You are on page 1of 19

KEMENTERIAN BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN

PENDIDIKAN VOKASIONAL,KEMENTERIAN PENDIDIKAN


MALAYSIA MALAYSIA,
ARAS 5&6, BLOK E14, PARCEL E,PUSAT
PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,62604
PUTRAJAYA.

NOTA KULIAH 4
SEMESTER SEMESTER 2 DVM SESI 2019

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRIK/ DVM

KOD / KURSUS DEA 2342 BASIC OF ELECTRONIC ENGINEERING

KOMPETENSI 4.0 DIODE

4.1 Introduction
4.2 Construction and symbol of a diode
KOMPETENSI 4.3 Diode operation
UNIT 4.4 Diode I – V Characteristic Curve
4.5 Basic Diode Circuit
4.6 Diode Application

Trainee must be able to:

 Apply basic electric and electronic law principle to solve electronic circuit.
HASIL
(C3,PLO3)
PEMBELAJARAN  Differentiate between passive and active component in terms of functionality.
(P1,PLO1)
 Discuss semiconductor devices in terms of applications. (A2,PLO5)

NO KOD DEA 2342/K04/NK 04-06 KOD JPK


MAKLUMAT CALON
NAMA
NO. KAD ANGKA
PENGENALAN GILIRAN
TARIKH
DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH:

………………………………… …………………………………
(PENTAKSIR) (KETUA JABATAN/KETUA PROGRAM/
PENYELARAS KURSUS)

TARIKH: TARIKH:
DEA 2342 / K 04 / NK 04 - 06

PENGENALAN KEPADA DIOD


Diod ialah peranti separuh pengalir yang digunakan dengan meluas dalam litar elektronik.
Anda akan diperkenalkan pada beberapa jenis diod seperti diode isyarat, diode zener, diode
terowong, diode varaktor, diode foto, diode pemancar cahaya (LED), dan diod LASER.
Rajah 1 menunjukkan bentuk fizikal beberapa jenis diod.

a. Diode untuk kegunaan kuasa rendah b. Diode untuk kegunaan kuasa sederhana

c. Diode untuk kegunaan kuasa tinggi d. Penentuan tamatan diod


Rajah 1 Bentuk fizikal diode
BINAAN DIODE

 Diode ialah peranti separuh pengalir yang mempunyai dua tamatan.


 Tamatan yang menyentuh bahan separuh pengalir jenis P dinamakan anod manakala
tamatan yang menyentuh bahan separuh pengalir jenis N dinamakan katod.
 Rajah 2 menunjukkan binaan diode dan simbol diode.

Rajah 2 Binaan dan simbol diode

2
DEA 2342 / K 04 / NK 04 - 06

 Apabila bahan jenis P dicantumkan dengan bahan jenis N, satu simpang terbina.
Kawasan ini dinamakan lapisan susutan.
 Pada simpang ini, elektron bebas yang berada di dalam jenis N akan merentas simpang
ke dalam bahan jenis P.
 Kehilangan elektron di dalam bahan jenis N akan meninggalkan atom yang bercas
positif.
 Atom dalam bahan jenis P yang menerima elektron tersebut akan menjadi atom bercas
negatif (ion negatif).
 Lapisan ion bercas positif di bahan N dan ion bercas negatif di bahan P membentuk
sawar upaya pada lapisan susutan. Rajah 3 menunjukkan binaan sawar upaya diode.
 Lapisan susutan menjadi lebih lebar apabila punca positif bekalan dikenakan pada
katod manakala punca negatif bekalan dikenakan pada anode. Ini ditunjukan oleh Rajah
3c

Rajah 3 Binaan sawar upaya

3
DEA 2342 / K 04 / NK 04 - 06

SIMBOL
Terdapat pelbagai jenis diode dengan kegunaan tertentu. Jadual 1 menunjukkan bentuk
fizikal beberapa diode dan simbol diode.

