You are on page 1of 1

NAMA : NURFAZLIN BINTI MOHD FUAD

ANGKA GILIRAN : 2021122390032

Ulasan berdasarkan Tajuk 1 iaitu Refreshed Pedagogy for Contemporary Learner.

Berdasarkan tajuk di atas pedagogi bermaksud untuk membandingkan cara guru mengajar
dan bagaimana cara untuk mempertingkatkan lagi cara pengajaran untuk memberi
kefahaman kepada murid. Tujuan pedagogi ini juga adalah untuk membolehkan murid-
murid bekerjasama dan memberi sumbangan di dalam masyarakat secara aktif,
bertanggungjawab dan lebih konstruktif.

Buku ini juga menerangkan bahawa pedagogi terbahagi kepada tiga kluster, iaitu
Antik, Klasik dan Kotemporari. Kluster Antik bersifat antik dan lama. Cara pengajaran ini
tidak sesuai lagi untuk diguna pakai pada masa kini. Kluster Antik lebih memfokuskan
kepada guru. Murid hanya sebagai penerima maklumat dan tidak dilatih menjadi pelajar
yang aktif. Mereka menerima sahaja ilmu yang disampaikan kepada mereka. Murid pada
ketika ini dianggap sebagai robot dan pengikut. Ia diibaratkan sebagai, menuang air ke
dalam cawan yang kosong.

Kluster yang kedua ialah kluster Klasik. Kluster Klasik lebih memfokuskan kepada
murid. Guru juga menggalakkan murid lebih aktif di dalam pembelajaran. Murid juga akan
dibahagikan kepada kumpulan kecil. Hal ini akan membolehkan guru lebih fokus kepada
murid. Murid juga boleh belajar dan berkomunikasi sesama mereka. Murid boleh belajar
daripada pengalaman rakan-rakan mereka. Ini memberikan perkembangan yang baik untuk
murid. Kluster Klasik juga lebih menggalakkan murid membuat projek-projek kecil. Hal
ini akan membuat mereka lebih berminat untuk lebih belajar. Murid juga tidak duduk
sahaja di dalam kelas, malah mereka akan dibawa ke luar kelas untuk mengembara dan
melihat dengan lebih jelas apa yang mereka pelajari.

Kluster yang ketiga ialah Kluster Kotemporari. Kluster ini bersifat moden dan
semasa. Kluster Kotemporari mengetengahkan pembelajaran berdasarkan teknologi.
Sebagai contoh pembelajaran menggunakan internet dan media sosial. Kluster ini
mengajar murid untuk belajar cara moden pada era moden ini. Selain itu, ia menggalakkan
murid untuk lebih mengambil tahu tentang negara lain. Kluster ini mahu menjadikan murid
lebih berperingkat global dan boleh berinteraksi dan bertukar pendapat dengan murid dari
negara lain.

Kesimpulannya, ketiga-ketiga kluster ini amat penting di dalam dunia pedagogi.


Cara pengajaran guru juga berubah mengikut peredaran dan kesesuian zaman.

You might also like