You are on page 1of 6

KOPERASI SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIDAYAH

JOHOR BAHRU BERHAD


Kg Sinaran Baru KM. 26, Jalan Johor Bahru, 81300 Skudai , Johor, Malaysia.
Tel 07-5569932/07-5574689 Fax: 07-5570882 Email: smihjb@yahoo.com

MINIT MESYUARAT AGUNG KOPERASI KALI KE-7 YANG TELAH DIADAKAN PADA
HARI RABU, 26 FEBRUARI 2020 JAM 10.30 HINGGA 11.35 PAGI BERTEMPAT DI DEWAN
SOLAT MUSOLLA BANIN SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIDAYAH

Dirasmikan oleh : Tuan Haji Mohd Jelani bin Ramly


Ketua Eksekutif Pusat Pendidikan Hidayah

Turut hadir : Encik Rosdi bin Abu Bakar


Penolong Pegawai Hal Ehwal Ekonomi Johor Bahru 2

Kehadiran ahli : 655 orang ( sila rujuk senarai kehadiran )

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Ustaz Ahmad Taufik bin Jaafar(13G00035) sebagai pengerusi
sementara dan didahului dengan bacaan Surah Al-Fatihah. Bacaan doa pula telah disampaikan oleh
Muhammad Iqmal Mohd Rezuan(16P00299) dari Tingkatan 5 Iltizam.

Minit 1: Melantik Pengerusi Mesyuarat Agung

Pengerusi sementara iaitu Ustaz Ahmad Taufik bin Jaafar(13G00035) telah meminta anggota untuk
memilih dan melantik dikalangan anggota seorang pengerusi mesyuarat bagi memimpin Mesyuarat
Agung kali ke-7.

Anggota koperasi iaitu Puan Zanaria Selamat(08G00004) mencadangkan Puan Suharti


Selamat(10G00013) sebagai pengerusi dan disokong oleh Puan Normely A Razak(11G00017) dan
seterusnya Puan Mashida Sakrani(17G00486) mencadangkan agar cadangan di tutup. Mesyuarat telah
mendapat sokongan majoriti untuk melantik Puan Suharti Selamat(10G00013) bagi mempengerusikan
Mesyuarat Agung kali ke-7 tahun 2020.

Mesyuarat Agung kali ke -7 tahun 2020 telah dipengerusikan oleh Pn. Suharti Selamat(10G00013)
dengan lafaz Bismillah serta ucapan terima kasih diatas kepercayaan semua anggota untuk beliau
mempengerusikan Mesyuarat Agung kali ke-7 tahun 2020 ini.

Minit 2: Melantik dua orang Pencatat Minit Mesyuarat

Anggota koperasi iaitu Puan Normely A Razak(11G00017) telah mencadangkan Puan Siti Faesa
Mariam Musa(14G00054) dan Saudari Aisyah Nabeela Anuar(19P00809) sebagai pencatat minit
mesyuarat dan disokong oleh Puan Zuraidah Aman(08G00007). Seterusnya Puan Norizah Mohd
Salleh(08G00005) mencadangkan agar cadangan ditutup.

Mesyuarat telah mendapat sokongan majoriti untuk melantik kedua-duanya bagi mencatat minit
Mesyuarat Agung kali ke 7 tahun 2020.

1
Minit 3: Melantik satu Jawatankuasa yang terdiri daripada 4 orang anggota lembaga termasuk
Pengerusi dan 6 orang perwakilan bagi menentusahkan minit Mesyuarat Agung tahunan kali ke
7 tahun 2020

Anggota koperasi iaitu Saudara Mohamad Hafiz Bin Mohd Jais(16P00214) mencadangkan nama-nama
berikut dilantik sebagai penentusah minit mesyuarat agung kali ke-7:

1) Puan Zanaria Selamat(08G00004) -ALK


2) Puan Norizah Mohd Salleh(08G00005) -ALK
3) Puan Zuraidah Aman(08G00007) -ALK
4) Encik Ahmad Taufiq Abdul Jaafar(13G00035) -ALK
5) Muhammad Iqmal Mohd Rezuan(16P00299) -Pelajar
6) Mohamad Hafiz Bin Mohd Jais (16P00214) -Pelajar
7) Muhammad Shah Fudhail Shahrom(19P00811) -Pelajar
8) Cik NurZahriah Mukibah(15G00185)
9) Asiah Binti Yunos(10G00009)
10) Puan Shahidah Sheikh Ahmad(10G00015)

Cadangan ini telah disokong oleh Puan Izzah Najihah binti Ja’ffar dan seterusnya cadangan ditutup.
Mesyuarat telah mendapat sokongan majoriti untuk melantik jawatankuasa di atas sebagai penentusah
minit Mesyuarat Agung kali ke 7 tahun 2020.

