You are on page 1of 51

1.

0 PENDAHULUAN

Malaysia merupakan sebuah negara Islam, di mana Perkara 3(1)


Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam adalah agama bagi
Persekutuan.Namun, pada masa yang sama agama-agama lain boleh diamalkan
dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Perkara 11(1),
Perlembagaan Persekutuan pula memperuntukkan bahawa “tiap-tiap orang berhak
menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4),
mengembangkannya”. Berdasarkan kepada peruntukan di atas, jelas membuktikan
bahawa orang Islam berhak menganuti dan mengamalkan agama Islam sebagai
cara hidup mereka. Fasal (4) pula menyebutkan bahawa undang-undang boleh
dibuat untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau
kepercayaan agama lain terhadap umat Islam.

Islam telah diberikan hak dan kedudukan istimewa oleh Perlembagaan.


Disamping itu, Islam tidak pula menyekat hak kebebasan mengamalkan agama bagi
penganut-penganut agama lain. Walau bagaimanapun, itu tidak bermakna
kebebasan tersebut adalah mutlak kerana ia masih tertakluk kepada Perkara 11(4)
yang menyekat penyebaran agama bukan Islam dalam kalangan umat Islam.
Kebebasan hak asasi manusia turut dijamin oleh Perlembagaan di bawah Bahagian
II. Namun, ia tertakluk pula kepada syarat-syarat tertentu seperti ketenteraman
awam, kesihatan awam dan prinsip moral yang merupakan hak awam.

Diperingkat antarabangsa pula, hak asasi manusia mula mendapat tempat


secara rasmi melalui Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 (Universal
Declaration of Human Rights- UDHR 1948).Perisytiharan tersebut dipelopori oleh
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang keahliannya terdiri daripada
kebanyakan negara-negara merdeka di dunia. Antara komuniti dunia terkuat yang
mendokong perjuangan hak asasi ini ialah masyarakat Eropah, sehingga mereka
memperuntukkannya di dalam Konvensyen Eropah Mengenai Hak Asasi dan
Kebebasan Asasi 1950 yang mempunyai kuasa mengikat dari segi undang-undang
terhadap negara anggota komuniti Eropah.Keghairahan dunia Barat dalam
memperjuangkan hak asasi menyebabkan mereka lupa bahawa terdapat hak yang
dicabuli, antaranya hak umat Islam.Beberapa perkara di dalam UDHR 1948 ditolak

1
oleh umah Islam kerana hak asasi mereka untuk mengamalkan agama telah
digugat.

Beberapa peruntukan UDHR 1948 tidak boleh diterima di sisi Islam kerana
bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam.Islam menetapkan tujuan syariah yang
pertama, iaitu memelihara agama.Sekiranya umat Islam dibenarkan keluar dan
masuk agama secara sesuka hati, ini bermakna hak umat Islam untuk memelihara
agamanya telah dicabuli.Hukum Islam juga menetapkan bahwa keluar agama atau
murtad merupakan suatu jenayah berat yang perlu diadili dan dihukum. Ini kerana,
perbuatan keluar agama dan umat Islam sendiri, sebaliknya ia bukanlah sekadar hak
individu semata-mata.

Perbincangan berkaitan kebebasan beragama seringkali dikaitkan dengan


konsep hak asasi manusia.Pengertian hak asasi manusia yang dikatakan bertunjang
dari Barat sebenarnya bukanlah suatu yang asing dalam kamus Islam.Walaupun hak
asasi manusia sepertimana yang difahami hari ini berasal dari Barat dan
kemudiannya diisytiharkan melalui UDHR 1948 oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB), namun inti patu konsep tersebut sememangnya telah sedia ada
terdapat dalam ajaran Islam.Semenjak zaman Rasulullah SAW lagi, peruntukan
khusus untuk hak asasi manusia telah dimeterai dan dimasyhurkan.Sahifah Madinah
atau juga dikenali dengan piagam atau Perlembagaan Madinah adalah salah satu
contoh yang sering dikemukakan oleh para sarjana Islam bahawa Islam tidak
mengabaikan kehendak hak asasi manusia.Namun, terdapat sesetengah orientalis
memperkecilkan hak-hak asasi manusia menurut Islam.

Kebebasan beragama dan perlakuan murtad dalam kalangan orang Islam


adalah isu yang sentiasa dibahas sama ada di dada akhbar ataupun dalam
persidangan.Isu ini bukan hanya mendapat liputan dan menarik minat orang di
dalam negara bahkan ianya turut dibahas di luar negara. Gejala kerosakkan akidah
semakin menular di negara kita sama ada ianya berkaitan ajaran sesat ataupun
membabitkan pertukaran agama.

2
2.0 TAKRIFAN TOPIK

2.1 Murtad dari Perspektif Islam

Perkataan murtad berasal daripada bahasa Arab, iaitu “riddah” atau “irtidad”.
Dari sudut bahasa, riddah bermaksud “kembali daripada sesuatu kepada selainnya”.
Secara istilahnya riddah bererti “kembali daripada Islam kepada kufur sama ada
dengan niat, atau dengan perbuatan kufur atau dengan perkataan sama ada dalam
bentuk penghinaan, penderhakaan atau iktikad (al-Zuhayli, 6:183). Dalam bahasa
Melayu, Kamus Dewan (2005:1330) mendefinisikan “riddah” sebagai “perbuatan
keluar daripada agama Islam, sama ada melalui perbuatan, perkataan atau niat”.
Begitu juga dengan kata “irtidad” dalam bahasa Arab yang mempunyai maksud yang
sama, iaitu “kembali”. Perkataan irtidad masih tidak tersenarai sebagai bahasa
Melayu dalam Kamus Dewan.

Perkataan murtad dalam bahasa Melayu sebenarnya berasal daripada kata


murtaddun. Kata-kata “murtaddun ‘an dini-h” bermaksud “ia kembali dari agamanya”.
Murtad merujuk kepada “orang yang keluar daripada agama Islam, sama ada
melalui perbuatan, perkataan atau niat”. Selain itu, terdapat kata kerja
“memurtadkan” dalam bahasa Melayu bermaksud “menjadikan seseorang murtad”.
Seterusnya kata terbitan “kemurtadan”, bermaksud “perihal murtad”.

Al-Zuhayli dalam al-Fiqh al-Islami wa Adillatu-h memberi beberapa contoh


bentuk-bentuk murtad, antaranya sesiapa yang mengingkari kewujudan Pencipta,
menafikan dan mendustakan para rasul menghalalkan perkara haram secara jimak
seperti menghalalkan zina, liwat, minuman keras dan kezaliman atau
mengharamkan perkara halal secara jimak seperti mengharamkan jual beli dan
nikah atau menafikan kewajiapan yang sudah disepakati sperti menafikan rakaat
dalam solat-solat fardu atau percaya wajib perkara yang bukan wajib secara jimak
seperti menambah rakaat dalam solat-solat fardu atau wajib puasa dalam bulan
Syawal, bercita-cita untuk menjadi kafir atau sentiasa mengulangi untuk menjadi
kafir. Termasuk juga dalam kategori murtad ialah perbuatan kufur seperti
meletakkan al-Quran dan kitab hadis nabi atas najis dan sujud menyembah berhala
dan matahari ( al-Zuhayli, 1985).

3
3.0 KEBEBASAN BERAGAMA DAN SEKATAN PENYEBARAN AGAMA BUKAN
ISLAM MENURUT KERANGKA PERLEMBAGAAN

Menurut perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama bagi


persekutuan, tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai dimana-
mana bahagian dalam Persekutuan.Pada asasnya prinsip kebebasan beragama
membenarkan setiap orang mengamalkan dan menganut agama masing-masing
dan memperuntukan larangan penyebaran agama selain Islam kepada orang Islam.
Perlembagaan juga memberi jaminan kepda seseorang menguruskan hal ehwal
agam mereka termasukalah menubuhkan institusi untuk tujuan-tujuan keagamaan
atau pemilikan harta. Hal ini dijelaskan dalam perkara 11 dalam perlembagaan
persekutuan.

Hal ini membuktikan secara umumnya, dalam konteks perlembagaan


Malaysia meletakkan hak kebebasan beragama.Namun demikian, hak ini ditafsirkan
sesetengah pihak sebagai mutlak dan sesiapa sahaja berhak menukar agamanya
pada bila-bila masa.Pentafsiran ini adalah tidak tepat kerana setiap individu yang
menganut sebrang agama adalah terikat dan berkewajipan dengan peraturan
agamanya. Hak beragama ini bukanlah bersifat mutlak, bahkan ia adalah
berdasarkan prinsip-prinsip agama masing-masing.Sekatan ini dinyatakan secara
jelas dalam Perkara 11(5) Perlembagaan:

(5) Perkara ini adalah tidak membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan undan-
undang am mengenai ketenteraman awam, kesihatan atau akhlak.

Oleh yang demikian,dalam membincangkan isu kebebasan beragama


menurut perspektif undang-undang di Malaysia, beberapa aspek perlu dinilai dan
diteliti melibatkan konteks sejarah dan tafsiran-tafsiran tertentu menurut
Perlembagaan.

Menurut Profesor Andrew Harding, disamping melindungi, kebebasan


beragama, peruntukan dalam perkara 11 juga turut membezakan antara
mengamalkan dan mengembangkan agama.Terdapat dua perbezaan ketara yang
diperuntukan di antara mengamalkan dan mengembangkan agama.Justeru itu,
kebebasan beragama seperti yang diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan
sememangnya bersifat mutlak.

4
Dengan merujuk kepada peruntukan dalam Perkara 11(4), badan
perundangan negeri termasuk wilayah–wilayah Persekutuan boleh mengubal
undang-undang yang mengawal dan menyekat penyebaran doktrin dan
kepercayaan agama bukan Islam kepada kalangan orang-orang Islam.Berikutan itu,
penyebaran agama-agama bukan Islam kepada orang Islam merupakan satu
kesalahan jenayah, tetapi sebaliknya peyebaran agama Islam kepada penganut
agama-agama lain adalah diharuskan.Hasilnya, terdapat Sembilan negeri yang telah
mempunyai undang-undang mengenai kawalan dan sekatan pemgembangan
agama-agama bukan Islam. Namun, sehingga kini hanya negeri Pahang sahaja
yang menguatkuasakan undang-undang tersebut.

4.0 PERUNTUKAN BERHUBUNG KESALAHAN MURTAD MENURUT


AKTA/ENAKMEN NEGERI-NEGERI

Malaysia masih tidak mempunyai undang-undang yang jelas membicarakan


isu murtad termasuk hukumnya. Perkara ini berikutan undang-undang jenayah Islam
yang dikuatkuasakan oleh Mahkamh-mahkamah Syariah negeri-negeri di Malaysia
hanyalah merangkumi hukuman maksima; tiga tahun penjara, atau enam kali
sebatan, atau denda RM 5000, atau kombinasi mana-mana hukuman berkenaan
(Akta Bidang Kuasa Mahkamah Syariah (Jenayah) Pindaan 1984) . Jelasnya, bidang
kuasa jenayah bagi Mahkamah Syariah adalah terhad dan hanya boleh
dikuatkuasakan kepada orang Islam sahaja.

Seterusnya istilah ‘murtad’ juga tidak diguna pakai di dalam enakmen


kesalahan jenayah syariah di kebanyakan negeri di Malaysia. Sebaliknya apa yang
ada hanyalah peruntukan ‘keluar agama Islam’ yang diguna pakai di beberapa buah
negeri. Penggunaan istilah ‘kesalahan murtad’ juga tidak diperuntukkan oleh mana-
mana enakmen jenayah syariah negeri-negeri melainkan undang-undang hudud,
qisas dan ta’zir yang cuba dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu satu ketika
dulu (Helwa Mohammad Zainal & Jasri Zainal,2013)

Antara faktor yang menyebabkan penggunaan istilah ‘keluar agama Islam’


dan bukan istilah ‘kesalahan murtad’ adalah kerana hukuman ke atas kesalahan
murtad merupakan hukuman mati yang menjadi khilaf dalam kalangan ulama. Oleh
yang demikian, sekiranya disabitkan ia adalah melampaui bidang kuasa Mahkamah
Syariah (Zulkifli Hasan & Norfadhilah Mohd Ali,2007).

