapat dikurangkan.

Dapatan penilaian kendiri

Jadual 1

Penilaian kendiri bagi tema perbuatan.

Bil Nama

1 Muhammad Amrin Hadif /


2 Muhammad Arif Faiz Bin /
Mohd Hafizie
3 Muhammad Haziq Ziqrin Bin /
Mohd Hafiz
4 Nur Annisa Faiha Binti Azhar /
5 Nur Insyirah Zaharah Binti /
Aslan

Jadual 1

Penilaian kendiri bagi tema kenderaan.

Bi Nama
l

23
1 Muhammad Amrin Hadif /
2 Muhammad Arif Faiz Bin /
Mohd Hafizie
3 Muhammad Haziq Ziqrin Bin /
Mohd Hafiz
4 Nur Annisa Faiha Binti Azhar /
5 Nur Insyirah Zaharah Binti /
Aslan

Jadual 2

Penilaian kendiri bagi tema pekerjaan.

Bi Nama
l

1 Muhammad Amrin Hadif /


2 Muhammad Arif Faiz Bin /
Mohd Hafizie
3 Muhammad Haziq Ziqrin Bin /
Mohd Hafiz
4 Nur Annisa Faiha Binti Azhar /
5 Nur Insyirah Zaharah Binti /
Aslan

Hasil data yang diperolehi daripada penilaian kendiri yang dibuat oleh kanak-kanak,
pengkaji dapati bahawa semua kanak-kanak telah menunjukkan bahawa mereka sangat
seronok terhadap pengajaran yang telah dijalankan oleh pengkaji. Ujian penilaian kendiri ini
dibuat setelah habis sesuatu pengajaran yang menggunakan kaedah TPR yang dijalankan
oleh pengkaji. Kanak-kanak akan mewarnakan pada bahagian emoji yang terdapat pada
kertas. Setiap emoji mewakili perasaan kanak-kanak. Merujuk kepada jadual 1, 2 dan 3
semua kanak-kanak menandakan 100% pada bahagian emoji sangat seronok. Hal ini

24
terbuktilah bahawa penggunaan kaedah TPR mampu untuk memberikan kanak-kanak
suasana pembelajaran yang menyeronokkan.

Dapatan Analisis Rakaman Video atau Gambar

Hasil tangkapan gambar yang telah diambil, pengkaji dapati sewaktu pelaksanaan kaedah
TPR ini, kanak-kanak melibatkan diri dengan sangat aktif terhadap PdP yang dilaksanakan
oleh pengkaji. Selain itu juga, dalam hasil tangkapan gambar yag telah diambil, ekspresi
wajah yang ditayangkan oleh kanak-kanak juga sangat ceria dimana mereka tersenyum
menandakan bahawa mereka seronok mengikuti proses PdP yang dijalankan oleh
pengkaji. Pengkaji menggunakan kaedah rakaman video dan gambar ini kerana data yang
diperolehi bersifat tetap dan tepat.

Berdasarkan graf di rajah 3, telah memudahkan pengkaji untuk melihat dengan lebih jelas
pencapaian peserta kajian daripada Ujian Pra dan Ujian Pos. Berdasarkan bar yang
berwarna hijau tersebut, dapat ditafsirkan bahawa setiap peserta kajian telah mengalami
perubahan yang positif. Peserta kajian telah berjaya meningkatkan penguasaan mereka
dalam mewujudkan jarak antara tulisan serta kemahiran menulis dengan lebih baik setelah
intervensi dijalankan.

REFLEKSI

Berdasarkan kepada kajian tindakan yang telah dijalankan bagi membantu kanak-kanak
untuk menambahkan penguasaan kosa kata dalam Bahasa Inggeris dengan menggunakan
kaedah Total Physical Response, pengkaji dapati bahawa tahap penguasaan kanak-kanak
terhadap kosa kata Bahasa Inggeris sudah semakin meningkat. Buktinya peningkatan
peratusan pada ujian pra dan ujian pos yang telah dijalankan. Selain itu juga, dengan
menggunakan kaedah TPR ini, pengkaji dapati bahawa masalah tingkah laku dalam diri
kanak-kanak sewaktu PdP juga semakin baik. Hal ini dapat kita lihat apabila markah skala
yang diiperolehi dengan menggunakan senarai semak juga semakin menurun. Bukan itu
sahaja, dengan mengguna kaedah TPR, pengkaji dapat memberikan sebuah pembelajaran
yang menyeronokkan dalam diri kanak-kanak.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Sewaktu menjalankan kajian ini, pengkaji menyedari terdapat beberapa kelemahan yang
telah timbul. Oleh itu, pengkaji telah mencadangkan beberapa cara sebagai

25
penambahbaikan kajian. Antara cadangan yang dicadangkan oleh pengkaji adalah seperti
meluaskan lagi skop kosa kata yang akan digunakan bagi mengajar kanak-kanak. Selain
itu juga, pengkaji juga mencadangkan agar penambahan tempoh pelaksanaan bagi kaedah
TPR ini. Penggunaan bahan maujud dalam PdP juga merupakan cadangan yang diberikan
oleh pengkaji agar PdP yang dijalankan akan lebih menyeronokkan disamping memberi
kanak-kanak gambaran yang sebenar tentang pengajaran yang dijalankan.

RUJUKAN

Kementerian Pendidikan Malaysia (2016) Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran.


Putrajaya : Bahagian Pembangunan Kurikulum

Mohd Khairul Amin Mohammad dan V. Rajasegara a/l M. Veloo (2014) Penggunaan Kit
Utsugaki Bagi Meningkatkan Kekemasan Tulisan Murid Pemulihan Dalam Penulisan
Rumi. Jurnal Penyelidikan Tindakan (Pendidikan Pemulihan) Jilid 1 2014 : 107-116

Noraini Idris (2013) Penyelidikan dalam pendidikan (edisi kedua). Selangor:McGraw-Hill


Education (Malaysia) Sdn Bhd.

Noraini Omar (2009) Kajian Kes Ke Atas Kekemasan Tulisan Murid Tahun 2 Dalam Kelas
Pemulihan Khas Bahasa Melayu. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan
IPGM KBL : 215-227

Noresah Baharum et. al (2006) Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Dan Pustaka

Norlaila Kuslan (2014) Aktiviti pemulihan bacaan di sebuah sekolah rendah : satu kajian
kes. Dicapai daripada
http://studentsrepo.um.edu.my47011TESISNORLAILABTKUSLAN.pdf

26
NAMA : CHEE YONG QI

27
BELAJAR MELALUI BERMAIN DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS
NOMBOR 3,5 DAN 7 DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK AWAL

CHEE YONG QI

DR. OOI SOO YUAN

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SJKC)

janicechee0520@gmail.com

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk membantu murid


prasekolah di SJK(C) Kampung Tawas yang menghadapi
masalah menulis nombor “3”, “5” dan “7” secara terbalik dalam
Pendidikan Matematik Awal. Pendekatan yang telah digunakan
dalam kajian ini adalah belajar melalui bermain dalam
meningkatkan kemahiran menulis nombor “3”, “5” dan “7” murid
prasekolah dengan urutan yang betul dalam Pendidikan
Matematik Awal. Tiga orang murid telah terlibat dalam kajian
ini. Ujian diagnostik, ujian pra, ujian pos dan borang senarai
semak pemerhatian telah digunakan sebagai instrumen kajian
ini. Hasil analisis telah mendapati tahap kemahiran menulis
nombor “3”, “5” dan “7” oleh peserta kajian semakin meningkat
dalam peratus sebanyak 40% hingga 60%. Keputusan kajian
menunjukkan bahawa belajar melalui bermain dapat membantu
dalam meningkatkan kemahiran menulis nombor “3”, “5” dan
“7” murid prasekolah dengan urutan yang betul dalam
Pendidikan Matematik Awal. Cadangan penambahbaikan untuk
kajian seterusnya ialah penambahbaikan dalam bahan bantu

28
mengajar, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) boleh
diterapkan ke dalam kajian ini serta guru prasekolah boleh
menciptakan lagu nombor yang sesuai untuk murid prasekolah.

PENGENALAN

Piaget (1962) melihat aktiviti bermain yang disediakan dalam persekitaran kanak-kanak
adalah sebagai sebuah penerokaan alam. Oleh hal yang demikian, pembinaan kajian
dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak patut dilakukan supaya dapat
meningkatkan kefahaman dan mengubah persepsi guru-guru tentang pendekatan belajar
melalui bermain serta mengurangkan kekangan yang dihadapi oleh guru dalam
mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain di bilik darjah prasekolah. Menurut
kajian Zuhairah Mahmud (2014), menguasai kemahiran menulis bukan sekadar membantu
kanak-kanak lebih berjaya dalam menguasai tunjang lain tetapi juga membantu
meningkatkan proses perkembangan mental, psikologikal dan sosial dengan lebih baik.
Oleh itu, saya menggunakan pendekatan belajar melalui bermain sebagai suatu inisiatif
untuk meningkatkan kemahiran murid menulis “3”, “5” dan “7” dalam Pendidikan Matematik
Awal.

Konteks Kajian

Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar
prasekolah SJK(C) Kampung Tawas dalam menulis dan membentuk nombor seperti “3”, “5
”dan “7” dengan betul. Kajian tindakan ini memenuhi kehendak kursus bagi semester
kelapan PISMP. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian diagnostik dan ujian pra
kepada pelajar semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

Setelah masuk minggu kelapan sesi persekolahan pada praktikum kedua iaitu 29 Julai
hingga 2 Ogos 2019, saya mendapati terdapat beberapa orang murid masih tidak dapat
menguasai kemahiran menulis nombor terutamanya nombor “3”,“5” dan “7”. Dalam
pemerhatian saya, mereka kelihatan seperti memencilkan diri dan tidak berminat apabila
aktiviti P&P matematik terutamanya aktiviti menulis dijalankan. Berdasarkan pemerhatian
tingkah laku murid semasa sesi aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik
berlangsung serta ujian diagnostik, saya mengesan seramai 3 orang daripada 25 orang
murid di dalam kelas, lemah dalam kemahiran menulis nombor “3”, “5” dan “7”. Bertitik tolak
daripada kesedaran ini, saya telah bercadang untuk mengambil tindakan dengan membuat
penambahbaikan amalan pengajaran saya untuk membantu murid dalam meningkatkan
kemahiran menulis nombor. Oleh demikian, saya telah memilih strategi belajar melalui
bermain kerana pada pandangan saya strategi ini dapat menarik minat kanak-kanak untuk
belajar jika berbanding dengan dengan teknik yang lain. Hal ini disokong kerana permainan
merupakan salah satu saluran yang boleh mengembangkan perkembangan kanak-kanak
ke tahap yang optima. (Buku Panduan Guru Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001).

29
FOKUS KAJIAN

Setelah meneliti masalah ini, saya telah memberikan fokus kepada kemahiran menulis dan
membentuk “3”, “5” dan “7” dalam Pendidikan Matematik Awal. Kajian ini berfokuskan
kepada kanak-kanak prasekolah mengenai penguasaan kemahiran menulis dan
membentuk nombor “3” , “5” dan “7” dalam Pendidikan Matematik Awal. Saya akan
memberi penekanan dan fokus pada masalah ini kerana saya bimbang kegagalan
penguasaan kemahiran membaca dan menulis yang asas dan mudah ini dalam kalangan
peserta kajian akan memberi impak negatif terhadap penguasaan kemahiran menulis
nombor dalam Pendidikan Matematik Awal yang lebih kompleks. Berdasarkan masalah
kajian dan objektif kajian di atas, perlulah kajian dibuat bagi melihat kesan pendekatan
belajar melalui bermain dalam membantu peserta kajian meningkatkan kemahiran menulis
dan membentuk nombor “3”,”5” dan “7” dalam Pendidikan Matematik Awal. Ia sekaligus
dapat membantu saya untuk menarik minat peserta kajian serta mengekalkan tumpuan
mereka dalam aktiviti pembelajaran Matematik Awal yang akan membawa kepada
peningkatan prestasi dan objektif pembelajaran dapat dicapai.

Pengumpulan Data Awal

Semasa praktikum kedua selama 3 bulan di prasekolah SJK(C) Kampung Tawas, saya
telah mendapati bahawa murid-murid peringkat ini sudah dapat menguasai kemahiran
menulis nombor 0-9. Namun terdapat beberapa murid masih lemah dalam kemahiran
menulis nombor terutamanya nombor “3”,”5” dan ”7”.

Berdasarkan tinjauan awal saya, saya telah menggunakan pendekatan belajar melalui
bermain semasa waktu pengajaran dan pembelajaran Matematik Awal untuk memastikan
sasaran peserta kajian tindakan ini. Seramai tiga orang murid yang saya dapati
menghadapi masalah menulis nombor “3”,”5” dan ”7” secara terbalik.

Bagi memastikan lagi ketepatan pemerhatian, saya telah menjalankan satu ujian
diagnostik. Sebelum menjalankan ujian diagnostik, saya telah memanggil murid-murid
secara bergilir-gilir kerana waktu tersebut merupakan waktu pengajaran guru prasekolah.
Saya telah mengambil langkah untuk menjalankan ujian diagnostik untuk semua pelajar
dalam kelas berkenaan.

OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN Objektif Kajian

Objektif yang saya terapkan terbahagi kepada dua iaitu objektif umum dan objektif khusus.
Objektif umum dan objektif khusus bagi kajian ini adalah seperti berikut:

30
Objektif Umum

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menulis dan membentuk nombor “3” ,
“5” dan “7” murid prasekolah dalam Pendidikan Matematik Awal.

Objektif Khusus

1. Murid dapat meningkatkan kemahiran menulis “3” , “5” dan “7” dengan urutan yang betul

dalam Pendidikan Matematik Awal melalui pendekatan belajar melalui bermain.

2. Murid dapat meningkatkan kemahiran membentuk nombor “3” , “5” dan “7” dengan
urutan

yang betul dalam Pendidikan Matematik Awal melalui pendekatan belajar melalui
bermain.

Persoalan Kajian

Persoalan kajiaan yang ingin dikaji adalah seperti berikut:

1. Adakah murid dapat meningkatkan kemahiran menulis nombor “3”, “5” dan “7” dengan
urutan yang betul dalam Pendidikan Matematik Awal melalui pendekatan belajar sambil
bermain?
2. Adakah murid dapat meningkatkan kemahiran membentuk nombor “3” , “5” dan “7”
dengan urutan yang betul dalam Pendidikan Matematik Awal melalui
pendekatan belajar sambil bermain?

PESERTA KAJIAN

Kumpulan sasaran untuk penyelidikan tindakan ini terdiri daripada 3 orang murid
prasekolah SJK(C) Kampung Tawas yang berumur 5 tahun. Peserta kajian terdiri daripada
seorang murid lelaki dan dua orang murid perempuan.

Saya telah memilih peserta kajian berdasarkan kepada ujian yang dijalankan seperti ujian
diagnostik. Ujian diagnostik yang saya jalankan terhadap 25 murid di prasekolah SJK(C)
Kampung Tawas akan membantu saya merancang satu program pengajaran yang khusus
pada individu atau kumpulan yang lemah dengan lebih tepat dan sistematik. Dari
pemerhatian dan hasil daripada keputusan ujian diagnostik, saya memilih 3 kanak-kanak
yang lemah dalam menulis nombor terbalik “3”, “5” dan “7” dalam Pendidikan Matematik

31
Awal. Peserta kajian didapati mempunyai masalah dalam kemahiran menulis. Selain itu,
subjek juga sering melakukan kesalahan menulis nombor yang salah dan terbalik.

PELAKSANAAN KAJIAN

Belajar melalui bermain adalah pendekatan untuk meningkatkan kemahiran menulis dan
membentuk nombor “3” , “5” dan “7” murid prasekolah dalam Pendidikan Matematik Awal.
Bagi melaksanakan kajian ini, saya telah merancangkan tiga aktiviti seperti berikut.

Aktiviti 1 : Aktiviti Play Doh


Aktiviti 2 : Aktiviti Menyusun Butang Baju
Aktiviti 3 : Aktiviti Memadan Tali

Untuk Aktiviti Play Doh, murid diminta untuk membentuk nombor mengikut warna dan
bentuk nombor tersebut dengan meggunakan doh yang telah disediakan dalam poket kecil.
Bagi Aktiviti Menyusun Butang Baju, murid akan menyusun butang baju mengikut urutan
templat nombor yang diberi tersebut dan Aktiviti Memadan Tali pula ialah murid-murid akan
memadankan tali kasut pada lubang templat nombor yang telah disediakan.

Cara Pengumpulan Data

Pengumpulan data didefinisikan sebagai pengumpulan maklumat daripada pelbagai


sumber maklumat yang luas. (Bambang Hari Purnomo, 2011) Dalam kajian ini, kaedah
pengumpulan data dengan kaedah analisis dokumen seperti ujian pra dan ujian pos dan
pemerhatian untuk melihat sejauh mana keberkesanan cara belajar melalui bermain dalam
meningkatkan kemahiran menulis dan membentuk nombor “3” , “5” dan “7” murid dengan
urutan yang betul dalam Pendidikan Matematik Awal. Kaedah yang telah digunakan adalah
berasaskan
kuantitatif dan kualitatif.

i. Ujian diagnostik dijalankan pada awal kajian bertujuan untuk mengesan kelemahan
murid prasekolah dalam menulis nombor secara terbalik.

ii. Ujian Pos dijalankan sebagai pegesahan terhadap keputusan kajian tindakan.

iii. Pemerhatian bertujuan untuk menerangkan tingkah laku murid yang telah diperhatikan
dan kesemua pemerhatian perlu dilaksanakan secara saintifik yakni tepat,
sistematik dan objektif dengan menggunakan borang senarai semak pemerhatian.

32
Cara Menganalisis Data

Data dianalisis dengan menggunakan kaedah berikut :

Ujian Diagnostik
Ujian diagnostik mempunyai 5 soalan. (Sila Rujuk Lampiran A) Keputusan ujian diagnostik

dikira dalam peratusan.

Ujian Pra dan Ujian Pos

Satu lembaran kerja yang mempunyai 5 jawapan untuk ditulis oleh peserta kajian. (Sila
Rujuk Lampiran B) Keputusan kedua-dua ujian ini dikira dalam peratusan. Jadual dan
graf diguna bagi menganalisis keputusan ujian.

Pemerhatian (Borang Senarai Semak Pemerhatian)


Borang Senarai Semak Pemerhatian mengandungi sembilan item yang perlu
diperhatikan, iaitu pemerhatian 1, 2 dan 3. (Sila Rujuk Lampiran C) Keputusan borang
senarai semak pemerhatian dikira dalam peratusan. Jadual dan graf diguna bagi
menganalisis keputusan pemerhatian.

Cara Menyemak Data

Saya telah memilih triangulasi masa dengan mengumpul data lembaran kerja murid dan
triangulasi kaedah untuk menyemak data kajian. Dengan triangulasi masa, saya fokus dan
membuat perbandingan hasil dapatan lembaran kerja tiga orang peserta kajian dalam
masa yang berlainan. Triangulasi kaedah dilakukan dengan membuat perbandingan antara
sumber data dikumpul iaitu ujian pra ujian pos dan senarai semak pemerhatian. Saya telah
menyediakan borang matriks sebagai instrumen dalam triangulasi kaedah. Soalan kajian
digunakan sebagai garis panduan untuk membanding beza antara data yang telah saya
kumpul.

