You are on page 1of 20

ANALISIS PERTUTURAN BERDASARKAN TEMU BUAL BERSAMA DUA

ORANG RESPONDEN
Nur Atikah Binti Jusoh (123485)
Nur Afifah Binti Lokman (123479)
Adiba Nur’ain Binti Shaharuddin (123388)

1.0 PENGENALAN

Kajian ini dibuat untuk menganalisis wacana pertuturan yang wujud di dalam perbualan
spontan yang kemudiannya di terjemahkan dalam bentuk teks. Oleh itu, metodologi yang
digunakan untuk memperoleh data adalah temu bual. Kajian ini hanya berfokus kepada
data yang diperoleh daripada temu bual bersama dua orang responden iaitu seorang
responden lelaki dan seorang responden wanita. Temu bual dijalankan untuk mengetahui
pandangan dan buah fikiran responden berdasarkan sebuah video yang telah
dipertontonkan kepada responden sebelum temu bual dijalankan.

Video yang dipilih merupakan sebuah video yang bertajuk “Laki Vs Perempuan Bila
Buat Keje”. Video ini dimuatnaik oleh Erafm di Youtube dan berkisarkan tentang
perbezaan dalam membuat kerja rumah antara lelaki dengan perempuan. Video tersebut
menunjukkan bahawa lelaki tidak cekap dalam membuat kerja rumah berbanding dengan
perempuan. Oleh itu, pengkaji telah menunjukkan video tersebut kepada responden dan
bertanyakan pendapat responden mengenai video tersebut. Perbualan tersebut telah
dirakam dengan persetujuan responden untuk digunakan bagi tujuan ilmiah.

Untuk menganalisis pertuturan yang wujud di dalam perbualan antara responden dan
penemu bual, pengkaji telah menterjemahkan segala rakaman audio kepada bentuk
tulisan. Pengkaji telah menghasilkan sebuah transkripsi untuk memudahkan pengkaji
menganalisis ciri-ciri pertuturan dan ciri-ciri naratif yang terdapat di dalam video
tersebut.

1
2.0 GAMBARAN TENTANG TRANSKRIPSI

Setelah temu bual dibuat, pengkaji telah menghasilkan dua jenis transkripsi. Segala
pandangan dan pendapat responden dalam bentuk lisan diterjemahkan kepada bentuk
tulisan dan diperlihatkan di dalam Transkripsi I.

Walau bagaimanapun, penghasilan transkripsi yang pertama telah


memperlihatkan kekurangan yang wujud di dalam transkripsi tersebut. Kekurangan ini
dapat dilihat dari segi ketiadaan analisis dari segi perbualan. Transkrispi pertama hanya
dibuat berdasarkan rakaman semata-mata dan tidak menganalisis perbualan tersebut
secara keseluruhannya. Oleh itu, kaedah analisis perbualan akan digunakan untuk
menghasilkan transkripsi yang kedua pada 26 Oktober 2017 dan diperlihatkan di dalam
Transkripsi II.

Analisis perbualan merupakan sebuah disiplin akademik yang telah diperkenalkan


oleh Harvey Sacks pada tahun 1960. Harvey percaya bahawa dalam mengkaji
penggunaan bahasa, satu set teknik atau kaedah sebenar harus digunakan untuk mentafsir
makna sebenar sesuatu kata atau ujaran. Ia berfokus kepada struktur, nada, dan ciri lain
dalam interaksi verbal. Analisis perbualan ini sering melibatkan rakaman video atau
audio yang kemudiannya akan dianalisis dengan mencatatkan bagaimana perbualan
dimulakan, tempoh berhenti atau jeda dan sebagainya.

Secara keseluruhannya, respoden L dan responden P mempunyai sudut pemikiran


yang berbeza. Responden L memberikan secara objektif iaitu dengan melihat kepada
setiap contoh pekerjaan yang ditunjukkan di dalam video manakala, responden P
memberikan komen secara keseluruhan. Walau bagaimanapun, kedua-dua responden
membuat kesimpulan yang serupa dengan mengatakan bahasa tidak semua lelaki bersikap
sambil lewa dan tidak mahir dalam membuat kerja-kerja rumah seperti yang ditunjukkan
di dalam video.

