You are on page 1of 2

Masyarakat Pluralistik di Malaysia.

Bezakan dari segi sosio demografi, ekonomi,


budaya dan politik.

Masyarakat pluralistik boleh didefinisikan sebagai masyarakat yang berbilang kaum yang
berlainan asal keturunan, bahasa, kebudayaan, adat resam, amalan dan juga kepercayaan.
Mereka hidup berasingan tetapi berada di bawah sistem politik yang sama. Ia terbentuk
selepas zaman kedatangan orang-orang Eropah yang mana penjajah membawa masuk
pendatang asing dari China dan India ke Asia Tenggara untuk kepentingan ekonomi.
Empayar Melaka merupakan puncak pluralistik hasil daripada mercu hubungan etnik pra-
penjajahan kerana Melaka menjadi tempat pertemuan para pedagang dari seluruh pelosok
dunia sehingga digelar ‘The Venice of the East’.

1. Aspek Demografi

Kedudukan Melaka strategik kerana ia terletak di tengah-tengah laluan utama antara


Kerajaan China dan Kerajaan India di samping Kepulauan Nusantara sebagai kawasan
pengeluaran rempah utama dunia ketika itu. Pada zaman empayar Melaka juga telah
berlaku penghijrahan tanpa paksaan daripada mana-mana pihak yang tidak
memerlukan pasport ataupun visa untuk memasuki sesuatu kawasan. Pada zaman ini
juga, pedagang Arab, Cina dan India telah berasimilasi dengan penduduk tempatan
dan juga telah mewujudkan masyarakat Baba Nyonya dan Mamak. Empayar Melaka
telah memperlihatkan wujudnya interaksi aktif dalam kalangan pelbagai kaum dan
bangsa di Melaka.

2. Aspek Ekonomi

Perdagangan Melaka berjalan dengan lancar hasil daripada sistem pemerintahan


terbuka dan pentadbiran pelabuhan yang cekap hasil daripada pelaksanaan Undang-
undang Laut Melaka yang menjamin tahap keselamatan yang tinggi kepada mereka
dan itu menyebabkan ekonomi Melaka sangat stabil dan kukuh. Faktor-faktor
perkembangan ekonomi juga adalah kerana kebijaksanaan Melaka dengan membeli
hasil-hasil utama daripada Kepulauan Melayu seperti bunga cengkih, buah pala,
beras, daging dan juga peranan kerajaan Melaka menjadi orang perantaraan dan
menyebabkan Melaka mendapat keuntungan yang lumayan.
3. Aspek Budaya

Setiap bangsa mempunyai budaya masing-masing. Kemajuan perdagangan di Melaka


yang terkenal sebagai kota metropolitan telah menjadikan Melaka sebagai sebuah kota
multi-budaya. Ia disebabkan keterbukaan pemerintah empayar Melaka yang
menerima kehadiran para pedagang dari pelosok dunia.

4. Aspek Politik

Pemerintah Melaka mengambil kira keharmonian di antara kaum berdasarkan


perlembagaan Melaka yang berasaskan ajaran Islam (Hukum Kanun Melaka dan
Undang-undang Laut Melaka) yang telah menyumbang kepada kemakmuran dan
kemajuan sistem pemerintahan politik di Melaka. Melaka juga mendapat
pengiktirafan daripada kerajaan China yang secara tidak langsung menjamin
kestabilan politik Melaka.

You might also like