DAPATAN KAJIAN Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos

33
100 100 100
100

75
60
Ujian Pra
50 40 40 Ujian Pos

25

Peserta Kajian A Peserta Kajian C

Rajah 1 : Graf markah ujian pra dan ujian pos peserta kajian

Melalui Rajah 1, graf menunjukkan perbandingan antara ujian pra dan ujian pos.
Berdasarkan Rajah 1, dapat dilihat dengan jelas bahawa ketiga-tiga peserta kajian telah
menunjukkan peningkatan yang ketara dalam ujian pos mereka berbanding dengan ujian
pra secara ketara.

34
Analisis Pemerhatian (Borang Senarai Semak Pemerhatian)

100

75

50 Peserta Kajian A
Peserta Kajian B
Peserta Kajian C
25

0
Tindakan 1 Tindakan 2 Tindakan 3

Rajah 2 : Graf Min Skor (%) Kemahiran Membentuk Nombor “3”, “5” dan “7”

Rajah menunjukkan graf min skor untuk kemahiran membentuk nombor “3”, “5” dan “7”
melalui 3 tindakan. Berdasarkan Rajah 2, dapat dilihat Min Skor (%) yang dicapai oleh para
peserta kajian melalui tiga tindakan dalam kemahiran membentuk nombor “3”, “5” dan “7”
telah menunjukkan peningkatan secara beransur-ansur.

Borang Matriks
Sila tandakan ( / ) pada ruang kosong sekiranya telah memenuhi kriteria.
Senarai
Semak
Soalan Kajian Ujian Pra Ujian pos
Pemerhatia
n
1. Adakah murid dapat meningkatkan kemahiran
menulis nombor “3”, “5” dan “7” dengan urutan
yang betul dalam Pendidikan Matematik Awal / /
melalui pendekatan belajar sambil bermain?

2. Adakah murid dapat meningkatkan


kemahiran membentuk nombor “3” , “5” dan
“7” dengan urutan yang betul dalam / /
Pendidikan Matematik Awal melalui
pendekatan belajar sambil bermain?

Rajah 3 : Borang Matriks yang telah disemak.

Rajah 3 telah menunjukkan borang matriks yang telah disemak mengikut soalan kajian ini.
Borang ini disemak selepas kajian.

35
REFLEKSI

Berdasarkan data-data yang saya kumpulkan dan telah dianlisis secara terperinci, dapat
dilihat dengan jelas bahawa kedua-dua objektif kajian telah tercapai. Pertama sekali,
meningkatkan kemahiran menulis nombor “3”, “5” dan “7” murid prasekolah dengan urutan
yang betul dalam Pendidikan Matematik Awal dengan tepat melalui pendekatan belajar
melalui bermain. Objektif kedua ialah membentuk nombor “3”, “5” dan “7” murid prasekolah
dengan urutan yang betul dalam Pendidikan Matematik Awal dengan tepat melalui
pendekatan belajar melalui bermain. Dapatan kajian saya turut disokong oleh dapatan
kajian Desmond Daniel (2014) yang menunjukkan latihan atau latih tubi yang dilakukan
secara intensif dapat membantu murid-murid memahami sesuatu perkara dengan lebih
baik dan menguasainya secara berkesan. Oleh itu, setiap intervensi dilaksanakan dengan
tiga kali percubaan. Hal ini kerana, dengan beberapa kali latihan murid-murid lebih
memahami cara bermain aktiviti tersebut dan membantu murid-murid mencapai objektif
yang ditetapkan dalam kajian. Menurut Seefeldt dan Galper (2008), sekiranya kanak-kanak
terlibat dalam pengalaman pembelajaran matematik awal yang bermakna dan
menyeronokkan pada peringkat prasekolah, mereka akan lebih menghargai dan berterusan
melibatkan diri dalam pembelajaran matematik di peringkat sekolah rendah, menengah dan
peringkat tinggi. Oleh hal yang demikian, aktiviti yang berasaskan permainan perlu
dipraktikkan bagi merangsangkan minat dan seterusnya mengekalkan tumpuan murid-
murid prasekolah supaya mereka dapat belajar secara berkesan.

CADANGAN DAN TINDAKAN SUSULAN

Secara keseluruhannya, kajian tindakan ini telah berjaya kerana objektifnya telah dicapai.
Namun begitu, terdapat beberapa kelemahan yang perlu dibaiki bagi meningkatkan
prestasi dan kualiti pengajaran saya. Contohnya, kelemahan dalam bahan bantu mengajar
saya. Penambahbaikan templat nombor yang digunakan dalam aktiviti memadan tali kasut
perlu dibuat. Saya perlulah menambahkan bilangan lubang untuk membolehkan peserta
kajian memadan menjadi nombor yang lebih tepat. Seterusnya, unsur Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (TMK) boleh diterapkan dalam kajian tindakan ini mengikut zaman. Ini
dapat mengantikan lembaran kerja yang bosan terhadap murid-murid dan juga
membazirkan kertas. Di samping itu, salah satu kaedah yang selalu digunakan di
prasekolah adalah nyanyian. Hal ini kerana nyanyian merupakan sebahagian daripada
kehidupan kanak-kanak selain aktiviti bermain. Menurut Ginsburg (1977), kanak-kanak
mengenali nombor secara semulajadi melalui pengalaman dalam kehidupan seharian. Oleh
itu, guru prasekolah digalakkan menyediakan lagu nombor yang bersesuaian dengan
peringkat umur murid prasekolah kerana dapat ini menggembirakan mereka dan tidak
berasa bosan dalam pembelajaran matematik mereka.

36
RUJUKAN

Bambang Hari Purnomo. (2011). Metodedan Teknik Penumpulan Data Dalam Penelitian
Tindakan Kelas (Classroomaction Research). Jurnal Pengembangan Pendidikan
[S.l.], v. 8, n. 1, june 2011.

Ginsburg, H. (1977). Children's arthmetic: The learning process. New York: D Van
Nostrand.

Ginsburg, H. P. (2006). Mathematical play and playful mathematics: A guide for early
education. New York, NY: Oxford University Press.

Piaget, J. (1962). Play, Dreams, And Imitation In Childhood. New York: Norton.

Seefeldt, C., Galper, A. (2008). Continuing Issues in Early Childhood Education (3rd
Edition).
Pearson.

Zuhairah Mahmud. (2014).Pelaksanaan Aktiviti Belajar Melalui Bermain di Tadika-tadika


Kawasan Melaka Tengah. Melaka. Maktab Perguruan Islam. Bangi.
Selangor.

37
NAMA : LIM XING YI

38
PENGGUNAAN APLIKASI I-SAINS DALAM MENINGKATKAN PENGETAHUAN
ASAS TENTANG BAHAGIAN BADAN MANUSIA DALAM KALANGAN
KANAKKANAK PRASEKOLAH

LIM XING YI
TAN AI LEE, PhD.

PISMP AM.JUN 2016 UNIT R8

INSTITUSI PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

xingyi.lim@hotmail.com

ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan untuk membantu meningkatkan pengetahuan asas tentang
bahagian tubuh badan manusia dalam kalangan kanak-kanak prasekolah 6 tahun melalui
penggunaan aplikasi I-Sains. Peserta kajian terdiri daripada dua orang kanak-kanak prasekolah
yang telah dikenal pasti melalui ujian diagnostik. Model tindakan Kurt Lewin digunakan sebagai
panduan pelaksanaan kajian. Kaedah pengumpulan data merangkumi analisis dokumen,
pemerhatian dan ujian. Dapatan kajian membuktikan bahawa penggunaan aplikasi I-Sains
berkesan dalam meningkatkan pengetahuan asas tentang bahagian tubuh badan manusia
dengan mengecam tubuh badan manusia serta fungsinya. Aplikasi I-Sains yang dibina boleh
ditambah baik dan diperluas untuk digunakan oleh guru prasekolah yang lain. Cadangan
tindakan susulan ialah, aplikasi I-Sains juga boleh digunakan untuk kanak-kanak mempelajari
pengetahuan atau kemahiran yang lain.

Kata kunci: mengecam tubuh badan manusia, mengenalpasti fungsi tubuh badan manusia

ABSTRACT
The aim of this action research is to increase the basic knowledge about human body parts
among 6 years old preschool students through the usage of I-Sains application. Two preschool
students were chosen to take part in this action research by diagnostic test. Results found that
they were having problems regarding identification of human body parts and its usage. The
action modelKurt Lewin was used as guideline in the action research. Data were collected using
3 methods which included documentation analysis, observation and test. The findings proved that
it was an effective way to increased the basic knowledge about identifying human body parts and
its function though I-Sains application. I-Sains application can be improved and be used widely
by preschool teachers as a teaching guide. Meanwhile, I-Sains application can be used by
children to learn knowledge and master some other skills.

Keywords: recognizing skill, identifying skill

39
PENGENALAN
Kajian ini dijalankan berdasarkan satu isu yang menarik perhatian dalam pembelajaran
dan pemudahcaraan yang didapati melalui pengalaman semasa menjalani praktikum
fasa dua. Sepanjang menjalani praktikum, didapati bahawa 2 daripada 14 orang kanak-
kanak yang berumur 6 tahun tidak dapat menguasai pengetahuan asas tentang
bahagian tubuh dan deria manusia walaupun ilmu ini terkandung dalam tunjang Sains
dan Teknologi KSPK (2017). Perkara ini dapat dilihat semasa rutin harian di mana
kanak-kanak diminta membuat aksi diiringi dengan lagu “Anggota Badan” dan kanak-
kanak tersebut gagal untuk membuat aksi dengan menunjukkan bahagian tubuh badan
mengikut lirik lagu. Fenomena ini amat membimbangkan kerana mengenal anggota
badan manusia merupakan pengetahuan yang paling asas serta perlu dikuasai oleh
setiap kanak-kanak prasekolah.
Menurut Aminuddin (2017), Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pendidikan, konsep pembelajaran yang menyeronokkan telah
dilaksanakan di semua sekolah secara meluas kerana beliau percaya bahawa
pembelajaran yang menyeronokkan dapat memikat kanak-kanak. Dengan ini,
Kementerian Pendidikan melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk penerapan elemen
pembelajaran menyeronokkan bagi memastikan kanak-kanak gembira ke sekolah sekali
gus dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmoni merangkumi aspek intelek,
rohani, emosi dan jasmani. Jelas bahawa, penggunaan kaedah atau teknik pengajaran
yang tidak menarik atau tidak sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak akan
mempengaruhi keberkesanan proses PdPc. Kanak-kanak dapat belajar dan mengingati
dengan lebih baik apabila proses pembelajaran dijalankan dalam keadaan yang seronok
dan gembira.
Dengan ini, aplikasi I-Sains telah dibina sebagai satu intervensi untuk
meningkatkan minat kanak-kanak terhadap sains awal berbanding dengan pengajaran
tradisional iaitu “Chalk and Talk”. Aplikasi yang dibangunkan berasaskan TMK
membolehkan kanak-kanak meneroka dunia Sains menggunakan kaedah interaktif.
Kanak-kanak dapat mengenal anggota badan manusia seperti kepala, buhu, lutut, kaki,
mata, telinga, mulut, hidung dan fungsinya melalui aplikasi yang dibangunkan melalui
pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Penggunaan aplikasi ini dapat menarik perhatian
dan meningkatkan semangat belajar kanak-kanak dalam proses pembelajaran. Melalui
aplikasi yang dibangun, kanak-kanak dapat belajar sains awal dalam mengenal anggota
badan manusia melalui video, gambar serta aktiviti bermain.

FOKUS KAJIAN
Dalam kajian ini, ujian diagnostik (lampiran 1) telah dijalankan untuk mengenalpasti
kanak-kanak yang tidak dapat menguasai pengetahuan asas dalam sains awal iaitu
mengenal bahagian tubuh dan deria manusia. Ujian ini memberikan fokus kepada
mengecam bahagian tubuh badan dan menyatakan fungsi deria manusia untuk
memastikan kanak-kanak yang perlu menjalani aktiviti intervensi. Pemerhatian turut
dibuat apabila sesi perbualan pagi semasa aktiviti menyanyi lagu “Anggota Badan”
sambil membuat aksi. Melalui pelbagai kaedah yang digunakan, didapati bahawa
mereka memang menghadapi masalah dalam penguasaan pengetahuan asas iaitu
mengecam anggota badan manusia serta fungsinya. Oleh yang demikian, kajian
tindakan dijalankan adalah berfokus kepada peningkatan pengetahuan asas tentang
bahagian tubuh badan manusia serta fungsinya melalui penggunaan aplikasi I-Sains.

40
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Objektif Am
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan asas kanak-kanak prasekolah
tentang bahagian tubuh badan dan deria manusia melalui penggunaan aplikasi I-Sains
yang telah dibangun.

Objektif Khusus
1. Untuk meningkatkan pengetahuan asas tentang bahagian tubuh badan manusia
dengan mengecam bahagian tubuh manusia.
2. Untuk meningkatkan pengetahuan asas tentang bahagian tubuh manusia dengan
menyatakan fungsi setiap deria manusia.

Soalan Kajian
1. Adakah penggunaan aplikasi I-Sains dapat membantu dalam meningkatkan
pengetahuan asas tentang tubuh badan manusia dengan mengecam bahagian
tubuh manusia dalam kalangan kanak-kanak prasekolah?
2. Adakah penggunaan aplikasi I-Sains dapat membantu kanak-kanak prasekolah
dalam meningkatkan pengetahuan asas tentang tubuh badan manusia dengan
menyatakan fungsi setiap deria manusia?

PESERTA KAJIAN
Kajian ini melibatkan dua orang kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam
mengecam dan mengenalpasti bahagian tubuh badan serta fungsinya. Kedua-dua
kanakkanak tersebut adalah lelaki dan seorang mempunyai tahap pencapaian akademik
yang rendah dan seorang mempunyai tahap pencapaian akademik yang sederhana.

TINDAKAN YANG DIJALANKAN


Dalam kajian ini, model kajian tindakan Kurt Lewin telah dijadikan sebagai panduan
perlaksanaan kajian. Terdapat 4 elemen utama iaitu merancang (plan), bertindak
(action), memerhati (observe) dan mereflek (reflect). Keempat-empat elemen telah
dijadikan asas dalam kajian tindakan ini.

(i) Merancang
Kepelbagaian kaedah dan strategi intervensi telah dirancang agar membawa kepada
pengajaran yang lebih berkesan menurut Shahabuddin Hashim dan Rohizani Yaakub
(2007). Berdasarkan pandangan beberapa orang tokoh seperti Maria Montessori, Jean
Piaget, Erik Erikson dan Vygotsky telah memberikan perhatian yang positif terhadap
pendekatan belajar melalui bermain. Dengan ini, satu aplikasi telah dibina berdasarkan
pandangan tokoh-tokoh sebagai bahan bantu mengajar untuk menyelesaikan masalah
kanak-kanak tidak dapat menguasai pengetahuan asas tentang bahagian tubuh badan
dan deria manusia.

41
(ii) Bertindak
Berdasarkan Kamus Dewan (2005), bertindak membawa maksud menjalankan sesuatu
usaha atau kegiatan. Dalam kajian ini, tindakan yang dijalankan adalah menggunakan
aplikasi I-Sains dalam meningkatkan pengetahuan asas tentang bahagian tubuh badan
manusia dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Aplikasi ini telah dibina merangkumi
5 bahagian iaitu bahagian tutorial, video, permainan, latihan dan lagu. Kanak-kanak
mempelajari tentang bahagian tubuh badan dan deria manusia dengan membuat
penerokaan melalui aplikasi ini.

(iii) Memerhati
Pemerhatian yang rapi dijalankan bagi mengumpul data untuk mengenalpasti
keberkesanan aplikasi I-Sains dalam meningkatkan pengetahuan asas tentang bahagian
tubuh badan dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Melalui pemerhatian yang
dijalankan dapat mengamati perubahan tingkah laku kanak-kanak berpandukan tindakan
yang dilaksanakan. Dengan ini, satu tempoh masa telah ditetapkan untuk memerhati
perubahan tingkah laku peserta kajian sebelum, semasa dan selepas intervensi
dijalankan. Tempoh masa yang telah ditetapkan adalah sepanjang 3 minggu intervensi
dilaksanakan.

(iv) Mereflek
Selepas data dikumpul dan dianalisis, satu refleksi terhadap intervensi yang
dilaksanakan telah dibuat. Selepas menjalankan intervensi dengan menggunakan
aplikasi I-Sains, data tentang penguasaan pengetahuan asas bahagian tubuh badan dan
deria manusia dalam kalangan murid prasekolah telah dikutip lalu dianalisis.
Berdasarkan data yang telah dikutip, satu refleksi terhadap penggunaan kaedah tertentu
telah dilaksanakan untuk menunjukkan keberkesanan penggunaan aplikasi I-Sains serta
kelemahan dan kelebihannya sebagai bahan bantu mengajar di prasekolah.

Kaedah Mengumpul Data


Tiga kaedah digunakan untuk mengumpul data kajian tindakan iaitu ujian pra dan pos,
analisis dokumen serta pemerhatian melalui senarai semak.

(i) Ujian Pra dan Pos


Penilaian yang telah digunakan ialah ujian pra dan ujian pos. Menurut Kementerian
Pelajaran Malaysia (2008), ujian merupakan kaedah yang digunakan untuk mengutip
data bagi menilai dan mengesan kefahaman subjek terhadap sesuatu pelajaran yang
telah dipelajari. Uijan yang telah dijalankan adalah berbentuk bertulis untuk menguji
keberkesanan aktiviti intervensi yang telah dilaksanakan. Ujian digunakan untuk
membandingkan prestasi peserta kajian sebelum dan selepas intervensi dijalankan
menggunakan aplikasi I-Sains. Set soalan bagi ujian pra dan ujian pos adalah set
soalan yang sama.

(ii) Analisis Dokumen


Dalam kajian ini, lembaran kerja yang diberikan kepada peserta kajian merupakan
dokumen yang dianalisis selepas kanak-kanak menjalani aktiviti intervensi melalui
aplikasi I-Sains. Selepas aktiviti dijalankan, peserta kajian perlu menyempurnakan

42
lembaran kerja yang diberikan dengan menggunakan ilmu yang telah dipelajari dalam
aplikasi I-Sains dalam masa yang ditetapkan di prasekolah. Analisis dokumen
dijalankan untuk mengesan sama ada penggunaan aplikasi I-Sains dapat membantu
dalam meningkatkan pengetahuan asas tentang tubuh badan manusia dalam kalangan
kanak-kanak prasekolah.

(iii) Pemerhatian melalui Senarai Semak


Pemerhatian dilakukan bersama dengan senarai semak agar pemerhatian dan
pengumpulan data berfokus. Senarai semak yang dibuat mempunyai integriti,
keesahan, nilai dan relevan terhadap isu untuk data yang hendak dikumpulkan.
Pemerhatian akan dijalankan semasa kanak-kanak menjalani aktiviti pembelajaran
melalui bahagian tutorial, menonton video dalam aplikasi dan menyanyikan lagu anggota
badan dalam aplikasi ISains. Bahan sokongan seperti gambar dan video diambil
sebagai bukti dan dapat mengelakkan pengkaji terlepas pandang terhadap tingkah laku
peserta kajian semasa aktiviti intervensi dijalankan.

