You are on page 1of 2

SJK(TAMIL) LADANG PASAK

MINIT MESYUARAT AJK PIBG DAN IBU BAPA MURID TAHUN 4 BIL 1/2020

Tarikh : 7 Januari 2020.

Masa : 9.30 pagi

Tempat : Dewan Serbaguna, SJK(T) Ladang Pasak.

Pengerusi : En Vijiyan A/L Durysamy

Kehadiran ibu bapa : 6 / 7 orang.

Kehadiran AJK PIBG : 8 / 9 orang.

Turut Hadir (Jika ada): -

1.0 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI


1.1 En.D. Vijiyan selaku pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG
dan ibu bapa murid-murid tahun 4 kerana sudi meluangkan masa untuk menghadiri
mesyuarat pada kali ini.
1.2 En.D. Vijiyan juga berharap bahawa semua agenda mesyuarat dapat dilaksanakan
dengan lancar.

2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS


2.1 Dibentang oleh Cik G.Amuuthamalar.
2.2 Dicadang untuk disahkan oleh Pn.Padmini.
2.3 Disokong untuk pengesahan oleh En.Asokan.

3.0 PERKARA BERBANGKIT


3.1 Tiada perkara berbangkit.

4.0 PELAKSANAAN PENGENALAN TULISAN JAWI DALAM KURIKULUM MATA


PELAJARAN BAHASA MELAYU KEPADA MURID TAHUN 4 SEKOLAH JENIS
KEBANGSAAN SECARA BERPERINGKAT-PERINGKAT MULAI TAHUN 2020.

4.1 Cik G.Amuuthamalar menerangkan kepada semua AJK PIBG dan para ibu bapa murid
tahun 4 yang hadir tentang pelaksanaan pengenalan tulisan jawi dalam kurikulum mata
pelajaran Bahasa Melayu kepada murid tahun 4 mengikut surat siaran KPM.100-
1/3/2(43) yang bertarikh 5 Disember 2019.
4.2 Cik G.Amuuthamalar menyatakan bahawa borang persetujuan pelaksanaan pengenalan
tulisan jawi dalam kurikulum mata pelajaran Bahasa Melayu kepada murid tahun 4
Sekolah Jenis Kebangsaan Secara Berperingkat-Peringkat Mulai Tahun 2020 telah
diedarkan kepada semua ibu bapa murid-murid tahun 4 di sekolah ini.

4.3 Keputusan analisis borang persetujuan tersebut menunjukkan bahawa 100% ibu bapa
murid tahun 4 tidak bersetuju dengan pengenalan tulisan jawi kepada anak-anak
mereka.

4.4 AJK PIBG dalam kalangan ibu bapa juga tidak bersetuju dengan pelaksanaan
pengenalan tulisan jawi dalam kurikulum mata pelajaran Bahasa Melayu kepada murid
tahun 4 sekolah jenis kebangsaan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2020.

5.0 HAL-HAL LAIN


5.1 Tiada.

6.0 PENUTUP
6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.27 pagi.

Disediakan oleh,

Setiausaha PIBG,
SJK(T) Ladang Pasak.

Tarikh: 7hb Januari 2020.

You might also like