5
Sebagai contoh, Melaka telah memperuntukkan kesalahan keluar dari agama
Islam sebagai satu kesalahan dan bukan murtad. Seksyen 66(1) Enakmen
Kesalahan (Syariah)(Negeri Melaka) 1991 menyatakan bahawa apabila seseorang
Islam dengan sengaja mengaku hendak keluar dari Agama Islam atau
mengisytiharkan dirinya sebagai orang yang bukan Islam, Mahkamah boleh
memerintahkan orang itu supaya ditahan di Pusat Bimbingan Islam untuk tempoh
tidak melebihi enam bulan dengan tujuan pendidikan dan orang itu diminta bertaubat
mengikut hukum syarak. Jika seseorang telah bertaubat, maka taubatnya itu
mestilah disahkan di Mahkamah dan kemudian barulah dia boleh dibebaskan. Jika
pula seseorang itu bertaubat semasa dalam tahanan, Pegawai Penjaga hendaklah
melaporkan perkara itu kepada mahkamah dan taubatnya juga perlu disahkan oleh
Mahkamah. Seksyen 6 (1) pula memperuntukkan seseorang yang bersyubahat
dibawah seksyen 66 adalah merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan
kesalahan tersebut boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada lima ribu
ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga puluh enam bulan atau
kedua-duanya sekali.

Terdapat enakmen yang memperuntukkan undang-undang dan hukuman


murtad secara khusus iaitu Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II ,
Kelantan 1993 dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud & Qisas)
Terengganu 2002 yang akhirnya tidak dapat dilaksanakan kerana faktor-faktor
tertentu. Kedua-dua enakmen ini ada menyebut sesiapa yang disabitkan melakukan
kesalahan irtidad, hendaklah sebelum dijatuhkan hukuman supaya bertaubat dalam
tempoh yang tidak kurang daripada tiga hari setelah dia didapati bersalah dan
sekiranya dia enggan bertaubat, maka mahkamah boleh memenjarakannya selama
lima tahun dan jika tidak bertaubat juga boleh mengisytiharkan hukuman bunuh ke
atasnya.

Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa tidak


terdapat peruntukan khusus mengenai kesalahan murtad yang dikuatkuasakan di
Malaysia. Undang-undang sedia ada yang telah dilaksanakan bukanlah melibatkan
kesalahan murtad tetapi merujuk kepada kesalahan keluar agama Islam.
Penggunaan istilah permohonan murtad juga tidak digunakan di dalam mana-mana
enakmen negeri-negeri. Kebanyakannya menggunakan istilah permohonan
pengisytiharan status agama (Zulkifli Hasan & Norfadhilah Mohd Ali,2007).

6
Kes-kes yang diputuskan di mahkamah juga telah menekankan bahawa
Mahkamah Tinggi Syariahlah yang mempunyai bidang kuasa mendengar kes-kes
keluar agama Islam sungguhpun di kebanyakan negeri tidak terdapat peruntukan
yang jelas menyatakan demikian17. Oleh kerana mahkamah syariah mempunyai
bidangkuasa untuk menentukan kesahan seseorang itu masuk Islam, maka
mahkamah syariah jugalah yang mempunyai bidangkuasa untuk menentukan
seseorang itu masih lagi muslim atau sudah meninggalkan agama Islam sebagai
agamanya.

Terdapat enakmen yang memperuntukan undang-undang dan hukuman


murtad secara khusus, iaitu Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II,
Kelantan 1993 dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah(Hudud & Qisas)
Terengganu 2002 yang akhirnya tidak dapat dilaksankan kerana faktor-faktor
tertentu. Kedua-dua enakmen ini memperuntukan bahawa sesiapa yang disabitkan
melakukan kesalahan irtidad hendaklah sebelum dijatuhkan hukuman supaya
bertaubat dalam tempoh yang tidak kurang daripada tiga hari setelah ia didapati
bersalah; dan sekiranya dia enggan bertaubat, maka mahkamah boleh
memenjarakannya selama lima tahun; dan jika tidak bertaubat boleh
mengisytiharkan hukuman bunuh ke atasnya.

Secara umumnya tidak ada sebarang peruntukan khusus mengenai


kesalahan murtad dalam erti kata sebenar yang dikuatkuasakan di Malaysia.
Undang-undang sedia ada yang telah dilaksanakan bukanlah melibatkan kesalahn
murtad dalam erti kata sebenar yang dikuatkuasakan di Malaysia. Undang-undang
sedia ada telah dilaksanakan bukanlah melibatkan kesalahan murtad, tetapi merujuk
kepada kesalahan ‘percubaan murtad’ atau ‘keluar agama Islam’. Penggunaan
istilah permohonan murtad juga tidak digunakan di dalam mana-mana enakmen
negeri-negeri, sebaliknya kebanyakan negeri menggunakan istilah permohonan
‘pengisytiharan status agama’(Helwa Mohammad Zainal & Jasri Zainal,2013).

5.0 BIDANG KUASA MAHKAMAH

Oleh kerana kesalahan keluar agama Islam membabitkan hukuman dibawah


bidang kuasa mahkamah syariah maka kuasa mahkamah di dalam mengadili
perkara ini telah disebut dengan jelas di dalam kebanyakan enakmen pentadbiran
agama Islam negeri-negeri di Malaysia.

7
Di Selangor misalnya, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor)
2003 telah memperuntukkan di dalam Seksyen 61(3)(b)(x) yang memberikan kuasa
kepada Mahkamah Tinggi Syariah Selangor di bawah bidangkuasa malnya untuk
mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam
tindakan atau prosiding itu, antara lain berhubung dengan pengisytiharan bahawa
seseorang itu bukan lagi orang Islam. Bidang kuasa ini juga termasuklah bagi kes-
kes keluar agama Islam yang diletakkan di bawah kategori kesalahan jenayah
syariah.

Kes-kes yang diputuskan di mahkamah juga telah menekankan bahawa


Mahkamah Tinggi Syariah yang mempunyai bidang kuasa mendengar kes-kes
keluar agama Islam, sungguh pun terdapat negeri-negeri yang tidak terdapat
peruntukan yang jelas menyatakan demikian. Secara analoginya, oleh Mahkamah
Syariah mempunyai bidang kuasa untuk menentukan kesahan seseorang itu masuk
Islam , maka Mahkamah Syariah jugalah yang mempunyai bidang kuasa untuk
menentukan seseorang itu masih lagi Muslim atau sudah meninggalkan agama
Islam sebagai agamanya.

Prosedur permohonn keluar agama oleh seseorang Islam mestilah mengikut


lunas-lunas undang-undang yang telah ditetapkan. Kebiasaanya, permohonan untuk
keluar agama akan diikuti dengan permohonan untuk menukar nama dan status
agama di dalam kad pengenalan. Setiap orang Islam yang berhasrat untuk menukar
agama perlu membuat permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah negeri-negeri,
manakala untuk menukar nama dan status agama di dalam kad pengenlan
hendaklah berurusan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) (Helwa
Mohammad Zainal & Jasri Zainal,2013).

6.0 HUKUMAN MURTAD MENURUT ISLAM

Dalam Islam menjelaskan hukum bagi mereka yang keluar dari Islam dengan
jelas, malah turut di jelaskan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah. Golongan ini dipelopori
oleh ulama tradisional seperti Madhhab Shafii, Maliki dan Hanbali di mana mereka
berpendapat bahawa murtad tergolong dalam dosa-dosa besar yang tidak
diampunkan oleh Allah melainkan bertaubat. Firman Allah Subhanahu Wataala di
dalam surah al-Baqarah ayat 217 "...Dan sesiapa di antara kamu yang murtad
(berpaling tadah) dari agamanya (Islam), lalu dia mati sedang ia tetap kafir, maka

8
orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan
akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya (selama-lamanya)”

Ini ditambah lagi dengan hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang
bermaksud: "Barangsiapa yang menukar agamanya, bunuhlah dia10." Di dalam
hadis yang lain baginda bersabda yang bermaksud: "Tidak halal darah seseorang
muslim itu kecuali dengan salah satu dari tiga perkara: Orang yang telah berkahwin
melakukan zina, nyawa dibalas dengan nyawa (membunuh dengan sengaja) dan
meninggalkan agama yang berpisah dengan jamaah muslimin." Namun demikian,
hukuman murtad hanya akan dilaksanakan sekiranya telah tamat tempoh untuk
bertaubat yang diberikan seperti memberikan tempoh selama 3 hari untuk bertaubat.
Namun demikian, terdapat beberapa pandangan mengenai tempoh masa untuk
bertaubat yang diberikan.

Walaupunbagaimanapun pada pandangan yang lain menyatakan tiada


ketetapan bentuk hukuman murtad. Pendapat ini dipelopori oleh ulama kontemporari
seperti Abdul al-Mutaali al-Saidi,Ibrahim al- Nakhai, Muhammad Abduh, Mohamad
Hashim Kamali dan lain-lain lagi. Pada dasarnya hukuman murtad bukanlah hudud
tetapi hanya takzir. Golongan ini berpendapat umpamanya pandangan Abdul l-
Mutaali al-Saidi iaitu manusia diberikan kebebasan beragama mengikut pilihannya.
Faktor yang menyebabkan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan
hukuman bunuh pada kesalahan murtad bukanlah kerana kemurtadan mereka tetapi
berfaktorkan pemberontakan menentang Islam. Terdapat juga kritikan ulama
terhadap kesahihan dan darjat hadis “sesiapa yang menukar agamanya hendaklah
dibinuh”. Hadis ini adalah hadis ahad dan tidak kuat untuk dijadikan kepada sesuatu
hukum menurut ilsmu usul fiqh.

Secara ringkasnya, kebanyakan ulama terdahulu berpegang teguh bahawa


murtad dikenakan hukuman hudud manakala ada ulama kontemporari mengatakan
tiada ketetapan mengenai hukuman murtad atau dalam erti kata lain ialnya adalah
takzir. Namun begitu, isu penentuan hukuman murtad bukanlah menjadi perkara
utama yang hendak dibincangkan di dalam artikel ini. Perbincangan akan lebih
menekankan tentang perspektif undang-undang yang digunapakai di Malaysia.

9
7.0 PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MENYEBABKAN MURTAD

Menurut Islam, murtad boleh terjadi dengan melalui perkataan atau ucapan dan
kata-kata (murtad Qawli), melalui perbuatan atau tingkahlaku (murtad fi’li), Melalui
akidah, kepercayaan atau niat. (Murtad I’tiqadi).

a) Melalui perkataan atau ucapan dan kata-kata (Murtad Qawli).

Murtad boleh berlaku dengan perkataan atau ucapan dan kata-kata yang
dikeluarkan oleh seseorang Islam yang menunjukkan dia menolak hukum-hukum
Islam dan prinsip-prinsip ajaran Islam yang diketahui oleh semua orang atau kata-
kata yang menghina mana-mana ajaran Islam, hukum-hukum Islam, menghina Allah
SWT, menghina nabi Muhammad SAW dan nabi-nabi lain dan sebagainya, atau
seseorang itu mengingkari wajib mengeluarkan zakat, wajib berpuasa, wajib
sembahyang lima waktu, wajib haji dan lain-lain. Begitu juga kalau seseorang Islam
menghalalkan hukum yang diharamkan oleh Allah dan rasulnya atau sebaliknya
mengharamkan sesuatu yang halal yang telah disepakati oleh para ulama tentang
halal atau haramnya seperti dia menghalalkan zina, menghalalkan liwat (hubungan
sejenis), menghalalkan minum arak atau mengharamkan perkahwinan,
mengharamkan jualbeli dan seterusnya. Maka sikap demikian boleh menjadi murtad.

b) Melalui perbuatan atau tingkahlaku (Murtad Fi’li).

Murtad juga boleh berlaku melalui apa-apa perbuatan atau apa-apa tingkahlaku
yang boleh membatalkan imannya, maka seseorang itu boleh menjadi murtad
seperti sujud kepada berhala, matahari, bulan, manusia, kepada malaikat atau
kepada mana-mana makhluk lain atau melakukan ibadat terhadap selain daripada
Allah SWT seperti menyembah batu, pokok kayu dan lain-lain. Begitu juga yang
meninggalkan sembahyang fardu atau puasa Ramadhan dengan mengatakan ia
tidak wajib, maka dia boleh menjadi murtad kerana dia mengingkari salah satu
perkara wajib yang telah diketahui oleh setiap orang Islam, tetapi kalau dia yakin
sembahyang atau puasa itu wajib, maka ia tidak menjadi murtad. Begitu juga mana-
mana perbuatan yang menghina, merendah dan mempersendakan Islam seperti
mencampakkan Al-Quran ke tempat-tempat kotor secara sengaja atau kitab-kitab
hadis dan tafsir atau memijak-mijaknya dengan niat menghina.

c) Melalui akidah, kepercayaan atau niat (Murtad I’tiqadi).