Jadual 1 Bentuk fizikal dan simbol diode

4
DEA 2342 / K 04 / NK 04 - 06

CIRI I-V DIODE

Rajah 4 Lengkung ciri I-V

 Apabila voltan dikenakan pada diode, arus akan mengalir mengikut ciri diode sama ada
dalam keadaan pincang songsang atau pincang hadapan.
 Rajah 4 menunjukkan lengkung ciri I-V bagi sebuah diode.
 Anda telah mengetahui bahawa diode mempunyai sawar upaya.
 Sawar upaya merupakan tenaga elektrik yang berada di dalam sesebuah diode.
 Rajah 5 menunjukkan punca bekalan yang disambungkan merentas diode.
 Pada peringkat awal, punca bekalan perlu melawan sawar upaya, nilai arus yang
mengalir pada ketika ini adalah rendah. Apabila voltan punca dapat mengatasi sawar
upaya diode, arus mula mengalir dengan banyak. Nilai voltan semasa sawar upaya
diatasi dinamakan sebagai voltan lutut (Vk). Voltan lutut (Vk) bagi diode jenis silikon
ialah 0.7V dan diode jenis germanium ialah 0.3V.
 Merujuk Rajah 5 punca bekalan positif disambung ke tamatan anod, manakala punca
bekalan negatif disambung ke tamatan katod.
 Sambungan ini dinamakan pincang hadapan. Dalam keadaan pincang hadapan, diode
membenarkan arus mengalir dengan banyak melaluinya. Diode ketika itu dianologi
sebagai sebuah suis yang tertutup.

a. Pincang hadapan b. Analogi sebagai suis tertutup

Rajah 5 Diode pincang hadapan

5
DEA 2342 / K 04 / NK 04 - 06

a. Sambungan diod pincang songsang b. Analogi sebagai suis terbuka

Rajah 6 Diode pincang songsang

 Rajah 6 menunjukkan punca bekalan arus terus disambungkan merentasi diode.


 Tamatan punca positif disambung pada katod manakala tamatan bekalan negatif
disambung pada anod.
 Sambungan ini dinamakan pincang songsang.
 Semasa pincang songsang diode mempunyai rintangan yang terlalu tinggi.
 Walau bagaimanapun, terdapat arus yang sedikit mengalir semasa dipincang songsang.
Arus ini dinamakan arus bocor. Arus bocor ini dihasilkan oleh pembawa cas tersedikit.
 Jika voltan pincang songsang merentasi diode ditinggikan sehingga nilai voltan tertentu,
arus yang banyak akan mula mengalir menerusi diode. Pada ketika ini, diod dikatakan
pecah tebat. Voltan ketika keadaan ini berlaku dinamakan voltan pecah tebat.
 Kejadian pecah tebat dapat diterangkan apabila voltan songsang ditambah, lapisan
susutan menjadi lebar sehingga merangkumi keseluruhan diode. Pada masa yang
sama suhu diode bertambah. Ini menyebabkan elektron bebas lebih banyak dihasilkan.
 Elektron bebas dari lapisan susutan dilepaskan keluar dengan laju dari orbit luaran.
Kelajuan elektron ini bertambah jika voltan songsang ditambah. Elektron bebas itu akan
melanggar elektron di orbit luaran di atom yang berhampiran. Kini terdapat dua elektron
bebas. Dua elektron bebas itu akan melanggar pula elektron yang lain.
 Proses ini berterusan dan menghasilkan elektron yang lebih banyak. Keadaan ini
menyebabkan arus yang tinggi mengalir melalui diode. Keadaan ini dinamakan pecah
tebat dan voltan ketika ini dinamakan voltan runtuh (VBR) atau voltan songsang puncak
(PIV) atau voltan songsang maksimum (VRM) atau voltan kerja songsang maksimum
(VRWM). Voltan pecah tebat bergantung pada jenis dan keperluan diode itu.
Kebanyakan diode tidak membenarkan perkara ini berlaku kerana ia akan merosakkan
diode

