You are on page 1of 2

Pendudukan Jepun

Jelaskan faktor utama Jepun menguasai Sabah dan Sarawak.


Secara umumnya, faktor utama Jepun menguasai Sabah dan Sarawak ialah untuk
meluaskan penguasaan tentera Jepun. Secara khususnya, tujuan utama Jepun mara ke
Sarawak ialah untuk menguasai padang-padang minyak kerana minyak merupakan bekalan
utama dalam peperangan.

Apakah jawatan yang diberikan kepada orang tempatan dalam pentadbiran Jepun di
Sabah dan Sarawak? 
Jawatan sebagai ahli-ahli Majlis Penasihat bagi setiap wilayah. Orang tempatan yang dipilih
adalah dari kalangan pembesar tradisional dan ketua masyarakat yang berpengaruh.

Mengapakah Jepun memberi layanan yang berbeza kepada penduduk peribumi


berbanding layanan terhadap orang cina di Sabah dan Sarawak?
Untuk mendapatkan sokongan daripada penduduk pribumi dan menjadi mata-mata askar
Jepun.

Terangkan perubahan sosial yang berlaku semasa pendudukan Jepun di Sabah dan
Sarawak.
Terdapat beberapa perubahan sosial yang berlaku semasa pendudukan Jepun di Sabah
dan Sarawak. Antaranya ialah wujudnya masalah perkauman. Masalah ini berlaku kerana
Jepun mengamalkan dasar diskriminasi dan layanan yang berbeza kepada penduduk Sabah
dan Sarawak sehingga menimbulkan perasaan curiga dan tidak saling mempercayai dalam
kalangan penduduk berlainan kaum. Orang Cina dikenakan denda 400, 000 hingga 600,
000 dollar kerana ada dalam kalangan mereka yang menghantar wang ke Cina. Ada juga
dikalangan orang Cina yang dihukum bunuh oleh tentera Jepun. Kaum bumiputera pula
dijadikan mata-mata tentera Jepun dan askar 'Kempeitai'. Maka, akan tercetuskan masalah
perkauman antara penduduk. Terdapat juga masalah kesihatan disebabkan kekurangan
makanan dan mutu makanan yang rendah. Hal ini menyebabkan penduduk kurang nutrisi
dan terdedah kepada pelbagai wabak penyakit seperti malaria dan kudis.

Nyatakan perubahan ekonomi semasa pendudukan Jepun di Sabah dan Sarawak.


Wujudnya masalah inflasi akibat kekurangan barangan. Hal ini berlaku kerana percetakan
dan pengedaran matawang pokok pisang yang tidak terkawal dan barangan keperluan
harian yang tidak mencukupi. Selain itu, ekonomi dagangan juga berubah kepada ekonomi
sara diri akibat bekalan makanan yang terputus disebabkan perang Jepun. Perusahaan
getah dan kayu balak juga terhenti.

Apakah perubahan politik paling ketara kesan daripada pendudukan Jepun di Sabah dan
Sarawak?
Penyerahan Sabah kepada pemerintahan awam. Sabah dijadikan jajahan kemahkotaan
Diraja British. Selain itu, kaum peribumi juga ramai diambil bekerja sebagai pegawai
tempatan kerana mereka mempunyai penagalaman bekerja di bawah pemerintahan Jepun
dan kematian ramai pegawai British.

You might also like