You are on page 1of 4

PERLEMBAGAAN KELAB PENCEGAHAN JENAYAH SK BATU TELLINGAI 2020

1. NAMA RASMI KELAB

KELAB PENCEGAHAN JENAYAH SEKOLAH

2. ALAMAT SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Batu Tellingai D/A Pejabat Pendidikan Daerah Subis 98150
Bekenu Sarawak.

3. FALSAFAH KELAB

Kelab Ini berperanan serta bertanggungjawab melahirkan ahli yang kreatif dan
inovatif,  mempunyai ketahanan diri, berani bersaing, prihatin terhadap bidang yang
diceburi,  mempunyai wawasan dalam bidang ko-kurikulum dan juga sahsiah,  serta
menggembelingkan kreativiti diri secara global  demi memartabatkan nama kelab
dan sekolah di samping mempunyai keyakinan dan kesedaran diri

4. MOTTO

‘MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MEMERANGI’

5. SENARAI AHLI JAWATANKUASA PENAJA

a) Mohd Hasmadil Bin Mohd Tahir


b) Azwan Bin Burham
c) Mechellino Enggol Anak Pius
d) Nor Amalina Binti Mohd Shukor

6. MATLAMAT

 Membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek


pencegahan jenayah.

7. OBJEKTIF-OBJEKTIF/TUJUAN-TUJUAN PERSATUAN DAN KELAB

i. Memupuk rasa patuh kepada peraturan sekolah dan undang-undang Negara.


ii. Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah
iii. Menanam nilai-nilai moral yang tinggi dalam kalangan pelajar, bahawa pencegahan
adalah lebih baik daripada memerangi jenayah.
iv. Menyediakan garis panduan cara-cara pencegahan jenayah dan menggalakkan
mereka menjalankan aktiviti yang berfaedah.
v. Melahirkan pelajar yang bertanggungjawab kepada agama, bangsa, negara dalam
hal-hal pencegahan jenayah.

8. AKTIVITI
 Kalendar aktiviti hendaklah mengikut penggal dan siap mengikut tarikh yang
ditetapkan oleh pihak sekolah (Rujuk Lampiran 1)

9. AHLI JAWATANKUASA

9.1 Semua AJK akan dipilih pada Mesyuarat Agong

i. Pengerusi
ii. Naib pengerusi
iii. Setiausaha
iv. Naib Setiausaha, Bendahari
v. Naib Bendahari
vi. Ahli Jawatankuasa
vii. Pemeriksa kira-kira

9.2 Syarat-syarat untuk menjadi AJK

Terdiri daripada kalangan murid yang dilantik melalui pemilihan dalam


mesyuarat agung tahunan

9.3 Tugas-tugas AJK

(a) Pengerusi Mempengerusikan mesyuarat yang


diadakan
(b) Naib Pengerusi Memastikan semua kegiatan dijalankan
dengan baik
Membantu pengerusi dalam menjalankan
tugas dan tanggungjawab  yang diberi
(c) Setiausaha Mencatat minit mesyuarat
Menyediakan laporan semester dan
tahunan
(d) Naib Setiausaha Membantu Setiausaha menjalankan
segala tugas dan tanggungjawab yang
diberi
(e) Bendahari Mengutip wang sumbangan daripada ahli
Memastikan akaun sentiasa dikemaskini
(f) Naib Bendahari Membantu bendahari menjalankan tugas
dan tanggungjawab yang diberi

9.4 Hak-hak ahli


Ahli berhak mengundi untuk pemilihan ahli jawatankuasa

Ahli boleh menyertai aktiviti-aktiviti persatuan

Setiap ahli yang menghadiri mesyuarat atau perjumpaan yang dianjurkan oleh
persatuan hendaklah mengikut tatatertib mesyuarat atau persatuan dan
berpakain yang sesuai
10. MESYUARAT
i. Mesyuarat Agong akan diadakan setiap tahun pada hari yang ditetapkan oleh
sekolah ataupun jika perlu pada hari dan masa yang ditetapkan oleh Ketua Guru
Penasihat
ii. Koram yang perlu untuk Mesyuarat Agong:
iii. Perlembagaan yang disahkan oleh Pengetua
iv. Pemilihan jawatankuasa kelab
v. Perancangan aktiviti asas yang disahkan oleh pengetua
vi. Mesyuarat AJK hendaklah sekurang-kurangnya dua kali sepenggal
vii. Kuasa untuk memanggil mesyuarat AJK adalah di bawah Ketua Guru Penasihat
viii. Koram yang perlu unuk mesyuarat AJK adalah dua pertiga ahli
ix. Setiap mesyuarat diminitkan dalam buku Buku Laporan Persatuan/ Kelab oleh
Setiausaha
x. Agenda mesyuarat hendaklah ditulis dipapan kenyataan sekurang-kurangnya tiga
hari sebelum mesyuarat.
xi. Laporan bertulis hendaklah dibuat untuk setiap aktiviti dalam Buku Laporan
Persatuan
xii. Laporan lawatan dan/atau Pertandingan Persatuan/Kelab hendaklah disediakan dan
satu salinan diserahkan kepada Penyelaras Kokurikulum sekolah.
xiii. Tempat mesyuarat  : tidak terhad kepada mana-mana bilik atau dewan
xiv. Tempat perjumpaan untuk aktiviti : Berpusat dalam kawasan sekolah

11. KEWANGAN

i. Mendapatkan sumber kewangan melalui yuran tahunan, derma dan aktiviti-aktiviti


yang dijalankan.
ii. Jumlah yuran yang ditetapkan untuk setiap ahli adalah RM 6.00 setahun
sepertimana yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa.
iii. Kuasa membelanjakan kumpulan wang hanya untuk perkara-perkara yang perlu dan
berfaedah bagi mencapai objektif aktiviti kelab.
iv. Bendahari tidak boleh menyimpan wang kelab dalam tangannya melebihi RM 10.00
pada satu-satu masa dan wang selebihnya hendaklah diserahkan kepada Guru
Penasihat.
v. Setiap perbelanjaan wang kelab hendaklah dengan kelulusan Jawatankuasa.

12. KEAHLIAN

i. Keahlian terbukan kepada semua murid


ii. Pelajar yang tidak menghadiri perjumpaan tidak akan dilucutkan keahlian tatapi
kehadiran akan mempengaruhi
iii. markah kokurikulum tahunan pelajar
13. PINDAAN PERLEMBAGAAN KELAB

Pindaan perlembagaan kelab boleh diusulkan oleh ahli dan diluluskan dengan
mendapatkan persetujuan 2/3 ahli dalam Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat
Agung Tergempar.
Persetujuan Penaung, Penasihat dan Guru Penasihat  Kelab adalah perlu sebelum
sesuatu pindaan perlembagaan kelab dilakukan.

14. LAIN-LAIN

Kelab ini adalah tertakluk kepada semua peraturan dan undang-undang yang telah
dan akan dikeluarkan oleh Kerajaan, kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan
pelajaran Negeri masing-masing

You might also like