JENIS-JENIS DIODE

Diode Isyarat

Diode isyarat dikendalikan dalam keadaan pincang hadapan seperti yang telah diterangkan.
Voltan lutut perlu diatasi sebelum arus yang banyak dapat mengalir melalui diode. Diode ini
membenarkan arus mengalir pada satu arah sahaja. Diode isyarat banyak digunakan dalam
litar pengesan isyarat seperti di dalam radio dan litar pemotong isyarat di dalam televisyen.

6
DEA 2342 / K 04 / NK 04 - 06

Diode Zener

Diode zener ialah diode khas yang dikendalikan dalam keadaan pincang songsang. Rajah 7
menunjukkan lengkund ciri I-V bagi sebuah diode zener. Diode zener bertindak sebagai litar
terbuka sebelum nilai voltan melebihi nilai voltan pecah tebat. Diode zener direka untuk
dikendalikan ketika melebihi nilai voltan pecah tebat. Diode ini digunakan untuk
menghadkan voltan pada paras yang tertentu dalam litar pengatur voltan bekalan kuasa dan
litar pelindung.

Rajah 7 Lengkung ciri I-V diode zener

Diode Varaktor

Dalam reka bentuk sebuah diode, lapisan susutan memisahkan bahan jenis P dengan
bahan jenis N. Binaan diode ini adalah seperti sebuah pemuat yang dielektriknya ialah
lapisan susutan. Apabila voltan dikenakan merentasi diode, lebar lapisan susutan akan
berubah bergantung pada nilai voltan yang dikenakan. Dalam keadaan ini, diode bertindak
sebagai pemuat boleh ubah. Diod varaktor juga dinamakan sebagai diode varikap, epikep
atau diode pemuat voltan boleh ubah. Diode ini dikendalikan dalam pincang songsang.
Antara kegunaan diod varaktor adalah lama bahagian penalaan sistem penerima televisyen,
penerima FM dan alat perhubungan yang lain.

Diode Terowong

Diode ini dinamakan diode terowong kerana diode ini mempunyai lapisan susutan yang
nipis. Elektron melintasi sawar upaya dengan mudah apabila diode dipincang hadapan.
Dengan meninggikan tahap pengedopan, voltan lutut diode terowong direndahkan sehingga
hampir ke sifar. Rajah 8 menunjukkan lengkung diode terowong. Diode terowong
mempunyai ciri pensuisan yang terpantas sebagai peranti logik storan ingatan, pengayun
santaian dan pengayun gelombang mikro.

7
DEA 2342 / K 04 / NK 04 - 06

Rajah 8 Lengkung ciri I-V diode terowong

Diode Foto

Diode foto ialah diode yang peka cahaya. Diode ini berkendali apabila simpang diode
terkena cahaya. Ini menyebabkan pembawa cas tersedikit dihasilkan dengan banyak.
Penghasilan pembawa cas menyebabkan pengaliran arus bertambah. Diode foto
dikendalikan dalam keadaan pincang songsang. Ketika tiada cahaya terkena simpang diode,
hanya arus bocor sahaja yang mengalir. Oleh sebab arus ini kecil, diode ini tidak dapat
mempengaruhi kendalian peranti lain yang terdapat dalam litar. Diode foto digunakan
sebagai pengesan cahaya di dalam litar penggera, litar perakam video, kamera dan litar
kawalan jauh (televisyen dan radio).

Diode Laser

Diode ini diperbuat daripada bahan separuh pengalir galium aluminium arsenida. Semasa
diode dipincang hadapan tenaga diberi kepada elektron. Elektron di dalam diode terjana dan
menghasilkan cahaya inframerah koheren. Diode ini digunakan di dalam talian
penghantaran optik gentian, pembaca cakera padat dan pencetak LASER.