2
TRANSKRIPSI I
(DRAF 1)

3
TRANSKRIPSI TEMU BUAL BERSAMA RESPONDEN L
oleh Adiba Nur’ain Shaharuddin

Penemu bual : Baiklah sebelum memulakan temu bual, saya ingin meminta
kebenaran saudara merakam temu bual untuk tujuan kajian.
Responden L : Ok, boleh.
Penemu bual Baiklah, boleh kenalkan nama dan sedikit latar belakang diri saudara?
Responden L : Nama saya Haron, berumur 22 tahun dan berasal daripada Johor.
Penemu bual : Baiklah ermm setelah aaaa melihat video lelaki vs perempuan bila
membuat kerja itu tadi, adakah saudara bersetuju dengan gambaran
yang diberikan?
Responden L : 50-50 la kot. Hahaha.
Penemu bual : Baiklah boleh saudara ceritakan kenapa?
Responden L : Ok ermm first of all pada saya lelaki ni secara umumnya memang
agak kurang la en bab kerja-kerja terutamanya yang melibatkan hal-
hal perempuan ni tapi tulah tak semestinya semua benda tu lelaki tak
reti buat kan?
Penemu bual : Contohnya?
Responden L : Contoh ek? ermm k pada saya la kan takde masalah pun kalau setakat
nak masukkan benang dalam jarum tu haa sebab lelaki ni ada je yang
boleh fokus pada sesuatu benda. Lagipun rasanya mata lelaki ni lagi
tajam tau dari perempuan. Haa hahaha. So takat benda-benda gitu
takde hal lah.
Penemu bual : Ha betul tu, so macam mana pulak dengan kerja-kerja yang lain?
Responden L : Ermmm apa lagi ek? Err, ha, iron baju en?
Penemu bual : Aah, kalau bab iron baju?
Responden L : Haa pastu kalau nak iron baju tu memang lelaki jenis ambik mudah je
la. Rasa macam dah ok, dah boleh pakai, on je la. Apa perlu nak
straight2 bagai, lepas pakai ermm kedut jugak kan. Aaaa so takat nak
buang masa pada bebenda remeh ni, sorry la. Hahahaha ha.
Penemu bual : So kalau macam kerja-kerja rumah yang lain tu pulak macam mana?
Responden L : Then kalau pasal kerja rumah tu lah kan, ermm macam mana eh?
lelaki ni kan memang jarang la nak ambik port, kalau buat pun kadang
tu sebab dah terpaksa sangat. Aaaa lagi-lagi nak sidai baju, tetengah
panas tu lagi memang akan buat ala kadar je la sebab fikir nak
sudahkan cepat. Samalah macam menyapu ke apa tu, asal nampak
bersih, kira dah la tu.
Penemu bual : Ok, So pada saudara, antara lelaki dengan perempuan manakah yang
lebih berkemampuan dalam melakukan perkara-perkara seperti yang
ditunjukkan dalam di video tadi?
Responden L : Ermm yang lebih berkemampuan eh? Pada saya la en benda macam ni

4
tak boleh nak pukul rata sangat laa kot pada saya sebab ada je jenis
yang rajin cumanya mungkin dari segi lelaki ambik mudah tu so kerja
tu akan nampak macam tak buat pun sedangkan dah buat. Hahahaha.
Dan apa yang boleh saya kata, lelaki ni kalau diberi kerja yang
memang bidang dia, selalunya excellent je. Ermm tapi tulah kalau bab
kerja rumah ni banyak la beza antara laki dengan perempuan sebab
perempuan ni kan lebih teliti, semua benda nak ambik kisah even
sekecik-kecik benda sampaikan benda senang je padahal dah jadi
susah. So pada saya baiklah cara lelaki, smart and easy. Gitu. Asal
settle. Haaa tu je lah kot.
Penemu bual : Ok, ok. terima kasih saudara kerana sudi berkongsi pendapat.
Responden L : Ha ya, sama-sama.
Jadual 1.0 : Transkripsi Draf I Temu Bual Bersama Responden L

TRANSKRIPSI TEMU BUAL BERSAMA RESPONDEN P


oleh Nur Afifah binti Lokman

Penemu bual : Assalamualaikum, boleh saudari ceritakan serba sedikit tentang latar
belakang saudari
Responden P : Saya seorang student belajar dekat USM bidang sastera
Penemu bual Bidang sastera, major sebagai?
Responden P : Major bahasa Inggeris, minor sains politik
Penemu bual : Baiklah, saya ingin bertanya setelah saudari melihat video lelaki
versus perempuan apabila membuat kerja, apa pandangan saudari
mengenai situasi dalam video tersebut?
Responden P : Dalam video tersebut, hmm. Situasi tu berkaitan dengan kerja-kerja
rumah yang sinonim orang perempuan sahaja tapi pada zaman
sekarang lelaki dan perempuan membuat kerja yang sama. Jadi
pendapat saya, seorang lelaki itu kalau buat kerja rumah dia tak
berapa nak apa kata orang hmm
Penemu bual : Cekap
Responden P : Ha ah cekap dan sistematik macam perempuan, kalau perempuan dia
dah tahu dah apa benda dia nak buat dia punya jadual tu memang
teratur berbanding lelaki dan asal boleh je
Penemu bual : Apa contoh kalau buat kerja tu, kalau macam dari segi kesempurnaan
lelaki buat kerja tu adakah hasil kerjanya sempurna ataupun tidak
Responden P : Pada pandangan saya lah kan tak semua ada je lelaki yang tak pandai
buat kerja tapi ada lelaki yang pandai buat kerja, kalau dia dah biasa
buat kerja dia punya hasil kerja lagi kemas daripada perempuan.
Penemu bual : Kalau daripada segi perempuan pulak memang, hasil kerjanya
sempurna atau tidak
Responden P : Perempuan yang cantik dan kemas dia akan buat sesuatu kerja tu