10
Murtad melalui akidah, kepercayaan atau niat akan berlaku apabila seseorang
Islam mengingkari didalam hatinya mengenai kebenaran ajaran Islam seperti dia
yakin ajaran Islam sama sahaja dengan ajaran agama lain, atau yakin bahawa
agama lain lebih baik dari agama Islam, dia yakin hukum hudud (jenayah Islam)
tidak layak dilaksanakan sekarang di dalam masyarakat moden. Begitu juga apabila
seseorang Islam yakin Allah tidak berkuasa, Allah tidak mencipta alam ini, Allah
lemah, mempunyai sifat sama seperti makhluk dan lain-lain lagi. Demikian juga jika
seseorang itu percaya bahawa nabi Muhammad SAW bukan nabi akhir zaman,
syariat dan ajaran Islam yang dibawa bukan untuk seluruh manusia, atau dia
percaya hukum Islam yang dibawa oleh baginda adalah hukum-hukum lampau, tidak
sesuai dengan zaman moden sekarang. Dia menghina apa-apa ajaran yang
dibawanya, dia beriktikad tidak ada dosa dan pahala, tidak ada syurga dan neraka,
manusia tidak dibangkitkan semula sesudah mati, beriktikad agama orang kafir lebih
baik dari agama Islam atau berbalik-balik hati antara mahu menjadi kafir pada masa
akan datang dan lain-lain lagi keyakinan dan iktikad yang salah.

8.0 PUNCA-PUNCA MURTAD

Kurang Didikan Agama

Punca utama terjadinya murtad ialah kurangnya didikan agama. Kurang


didikan agama dalam erti kata lain jahil boleh menyebabkan akidah seseorang itu
cepat goyah apabila di pengaruhi oleh unsur-unsur lain. Peluang untuk mendalami
ilmu agama tidak dimanfaatkan malah masayarakat kini lebih disogokkan dengan
kemajuan sains dan teknologi.

Penekanan sistem pendidikan hari ini lebih menjurus kepada kesepaduan


ilmu Sains dan Teknologi dengan meletakkan ilmu agama dalam kelas kedua. Dilihat
sebagai kelemahan umat Islam kerana kegagalan memelihara keislaman dan
mengerjakan segala perintah Allah SWT. Contohnya ramai kalangan remaja
memandang mudah ibadah solat malah ada yang langsung tidak tahu
mengerjakannya. Hal ini menyebabkan diri mereka terdedah melakukan lebih
banyak dosa, melemahkan keislamannya dan meletakkan agamanya di tempat yang
rendah. Keadaan inilah menyebabkan golongan remaja kita mudah terpesong
akidahnya dan ada yang menjadi murtad.

11
Akibat kejahilan dan juga tidak faham tentang hakikat ajaran Islam serta
syariatnya menyebabkan nilai kehidupan manusia mundur ke belakang, lalu
manusia mencari alternatif lain untuk memenuhi ruang lingkup kehidupan. Manusia
tidak menyedari bahawa sebenarnya mereka telah terjebak di dalam perangkap
kehidupandan tidak tahu memilih yang mana satukah jalan yang sepatutnya mereka
harungi. Akibat dari kejahilan juga menyebabkan mereka lebih cenderung memilih
kekufuran daripada memilih keimanan dalam kehidupan (Muhammad Isa Selamat,
1998).

Selain itu juga, disebabkan oleh kecetekan ilmu dan iman, maka seseorang
itu digolongkan dalam kategori jahil dari segi akidah. Ini akan menyebabkan umat
Islam meragui dan tidak menyakini akan kekuasaan Allah SWT Ia juga akan
mendorong seseorang itu taksub dan sukar menerima pandangan serta teguran
daripada orang lain. Di samping menyebabkan umat Islam mundur dalam semua
aspek kehidupan. Keadaan ini sukar diubah dalam masa yang singkat sebaliknya ia
memerlukan proses pemulihan dan pemantauan yang berterusan (Farahwahida
Mohd Yusof,2008).

Perkahwinan dan Percintaan

Perkahwinan dan percintaan juga merupakan punca utama terjadinya gejala murtad
terutama dalam kalangan umat Islam. Banyak kes yang berlaku dalam kalangan
mereka yang murtda adalah akibat menjalinkan percintaan dengan mereka yang
bukan Islam. Walaupun terdapat pendidikan agama yang secukupnya, akibat
daripada masalah percintaan mereka terjebak dalam gejala murtad Adalah malang
apabila mendapati remaja yang terlibat merupakan remaja yang cukup kasih
sayang, terpelajar dan menutup aurat, bukannya remaja liar yang tiada arah dan
tujuan. Sebagai contohnya kisah Aishah Bokhari yang kini sudah sepi dan semakin
dilupakan. Keengganan teman lelakinya untuk memeluk agama Islam telah
membawa kepada kemelut ini.

Seterusnya gejala murtad juga berlaku disebabkan faktor perkahwinan, sama


ada lelaki bukan Islam atau wanita bukan Islam ingin berkahwin dengan pasangan
hidup mereka yang beragama islam Akibat perasaan cinta yang membara di dalam
hati sanubari, seseorang itu sanggup menggadaikan maruah agama demi cinta
sebegini. Misalnya kisah Lina Joy atau nama sebenarnya Azlina Jelani yang

12
menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan seorang pemuda India beragama
Kristian, dan meminta untuk didaftarkan perkahwinan tersebut untuk mengesahkan
perkahwinan beliau. Selepas berkahwin dengan seorang Kristian, beliau memohon
untuk mendaftarkan perkahwinannya, tetapi tidak dibenarkan kerana di dalam Kad
Pengenalan masih tertulis beliau seorang yang beragama Islam. Beliau berusaha
untuk menghilangkan perkataan agama Islam tersebut dengn permohonan kepada
Jabatan Pendaftaran Negara (Farahwahida Mohd Yusof,2008).

Sesetengah kes murtad yang melibatkan saudara baru pula berpunca dari
perkahwinan. Antaranya mahu berkahwin dengan gadis atau lelaki Islam. Sekiranya
pasangan yang dipilihnya mempunyai latar belakang agama yang baik maka ia
mungkin tidak menimbulkan sebarang masalah kerana suami atau isterinya boleh
membimbing pasangannya (Muhammad Isa Selamat,1998).

Masalah turut wujud apabila kebanyakan pasangan baru ini tidak mampu
menjalan tanggungjawab dan peranan. Kekecewaan dan masalah yang dihadapi
akan membuatkan seseorang itu hilang pertimbangan dan tidak terkecuali kepada
golongan mualaf atau saudara baru yang masih kurang dalam didikan agama, dan
masih mencari arah hidup sebagai seorang Islam. Walaupun dari segi niatnya tidak
begitu sempurna keran ramai saudara baru yang bertukar agama atas faktor
perkahwinan namun pengislaman itu perlu diterima dan perlu disusuli dengan
program-program pemantapan akidah yang konsisten.

Hal ini, harus di ambil berat oleh Jabatan Agama Islam agar lebih bijak
menangani kes-kes rumah tangga yang semakin serius. Menurut Zulkifli Nordin,
Banyak kes yang diajukan kepadanya berkaitan dengan kes isteri memilih murtad
sebagai jalan penyelesaian perceraian. Misalnya, apabila seseorang wanita
melaporkan penderaan yang dilakukan oleh suaminya kepada Jabatan Agama
Islam, seharusnya pegawai Jabatan Agama bertindak segera sebelum wanita
sebegini mengambil tindakan drastik yang lain, antaranya ialah mereka memilih jalan
untuk murtad agar ikatan perkahwinan ini terbubar (Aninah Janang,2006).

Pada dasanya, di dalam Islam tidak sekali-kali mengiktiraf perkahwinan yang


dibina atas dasar cinta, tanpa mempedulikan maruah agama. Ajaran Islam tidak
berkompromi dengan mana-mana ajaran lain kerana agama Islam sudah lengkap

13
dan tidak memerlukan sebarang perubahan daripada mana-mana ajaran lain
(Farahwahida Mohd Yusof,2008).

Peranan Ibu Bapa

Gejala murtad juga turut berpunca daripada kegagalan institusi keluarga


terutama peranana ibu bapa yang dianggap gagal untuk memberi pendidikan yang
sempurna kepada anak-anak akibat keperluan pekerjaan yang mendesak.Hal ini
menyebabkan pendidikan anak-anak tidak dapat diserahkan spenuhnya kepada ibu
bapa, malah lebih membimbangkan kebanyakkan ibu bapa menyerahkan peranan
mereka dalam mendidik anak-anak sepenuhnya di tangan orang gaji atau pembantu
rumah.Lebih membimbangkan lagi apabila kebanyakan pengasuh mahupun orang
gaji ini tidak memiliki kemahiran mengasuh anak terutamanya mengenai jiwa remaja,
mental dan perkembangan anak-anak, hal ini turut berlaku dalam kalangan ibu bapa
yang kurang berpengetahuan dalam ilmu keibubapaan.

Dalam perkembangan teknologi yang semakin pesat, cara yang praktikal


harus digunakan dalam mendidik anak-anak.Ibu bapa seringkali menganggap
kemewahan adalah jalan terbaik untuk mendidik anak-anak.Ini
menyebabkankurangnya kasih sayang menyebabkan hubungan kekeluargaan tidak
intim dan menyebabkan anak-anak mencari kasih sayang dan perhatian dari luar.Ibu
bapa tidak memberi perhatian yang cukup kepada anak-anak mereka.Oleh yang
demikian, para ibu bapa perlulah memainkan peranan yang amat penting dalam
mendidik anak-anak mereka ketika masih kecil lagi dengan kehidupan yang
berlandaskan syariat Islam agar pengetahuan mereka mengenai agama kukuh
tertanam dalam hati mereka sebagai panduan untuk menempuh cabaran kehidupan.

Selain itu, terdapat kes anak-anak hasil perkahwinan campur dan diabaikan
oleh keluarga cenderung untuk kembali kepada agama asal ibu atau ayahnya.Hal ini
menunjukkan ceteknya pengetahuan agama ibu dan ayah yang masih
mengamalkan budaya hidup lama menyumbang masalah murtad dalam kalangan
remaja.Sebagai contoh iaitu Mohd Yunus Kassim, berusia 62 tahun mendakwa dia
murtad sejak berumur 13 tahun dan memohon bertukar agama kepada Buddha di
Pejabat Agama Islam daerah Tampin tetapi tidak dibenarkan pada 1974.Beliau
merupakan anak kepada pasangan Che Putih dan lelaki Cina Goh Fook Heng yang
memeluk Islam dan menukar namanya kepada Kassim Abdullah. Menurutnya, beliau

14
berkahwin dengan seorang wanita Cina, Yan Joo Eng, 60, mengikut adat Cina dan
memperoleh enam anak berusia antara 29 hingga 39 tahun(News Straits Time,
2006).

Sesungguhnya, apabila anak-anak meningkat remaja maka pendidikan


agama yang sempurna semasa kecil oleh keluarganya akan menghindarkan mereka
daripada murtad. Rasulullah s.a.w bersabda dalam hadisnya yang bermaksud:

“Didiklah anak kamu pada tiga perkara: Mencintai Nabi kamu, ahli baitnya dan
membaca al-Quran.Kerana sesungguhnya orang-orang yang memelihara Al-Quran
berada di dalam lindungan sinngahsana Allah ada hari tidak ada perlindungan
kecuali perlindungan Allah serta para nabiNya dan orang-orang yang suci”.