Kaedah Menganalisis Data

(i) Ujian Pra dan Pos

Data markah ujian pra dan pos telah direkod dan dicatatkan. Formula yang digunakan
untuk mengira markah dalam ujian pra dan pos adalah seperti dalam rajah 1. Rubrik
permarkahan disediakan untuk penilaian yang tepat dan konsisten seperti dalam jadual
1.
𝐽𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑠𝑜𝑎𝑙𝑎𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑑𝑖𝑗𝑎𝑤𝑎𝑏𝑘𝑎𝑛 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑡𝑢𝑙
×
100%
𝐽𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑠𝑜𝑎𝑙𝑎𝑛
Rajah 1. Formula Pengiraan Markah

Jadual 1.
Skema Permarkahan Ujian Pra dan Pos
Gred Skala Pencapaian Peratusan (%)

A Cemerlang 80- 100


B Baik 66- 79
C Sederhana 50- 65
D Lulus 40- 49
E Gagal 0- 39

(ii) Analisis Dokumen


Lembaran kerja yang dibuat oleh peserta kajian telah dianalisis. Lembaran kerja
tersebut mengandungi skop tajuk anggota badan manusia dan fungsinya. Jawapan yang
diberi oleh peserta kajian dalam lembaran kerja menunjukkan sama ada mereka sudah

43
menguasai pengetahuan yang dipelajari melalui aplikasi I-Sains. Dokumen-dokumen
yang berkaitan telah disimpan sebagai satu bukti terhadap kajian.

(iii) Pemerhatian melalui Senarai Semak


Pemerhatian telah dijalankan untuk setiap kali intervensi dijalankan iaitu sebanyak tiga
kali. Segala hasil pemerhatian telah dicatatkan dalam borang senarai semak yang
telah disediakan. Selepas pemerhatian, data telah dipindah daripada borang senarai
semak kepada bentuk jadual agar keputusan yang didapati mudah difahami. Analisis
dibuat berdasarkan catatan dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh peserta kajian
sepanjang pemerhatian dilaksanakan.

Cara Menyemak Data


Dalam kajian ini, teknik triangulasi dilakukan dengan membuat perbandingan antara
sumber data yang dikumpul melalui kaedah pemerhatian, analisis dokumen dan ujian
seperti dalam rajah 2. Menurut Creswell (2005), triangulasi ialah satu proses untuk
mendapat data daripada pelbagai kaedah dan individu. Satu borang matriks telah
disediakan sebagai instrumen dalam teknik triangulasi. Soalan kajian digunakan
sebagai garis panduan untuk membanding beza antara data yang telah dikumpul melalui
tiga kaedah pengumpulan data yang telah digunakan. Data yang telah dikumpul akan
dipindahkan ke dalam borang matriks untuk memudahkan perbandingan sebelum
membuat keputusan.
Analisis Dokumen

triangulasi
Pemerhatian dan
Ujian Senarai Semak

Rajah 2. Teknik triangulasi

DAPATAN KAJIAN
Data tentang keputusan kajian ini telah dikutip dengan tiga jenis kaedah iaiatu ujian pra
dan pos, pemerhatian dan senarai semak serta analisis dokumen peserta kajian.

(i) Dapatan Kajian Ujian Pra dan Pos


Untuk perbincangan dapatan, peserta kajian dilabelkan sebagai kanak-kanak A dan
kanak-kanak B. Markah yang diperoleh oleh peserta kajian bagi ujian pra dan pos
dapat diperhatikan dalam Jadual 2. Jadual 3 pula menunjukkan tahap pencapaian
peserta kajian bagi ujian pra dan pos. Berdasarkan jadual 2 dan 3, jelaslah bahawa
tahap pencapaian kanak-kanak telah meningkat. Lembaran ujian pra dan pos telah
dilampirkan dalam lampiran 2.

44
Jadual 2.
Analisis markah yang diperoleh oleh peserta kajian pada ujian pra dan pos
Peserta Kajian Markah Ujian Pra Peratusan (%) Markah Ujian Pos Peratusan (%)
Kanak-kanak A 7/20 35 13/20 65
Kanak-kanak B 11/20 55 19/20 95
Jadual 3.
Analisis data yang diperoleh oleh peserta kajian pada ujian pra dan pos mengikut
kategori skala pencapaian
Peserta Kajian Tahap Pencapaian
Ujian Pra Ujian Pos
Kanak-kanak A Gagal Baik
Kanak-kanak B Sederhana Cemerlang

(ii) Dapatan Kajian Analisis Dokumen


Berdasarkan analisis dokumen pula, kedua-dua peserta kajian menunjukkan
peningkatan yang ketara. Jadual 4 menunjukkan hasil keputusan lembaran kerja 1, 2
dan 3 yang dibuat oleh kanak-kanak A dan B. Contoh lembaran kerja 1, 2 dan 3 telah
dilampirankan dalam lampiran 3.

Jadual 4.
Hasil dapatan dokumen

Peserta kajian Kanak-kanak A Kanak-kanak B


Lembaran Markah Peratusan (%) Markah Peratusan (%)
Lembaran 1 4/10 40 6/10 60
Lembaran 2 5/10 50 9/10 90
Lembaran 3 6/10 60 10/10 100

(iii) Dapatan Kajian Pemerhatian melalui Senarai Semak


Berdasarkan jadual 5, 6 dan 7, kanak-kanak A dan B telah menunjukkan peningkatan
yang ketara dalam penguasaan pengetahuan asas dalam mengecam dan
mengenalpasti tubuh badan manusia serta fungsinya

45
46
Jadual 5.

Senarai Semak Intervensi 1

Petunjuk: / - Menguasai, X – Tidak Menguasai


Bil Aspek Pemerhatian Kanak-kanak A Kanak-kanak B
Sesi Sesi Sesi Sesi Sesi Ses
1 2 3 1 2 i3
1 Menunjukkan kepala mengikut X X X X X /
arahan dalam bahagian tutorial
aplikasi ISains.
2 Menunjukkan bahu mengikut arahan X / / / / /
dalam bahagian tutorial aplikasi
ISains.
3 Menunjukkan lutut mengikut arahan X X / X / /
dalam bahagian tutorial aplikasi
ISains.
4 Menunjukkan kaki mengikut arahan X X / X / /
dalam bahagian tutorial aplikasi
ISains.
5 Menunjukkan mata mengikut arahan / / / / / /
dalam bahagian tutorial aplikasi
ISains.
6 Menunjukkan telinga mengikut / / / / / /
arahan dalam bahagian tutorial
aplikasi ISains.
7 Menunjukkan mulut mengikut arahan X / / / / /
dalam bahagian tutorial aplikasi
ISains.
8 Menunjukkan hidung mengikut X X X X / /
arahan dalam bahagian tutorial
aplikasi ISains.

47
Jadual 6.
Senarai Semak Intervensi 2
Petunjuk: / - Menguasai, X – Tidak Menguasai
Bil Aspek Pemerhatian Kanak-kanak A Kanak-kanak B
Sesi Sesi Sesi Sesi Sesi Sesi
1 2 3 1 2 3
1 Menunjukkan kepala apabila “guru” X X X X X /
dalam video menyatakan perkataan
kepala.
2 Menunjukkan bahu apabila “guru” X / / / / /
dalam video menyatakan perkataan
kepala.
3 Menunjukkan lutut apabila “guru” X X X X / /
dalam video menyatakan perkataan
kepala.
4 Menunjukkan kaki apabila “guru” X X / X X /
dalam video menyatakan perkataan
kepala.
5 Menunjukkan mata apabila “guru” / / / / / /
dalam video menyatakan perkataan
kepala.
6 Menunjukkan telinga apabila “guru” / / / / / /
dalam video menyatakan perkataan
kepala.
7 Menunjukkan mulut apabila “guru” X / / / / /
dalam video menyatakan perkataan
kepala.

8 Menunjukkan hidung apabila “guru” X X / X / /


dalam video menyatakan perkataan
kepala.

48
Jadual 7.
Senarai Semak Intervensi 5
Petunjuk: / - Menguasai, X – Tidak Menguasai
Bil Aspek Pemerhatian Kanak-kanak A Kanak-kanak B
Sesi Sesi Sesi Sesi Sesi Sesi
1 2 3 1 2 3
1 Menunjukkan kepala mengikut lirik X X X X X /
lagu “kepala” semasa
aktiviti nyanyian.
2 Menunjukkan bahu apabila mengikut X / / / / /
lirik lagu “bahu” semasa aktiviti
nyanyian.
3 Menunjukkan lutut mengikut lirik lagu X X X X / /
“lutut” semasa aktiviti nyanyian.
4 Menunjukkan kaki mengikut lirik lagu X X / X X /
“kaki” semasa aktiviti nyanyian.
5 Menunjukkan mata mengikut lirik lagu / / / / / /
“mata” semasa aktiviti nyanyian.
6 Menunjukkan telinga mengikut lirik / / / / / /
lagu “telinga” semasa
aktiviti nyanyian.
7 Menunjukkan mulut mengikut lirik lagu X / / / / /
“mulut” semasa aktiviti nyanyian.

8 Menunjukkan hidung mengikut lirik X X X X / /


lagu “hidung” semasa
aktiviti nyanyian.

REFLEKSI

Kajian ini telah banyak memberikan manfaat kepada kanak-kanak yang menghadapi
masalah dalam penguasaan pegetahuan asas dalam subjek sains awal iaitu mengecam
anggota badan manusia dan fungsinya. Masalah yang dihadapi oleh setiap kanak-
kanak perlu dititik berat dan sentiasa peka terhadap perkembangan kanak-kanak bagi
memastikan mereka menguasai ilmu yang disampai dengan baik. Guru mempunyai
tanggungjawab yang besar terhadap setiap kanak-kanak dalam kelas. Oleh itu, kajian
tindakan merupakan satu perkara yang penting dijalankan untuk setiap guru supaya
kanak-kanak dapat belajar dengan baik dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

49
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Kajian tindakan ini boleh diteruskan dengan menambahkan bahagian tubuh badan manusia yang lain
seperti lengan, jari, perut dan paha. Dengan ini, kanak-kanak dapat meningkatkan lagi penguasaan
pengetahuan asas dengan mengecam tubuh badan manusia dengan lebih mendalam serta mengetahui
fungsi setiap tubuh badan manusia. Di samping itu, aplikasi ini juga boleh digunakan untuk
meningkatkan kemahiran yang lain seperti kemahiran membaca dalam tunjang komunikasi. Kanak-
kanak boleh mempelajari untuk membaca nama anggota badan dengan suku kata terbuka dan tertutup
melalui audio dalam aplikasi I-Sains. Kitaran kedua juga boleh dijalankan bagi peserta kajian yang
masih belum menguasai pengatahuan asas tentang bahagian tubuh badan manusia dengan
sepenuhnya.

RUJUKAN
Aminuddin Baki. (2017). Panduan Pelaksanaan Pendidikan Abad ke-21. Nilai: Institut Aminudin Baki.

Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008).
Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga.

Creswell. (2005). Educational Research: Planning, conducting, and evaluating quantitative and
qualitative research. Upper Saddle River: Pearson Education.

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. (2017). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.


NAMA : MIZA IZZATI BINTI ABD.MANAP
PENGGUNAAN TEKNIK PenJa SEBAGAI PENGUKUR UNTUK MENGATASI MASALAH TULISAN
YANG TERLALU RAPAT DALAM KALANGAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH

MIZA IZZATI BINTI ABD. MANAP


EN MAZLAN BIN AHMAD
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SK)
miza.amz97@gmail.com

ABSTRAK

Kajian tindakan ini bertujuan untuk membantu mengenalpasti sejauh manakah keberkesanan teknik PenJa dalam
mengatasi masalah tulisan terlalu rapat dalam membantu meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan kanak-
kanak prasekolah. Kanak-kanak ini juga masih belum menguasai teknik pegangan pensel yang betul dan tidak dapat
mewujudkan jarak antara perkataan dengan lebih baik. Kajian ini dilaksanakan terhadap kanak-kanak prasekolah di
kelas Alamanda di Sekolah Kebangsaan Tanjong Rambutan. Data diambil dan dikumpul secara teliti melalui beberapa
fasa tertentu. Seramai lima orang kanak-kanak dipilih sebagai peserta kajian dalam kajian ini. Penggunaan analisis
dokumen, pemerhatian berstruktur dan soal selidik serta ujian pra dan ujian pos telah digunakan dalam membantu
mendapatkan data mengenai kajian. Dapatan kajian telah mendapati bahawa terdapat peningkatan dalam
penguasaan peserta kajian dalam mewujudkan jarak antara perkataan selepas mengaplikasikan teknik PenJa.
Penggunaan teknik ini dapat mengatasi masalah tulisan terlalu rapat antara perkataan serta boleh diaplikasikan
kepada kanak-kanak lain yang mengalami masalah yang sama.

Kata kunci : pensel, prasekolah, jarak tulisan, kemahiran menulis

PENGENALAN

Tulisan merupakan salah satu alternatif yang dapat digunakan untuk menyalurkan maklumat kepada pihak
lain dan telah wujud sejak sekian lama dahulu. Menurut Izyan (2008), seperti yang dinyatakan dalam Mohd
Khairul Amin Mohammad dan V. Rajasegara a/l M. Veloo (2014) menyatakan antara kepentingan
kemahiran menulis ialah membolehkan kanak-kanak menulis dengan kemas, cantik dan tersusun serta
kanak-kanak dapat mempelajari cara dan teknik penulisan yang betul. Menurut Noresah Baharum (2006)
mendefinisikan menulis sebagai mencatat kata-kata dengan huruf dan memakai pena.
Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran

Semasa menjalani praktikum di prasekolah, terdapat sebilangan kanak-kanak yang menulis terlalu rapat
semasa diberikan latihan berbentuk tulisan. Hal ini kerana kanak-kanak masih belum dapat menguasai
kemahiran menulis dengan baik. Masalah ini mungkin disebabkan oleh kecuaian pengkaji semasa kali
pertama mengajar di dalam prasekolah ini. Pada awalnya, pengkaji kurang menitikberatkan aspek
kekemasan tulisan kanak-kanak kerana lebih berfokus kepada kefahaman proses Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP) yang diajar. Sassoon (1993), dalam kajian Noraini Omar (2009) menyatakan guru
kurang memberi penekanan kepada pengajaran menulis di kelas khususnya cara memegang alat tulis
dengan betul, menulis huruf mengikut pergerakan yang betul, menentukan saiz huruf dan menentukan
ruang antara huruf dan perkataan. Hal ini menyebabkan kanak-kanak kurang memberikan perhatian dalam
aspek kekemasan tulisan mereka dan hanya berfokus untuk menyiapkan latihan yang diberikan dengan
betul. Selain itu, kanak-kanak juga kelihatan keliru dengan abjad yang ditulis jika terdapat kesalahan ejaan
pada penulisan mereka.

Bagi menyelesaikan masalah ini, pengkaji telah menggunakan teknik PenJa iaitu singkatan
daripada pensel dan jari. Kaedah ini memerlukan kanak-kanak untuk menggunakan pensel dan jari sebagai
alat pengukur jarak antara perkataan yang ditulis. Melalui cara ini, pengkaji berharap agar kanak-kanak
dapat meningkatkan kemahiran menulis dengan lebih baik dan kemas. Selain itu, pengkaji juga telah
memastikan posisi badan dan cara kanak-kanak memegang alat tulis dengan betul. Oleh itu, diharapkan
kaedah ini dapat membantu kanak-kanak menghasilkan tulisan yang kemas dan jelas untuk dibaca.

Pengumpulan Data Awal

Terdapat pelbagai cara yang digunakan untuk menjalankan pengumpulan data awal berkaitan
permasalahan kanak-kanak yang menghasilkan tulisan yang terlalu rapat antara perkataan. Pengumpulan
data awal yang telah pengkaji lakukan adalah melalui penganalisisan dokumen seperti lembaran kerja dan
maklumat awal berkaitan masalah tulisan yang terlalu rapat antara perkataan.

Seterusnya, pengkaji telah berjumpa dan berbincang dengan guru prasekolah Alamanda. Hal ini
demikian kerana, pengkaji ingin mengetahui tahap penguasaan kanak-kanak dalam aspek penulisan.
Berdasarkan perbincangan yang dijalankan, pengkaji dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai
punca kanak-kanak tidak dapat menjarakkan perkataan dengan baik.

Kemudian, pengkaji membuat pemerhatian terhadap kanak-kanak semasa sesi PdP dijalankan.
Pemerhatian merupakan proses meneliti situasi atau kejadian secara kritikal. Pengkaji telah menyediakan
senarai semak pemerhatian untuk menentukan fokus yang diperhatikan. Selanjutnya, ujian pra dan pos
akan dijalankan bagi melihat tahap penguasaan kanak-kanak dalam menulis ayat mudah. Berdasarkan
ujian tersebut, pengkaji dapat melihat dengan lebih mendalam mengenai kelemahan kanak-kanak dalam
menjarakkan tulisan antara perkataan.
FOKUS KAJIAN

Kajian ini berfokuskan kepada kanak-kanak prasekolah mengenai penggunaan teknik PenJa untuk
mengatasi masalah tulisan terlalu rapat dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Seperti yang tersenarai
dalam Kurukulum Standard Prasekolah Kebangsaan (2016), fokus kajian yang dipilih berkaitan dengan
standard kandungan (BM 3.1) iaitu menguasai kemahiran pratulis. Berdasarkan pemerhatian yang pengkaji
lakukan semasa proses PdP berlaku di prasekolah tersebut, pengkaji mendapati kanak-kanak menulis
perkataan terlalu rapat sehingga menyukarkan guru untuk membaca tulisan mereka. Norlaila Kuslan (2014)
kesulitan untuk mengeja berkemungkinan menyebabkan kanak-kanak sering menulis atau menyalin
rangkaikata dan ayat secara bercantum-cantum. Hal ini mungkin disebabkan penguasaan ejaan dan
membaca masih belum dikuasai oleh kanak-kanak. Oleh hal yang sedemikian, pengkaji telah merangka
beberapa tindakan berdasarkan pembacaan pengkaji mengenai alternatif memperbaiki tulisan melalui
kajian-kajian terdahulu.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Objektif Umum

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk membantu kanak-kanak prasekolah untuk mengatasi masalah tulisan
yang terlalu rapat antara perkataan.

Objektif Khusus

Secara khususnya, objektif kajian adalah seperti berikut :

i. Membantu kanak-kanak memegang pensel dengan betul untuk menjarakkan tulisan dengan baik.
ii. Meningkatkan penghasilan penulisan yang kemas dan boleh dibaca dengan menjarakkan tulisan
menggunakan teknik PenJa.
iii. Membantu meningkatkan kemahiran menulis yang lebih baik dengan menggunakan teknik PenJa
dalam menjarakkan perkataan.

Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian, maka 3 persoalan kajian telah dibina seperti berikut:

i. Bagaimanakah teknik PenJa dapat membantu kanak-kanak memegang pensel untuk menghasilkan
jarak antara tulisan dengan baik?
ii. Adakah teknik PenJa dapat menjarakkan perkataan dengan meningkatkan penghasilan penulisan
yang kemas dan boleh dibaca?
iii. Adakah penggunaan teknik PenJa dalam menjarakkan perkataan dapat membantu meningkatkan
kemahiran menulis yang lebih baik?
PESERTA KAJIAN

Pengkaji telah memilih peserta kajian dari Sekolah Kebangsaan Tanjong Rambutan. Peserta kajian ini
merupakan kanak-kanak dari salah sebuah prasekolah di sekolah tersebut iaitu Prasekolah Alamanda.
Taburan jantina responden ialah tidak seragam iaitu lima orang kanak-kanak yang terdiri daripada 2 orang
kanak-kanak perempuan dan 3 orang kanak-kanak lelaki dan semuanya berbangsa Melayu. Kanak-kanak
ini dipilih berdasarkan analisis dokumen iaitu penelitian penulisan pada buku kerja murid.