Diode Pemancar Cahaya (LED)

LED ialah peranti separuh pengalir yang dapat mengeluarkan cahaya apabila arus pincang
hadapan dikenakan padanya. Dalam banyak penggunaan, LED dapat menggantikan lampu
pandu kerana LED mempunyai kelebihan seperti berikut :

 Voltan kendalian yang rendah


 Jangka hayat yang panjang (lebih 20 tahun)
 Pensuisan yang laju (nano saat)

8
DEA 2342 / K 04 / NK 04 - 06

Dalam keadaan pincang hadapan, elektron dari bahan jenis N merentasi simpang untuk
mengisi lubang di dalam bahan jenis P. Pengaliran ini menyebabkan beza upaya dan tenaga
haba terhasil. Tenaga haba pula ditukarkan kepada cahaya. Warna cahaya dari diode ini
dapat ditentukan mengikut jenis bahan separuh pengalir diode yang digunakan seperti
ditunjukkan dalam Jadual 2.

Jadual 2 Jenis bahan separuh pengalir dan warna yang dihasilkan oleh diod pemancar
cahaya (LED)

TEKNIK MENGUJI KEKUTUBAN DIODE PN

Salah satu cara untuk menguji kekutuban diod ialah menggunakan meter pelbagai digital
atau analog. Di dalam meter pelbagai terdapat voltan yang mencukupi daripada bateri
dalaman bagi menguji keadaan pincang hadapan atau pincang songsang. Apabila menguji
diod menggunakan meter pelbagai analog, julat rintangan mestilah disetkan ke skala 1KΩ
untuk mendapatkan pengaliran arus yang sepatut daripada meter. Jika julat rintangan
disetkan pada skala terendah, ini akan mengalirkan arus yang berlebihan mengalir ke diode
dan ini menyebabkan kerosakan pada diode.

Rajah 9 (a) menunjukkan penyambungan diode dalam keadaan pincang hadapan dan anda
akan lihat bacaan nilai rintangan yang rendah. Kebiasaannya nilai bacaan akan
menunjukkan pada bacaan kurang 1KΩ.

Rajah 9 (b) menunjukkan penyambungan diode dalam keadaan pincang songsang dan
menunjukkan bacaan nilai yang tinggi dan kebiasaannya dalam julat Mega ohm. Apabila
menguji sesuatu diode dan didapati dalam keadaan pincang hadapan jarum meter
menunjukkan nilai rintangan tinggi atau dalam keadaan pincang songsang jarum meter
menunjukkan nilai rintangan rendah. Maka diode tersebut tidak boleh digunakan lagi.

Multimeter juga boleh digunakan menentukan kaki anod dan kaki katod bagi diode.
Kebiasaannya diode mempunyai tanda pada hujung kaki dan ia menunjukkan kaki katod,
tetapi disebabkan faktor usia dan kepanasan tanda tersebut berkemungkinan akan hilang.
Dalam keadaan pincang hadapan penunjuk positif multimeter disambung ke anod dan
penunjuk negatif multimeter disambung ke katod.

9
DEA 2342 / K 04 / NK 04 - 06

Rajah 9 Cara menguji diod menggunakan meter pelbagai analog

APLIKASI-APLIKASI DIODE

BEKALAN KUASA AT

Rajah 10 menunjukkan rajah blok bekalan kuasa AT. Bahagian yang terdapat di dalam rajah
blok ialah pengubah, penerus, penapis, pengatur dan beban. Pengubah akan menurunkan
voltan bekalan 240 AU ke nilai yang dikehendaki. Voltan AU di pengubah sekunder masuk
ke penerus untuk ditukarkan kepada voltan AT berdenyut. Apabila voltan AT berdenyut
melalui penapis, voltan AT tulen dihasilkan. Walaupun voltan AT tulen telah dihasilkan, nilai
voltan AT masih tidak stabil.