5
dengan sempurnalah. Perempuan kan dia suka yang cantik-cantik dia
tak suka yang comot yang kotor ke apa ke dia memang tak suka jadi
perempuan kalau berkaitan dengan kerja rumah dia akan buat yang
lebih baik daripada lelaki
Penemu bual : Jadi sebelum saya berakhir sesi temu bual ni, apa pandangan terakhir
daripada saudari berkenaan perbezaan antara lelaki dan perempuan
apabila membuat kerja rumah
Responden P : Ok pada pandangan saya pula lelaki kalau buat kerja rumah dia agak
kompleks contohnya memasak. Kalau kita tengok sekarang yang chef
kebanyakannya adalah lelaki kan. Jadi kita boleh -nampak kalau lelaki
yang betul-betul pandai minat untuk buat kerja rumah dia lagi cerewet
daripada perempuan. Contohnya, masak maggi. Bapak saya kalau
masak maggi dia letak kacang dia letak sayur dia letak udang, apa
yang ada dalam peti sejuk habis untuk dia. Kalau mak saya dia letak
bawang dengan telur je. Itu sahaja
Penemu bual : Jadi pada pendapat saudari laa setuju tak dengan video tu. Maknanya
lelaki tu kalau bila buat kerja hasilnya tak berapa ni. Setuju tak
dengan video tu
Responden P : Tak setuju
Penemu bual : Ok itu sahaja, terima kasih sebab saudari sudi berkongsi pendapat.
Responden P : Sama-sama
Jadual 2.0 : Transkripsi Draf I Temu Bual Bersama Responden P

6
TRANSKRIPSI II
(DRAF 1)

7
TRANSKRIPSI TEMU BUAL BERSAMA RESPONDEN L
oleh Adiba Nur’ain Shaharuddin

Penemu bual : Baiklah sebelum memulakan temu bual, saya ingin meminta
kebenaran saudara merakam temu bual untuk tujuan kajian.
Responden L : (3.0) Ok, boleh.
Penemu bual (1.0) Baiklah, boleh kenalkan nama dan sedikit latar belakang diri
saudara?
Responden L : Nama saya Ha:ron,(.hh) berumur 22 tahun (.) dan berasal daripada
Johor.
Penemu bual : Baiklah ermm setelah aaaa melihat video lelaki vs perempuan bila
membuat kerja itu tadi, (.hh) adakah saudara bersetuju dengan
gambaran yang diberikan?
Responden L : (3.0) 50-50 la kot. <ketawa>
Penemu bual : Baiklah boleh saudara ceritakan kenapa?
Responden L : Ok ermm first of all pada saya lelaki ni secara umumnya memang
agak kurang la en bab kerja-kerja terutamanya yang melibatkan hal-
hal perempuan ni (.) tapi tulah tak semestinya semua benda tu lelaki
tak reti buat kan?
Penemu bual : Contohnya?
Responden L : (4.0) Contoh ek? ermm ok pada saya la kan (.hh) takde masalah pun
kalau setakat nak masukkan benang dalam jarum tu haa sebab lelaki
ni ada je yang boleh: fokus pada sesuatu benda. Lagipun: rasanya
mata lelaki ni lagi tajam tau dari perempuan. Haa <ketawa>. So:
takat benda-benda gitu takde hal lah.
Penemu bual : Ha betul tu, so macam mana pulak dengan kerja-kerja yang lain?
Responden L : (.) Ermmm apa lagi ek? Err, ha, iron baju en?
Penemu bual : Aah, kalau bab iron baju?
Responden L : (.hh)Haa pastu kalau nak iron baju tu memang: lelaki jenis ambik
mudah je lah. Rasa macam dah ok: dah boleh pakai, on je lah. Apa
perlu nak straight2 bagai, (1.0) lepas pakai ermm kedut jugak kan.
Aaaa so: takat nak buang masa: pada bebenda remeh ni, sorry la.
<ketawa> ha.
Penemu bual : So: kalau macam kerja-kerja rumah yang lain tu pulak macam mana?
Responden L : (.hh) Then kalau pasal kerja rumah tu lah kan, ermm: macam mana
eh? lelaki ni kan (.) memang jarang la nak ambik port, kalau buat pun
kadang tu sebab dah terpaksa sangat. Aaaa lagi-lagi nak sidai baju,
(1.0) tetengah panas tu lagi memang akan buat ala kadar je la: [sebab
fikir nak sudahkan cepat. (1.0)