(Riwayat At-Tabrani)

Ekonomi dan Materialisme

Banyak masalah keluar daripada agama yang berlaku berpunca daripada


pengaruh kebendaan.Kos hidup yang meningkat menyebabkan manusia tidak lagi
memegang kepada nilai-nilai yang baik terutama dalam menjalankan
tanggungjawab.Hawa nafsu dan keinginan yang tidak terbatas untuk memiliki
pelbagai kehidupan mewah, status dan gaya hidup mendorong ke arah keruntuhan
sosial (Abd Rahmi Abd Rashid, 2001). Nilai materialisme atau kebendaan
mendorong kepada berlakunya kepincangan dalam masyarakat.Pertimbangan
faedah kebendaan untuk mencapai keselesaan, kesenangan dan kebanggaan,
menyebabkan orang sanggup melakukan apa sahaja untuk tujuan kebendaan.
Masyarakat yang mementingkan kebendaan dan mengabaikan etika dan kerohanian
akan menghadapi krisis moral dan krisis nilai.

Akhirnya,manusia yang dihimpit kesempitan hidup juga boleh


mengakibatkannya menggadaikan agama demi meneruskan kehidupan.Malah
tuntutan hidup di zaman materialistik membuatkan ramai orang Islam murtad.

Selain itu, kisah golongan ibu tunggal yang terjebak dengan gejala murtad di
Kuala Terengganu suatu ketika dahulu.Ada di antara mereka yang sudah memeluk
agama lain tetapi masih kekal bertudung dan pergi ke masjid untuk mengabui
matamasyarakat. Agak sukar untuk mengecam kelompok ini kerana mereka masih

15
mengekalkan pemakaian tudung dan menjalankan aktiviti ibadah seperti orang Islam
yang lain seperti pergi ke masjid dan sebagainya, sedangkan dalam masa yang
sama, mereka memakai lambang salib pada leher mereka. Golongan ini dibantu
oleh pihak agama lain dari segi perniagaan dan diberikan segala macam
kemewahan. Selain itu, sekiranya mereka sudah membuat upacara menyerahkan
diri kepada 'Tuhan', semakin banyak kemewahan yang akan mereka perolehi
(Shahidan Jaafar, 2006).

Rasulullah s.a.w pernah menyatakan tentang hakikat hidup yang dibelenggu


kemiskinan atau kefakiran merupakan suatu wabak yang boleh menyebabkan
seseorang itu boleh menjadi kafir.95 Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.wm yang
bermaksud:-

“Hampir-hampir kefakiran itu boleh menyebabkan kekufuran.”

(Riwayat al-Baihaqi)

Penguatkuasaan Undang-undang yang Longgar

Menurut Prof. Dr. Yusof al-Qardhawi corak pentadbiran warisan penjajah


memang sudah dirangka agar umat Islam terlucut dari pegangan agama yang murni.
Kebanyakan Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam negeri-negeri di Malaysia
masih belum mempunyai suatu undang-undang pencegahan terhadap murtad.
Cuma Kelantan dan Terengganu sahaja mempunyai satu enakmen negeri yang
dipanggil Enakmen sekatan pengembangan agama bukan Islam.Namun begitu
enakmen initidak begitu lengkap kerana pencegahan di sini hanya terhadap bukan
Islam yang menjalankan dakyah agama asing kepada umat Islam.Sebagai
contohnya Sek 4 (1) Enakmen tersebut bagi negeri Terengganu. Ianya berbunyi:
‘Seseorang adalah meIakukan kesaIahan jika ia memujuk, mempengaruhi atau
menghasut seorang yang beragama Islam:

a) Supaya rnenjadi penganut atau anggota suatu agama bukan Islam atau
supaya cenderung kepada agama itu atau:

b) Supaya meninggalkan atau tidak suka kepada agama Islam Sek 4 (2)
memperuntukkan bahawa seseorang yang didapati bersalah boleh didenda
RM10,000 ringgit atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali. Termasuk juga

16
dalam Enakmen ini, jika seseorang bukan Islam berusaha mengadakan perjumpaan
atau menghubungi dengan telefon seorang lslam yang lain bagi tujuan
mendedahkan orang itu pada apa-apa ucapan atau pertunjukan mengenai apa-apa
agama bukan IsIam.Kesalahan ini boleh didenda sebanyak RM5, 000 atau penjara
enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Pentadbiran Negara

Sesetengah masyarakat ada yang memikirkan terlalu banyak sekatan dalam


agama Islam itu sendiri.Ini jelas terbukti apabila khutbah-khutbah dan ceramah
ceramah di masjid-masjid di Malaysia ini perlu mendapat kelulusan pihak
berkuasa.Ini menyebabkan para khatib bukannya berkhutbah seperti yang
sepatutnya akan tetapi hanya sekadar m embaca teks khutbah yang mana ini boleh
dilakukan oleh kebanyakan orang.Bagaimana mereka hendak tertarik pada Islam
apabila khatib tidak pandai untuk memrikan khutbah berdasarkan isu semasa dan
keadaan setempat. Bayangkan isi khutbah yang dibandar turut sama di baca di
tanah0tanah perancangan, sedangkan keadaan di luar bandar tidak semestinya
sama dengan isu yang berlaku di bandar (Rozmal Malakan, 2005)

Berlainan sekali dengan agama selain daripada agama Islam, di mana tiada
larangan dan halangan untuk pendeta-pendeta mereka memberikan ceramah.Sudah
pasti ada remaja Melayu yang tertarik kerana senario begitu berbeza sekali apabila
di rumah-rumah ibadah bukan Islam, pendeta-pendeta mereka bebas dan petah
untuk berceramah ada perjumpaan mingguan sedangkan khatib-khatib di masjid
hanya boleh berceramah menggunakan teks yang diluluskan.Maka tidak hairanlah
pada hari Jumaat apabila khatib sedang berkhutbah, ramai dikalangan para jemaah
yang tersengguk-sengguk menahan ngantuk ataupun mungkin ada yang terlena
akibat bosan (ibid).

Rasa kesal dengan sikap ketidak prihatinan pihak-pihak tertentu seperti


Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Jabatan Kebajikan Masyarakat, wakil rakyat,
orang-orang kaya dan masyarakat sekeliling menjadikan golongan yang
memerlukan pertolongan dari sudut kewangan, tempat tinggal, pekerjaan seperti
saudara baru, ibu tunggal, anak yatim dan sebagainya berasa putus asa.Sudahlah
bantuan sukar diperoleh, lebih menyedihkan adakalanya mereka dihina oleh orang
yang seagama dengan mereka. Kesannya apabila ada bantuan yang diberikan oleh

17
golongan bukan Islam seperti gerakan missionari memberikan bantuan, mereka
dengan mudahnya menerima bantuan tersebut tanpa memikirkan stategi dakwah
golongan ini (Farahwahida Mohd Yusof, 2008)

Dakwah Kurang Peranan

Dakwah merupakan tugas seluruh para utusan Allah.Para utusan ini


mengajak kaum mereka supaya beriman dengan Allah dan hanya mengabdikan diri
kepada Allah.Akan tetapi, tiada pengecualian dalam hal ini.Allah S.W.T memberi
penghormatan kepada umat Islam untuk berkongsi memikul tugas ini bersama
Rasulullah s.a.w. ini jelas menunjukkan bahawa orang yang bertanggungjawab
melaksanakan dakwah ini ialah setiap orang Islam lelaki dan mahupun wanita
kerana mereka umat Islam (Abdul KarimZaidan, 2002)

Walaubagaimanapun, keadaan berlakunya sebaliknya segelintir masyarakat


tidak mengambil endah akan persekitarannya.Seperti dalam masalah gejala murtad
ini, sikap tidak memberi nasihat dan tidak mengambil endah menyebabkan
seseorang itu lalai dalam Islam dan seterusnya keluar daripada Islam.Selain itu, bagi
seseoang yamg masuk Islam seharusnya masyarakat Islam sentiasa menolong
mereka dan memberi dakawah tentang Islam.Umat Islam seharusnya meletakkan
tanggungjawab tersebut pada pihak yang bertanggungjawab sahaja seperti contoh
PERKIM. Sekiranya dakwah ini kurang memainkan peranannya, maka tidak mustahil
sekiranya mereka ini kembali kepada agama asalnya (Farahwahida Mohd
Yusof,2008).

Diskriminasi (saudara baru)

Golongan ini bukan sahaja tidak mendapat pembelaan daripada umat Islam
tetapi dibiarkan hidup tersisih.Apa yang mereka pelajari tentang Islam jauh berbeza
dengan hakikat yang terpaksa mereka hadapi.Persaudaraan yang ditekankan oleh
Islam tidak membezakan penganutnya Setiap umat Islam adalah bersaudara dan
kemuliaan sebenar atas dasar keimanan, ketakwaan serta ketinggian akhlak.Tetapi
kewujudan saudara baru ini dianggap sebagai satu kelompok individu asing, terpisah
daripada umat Islam yang lainnya.Mereka diberikan pelbagai gelaran dan panggilan
yang boleh mendiskriminasikan mereka dengan umat Islam lain.Sama ada disedari
ataupun tidak sebaran ini menyebabkan perasaan merendah diri di kalangan

18
saudarabaru semakin kuat. Akhirnya mereka akan bergaul dan bercampur sesama
mereka sendiri menyebabkan integrasi serta komunikasi mereka dengan umat Islam
lain terputus.

Apabila keadaan ini berlaku, ia menyebabkan seseorang saudara baru itu


mudah hanyut dan membawa haluan diri masing-masing.Masyarakat Islam
seharusnya membimbing, memandu dan memimpin mereka supaya akidah yang
baru bertunas itu dapat bertapak serta membentuk tapak yang kukuh di dalam hati
mereka. Tanpa mendapat bimbingan yang sempurna, saudara baru ini akan terus
tersisih daripada masyarakat Islam serta jahil tentang agama Islam. Apabila
seseorang saudara baru dibiarkan tanpa usaha susulan untuk membantu dan
membimbingnya akan menyebabkannya mudah hanyut dibawa oleh arus perubahan
serta perkembangan persekitarannya. Ada di antara mereka masih lagi beragama
Islam tetapi mengamalkan cara hidup yang tidak Islamik. Bagi yang golongan yang
berputus asa dengan keadaan dirinya akan mengambil tindakan yang iaitu untuk
keluar daripada agama Islam (Farahwahida Mohd Yusof, 2008)

KESAN TERHADAP PERBUATAN MURTAD.

Apabila seseorang Islam itu telah keluar daripada Islam, maka akan memberi
kesan kepada mereka. Antaranya adalah seperti berikut:

Harta orang Murtad

Seseorang yang telah di sabitkan oleh mahkamah melakukan jenayah murtad


dan dia enggan bertaubat setelah disuruh bertaubat dan diberi tempoh selama tiga
hari untuk bertaubat, maka dalam kes ini hakim bolehlah menjatuhkan serta
mengisytiharkan hukuman bunuh ke atasnya dan memerintahkan semua harta
benda yang diperolehinya sebelum atau selepas dia melakukan jenayah murtad itu
dirampas dan diserahkan kepada Baitul Mal dan menjadikan hak milik Baitul Mal
kerana hasil usahanya semasa dia murtad adalah usaha orang yang dihalalkan
darahnya yang tidak dimiliki oleh sesiapa pun (Wahab al-Zuhaili,2001).

Menurut Imam Shafie, orang murtad hilang pemeliharaan dirinya dengan


sebab murtad.Maka dia wajib dibunuh.Dengan demikian juga hilanglah
pemeliharaan harta bendanya. Sekiranya dia kembali memeluk Islam, jelaslah
bahawa murtad itu tidak menjadi sebab kehilangan milik; sekiranya dia dibunuh, mati

19
atau masuk ke negara musuh (harbi) maka jelaslah bahawa murtad menjadi sebab
bagi kehilangan milik semasa ia berlaku.81Menurut Jumhur Fuqaha’, harta orang
yang murtad tidak boleh diwarisi oleh ahli warisnya yang Islam kerana mereka itu
telah berlainan agamanya sekalipun hartanya itu diperolehinya sebelum dia
murtad.Menurut Imam Hanafi pula, harta orang yang murtad yang diperolehinya
semasa dia Islam adalah dianggap sebagai harta orang Islam yang boleh diwarisi
oleh ahli warisnya yang Islam.

