You are on page 1of 13

BACHELOR IN EARLY CHILDHOOD WITH HONOURS

JAN / 2020

MPU3412

KHIDMAT MASYARAKAT

NO. MATRIKULASI : 770912>>>>


NO. KAD PENGNEALAN : 770912>>>>>>
NO. TELEFON : 01136>>>>>
E-MEL : heshneela>>>>>

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM MANJUNG


ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

Aktiviti 1

Pengenalan 2

Objektif 3

Tarik & Cadangan Aktiviti 5

Tentatif Program 6

Aktiviti 2

Rakaman Youtube 6

Aktiviti 3

Jurnal Reflektif 7

Faedah 8

Cadangan 8

Rumusan 9

Penghargaan 9

Aktiviti 4

Esei 10

Rujukkan 12

1
AKTIVITI 1

Perancangan Dan Perlaksanaan Aktiviti

Program Khidmat Masyarakat di Tadika Kreatif Sitiawan

Tema / Slogan : Tadika Kreatif Ceria

Nama Projek : Gotong-royong di Tadika Kreatif

Tarikh Pelaksanaan Projek : 9 Mac 2020

Lokasi : Tadika Kreatif Sitiawan, Jalan Haji Mohd Ali Sitiawan

Guru Besar : Puan Krishnaveni Nagappan

Ahli Kumpulan Projek : Pengerusi - Pn.Muneela Manjula

Naib Pengerusi - Cik.Dsantini

Setiausaha - Cik.Hema

Bendahari - Pn. Yega

AJK - Uganna

Kertas Kerja Program Khidmat Masyarakat di Tadika Kreatif

Pihak Tadika Kreatif dan seorang Mahasiswi OUM Manjung telah merancang untuk
menganjurkan satu aktiviti Program Khidmat Masyarakat bagi memenuhi matlamat pelajar tersebut
untuk menjadi seorang mahasiswi yang bertanggungjawab dengan membuat khidmat masyarakat
bersama rakan-rakan sekerja di Tadika Kreatif Sitiawan.

Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada mahasiswi OUM
untuk memupuk perasaan muhibah antara komuniti di kawsan persekitaran tempat kerja supaya
menjadi tempat yang ceria untuk kanak-kanak sekolah bermain.

2
Antara aktiviti yang dirangka akan dilaksanakan meliputi aspek pembersihan kawasan
longkang, kawasan pengumpulan sampah dan daun kering, keceriaan kawasan sekitar sekolah serta
menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk aedes bersama pihak sekolah Adalah menjadi harapan
saya agar memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi serta mencapai
matlamat yang diharapkan di dalam subjek MPU3412.

Antara aktiviti yang dirangka akan dilaksanakan meliputi aspek pembersihan kawasan luar
sekolah seperti longkang,taman permainan,dan taman herba dan sayur prasekolah.

OBJEKTIF

i. Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti prasekolah yang bersih,indah,selamat dan
ceria.
ii. Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimun
iii. Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara rakan sekerja dan
warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan penglibatan semua
pihak dalam program kebersihan sekolah.
iv. Meningkatkan keperihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap
kebersihan,keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah disediakan.
v. Memberi sumbangan tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan keberkesanan
aktiviti.

Pelaksanaan Projek :

1. Perancangan
Perancangan projek telah dimulakan pada bulan Februari 2010 agar dapat dijalankan dengan
sempurna. Aktiviti kajian gotong-royong dikenali sebagai ‘Gotong-royong di Tadika Kreatif” ini
diadakan di kawasan luar persekitaran tadika selaras dengan tugasan mahasiswi dan disetujui
oleh guru besar dan semua rakan setugas. Objektif projek ini adalah di atas dasar mengenal pasti
punca-punca nyamuk di kawasan persekitaran sekolah.Secara tidak langsung, kami dapat
menyatakan cara-cara untuk menangani masalah ini.Satu mesyuarat telah diadakan untuk

3
menyelaraskan projek ini.Tugas para guru telah diagihan dan tanggungjawab dan satu pelan
tindakan telah dirangka untuk memastikan segala aktiviti dapat dijalankan mengikut jadual .