8
Penemu bual : Emm hmm]
Responden L : Samalah macam menyapu ke apa tu, asal nampak bersih, kira dah la
tu:
Penemu bual : O:kay, So pada saudara, (.) antara lelaki dengan perempuan manakah
yang lebih berkemampuan dalam melakukan perkara-perkara seperti
yang ditunjukkan dalam di video tadi?
Responden L : Ermm yang lebih berkemampuan eh? [Pada saya la en (.)
Penemu bual : Emm hmm]
Responden L : benda macam ni: tak boleh nak pukul rata sangat laa kot (.) pada saya
sebab ada je jenis yang rajin cumanya mungkin dari segi lelaki ambik
mudah tu so kerja [tu (.)
Penemu bual : Erm hmm]
Responden L : akan nampak macam tak buat pun sedangkan dah buat. <ketawa>
(.hh) Dan apa yang boleh saya kata lelaki ni kalau diberi kerja yang
memang bidang dia, selalunya excellent je. Ermm tapi kalau bab
kerja rumah ni banyak la beza antara laki dengan perempuan sebab
perempuan ni kan lebih teliti, semua benda nak ambik kisah even
sekecik-kecik benda sampaikan benda senang je padahal dah jadi
susah. So: pada saya baiklah cara lelaki, (.) smart and [easy.
Erm]
Gitu. Asal settle. Haaa tu je lah kot
Penemu bual : Ok, ok. terima kasih saudara kerana sudi berkongsi pendapat.
Responden L : (3.0) Ha ya, sama-sama.
Jadual 3.0 : Transkripsi II Temu Bual Bersama Responden L

TRANSKRIPSI TEMU BUAL BERSAMA RESPONDEN P


oleh Adiba Nur’ain Shaharuddin & Nur Atikah Jusoh

Penemu bual : Assalamualaikum, aaa boleh aaa saudari ceritakan serba sedikit
tentang aaa latar belakang saudari?
Responden P : Aaaa Saya: seorang student belajar dekat USM ambik bidang sastera.
Penemu bual Bidang sastera, major (.) sebagai?
Responden P : Major bahasa Inggeris, minor sains politik.
Penemu bual : Ok baiklah, saya ingin bertanya (.) [setelah
Responden P : Haa]
Penemu bual : saudari melihat video lelaki vs aaa perempuan (.) apabila membuat
kerja, apa pandangan saudari mengenai situasi dalam video (.)
tersebut?
Responden P : (3.0) Dalam video tersebut, hmm. Situasi tu berkaitan dengan kerja-
kerja rumah yang sinonim dengan aaa orang perempuan sahaja tapi
aaa pada zaman sekarang kan lelaki dan perempuan dia buat kerja
yang sama: jadi pada pendapat saya: seorang lelaki itu (hh) aaa kalau
buat kerja rumah dia tak berapa nak: apa kata orang hah?

9
Penemu bual : Cekap
Responden P : //Cekap* dan sistematik macam perempuan, kalau perempuan dia
dah aaa dia dah tahu dah apa benda dia nak buat aaa dia punya jadual
tu memang teratur la berbanding dengan lelaki dia asal boleh je
Penemu bual : Erm aaa apa contoh kalau buat kerja tu, aaa kalau macam daripada
segi kesempurnaan. Ok kalau lelaki buat kerja tu adakah err apabila
lelaki buat kerja tu, hasil dia sempurna ataupun tidak?
Responden P : Err pada pandangan saya lah kan aaa tak semua ada je lelaki yang tak
pandai buat kerja tapi ada lelaki yang pandai buat kerja, kalau dia dah
biasa buat kerja dia punya hasil kerja lagi kemas daripada perempuan.
Penemu bual : Mmm. Kalau daripada segi perempuan pulak memang, memang aaa
apa hasil kerja dia sempurna ataupun tidak?
Responden P : Aaa perempuan dia suka sesuatu yang cantik dan kemas (.) jadi dia
akan membuat sesuatu kerja tu dengan sempurnalah:. Perempuan kan
dia suka yang cantik-cantik dia tak suka yang aaa apa yang comot
yang kotor ke apa ke dia memang tak suka jadi (.) perempuan kalau
berkaitan dengan kerja rumah dia akan buat dengan lebih baik
daripada lelaki
Penemu bual : Jadi aaa sebelum saya berakhir sesi temu bual ini, apa pandangan
terakhir daripada saudari berkenaan aaa apa dia perbezaan di antara
lelaki dan perempuan tu apabila membuat kerja rumah?
Responden P : Perbezaan antara lelaki dengan perempuan eh? Ok aaa pada
pandangan saya pulak err apa dia (2.0) lelaki kalau buat kerja rumah
dia agak kompleks aaa contohnya aaa memasak. Kalau kita tengok
sekarang kan yang chef kebanyakannya semua lelaki kan. Jadi kita
boleh nampak kalau lelaki yang betul-betul pan… aaa kalau lelaki
betul minat untuk membuat kerja rumah seperti perempuan dia aaa
lagi cerewet daripada perempuan. Contohnyalah, masak. Masak
maggi. Aaa bapak saya kalau masak maggi dia letak kacang: dia letak
sayur: dia letak udang: apa yang ada dalam peti sejuk habis untuk dia.
Kalau mak saya dia tumis bawang letak telur. Dah. <ketawa> Tu saje
Penemu bual : Jadi aaa pada pendapat saudari laa setuju tak dengan video tu.
Maknanya lelaki bila dengan video tu yang menunjukkan bahawa
lelaki bila buat kerja macam (.) hasilnya tak berapa. Aaa setuju tak
dengan video tu?
Responden P : Tak setuju. Yah.
Penemu bual : Tak setuju? Ok itu sahaja, terima kasih.
Responden P : Sama-sama
Jadual 4.0 : Transkripsi II Temu Bual Bersama Responden P

10
3.0 ANALISIS PERTUTURAN
Transkripsi yang telah dihasilkan akan dianalisis berdasarkan 3 aspek utama iaitu dari
segi analisis perbualan, ciri-ciri pertuturan dan ciri-ciri naratif.