Dalam pengurusan harta orang yang murtad, jumhur fuqaha’ yang terdiri dari
Imam Malik, Hanafi dan Hanbali menyatakan bahawa orang yang murtad tidak boleh
melaksanakan pengurusan hartanya malah harta mereka itu selama mereka di
dalam murtad hendaklah digantungkan (dibekukan pengurusannya).Sekiranya
mereka itu kembali menganut agama Islam maka bolehlah mereka meneruskan
pengurusan hartanya itu.Tetapi jika mereka itu mati dalam murtad, maka haknya
terhadap hartanya itu adalah terbatal kerana ia melibatkan hak orang lain. Menurut
Imam Syafie, semua pengurusan harta orang yang murtad (selama ia di dalam
murtad) yang tidak boleh digantung (dibekukan) ialah jual beli, hibah, sewa
menyewa, gadai menggadai dan sebagainya. Sementara Imam Abu Hanifah
berpendapat mengenai hutang orang yang murtad yang wajib dibayarnya semasa ia
di dalam Islam (sebelum ia murtad) wajib dibayarnya dengan harta yang
diperolehinya semasa ia Islam dan hutang yang wajib dibayar semasa ia murtad
dengan harta yang diperolehinya semasa ia murtad (Farahwahida Mohd Yusof,
2008).

Perkahwinan orang yang murtad

Seorang lelaki yang murtad tidak bolehmengahwini mana-mana perempuan


sekalipun.Sama ada beragama Islam, kafir ataupun murtad kerana dia wajib
dihukum bunuh.Begitu juga dengan perempuan yang murtad tidak boleh
mengahwini mana-mana lelaki sama ada beragama Islam atau kafir atau
murtad.Menurut mazhab Hanafi perempuan murtad wajib dipenjara dan menurut
jumhur ulama’ wajib dihukum bunuh (Arieff Salleh Rosman, 2001). Seseorang suami
atau isteri yang telah sabit dalam mahkamah melakukan jenayah murtad, hakim
hendaklah mengisytiharkan bahawa perkahwinan mereka itu sudah terbatal.Hal ini
kerana dengan sebab murtad salah seorang dari suami isteri maka diwajibkan

20
mereka tadi bercerai kerana orang-orang yang murtad itu dalah adalah orang yang
tidak mempunyai pegangan agama sekalipun mereka itu keluar dari agama Islam
menganut agama samawi.

Sekiranya suami itu bertaubat dan ia hendaklah kembali semula kepada


isterinya, wajib dinikahkan semula dengan aqad dan mahar yang baru kerana
penceraian di antara suami isteri itu adalah dari sebelah pihak suami dengan
kehendak suami itu sendiri iaitu melakukan jenayah murtad.Jumhur fuqaha’
berpendapat bahawa penceraian di antara suami isteri disebabkan murtad suaminya
adalah dianggap sebagai fasakh kerana penceraian di antara suami isteri itu adalah
ditetapkan oleh hukum syara’ iaitu bukan dengan sebab dilakukan suami.

Jika seseorang isteri telah murtad wajib difara’kan (diceraikan) dengan


suaminya dengan penceraian secara fasakh.Namun, jika sekiranya isteri itu
bertaubat dan dia hendaklah kembali semula kepada suaminya, wajib akad nikah
dan mahar yang baru dan tidak boleh dikurangkan bilangan talaknya.Jika seseorang
yang telah murtad yang hendak berkahwin dengan pasangan dari penganut agama
yang baru dianutinya, orang murtad itu wajib dibunuh dan tidak boleh dianggap lagi
sebagai kafir zimmi yang boleh diberikan perlindungan. Orang-orang yang murtad itu
bukan sahaja ia tidak boleh berkahwin malah hak mereka sebagai wali untuk
mengahwinkan perempuan yang dibawah kuasanya juga adalah terbatal dengan
sebab murtadnya.

Hak perwakilan

Wali bagi orang Islam ialah orang Islam juga.Orang kafir tidak boleh menjadi wali
kepada orang Islam dalam bidang apapun juga.Maka apabila seorang lelaki murtad
maka hilanglah hak perwalian atas anak-anaknya.Ia tidak boleh menjadi wali anak
lelakinya yang masih kecil dan tidak boleh mewalikan perkahwinan anak
perempuannya83. Allah SWT berfirman:

Maksudnya: “Allah sama sekali tidak memberi jalan kepada orang-orang kafir buat
menguasai orang-orang yang beriman.”

(Surah an-Nisa’: ayat 44)

21
Hak persaksian

Dalam kebanyakan urusan orang-orang Islam disyaratkan bahawa oarang


yang hendak menjadi saksi mestilah orang Islam yang adil.Orang Islam yang
fasiktidak diterima menjadi saksi.Orang kafir tidak boleh menjadi saksi walaupun ia
kafir zimmi kecuali dalam perkara wasiat orang Islam yang hendak meninggal dunia
dalam perjalanan apabila tidak ada orang Islam.

Hak dalam pimpinan dan jawatan

Bagi jawatan pemimpin, pengurus dan pelindung orang Islam hendaklah


terdiri daripada orang Islam.Sebagaimana orang kafir adalah pemimpin bagi orang
kafir.85 Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah. Ayat 55

Maksudnya: “Sesungguhnya wali kamu hanyalah Allah dan rasulnya dan orang-
orang yang beriman yang mendirikan solat dan menunaikan zakat serta mereka
tunduk kepada Allah SWT.”

Jika seseorang itu murtad selepas menjadi pemimpin atau pengurus bagi
orang Islam, maka dengan murtadnya itu ia secara hukumnya telah kehilangan
peranannya dan sudah tidak terhad lagi untuk memimpin dan mengurus orang-orang
Islam.

RINGKASAN KES MURTAD

Kes 1: Lina Joy (pada tahun 2000)

Nama asal: Azlina Jailani

Fakta kes:

Mendapat kebenaran untuk kes dibawa kepada Mahkamah Persekutuan.Kes


didengar oleh 3 Hakim (2 Muslim & 1 non-Musli.Ketua Hakim Tun Fairuz, Dato’
Alauddin, & Dato’ Richard).Pada dasarnya berpendirian yang sama menyokong
tindakan Mahkamah Rayuan, hinggalah Majlis Peguam yang di ketuai oleh Peguam
Malik Imtiaz Sarwar dan beberapa yang lain, yang hanya menjadi barisan peguam

22
pemerhati beserta banyak lagi NGO yang menyokong Lina Joy meminta untuk
memberi hujah & bersuara dan dibenarkan oleh mahkamah yang terlibat.

Azlina Jailani berkahwin dengan seorang Kristian, dan memohon untuk


pendaftaran perkahwinan, tetapi tidak dibenarkan sebab di dalam Kad Pengenalan
masih tertulis beragama Islam walaupun beliau berjaya menukar nama dalam Kad
Pengenalan kepada Lina Joy.

Pada tahun 2000, Lina Joy telah berusaha untuk menghilangkan perkataan agama
Islam dengan permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

1. Permohonan Lina Joy tidak dibenarkan oleh JPN disebabkan tidak ada
kebenaran dari Mahkamah Syariah yang membenarkan memperakui beliau keluar
Islam.

2. Mahkamah Syariah mengguna pakai undang-undang Islam yang tidak


membenarkan (MENGHARAMKAN) seseorang Muslim keluar dari Islam (Murtad),
dan Sijil Tukar Agama (Murtad) seperti yang dikehendaki oleh JPN tidak dapat
dikeluarkan.

Permohonan bermula di Mahkamah Tinggi tahun 2000, seterusnya ke


Mahkamah Rayuan pada 19-Septemebr-2005, dan keduanya mengiktiraf bahawa
kes adalah dalam kuasa Mahkamah Syariah untuk membenarkan beliau keluar dari
Islam dan membolehkan dibuang perkataan Islam di dalam Kad Pengenalan.Setelah
semuanya tidak berjaya, peguambela, Dato’ Dr Cyrus Das, juga bekas Presiden
Majlis Peguam, berjaya.

Keputusan Mahkamah

1. Hujah yang dibawa oleh barisan peguam pemerhati yang diketuai oleh Majlis
Peguam tersebut melarikan isu utama kes berkenaan daripada hak & kuasa
Mahkamah Syariah TETAPI memberi hujah bahawa Lina Joy adalah berhak
untuk mempraktikkan kepercayaannya dan dilindungi oleh perlembagaan
sebagai hak individu seperti yang terkandung di dalam Artikel 11
Perlembagaan Persekutuan.
2. Isu Mahkamah Syariah seperti yang diputuskan oleh mahkamah terdahulu
sudah tidak releven lagi pada hujah Majlis Peguam, dan isu yang

23
diperjuangkan oleh Kumpulan Artikel 11 & IFC dijadikan isu utama kes ini di
Mahkamah Persekutuan. Isu yang diperjuangkan oleh kesebelas NGO non-
Mulsim atas nama kumpulan Artikel 11 & Inter-Faith Council (IFC) adalah
untuk mendefinisikan perkataan "person" (individu) yang terkandung di dalam
Artikel 11 tersebut untuk merujuk kepada individu as per sey, bukan lagi
kumpulan atau agama secara umumnya.

Kes 2: Aishah Bukhari (pada tahun 1997)

Fakta kes

Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam CinaKristian.
(Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk
membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan
seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan
dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak
kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu
menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya
Kuala Lumpur bahagian jenayah

(Peguam) Sebab yang dia beri, "Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh
NurAisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran
agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat
sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam."

Perenggan 23: "Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung
secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa
saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama
pilihannya iaitu Kristian Khatolik".

Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan


menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun)
berhak mutlak menukar agamanya.Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan
orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri.
Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku
pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil, undang-undang
syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara

24
rasmihendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi
parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak
termasuk.

Keputusan Mahkamah

1. Article 4 pula menyatakan: "Mana-mana undang-undang yang bertentangan


yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini
termasuklah hukum syara'.

Nor'Aishah melalui peguamnya mendakwa telah mengikrarkan satu surat akuan


yang menyatakan bahawa dia ingin meninggalkan agama Islam untuk memeluk
agama Katholik dengan memakai nama Aishah Felicia Bokhari pada 22 Oktober
tahun lalu.

2. Bagaimanapun kesahihan dakwaan itu masih tidak jelas kerana tiada


pengakuan dan keterangan secara terbuka daripada Nor'Aishah sendiri
mengenai perkara itu.

Pengakuan yang ada hanya menerusi seorang peguam tetapi ia diragui oleh
keluarga Nor'Aishah berdasarkan kenyataan taubat yang dibuat oleh gadis itu di
Jabatan Agama Islam Negeri Johor di Johor Bahru pada 18 Disember lalu.

3. Gadis itu bagaimanapun dilaporkan hilang pada 30 Disember lalu dan kini
dipercayai berada bersama teman lelakinya, Joseph Arnold Lee, 28.Pihak
polis tidak menolak sebarang kemungkinan pasangan itu sedang
bersembunyi di negara jiran.

Keterangan gadis itu amat penting bagi menentukan kesahihan pengakuannya


untuk keluar daripada agama Islam Isnin lalu, Nor'Aishah menerusi peguamnya
menarik balik satu permohonan writ habeas corpus terhadap bapa, ibu, abang
dan seorang bapa saudaranya yang didakwa telah mengurung dan menahan
beliau secara paksa. Nor' Aishah bagaimanapun tidak hadir pada hari itu.

25
Kes 3: Hartina Haji Kamaruddin (pada tahun 1995)

Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak.Beliau lepaskan anaknya selepas


18 tahun ke KL untuk cari kerja.Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan
murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan
Hindu dengan nandek kat dahi .Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa
balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil
berpeluk-peluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin
takek si kafir tu kat tengkuk. menggelupur dia depan kedai.

Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak


pengsan. Adik lelaki Kartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak
menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.

Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya
menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report
bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina
merengkok dalam lokap sebab report anak Kesayangannya yang mempertahankan
kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati
seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah
menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni
Rajeswari (nama Hindu).

Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu laknatullah),
Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh
seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya
kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut.
Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan
hina.

Keputusan Mahkamah

1. Surat-surat sumpah bertarikh 1 September 1995 yang menyatakan Hartina


tidak mempartikan lagi agama Islam dan telah menukar namanya kepada
Nivashiny Rajeswaran dan surat pendaftaran mereka bertarikh 24 Mac 1996.