2. Kerja Amali

Persediaan awal sebelum kerja amali dijalankan, Pengerusi projek ini bersama guru penasihat
telah meninjau kawasan kerja lapangan sebulan sebelum tarikh pelaksanaan projek. Dalam
tinjauan tersebut kami mengenalpasti beberapa aspek sebagai persediaan projek. Antaranya,
mengenal pasti kawasan yang memerlukan gotong-royong.

KPI
OUTPUT Kawasan sekolah yang lebih bersih dan ceria
OUTCOME Peningkatan tahap kebersihan dan keceriaan sekolah

IMPLIKASI KEWANGAN
BIL PERKARA PERBELANJAAN SUMBER JUMLAH
(RM)
1 Makanan (Bihun Goreng dan 20 Guru Besar 20
Minuman (RM5.00)) Tadika Kreatif
2 Alatan / Bahan 25 25
JUMLAH 45

PENGURUSAN RISIKO
Risiko Punca Penyelesaian Tanggungjawab
Peratus kehadiran Gejala Covid-19 yang Face Mask disediakan Muneela Manjula
guru tidak mencapai semakin meningkat di
100% Daerah Manjung

TARIKH PROGRAM

4
Tarikh : 9 Mac 2020
Hari : Isnin (Cuti Sekolah)
Tempat : Kawasan Sekitar Tadika Kreatif Sitiawan
Masa : 8.00pagi-12.00Tengahari
Pakaian : Pakaian Sukan

CADANGAN AKTIVITI DAN SKOP TUGAS


a) Pembersihan Longkang
 Tugas membersihkan longkang ini dilakukan adalah untuk melancarkan aliran air
yang melalui kawasan tersebut agar tidak tersumbat.Selain itu,sebagai satu usaha
untuk menghalang pembiakan nyamuk aedes yang dikhuatiri akan member kesan
kepada murid khususnya yang berada di prasekolah.

b) Kawasan Persekitaran Prasekolah


 Tugas membersihkan dan mencantikkan kawasan sekolah.

c) Kawasan Taman Permainan


 Tugas membersih kawasan taman permainan adalah bertujuan untuk meningkatkan
tahap kebersihan taman permainan serta menceriakan taman permainan
prasekolah.Disamping itu,meningkatkan tahap keselamatan di taman permainan
prasekolah.

d) Menyelenggara Taman Herba Dan Sayur Prasekolah.


 Tugas di kawasan ini adalah untuk meningkatkan tahap keceriaan dan
penambahbaikan taman tersebut.

CADANGAN GURU BERTUGAS


BIL KAWASAN GURU BERTUGAS
1 Pembersihan Kebun Sayur Cik Hema, Pn. Yega
2 Kawasan Taman Permainan Cik Dsantini, Pn. Muneela
5
3 Menyapu dan membakar sampah Pn. Mageswary, Cik. Uganna

 TENTATIF PROGRAM
MASA AKTIVITI
9.30pagi Taklimat Agihan Tugas
10.00pagi Gotong Royong Bermula
12.00Tengahari Majlis bersurai.

PENGHARGAAN
Pihak OUM dan mahasiswi OUM mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Pengurusan
Tadika Kreatif dan Guru-guru di atas sokongan dan sumbangan makanan, minuman dan sokongan
moral dari pihak Tadika Kreatif Sitiawan untuk menjayakan aktiviti khidmat masyarakat. Diharap
program ini akan dapat dijalankan dengan baik dan lancar mengikut perancangan.

Disediakan oleh:                                                         

…………………………………                                      
(Pn. Muneela Manjula)
Pengerusi Aktiviti Khidmat Masyarakat

AKTIVITI 2
Rakaman Video youtube
https://youtu.be/vIJJpQlnrk8

AKTIVITI 3
Jurnal Reflektif

Tajuk : Program Khidmat Masyarakat Bersama-sama Rakan Sekerja.