3.1 ANALISIS PERBUALAN


Setelah melakukan transkripsi yang pertama, pengkaji mendapati bahawa wujud
kekurangan di dalam transkripsi yang pertama. Oleh itu, pengkaji telah menghasilkan
transkripsi yang kedua menggunakan kaedah analisis perbualan yang diperkenalkan oleh
Harvey Sacks (1960).

Menurut Harvey Sacks, kaedah analisis perbualan ini perlu untuk menentukan makna
sebenar sesuatu ujaran dengan menggunakan teknik tertentu. Oleh itu, simbol-simbol
tertentu digunakan seperti yang diperlihatkan di dalam Transkripsi II dan setiap simbol
ini membawa makna-makna yang tertentu. Makna-makna dan simbol-simbol yang
digunakan di dalam Transkripsi II akan dibincangkan melalui jadual dibawah berserta
contoh-contoh melalui perbualan tersebut.

Simbol Makna Simbol Contoh Dalam Perbualan


< > Rasa macam dah ok: dah boleh pakai, on je lah. Apa
Maklumat bukan perlu nak straight2 bagai, (1.0) lepas pakai ermm
linguistik kedut jugak kan. Aaaa so: takat nak buang masa: pada
bebenda remeh ni, sorry la. <ketawa> ha.
(.) Menunjukkan jeda (2.0) Ermm yang lebih berkemampuan eh? (.)
atau berhenti
sekejap
(1.0) Menunjukkan (2.0) Ermm yang lebih berkemampuan eh? (.)
2.0) berhenti yang agak
lama, 1 saat atau
lebih

11
 Gitu. Asal settle. Haaa tu je lah kot
Menunjukkan
intonasi atau nada Saudari melihat video lelaki vs aaa perempuan (.)
yang naik dan turun apabila membuat kerja, apa pandangan saudari
mengenai situasi dalam video (.) tersebut?
_____ Garis bawah Aaaa Saya: seorang student belajar dekat USM ambik
menunjukkan bidang sastera.
penekanan nada
[ ] Pertindihan kepada Penemu bual : Ok baiklah, saya ingin bertanya (.)
perbualan [setelah
[ pertindihan; mula Responden P : Haa]
] pertindigan; tutup

// * Penemu bual : Cekap


Pertindihan
Responden P : //Cekap.*
perbualan dalam
waktu yang sama
// - pertindihan bermula
* - pertindihan berakhir
(.hh) Berhenti sejenak, Nama saya Ha:ron, (.hh) berumur 22 tahun (.) dan
tarik nafas berasal daripada Johor.
(hh) …pada pendapat saya: seorang lelaki itu (hh) aaa
Pernafasan yang
kalau buat kerja rumah dia tak berapa nak: apa kata
boleh didengar
orang hah?
: Pemanjangan bunyi Masak maggi. Aaa bapak saya kalau masak maggi dia
sebelum letak kacang: dia letak sayur: dia letak udang: apa
penghabisan yang ada dalam peti sejuk habis untuk dia.
sesuatu kata
Jadual 5.0 : Makna Simbol-simbol dalam Analisis Pertuturan

3.2 ANALISIS PERTUTURAN

Penelitian terhadap transkripsi mendapati bahawa terdapat banyak ciri-ciri pertuturan


yang wujud di dalam perbualan yang berlangsung antara penemu bual bersama kedua-
dua responden. Kewujudan konsep-konsep yang wujud adalah seperti cooperative
principle, turn-taking, back-channel signal, echo utterance dan pelbagai lagi. Analisis
pertuturan ini hanya akan melihat kepada contoh-contoh yang wujud di dalam transkripsi
yang telah dihasilkan.

3.2.1 Prinsip Kerjasama atau Cooperative Principle

Prinsip kerjasama mengandaikan bahawa semua yang terlibat dalam pertuturan secara
lazimnya akan menyampaikan maklumat yang benar, relevan dengan apa yang sedang

12
diperkatakan dan jelas supaya mampu difahami oleh kedua-dua belah pihak (Grice,
1975). Menurut Grice, terdapat empat jenis prinsip kerjasama iaitu maksim kuantiti,
maksim kualiti, maksim kerelevanan dan maksim kejelasan atau cara berbicara. Oleh itu,
antara contoh yang dapat dilihat daripada transkripsi adalah:

Penemu bual : Assalamualaikum, boleh saudari ceritakan serba sedikit


tentang latar belakang saudari.
Responden P : Saya seorang student belajar dekat USM bidang sastera.