26
2. Setelah empat bulan, Haji Kamaruddin mendapat surat dari Mahkamah yang
telah menetapkan 4 Mei 1998 sebagai tarikh perbicaraan pertama dijalankan.
Rajeswaran adalah saksi ketiga.
3. Selepas dua minggu daripada tarikh perbicaraan, Rajeswaran terkena dua
tembakan dan orang yang dikhendaki adalah Haji Kamaruddin dan setakat ini
terdapat 4 pertuduhan iaitu menyerang Hhartina dan teman lelakinya,
memukul dan menetak teman lelakinya, melarikan hartina selepas mereka
berkahwin serta disyaki menembak Rajeswaran.

Kes 4: Siti Fatimah Tan Abdullah

Siti Fatimah Tan Binti Abdullah (PLAINTIF) diwakili Peguam Ahmad Jailani daripada
Tetuan Arizal, Jailani & Co. Majlis Agama Islam Pulau Pinang (DEFENDEN) diwakili
Encik Munawir daripada Tetuan Lim Kim Siew di hadapan Y.A Hj. Othman bin
Ibrahim Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang.

ULASAN KES

Fakta ringkas kes Plaintif Siti Fatimah Tan Binti Abdullah yang nama asalnya ialah
Tan Ean Hung yang pada asalnya ia beragama Buddha dan mengamalkan ajaran
Buddha.Beliau pada asalnya menyembah tokong dan Buddha. Pada tahun 25 Julai
1998, telah memeluk agama Islam dan didaftarkan dengan nama Siti Fatimah Tan
Binti Abdullah.Pada tahun 4 Ogos 1999 beliau telah berkahwin dengan Ferdoun
Aslanian iaitu seorang warganegara Iran.Selepas 4 bulan berkahwin, suaminya telah
menghilangkan diri.Mengikut keterangan plaintif sendiri di mahkamah, beliau tidak
mengamalkan ajaran Islam dan tidak pernah diajar atau di bawa mempelajari Agama
Islam oleh suaminya. Dalam masa yang sama, beliau beramal dengan ajaran
Buddha dan menyembah berhala Tokong Tok Pek Kong, Kuang Yim Neo dan Ti
Kong, pada setiap hari walaupun semasa menjadi suami isteri bagi pasangan
tersebut.Beliau turut menjelaskan bahawa beliau tidak faham Islam dan tidak yakin
tentang ajaran Islam itu bahkan tujuannya memeluk agama Islam hanya untuk
berkahwin. Beliau menyembah berhala itu pada setiap hari dan pada masa yang
sama suaminya ada ikut serta semasa pergi ke Tok Kong Kuang Yim Neo.Ini
disahkan lagi dengan keterangan baiyinah adik kandung plaintif sendiri semasa

27
memberi keterangan di mahkamah.Beliau tinggal bersama dengan kakaknya dan
melihat kakaknya menjalankan upacara ajaran Buddha dengan menyembah tokong
pada setiap hari.Apa yang dihujahkan oleh peguam plaintif iaitu amalan-amalan
seharian yang berkaitan dengan agama itu menjadi tanggungjawab dan persoalan
yang mahkamah kena selesaikan.Mahkamah harus melihat dari sudut undang-
undang yang ada supaya jelas untuk mahkamah membuat keputusan bagi tuntutan
kes ini.

Dalam seksyen 61(3) (b),dalam bidang kuasa malnya mendengar dan


memutuskan semua tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan atau
prosiding itu adalah orang Islam dan tindakan atau prosiding itu adalah berhubungan
dengan (x) pengistiharan bahawa seseorang itu bukan lagi Islam. Berdasarkan
Seksyen 61(3)(b)-(x) di atas jelas memberikan kuasa kepada Mahkamah Tinggi
untuk membicara dan memutuskan kes yang dibawa ke hadapannya dan tidak
dipertikaikan lagi oleh pihak – pihak yang terlibat. Dalam pada itu Defenden iaitu
Majlis Agama Islam Pulau Pinang tidak mengambil apa-apa tindakan yang wajar
setelah saman diterima.Afidavit yang difailkan oleh peguam menunjukkan bahawa
saman telah disempurnakan.Kegagalan defenden hadir tidak menyebabkan kes ini
ditangguhkan dan mahkamah boleh membuat keputusan kes itu.Apa yang amat
dikesalkan ialah Defenden tidak prihatin dalam menjalankan amanah yang diberikan
iaitu bagi menjaga masalah orang Islam yang diletakkan ke atas Majlis iaitu badan
yang diberi amanah tersebut.

Keterangan Bayinah ini menyokong dakwaan plaintif dan menjadi amalan


mahkamah Syariah menggunakan baiyinah ini sebagai satu pembuktian yang
hendak diambil kira bagi membuat keputusan kes,jika mahkamah tidak
menggunakan keadah ini mahkamah tidak dapat menjalankan fungsi mahkamah
iaitu memberi keadilan kepada semua pihak.Qarinah yang ditunjukkan lampiran “D”
P4 –iaitu “gambar plaintif bersama Toh Pek Kong di dalam rumah P5.Plaintif
bersama Tin Kong di kawasan luar rumah itu Kuang Yim Neo iaitu Tok Kong Buddha
yang disembah setiap hari oleh plaintif. Semasa menjawab soalan mahkamah saksi
Tan Jim Khim menyatakan beliau tidak pernah melihat suami bersembahyang
secara Islam bahkan suami ikut sama kakak sembahyang secara Buddha di Tok
Kong Kuang Yim Neo. Antara keterangan yang lain selalu makan babi dan menjadi
amalan sejak dari kecil walaupun ketika memeluk Islam pun makan babi juga.Semua

28
perkara yang dijelaskan di atas adalah gambaran yang menunjukkan plaintif tidak
tahu tentang Islam dan tidak mengamalkan Islam sejak berkahwin sampai sekarang
ini.

Berdasarkan keadaan Plaintif dan qarinah-qarinah yang ditunjukkan itu amat


jelas bahawa beliau tidak mengamalkan ajaran Islam sejak dari mula memeluk Islam
lagi, akibat dari kekurangan inilah beliau ingin kembali kepada agama asalnyaiaitu
Buddha.Walaupun mahkamah memandang serius hal ini, tetapi mahkamah tidak
mempunyai pilihan melainkan memutuskan iaitu permohonan plaintif ini diluluskan.
Bahawa Plaintif bukan lagi orang Islam mengikut Seksyen 61(3)(b)(x) Enakmen
Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang 2004.Majlis Agama Islam hendaklah
membatalkan Sijil Memeluk Islam bilangan daftar 126/98 bertarikh 11.8.1998.
Manakala,untuk menukar status dalam kad pengenalan, Siti Fatimah diminta
menguruskannya dengan Jabatan Pendaftaran Negara kerana itu di luar bidang
kuasa Mahkamah Syariah. Keputusan tersebut dilaksanakan menurut undang-
undang yang mula terpakai sejak 1 Januari 2006 lanjutan kepada Seksyen 61(3)b(X)
di bawah Enakmen Aturcara Mal 2004, Mahkamah Syariah Pulau Pinang.

Kes 5: Siti Fatimah Abdul Karim

Latar Belakang.

Siti Fatimah Binti Abdul Karim, 29 tahun dilahirkan pada tahun 1978,
merupakan anak kepada pasangan India Muslim, Abdul Karim Mansoosai Bin
Abdullah dan Zaleha Binti Mohd Ali. Beliau dibesarkan oleh ibubapa beliau mengikut
agama Islam dan beliau sendiri mengamalkan ajaran Islam sehinggalah usia 20
tahun apabila beliau melarikan diri bersama teman lelakinya yang beragama Hindu.
Namun begitu, dalam afidavitnya dan laporan yang diperoleh daripada Jerusalem
Post mendakwa bahawa beliau telah dibesarkan oleh neneknya yang beragama
hindu sedangkan mengikut maklumat dari ibunya, nenek sebelah ibunya beragama
Islam manakala nenek sebelah ayahnya beragama Kristian.

Berdasarkan kenyataan pada tahun 2001, beliau telah membuat suatu


deklarasi melalui “statutory declaration” bahawa beliau seorang Hindu dan menukar
nama kepada Revathi Masoosai tanpa membuat sebarang permohonan di
Mahkamah Syariah untuk meninggalkan agama Islam. Oleh sebab itu, kad

29
pengenalan diri beliau masih mencatatkan nama beliau sebagai Siti Fatimah Binti
Abdul Karim dan agama beliau adalah agama Islam.Menurut ibunya, ibubapa serta
keluarganya telah berusaha untuk mencarinya dan membawanya pulang ke
pangkuan keluarga namun kesemua usaha itu gagal kerana mereka sering diancam
oleh keluarga teman lelakinya dan pernah bapa dan adik lelakinya ditahan dalam
lokap polis berpunca dari pergaduhan antara kedua-dua belah pihak.

Setelah beberapa tahun melarikan diri bersama teman lelakinya, pada tahun
2004, beliau telah berkahwin dengan teman lelakinya, Suresh a/l Veerappan,
seorang Hindu mengikut upacara perkahwinan agama Hindu.Oleh kerana itu,
perkahwinan tersebut tidak boleh didaftarkan mengikut mana-mana undang-undang
yang berkuatkuasa kerana perbezaan agama.Hasil daripada perkahwinan tersebut,
pada 19 Disember 2005 beliau telah melahirkan seorang anak di Hospital Besar
Melaka.Ibunya telah mendapatkan bantuan Jabatan Agama Islam Melaka untuk
mendapatkan anak tersebut memandangkan Siti Fatimah masih seseorang yang
beragama Islam di sisi undang-undang.

Ringkasan Kes

Pada 23 Jun 2006, suatu permohonan untuk keluar daripada agama Islam
oleh Siti Fatimah Binti Abdul Karim telah dibuat di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka
( Kes Mal Bil.04200-043-0005 Tahun 2006).Permohonan tersebut telah didengar di
hadapan Yang Arif Tuan Mohd Radzi Bin Hj.Abdul Latif, Hakim Mahkamah Tinggi
Syariah Negeri Melaka dengan kehadiran permohon dan wakil Majlis Agama Islam
Melaka.

Berikutan daripada permohonan tersebut, Mahkamah pada 8 Januari 2007


telah memerintahkan seperti berikut:

i) Pemohon (Siti Fatimah Binti Abdul Karim) ditahan di Pusat Bimbingan


Islam yang dibawah seliaan Majlis Agama Islam Melaka selama 100 hari / Pusat
Pemurnian Akidah , Jabatan Agama Islam Selangor Hulu Yam Bharu, 44300 Batang
Kali, Hulu Selangor. Pemohon dibolehkan membawa anak Pemohon sekali selama
berada di sana.

ii) Pemohon tidak dibenarkan berjumpa dengan sesiapapun melainkan kedua


ibubapa Pemohon dan Pegawai Jabatan Agama Islam Melaka.

30
iii) Majlis Agama Islam Melaka boleh menggunakan apa sahaja cara demi
menyelamtkan aqidah pihak pemohon ini .MAIM juga perlu memantau keadaan
pesalah ini semasa berada di sana.

Berdasarkan perintah ini, Siti Fatimah Binti Abdul Karim telah dihantar ke
Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman, Majlis Agama Islam
Selangor.Walaubagaimanapun, beliau tudak menunjukkan perkembangan yang
positif dalam pemulihannya.Oleh itu, pada 2 Aprik 2007, Mahkamah Tinggi Syariah
Melaka untuk melanjutkan tempoh hari pemulihannya selama 80 hari lagi.

Puan Zaleha Binti Mohamad Ali, ibu kepada Siti Fatimah Binti Abdul Karim
telah menfailkan permohonan untuk mendapatkan hak penjagaan sementara di
Mahkamah Tinggi Syariah Melaka dan permohonan tersebut telah didengar pada 6
Mac 2007 dihadapan Yang Amat Arif, Datuk Mahamad Bin Ibrahim, Ketua Hakim
Syarie, Mahkamah Syariah Negeri Melaka, Mahkamah telah membenarkan
permohonan tersebut dengan membuat pilihan antara lain seperti berikut:

i) Ibu kepada Siti Fatimah (RESPONDEN) atau wakilnya diperintah untuk


menyerahkan anaknya kepada ibunya (Zaleha).

ii) Ibu kepada Siti Fatimah dibenarkan mengurus pendaftaran Sijil Kelahiran dan
bertindak sebagai penjaga kepada anak tersebut sehingga Perintah Kekal Hak
Jagaan dikeluarkan.