PELAKSANAAN KAJIAN

Tindakan Yang Dijalankan

Dalam pelaksanaan intervensi kajian, pengkaji telah menggunakan tiga langkah untuk dilaksanakan
terhadap kanak-kanak. Pada langkah 1, pengkaji telah mengajar peserta kajian mengenai cara memegang
pensel yang betul. Pensel dipegang dengan kadar satu setengah inci dari awal mata pensel dan
penggunaan tiga jari untuk memegang pensel. Pada langkah kedua pula, penggunaan teknik PenJa
semasa menulis dilakukan secara berperingkat mengikut fasa.

Fasa yang pertama ialah penggunaan dua batang pensel semasa menulis. Sebatang pensel
digunakan oleh tangan dominan untuk menulis dan sebatang pensel lagi digunakan sebagai alat pengukur
jarak antara perkataan. Fasa kedua pula, peserta kajian menggunakan jari mereka sendiri sebagai alat
pengukur jarak antara perkataan. Misalnya, murid menulis satu perkataan menggunakan tangan kanan
kemudian meletakkan satu jari tangan kiri dihujung huruf terakhir untuk mendapat jarak sebelum menulis
perkataan seterusnya. Pada fasa yang terakhir, tiada penggunaan teknik PenJa sebagai alat pengukur
jarak antara perkataan. Dalam fasa ini, peserta kajian dikehendaki membuat keputusan sendiri untuk
menentukan jarak yang sesuai antara perkataan yang ditulis.

Langkah ketiga yang dijalankan semasa intervensi ialah pengkaji akan menjalankan latihan menulis
secara berkala kepada peserta kajian tersebut. Mereka akan diberi ayat mudah dan diminta untuk
menyalinnya semula. Latihan ini dijalankan semasa 10 minit masa terakhir aktiviti pembelajaran tunjang
komunikasi.

Kaedah Mengumpul Data

Setelah menjalankan intervensi, pengkaji mula memerhati dan mengumpul data menggunakan
instrumen kajian seperti analisis dokumen, pemerhatian berstruktur serta ujian pra dan ujian pos. Segala
data berkenaan perkembangan responden mahupun elemen yang menjurus ke arah pencapaian objektif
kajian direkodkan. Kemudian, data yang dikumpul dianalisis pada akhirnya untuk melihat keberhasilan
intervensi yang dijalankan. Hasil diterjemahkan ke dalam bentuk jadual dan rajah untuk dinilai
perkembangan responden dalam kajian.
Pengkaji telah menggunakan beberapa kaedah pengumpulan data mendapatkan maklumat-
maklumat kajian yang diperlukan iaitu analisis dokumen, pemerhatian berstruktur serta ujian pra dan ujian
pos. Tambahan pula, setiap data yang dikumpulkan telah disimpan dengan kemas dan sistematik bagi
kajian tindakan ini. Kaedah triangulasi ini dipilih bagi memastikan kebolehpercayaan dan kesahan data
yang telah dikumpul berdasarkan instrumen yang digunakan. Oleh itu, data akan ditranskrip kemudian
disemak dengan para penilai secara perbincangan untuk memastikan kesahan dan kebolehpercayaan
instrumen kajian tinggi.

Menyemak Data

Bagi menyemak data, senarai semak telah disediakan bagi memastikan data yang dikumpul dapat
menjawab persoalan kajian sekali gus mencapai objektif kajian tindakan. Selain itu, data statistik seperti
jadual dan rajah telah dibina menggunakan data yang dikumpulkan menggunakan aplikasi komputer
Microsoft Excel. Hal ini bertujuan bagi memberi gambaran yang menyeluruh untuk menunjukkan
peningkatan penguasaan jarak antara perkataan.

Rajah 2 Triangulasi Kaedah

Berdasarkan rajah 1, pendekatan pengalaman yang digunakan dalam triangulasi kaedah ialah
kaedah pemerhatian yang berpandukan kepada senarai semak yang mengandungi aspek-aspek penilaian
bagi tindakan yang telah dijalankan. Selain itu, bagi pendekatan persoalan pula, kaedah ujian pra dan ujian
pos digunakan bagi menilai tahap keberkesanan teknik PenJa yang diperkenalkan dan menggunakan set
soalan yang sama yang berbentuk salinan semula ayat mudah. Bagi pendekatan pemeriksaan dokumen,
kaedah analisis dokumen iaitu lembaran kerja kanak-kanak telah dijalankan bagi mendapatkan data-data
tentang tahap penguasaan peserta kajian terhadap aspek penulisan sebelum kajian dijalankan. Oleh itu,
triangulasi kaedah yang digunakan dalam kajian ini amat penting bagi memastikan data yang diperoleh
bersifat objektif dan mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi (Noraini Idris, 2013).
DAPATAN KAJIAN

Dapatan Analisis Dokumen

5
4.5
4
Skor Skala 3.5
3
2.5
2
1.5
1
0.5
0
K1 K2 K3 K4 K5

Rajah 3 Analisis Perbandingan Lembaran Kerja Sebelum Dan Selepas Kajian

Berdasarkan rajah 2, peserta kajian 2 dan 4 didapati hanya mampu memperoleh skor 1 iaitu tahap amat
lemah manakala peserta kajian 3 dan 5 memperoleh skor 2 yang bermaksud mereka berada pada tahap
lemah. Hanya peserta kajian 1 sahaja yang memperoleh skor paling tinggi iaitu skor 3 pada tahap
sederhana. Kebanyakan peserta kajian ini tidak menjarakkan tulisan antara perkataan dalam ayat mudah
yang diberikan oleh pengkaji. Namun begitu, setelah teknik PenJa diperkenalkan kepada peserta kajian,
terdapat peningkatan skor pemarkahan dalam kalangan peserta kajian. Teknik ini dijalankan semasa
proses PdP serta waktu-waktu yang bersesuaian.

Dapatan Pemerhatian Berstruktur dan Senarai Semak

Bagi menguji tahap keberkesanan teknik Penja yang diperkenalkan kepada peserta kajian, pengkaji telah
menjalankan pemerhatian berstruktur. Empat item senarai semak pemerhatian sebelum menjalankan
teknik Penja dan empat item senarai semak selepas menjalankan teknik Penja. Senarai semak ini telah
dihasilkan berdasarkan objektif kajian yang telah dinyatakan sebelum ini. Hasil analisis pemerhatian
sebelum kajian dijalankan dapat dilihat dalam jadual 1 :

Jadual 3 Hasil Analisis Pemerhatian Sebelum Dan Selepas Kajian Dijalankan

Sebelum Selepas
Peserta Kajian Kajian
Bil. Item
kajian
Ya Tidak Ya Tidak

1. Adakah peserta kajian dapat K1 / /


memegang pensel dengan betul? K2 / /

K3 / /

K4 / /

K5 / /

2. Adakah tulisan peserta kajian K1 / /


boleh dibaca?
K2 / /

K3 / /

K4 / /

K5 / /

3. Adakah peserta kajian dapat K1 / /


menulis dengan kemas?
K2 / /

K3 / /

K4 / /

K5 / /

4. Adakah peserta kajian dapat K1 / /


menjarakkan perkataan dengan
K2 / /
baik?
K3 / /

K4 / /

K5 / /

Berdasarkan jadual 1, item soalan 1, dapat dilihat di sini bahawa sebelum sesi tindakan dijalankan, hanya
terdapat 3 jumlah peserta kajian yang dapat memegang pensel dengan betul manakala bagi item soalan 2
pula hanya seorang sahaja yang boleh dibaca tulisannya. Namun begitu, setelah sesi tindakan selesai
dijalankan, kesemua peserta kajian dilihat sudah mampu memegang pensel dengan betul serta boleh
dibaca tulisan mereka. Berdasarkan item soalan 3 dan 4 pula, kesemua peserta kajian tidak dapat menulis
dengan kemas serta menjarakkan perkataan dengan baik. Walaupun begitu, terdapat peningkatan yang
ditunjukkan oleh peserta kajian setelah sesi intervensi diselesaikan. Hanya seorang peserta kajian yang
masih belum dapat menulis dengan kemas walaupun telah menjalani sesi intervensi. Hal ini demikian
kerana seorang peserta kajian baharu setahun berada di alam persekolahan berbanding peserta kajian lain
yang telah memasuki alam persekolahan dari usia 5 tahun.
Dapatan Ujian Pra Dan Ujian Pos

Keputusan daripada kedua-dua ujian ini dilihat bagi menilai tahap kemajuan peserta kajian sama ada
meningkat atau merosot. Dapat dijelaskan bahawa peserta kajian mengalami perkembangan dan
perubahan yang positif dalam kemahiran menulis khususnya mewujudkan jarak antara perkataan
berdasarkan perbandingan markah yang diperoleh dalam kedua-dua ujian pra dan ujian pos. Berikut
merupakan perbandingan markah yang diperoleh peserta kajian.

100

90

80

70

60
Markah

50

40

30

20

10

0
Peserta Kajian 1 Peserta Kajian 2 Peserta Kajian 3 Peserta Kajian 4 Peserta Kajian 5

Rajah 4 Analisis Dapatan Pemarkahan Tulisan Ujian Pra dan Ujian Pos

Berdasarkan graf di rajah 3, telah memudahkan pengkaji untuk melihat dengan lebih jelas pencapaian
peserta kajian daripada Ujian Pra dan Ujian Pos. Berdasarkan bar yang berwarna hijau tersebut, dapat
ditafsirkan bahawa setiap peserta kajian telah mengalami perubahan yang positif. Peserta kajian telah
berjaya meningkatkan penguasaan mereka dalam mewujudkan jarak antara tulisan serta kemahiran
menulis dengan lebih baik setelah intervensi dijalankan.

REFLEKSI

Berdasarkan kepada kajian tindakan bagi membantu peserta kajian untuk mengatasi masalah tulisan yang
terlalu rapat antara perkataan menggunakan teknik PenJa, pengkaji telah mendapati bahawa tahap
penguasaan kanak-kanak telah meningkat ke arah yang lebih positif. Berdasarkan hasil dapatan yang telah
dianalisis, jelaslah bahawa melalui teknik PenJa, pengkaji telah mendapati terdapat peningkatan yang
ketara dalam penguasaan kanak-kanak untuk menjarakkan perkataan dengan lebih baik. Tambahan lagi,
peserta kajian juga telah memperbaiki kemahiran menulis mereka ke arah positif sebelum melangkah ke
arus perdana iaitu Tahun Satu.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN


Oleh sebab masalah perkataan yang terlalu rapat ini merupakan masalah yang telah menjadi sinonim
dalam dunia pendidikan, maka teknik PenJa yang digunakan dalam kajian ini boleh diguna pakai oleh guru-
guru yang lain. Memasuki skop pengajaran di sekolah, pengkaji bercadang untuk berkongsi penggunaan
teknik PenJa dengan rakan-rakan guru di sekolah-sekolah lain.

Pengkaji juga mencadangkan agar menambah bilangan peserta kajian dalam kajian yang
seterusnya supaya dapat membantu lebih ramai kanak-kanak yang menghadapi masalah menjarakkan
tulisan. Tambahan pula, kajian ini juga dapat dijalankan ke atas murid arus perdana seperti Tahun Satu
dan Tahun Dua. Oleh itu, bilangan kanak-kanak yang menghadapi masalah menjarakkan tulisan dapat
diminimumkan dari semasa ke semasa.

RUJUKAN

Kementerian Pendidikan Malaysia (2016) Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran. Putrajaya :
Bahagian Pembangunan Kurikulum

Mohd Khairul Amin Mohammad dan V. Rajasegara a/l M. Veloo (2014) Penggunaan Kit Utsugaki Bagi
Meningkatkan Kekemasan Tulisan Murid Pemulihan Dalam Penulisan Rumi. Jurnal Penyelidikan
Tindakan (Pendidikan Pemulihan) Jilid 1 2014 : 107-116

Noraini Idris (2013) Penyelidikan dalam pendidikan (edisi kedua). Selangor:McGraw-Hill Education
(Malaysia) Sdn Bhd.

Noraini Omar (2009) Kajian Kes Ke Atas Kekemasan Tulisan Murid Tahun 2 Dalam Kelas Pemulihan Khas
Bahasa Melayu. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL : 215-227

Noresah Baharum et. al (2006) Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka

Norlaila Kuslan (2014) Aktiviti pemulihan bacaan di sebuah sekolah rendah : satu kajian kes. Dicapai
daripada http://studentsrepo.um.edu.my47011TESISNORLAILABTKUSLAN.pdf
NAMA : NURFUADA ZAFIFAH BINTI MOHD AZMI
PENGGUNAAN LADYBOOK DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN OPERASI TAMBAH DALAM
LINGKUNGAN 1 HINGGA 10

NURFUADA ZAFIFAH BINTI MOHD AZMI

PUAN MASTURA BINTI KARIMUDDIN

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SK)

fuadazafifa@gmail.com

ABSTRAK

Penyelidikan ini dijalankan bagi menilai keberkesanan penggunaan Ladybook bagi meningkatkan
kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 1 hingga 10 untuk murid-murid prasekolah Sekolah
Kebangsaan Wira Jaya. Peserta kajian dalam penyelidikan tindakan ini terdiri daripada tiga orang murid
iaitu dua orang kanak-kanak lelaki dan dan seorang kanakkanak perempuan. Pengumpulan data dijalankan
dengan menggunakan kaedah analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual. Instrumen yang digunakan
untuk pengumpulan data ialah lembaran kerja, latihan, borang pemerhatian senarai semak dan juga temu
bual. Hasil dapatan analisis data setelah proses intervensi dijalankan telah menunjukkan peningkatan yang
ketara pada ketiga-tiga peserta kajian dalam kemahiran operasi dalam lingkungan 1 hingga 10. Secara
keseluruhannya, penyelidikan tindakan ini berjaya meningkatkan prestasi murid dalam menyelesaikan
masalah yang melibatkan operasi tambah dalam lingkungan 1

hingga 10. Cadangan penyelidikan tindakan yang seterusnya adalah membuat penambahbaikan dengan
menggunakan langkah intervensi ini bagi kemahiran operasi tolak dalam lingkungan 1 hingga 10.

Kata kunci : kemahiran operasi tambah, Lingkungan 1 hingga 10, Ladybook


PENGENALAN

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (2017) telah digubal oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) sebagai panduan guru dalam mendukung hasrat mulia Negara bagi menyediakan pendidikan
prasekolah bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan (2017) yang disediakan ini mengandungi enam tunjang secara keseluruhannya dan salah
satunya merupakan Tunjang Sains dan Teknologi yang merangkumi pembelajaran Sains Awal dan
Matematik Awal. Setiap keenam-enam tunjang ini merupakan asas penting yang perlu diajarkan kepada
kanak-kanak sejak kecil untuk membentuk individu yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani,
Intelek dan Sosial (JERIS).

Penguasaan kemahiran operasi tambah oleh murid-murid prasekolah adalah amat penting. Hal ini kerana
kemahiran operasi tambah merupakan salah satu aspek yang terkandung dalam literasi awal 4M iaitu
Mengira. Kemahiran operasi tambah juga merupakan salah satu standard pembelajaran yang perlu dicapai
oleh murid prasekolah sebelum mereka melangkah ke sekolah rendah. Sehubungan dengan itu, konsep
Matematik ini dipelajari pada masa yang khas dan juga disepadukan ke dalam semua aktiviti pembelajaran
bertema menggunakan kaedah menyeronokkan. Justeru itu, kajian tindakan ini dilaksanakan bagi
membantu murid meningkatkan kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 1 hingga 10.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Berdasarkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran pengkaji dalam subjek Matematik Awal pada
praktikum yang lepas, pengkaji telah mendapati bahawa minat murid-murid terhadap sesuatu pelajaran
amat penting untuk mengekalkan tumpuan mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Pengajaran yang berkesan bergantung kepada strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang betul dan
sesuai kepada sasaran iaitu muridmurid prasekolah. Guru perlu mengenali setiap anak muridnya dan
menyediakan bahan bantu mengajar yang sesuai bagi menarik minat murid untuk belajar subjek Matematik
Awal.

Melalui pemerhatian lepas, pengkaji mendapati masalah menguasai kemahiran operasi Matematik
iaitu konsep operasi tambah (+) adalah menjadi masalah utama kepada beberapa murid kerana mereka
sukar untuk memahami konsep operasi tambah yang diajarkan kepada mereka. Mereka biasanya kurang
berminat untuk mencuba menyelesaikan soalan yang dianggap susah. Contohnya, semasa saya
memberikan soalan operasi tambah, mereka tidak dapat menyelesaikan soalan operasi tambah yang
dikemukakan oleh pengkaji. Lebih-lebih lagi, semasa slot matematik operasi tambah dengan bersoal jawab
secara lisan, mereka memandang rakan sebelahnya ataupun keadaan sekeliling di bilik darjah untuk
mendapatkan jawapan dan bantuan. Sikap negatif ini sering menjadi penghalang kepada murid-murid untuk
mencapai kejayaan dalam Matematik.

Kebanyakkan murid Prasekolah Harmoni ini terdiri daripada golongan murid yang mempunyai
pencapaian yang baik dan sederhana. Hanya beberapa orang murid sahaja yang mempunyai masalah
kesukaran untuk menguasai kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 1 hingga 10. Mereka mengalami
kesukaran memahami konsep Matematik jika menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
berpusatkan atau berasaskan chalk and talk. Hal ini dapat dibuktikan apabila murid-murid yang tidak dapat
menguasai kemahiran operasi tambah merupakan murid-murid yang tidak memberikan sepenuh perhatian
semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru perlu mempelbagaikan kaedah dan teknik
pengajaran agar dapat meningkatkan kemahiran operasi tambah murid-murid dengan lebih baik.

Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk membantu murid meningkatkan kemahiran operasi tambah dalam
lingkungan 1 hingga 10 dengan menggunakan Ladybook. Penggunaan bahan bantu mengajar Ladybook ini
adalah berpusatkan murid itu dimana murid akan melakukan aktiviti itu sendiri dan ini akan
meningkatkatkan penglibatan aktif mereka. Kaedah belajar melalui bermain menggunakan Ladybook ini
dapat membantu menarik minat murid kerana penggunaan bahan bantu mengajar dapat mengekalkan
situasi pengajaran yang tidak membosankan

FOKUS KAJIAN

Kajian ini berfokuskan kepada penggunaan bahan bantu mengajar Ladybook bagi meningkatkan
kemahiran operasi tambah bagi murid-murid prasekolah Pengkaji telah memilih untuk menambahbaik
amalan ini kerana kemahiran operasi tambah amat penting untuk pembelajaran murid pada masa hadapan
lebih-lebih lagi semasa memasuki fasa di arus perdana. Kemahiran operasi tambah juga penting untuk
kegunaan murid-murid menjalani kehidupan seharian kerana pengetahuan ini tidak hanya digunakan di
sekolah akan tetapi hampir dalam semua aktiviti seharian manusia.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Objektif Umum

Kajian ini secara umumnya dijalankan untuk melihat keberkesanan penggunaan Ladybook dalam
meningkatkan kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 1 hingga 10.