Contoh di atas memperlihatkan prinsip kerjasama yang wujud di dalam transkripsi yang
telah dihasilkan. Prinsip kerjasama tersebut menonjolkan maksim kuantiti dan maksim
kualiti. Maksim kuantiti adalah merupakan maksim yang memerlukan ujaran yang
bermaklumat dan mencukupi. Maklumat yang diberikan telah menjawab persoalan yang
diinginkan dan tidak melebih-lebih atau terkurang. Manakala maksim kualiti adalah
maksim yang memerlukan maklumat yang benar dan datang dari sumber yang kukuh.

3.2.2 Ambil Giliran atau Turn-Taking

Ambil giliran merupakan suatu proses pertuturan yang tertib dan tersusun (Harvey Sacks,
Emanuel A. Schegloff, and Gail Jefferson, 1974). Perkara ini juga menunjukkan
peradaban di dalam proses komunikasi. Proses ambil giliran ini berlaku di dalam
keseluruhan transkripsi kerana responden dan penemu bual berkerjasama menjadikan
perbualan tersebut bermakna dan difahami. Responden yang ditemu bual tahu bilakah
masa yang sesuai untuk menjawab soalan dan memahami jeda yang berlaku dalam proses
ambil giliran. Oleh itu, temu bual yang dijalankan tidak berlaku sebarang pertindihan atau
gangguan.

3.2.3 Pasangan Bersebelahan atau Adjacency Pair

Pasangan bersebelahan merupakan sejenis bentuk ambik giliran tetapi ujaran yang bakal
diperkatakan bergantung sepenuhnya kepada apa yang diperkatakan sebelumnya. Konsep
ini diperkenalkan oleh Emanuel A. Schegloff pada tahun 1973 dalam bukunya Opening
Up Closings in Semiotica. Contoh yang dapat dilihat dalam transkripsi adalah:

13
Penemu bual : Bidang sastera, major sebagai?
Responden P : Major bahasa Inggeris, minor sains politik

Contoh di atas memperlihatkan kewujudan adjacency pair yang berlaku di dalam


perbulan ini. Jawapan yang diberikan oleh responden P bergantung pada apa yang
diperkatakan oleh penemu bual. Penemu bual bertanyakan kepada responden apakah
bidang utama yang di ambil oleh responden dan responden menjawab dengan
mengatakan bahawa beliau bermajorkan bahasa Inggeris dan responden memberikan
maklumat tambahan dengan mengatakan bahawa beliau berminorkan sains politik.

3.2.4 Back-Channel Signal

Back-Channel Signal adalah sesuatu bunyi, perkataan atau ungkapan yang dibuat oleh
orang yang sedang mendengar untuk menunjukkan bahawa dia sedang mengikuti
perbualan tersebut dan berminat untuk terlibat di dalam perbualan tersebut. Perbualan
yang berlaku antara penemu bual dan responden ada menunjukkan ciri-ciri ini seperti di
bawah.

Responden L : Ermm yang lebih berkemampuan eh? [Pada saya la


en
Penemu bual : Emm hmm]

Berdasarkan contoh di atas, penemu bual ada menghasilkan bunyi ‘emm hmm’ untuk
menunjukkan kepada responden bahawa penemu bual sedang mendengar apa yang
responden perkatakan dan berminat untuk terus terlibat dalam perbualan tersebut.

3.2.5 Echo Utterance

Echo Utterance merupakan ujaran yang mengulang, keseluruhan ayat tau sebahagian ayat
yang telah diujarkan oleh orang yang dilawan tutur. Ciri ini banyak digunakan di dalam
konteks soal jawab untuk membuat penekanan terhadap sesuatu perkara. Ciri ini juga
penting untuk memastikan apa yang didengari orang penutur adalah apa yang
dimaksudkan oleh orang yang dilawan tutur. Sebagai contohnya,

14
Penemu bual : So kalau macam kerja-kerja rumah yang lain tu pulak macam mana?
Responden L : Then kalau pasal kerja rumah tu lah kan, ermm macam mana eh?
lelaki ni kan memang jarang la nak ambik port, kalau buat pun
kadang tu sebab dah terpaksa sangat. Aaaa lagi-lagi nak sidai baju,
tetengah panas tu lagi memang akan buat ala kadar je la sebab fikir
nak sudahkan cepat. Samalah macam menyapu ke apa tu, asal
nampak bersih, kira dah la tu.
Contoh di atas menunjukkan berlakunya pengulangan yang dibuat oleh responden untuk
memberi penekanan kepada apa yang diperkatakan oleh penemu bual. Penemu bual
bertanyakan kepada responden apakah pendapat responden berkenaan kerja-kerja rumah
yang melibatkan lelaki dan perempuan, dan responden memulakan ujaran dengan
mengulang kembali soalan penemu bual untuk memastikan bahawa apa yang didengari
adalah apa yang dimaksudkan oleh penemu bual.