Untuk mengatasi masalah ini, pengatur voltan digunakan. Pengatur voltan akan
menstabilkan nilai voltan AT tulen pada voltan AT yang tetap seperti yang dikehendaki.

Rajah 10 Rajah blok bekalan kuasa

10
DEA 2342 / K 04 / NK 04 - 06

Rajah 11 Bentuk gelombang pada litar bekalan kuasa

PENERUS GELOMBANG SEPARUH POSITIF

Rajah 12a menunjukkan satu litar penerus gelombang separuh positif, manakala Rajah 12b,
12c dan 12d menunjukkan proses yang dilakukan oleh penerus gelombang separuh positif.
Rajah 12 menunjukkan arus ulang-alik dibekalkan ke litar merentasi diode D 1 dan perintang
beban RL. Pada voltan masukan AU, kekutuban sentiasa bertukar setiap 1/100 saat. Ketika
voltan masukan AU, kekutuban ulang alik positif dikenakan ke anod diode, arus mengalir
melalui diode. Apabila kekutupan AU bertukar kepada negatif, arus tidak dapat mengalir di
dalam litar voltan susut di perintang RL.

a. Litar penerus gelombang separuh positif

11
DEA 2342 / K 04 / NK 04 - 06

b. Ketika diode dipincang hadapan

c. Ketika diode dipincang songsang

d. Voltan keluaran yang dihasilkan oleh penerus gelombang separuh

Rajah 12 Penerus gelombang separuh

Pada masukan separuh kitaran positif, diode dipincang hadapan. Arus akan mengalir
melalui diode dan beban (Rajah 12b). Pada masukan separuh kitaran negatif pula, diode
dipincang songsang. Arus tidak dapat mengalir dalam litar (Rajah 12c)

Proses di atas diulang bagi kitaran berikutnya. Rajah 12d menunjukkan voltan keluaran yang
dihasilkan oleh penerus gelombang separuh.

PENERUS GELOMBANG SEPARUH NEGATIF

Gambarajah 13 dibawah menunjukkan penerus gelombang separuh dengan menggunakan


diod dalam keadaan songsang. Litar ini, diod ini akan beroperasi pada separuh masukan
negatif. Diod ini akan dipincang songsang pada separuh kitar masukan positif.
Keputusannya, separuh kitar positif masukan akan dihapuskan. Oleh itu, prinsip operasi

12
DEA 2342 / K 04 / NK 04 - 06

untuk litar ini sama seperti separuh kitar positif. Perbezaannya ialah kekutuban diode adalah
terbalik dan isyarat keluaran adalah songsang.

Seperti yang dapat anda lihat, kekutuban diode akan menentukan keluaran penerus
gelombang ini sama ada ia adalah positif atau negatif. Untuk memahamkan litar, sila rujuk
litar di bawah

1. Apabila terminal katod diod kearah beban, keluaran penerus ini akan berkeadaan
positif. 2. Apabila terminal katod diod kearah pengubah, keluaran penerus ini akan
berkeadaan negatif.

Rajah 13 Penerus gelombang separuh negative

PENERUS GELOMBANG PENUH POSITIF

a. Litar penerus gelombang penuh positif menggunakan pengubah bersadap


tengah

b. Ketika diode D1 dipincang hadapan

13
DEA 2342 / K 04 / NK 04 - 06

c. Ketika diode D2 dipincang hadapan

d. Voltan keluaran yang dihasilkan oleh penerus.

Rajah 14 Litar penerus gelombang penuh positif.

PENERUS GELOMBANG PENUH NEGATIF.

Penerus gelombang penuh negatif akan terjadi apabila arah kekutuban diod disongsangkan
daripada kedudukan diod pada penerus gelombang penuh positif. Rajah 15 dibawah
menunjukkan penerus gelombang penuh negatif dan isyarat keluaran bagi penerus
gelombang penuh negatif. Perbezaan utama diantara penerus gelombang penuh positif dan
negatif adalah kekutuban diod dan isyarat voltan keluaran.