Objektif : Menumbang melalui kesukarelawan.
6
Tempat : Tadika Kreatif,Sitiawan Perak.
Tarikh : 9 Mac 2020
Masa : 9.00 Pagi
Peserta Hadir : Pn. Muneela Manjula, Cik. Hema, Cik. Dsantini, Pn. Mageswary
Peserta Tidak Hadir : Pn. Yega, Cik. Uganna

Satu program khidmat masyarakat telah dijalankan di Tadika Kreatif ,Sitiawan untuk memenuhi
tujuan tugasan OUM MPU3412 Khidmat Masyarakat. Seramai 4 Orang guru dan staf dari Tadika
Kreatif terlibat di dalam aktiviti ini. Tujuan gotong-royong ini ialah untuk membersihkan dan
menceriakan Kawasan taman permainan dan kebun sayur di tadika tersebut.Aktiviti khidmat
masyarakat ini telah dilaksanakan dengan jayanya dengan bantuan guru-guru Tadika Kreatif
Sitiawan bagi mewujudkan sekolah yang ceria dengan persekitaran yang bersih bagi murid-murid
yang belajar. Program Gotong Royong di Tadika Kreatif Sitiawan, telah memberikan banyak
kelebihan dan berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang.Matlamat perlaksanaan aktiviti khidmat
masyarakat ini tercapai untuk mewujudkan kawasan sekolah yang bersih dan ceria. Saya telah
mendapat kerjasama yang baik daripada Guru-guru Tadika Kreatif dalam merangka kertas kerja
program ini. Banyak tunjuk ajar yang diberikan dan perbincangan secara terbuka dilakukan secara
bersama-sama. Seterusnya, saya mendapat kerjasama yang baik daripada pihak pentadbir sekolah
yang sanggup meluangkan masa bersama-sama dalam menjayakan program gotong-royong.Jasa dan
kerjasama daripada rakan setugas sekolah amat saya hargai. Mereka telah menyumbangkan tenaga
yang maksima dalam menjayakan aktiviti ini. Semangat gotong-royong yang ditonjolkan dalam
kalangan mereka dengan bekerjasama serta bertungkus lumus membersihkan Kawasan persekitaran
amat baik. Segala arahan diberikan kepada mereka dipatuhi tanpa alasan dan apa yang penting
mereka tidak memilih dalam tugas yang diberikan. Aktiviti ini secara tidak langsung telah
menggalakkan aktiviti kesukarelaan di kalangan staf Tadika Kreatif.

Faedah Aktiviti Khidmat Masyarakat


Aktiviti ini telah memupuk semangat kekitaan dan kerjasama semua ahli kumpulan.Ia juga dapat
menyelesaikan masalah secara diplomasi, bijak dan terancang. Aktiviti ini juga telah meningkatkan
keyakinan diri di kalangan guru-guru tadika dengan pendedahkan peserta kepada pelbagai jenis kerja
7
dan aktiviti dengan meningkatkan kesedaran tanggungjawab mereka terhadap tempat kerja.Selain
daripada itu mereka tahu menghargai diri dan sentiasa memastikan sekolah bersih dan selamat untuk
kanak-kanak kecil.