Perintah Mahkamah tersebut berkuatkuasa mulai 6 Mac 2007 sehingga 6


April 2007 atau sehinggan Tuntutan Hadhanah dibuat dalam Mahkamah tersebut.
Dalam melaksanakan perintah tersebut, Puan Zaleha bersama-sama peguam beliau
dan pihak polis daripada Balai Polis Daerah Melaka Tengah telah mengambil bayi
tersebut daripada rumah teman lelakinya.

Kes 6: Kamariah Binti Ali

Kes murtad dibawah bidang kuasa Mahkamah Syariah seperti yang


ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 121 (1A) iaitu Mahkamah
Sivil yang disebut dalam Fasal (1) tidaklah mempunyai bidang kuasa berkenaan
dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah.Perbicaraan kes
murtad Kamariah Binti Ali (tertuduh), 54 tahun, yang telah dituduh membuat

31
kenyataan keluar daripada agama Islam di hadapan Hakim Wan Abdul Malik Wan
Sidek pada 12.50 tengah hari 21 Julai 2005 di bilik bicara Mahkamah Rendah
Syariah, Besut, Terengganu.

Tertuduh merupakan seorang bekas ustazah dan beliau pengikut kumpulan


ajaran sesat Ayah Pin, didakwa mengikut Seksyen 7 Enakmen Kesalahan Jenayah
Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana mengaku bukan Islam.Dia boleh
dikenakan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun
atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Tertuduh bersama tiga orang lagi terlibat dalam kes yang sama iaitu Amirah
Binti Mohd, 29, Noraini Mdd Yaacob, dan Deraman Mamat, 56, merupakan empat
daripada 45 orang pengikut ajaran sesat Ayah Pin diwakili peguam syarie tempatan
iaitu Wan Haidi Wan Jusoh. Kumpulan Ayah Pin Merupakan antara lima kumpulan
ajaran sesat paling tegar dikesan di Malaysia dan mula bergerak pada tahun
1982.Ciri-ciri pengikut ini seperti mengamalkan ratib secara kuat dalam gelap
dengan bercampur antara lelaki dan perempuan.Pemimpin ajaran ini ialah, Arrifin
Muhammad, 65 tahun, mengaku dirinya sebagai tuhan, pencipta semua agama
serta pemegang kunci ke syurga.

Pada 14 September 2005, mahkamah meminta peguam syarie yang mewakili


tertuduh membuat menyediakan usul bertulis bagi mengesahkan sama ada
Kamariah masih beragama Islam atau sebaliknya.Hakim Mohammad Abdullah
membenarkan permohonan Wan Haidi (peguam bela) agar satu siasatan dibuat
kerana perbicaraan tidak boleh dijalankan di Mahkamah Syariah itu jika tertuduh
bukan Islam.

Pada prosiding itu, Kamariah diwakili oleh peguam Malik Imtiaz Sarwar
manakala peguam Datuk Zamani Mohamad mewakili Majlis Agama Islam dan Adat
Melayu Terengganu (MAIDAM) dan Kerajaan Negeri Terengganu yang dinamakan
sebagai defendan pertama dan kedua.Turut hadir pada prosiding itu ialah Peguam
Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan yang mewakili Jabatan Peguam Negara
selaku pencelah dalam permohonan tersebut.

Dalam kes ini, Kamariah memfailkan rayuan itu selepas Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur pada 30 Disember 2005 menolak permohonan mereka yang

32
berhasrat merujuk persoalan tersebut ke Mahkamah Persekutuan. Semasa itu,
Hakim (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) Datuk Md Raus sharif
menyifatkan tindakan itu sebagai menyalahgunakan kuasa mahkamah kerana itu
merupakan percubaan kali kedua, selepas permohonan itu ditolak oleh Mahkamah
Persekutuan pada 24 Julai 2004.

Apabila keputusan tersebut tidak memihak kepadanya, perayu telah


memfailkan saman pemula pada 15 Ogos 2005 untuk memohon deklarasi bahawa
dia mempunyai hak untuk memilih agama yang ingin dianuti dan semua undang-
undang yang bertentangan dengan kebebasan beragama di bawah Perkara 11 (1)
Perlembagaan Persekutuan adalah tidak sah.Perayu juga memfailkan saman dalam
kamar agar dua persoalan yang dikemukakan mereka dapat dirujuk terus kepada
Mahkamah Persekutuan. Persoalan tersebut ialah sama ada hak kebebasan
beragama di bawah Perkara 11 merangkumi hak seseorang Muslim untuk keluar
daripada agama itu setelah mencapai umur majoriti manakala persoalan kedua
ialah, jika sedemikian, adalah undang-undang atau tindakan pihak berkuasa yang
menyekat hak kebebasan seorang Muslim yang telah mencapai umur majoriti untuk
keluar daripada Islam itu adalah tidak sah.

Kemudian pada 5 Febuari 2006, kes ini dibawa ke Mahkamah Tinggi dan
ketika ini peguam bela bagi tertuduh telah diganti kepada Saadiah Din.Ketika
mahkamah ingin peguam bela mengemukakan status usul bertulis agama tertuduh
namun Saadiah belum mendapat maklumat tertuduh kerana beliau tidak mengetahui
bahawa Wan Haidi belum menerang status agama Kamariah. Saadiah Din
memohon kes ini ditangguh lagi, namun Hakim Mohammad Abdullah, Mahkamah
Tinggi Syariah menolak permohonan peguam bela Kamariah yang dituduh murtad,
bagi menangguhkan perbicaraan untuk membolehkan beliau mengemukakan usul
perisytiharan bahawa wanita terbabit tidak lagi mengamalkan ajaran Islam.

"Kalau sudah tahu status tertuduh, ianya akan menjimatkan masa mahkamah
(daripada meneruskan perbicaraan terhadap tertuduh yang bukan Islam)," kata
Saadiah Din.

Hakim Mohammad berkata, beliau terpaksa menolak permohonan tersebut


kerana proses itu mungkin mengambil masa yang lama sekaligus melambatkan
perbicaraan kes berkenaan.

33
"Mahkamah berpendapat jika kes ini ditangguh, ia tidak memberikan keadilan
kepada tertuduh dan pihak pendakwa.Tertuduh tidak tahu apa keputusan
terhadapnya dan bagi pihak pendakwa, kekuatan kes itu akan pudar kerana sebagai
manusia,keterangan saksi adalah berdasarkan ingatan dan pihak pendakwa juga
mungkin hilang saksi (jika kes ini memakan masa terlalu lama).

"Dengan ini, mahkamah membuat keputusan menolak permohonan usul yang


dikemukakan oleh peguam bela dan perbicaraan kes ini diteruskan.Semasa
perbicaraan itu, adalah menjadi tanggungjawab pihak pendakwa raya untuk
membuktikan bahawa status tertuduh itu adalah isu fakta kes dan bukan isu undang-
undang," kata Hakim Mohammad.

Hakim Mohammad turut menegur Saadiah, yang baru dilantik sebagai


peguam bela Kamariah bagi menggantikan Wan Mohamad Haidi, kerana gagal
menyediakan usul bertulis mengenai status wanita itu sedangkan mahkamah telah
membuat keputusan agar usul itu dikemukakan dalam perbicaraan hari ini.Namun
ketua Pendakwa Syarie, Mustafar Hamzah yang menjalankan pendakwaan terhadap
kes itu, berkata pihaknya mempunyai bukti yang kukuh bahawa Kamariah Ali masih
beragama Islam.

Saadiah juga memohon mahkamah menangguhkan perbicaraan hari ini


kerana beliau tidak mempunyai nota mahkamah berhubung keterangan yang
diberikan oleh saksi pertama pihak pendakwaan dalam perbicaraan sebelum ini. Ini
kerana, katanya, pada waktu itu anak guamnya itu tidak diwakili oleh mana-mana
peguam bela.Hakim Mohammad kemudian membenarkan permohonan itu dan
menetapkan 1 dan 2 April 2006 untuk perbicaraan kes itu disambung tetapi ketika
tarikh itu Kamariah Ali tidak menghadirkan diri.

Pada 3 Mac 2008, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu, Terengganu


telah memerintahkan supaya Kamariah menjalani hukuman penjara selama dua
tahun selepas didapati bersalah atas tuduhan murtad. Hakim Syarie Mohamad
Abdullah semasa itu, memerintahkan agar hukuman tersebut dijalankan di Penjara
Pengkalan Chepa, Kelantan.

Pada tahun 1992, Kamariah juga pernah disabitkan bersalah atas kesalahan
yang sama dan diarahkan untuk menghadiri temu janji taubat setiap bulan di pejabat

34
agama selama lima tahun.Bagaimanapun, Kamariah tidak pernah menghadiri temu
janji berkenaan atas alasan dirinya bukan lagi seorang penganut Islam.

Kes 7: Nyonya Tahir

Seterusnya, kes murtad Nyonya Tahir, 89, wanita Melayu beragama Islam
tetapi didakwa mengamalkan cara hidup orang Cina dan ajaran Buddha sejak lebih
80 tahun lalu pada 24 Januari 2006, dan beliau disahkan bukan beragama Islam
semasa kematiannya.

Nyonya, 89, meninggal dunia kerana sakit tua kira-kira pukul 4 petang, 20
Januari 2006 (Jumaat) dirumahnya di Taman Indah, Tampin, Negeri
Sembilan.Status Nyonya disedari oleh anggota polis di Balai Polis Tampin apabila
anak dan cucunya datang membuat laporan kematian. Ini kerana dalam Salinan kad
pengenalan Nyonya jelas menunjukkan beliau Melayu dan beragama Islam
sedangkan anaknya menggunakan nama Cina dan beragama Buddha.

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Mohd. Shukor Sabudin dalam keputusan


juga membenarkan mayat Nyonya yang disimpan di rumah mayat Hospital Tampin
sejak kematiannya Jumaat, dan diserahkan kepada keluar wanita itu untuk
disemadikan mengikut agama Buddha.Beliau berkata, keputusan itu dibuat
berdasarkan bidang kuasa Mahkamah Syariah untuk mendengar dan membicarakan
kes-kes berkaitan dengan kepentingan orang Islam termasuk masalah akidah di
negara ini. Katanya lagi, keputusan itu juga berdasarkan affidavit anak bongsu
Nyonya, Chiang Ah Fatt, 40, dan keterangan bersama kakak Ah Fatt, Kwang Ying,
43, dimahkamah.

Mahkamah menyokong keputusan Hakim Shukor dan mahkamah juga


berpuas hati dengan keterangan-keterangan tersebut memutuskan bahawa Nyonya
yang memegang kad pengenalan bernombor 180425-04-5054 adalah bukan
beragama Islam semasa kematiannya.Mahkamah juga membenarkan keluarga dan
warisnya menguruskan pengebumian Nyonya. Hospital Tampin juga diarahkan
supaya menyerahkan mayat ini kepada keluarganya. Keputusan mahkamah
dinyatakan oleh Hakim Shukor dalam penghakiman lisan selepas mendengar
permohonan sebelah pihak (ex-parte) oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
(MAINS) dan Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan (JAINS) serta pengarahnya

35
berhubung pengistiharan agama Nyonya.Kes ini menunjukkan pengisytiharan
murtad selepas berlaku kematian tertuduh.

Pada hari sebelum Nyonya didakwa, beberapa plaintif iaitu peguam syarie,
Siti Harlina Shahran manakala peguam syarie, Khoo Chin Nam yang dibantu oleh
Kevin S. K. bertindak sebagai peguam pemerhati bagi keluarga Nyonya.Sementara
itu, Muhammad Burok yang juga President Persatuan Peguam Syarie Malaysia
bertindak sebagai peguam pemerhatian bagi pihak persatuan itu.

Terdahulu, Hakim Shukor memetik tulisan ulama Islam, Sheikh Abu Sujak
dari Kitab Kifayatul Akhyar yang bermaksud: ‘Barang siapa yang keluar daripada
Islam, ia diminta bertaubat tiga kali.Jika bertaubat, dan jika tidak dia dibunuh, dan
tidak boleh dimandikan, tidak boleh disembahyangkan dan tidak boleh dikuburkan di
perkuburan Islam.’