Objektif Khusus

Secara khususnya, objektif kajian ini adalah :

i. Menambahkan kefahaman murid prasekolah tentang konsep operasi tambah dalam lingkungan 1
hingga 10 dengan betul menggunakan Ladybook.
ii. Menyelesaikan masalah operasi tambah dalam lingkungan 1 hingga 10 dengan betul menggunakan
Ladybook.
iii. Meningkatkan jumlah jawapan yang betul murid prasekolah dalam menyelesaikan masalah operasi
tambah dalam lingkungan 1 hingga 10 dengan menggunakan Ladybook.
Soalan Kajian

i. Adakah murid faham tentang konsep operasi tambah dengan menggunakan Ladybook?
ii. Adakah murid dapat menyelesaikan masalah operasi tambah dalam lingkungan 1 hingga 10 dengan
menggunakan Ladybook?
iii. Adakah penggunaan ‘Ladybook’ dapat meningkatkan jumlah jawapan yang betul murid prasekolah
dalam menyelesaikan masalah operasi tambah dalam lingkungan 1 hingga 10?
PESERTA KAJIAN

Peserta kajian hanya melibatkan beberapa orang murid dari Prasekolah Harmoni iaitu seramai tiga orang
murid yang mempunyai masalah dalam kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 1 hingga 10. Peserta
kajian ini dipilih melalui pengumpulan data awal yang dijalankan seperti analisis dokumen (lembaran kerja),
pemerhatian dan temu bual. Pengumpulan data awal ini bertujuan untuk mengenal pasti peserta kajian
yang akan terlibat dalam kajian ini.

Jadual 1 :

Peserta Kajian
Bil. Peserta Umur Jantina Tahap Ciri-ciri Individu
Kajian Akademik

1. Murid A 6 tahun Lelaki Sederhana • Boleh mengira nombor


dengan baik
• Boleh mengecam bentuk
nombor.
• Keliru mengenai konsep
tambah

2. Murid B 6 tahun Perempuan Sederhana • Boleh mengira nombor


dengan baik
• Boleh mengecam bentuk
nombor
• Keliru mengenai konsep
tambah

3. Murid C 6 tahun Lelaki Sederhana • Boleh mengira nombor


dengan baik
• Boleh mengecam bentuk
nombor
• Keliru mengenai konsep
tambah
PELAKSANAAN KAJIAN

Tujuan utama Ladybook dihasilkan adalah untuk membantu murid-murid prasekolah menambah
kefahaman mengenai konsep operasi tambah serta memudahkan mereka menyelesaikan masalah operasi
tambah, lebih-lebih lagi untuk murid yang mempunyai masalah ini. Ladybook ini merupakan bahan bantu
mengajar yang menarik serta dapat memberi peluang kepada murid unutk merasai suasana pembelajaran
yang menyeronokkn melalui aktiviti bermain dan bersifat konkrit dimana murid dapat memahami sesuatu
konsep menggunakan objek atau bahan. Ladybook mengandungi beberapa aktiviti yang berfokuskan
kepada konsep nombor dan operasi nombor. Antaranya ialah Aktiviti ‘Membilang Bintik Hitam’, Aktiviti
‘Ladybird Atas Daun’, Aktiviti ‘Berapa Tompok Ladybird’ dan Aktiviti ‘Berapa Kaki Ladybird’.

Sebelum intervensi dijalankan, setiap peserta kajian akan diberikan satu lembaran kerja untuk melihat
tahap penguasaan mereka terhadap pengetahuan konsep operasi tambah. setelah itu, intervensi akan
dijalankan kepada peserta kajian yang telah dipilih dengan menggunakan bahan bantu mengajar
Ladybook. Ladybook mempunyai beberapa aktiviti yang bukan sahaja melibatkan aktiviti kemahiran operasi
tambah. Akan tetapi terdapat aktiviti-aktiviti lain sebagai rujukan untuk murid-murid. Hal ini adalah untuk
memudahkan guru kerana bukan sahaja kemahiran operasi tambah yang boleh diajarkan kepada murid,
akan tetapi kemahiran lain seperti nombor asas dan kemahiran operasi tolak boleh diajarkan kepada murid-
murid. Ladybook merupakan satu bahan bantu mengajar yang fleksibel dan mudah untuk digunakan.
Semasa intervensi dijalankan, peserta kajian akan membuat dua set latihan dengan menggunakan bahan
bantu mengajar Ladybook. Latihan ini diberikan untuk meningkatkan lagi pemahaman peserta kajian
mengenai kemahiran operasi tambah serta untuk menilai keberkesanan intervensi Ladybook ini.

Intervensi akan dijalankan selama tiga minggu bagi setiap peserta kajian. Setelah intervensi
dilakukan, peserta kajian akan diberi satu lagi lembaran kerja yang sama seperti lembaran kerja sebelum
intervensi untuk melihat peningkatan atau keberkesanan Ladybook dalam membantu meningkatkan
kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 1 hingga 10. Ladybook juga mengandungi permainan yang
menyeronokkan murid-murid semasa menggunakan bahan bantu ini. Murid-murid akan diberi peluang
untuk bermain Ladybook ini. Hal ini dapat meningkatkan penglibatan aktif murid dan memberikan peluang
kepada mereka untuk merasai suasana pembelajaran yang menyeronokkan iaitu belajar melalui bermain
serta meningkatkan keyakinan diri murid-murid kerana mereka akan melakukan sendiri aktiviti pada
Ladybook ini.

DAPATAN KAJIAN

Pengkaji telah menjalankan analisis dokumen, pemerhatian dan temubual sepanjang kajian ini dijalankan.
Pengkaji melakukan analisis data menggunakan ketiga-tiga kaedah tersebut untuk melihat keberkesanan
intervensi yang dijalankan terhadap peserta kajian. Berikut merupakan rumusan dapatan kajian yang
berhubungkait dengan soalan kajian.

Soalan Kajian 1 :

Adakah murid faham tentang konsep operasi tambah dengan menggunakan Ladybook?

Bagi mengukuhkan kefahaman murid terhadap konsep operasi tambah dalam lingkungan 1 hingga 10,
pengkaji telah memperkenalkan satu bahan bantu mengajar yang diberi nama Ladybook kepada murid-
murid. Murid-murid akan belajar melalui bermain dengan menggunakan bahan bantu mengajar ini. Fokus
utama bahan bantu mengajar ini adalah untuk meingkatkan kefahaman operasi tambah murid-murid
melalui beberapa aktiviti yang disediakan. Aktiviti-aktiviti yang disediakan adalah menggunakan objek
ataupun bahan konkrit. Penggunaan bahan konkrit dapat membantu meningkatkan pemahaman murid
lebih-lebih lagi dalam pembelajaran matematik awal. Menurut Heddens (2005), bahan manipulatif
didefinisikan sebagai model konkrit yang melibatkan konsep matematik untuk menarik kepada beberapa
deria serta boleh disentuh dan digerakkan oleh murid-murid. Ironinya, penggunaan bahan manipulatif ini
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran matematik pada ketika ini telah diguna pakai sebagai satu
kaedah dalam membantu muridmurid belajar matematik dengan lebih bermakna.

Bukan itu sahaja, penggunaan Ladybook semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dapat memberikan
suasana belajar yang menyeronokkan kepada murid-murid. Keseronokkan belajar yang dialami oleh murid-
murid telah memberikan motivasi kepada mereka untuk menguasai pembelajaran mereka dengan baik.
Peserta kajian menunjukkan keseronokkan semasa belajar operasi tambah menggunakan Ladybook. Hal
ini bersesuaian dengan pendapat Norasiah, Nor Risah dan Rosnah (2009) yang menyatakan bahawa
keseronokkan belajar akan memberikan motivasi kepada murid untuk terus mengikuti proses pengajaran
dan pembelajaran mereka.

Di samping itu, bahan bantu mengajar Ladybook berunsur permainan di mana ia dapat merangsang murid-
murid untuk meneroka dan mempelajari sesuatu dengan cara yang baik. Kaedah ini bukan sahaja
membantu perkembangan intelek, malahan perkembangan fizikal dan sosioemosi murid-murid. Permainan
dalam pengajaran dan pembelajaran, memudahkan guru untuk meningkatkan tahap pemahaman sesuatu
topik dan pembentukan sesuatu konsep dalam diri murid-murid. Proses pemahaman konsep operasi
tambah dapat dipercepatkan apabila murid-murid seronok untuk belajar.

Berdasarkan lembaran kerja yang telah dijalankan sebelum intervensi, murid-murid kurang kefahaman
tentang konsep operasi tambah dalam lingkungan 1 hingga 10. Ketigatiga murid menghadapi masalah
dalam menyelesaikan soalan matematik operasi tambah.

Namun, setelah pengkaji memperkenalkan bahan bantu mengajar Ladybook, murid-murid kelihatan lebih
bersemangat dan seronok semasa membuat latihan kerana kefahaman mereka bagi konsep penambahah
dalam lingkungan 1 hingga 10 semakin meningkat. Muridmurid sangat gembira apabila mereka dapat
jawapan yang betul dengan menggunakan intervensi yang pengkaji sediakan.

Bukan itu sahaja, intervensi Ladybook yang dijalankan dapat membantu peserta kajian dalam
menyelesaikan masalah operasi tambah dalam lingkungan 1 hingga 10 dengan betul. Hal ini dapat
dibuktikan melalui lembaran kerja yang diberikan kepada muridmurid selepas intervensi serta latihan yang
diberikan semasa pelaksanaan intervensi. Ketiga-tiga murid dapat menjawab soalan operasi tambah dalam
lingkungan 1 hingga 10
dengan mudah menggunakan Ladybook. Hal ini kerana penggunaan Ladybook dalam mempelajari
kemahiran operasi tambah dapat memudahkan murid-murid untuk memahami konsep menambah dengan
lebih jelas dan betul.
PERBANDINGAN LEMBARAN KERJA 1 DAN
LEMBARAN KERJA 2
8
7
6
5
4
3
2
1
0
A B C

Lembaran Kerja 1 Lembaran Kerja 2

Rajah 1 : Perbandingan Skor Lembaran Kerja 1 dan Lembaran Kerja 2.

Berdasarkan temu bual yang dijalankan kepada ketiga-tiga peserta kajian, ketiga-tiga peserta
menyatakan bahawa mereka memahami konsep matematik dengan mudah menggunakan Ladybook. Hal
ini dapat dibuktikan melalui analisis dokumen yang telah disemak pengkaji. Murid-murid menunjukkan
peningkatan sebelum, semasa dan selepas intervensi dijalankan. Peserta kajian juga dapat menjawab
soalan operasi tambah yang diberikan oleh pengkai di akhir temu bual.

Perbandingan Latihan 1 dan Latihan 2


6

0
A B C

Latihan 1 Latihan 2

Rajah 2 : Perbandingan Skor Latihan 1 dan Latihan 2.


Soalan Kajian 2 :

Adakah murid dapat menyelesaikan masalah operasi tambah dalam lingkungan 1 hingga 10 dengan
menggunakan Ladybook?

Bahan bantu mengajar Ladybook adalah satu buku besar yang mempunyai beberapa aktiviti dan
permainan menarik untuk kanak-kanak. Aktiviti yang terdapat di dalam Ladybook adalah aktiviti yang
mudah kepada aktiviti yang lebih sukar serta terdapat permainan yang menyeronokkan bagi murid-murid.
Ladybook ini merupakan salah satu bahan bantu mengajar yang sesuai dengan umur dan kebolehan
murid-murid prasekolah. Arahan bagi langkah-langkah intervensi yang dijalankan diberi dengan jelas, tepat
dan mudah difahami. Tempoh bagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan juga sesuai dengan murid-murid iaitu
tidak terlalu lama kerana murid akan cepat bosan jika aktiviti terlalu lama.

Terdapat juga aktiviti yang pelbagai di mana murid-murid tidak akan bosan untuk menggunakan
Ladybook untuk belajar. Di samping itu, kepelbagaian grafik, warna dan ilustrasi yang terdapat pada
Ladybook juga menarik minat murid untuk sentiasa fokus sepanjang intervensi dijalankan. Intervensi
menggunakan Ladybook ini melibatkan aspek psikomotor, kognitif dan afektif murid-murid. Murid-murid
juga harus berfikir semasa menggunakan Ladybook ini untuk menyelesaikan masalah operasi tambah yang
disediakan.

Ladybook dapat membantu murid-murid menyelesaikan masalah operasi tambah dalam lingkungan 1
hingga 10. Ini dapat dibuktikan berdasarkan set latihan yang diberikan kepada murid semasa intervensi
dijalankan, pengkaji mendapati ketiga-tiga murid dapat menyelesaikan masalah operasi tambah dalam
lingkungan 1 hingga 10 dengan berbantukan Ladybook. Hal ini dapat dibuktikan apabila ketiga-tiga murid
memberikan hampir semua jawapan betul semasa menyiapkan latihan 2 dengan menggunakan Ladybook.
Hal ini kerana aktiviti yang disediakan dalam Ladybook adalah sesuai dengan tahap perkembangan murid-
murid serta membantu mereka untuk menyelesaikan masalah operasi tambah.

Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan, ketiga-tiga murid dapat menyelesaikan masalah operasi
tambah dalam lingkungan 1 hingga 10 dengan baik. Hal ini kerana jawapan murid pada set latihan yang
diberikan hampir kesemuanya betul dan menunjukkan peningkatan. Murid juga menunjukkan minat dan
semangat yang tinggi semasa menyelesaikan masalah operasi tambah. Murid-murid juga sangat seronok
menggunakan Ladybook berdasarkan analisis pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji. Ini membuktikan
bahawa penggunaan Ladybook membantu murid dalam menyelesaikan masalah operasi tambah dalam
lingkungan 1 hingga 10.

Jadual 2 :

Keputusan Peserta Kajian dalam Latihan 1 dan Latihan 2


Peserta Kajian Latihan 1 Latihan 2
Murid A 5/6 6/6
Murid B 5/6 6/6
Murid C 4/6 5/6
Berdasarkan analisis temu bual yang dijalankan kepada ketiga-tiga peserta kajian, ketiga-tiga
perserta kajian menyatakan bahawa bahan bantu mengajar Ladybook membantu mereka untuk mudah
memahami konsep penambahan. Bukan itu sahaja, peserta kajian juga menyatakan bahawa bahan bantu
mengajar Ladybook mempunyai aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dan menarik yang dapat membantu
mereka menjadi lebih bersemangat untuk belajar matematik awal.

1. Murid : Seronok sebab boleh belajar.


2. Murid : Suka sebab (nama murid) dah pandai.
3. Murid : Seronok! Lagi-lagi guna bahan (Ladybook) ini.
4. Murid : Suka sangat cikgu, seronok!
5. Murid : Seronok, (nama murid) suka main dam Ladybird tu.
6. Murid : Faham (sambil mengangguk kepala)
7. Murid : hmm..boleh.
Rajah 3 : Contoh Jawapan Temu Bual Peserta Kajian A.

1. Murid : Suka pergi sekolah sebab ada kakak.


2. Murid :Seronok!
3. Murid : Suka (sambil mengangguk kepala).
4. Murid : Seronok juga..Tapi (nama murid) suka guna Ladybook.
5. Murid : Pandai!
6. Murid : Suka sangat cikgu..Banyak Ladybird.
7. Murid :Seronok! Aktiviti dia best cikgu, comel pula tu.
Rajah 4 : Contoh Jawapan Temu Bual Peserta Kajian B.

1. Murid : Seronok!
2. Murid : (Nama murid) suka.
3. Murid : Seronok cikgu.
4. Murid : Pandai..Lagi-lagi guna bahan yang kita pakai tadi.
5. Murid : (Nama murid) suka.
6. Murid : Seronok sangat cikgu..(Nama murid) nak main lagi.
7. Murid : Boleh (sambil mengangguk kepala).
Rajah 5 : Contoh Jawapan Temu Bual Peserta Kajian C.

Soalan Kajian 3 :

Adakah penggunaan ‘Ladybook’ dapat meningkatkan jumlah jawapan yang betul murid prasekolah
dalam menyelesaikan masalah operasi tambah dalam lingkungan 1 hingga 10?
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Azhar Rodzi (2010), prestasi murid telah menunjukkan
peningkatan yang positif melalui kajian yang dijalankan oleh beliau. Kajian yang dijalankan oleh beliau telah
membuktikan bahawa penggunaan permainan matematik dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dapat meningkatkan pencapaian murid dalam subjek matematik.

Sehubungan dengan itu, penggunaan Ladybook yang pengkaji gunakan dalam menyelesaikan
masalah operasi tambah dalam lingkungan 1 hingga 10 dapat meningkatkan jumlah jawapan betul. Hal ini
dapat dibuktikan pada analisis yang telah dilakukan terhadap lembaran kerja peserta kajian pada sebelum
intervensi dan selepas intervensi Ladybook. Peningkatan jumlah jawapan yang betul dapat dilihat dengan
ketara kerana sebelum intervensi, ketiga-tiga peserta kajian banyak memberikan jawapan yang salah pada
lembaran kerja. Manakala selepas intervensi, peningkatan dapat dilihat pada lembaran kerja murid-murid
prasekolah.

Jadual 3 :

Keputusan Peserta Kajian dalam Lembaran Kerja 1 dan Lembaran Kerja 2


Peserta Kajian Lembaran Kerja 1 Lembaran Kerja 2
Murid A 3/8 7/8
Murid B 3/8 8/8
Murid C 2/8 7/8

Tambahan pula, berdasarkan pemerhatian senarai semak bagi latihan 1 dan latihan 2

yang diberikan kepada peserta kajian semasa pelaksanaan intervensi juga menunjukkan peningkatan
jumlah jawapan yang betul. peningkatan jumlah jawapan yang betul berlaku secara berperingkat, di mana
pada latihan 2 jumlah jawapan betul adalah lebih banyak berbanding latihan 1.

Jadual 4 :
Tahap Penguasaan Kemahiran Operasi Tambah Perserta Kajian dalam Latihan 1.
Standard Murid A Murid B Murid C
Pembelajaran Soalan Operasi Tambah
BM TM BM TM BM TM

MA 3.2.1 6+3= / / /
Menyatakan
hasil tambah
berdasrakan
5+4= / / /
situasi yang
diberi dengan
menggunakan
objek 2+1= / / /

5+4= / / /

7+3= / / /

3+3= / / /

Petunjuk:

(BM : Belum Menguasai) (TM : Telah Menguasasi)

Jadual 5 :
Tahap Penguasaan Kemahiran Operasi Tambah Perserta Kajian dalam Latihan 2.
Peserta Peserta Peserta
Standard
Kajian A Kajian B Kajian C
Pembelajaran Soalan Operasi Tambah
BM TM BM TM BM TM

MA 3.2.1 3+1= / / /
Menyatakan
hasil tambah
berdasrakan
6+2= / / /
situasi yang
diberi dengan
menggunakan
objek 8+1= / / /

7+2= / / /

4+3= / / /

5+2= / / /

Petunjuk:

(BM : Belum Menguasai) (TM : Telah Menguasai)

Oleh yang demikian, penggunaan Ladybook dapat meningkatkan jumlah jawapan yang betul murid
prasekolah dalam menyelesaikan masalah operasi tambah dalam lingkungan 1 hingga 10. Hal ini kerana
aktiviti-aktiviti dan permainan yang disediakan adalah bersesuai dengan umur dan kebolehan murid-murid
prasekolah.