Minit 4: Ucapan alu-aluan dan perasmian dari Tuan Haji Mohd Jelani bin Ramly

Beliau menyatakan rasa syukur di atas perkembangan pesat yang berlaku di dalam Koperasi SMIH.
Beliau berpendapat bahawa koperasi mempunyai potensi untuk menjana keuntungan yang lebih besar
berdasarkan peningkatan keuntungan setiap tahun. Koperasi SMIH mampu untuk menjadi seperti
koperasi besar di luar sana jika berani lakukan perubahan dalam undang-undang kecil. Syer terkini
adalah sebanyak lebih RM14,000, tetapi ia mungkin boleh ditingkatan sebanyak 20% lagi. Ini kerana
perniagaan yang besar pastinya memerlukan modal yang besar. Ahli-ahli terutamanya perlu memberi
sokongan sepenuhnya kepada koperasi untuk terus membangun. Beliau juga menggalakkan koperasi
untuk mempelbagaikan teknik jualan dan promosi serta memperluaskan pasaran jualan koperasi
termasuk mencuba jualan atas talian.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak koperasi dan para pelajar selaku pemegang syer
kerana telah bersama-sama memajukan Koperasi SMIH. Semoga koperasi akan terus cemerlang menjadi
koperasi contoh yang mampu menjana lebih keuntungan disamping melahirkan usahawan-usahawan
muda di masa hadapan.

Minit 5 : Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung yang lepas

Puan Nordalilati Seman(13G00039) mencadangkan agar minit mesyuarat agung kali ke-6 tahun 2019
untuk diterima dan disahkan. Puan Ruhanah Ibrahim(11G00023) telah menyokong cadangan ini.

2
Minit 6 : Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan bagi tahun yang berakhir 31 Ogos 2019

Penyata Kewangan bagi tahun 2019 telah dibentangkan oleh Puan Siti Suhailah Tasmon(08G00006)
selaku Bendahari
Antara yang dibentangkan oleh beliau ialah Penyata Kewangan, Dividen, Tunai di Bank dan Belanjawan
Tunai.
-Rujuk m/s 4 – 15 (Lampiran Penyata Kewangan)
-Rujuk m/s 5 Nota 9 (Dividen)
-Rjuk m/s 8 Nota 6,7 (Tunai dan Bank)
-Rujuk m/s 8 Belanjawan Tunai

Penyata kewangan ini telah diaudit oleh Juruaudit Koperasi bertauliah, Hazzidi Said & Associates.
Jumlah perbelanjaan koperasi telah meningkat sebanyak

Pembentangan ini telah dicadangkan untuk diterima dan disahkan oleh Puan Rosmawati
Ahmad(10G00010) dan disokong oleh Puan Dira Faizan Che Amaran(11G00025).

Minit 7 : Menimbang dan meluluskan Anggaran Belanjawan 2020

Pembentangan Anggaran Belanjawan tahun 2020 telah dibentangkan oleh Puan Siti Suhailah
Tasmon(08G00006) selaku bendahari Koperasi Sekolah. Puan Zanaria Selamat(08G00004) telah
mencadangkan agar mesyuarat menimbang dan meluluskan anggaran belanjawan 2020. Cadangan ini
telah disokong oleh Puan Khadijah Salim(16G00321).

Mesyuarat telah meluluskan belanjawan bagi tahun 2020.

Minit 8 :Menimbangkan dan Meluluskan Pembahagian Keuntungan

Bendahari, Puan Siti Suhailah Tasmon(08G00006) mengumumkan pembahagian keuntungan adalah


sebanyak 10% bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2019.

Minit 9: Membubarkan Ahli Lembaga 2019 dan Pemilihan Lembaga Koperasi Baru Tahun 2020

Semua Anggota Lembaga Koperasi sekolah telah digugurkan sebagaimana mengikut amalan koperasi
sekolah.

Dan melantik barisan anggota lembaga yang baru:


 Pn Seri Juli Emas Wati Adnan(12G00032)
 Pn Zanaria Selamat(08G00004)
 Pn Siti Suhailah Tasmon(08G00006)
 Pn Normely A.Razak(11G00017)
 Pn Norizah Mohd Salleh(08G00005)
 Pn Zuraidah Aman(08G00007)
 Encik Ahmad Taufik Jaafar(13G00035)
 Puan Suharti Selamat(10G00013)
3
 Puan Hamizah Othman(10G00014)
 Encik Nor Kamarul Kalam Zulkifli(11G00021)
 Puan Rosmawati Ahmad(10G00010)

Ahli Lembaga Koperasi pelajar:


 Muhammad Iqmal bin Mohd Rezuan(16P00299)
 Muhammad Qayyim bin Mohammad Razak(17P00473)
 Fatihah ‘Atiqah binti Mukram(16P00289)
 Asma’ Amatullah binti Hermee(16P00293)

Puan Ruhanah Ibrahim(11G00023) telah mencadangkan agar nama-nama tersebut dilantik sebagai
Anggota Lembaga Koperasi 2020. Cadangan ini telah disokong oleh Puan Dira Faezan Che
Amaran(11G00025).