Cadangan Penambahbaikan dan Harapan


Melalui program yang telah dijalankan, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan untuk program
yang akan datang. Pertamanya ialah peruntukkan masa untuk menjalankan aktiviti gotong-royong.
Diharap aktiviti gotong-royong diadakan dari awal pagi hingga petang. Rasionalnya ialah agar
aktiviti gotong-royong dapat berjalan dengan baik dan lancar tanpa terkejar-kejar dengan masa yang
singkat. Masa yang panjang membolehkan para guru berhenti berehat dan menyambung semula
aktiviti gotong-royong.Ini membolehkan guru dapat bergotong-royong dengan santai dan
menyempurnakan semua tugas yang diberikan dengan baik. Selain itu, aktiviti gotong-royong ini
sesuai dilakukan pada hujung minggu agar semua guru tadika boleh terlibat yang hadir.Malang sekali
Penularan wabak Covid-19 telah menyebabkan beberapa orang guru tidak hadir pada hari tersebut
dan sesi temuramah tidak dapat dilaksanakan kami terpaksa menyingkatkan aktiviti kami kerana
kuathir dengan kesihatan kami. Keadaan ini juga telah menjadikan kerja-kerja yang dirancang
berjalan tidak lancar.Kami tidak dapat menjalankan temuramah.Kami juga terpaksa bergilir-gilir
untuk merakam video aktiviti gotong-royong bagi menyempurnakan tugasan ini kerana sambutan
ynag kurang mengalakkan. Harapan saya agar kerja amali khidmat masyarakat dapat diperluaskan
agar semua sedar peranan mereka dalam keluarga, masyarakat dan Negara dan diharapkan dapat
menerapkan sikap empati dan prihatin di kalangan staf Tadika Kreatif Sitiawan terhadap masalah
sosial yang melanda masyarakat

Rumusan
Melalui aktiviti gotong-royong yang diadakan, saya mendapat banyak pengalaman berharga. Ia telah
memupuk semangat kesukarelawan Pengalaman bersama pihak sekolah dan guru-guru dalam sama-
sama menjayakan gotongroyong bersama warga emas di tadika Kreatif Sitiawan. Pengalaman yang
tidak ternilai diperolehi dan dipelajari namun dengan menyertai program ini saya dapat merasai
8
perasaan hubungan antara guru-guru. Saya juga berpeluang untuk bersama staf dan jawatankuasa
Tadika Kreatif. Hal ini menjadikan pengalaman saya sangat bernilai untuk dikenang di masa yang
mendatang. Selain itu, saya mendapat banyak pengetahuan dalam menjalankan sesuatu program.
Bermula dari awal hingga selesai program. Pengalaman menimba ilmu dalam mengurus dan
menjalankan program amat bermakna buat diri saya sebagai guru dan mahasiswi Program
Pendidikan Awal Kanak-kanak, OUM. Antara pengetahuan yang bernilai ialah melakukan kertas
kerja bagi menjalanakan sesuatu program. Bagi saya, ini merupakan satu langkah awal bagi seorang
guru untuk melakukan apa-apa aktiviti di sekolah. Melalui kertas kerja, dapatlah sesuatu program itu
dilulukan dan dijalankan dengan lancar. Akhir sekali, saya merakamkan ucapan terima kasih yang
tidak terhingga kepada pihak yang terlibat terutamanya guru pembimbing dan pihak pentadbir
sekolah dalam membantu saya mengadakan program seperti ini.

Penghargaan
Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Guru Besar Tadika
Kreatif, Sitawan dan Pihak OUM Manjung atas dorongan dan sokongan untuk menjayakan Projek
Gotong-royong di Tadika Kreatif Sitiawan.

Laporan Disediakan oleh:

…………………………………..
Muneela Manjula a/p Krishnan
Pengerusi Gotong Royong Tadika Kreatif
770912087104001

AKTIVITI 4 (ESEI)

Empati merupakan suatu kebolehan untuk merasai dan mengaitkan terhadap pemikiran,
emosi ataupun pengalaman orang lain. Empati adalah melebihi simpati, di mana ianya merupakan
kebolehan untuk memahami dan menyokong orang lain dengan perasaan belas kasihan dan

9
sensitiviti. Menyampaikan emosi secara empati ditakrifkan sebagai untuk memahami apa yang
sedang dirasai oleh orang lain (Duan, 2000; Duan & Hill, 1996; Goleman, 2006), kebolehan untuk
berkongsi emosi secara aktif dengan orang lain dan mengalami perasaan orang lain secara pasif
supaya menjadi lebih efektif (Kellett, Humphrey, & Sleeth, 2006).Menurut. Terdapat tiga jenis sifat
empati, iaitu pertamanya empati kognitif iaitu faham akan perasaan dan perkara yang berlegar dalam
fikiran seseorang.Keduanya empati emosi iaitu apabila kita sebenarnya dapat membaca fikiran dan
memahami perasaan orang lain.Sifat empati yang ketiga ialah empati belas kasihan iaitu merupakan
bentuk empati yang paling holistik.