REFLEKSI

Sepanjang menjalani kajian ini, terdapat pelbagai ilmu, kemahiran dan pengalaman yang diperoleh sama
ada secara langsung ataupun tidak langsung dalam usaha meningkatkan mutu pengajaran guru.
Berdasarkan kepada kajian bagi meningkatkan kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 1 hingga 10,
pengkaji telah mendapati bahawa tahap penguasaan murid adalah semakin meningkat kearah yang lebih
positif.berdasarkan hasil dapatan yang telah dianalisis, pengkaji mendapati terdapat peningkatan yang
ketara dalam penguasaan kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 1 hingga 10. Tambahan pula,
murid-murid boleh memahami konsep penambahan dengan lebih mudah apabila guru menggunakan
elemen bertema haiwan pada Ladybook. Hal ini kerana murid-murid amat tertarik dengan tema Ladybird
yang digunakan untuk menghasilkan buku besar ini serta murid-murid dapat mengekalkan tumpuan mereka
semasa pelaksanaan intervensi.

Menurut Abdul Rasid Jamian, Shamsudin Othman dan Humaizah Hashim (2012), beliau menyatakan
bahawa guru tidak hanya terikat dengan disposisi semula jadi, tetapi juga perlu menggunakan bahan bantu
mengajar yang lebih menarik bagi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Setelah bahan bantu mengajar diperkenalkan, peserta kajian didapati sangat komited dan bersungguh-
sungguh dalam menjalankan aktiviti-aktiviti dalam Ladybook. Peserta kajian juga tidak jemu untuk
menyiapkan latihan yang diberikan dengan baik dan bersemangat. Hal ini secara tidak langsung akan
mengukuhkan dan meingkatkan kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 1 hingga 10 peserta kajian.

Terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan yang dikenal pasti sepanjang melaksanakan kajian
tindakan ini dan telah memberikan panduan kepada pengkaji untuk menghasilkan kajian pada masa depan
di peringkat profesion guru yang lebih tinggi. Antara kekuatan penggunaan Ladybook ini, murid-murid
sangat tertarik dan bersemangat terhadap penyampaian pengkaji semasa memperkenalkan manual
penggunaan Ladybook. Penyampaian bahan bantu mengajar Ladybook oleh pengkaji yang menarik, jelas
dan berkesan telah berjaya mengekalkan fokus dan minat peserta kajian. Peserta kajian cepat memahami
manual penggunaan Ladybook dan bersemangat untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang terkandung dalam
Ladybook. Bahan bantu mengajar Ladybook ini juga menarik dan mempunyai beberapa jenis aktiviti yang
menyebabkan peserta kajian begitu tidak sabar untuk menggunakannya. Ladybook mempunyai grafik yang
menarik dan berwarna warni sehingga membuat peserta kajian teruja untuk menggunakannya.

Dari dimensi yang berlainan, terdapat juga beberapa kelemahan yang dapat dikenal pasti sepanjang
perjalanan kajian ini. Salah satunya ialah dari segi bahan Ladybook sendiri di mana pengkaji boleh
mempelbagaikan lagi aktiviti-aktiviti dalam Ladybook. Jika pengkaji mempelbagaikan aktiviti dalam
Ladybook, bukan sahaja kemahiran operasi nombor yang boleh diajarkan akan tetapi, kemahiran-
kemahiran lain juga boleh disertakan. Contohnya, permainan-permainan yang mampu menguji minda
murid-murid. Kelemahan ini adalah untuk penambahbaikan di masa hadapan jika perlu.

Secara keseluruhannya, kajian tindakan yang dijalankan ini telah banyak membantu pengkaji
memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan, input dan pengalaman berharga. Pengkaji berharap agar segala
pengalaman yang telah dikecapi merupakan satu langkah permulaan untuk sentiasa berusaha
meningkatkan kualiti amalan profesionalisme sebagai seorang guru.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Antara penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah mempelbagaikan lagi fungsi Ladybook untuk
memperkenalkan konsep nombor, konsep tambah dan juga konsep tolak dalam matematik awal. Sebagai
contoh, guru boleh menambah halaman aktiviti dan permainan yang boleh disepadukan serta tidak
menghadkan nombor dalam lingkungan 1 hingga 10 sahaja. Ladybook menekankan kepada beberapa
aktiviti pembelajaran konsep nombor, operasi tambah dan juga operasi tolak. Pengkaji percaya bahawa jika
aktiviti dalam Ladybook ini diperbanyakkan, ia bukan sahaja boleh digunakan dalam mengajar operasi
tambah, akan tetapi kemahiran-kemahiran lain seperti konsep nombor dan operasi-operasi lain dengan
lebih jelas. Oleh itu, jika guru memperbanyakkan lagi aktiviti-aktiviti lain yang melibatkan konsep nombor
dan operasi nombor, maka Ladybook boleh menjadi satu bahan yang amat berguna dan berkesan dalam
pembelajaran matematik awal.

Tambahan pula, selain guru memberikan pemahaman konsep operasi tambah, murid juga boleh
ditekankan mengenai ayat tambah matematik. Guru boleh menekankan tentang simbol-simbol matematik
seperti ‘tambah’ dan ‘sama dengan’ dan seterusnya meminta mereka untuk membacakan ayat tersebut
secara lengkap untuk menguji mereka. Di samping itu, bahan-bahan yang digunakan dalam Ladybook juga
boleh dipelbagaikan. Kepelbagaian bahan yang digunakan di dalam Ladybook akan menghasilkan bahan
bantu belajar yang lebih efektif dan menarik. Selain itu, saiz Ladybook juga boleh diperbesarkan agar
murid dapat melihatnya dengan lebih jelas walaupun berada di kedudukan barisan belakang kelas.

Pada pandangan pengkaji, Ladybook telah menunjukkan keberkesanan terhadap peserta yang telah
dipilih. Seramai tiga orang murid telah dipilih dan ketiga-tiga murid tersebut menunjukkan peningkatan
dalam kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 1 hingga 10. Berdasarkan dapatan kajian, pengkaji
dapati bahawa bahan bantu mengajar Ladybook ini boleh membantu muri-murid meningkatkan kemahiran
operasi tambah dalam lingkungan 1 hingga 10 mereka. Hal ini kerana, sifat semula jadi kanak-kanak yang
gemar bermain dan sentiasa bersemangat. Lebih-lebih lagi menggunakan bahan konkrit atau bahan yang
boleh disentuh kerana kanak-kanak dapat berfikir secara kompleks. Oleh itu, permainan di dalam bilik
darjah mampu merangsang perkembangan serta minat murid untuk terus belajar.

Secara keseluruhannya, cadangan penambahbaikan bagi kajian amat penting sebagai perkongsian
dan penambahbaik bagi para pengkaji pada masa hadapan. Selain itu, kajian seterusnya mampu
meningkatkan daya inovasi pada pendidik untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan teknik, kaedah, strategi dan pendekatan perlulah sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran
agar dapat membantu serta meningkatkan perkembangan dalam semua aspek kehidupan.

RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian, Norhashimah Hashim, Shamsudin Othman, (2012). Multimedia interaktif
mempertingkatkan pembelajaran kemahiran membaca murid-murid probim, 2(2), 46-53.
Azhar Rodzi. (2010). Analisis data penyelidikan tinjauan (the data analyses for preuniversity research).
Diperoleh daripada http://analisisdatapenyelidikantinjauan.html.

Heddens, J. W.(2005). Improving Mathematics Teaching by Using Manipulatives. Dimuat turun pada
https://files.eric.ed.gov/fulltext/EJ1102492.pdf

Jack, D. (2012). Didik hibur. Diperoleh daripada http://www.slideshare.net/DeenJack/didik


hibur#btnNext

Kurikulum Standarad Prasekolah Kebangsaan Semakan 2017 (2017). Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mok Song Sang (2009). Perkembangan Kanak-kanak. Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Norasiah Abdullah, Nor Risah Jamilah Mat Lazim & Rosnah Ahmad Zain. (2009). Teknologi dalam
Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
NAMA : PATRICK LAU YEO PENG

AKTIVITI HANDS-ON DALAM MENINGKATKAN PENCAPAIAN DAN PENGLIBATAN KANAK-KANAK


PRA SEKOLAH DALAM SUBJEK SAINS AWAL
PATRICK LAU YEO PENG

DR VASUKI MUNIANDY

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SK)

patricklau690@gmail.com

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan untuk membantu pencapaian dan penglibatan kanak-kanak dalam eksperimen Sains
Awal. Peserta kajian daripada lima orang kanak-kanak dari kelas Pra Kreatif Sekolah Kebangsaan Pakatan Jaya
Aktiviti hands-on merupakan aktiviti yang menggunakan bahan maujud dalam menjalankan eksperimen Sains Awal.
Untuk mengutip data, antara eksperimen yang dijalankan adalah berkaitan konsep tenggelam timbul, bayang-bayang
dan berat-ringan. Data kajian dikumpulkan menggunakan kaedah triangulasi iaitu melalui instrumen pemerhatian,
ujian pra dan ujian pos serta analisis dokumen. Hasil kajian menunjukkan peningkatan dalam pencapaian serta
penglibatan dan minat kanak-kanak yang membuktikan aktiviti hands-on ini telah berjaya meningkatkan keupayaan
kanak-kanak dalam memahami dan melakukan eksperimen Sains Awal.

Kata Kunci : Kaedah Triangulasi, Aktiviti Hands-On, Eksperimen Sains Awal, Tenggelam Timbul, Bayang-bayang
dan Berat Ringan

1.0 Pengenalan

Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan aktiviti hands-on dalam pembelajaran Sains Awal
dalam kalangan kanak kanak prasekolah. Kumpulan sasaran ialah lima orang kanak-kanak dari prasekolah
SK Pakatan Jaya. Data kajian tersebut dikumpul dilakukan melalui senarai semak, analisis dokumen, ujian
pra dan pos. Fokus kajian adalah untuk melihat prestasi serta perubahan tingkah laku kanak-kanak dalam
kelas. Ini bertujuan untuk mengawal serta merancang pengajaran dan pembelajaran (PdP) dengan lebih
berkesan. Menerusi kajian ini yang dilakukan dengan menggunakan aktiviti hands-on, kanak-kanak dapat
menguasai dan memahami isi pembelajaran yang disampaikan dengan lebih mudah serta dapat
meningkatkan pencapaian kanak-kanak. . Menurut Rohaila, Norasmah dan Faridah (2005), pendidik yang
berusaha memahami gaya pembelajaran murid, boleh membaiki kelemahan murid dan menjadikannya
asas untuk membina kekuatan pengajaran.

Sepanjang praktikum, pengkaji telah memerhati beberapa masalah pembelajaran mahupun


masalah tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak prasekolah tersebut. Masalah utama yang dihadapi
oleh pengkaji adalah pencapaian kanak-kanak serta kurang melibatkan diri apabila melakukan aktiviti Sains
Awal sedangkan kandungan ini merupakan standard yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak prasekolah
sebelum menjejaki ke Tahun 1. Tercetuslah idea pengkaji boleh menggunakan aktiviti hands-on bagi
menyelesaikan masalah pencapaian dan penglibatan peserta kajian dalam proses PdPc.

Pengkaji berharap aktiviti hands-on dapat meningkatkan pencapaian dan penglibatan yang aktif
dalam eksperimen Sains Awal menerusi kajian ini.

2.0 Fokus Kajian

Pengkaji mefokuskan pengaplikasian aktiviti hands-on dalam meningkatkan pencapaian dan penglibatan
kanak-kanak dalam subjek Sains Awal untuk memenuhi standard pembelajaran dalam Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan semakan KSPK, 2017. Lantaran itu, tindakan penyelidikan ini melibatkan 5 orang
kanak-kanak di Prasekolah SK Pakatan Jaya.

Kemahiran proses Sains yang dikenal pasti untuk dikembangkan adalah memerhati, mengelas,
mengukur, membuat inferens, meramal, dan berkomunikasi perlu diterapkan dalam diri kanak-kanak
prasekolah sebelum mereka menjejaki ke arus perdana. Pengkaji merancang langkah intervensi bagi
mengatasi permasalahan kanak-kanak dalam meningkatkan pencapaian dan penglibatan kanak-kanak
melalui aktiviti hands-on.

3.0 Objektif dan Persoalan Kajian

3.1 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut :


a) Meningkatkan tahap pencapaian kanak-kanak prasekolah dalam pembelajaran Sains Awal
melalui aktiviti hands-on.
b) Meningkatkan penglibatan kanak-kanak prasekolah dalam pembelajaran Sains Awal melalui
aktiviti hands-on.

3.2 Persoalan Kajian


a) Adakah aktiviti hands-on dapat membantu pencapaian kanak-kanak prasekolah dalam
pembelajaran Sains Awal?
b) Adakah aktiviti hands-on dapat meningkatkan penglibatan kanak-kanak prasekolah dalam
pembelajaran Sains Awal?

4.0 Peserta Kajian

Menurut Sulaiman Masri (2003), menyatakan bahawa peserta kajian ini mestilah terdiri daripada murid
yang terlibat dalam isu permasalahan yang dikaji. Pengkaji telah memilih 5 orang peserta kajian yang
berbangsa Melayu. Daripada temubual bersama guru prasekolah, perkembangan kanak-kanak yang dipilih
agak lemah daripada kanak-kanak yang lain di dalam kelas tersebut. Pencapaian kanak-kanak agak lemah
dan kurang melibatkan diri dalam proses PdP dalam mata pelajaran Sains Awal.

Jadual 1

Peserta Kajian

Perkara Catatan

Bilangan peserta kajian 5 orang kanak-kanak

Umur 6 tahun

Jantina 2 orang lelaki 3 orang perempuan

Masalah Pencapaian dan penglibatan diri dalam


subjek Sains Awal

5.0 Tindakan Yang Dijalankan

5.1 Langkah-langkah Tindakan

Pengkaji telah memilih Model Kurt Lewin (1946) dalam Sue C. Wortham, Belinda J. Hardin. (2010)
mengatakan model ini bertepatan dengan kajian yang pengkaji ingin laksanakan. Menurut Model
Kurt Lewin (1946), kajian tindakan memperlihatkan suatu kitaran langkah-langkah (A Spiral Of
Steps). Suatu kitaran kajian tindakan mempunyai empat langkah iaitu merancang (planning),
bertindak (acting), memerhati (observing) dan mereflek (reflecting).

Mengenal
pasti
masalah

Merancang
tindakan
atau teknik
Refleksi bagi
mengatasi
masalah
yang
difokuskan

Melihat Tindakan /
kesan Implementa
tindakan si

Rajah 1 : Adaptasi Daripada Model Kurt Lewin (1945) dan Laidlaw (1992)

Pengkaji menamakan aktiviti hands-on dapat dikaitkan dengan kehidupan seharian kanak-kanak agar
dapat belajar dengan seronok serta faham dengan aktiviti Sains Awal yang dilakukan iaitu konsep
tenggelam timbul, bayang-bayang dan berat ringan.

5.1.1 Langkah Intervensi : Aktiviti Hands-On

5.1.1.1 Langkah Intervensi Pertama : Konsep Bayang-bayang


Langkah intervensi ini bertujuan untuk memperkenalkan bentuk bayang-bayang setiap
bahan. Langkah-langkah aktiviti eksperimen adalah seperti berikut :

Pengkaji Kanak-kanak Kanak-kanak


membuat membuat membuat
demonstrasi eksperimen pemerhatian
aktiviti bayang- mengikut bentuk bayang
bayang arahan pengkaji yang muncul

Rajah 2 : Langkah-langkah Eksperimen Bayang-bayang

Rajah 3 : Eksperimen Bayang-bayang

5.1.1.2 Langkah Intervensi Kedua : Konsep Tenggelam Timbul

Langkah intervensi ini bertujuan untuk membezakan bahan yang tenggelam dan bahan yang
timbul. Langkah-langkah eksperimen adalah seperti berikut :

Peserta kajian
Pengkaji
Peserta kajian membuat
membuat membuat pemerhatian
demonstrasi
eksperimen semasa
aktiviti
mengikut menjatuhkan
tenggelam
arahan pengkaji bahan ke dalam
timbul
air

Rajah 4 : Langkah-langkah Eksperimen Tenggelam Timbul

Rajah 5 : Eksperimen Tenggelam Timbul


5.1.1.3 Langkah Intervensi Ketiga : Konsep Berat Ringan

Langkah intervensi ini bertujuan untuk memperkenalkan bahan yang berat dan bahan yang
ringan. Langkah-langkah eksperimen adalah seperti berikut :

Pengkaji Pengkaji Peserta Kajian


membuat membuat membuat
demonstrasi eksperimen pemerhatian
aktiviti berat mengikut arahan berat dan ringan
ringan pengkaji bahan

Rajah 6 : Langkah-langkah Eksperimen Berat Ringan

Rajah 7 : Eksperimen Berat Ringan

5.2 Kaedah Mengumpul Data

Pengkaji telah menggunakan instrumen kajian iaitu pemerhatian melalui senarai semak, ujian pra
pos dan ujian pos serta analisis dokumen. Menurut Merriam (2002), pemerhatian adalah cara
terbaik untuk mengumpul data asa; ‘first hand encounter’ tentang peserta kajian yang hendak dikaji.
Kaedah ujian digunakan untuk mengutip data untuk menilai dan mengesan kefahaman peserta
kajian terhadap sesuatu pelajaran yang dipelajari. Ujian boleh dilaksanakan secara lisan atau
secara bertulis. Kaedah analisis dokumen digunakan untuk menganalisis lembaran kerja yang
diberikan kepada peserta kajian semasa mereka melakukan aktiviti Sains Awal. Semasa aktivit
hands-on dijalankan, peserta kajian perlu mengisi jawapan dalam set soalan yang diberikan oleh
pengkaji.

5.3 Cara Menganalisis Data

Pengkaji perlu membuat rumusan mengenai penguasaan kemahiran Sains Awal dalam konsep
tenggelam timbul, bayang-bayang serta berat dan ringan. Data yang dianalisis membolehkan
pengkaji memahami secara mendalam permasalahan dan melihat sama ada kaedah yang telah
pengkaji gunakan menunjukkan peningkatan kepada kefahaman para peserta kajian yang dipilih
sebagai sampel.

5.4 Cara Menyemak Data


Dalam menyemak data, pengkaji menggunakan triangulasi kaedah untuk membina keyakinan
terhadap kesahan dan kebolehpercayaan data yang pengkaji kumpulkan dan analisis. Pengkaji
hanya melibatkan dua kategori triangulasi iaitu triangulasi kaedah dan triangulasi data dalam
mengumpul data semasa melaksanakan aktiviti hands-on.

6.0 Dapatan Kajian

Pengkaji menggunakan instrumen senarai semak, ujian pra dan ujian pos serta analisis dokumen untuk
menjalankan kajian ini.