3.2.6 Istilah Penyuntingan atau Editing Term

Istilah penyuntingan merupakan kata kata yang wujud apabila penutur ragu tentang apa-
apa yang sedang diperkatakan atau cuba mencari leksikal yang sesuai untuk diujarkan.
Keraguan itu akan diganti dengan kata-kata pengisi (filler words) atau kata penunjuk (cue
phrase). Kata-kata pengisi adalah seperti ungkapan ‘err, erm, haa’ dan kata penunjuk
adalah perkataan yang digunakan untuk memberi ruang kepada penutur untuk
memikirkan kembali apa yang sedang diujarkan sebagai contoh ‘sebentar ya’.
Penggunaan filler words banyak berlaku di dalam perbualan spontan yang melibatkan
penemu bual dan responden. Sebagai contohnya,

Penemu bual : Aah, kalau bab iron baju?


Responden L : Haa pastu kalau nak iron baju tu memang lelaki
jenis ambik mudah je la. Rasa macam dah ok, dah
boleh pakai, on je la. Apa perlu nak straight2 bagai,
lepas pakai ermm kedut jugak kan. Aaa so takat nak
buang masa pada bebenda remeh ni, sorry la.
Hahahaha ha.

Penggunaan ‘aaa’ dan ‘erm’ yang ditonjolkan di dalam contoh di atas adalah kata
pengisi yang dia gunakan oleh responden di dalam ketika ditemu bual. Penggunaan kata

15
pengisi sebegitu digunakan kerana responden sedang memikirkan leksikal yang sesuai
diujarkan.

3.3 ANALISIS N ARATIF

Transkripsi yang telah dihasilkan juga akan dianalisis dari sudut naratif. Naratif adalah
catatan pengalaman manusia melalui penceritaan dan pengolahan kisah-kisah peribadi.
(Webster & Mertova, 2007) Penelitian yang telah dibuat berdasarkan transkripsi
mendapati bahawa hanya satu trankripsi yang mempunyai unsur-unsur naratif di
dalamnya. Hal ini kerana secara keseluruhannya, temu bual ini dibuat hanya untuk
meminta pandangan responden berkenaan video yang ditunjukkan. Perbualan yang
berlaku antara penemu bual dan responden L tidak berunsurkan naratif. Responden L
hanya memberikan pandangan beliau secara objektif terhadap scene yang ditunjukkan di
dalam video tersebut.

Walau bagaimanapun, perbualan antara penemu bual dan responden P ada terselit
unsur naratif apabila responden P bercerita tentang kisah ayahnya sebagai contoh untuk
mengukuhkan lagi hujah beliau yang tidak bersetuju dengan video tersebut.

Ok pada pandangan saya pula lelaki kalau buat kerja rumah dia agak
kompleks contohnya memasak. Kalau kita tengok sekarang yang chef
kebanyakannya adalah lelaki kan. Jadi kita boleh -nampak kalau lelaki yang
betul-betul pandai minat untuk buat kerja rumah dia lagi cerewet daripada
perempuan. Contohnya, masak maggi. Bapak saya kalau masak maggi dia
letak kacang dia letak sayur dia letak udang, apa yang ada dalam peti sejuk
habis untuk dia. Kalau mak saya dia letak bawang dengan telur je. Itu sahaja.

Peristiwa memasak maggi yang diceritakan seperti di atas oleh responden P adalah
merupakan unsur naratif yang wujud di dalam transkripsi. Peristiwa tersebut boleh

16
dianggap sebagai unsut naratif kerana Herman dan Vervaeck (2001) mengatakan bahawa
naratif adalah sebahagian daripada rentetan peristiwa. Oleh itu dengan kata lain, naratif
digunakan untuk menceritakan suatu kejadian atau peristiwa yang telah terjadi.

3.4 ANALISIS KESANTUNAN


Kesantunan merupakan hubungan antara dua pihak iaitu pihak penyampai dan penerima
maklumat. Menurut Leech, prinsip kesantunan memiliki enam. Antaranya ialah maksim
kebijaksanaan, maksim kemurahan hati, maksim penghargaan, maksim kesederhanaan
atau kerendahan hati, maksim pemuafakatan dan maksim kesimpatian. Berdasarkan
transkripsi yang dilakukan kepada dua responden jelas memperlihatkan terdapat beberapa
maksim kesantunan Leech yang dipraktikan dalam ujaran perbualan tersebut. Antara
maksim yang terlibat dalam ujaran perbualan tersebut ialah maksim kesederhanaan atau
kerendahan hati, maksim pemuafakatan, dan maksim penghargaan.