Seorang pemimpin perlu bersifat empati dengan ahli kumpulannya ketika menjalankan
aktiviti khidmat masyarakat. Pemimpin itu perlu menjadi pendengar yang aktif, boleh berkongsi
tangappan, membantu rakan di dalam kumpulan dalam penyelesaian situasi dan konflik,memahami
masalah dan keupayaan untuk mengenal pasti reaksi seseorang individu terhadap situasi. Sifat empati
penting kepada seorang pemimpin ialah berjiwa murni dan bersatu padu, yang berperanan sebagai
agen pembangunan kumpulan. Tanggungjawab akan menjadi lebih berjaya sekiranya pemimipin juga
turut memberikan kerjasama proaktif dalam mengatur aktiviti ke arah mencapai kemajuan dan
kesempurnaan sesuatu program. Selain daripada itu pemimpin yang bersifat empati akan disokong
oleh ahli kumpulan dalam menjayakan segala program yang dirancang. Dengan kata lain, pemimpin
dapat ditakrifkan sebagai "seseorang yang mempunyai pengaruh yang agak besar ke atas pendapat
orang lain dalam kumpulannya dan berupaya mempengaruhi tingkah laku individu, sikap atau
tingkahlaku secara terang-terangan dengan cara yang dikehendaki.

Pemimpin yang bersikap empati disukai dan dihormati oleh kumpulan mereka atas sebab
mereka mampu membuat keputusan yang bijak, mempunyai kefahaman yang jelas tentang keperluan
dan bersedia untuk membantu memperbaiki isu. Hasil kepimpinan seorang pemimpin yang baik juga
akan mencatatkan pencapaian dan pengiktirafan yang membanggakan .Sehubungan dengan itu,pada
pendapat saya, empati yang sebenar adalah ketika pemimpin berusaha untuk mendengar, memahami
dan mengambil berat, mengikut konteks dan perspektif tertentu.

Rasa empati juga memperkukuhkan hubungan dan meningkatkan keyakinan dan


kepercayaan. Hal ini juga menjadi pelekap yang menyatukan semua orang. Tanpa empati, semuanya
tiada. Pemimpin bukan sahaja perlu membuka mata dan minda kepada aktiviti yang berlaku di
10
sekeliling, mereka juga perlu mendengar isi hati orang lain. Begitu juga, apabila pekerja benar-benar
mempunyai empati kepada pemimpin dengan memahami rasional dari segi emosi dan logik di
sebalik keputusan yang dibuat, barulah organisasi dapat mengharap potensi semaksimum mungkin..

Kesimpulannya, empati merupakan kebolehan seseorang untuk menghargai apa yang


dihadapi oleh orang lain. Empati merupakan suatu ciri penting dalam asas kepimpinan. Banyak teori
kepimpinan mencadangkan bahawa kebolehan untuk mempunyai dan menunjukkan empati adalah
bahagian penting dalam sesuatu kepimpinan. Pemimpin transformasi memerlukan empati untuk
menunjukkan kepada pengikutnya yang mereka dijaga terhadap keperluan dan pencapaian mereka
(Bass, 1985). Pemimpin sejati juga memerlukan empati untuk mengambil berat terhadap orang lain
(Walumbwa, Avolio, Gardner,Wernsing, & Peterson, 2008). Empati juga merupakan kunci kepada
kebijaksanaan emosi di mana sesetengah pengkaji percaya ianya merupakan suatu faktor kritikal
yang diperlukan untuk menjadi pemimpin yang. Apabila seorang pemimpin mangamalkan hubungan
yang memberi maanfaat terhadap pemimpin dan subordinat maka wujudlah iklim kerja yang positif
akan wujud.Suasana kerjasama yang sangat erat di antara pemimpin dan subordinat wujud. Secara
tidak langsung, pentadbiran sesebuah lancar yang akhirnya memberikan manfaat terhadap kemajuan.
Jika sikap empati diterapkan maka keyakinan pekerja terhadap organisasi, keterbukaan dalam
komunikasi, peluang untuk melibatkan diri, layanan yang adil dan amalan sifat empati dan
kesanggupan dalam tindakan adalah faktor-faktor yang menyumbang kepada pencapaian yang tinggi.
Seorang pemimpin yang mempunyai aras kebolehan berempati yang tinggi, mempunyai ciri-ciri
seperti berupaya membina perhubungan interpersonal yang lebih kuat,mereka adalah lebih baik
dalam motivasi kendiri,mereka berperanan sebagai pemimpin yang lebih baik,mereka dapat
beradaptasi dengan lebih mudah