Rajah 15 Penerus gelombang penuh negative

14
DEA 2342 / K 04 / NK 04 - 06

PENERUS GELOMBANG TITI (BRIDGE RECTIFIER)

Litar Bridge Rectifier ditunjukkan dalam Rajah 16 yang menggunakan pengubah dan empat
diode. Voltan bekalan AU dibekalkan pada diode melalui pengubah yang berfungsi sebagai
perendah voltan AU dan pengasing.

Merujuk Rajah 16 (a), semasa setengah kitar positif, diode D4 dab D2 dipincang hadapan
manakala diode D1 dan D3 dipincang songsang. Arus mengalir melalui D4, beban dan D2.
Gelombang yang terhasil merentas beban berbentuk gelombang AT berdenyut.

Merujuk Rajah 16 (b), semasa setengah kitar negatif, diode D3 dan D1 dipincang hadapan
manakala diode D2 dan D4 dipincang songsang. Arus mengalir melalui D3, beban dan D1.
Gelombang yang terhasil merentas beban berbentuk gelombang AT berdenyut.

Rajah 16 (c) menunjukkan kombinasi bentuk gelombang merentas beban semasa setengah
kitar positif dan setengah kitar negatif. Gelombang yang terhasil berbentuk gelombang AT
berdenyut.

Rajah 16 (d) menunjukkan bentuk gelombang merentas beban yang terhasil apabila bekalan
AU dikenakan pada masukan. Litar ini menukarkan voltan masukan AU ke voltan AT
berdenyut.

a. Voltan keluaran diode D2 dan D4 dipincang hadapan

b. Voltan keluaran ketika diode D1 dan D3 dipincang hadapan

15
DEA 2342 / K 04 / NK 04 - 06

c. Voltan keluaran untuk satu kitar

d. Voltan keluaran yang dihasilkan oleh penerus gelombang titi

Rajah 16 Litar penerus tetimbang gelombang penuh

Terdapat pelbagai bentuk fizikal penerus titi. Rajah 17 menunjukkan bentuk fizikal penerus
titi yang biasa digunakan.

Rajah 17 Bentuk fizikal penerus titi

PENAPIS

Gelombang AT berdenyut yang terhasil perlu ditukarkan ke gelombang AT tulen. Ini boleh
dilakukan dengan menggunakan penapis. Terdapat pelbagai jenis penapis yang kerap
digunakan. Antaranya ialah :-

a. Penapis jenis RC
b. Penapis jenis π menggunakan cok dengan pemuat
c. Penapis jenis π menggunakan perintang dengan pemuat

16
DEA 2342 / K 04 / NK 04 - 06

a. Penapis Jenis RC

Penapis jenis RC ialah penapis yang paling mudah. Penapis ini mengandungi satu pemuat
elektrolitik yang disambung selari dengan perintang beban seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 18. Pada setengah kitar positif yang pertama, voltan masukan akan mengecas
pemuat C1 sehingga nilai voltan masukan maksimum. Selepas setengah kitar positif, pemuat
C1 menyahcas melalui perintang RB. Semasa proses nyahcas berlaku, voltan merentas C1
akan turun dari nilai maksimum ke nilai voltan yang ditetapkan oleh pemalar masa litar RC.
Apabila denyut isyarat masukan berikutnya dikenakan ke pemuat C 1, C1 akan dicas semula.
Proses ini berulang pada setiap denyut gelombang. Bentuk gelombang yang terhasil ialah
gelombang AT beriak.

a. Litar penapis RC b. Bentuk gelombang keluaran litar penapis


RC

Rajah 18 Litar penapis RC dan bentuk gelombang

b. Penapis Jenis π Menggunakan Cok Dengan Pemuat

Penapis yang lebih berkesan perlu digunakan untuk mendapat voltan keluaran yang lebih
tulen untuk kegunaan arus beban yang lebih tinggi. Rajah 19 menunjukkan penapis jenis π
yang menggunakan cok dengan pemuat. Litar penapis jenis ini berkeupayaan membekalkan
arus yang lebih tinggi pada litar beban.

