You are on page 1of 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ALAM BERAJA

FELDA PALONG SEBELAS

73430 GEMAS NEGERI SEMBILAN

CADANGAN MEMBINA
BANGUNAN DEWAN TERBUKA
CADANGAN MEMBINA BANGUNAN DEWAN TERBUKA DI SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN ALAM BERAJA FELDA PALONG SEBELAS 73430 GEMAS NEGERI
SEMBILAN

PROGRAM: PENDIDIKAN MENENGAH


SUB PROJEK: SMK ALAM BERAJA FELDA PALONG SEBELAS, GEMAS.

1. LATARBELAKANG PROJEK

Smk Alam Beraja Felda merupakan sebuah sekolah ketagori luar bandar yang terletak di
perkampungan Felda Palong Sebelas. Sekolah ini mempunyai 2 buah asrama harian bagi
pelajar putera dan puteri. Sekolah ini memerlukan sebuah dewan terbuka serbaguna yang
dapat menampung aktiviti dan keperluan pembelajaran sepanjang masa. Dewan ini akan
digunakan ketika perhimpunan pagi serta aktiviti yang melibatkan pihak lua rseperti
Mesyuarat Agong PIBG dan Solat Hajat Perdana ketika musim peperiksaan awam
berlangsung. Pembinaan dewan ini hendaklah mampu menampung jumlah pelajar yang
dijangka meningkat pada masa akan dating seramai 1200 orang keatas kerana terdapa tprojek
perumahan untuk generasi ke-2 sebanyak 600 unit (Projek Perumah Sentuhan Kasih)
berhampiran oleh Felda yang sedang dibangunkan dan akan siap tidak lama lagi di kawasan
ini. Majlis pecah tanah projek perumahan ini telah dirasmikan oleh Pengurusi Felda ketika itu
iaitu Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad pada tahun 2015

2. OBJEKTIF PROJEK
a. Menyediakan prasarana pembelajaran yang lengkap, selesa, kondusif dan selamat
untuk semua pelajar, guru serta kaki tangan sekolah.
b. Bangunan Dewan terbuka serba guna boleh menyelesaikan masalah tempat
berhimpun serta sebarang majlis awam, serta aktiviti sukan dan kokurikulum.

3. SKOP PROJEK:
a. Projek Dewan dicadang merangkumi kemudahan-kemudahan berikut:

Bil BrifProjek
1 Pentas
2 gelangang bola tampar, badminton, takraw
3 PA system
4 Keluasan binaan 880m2( 22mx 40m)

4. JUSTIFIKASI PROJEK
a. Enrolmen murid yang tidak jauh berbeza setiap tahun, memerlukan persediaan
kemudahan untuk memenuhi keperluan pembelajaran tahun-tahun akan datang
b. Memberi kemudahan menjalankan pelbagai program bukan saja untuk kegunaan
sekolah malah untuk aktiviti yang melibatkan zon, PPD, serta PIBG.
c. Mengatasi masalah untuk melaksanakan program besar.
d. Mengatasi masalah persipan tempat untuk menjalankan peperiksaan Awam SPM
serta PT3.
e. Tapak untuk kawasan pembinaan dewan telah disediakan.
.
5. ANGGARAN KOS
Anggaran kos adalah sebanyak RM 500,000.

6. OUTPUT DAN FAEDAH DIJANGKA DARIPADA PROJEK:


a. Murid dan seluruh warga SMK Alam Beraja akan dapa tmenjalankan pelbagai aktiviti
kokurikulum, perjumpaan atau mesyuarat dengan lebih selesa
b. Peperiksaan awam (SPM dan PT3) dan peperiksaan sekolah dapat dilaksanakan
dengan teratur tanpa menggangu penggunaan bilik-bilik darjah.
c. Sukan/ permainan Badminton, Bola Tampar dan Takraw dapat di jalankan tanpa
gangguan cuaca sesuai dengan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu satu
Murid satu Sukan.
d. Perhimpunan pagi dapat dijalankan dengan selesa tanpa gangguan cuaca.
e. Menjadikan prasarana sekolah lebih menarik dan lengkap dengan kemudahan yang
ada.

7. MAKLUMAT TAMBAHAN:
a. Bangunan Dewan Serbaguna amat diperlukan atas keperluan warga sekolah.
b. Bersama ini disertakan gambar-gambar bangunan berkaitan sebagai sokongan.
LAMPIRAN 1
KAWASAN DEWAN YANG DI CADANG

CONTOH DEWAN TERBUKA


LAMPIRAN 2

PROJEK RUMAH GENERASI KE-2 OLEH FELDA PLANTATION YANG BERKEMBANG


PESAT

You might also like