6.1 Dapatan Pemerhatian Dan Senarai Semaka

Pengkaji telah menjalankan pemerhatian berstruktur. Dua senarai semak untuk pemerhatian
sebelum menjalankan aktiviti ‘Spongebob Squarepants’ dan lima senarai semak untuk pemerhatian
selepas menjalankan aktiviti ‘Spongebob Squarepants’. Hasil analisis pemerhatian sebelum kajian
dijalankan dapat dilihat dalam jadual 2 di bawah :

Jadual 2

Analisis Pemerhatian Sebelum Kajian

No Perkara Peserta Bayang Berat Tenggela Catatan


Kajian -bayang Ringan m timbul
1 Menumpukan PA / / X
perhatian PB / X X
dalam kelas
PC X X X
semasa
pengajaran PD X X X

dan PE X X X
pembelajaran
Sains Awal.
2 Menglibatkan PA / / X
diri dalam PB / / X
aktiviti
PC X X X
eksperimen
Sains Awal. PD X X X

PE X X X
Seterusnya, hasil analisis pemerhatian selepas kajian dijalankan dapat dilihat dalam jadual 3 di
bawah

Jadual 3

Analisis Pemerhatian Selepas Kajian

No Perkara Peserta Bayang- Berat Tenggela Catatan


Kajian bayang Ringa m timbul
n
1 Menumpukan PA / / /
perhatian PB / / /
dalam kelas
PC / / X
semasa
pengajaran PD / X /

dan PE / / X
pembelajaran
Sains Awal.
2 Menglibatkan PA / / /
diri dalam PB / / /
aktiviti
PC / / /
eksperimen
Sains Awal. PD / X /

PE X / /

6.2 Ujian Pra dan Ujian Pos

Bagi mendapatkan data berkaitan dengan prestasi peserta kajian, pengkaji telah menjalankan ujian
pra sebelum memulakan kajian tindakan manakala ujian pos sebelum mengakhiri kajian ini.
Berdasarkan ujian pra dan pos yang telah dijalankan, data-data tersebut telah dianalisis secara
kuantitati, Norizan Esa, Nordin Abd. Razak dan Mohd Ali Samsudin dalam Noriani Idris (2013),
menyatakan bahawa analisis kuantitatif dijalankan dengan meringkaskan data-data dan mempunyai
nilai berangka.

Analisis bagi pencapaian ujian pra peserta kajian dapat digambarkan seperti Rajah 8 di bawah :
Pencapaian
100
90
80
70
60

Peratus (%)
50
40
30
20
10
0
Peserta Kajian Peserta Kajian Peserta Kajian Peserta Kajian Peserta Kajian
1 2 3 4 5

Rajah 8 : Analisis Pencapaian Bagi Ujian Pra Peserta Kajian

Berdasarkan Rajah 10, 60% peserta kajian belum mencapai tahap minimum dan 40% peserta
kajian telah mencapai tahap minimum bagi ujian yang dijalankan.

Analisis bagi pencapaian ujian pra peserta kajian dapat digambarkan seperti Rajah 9 di bawah :

Pencapaian
100
90
80
70
60
Peratus (%)

50
40
30
20
10
0
Peserta Kajian Peserta Kajian Peserta Kajian Peserta Kajian Peserta Kajian
1 2 3 4 5

Rajah 9 : Analisis Pencapaian Bagi Ujian Pos Peserta Kajian

Berdasarkan Rajah 9, kelima-lima peserta kajian telah menunjukkan peningkatan dalam aktiviti
Sains Awal tajuk bayang-bayang, tenggelam timbul dan berat ringan. Oleh itu, sebanyak kesemua
peserta kajian telah menunjukkan peningkatan pencapaian daripada ujian pra dan ujian pos setelah
aktiviti hands-on diperkenalkan kepada mereka.

Analisis peningkatan bagi pencapaian ujian pra dan pos peserta kajian dapat digambarkan seperti
Rajah 10 di bawah :
PERBANDINGAN PENCAPAIAN
100
90
80
70
60
Markah Ujian Pra
Peratus (%) 50 Markah Ujian Pos
40
30
20
10
0
Peserta Peserta Peserta Peserta Peserta
Kajian 1 Kajian 2 Kajian 3 Kajian 4 Kajian 5

Rajah 10 : Analisis Perbandingan Pencapaian bagi Ujian Pra dan Ujian Pos

Berdasarkan Rajah 10, semua peserta kajian 100% telah lulus dengan baik dalam ujian pos setelah
kajian tindakan dijalankan kepada mereka. Hal ini membuktikan bahawa aktiviti hands-on dapat
meningkatkan pencapaian dan penglibatan kanak-kanak dalam Sains Awal.

6.3 Analisis Dokumen

Menurut Kamarul Azmi Jasmi (2012), pengumpulan data melalui anaslisis dokumen dapat
memberikan maklumat yang relevan kepada isu dan masalah yang dikaji.

Analisis terhadap lembaran kerja kanak-kanak telah dijalankan dan data-data tersebut dapat
dipaparkan dalam Rajah 11 di bawah :
12
10
8
6
4
2
0
Peserta Kajian A Peserta Kajian B Peserta Kajian C Peserta Kajian D Peserta Kajian E

Jawapan Yang Betul Jawapan Yang Salah

Rajah 11 : Analisis Lembaran Kerja Murid Sebelum Kajian

Berdasarkan Rajah 11, peserta kajian A dan peserta kajian B didapati mampu menjawab soalan
lembaran kerja untuk tujuh soalan sahaja. Peserta Kajian C dan Peserta Kajian D didapati mampu
menjawab soalan lembaran kerja untuk empat soalan sahaja.

Peningkatan bilangan kanak-kanak yang dapat menjawab soalan dengan betul dibuktikan dalam
Rajah 12 di bawah :

14
12
10
8
6
4
2
0
Peserta Kajian A Peserta Kajian B Peserta Kajian C Peserta Kajian D Peserta Kajian E

Jawapan Yang Betul Jawapan Yang Salah

Rajah 12 : Analisis Lembaran Kerja Kanak-kanak Selepas Kajian

Berdasarkan Rajah 12, aktiviti hands-on telah memberi kesan yang positif dalam kajian tersebut.

7.0 Refleksi

Terdapat pelbagai ilmu, kemahiran dan pengalaman yang diperoleh dalam usaha meningkatkan mutu
pengajaran guru. Berdasarkan kepada kajian tindakan, pengkaji mendapati bahawa tahap pemahaman
kanak-kanak semakin meningkat ke arah yang lebih positif. Jika ditelusuri secara mendalam, peningkatan
tahap pemafahaman peserta kajian dalam eksperimen Sains Awal berpunca daripada aktiviti hands-on
yang berunsur bahan maujud dan eksperimen Sains Awal. Secara keseluruhannya, kajian tindakan yang
dijalankan ini telah banyak membantu pengkaji memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan, input dan
pengalaman berharga. Pengkaji berharap agar segala pengalaman yang telah dikecapi merupakan satu
langkah permulaan untuk sentiasa berusaha meningkatkan kualiti amalan profesionalisme sebagai seorang
guru.

8.0 Cadangan Tindakan Susulan

8.1 Penambahbaikan

Antara penambahbaikan yang dapat dijalankan dari aspek bahan-bahan pembinaan aktiviti hands-
on. Bahan bantu mengajar (BBM) yang dibina dalam kajian ini adalah tidak tahan dan senang
tertanggal. Oleh itu, pengkaji perlu memikirkan bahan-bahan yang lebih kukuh dan tahan untuk
membina BBM tersebut. Seterusnya, bahan aktiviti hands-on adalah tidak cukup besar
menyebabkan kanak-kanak yang duduk di belakang perlu berdiri untuk melihat eksperimen Sains
Awal yang dilakukan oleh kanak-kanak lain. Oleh itu, pengkaji boleh memilih bahan yang lebih
besar, selamat, ringan dan mudah dibawa ke mana-mana selain daripada akuarium. Akhir sekali,
pengkaji juga bercadang agar kajian seterusnya boleh diubahsuai dengan mengaplikasikan sistem
berpasangan terutamanya apabila melibatkan kanak-kanak yang lemah. Hal ini demikian kerana,
kesalahan kanak-kanak akan dapat dikesan secara serta merta dan pembetulan dapat dilakukan
dalam masa yang singkat melalui aktiviti hands-on ini. Oleh itu, kanak-kanak yang lemah akan
mendapat bantuan dan bimbingan daripada rakan yang lebih menguasai sesuatu aspek pelajaran
itu terutamanya dalam eksperimen Sains Awal.

9.0 Rujukan

Kamarul Azmi Jasmi (2012). Metadologi pengumpulan data dalam penyelidikan kualitatif dalam kursus
penyelidikan kualitatif siri 1 di Puteri Resort Melaka pada 28-29 Mac 2012.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2010). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan Semakan 2017.
Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum
Lewin, K (1946). Action Research and minory problems in resolving social conflict. Harper & Row, London

Merriam, Sharan B.(2002). Qualitative research in practice: Example for discussion and analysis. San
Francisco: Jossey-Bass.

Noraini Idris. (2013). Penyelidikan dalam pendidikan (edisi kedua). Selangor:McGraw-Hill Education
(Malaysia) Sdn Bhd.

Rohaila & Norasmah Faridah (2005). Panduan Mengembangkan Daya Fikir Kanak-kanak Prasekolah.
Bentong: Pahang. PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd

Sulaiman Masri. 2003. Kaedah Penyelidikan dan Panduan Penulisan (Esei, Proposal, Tesis). Kuala
Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
NAMA : SANG NYUK FUNG

PENGGUNAAN TEKNIK NYANYIAN UNTUK MENINGKATKAN PENGUASAAN KOSA KATA BAHASA


INGGERIS DALAM KALANGAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH

SANG NYUK FUNG


ENCIK ZAINI BIN ABDUL GHANI

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SJKC)

elisefung97@outlook.com

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan untuk menilai aspek sejauh mana penggunaan teknik nyanyian dapat
membantu meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris di dalam kanak-kanak prasekolah.
Objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris. Responden kajian
terdiri daripada lima orang murid di sebuah prasekolah di daerah Ipoh Perak. Data dikumpulkan melalui
pemerhatian rakaman foto, ujian pra pos dan senarai semak. Hasil refleksi menunjukkan kanak-kanak ini
kurang memberikan respons dalam aktiviti slot pembelajaran dan pemudahcaraan bahasa Inggeris di bilik
darjah kerana mempunyai kosa kata bahasa Inggeris yang terhad. Lagu kanak-kanak digunakan untuk
membantu murid-murid mengatasi masalah yang dihadapi dengan meningkatkan penguasaan kosa kata
bahasa Inggeris mereka. Sebuah lagu kanak-kanak digunakan dalam Intervensi yang dijalankan. Kosa kata
yang ingin ditekankan menjadi fokus utama agar murid-murid dapat menguasai kosa kata tersebut. Lagu
kanak-kanak ini dinyanyikan dalam slot perbualan pagi dan juga diselitkan dalam aktiviti slot pembelajaran
dan pembudahcaraan bahasa Inggeris, Implikasinya, penguasaan kosa kata bahasa Inggeris murid-murid
ditingkatkan. Selepas intervensi dijalankan, didapati bahawa bilangan kosa kata kesemua murid meningkat
berbanding sebelum intervensi dijalankan. Penggunaan teknik nyanyian lagu dapat meningkatkan
penguasaan kosa kata bahasa Inggeris murid-murid prasekolah.

Kata Kunci : Penggunaan teknik nyanyian untuk meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris
PENGENALAN

Program Asuhan dan Didikan Kanak-kanak telah dibahagikan kepada pendidikan prasekolah untuk
murid-murid yang berusia antara lima hingga enam tahun serta program lain seperti PERMATA atau pusat
penjagaan harian untuk murid-murid yang lebih kecil (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017). Pendidikan
prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting kepada murid dalam dunia pendidikan. Pendidikan
prasekolah bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi aspek jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial yang sejajar dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Noriati, Lee,
Zulkifl, & Zakiah, 2012). Kelima-lima aspek tersebut menunjukkan bahawa setiap murid diharapkan untuk
berkembang dari pelbagai aspek supaya mereka berupaya dalam mencapai kesejahteraan diri, memberi
sumbangan kepada keharmonian serta kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Ini adalah untuk
meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri murid
agar mereka bersedia untuk menghadapi cabaran dan mengikuti pembelajaran seterusnya.

Hasrat ini boleh dicapai melalui kajian tindakan. Menurut Lewin (1946), kajian tindakan
memperlihatkan suatu kitaran langkah-langkah (a spiral of steps). Suatu kitaran kajian tindakan mempunyai
empat langkah iaitu Merancang (Planning), Bertindak (Action), Memerhati (Observing), dan Mereflek
(Reflecting). Kitaran ini akan berterusan ke kitaran seterusnya yang melibatkan merancang semula,
bertindak, memerhati dan mereflek bagi menghasilkan kitaran baru.

Di samping itu, penggunaan bahasa Inggeris sangat penting dalam kalangan murid terutama sekali
dalam usaha untuk memperkasakan bahasa Inggeris pada masa kini dalam prasekolah. Guru seharusnya
menyediakan satu kertas kerja untuk bulan bahasa Inggeris Peringkat Prasekolah sebagai salah satu
langkah untuk menarik minat kanak-kanak prasekolah untuk mempelajari, memahirkan diri dan
meningkatkan penguasaan kosa kata dan penggunaan bahasa Inggeris.

Akhirulkalam, mengajar komponen bahasa, khususnya bahasa Inggeris amat mencabar bagi guru-
guru prasekolah. Maklumlah bukan semua boleh menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Lanjutan itu,
guru harus mempunyai kesabaran yang lebih untuk membimbing kanak-kanak prasekolah ke arah untuk
mendengar, mengenal, menyebut dan menguasai kosa kata bahasa Inggeris dengan baik.
REFLEKSI PENGALAMAN PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN

Saya telah menjalani Praktikum Fasa II selama tiga bulan dan program “Intership” selama sebulan
iaitu selama empat minggu di sebuah prasekolah di daerah Ipoh Perak. Daripada pengalaman di
prasekolah tersebut, saya mendapati pelbagai masalah telah berlaku semasa proses pembelajaran dan
pemudahcaraan (pdpc) dijalankan. Saya telah mengenalpasti bahawa majoriti kanak-kanak prasekolah
tidak dapat menguasai kosa kata bahasa Inggeris walaupun kosa kata tersebut telah diulang semasa
aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan (pdpc) dijalankan di dalam bilik darjah. Walaupun mereka selalu
menyebut sesuatu kosa kata, namun mereka tidak memahami maksud kosa kata tersebut.

Di samping itu, saya mendapati bahawa kanak-kanak prasekolah sangat suka dengan aktiviti
menyanyi. Mereka dapat mempelajari sesebuah lagu dengan cepat. Lanjutan itu, saya telah menggunakan
teknik nyanyian untuk memberikan pengukuhan kepada murid supaya murid boleh mengenal dan
menyebut perkataan Bahasa Inggeris dengan betul bagi tema Occupations iaitu doctor, teacher, dentist,
carpenter dan pilot dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Hal ini demikian dikatakan berkesan kerana
kanak-kanak prasekolah dapat menghafal serta mengenal perkataan melalui lirik lagu. Saya juga meminta
kanak-kanak prasekolah untuk menghafal dan membaca untuk menjalankan aktiviti bertanding semasa
pdpc dijalankan. Sesiapa yang dapat menyebut perkataan Bahasa Inggeris dengan betul dan tepat, dia
akan mendapatkan satu hadiah. Cara ini dapat memberi inovasi dan semangat kepada kanak-kanak untuk
belajar dengan lebih bersungguh-sungguh. Tegasnya, suasana pembelajaran dan pemudahcaraan (pdpc)
yang harmoni dan menyeronokkan dapat diwujudkan. Hal ini dapat disokong oleh Campbell & Scott-
Kassner (1995) yang mengatakan hubungan antarabahasa, pertuturan dan nyanyian tidak dapat dinafikan
kerana kanak-kanak dapat menambahkan perbendaharaan kata serta dapat memahami setiap perkataan
baharu yang dipelajari mereka apabila mereka mempelajari lagu baharu. Hujah ini turut disokong oleh
pendapat Krogh (1995) yang mengatakan aktiviti mengulang-ulang menyanyikan rangkap lagu yang betul
dari segi hukum tatabahasa juga akan membantu kanak-kanak menggunakan bahasa dengan tatabahasa
yang betul pada masa akan datang.
FOKUS KAJIAN

Fokus bagi kajian yang saya jalankan ini adalah untuk meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa
Inggeris bagi tema Occupations iaitu doctor, teacher, dentist, carpenter dan pilot dalam kalangan kanak-
kanak Prasekolah. Penguasaan yang dimaksudkan termasuklah kemahiran mendengar, mengenal,
membaca dan menyebut perkataan-perkataan tersebut.

Fokus bagi kajian saya ini adalah bersesuaian dengan standard kandungan dan standard
pembelajaran yang terdapat dalam KSPK iaitu Tunjang Komunikasi Content Standard BI (1.2) listen to
and respond appropriately, Learning Standard BI (1.2.2) listen to and sing songs dan Content
Standard (BI 2.2) Apply sounds of letters to recognise words, Learning Standard (BI 2.2.1)
Recognise letters of the alphabet by their name. Selaras dengan standard pembelajaran KSPK, fokus
bagi kajian yang saya jalankan ini adalah penggunaan teknik nyanyian lagu untuk meningkatkan
penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris dengan tepat bagi tema Occupations iaitu doctor, teacher, dentist,
carpenter dan pilot dalam kalangan kanak-kanak Prasekolah.

PENGUMPULAN DATA AWAL

Saya telah menggunakan pemerhatian yang dijalankan menggunakan senarai semak untuk
menentukan kumpulan sasaran dan memfokuskan masalah dan responden yang ingin dikaji. Seterusnya,
saya menjalankan temu bual dengan guru prasekolah untuk mendapatkan maklumat berkaitan kelemahan
kanak-kanak tentang kemahiran mengenal dan menyebut kosa kata bahasa Inggeris bagi tema
“Occupations” iaitu doctor, teacher, dentist, carpenter dan pilot. Selain itu, saya juga menggunakan ujian
diagnostik untuk melihat sejauh mana pemahaman kanak-kanak dalam penguasaan kemahiran mengenal
kosa kata Bahasa Inggeris bagi tema “Occupations” iaitu doctor, teacher, dentist, carpenter dan pilot.

Bagi memastikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid saya telah menggunakan keadah
pemerhatian semasa waktu subjek bahasa Inggeris. Seramai 5 orang murid menghadapi masalah
mengenal dan menyebut kosa kata bahasa Inggeris. Apabila saya mendekati dan memberi bantuan untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi, mereka hanya menyebut kosa kata Bahasa Inggeris tersebut di
bawah bimbingan guru sahaja. Dari situ, saya mendapati bahawa ada yang kurang mahir dan kurang
pemahaman terhadap kosa kata Bahasa Inggeris. Secara umumnya, kelima-lima murid tersebut belum
menguasai kosa kata Bahasa Inggeris bagi tema “Occupations” iaitu doctor, teacher, dentist, carpenter dan
pilot.

Semasa pengkaji membuat kajian, saya telah menggunakan pemerhatian untuk menentukan
kumpulan sasaran. Selepas itu, saya melaksanakan pemerhatian sewaktu melakukan aktiviti untuk
membuat catatan terhadap responden yang ingin dikaji. Setelah saya mengenalpasti murid yang
bermasalah, saya juga telah membuat temu bual dengan guru prasekolah supaya dapat mengetahui
masalah pembelajaran responden yang ingin dikaji. Ujian diagnostik turut dijalankan secara individu. Ujian
diadakan terhadap kedua-dua subjek yang dikenal pasti daripada pemerhatian dan temu bual yang
dijalankan sebelum ini. Setiap kanak-kanak diberikan satu set soalan yang sama mengikut kepada
kemahiran yang ingin dilihat.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

OBJEKTIF KAJIAN

OBJEKTIF UMUM

Kajian ini dilaksanakan untuk meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris bagi tema
Occupations iaitu doctor, teacher, dentist, carpenter dan pilot dalam kalangan kanak-kanak Prasekolah.
Objektif ini adalah bersesuaian dengan Tunjang Komunikasi Bahasa Inggeris dan selaras dengan standard
kandungan dan standard pembelajaran yang terdapat dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
(KSPK) iaitu Content Standard BI (1.2) listen to and respond appropriately, Learning Standard BI
(1.2.2) listen to and sing songs dan Content Standard (BI 2.2) Apply sounds of letters to recognise
words, Learning Standard (BI 2.2.1) Recognise letters of the alphabet by their name.

