You are on page 1of 5

PUSAT PENGAJIAN UMUM DAN KOKURIKULUM

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

KURSUS KOKURIKULUM BERKREDIT

GUBAHAN DAN HANTARAN PENGANTIN


UQM 10901

Tajuk:
Gubahan Sirih Junjung

Nama Pelajar No Matrik

Kumpulan: xxxx
Nama Pensyarah: Puan Noor Amira Binti Isa

1.0 Pengenalan kepada Gubahan Sirih Junjung


Rajah 1: Contoh gubahan sirih junjung
Sirih junjung merupakan salah satu adat budaya melayu yang kebiasaannya diletakkan di dalam
dulang hantaran dalam majlis pertunangan atau perkahwinan. Tidak sempurna dulang hantaran
dalam sesuatu majlis itu jika tidak diserikan dengan sireh junjung. Hal ini kerana adat ini telah
diamalkan dan diwarisi oleh nenek moyang kita turun temurun lagi.
Malah, ada yang menganggap sirih junjung adalah perkara wajib dibawa ketika proses
merisik dan meminang dalam adat masyarakat Melayu. Ia juga diibaratkan sebagai `penghulu’
kepada segala hantaran. Adat tradisi masyarakat Melayu ini juga masih diamalkan sehingga pada
hari ini. Fungsi asalnya dikatakan sebagai ‘pembasah mulut’ ataupun pembuka bicara sebelum
majlis berlangsung.
Kebiasaannya, sirih junjung ini dijadikan ‘kepala’ dulang untuk deretan dulang hantaran
yang ingin dihadiahkan kepada pihak keluarga pasangan. Walau bagaimanapun, masyarakat hari
ini dilihat lebih cenderung kepada penggunaan sirih junjung berbanding tepak sirih. Hal ini
kerana ia boleh digubah mengikut tema majlis dan menjadikannya nampak lebih moden, menarik
serta unik. Rupanya yang cantik juga dikatakan sebagai penyeri bagi keseluruhan dulang
hantaran yang ada bersama di dalam majlis tersebut.

2.0 Bahan-bahan dan Alatan


Pada masa kini, gubahan hantaran ini telah melalui era kontemperori dimana kebanyakan bahan
utama yang digunakan adalah plastik/ artificial berbanding penggunan bahan semulajadi pada
suatu masa dahulu. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor terutamanya dari segi ketahanan
gubahan sirih junjung itu sendiri dan juga kesulitan untuk mendapatkan bahan utama seperti
daun sirih. Justeru, daun sirih artificial telah diperkenalkan dan mendapat sambutan yang
menggalakkan daripada bakal pengantin. Bahan-bahan dan alatan yang digunakan dalam
gubahan sirih junjung adalah seperti berikut:

Jadual 1: Bahan dan alatan yang digunakan


Nama Bahan/Alatan Gambar bahan
Span Bunga

Aluminium Foil

Lidi

Daun Sirih Artificial

Jarum Peniti

Bunga Hiasan
Tapak/Dulang Gubahan

Floral Tape

Hot Glue Gun & Glue stick

Flower Cutter

3.0 Cara-Cara Menggubah

Cara-cara menggubah adalah bergantung kepada kreativiti seseorang. Namun, konsep yang
digunakan bagi menggubah sirih junjung ini adalah sama sahaja. Berikut merupakan langkah-
langkah dalam menggubah sirih junjung.

Langkah 1:
Potong saiz span bunga mengikut kesesuaian mengikut saiz tapak/dulang hantaran. Selalunya,
saiz span adalah lebih kecil supaya gubahan akan menjadi stabil. Seterusnya, balut span bunga
dengan menggunakan aluminium foil dan gamkan dengan menggunkan hot glue gun.

Langkah 2:
Letakkan span diatas dulang hantaran dan lekatkan sedikit gam supaya gubahan menjadi stabil
dan mampu untuk menampung gubahan daun sirih dan juga bunga.

Langkah 3:

Gulung daun sirih dengan menggunakan lidi dan lekatnya menggunakan floral tape kepada
beberapa saiz yang dikehendaki. Cucuk daun sirih ke span bunga mengikut kreativiti masing-
masing. Semakin banyak jumlah daun sirih yang digunakan, semakin cantic rimbunan sirih
junjung. Selitkan daun sirih dengan menggunakan jarum peniti sekiranya perlu.

Langkah 4:
Potong bunga artificial dengan menggunakan cutter mengikut saiz atau tinggi yang diperlukan.
Susun bunga dicelahan daun sirih mengikut kreativiti masing-masing. Pastikan campuran bunga
yang digunakan tidak melebihi tiga(3) jenis warna.

Langkah 5:
Kemaskan dulang hantaran. Pastikan gubahan kukuh untuk memastikan gubahan sirih junjung
selamat tiba di kediaman pengantin.

4.0 Kesimpulan

Adat Melayu adalah warisan yang perlu dikekalkan meskipun arus pemodenan dan teknologi
semakin berkembang pesat. Siapa lagi yang harus mengekalkan adat warisan Melayu hingga ke
akhir zaman, jika bukan generasi hari ini. Penggunaan sirih junjung dalam urusan peminangan
dan pernikahan masih lagi diteruskan sehingga ke hari ini. Biarpun rupa bentuk yang dihasilkan
pada hari ini mengalami perubahan sejajar dengan peredaran zaman, namun maksud serta apa
yang ingin disampaikan masih kuat terpelihara hingga ke hari ini.
Kebiasaannya dulang sirih junjung ini mempunyai pelbagai jenis/bentuk dulang mengikut
tema atau kesesuaian sesuatu majlis perkahwinan itu. Ada yang meminati design yang
berkonsepkan moden, simple, ekslusif, inggeris atau tradisional dan macam-macam jenis lagi.
Pasangan pengantin biasanya akan memilih mengikut tema yang telah mereka rancang dengan
mengikut warna, saiz yang bersesuaian serta mengikut bajet masing-masing.

You might also like