Rujukan:

Atwater, E. (1986). Human Relations. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall.


Macaskill, A. ; Maltby, J.; & Day, L. (2002 October). Forgiveness of self and others and
emotional empathy. The Journal of Social Psychology, 142, 663. Retrieved February 21,
2004 from Proquest Database.
Mendes. E. (2003 September). What empathy can do. Educational Leadership, 61, 56.
Retrieved February 4, 2004 from EBSCOhost Database

11
Senge, P. (1990). The fifth discipline: The art & practice of the learning organization. New
York: Currency Doublday.
Barbuto, J. E., & Wheeler, D. W. (2006). Scale development and construct clarification of
servant leadership. Group & Organization Management, 31(3), 300-326.
Bar-On, R., & Parker, J. D. A. (2000). The handbook of emotional intelligence. San
Francisco, CA: Jossey-Bass Inc.
Bass, B.M. (1985). Leadership and performance beyond expectations. New York: Free Press
Carnevale, D. G., & Wechsler, B. (1992). Trust in the public sector. Administration and
Society,12, 471-494.
Covey, S.R. (1989). The Seven Habits of Highly Effective People, Free Press, New York
Goleman, D., Boyatzis, R., McKee, A. (2005). Inteligenţa emoţională în leadership, Editura
Curtea Veche, Bucureşti
Duan, C. (2000). Being empathic: The role of motivation to empathize and the nature of
target emotions. Motivation and Emotion, 24, 29-49.
Duan, C., & Hill, C. E. (1996). The current state of empathy research. Journal of Counseling
Psychology, 43, 261-274.
George, J. M. (2000). Emotions and leadership: The role of emotional intelligence. Human
Relations, 53, 1027-1055.
Goleman, D. (1995). Emotional intelligence. New York: Bantam Dell.
Goleman, D. (2006). Working with emotional intelligence. New York: Bantam Dell.
Kellett, J. B., Humphrey, R. H., & Sleeth, R. G.(2006). Empathy and the emergence of task
and relations leaders. Leadership Quarterly, 17, 146-162.
Mayer, J. D., Caruso, D. R., & Salovey, P. (2004). Emotional intelligence meets traditional
standards for an intelligence. Intelligence, 27, 267–298.
Renihan, P. (1996). In-school leadership for Saskatchewan schools: Issues and strategies.
Saskatchewan Educational Leadership Unit, University of Saskatchewan (S.S.T.A.
Research Centre Report. No. 99-02). Regina, SK, Canada: S.S.T.A.
Salovey, P., & Mayer, J. D. (1990). Emotional intelligence. Imagination, Cognition and
Personality, 9, 185-211.
Senge, P.M. (1990), The Fifth Discipline: The Art and Practice of the Learning Organization,
Doubleday, New York, NY.
Spears, L.C (ed)(1998). Insights of leadership. New York: John Willey & Sons
Walumbwa, F. O., Avolio, B. J., Gardner, W. L., Wernsing, T. S., & Peterson, S. J. (2008).
Authentic leadership: Development and validation of a theory-based measure. Journal
of Management, 34, 89-126.

12

You might also like