You are on page 1of 1

Pengenalan

Pada akhir abad ke-19, negeri Perak memasuki fasa baharu dalam sejarah pembangunan
moden di Negeri-negeri Melayu. Hal ini disebabkan kerana kemasukan Inggeris pada tahun
l874 telah memperkenalkan getah sebagai sumber ekonomi yang baharu. Di samping
perkembangan industri perlombongan bijih timah di negeri Perak menerusi penemuan bijih
timah di Larut oleh Long Jaafar pada tahun 1840-an1. Pada sebelumnya ekonomi penduduk di
Perak adalah berasaskan ekonomi sara diri di mana tanaman padi telah diusahakan secara
kecil-kecilan namun selemas penemuan biji timah dan kemasukan pokok getah menyaksikan
perubahan dalam sistem sosioekonomi di Perak.

Perlombongan bijih timah umpama nadi kepada perkembangan bandar dan pekan
perlombongan bijih timah di Perak. Industri tersebut bukan sahaja melahirkan bandar dan
pekan tersebut tetapi turut menwarnai kehidupan seharian warga penghuninya. Selain itu,
kemunculan bandar dan pekan ini menggambarkan pencapaian bagi pembangunan negeri
Perak semasa era kegemilangannya sebagai pengeluar utama bijih timah dunia. Selain itu
terdapat juga sosioekonomi lain seperti getah dan juga penanaman padi sawah di kawasan
luar bandar Perak.

Pada peringkat awal penanaman getah tidak mendapat sambutan namun atas galakan
H.N Ridley terdapat sebilangan kecil peladang yang cuba menanam getah di ladang ubi dan
kopi mereka. Permintaan yang bertambah menyebabkan harga getah meningkat dengan cepat.
Setelah harga koi merosot maka mereka beralih kepada penanaman getah. Tanaman getah
teah beralih daripada kebun kecil kepada tanaman kormesial apabila ladang-ladang getah
telah dibuka terutama oleh pedagang Eropah kebanyakan penanaman ini bermula di perak
dan ia mula berkembang ke negeri lain seperti Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.

Pada perigkat awal sebelum penjajahan negeri Perak tanaman utama rakyat adalah
padi sawah dan padi huma. Semasa era awal penjajahan negeri Perak, petani telah mula
menanam kedua-dua jenis padi tersebut namun selepas kedatang British telah berlaku
perubahan dalam sistem penanaman padi sawah melihatkan penanaman padi sawah ini
berubah daripada ekonomi sara diri kepada ekonomi kormesial.

1
Mohd zamberi A. Malek. 2001.Larut Daerah Terkaya. Universiti Kembangsaan Malaysia. Hlm 3

You might also like