You are on page 1of 1

Ustaz Ebit Lew

Usahawan yang saya kagumi ialah Ustaz Ebit Lew. Beliau merupakan seorang pendakwah
terkenal dan usahawan yang dermawan. Beliau akan menggunakan kebanyakan daripada
keuntungan dalam perniagaan beliau untuk bersedekah dan membantu golongan yang
memerlukan. Menurut kajian McClelland (1983) terhadap budaya Malawi dan Ecuador
mengenai ciri-ciri usahawan yang berjaya antaranya ialah kecekalan yang tinggi, bijak
mengambil dan merebut peluang serta menggunakan strategi-strategi pengaruh dalam
perniagaan atau perkhidmatan.

Ciri keusahawanan yang jelas ada pada Ustaz Ebit Lew ialah kecekalan yang tinggi.
Beliau tidak pernah mengalah walau badai apa yang menimpa beliau. Beliau bermula dengan
bekerja sebagai motivator dan trainer dengan Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof
Hanim. Beliau mempunyai semangat memajukan diri yang tinggi yang mana akhirnya
membuahkan hasil yang lumayan sehingga beliau berpeluang untuk mengadakan program
untuk seluruh kementerian iaitu Program Keluargasunnah dan Prokids Remaja.

Selain itu, sifat keusahawanan yang ada pada Ustaz Ebit Lew ialah bijak mengambil
dan merebut peluang. Beliau melihat kafe yang berasaskan kopi mendapat sambutan yang
menggalakkan dalam kalangan rakyat Malaysia. Maka, beliau merebut peluang ini dengan
mengambil inisiatif untuk mewujudkan kafe yang seakan-akan Starbucks dan Old Town White
Coffee. Nama kafe yang beliau berjaya wujudkan ialah Paramount Coffee House. Beliau
memiliki tiga buah restoran Paramount Coffee House di sekitar Malaysia.

Seterunya, Ustaz Ebit Lew berjaya menggunakan strategi-strategi pengaruh dalam


melebarluaskan perniagaan dan perkhidmatan yang beliau miliki ke seluruh Malaysia. Beliau
mempunyai program televisyen sendiri iaitu Door To Door Ebit Lew di Astro OASIS dan A
Bit With Ebit di TV Al Hijrah. Dua program ini telah berlangsung selama dua musim. Program
televisyen ini secara tidak langsung membuka ruang-ruang kepada orang-orang ternama dan
usahawan-usahawan termuka untuk dijadikan pengaruh besar dalam perniagaan dan
perkhidmatan yang disediakan.

Beliau sering menggunakan kaedah pengiklanan dengan mempromosikan program


yang beliau kendalikan secara atas talian setelah beliau memberi caramah di media sosial
mahupun secara langsung. Ini mengukuhkan lagi ciri keusahawanan yang ada pada diri beliau.

You might also like