Berdasarkan ujaran perbualan tersebut, dapat dianalisis bahawa salah satu analisis
kesantunan yang dipraktikkan adalah maksim rendah hati. Maksim rendah hati
merupakan maksim meminimumkan pujian diri sendiri tetapi memaksimumkan pujian
terhadap lawan tutur. Penutur akan merendahkan diri ketika berlangsungnya ujaran
perbualan. Sekiranya penutur tidak merendahkan diri, penutur akan dianggap sebagai
seorang yang sombong. Pelaksanaan maksim rendah diri dapat dibuktikan menggunakan
bahagian ujaran perbualan di bawah

Penemu bual :Okay, So pada saudara, antara lelaki dengan perempuan


manakah yang lebih berkemampuan dalam melakukan perkara-perkara seperti
di video?
Responden L :Ermm yang lebih berkemampuan eh? Pada saya la en benda
macam ni tak boleh nak pukul rata sangat laa kot pada saya sebab ada je jenis
yang rajin cumanya mungkin dari segi lelaki yang ambik mudah tu so kerja tu
akan nampak macam tak buat pun sedangkan dah buat. Hahahaha. Dan apa
yang boleh saya kata, lelaki ni kalau diberi kerja yang memang bidang dia,
selalunya excellent je. Oh tapi tulah kalau bab kerja ruma ni banyak la beza

17
antara laki dengan perempuan sebab perempuan ni kan lebih teliti, semua
benda nak ambik kisah even sekecik-kecik benda sampaikan benda senang je
padahal dah jadi susah. So pada saya baiklah cara lelaki, smart and easy.
Gitu. Asal settle. Haaa tu je lah kot.

Ujaran di atas menunjukkan bahawa, responden L cuba untuk merendahkan dirinya


sebagai seorang lelaki dengan menggunakan ayat ‘…tak boleh nak pukul rata sangat laa
kot…’. Ayat tersebut memaparkan kerendahan diri sendiri untuk memastikan tiada
sesiapa yang tersinggung akan maklumat yang cuba disampaikan oleh responden L.

Maksim pemuafakatan merupakan maksim yang menggambarkan kerjasama di


antara penutur dengan lawan tutur dalam ujaran perbualan. Hal ini jelas menggambarkan
bahawa penutur dan lawan tutur menunjukkan kesopanan dan dianggap sebagai bersopan
santun ketika ujaran perbualan berlangsung. Hal ini dapat dibuktikan dengan ujaran
perbualan di antara pengkaji dan responden P

Responden P: dalam video tersebut, hmm. Situasi tu berkaitan dengan kerja-


kerja rumah yang sinonim orang perempuan sahaja tapi pada zaman sekarang
lelaki dan perempuan membuat kerja yang sama. Jadi pendapat saya, seorang
lelaki itu kalau buat kerja rumah dia tak berapa nak apa kata orang hmm
Penemu bual: cekap
Responden P: ha ah cekap dan sistematik macam perempuan, kalau
perempuan dia dah tahu dah apa benda dia nak buat dia punya jadual tu
memang teratur berbanding lelaki dan asal boleh je

Berdasarkan contoh di atas, dapat dibuktikan bahawa penemu bual dan responden P
memaparkan maksim permuafakatan dalam perbualan. Hal ini menunjukkan secara tidak
langsung mereka saling memahami tentang perkara yang mereka bincangkan.

18
Seterusnya adalah maksim penghargaan. Maksim penghargaan merupakan
maksim yang memberikan penghargaan kepada orang lain. Penutur dan lawan tutur tidak
menerapkan unsur ejekan, mencaci dan merendahkan pihak lain ketika ujaran perbualan
berlangsung. Maksim penghargaan dianggap sebagai santun apabila ketika ujaran
perbualan berlangsung penutur berusaha untuk memberikan penghargaan kepada pihak
lain. Contoh di bawah merupakan salah satu bukti pelaksanaan maksim penghargaan
dalam ujaran perbualan.

Penemu bual: Ok itu sahaja, terima kasih sebab saudari sudi berkongsi
pendapat
Responden P: sama-sama

Penemu bual :Okay terima kasih saudara kerana sudi berkongsi pendapat.
Responden L :Ha ya, sama-sama.

Kedua-dua contoh di atas merupakan contoh atau bukti maksim penghargaan dalam
ujaran perbualan. Penemu bual mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua responden
sebagai tanda menerima maklumat yang dikongsi oleh repsonden dengan terbuka untuk
dijadikan sebagai maklumat kajian.

4.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, analisis perbualan ini telah memperlihatkan aspek-aspek dari segi
ciri-ciri pertuturan, aspek kesantunan dan ciri-ciri naratif.

5.0 RUJUKAN

Emanuel A. Schegloff, (2007). Sequence Organization in Interaction: A Primer in


Conversation Analysis I. Cambridge University Press.

Herman, Luc. & Bart Vervaeck (2001). Handbook of Narrative Analysis.


USA: University of Nebraska Press

19
Tought.Co. Talking Together: An Introduction to Conversation Analysis. Dicapai
daripada https://www.thoughtco.com/introduction-to-conversation-analysis-1691802

Labov, William & Joshua Waletzky (1967). Narrative analysis: Oral versions of personal
experience. In J. Helm (ed.). Essays on the Verbal and Visual Arts. Saettle: University of
Washington Press, pp. 12-44

Scott Thornbury and Diana Slade (2006). Conversation: From Description to Pedagogy,


Cambridge University Press.

20

You might also like