You are on page 1of 1

EDUP3013 – FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Tugasan Tutorial 4

Nama: Nur Mashitah binti Mustafa


Kumpulan: PSIMP PI4620

Soalan Esei:
Jawab soalan berikut:

1. Huraikan perbezaan antara falsafah pendidikan tradisional dengan falsafah


pendidikan moden daripada aspek yang berikut:

a) Prinsip yang dipegang


Perbandingan prinsip yang dipegang antara kedua falsafah tradisional dan
moden ialah bagi falsafah tradisional Sekolah hanya sebagai institusi
pendidikan formal dan agen kebudayaan. Manakala falsafah moden rumah
institusi pendidikan formal dan sekolah sebagai memajukan masyarakat.
Walau bagaimanapun, mengutamakan keperluan diri pelajar dengan
mengutamakan 3M. Namun begitu, konsep “Student centered Learning masih
menjadi keutamaan pemikiran mereka.

b) Kurikulum pendidikan
Perbandingan yang kedua iaitu kurikulum Pendidikan bagi falsafah tradisional
ialah kurikulum itu telah ditentukan namun bagi falsafah moden para pelajar
berhak memilih kurikulum yang mereka minati.

c) Peranan guru
Bagi falsafah tradisonal pula, guru ialah orang yang berautoriti, berilmu,
berkemahiran dan seorang pendeta. Oleh itu, murid harus patuh kepada guru
dan hanyalah sebagai penerima pasif. Manakala bagi falsafah moden pula,
pengajaran berpusatkan pelajar & pelajar aktif dan guru hanya sebagai
pemudah cara dan pembimbing sahaja.

You might also like