You are on page 1of 2

1.

0 Profil Syarikat

1.1 Latar Belakang Syarikat


Proton Holdings Berhad atau lebih dikenali sebagai PROTON merupakan salah satu syarikat
automobil yang terkenal di Malaysia. Syarikat Proton mengeluarkan pelbagai jenis
automobil yang bergaya dan berketerampilan tinggi. Proton ditubuhkan pada tahun 1983 di
mana Proton merupakan satu-satunya syarikat nasional sehingga kedatangan Perodua pada
tahun 1993. Proton di tubuhkan oleh Dr. Mahathir bin Mohamad. Proton juga akronim
daripada perkataan Perusahaan Otomobil Nasional Berhad. Proton Saga merupakan model
pertama pada September 1985 di Shah Alam. Aktiviti utama Proton adalah perkilangan,
pemasangan dan penjualan kenderaan bermotor serta produk yang berkaitan. Proton
menghasilkan pelbagai jenis kenderaan seperti Proton Gen Dua, Proton Wira, Proton Saga,
Proton Waja, Proton Perdana, Proton Satria dan banyak lagi.
Pada tahun 1980, Dr. Mahathir ketika itu adalah Menteri Perdagangan dan Industri
mengarahkan MIDA (Lembaga Kemajuan Industri Malaysia) memulakan kajian projek
buatan nasional. Hasilnya HICOM yang merupakan sebuah syarikat industri Negara
mendapat pertolongan daripada syarikat automotif Jepun iaitu MITSUBISHI. Hasil daripada
pertolongan ini Proton Berjaya menghasilkan sebuah model Saga. Syarikat Proton
ditubuhkan untuk menjual model ini. HICOM memlikik 70% saham manakalan Mitsubishi
memliki 30%. Model Saga Berjaya menguasai 70% pasaran kereta penumpang berkapasiti
sederhana Malaysia, kejayaannya disebabkan harga Proton Saga yang jauh lebih murah
daripada kereta asing akibat cukai import tinggi kepada kereta dan alat kompenan asing.
Walaupun Proton berjaya memasuki pasaran Malaysia, syarikat induk HICOM perlu
menanggung kerugian besar Proton semenjak penubuhannya sehingga tahun 1989 kerana
kos teknikal, alat kompenan, teknologi dan lain-lain daripada Jepun.

1.2 Objektif/Matlamat Syarikat

Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (PROTON) telah ditubuhkan pada tahun 1983 dengan
inisiatif oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan tiga objektif
pembangunan nasional iaitu:
 Menerajui proses perindustrian pembuatan dan automatif dalam negara.
 Meningkatkan pengetahuan dan penguasaan teknologi dalam bidang industry pembuatan
automatif.
 Memperkukuhkan keupayaan industri automatif Malaysia bagi menembusi pasaran
antarabangsa.

1.3 Misi Korporat

You might also like