Minit 10: Meluluskan panel yang terdiri daripada tidak kurang daripada 2 firma audit bagi
mengaudit akaun koperasi

Cik Nor Farah Anis Nor Azman(20G01062) telah mencadangkan agar Anggota Lembaga Koperasi
diberi kuasa untuk memilih 2 buah firma audit luar sebagai Juru Audit Luaran. Cadangan ini telah
disokong oleh Puan Siti Aminah Hubaidilah(20G01064)

Minit 11: Menimbang dan meluluskan pindaan undang-undang kecil koperasi dan aturan-aturan

Puan Ezzahtul Fatieyah Borhan(17G00485) telah mencadangkan agar mesyuarat dapat menimbang dan
meluluskan pindaan undang-undang kecil koperasi dan aturan-aturan. Cadangan ini telah disokong oleh
Cik Farah Izyan Mesni(20G01063)

Minit 12: Menimbang dan meluluskan skop dan had pelaburan daripada wang lebihan koperasi

Cik Nor Zahriah Mukibah(15G00185) telah memberi cadangan untuk mesyuarat menimbang skop dan
had pelaburan daripada wang lebihan koperasi sebanyak RM50,000. Cik Sulaimah Abdul
Wahid(14G00043) telah menyokong cadangan ini.

Minit 13: Menentukan had maksimum keterhutangan koperasi

Puan Norhawanis Samion(10G00012) telah mencadangkan agar Anggota Lembaga Koperasai diberi
kuasa untuk menentukan had maksimum keterhutangan atas nasihat SKM sebanyak RM 1 juta.
Cadangan ini telah disokong oleh Saudara Muhammad Iqmal Mohd Rezuan(16P00299).

Minit 14: Membahaskan usul-usul yang disampaikan kepada Setiausaha sekurang-kurangnya


tujuh (7) hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi kali ke-7 tahun 2020

Usul 1:
Puan Siti Suhailah Tasmon(08G00006) mengusulkan agar Tahun Kewangan Koperasi berakhir pada 31
Disember

4
Usul 2:
Puan Norizah Mohd Salleh(08G00005) mengusulkan agar elaun kehadiran mesyuarat Ahli Lembaga
Koperasi dibayar berdasarkan kepada peratus kehadiran mengikut bilangan mesyuarat

Usul 3:
Puan Norizah Mohd Salleh(08G00005) mengusulkan agar jumlah keseluruhan elaun kehadiran adalah
sebanyak RM250

Puan Hamizah Othman(10G00014) mencadangkan supaya semua aturan dan usul diterima. Cadangan
ini telah disokong oleh Puan Rosmawati Ahmad(10G00010).

Penangguhan Mesyuarat Agung

Pengerusi mesyuarat mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang sudi hadir dan menjayakan
Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi 2020 pada hari ini. Diharapkan semua dapat terus memberikan
sokongan kepada koperasi. Tahniah kepada ALK yang baru dilantik dan semoga dapat menjalankan
amanah yang diberikan dengan baik. Mesyuarat Agung kali ke-7 tahun 2020 telah ditangguhkan pada
jam 11.35 pagi dengan tasbih kafarah dan surah Al-Asr.

Sekian.

Dicatat oleh:

………………………………….
(PN. SITI FAESA MARIAM MUSA)

Disediakan oleh:

…………………………………............
(PUAN ZANARIA BINTI SELAMAT)
Setiausaha,
Koperasi Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru Berhad

Disahkan oleh,

.......................................................
(PUAN SERI JULI EMAS WATI BINTI ADNAN)
Pengerusi
Koperasi Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru Berhad

5
Penentusah minit Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru
Berhad.

Disahkan Oleh: Disahkan Oleh:

……………………………….. ………………………………..
(PN. NORIZAH MOHD SALLEH) (PN. ZURAIDAH AMAN)

Disahkan Oleh: Disahkan Oleh:

……………………………….. ………………………………..
(ENCIK AHMAD TAUFIK JAAFAR) (CIK NORZAHRIAH MUKIBAH)

Disahkan Oleh: Disahkan Oleh:

…………………………………… ………………………………..
(PN. ASIAH YUNOS) (PN. SHAHIDAH SHEIKH AHMAD)

Disahkan Oleh: Disahkan Oleh:

……………………………….. ………………………………..
(MUHAMMAD IQMAL MOHD REZUAN) (MOHAMAD HAFIZ MOHD JAIS)

Disahkan Oleh: Disahkan Oleh:

……………………………….. ………………………………..
(MUHAMMAD SHAH FUDHAIL SHAHROM) (PN. ZANARIA BINTI SELAMAT)

You might also like