You are on page 1of 4

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

Selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) yang telah dilaksanakan dalam

tempoh 45 hari yang bemula daripada 18 mac hingga 12 may 2020. Kerajaan Malaysia telah

mengumumkan satu Standard Operation Procedures yang longgar selepas pelaksanaan PKP.

Pada 4 mei 2020 yang lalu kerajaan Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan

Pergerakan Bersyarat (PKPB). (PKPB) merupakan satu langkah Kerajaan untuk membuka

semula sektor ekonomi dan sosial. Menurut [ CITATION Abd12 \l 17417 ] di Malaysia sektor

ekonomi negara telah terbahagi kepada tiga sektor, sektor utama adalah sektor pertanian,

sektor kedua adalah sektor perindustrian dan sektor ketiga adalah sektor perkhidmatan.

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberi sedikit kelonggaran

kepada rakyatnya untuk melakukan pergerakan untuk aktiviti harian semasa pelaksanaan

PKPB.

Terdapat beberapa SOP yang digunakan semasa pelaksanaan PKB antaranya

adalah, penjarakan sosial, memakai pelitup muka (face mask), kerap mencuci tangan

menggunakan hand sanitiser, air atau sabun, saringan kesihatan dipintu masuk premis

seperti mengimbas suhu badan, seterusnya memberi keutamaan kumpulan yang berisiko

seperti bayi, kanak- kanak, orang kelainan upaya (OKU), warga emas, menggalak transaksi

secara atas talian dan melaporkan segara kepada Jabatan Kesihatan jika terdapat maklumat

mengenai sebarang jangkitan COVID-19. Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyatakan

SOP ini harus dipatuhi oleh semua rakyat Malaysia bagi memutuskan rantai pandemic covid-

19. Hal ini demikian kerana kebanyakkan rakyat Malaysia menganggap pelaksanaan PKPB

adalah peringkat dimana kita sudah bebas melakukan sebarang aktiviti. Kegagalan

mengikuti SOP Yang telah ditetapkan akan diambil tindakan oleh pihak berkuasa seperti

RM1000 dan boleh dibicarakan di mahkamah.


Selain itu, bagi SOP ketika Perintah Kawalan Pergerakan di permis perniagaan

adalah, mengimbas suhu badan pelanggan sebelum mereka masuk ke premis perniagaan,

menyediakan hand sanitizer di pintu masuk premis bagi kegunaan pelanggan selapas

melakukan pembayaran, meletak garisan penjarakan fizikal, menyediakan pelitup muka dan

berikan kepada pelanggan yang tidak mempunya pelitup muka, bagi kedai makan pula meja

perlu disusun dengan jarak sekurang-kurangnya 2 meter antara satu meja dengan meja

lain, akhir sekali mencatatakan nama, tarikhh, masa, suhu badan dan nombor telefon

pelanggang bagi rujukan KKM jika berlaku jangkitan di permis tesebut. SOP yang telah

ditetapkan oleh MKN di permis perniagaan bagi mengekang penularan Pandemic COVID,

tempat-tempat seperti pasar raya, kedai makan, kedai serabahguna adalah tempat yang

bakal menerima ramai pengunjung selapas rakyat Malaysia terkurung selama 3 bulan lebih.

Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kebanyakan sektor ekonomi di Malaysia

hampir lumpuh, mahu sektor utama, kedua dan ketiga. Antara sektor yang agak terkesan

akibat pelaksanaan PKP adalah sektor pelancongan, pekhidmatan, perniagaan, sektor PKS

dan sebagainya. Kerajaan Malaysia sedar akan kebanyakkan rakyatnya hilang mata

pencarian dan telah menyumbang kepada peningkatan kadar pengangguran semasa

penyebaran Pandemik COVID-19. Ditambah dengan perbelanjaan kerajaan semasa

menangani Pandemik COVID-19 di peringat awal yang bernilia berbilion ringgit. Kerajaan

Malaysia sedar akan risiko yang bakal dihadapi dengan kelonggaran yang diberikan kepada

rakyat semasa pelaksanaan PKPB. Jesteru itu PKPB adalah satu cara yang dilaksanakan

dalam memerangi Pandemik COVID-19 disamping memulihkan sektor ekonomi negara.


Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) merupakan fasa ke-6 dalam memerangi

Pandemik Covid-19 yang sudah dilaksanakan di Malaysia. Pada 10 jun 2020 hingga 31 ogos

2020 kerajaan Malaysia telah melaksanakan PKPP yang menggantikan PKPB yang juga

merupakan fasa pemulihan. Menurut Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin

semasa pelaksanaan PKPP hampir semuat aktiviti pendidikan, sosial, perniagaan,

keagamaan, sektor ekonomi dan sebagainya mula beroperasi semula secara berperingkat

dengan pelaksanaan sepenuhnya kepada SOP yang telah ditetapkan. Menurut Tan Sri

Muhyiddin pelaksanaan PKPP ini melibatkan 7 teras strategi iaitu, pengukuhan kesihatan

awam, perundangan dan penguatkuasaan, pengukuhan kawalam sempadan, pembukaan

sepenuhnya sektor ekonomi, pembudayaan kebiasaan baharu, pemerkasaan tanggungjawab

komuniti, dan perlindungan golongan berisiko.

Semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) terdapat

beberapa aktiviti yang dilarang oleh Majlis Keselamatan Negara. Antaranya, acara dan

pertandingan sukan yang mempunyai kehadiran penonton, acara dan pertandingan sukan

yang melibatkan peserta dari luar negera memasuki Malaysia. Seterusnya, semua aktiviti

pelancongan antarabangsa dan aktiviti pelancongan dalam Malaysia yang melibatkan

pelancongan asing memasuki Malaysia. Aktiviti di dalam pub dan kelab malam juga dilarang,

kecuali perniagaan kedai makan di dalam pub dan kelab malam. MKN juga melarang aktiviti

yang menyebabkan orang ramai hadir di suatu kawasan sehingga menyukarkan penjarakan

fizikal dan pematuhan pihak MKN. Senarai aktiviti yang dilarang oleh Kementerian Kesihatan

Malaysia (KKM) mempunyai sebab tersendiri. Antaranya, kemungkinan pendedahan kepada

Droplets, sukar mengawal keaadan dimana terdapat ramai rakyat pada satu-satu masa,

sukar untuk mengawal perilaku, berpontensi menjadu kontak rapat kerana berada dalam

kawasan yang sama untuk masa yang panjang ( close continuous contact) dan keberadaan

dalam ruang rapat (Confine Space) dan tertutup dalam tempoh yang lama.
References
Abd Hamid, N. H. (2012). Impak guna tenaga dalam kepelbagaian sektor terhadap ekonomi Malaysia.
6-8.

MKN, (2020,JULAI 18). Senarai aktiviti yang dilarang, dirujuk dari

https://asset.mkn.gov.my/web/wp-content/uploads/sites/3/2020/08/Senarai-Aktiviti-yang-

Dilarang_-18-Julai-2020.pdf

Idris, R. (2020, JUN 8) PKPP: Pasukan petugas khas pantau SOP. Berita Harian. Dirujuk dari

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/06/697927/pkpp-pasukan-petugas-khas-

pantau-sop

Memey, K. (2020). maksud PKPP. 2-4. Dirujuk dari https://kekandamemey.com/maksud-pkpb.html

You might also like