Jika dibandingkan dengan penapis jenis RC, penapis ini mempunyai komponen tambahan
iaitu cok (L) dan pemuat (C2). Komponen L, C1 dan C2 akan meningkatkan keupayaan
menyimpan cas dan ini akan meningkatkan kemampuan menapis gelombang AT berdenyut.
Tindakan ini akan dapat mengurangkan kesan riak pada keluaran AT.

a. Litar penapis jenis π menggunakan cok b. Bentuk gelombang pada penapis dengan
pemuat

Rajah 19 Litar penapis π menggunakan cok dengan pemuat dan bentuk gelombang
17
DEA 2342 / K 04 / NK 04 - 06

c. Penapis Jenis π Menggunakan Perintang Dengan Pemuat

Untuk kegunaan arus dan voltan yang rendah, perintang digunakan mengganti cok. Rajah
20 menunjukkan pemuat C1, C2 dan perintang RC. Nilai RC perlulah lebih tinggi daripada nilai
perintang beban RB. Berbanding dengan penapis jenis menggunakan cok dengan pemuat,
viltan keluaran penapis jenis π menggunakan perintang dan pemuat mempunyai lebih riak.
Untuk mengimbangi masalah tersebut pemuat C1 dan C2 yang mempunyai kemuatan yang
lebih besar digunakan.

a. Litar penapis jenis π menggunakan b. Bentuk gelombang pada penapis


perintang dengan pemuat.

Rajah 20 Litar penapis jenis π menggunakan perintang dengan pemuat dan bentuk
gelombang.

PENGATUR

Rajah 21 Bekalan kuasa menggunakan diode zener

Rajah 21 menunjukkan diode zener digunakan sebagai pengatur voltan dalam litar bekalan
kuasa. Voltan merentas beban sama nilai dengan voltan merentas diode zener.

18
DEA 2342 / K 04 / NK 04 - 06

Merujuk Rajah 21, bias voltan AU di pengubah sekunder masuk ke penerus untuk
ditukarkan kepada voltan AT berdenyut. Apabila voltan AT berdenyut melalui penapis, voltan
AT tulen terhasil. Walaupun voltan tulen telah dihasilkan, nilai voltan AT masih berubah
sekiranya terdapat penambahan nilai voltan pada masukan. Untuk mengatasi masalah ini,
pengatur voltan digunakan.

Sekiranya voltan bekalan punca kuasa dalam litar ini berubah, voltan AT merentas penapis
C1 turut berubah. Ini menyebabkan voltan keluaran pada beban turut berubah. Diode zener
yang digunakan dalam litar ini akan menstabilkan voltan keluaran supaya berada pada nilai
voltan yang telah ditetapkan. Dengan cara ini, voltan keluaran menjadi stabil walaupun
voltan bekalan AU pada punca kuasa berubah

Keupayaan diode zener sebagai pengatur voltan bagi litar yang telah ditunjukkan dalam
rajah di atas adalah terhad. Untuk meningkatkan keupayaan diode zener mengawal arus
yang lebih tinggi, transistor digunakan. Dua contoh pengatur voltan yang menggunakan
transistor ialah :-

a. Pengatur voltan siri


b. Pengatur voltan selari

a. Pengatur Voltan Siri

Rajah 22 menunjukkan litar pengatur voltan siri. Litar ini dinamakan litar pengatur voltan siri
kerana beban disambung secara bersiri dengan transistor.

b. Pengatur Voltan Selari

Rajah 23 menunjukkan litar pengatur voltan selari. Litar ini dinamakan litar pengatur voltan
selari kerana beban disambung secara selari dengan transistor.

19

You might also like