OBJEKTIF KHUSUS

Secara spesifiknya, kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris kanak-
kanak prasekolah dengan penggunaan teknik nyanyian lagu dalam aspek :

(i) Kemahiran mendengar dan mengenal kosa kata Bahasa Inggeris bagi tema Occupations iaitu
doctor, teacher, dentist, carpenter dan pilot.
(ii) Kemahiran menyebut dan menguasai kosa kata Bahasa Inggeris bagi tema Occupations iaitu
doctor, teacher, dentist, carpenter dan pilot.

SOALAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mencari jawapan bagi beberapa persoalan kajian seperti yang
disenaraikan di bawah :

1. Adakah teknik nyanyian lagu dapat meningkatkan kemahiran mendengar dan


mengenal kosa kata bahasa Inggeris bagi tema Occupation iaitu doctor, teacher,
dentist, carpenter, pilot dalam kalangan kanak-kanak prasekolah?
2. Adakah teknik nyanyian lagu dapat meningkatkan kemahiran menyebut dan
menguasai kosa kata bahasa Inggeris dengan tepat bagi tema Occupation iaitu
doctor, teacher, dentist, carpenter, pilot dalam kalangan kanak-kanak prasekolah?
PESERTA KAJIAN

Peserta kajian terdiri daripada murid-murid prasekolah yang terdiri dari kelas T1. Seramai 25 orang
murid-murid yang berusia enam tahun terlibat pada peringkat permulaan. Setelah pengkaji menjalankan
pengumpulan data awal dan mendapati lima orang kanak-kanak iaitu tiga orang perempuan dan dua orang
lelaki dilihat memerlukan bimbingan secara intensif. Terdapat dua bangsa murid dalam kajian ini iaitu tiga
orang kanak-kanak yang berbangsa Cina dan dua orang kanak-kanak yang berbangsa Melayu. Hasil
pengumpulan data awal tersebut saya mengesan peserta yang dipilih masih belum dapat menguasai kosa
kata Bahasa Inggeris bagi tema “Occupations”. Pemilihan peserta dibuat secara berperingkat iaitu
berdasarkan pemerhatian, temu bual dengan guru prasekolah serta ujian diagnostik yang dilakukan. Hasil
daripada pemerhatian saya didapati seramai lima orang murid tersebut tidak dapat menjawab soalan
apabila saya menyoal secara ujian diagnostik. Antara peserta kajian adalah terdiri daripada dua orang
lelaki yang berbangsa Cina, dua orang perempuan yang berbangsa Melayu dan seorang perempuan yang
berbangsa Cina.

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Saya telah menggunakan teknik nyanyian untuk meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris
dalam kalangan kanak-kanak prasekolah.

Dalam melaksanakan teknik nyanyian lagu ini, saya telah membahagikan kaedah kepada lima
langkah untuk menjalankan intervensi bagi tema Occupations.

Langkah pertama ialah pengkaji akan memainkan video lagu “What Do You Do” kepada kanak-
kanak. Pengkaji dikehendaki menyediakan lirik lagu yang berkaitan dengan kosa kata yang ingin diajar
mengikut melodi dan lagu yang sedia ada berserta dengan gambar dalam bentuk slaid Power Point.

Langkah kedua ialah membimbing responden membaca lirik lagu. Pengulangan pembacaan lirik
lagu harus dilakukan supaya responden dapat mengingati dan menghafal setiap perkataan serta ayat
dengan baik. Langkah ini dapat mengelakkan respoonden keliru dan tidak dapat membaca sesuatu
perkataan dengan suara serta intonasi yang betul. Responden akan berasa lebih yakin untuk menyanyi
apabila mereka telah memahami dan menghafal lirik lagu tersebut dengan betul.

Langkah ketiga ialah membimbing kanak-kanak prasekolah menyanyi lagu dengan berdasarkan
carta lagu yang bergambar dengan menggunakan slaid Power Point. Sebelum mengajar responden
menyanyi lagu tersebut, pengkaji akan menyanyi untuk beberapa kali supaya dapat meningkatkan
peringatan responden-responden terhadap lagu tersebut. Hal ini dapat mengelakkan responden berasa
susah untuk belajar menyanyi lagu yang baharu tambahan dengan kosa kata yang baharu. Pendek kata,
kanak-kanak dapat menyebut sesuatu kosa kata atau perkataan yang baru dengan cepat apabila mereka
menyanyi lagu tersebut secara berulang lebih daripada lima kali.
Langkah keempat ialah memadankan kad gambar pada kad gambar pada kad perkataan dengan
betul dengan menggunakan slaid Power Point. Aktiviti ini adalah bertujuan untuk menguji kefahaman
responden-responden terhadap pembelajaran dan pemudahcaraan.

Langkah kelima ialah menjalankan aktiviti permainan “Map”. Kanak-kanak perlu memadankan kad
gambar dengan kad gambar yang sama berkaitan dengan pekerjaan tersebut. Contohnya, kanak-kanak
perlu memadankan kad gambar guru dengan kad gambar buku dan papan putih serta kad gambar sekolah.
Hal ini adalah kerana ketiga-tiga kad gambar buku, papan putih dan sekolah mempunyai perkaitan dengan
pekerjaan “Teacher”. Pada bahagian belakang setiap kad gambar tersebut mempunyai kad perkataan bagi
tema Occupation iaitu teacher, doctor, dentist, carpenter dan pilot. Aktiviti ini juga adalah bertujuan untuk
menguji kefahaman responden-responden terhadap pembelajaran dan pemudahcaraan agar kanak-kanak
dapat menguasai kosa kata Bahasa Inggeris tersebut.

Selepas setiap langkah intervensi dijalankan, ujian pos akan dilaksanakan terhadap responden
untuk mendapatkan keputusan kajian. Jadual berikut menunjukkan langkah-langkah yang telah dijalankan
sepanjang masa intervensi dilaksanakan.

CARA MENGANALISIS DATA

Pengkaji menganalisis data menggunakan kaedah berkiut :

1. Ujian Diagnostik
Ujian Diagnostik mempunyai lima soalan. Keputusan ujian ini kira dalam peratusan.
2. Ujian Pra dan Pos
Set soalan yang mengandungi lima soalan dan keputusan dikira dalam peratusan. Jadual dan graf
diguna bagi menganalisis keputusan ujian.
3. Temu Bual
Pengkaji membuat catatan ringkas kata-kata atau jawapan guru prasekolah dan menghasilkan
soalan temu bual sebagai bahan sokongan kajian.
4. Pemerhatian
Borang ini diisi sebelum dan selepas kajian. Borang senarai semak pemerhatian mengandungi lima
item.
5. Dokumen (Lembaran Kerja)
Lembaran kerja disediakan oleh pengkaji diberi tiga kali kepada peserta kajian. Keputusan
lembaran kerja dikira dalam peratusan. Hasil dapatan dokumen akan dibentuk dalam jadual dan
carta untuk mengkaji peningkatan prestasi peserta kajian dalam menguasai kosa kata Bahasa
Inggeris.
CARA MENYEMAK DATA

Pengkaji menggunakan triangulasi kaedah seperti dalam Rajah 1 dalam kajian tindakan ini untuk
membuktikan data yang diperolehi ini adalah sah dan memiliki berkebolehpercayaan yang tinggi. Hal ini
dapat disokong oleh Ghaziah Mohd Ghazali, Nabilah Abdullah, Shireena Basree Abdul Rahman, Rohaya
Abdul Wahab dan norshidah Nordin (2010), yang mengatakan kekuatan penyelidikan tindakan bergantung
kepada proses triangulasi atau kepelbagaian cara mengutip data dan membuat semakan ke atas data
kajian.

PEMERHATIAN

TEMU BUAL ANALISIS DOKUMEN

Rajah 1. Tiangulasi Kaedah


DAPATAN KAJIAN

ANALISIS DATA MELALUI UJIAN PRA DAN POS BERDASARKAN TEMA “OCCUPATIONS”

Keputusan Ujian Pra dan Pos


5 5 5 5 5
5
4
4
3
3
2 2
Markah

2
Ujian Pra
1 Column1
0
0
1 2 3 4 5
n n n n n
de de de de de
on o n o n on o n
sp sp sp sp sp
Re Re Re Re Re

RESPONDEN

Rajah 2. Analisis markah berdasarkan data pra dan pos intervensi.

Rajah 2 di atas menunjukkan carta palang yang memaparkan keputusan ujian pra dan ujian pos
bagi tema “Occupations”. Berdasarkan carta palang di atas didapati bahawa seramai lima orang responden
yang masih tidak dapat menguasai kemahiran mengenal kosa kata dalam tema “Occupations”. Hanya
responden kedua yang mendapat empat markah daripada markah penuh lima bagi soalan ini semasa ujian
pra. Manakala bagi responden yang ketiga mendapat tiga markah. Responden yang pertama dan keempat
hanya mendapat dua markah dan responden yang kelima tidak mendapat markah. Setelah saya
menjalankan intervensi dengan menyanyi lagu “What Do You Do”, saya telah melaksanakan ujian pos yang
sama dengan ujian pra. Didapati bahawa keputusan setiap responden telah meningkatkan dan semua
peserta kajian mendapat markah penuh iaitu lima markah.
ANALISIS DATA MELALUI PEMERHATIAN SENARAI SEMAK BERDASARKAN TEMA
“OCCUPATIONS”

Pemerhatian dibuat selepas sebanyak tiga kali intervensi untuk melihat pencapaian kelima-lima peserta
kajian. Berikut merupakan analisis pemerhatian menggunakan borang senarai semak bagi kelima-lima
peserta kajian ini.

Keputusan Senarai Semak Berdasarkan Tema "Occupations"


6
5 5 5 5 5
5
4
3
3
Markah

2 2 2 2 2
2
1 1 1
1
0
0
Responden Responden Responden Responden Responden
1 2 3 4 5

Responden

Intervensi 1 Intervensi 2 Intervensi 3

Rajah 3. Analisis markah berdasarkan data senarai semak dalam Tema “Occupations.

Rajah 3 menunjukkan bahawa responden tidak dapat menguasai kosa kata dalam tema pekerjaan dan
hanya dapat memadankan satu kad gambar pada kad perkataan yang betul pada intervensi pertama.

ANALISIS DATA MELALUI RAKAMAN FOTO BERDASARKAN TEMA “OCCUPATIONS”

Rajah 4. Responden-responden prasekolah sedang menjalani ujian pra dan pos bagi tema “Occupations”.
Rajah 4 menunjukkan responden-responden prasekolah sedang menjalani ujian pra dan pos bagi
tema “Occupations”. Responden-responden diberi melalui lembaran kerja yang dikehendaki mencari
jawapan dan mengisi pada ruang yang disediakan berdasarkan gambar yang betul. Pengkaji memastikan
setiap peserta kajian mempunyai ruang yang mencukupi menjawab soalan untuk mengelakkan responden-
responden meniru jawapan antara satu sama lain. Pengkaji menjadi pengawas semasa ujian pra dijalankan
bagi mengelakkan kes meniru berlaku yang akan menjejaskan keputusan kajian. Peserta kajian
dikehendaki menghantar lembaran kerja dalam masa yang ditetapkan walaupun tidak dapat disiapkan.

Rajah 5. Pengkaji sedang membimbing peserta-peserta kajian mengenal dan menyebut perkataan dalam
lirik lagu “What Do You Do”.

Rajah 5 menunjukkan pengkaji sedang membimbing peserta-peserta kajian mengenal dan menyebut
perkataan dalam lirik lagu “What Do You Do”. Peserta-peserta kajian berpeluang untuk mengenal serta
memahami makna perkataan atau kosa kata dalam lirik lagu tersebut.

Rajah 6. Pengkaji sedang mengajar responden-responden menyanyi lagu


“What Do You Do” secara ansur maju.
Rajah 7. Pengkaji sedang mengajar responden-responden menyanyi lagu “What Do You Do” secara ansur
maju.

Rajah 6 dan 7 menunjukkan pengkaji sedang mengajar responden-responden menyanyi lagu “What Do
You Do” secara ansur maju. Pengkaji membimbing responden-responden untuk menyebut secara berulang
untuk meningkatkan peringatan responden-responden terhadap kosa kata bahasa Inggeris iaitu teacher,
doctor, dentist, carpenter and pilot yang terdapat dalam lirik lagu tersebut.

REFLEKSI

Hasil dapatan kajian ini telah membuktikan bahawa Penggunaan Teknik Nyanyian dapat meningkatkan
penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Selepas penyelidikan
tindakan ini, murid melahirkan perasaan yakin dan seronok untuk menyebut kosa kata bahasa Inggeris bagi
tema “Occupations” iaitu teacher, doctor, dentist, carpenter dan pilot. Dalam tempoh pelaksanaan kajian
tindakan ini, murid memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada saya. Mereka sentiasa mendengar
arahan saya dan memberi perhatian yang tinggi semasa saya memberi penerangan dalam pelaksanaan
intervensi. Sikap murid yang baik juga membantu mereka belajar mengenal dan menyebut kosa kata
Bahasa Inggeris ini dalam kadar yang cepat dan lancar. Dengan itu, ia juga memudahkan saya mengawal
seluruh aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan dengan sistematik dan baik.

Pada pendapat saya, murid menjadi lebih berani menyuarakan dan menyebut kosa kata Bahasa
Inggeris ini. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan Teknik Nyanyian ini telah mempunyai
kemajuan yang besar dalam ujian bertulis. Kesemua peserta kajian yang sebelum ini gagal dalam ujian pra
telah lulus dengan cemerlang dan menunjukkan peningkatan yang mendadak dalam ujian pos.

Setelah melaksanakan kajian tindakan ini, ia telah memberi kesedaran kepada saya bahawa betapa
pentingnya guru memberi penekanan kepada penguasaan konsep pemahaman kosa kata bahasa Inggeris
pada awal peringkat pembelajaran dan pemudahcaraan. Hal ini disebabkan murid sering mengalami
masalah tidak mengenal huruf kosa kata Bahasa Inggeris.

Secara keseluruhannya, saya telah memilih penggunaan teknik nyanyian untuk membantu murid
menguasai kefahaman kosa kata bahasa Inggeris. Hasil dapatan kajian juga menunjukkan bahawa
penggunaan teknik nyanyian ini mendatangkan manfaat kepada murid untuk mencapai keputusan yang
baik dalam ujian bertulis. Menurut Montessori (2009), beliau menyatakan murid-murid akan meneroka,
menjelajah, inkuiri penemuan dan pembinaan melalui pengalaman langsung secara semula jadi. Hal ini
dapat dibuktikan bahawa aktiviti nyanyian merupakan satu aktiviti yang seronok bagi kanak-kanak dan
mereka dapat belajar sesuatu baru serta meneroka melalui penggunaan teknik nyanyian. Saya juga amat
berpuas hati dengan pencapaian yang diperolehi oleh murid dibanding keputusan sebelumnya.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan untuk bakal pengkaji yang ingin menjalankan kajian
seterusnya supaya kajian yang seterusnya menjadi lebih berkesan dan memberi manfaat terhadap
pembelajaran dan pemudahcaraan selepas pengalaman sebenar saya sendiri.

Aktiviti menyanyi lagu yang dicadangkan boleh menerapkan dengan menggunakan pelbagai jenis
alat muzik supaya kanak-kanak berasa lebih seronok dan tidak hanya dengan menyanyi lagu sahaja.
Penggunaan alat muzik yang berbeza dapat menarik minat kanak-kaak untuk melibatkan diri dengan lebih
aktif kerana mereka akan berasa lebih seronok dengan alat muzik yang mereka tidak pernah mempelajari.
Penumpuan dan keinginan untuk belajar akan lebih tinggi berbanding dengan hanya menggunakan muzik
lagu semasa mengajar kanak-kanak.

Penambahan alat muzik seperti kibod membolehkan sesebuah lagu dimainkan dengan lebih baik
dan memberikan pengalaman yang sebenar kepada kanak-kanak untuk menyaksikan gurunya memainkan
lagu. Pengalaman sebegitu adalah sangat baik bagi merangsang minat belajar murid serta dapat
mencungkil bakat kanak-kanak yang mempunyai kebolehan dan kecerdasan dalam memainkan alat muzik
yang mudah.

Dari sudut pandangan yang lain, saya juga mencadangkan supaya pengkaji seterusnya boleh
menggunakan alat perkusi seperti kayu tik-tok, marakas, tamborin, kerincing ataupun loceng semasa
mengajar kanak-kanak menyanyi lagu kanak-kanak dalam mengenal kosa kata yang baharu. Dengan
memeprkenalkan alat perkusi yang baharu serta cara menmainkan alat perkusi tersebut, kanak-kanak
dapat mempelajari satu pengalaman baru dalam memainkan rentak muzik beserta dengan alat perkusi.

Kesimpulannya, satu aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan yang pelbagai dan kreatif serta
inovatif amat diperlukan dalam membantu guru mencapai objektif pembelajaran di samping membolehkan
kanak-kanak menguasai sesuatu kemahiran atau ilmu dengan baik dan menyeluruh.
RUJUKAN

BUKU :

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2018). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Putrajaya:


Kementerian Pendidikan Malaysia.

Edinin, R. (2011). Penyelidikan Tindakan . Kuala Lumpur : Freemind Horizons .

Noriati A. Rashid, Lee K C, Zulkifli Mahayudin, & Zakiah Noordin . (2012). Falsafah dan Pendidikan Di
Malaysia. Selamgor Darul Ehsan : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

JURNAL :

Abdullah, A. A. (2012). Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP KG (BM) ambilan Januari 2009. 169-
185.

Abdul Rashid Jamian. (2013). Pelaksanaan Pembelajaran Menyeronokkan Dalam Penagajran dan
pembelajaran Bahasa Melayu , 22

Malaysia, K. P. (2015). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. 17.

Zakiah Mohamad Ashari, Azlina Mohd. Kosnin, Yeo Kee Jiar. (2014). KEPERLUAN AKTIVITI BERMAIN
DAN KEPENTINGANNYA TERHADAP MOTIVASI KANAK-KANAK PRASEKOLAH. 8.

LAMAN WEB :

Brabah. (2015, September 30). Tinjauan literatur. Retrieved from SlideShare:


https://www.slideshare.net/brabah/tinjauan-literatur-53363391

Magesswari Muniandy . (2014, April 24). Teknik Nyanyian Meningkatkan Daya Ingatan Murid. Retrieved
from Scribd: https://www.scribd.com/doc/219967978/Teknik-Nyanyian-Meningkatkan-Daya-Ingatan-
Murid

Mhza Cikgugie. (2015, Februari 20). Penggunaan Lagu Dalam Peningkatan Kosa Kata Bahasa Inggeris
Kanak-kanak Prasekolah. Retrieved from Scribd:
https://www.scribd.com/doc/256370429/Penggunaan-Lagu-Dalam-Peningkatan-Kosa-Kata-Bahasa-
Inggeris-Kanak-kanak-Prasekolah

Syazayasminismail. (2011, September 25). Penggunaan Lagu Kanak-kanak Demi Peningkatan


Penguasaan Kosa Kata Bahasa Inggeris. Retrieved from Scribd:
https://www.scribd.com/doc/66241268/Penggunaan-Lagu-Kanak-kanak-Demi-Peningkatan-
Penguasaan-Kosa-Kata-Bahasa-Inggeris
@ Hak Cipta Terpelihara

You might also like