Pada prosiding 23 Januari 2006, Siti Harlina memaklumkan kepada


mahkamah bahawa Ah Fatt mengemukakan affidavit bagi meminta supaya mayat
ibunya itu disemadikan mengikut adat Cina dan agama Buddha.Antara lain
kandungan affidavit itu ialah keputusan laporan penyiasatan Pejabat Agama Islam
Alor Gajah, Melaka pada 7 Mei 1986 mengenai laporan bersekedudukan antara
Nyonya dan suaminya, Chiang Meng.Dokumen itu ditulis oleh Pemeriksa Hal Ehwal
Agama 1 Daerah Alor Gajah, Melaka, Ab. Azit Abdullah melalui kadi daerah yang
dialamatkan kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka.

Sementara itu, Kwai Ying berkata, ibunya membuat wasiat dalam akuan
bersumpah bahawa dia tidak akan kembali kepada agama Islam dan meminta
disemadikan mengikut agama Buddha. Ketika itu, Pegawai Agama Alor Gajah,
Kamarul Saman Yaacub,42, yang turut dipanggil memberi keterangan,
mengesahkan laporan yang dibuat oleh Ab. Azit itu.Beliau turut mengemukakan
Salinan asal dokumen itu kepada mahkamah.Akhirnya, mahkamah membenarkan
mayat Nyonya disemadikan mengikut cara Buddha kerana mempunyai keterangan
affidavit yang kukuh dan tertuduh tidak sempat bertaubat seperti yang ditetapkan
dalam prosedur undang-undang syariah kerana menemui ajal.

36
Kes 8: Rashidah binti Moideen

Seterusnya, pemohonan untuk keluar dari agama Islam oleh Rashidah binti
Moideen, 23, pada 20 Mac 2007.Pemohon menetap di No 416, Jalan Mawar 18,
Taman PD Utama, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan dan bekerja sebagai
‘purchasing exporditer’ di Cebot Malaysia Sdn Bhd, iaitu sebuah syarikat membuat
‘carbon lab’.Pemohon lahir pada 4 Januari 1984 di Hospital Daerah Port Dickson,
Negeri Sembilan sebagai seorang beragama Islam. Bapa Pemohon, Moideen Bin
Mohamad dan ibunya bernama Patimah binti Abdul Kareem, kedua-duanya adalah
penganut agama Islam. Bapa pemohon merupakan seorang mualaf iaitu India
Muslim. Pemohon adalah anak kedua dari dua beradik dan menamatkan pelajaran
peringkat menengah di sekolah Tinggi Port Dickson sehingga tingkatan lima pada
tahun 2001, sebelum menyambung pelajaran di Kolej Cosmopoint Seremban dari
tahun 2003 sehingga tahun 2005 dalam jurusan Diploma Teknologi Maklumat.

Pemohon mula bekerja sekitar tahun 2005 di bahagian perhotelan dengan


Bayu Beach Resort sebelum berpindah ke Tiara Beach Resort sehingga tahun 2006
dan berkhidmat sebagai Pembantu Tadbir (Office Assistant).Pemohon mula
bertugas di tempat kerja sekarang iaitu Cebot Malaysia Sdn Bhd dari tahun 2006
sehingga kini.

Menurut Pemohon, sejak dari kecil lagi dia tidak pernah mengamalkan ajaran
Islam.Pemohon juga menyatakan keturunaannya juga adalah berasal dari agama
Hindu di mana neneknya juga adalah beragama Hindu.Selain dari tidak pernah
mengamalkan ajaran Islam, beliau juga sering bersembahyang di kuil Hindu sejak
kecil lagi. Bagi tujuan tersebut, pemohon telah memfailkan permohonan bagi
mengisytiharkan dirinya keluar dari agama Islam pada 21 Februari 2007 dengan
disokong oleh affidavit di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban, Negeri Sembilan kes
bernombor 05100-043-0065-2007.Pemohon juga menyatakan dia sudah terpisah
dengan keluarganya dan tidak lagi tinggal bersama dengan mereka sejak tahun
2007.Pemohon tidak tahu di mana tempat tinggal kedua orang tuanya.

Pada 21 Februari 2007, pemohon telah memfailkan permohonan untuk keluar


dari Agama Islam dan berhasrat untuk mengamalkan agama Hindu sepenuhnya.
Kes pertama kali disebut pada 20 Mac 2007.Sewaktu sebutan kali pertama,
pemohon telah dinasihati oleh hakim supaya bertaubat. Bagaimanapun pemohon

37
enggan dan diarahkan menghadiri kaunseling di Jabatan Mufti Negeri Sembilan
sepertimana yang dikehendaki mengikut seksyen 119(4) Enakmen Pentadbiran
Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 yang memperuntukkan:

(4) Setelah diterima permohonan di bawah subseksyen (2), Hakim Mahkamah Tinggi
Syariah yang mendengar permohonan tersebut hendaklah:

(a) menasihati orang itu supaya bertaubat, dan jika Hakim berpuas hati orang
itu telah bertaubat mengikut Hukum Syarak, hendak merekodkan taubat orang itu;
atau

(b) jika orang itu enggan bertaubat, sebelum membuat apa-apa perintah
terhadap orang itu, menangguhkan pendengaran permohonan itu untuk tempoh 90
hari dan pada masa yang sama menghendaki pemohon untuk menjalani sesi
runding cara dan bimbingan bagi maksud menasihati pemohon untuk menimbang
semula Agama Islam sebagai agamanya.

Pada 27 Julai 2007, Kes telah disebut semula atas desakan pemohon dan
Mahkamah menangguhkan pendengaran kes Pemohon sehingga laporan dari
Jabatan Mufti Negeri Sembilan diperolehi.

Pada 11 Jun 2008, kes ini sekali lagi didengar di Mahkamah ini.
Bagaimanapun melalui satu surat dari Jabatan Mufti Negeri Sembilan rujukan No.
JMKNNS.BRCA(S) 050-3/4(28) memohon agar kes ini ditangguhkan bagi memberi
peluang kepada mereka meneruskan sidang kaunseling yang masih belum tamat.
Mahkamah mengambil kira permohonan tersebut dan membenarkan pendengaran
ini ditangguhkan kepada satu tarikh lain sehingga laporan rasmi dikeluarkan.Pada
27 Mac 2009, satu laporan daripada Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri
Sembilan Darul Khusus, rujukan No.JMKNNS. BRCA(S) 050-3/4 (51) bertarikh 16
Mac 2009 telah diterima oleh Mahkamah ini.Sehubungan dengan itu, kes ini
kemudiannya ditetapkan untuk perbicaraan penuh pada 14 Oktober 2009.

Di Negeri Sembilan, suatu permohonan untuk keluar dari Agama Islam


hendaklah dibuat mengikut kehendak seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama
Islam (Negeri Sembilan) 2003. Dalam memutuskan sama ada pemohon patut diberi
perisytiharan untuk keluar dari Agama Islam, Mahkamah hendaklah terlebih dahulu
memastikan Pemohon bukan lagi seorang Islam.Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran

38
Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 2003 hendaklah dipakai secara ketat dan ianya
bukanlah satu laluan bagi orang-orang yang ingin murtad.Meskipun seksyen
tersebut menunjukkan jalan kepada mereka yang ingin keluar dari Islam, satu
perisytiharan hendaklah terlebih dahulu diperolehi dari Mahkamah Tinggi
Syariah.Sebelum perisytiharaan tersebut diberikan, ianya bukan saja mesti
mematuhi kehendak seksyen 119, tetapi juga hendaklah selaras dengan kehendak
Hukum Syarak.

Seseorang Islam adalah tidak boleh keluar daripada Agama Islam melainkan
dia telah memperoleh satu perisytiharan bagi maksud itu daripada Mahkamah Tinggi
Syariah, Seksyen 119(1) memperuntukkan:

(1) Seseorang Islam tidak boleh keluar daripada Agama Islam atau disifatkan
telah meninggalkan Agama Islam sebagai agamanya melainkan jika dan sehingga
dia telah memperoleh suatu perisytiharan bagi maksud itu daripada Mahkamah
Tinggi Syariah.

Suatu perisytiharan itu pula hendaklah diperolehi dengan mematuhi keseluruhan


kehendak subseksyen (2) hingga (11) seksyen berkenaan. Sub seksyen tersebut
menyebut:

(2) Suatu permohonan bagi perisytiharan di bawah subseksyen (1) hendaklah


dibuat secara ex parte kepada Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dalam mahkamah
terbuka oleh orang yang berhasrat untuk meninggalkan Agama Islam sebagai
agamanya.

(3) Suatu permohonan di bawah subseksyen (2) hendaklah menyatakan


alasan-alasan yang berdasarkannya pemohon berhasrat untuk meninggalkan
Agama Islam sebagai agamanya dan hendaklah disokong oleh suatu afidavit yang
menyatakan semua fakta yang menyokong alasan permohonan.

(4) Setelah diterima permohonan di bawah subseksyen (2), Hakim Mahkamah


Tinggi Syariah yang mendengar permohonan tersebut hendaklah:

(a) menasihati orang itu supaya bertaubat, dan jika Hakim berpuas hati orang itu
telah bertaubat mengikut Hukum Syarak, hendak merekodkan taubat orang itu; atau

39
(b) jika orang itu enggan bertaubat, sebelum membuat apa-apa perintah terhadap
orang itu, menangguhkan pendengaran permohonan itu untuk tempoh 90 hari dan
pada masa yang sama menghendaki pemohon untuk menjalani sesi runding cara
dan bimbingan bagi maksud menasihati pemohon untuk menimbang semula Agama
Islam sebagai agamanya.

(5) Jika pada bila-bila masa orang yang dikehendaki menjalani sesi runding
cara dan bimbingan itu telah bertaubat, pegawai yang bertanggungjawab
terhadapnya hendaklah menyediakan suatu laporan dengan secepat mungkin dan
membawa orang itu ke hadapan Mahkamah Tinggi Syariah.

(6) Jika Hakim berpuas hati bahawa orang yang dikemukakan di hadapannya
mengikut subseksyen (5) telah bertaubat mengikut Hukum Syarak, Hakim itu
hendaklah merekodkan taubat orang itu.

(7) Jika setelah habis tempoh 90 hari yang disebut dalam perenggan (4)(b), orang itu
masih enggan bertaubat, maka pegawai yang bertanggungjawab terhadapnya
hendaklah menyediakan suatu laporan dengan secepat mungkin dan membawa
orang itu ke hadapan Mahkamah Tinggi Syariah.

(8) Jika setelah diterima laporan yang disebut dalam subseksyen (7),
Mahkamah berpendapat bahawa harapan masih ada untuk orang itu bertaubat,
maka Mahkamah boleh menangguhkan pendengaran permohonan orang itu di
bawah subseksyen (2) dan pada masa yang sama memerintahkan orang itu supaya
menjalani sesi runding cara dan bimbingan yang selanjutnya selama tempoh yang
tidak melebihi satu tahun.

(9) Jika selepas perintah di bawah subseksyen (8) dibuat, orang itu bertaubat,
maka subseksyen (5) dan (6) terpakai.

(10) Jika setelah habis tempoh yang diperintahkan di bawah subseksyen (8)
dan orang itu masih enggan bertaubat, pegawai yang bertanggungjawab
terhadapnya hendaklah menyediakan suatu laporan dan membawa orang itu ke
hadapan Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah boleh membuat keputusan
untuk mengisytiharkan bahawa orang itu meninggalkan Agama Islam sebagai
agamanya.

40
(11) Sebelum Mahkamah mengiytiharkan bahawa orang itu telah
meninggalkan Agama Islam sebagai agamanya, Mahkamah hendaklah membuat
perintah mengenai perkara yang berikut:

(a) pembubaran perkahwinan;

(b) pembahagian harta sepencarian;

(c) hak perwalian;

(d) hak pusaka; dan

(e) hadhanah.

Dalam kes ini, pemohon di dalam afidavitnya memohon kepada mahkamah


ini agar diisytiharkan keluar dari Agama Islam atas alasan-alasan berikut:

(i) Bahawa Pemohon tidak pernah mengamalkan ajaran Islam;

(ii) Bahawa Pemohon mengamalkan ajaran Agama Hindu sejak kecil

(iii) Pemohon adalah berketurunan Hindu

Pemohon mengemukakan tiga orang saksi iaitu Hema a/p Kannan (SP1),
Visvanathan a/l Fermal (SP2) dan Ganesan a/l Appalasamy (SP3) bagi menyokong
bahwa pemohon adalah seorang penganut Hindu. SP1 adalah kenalan Pemohon
yang mengenali pemohon sejak tahun 2003, selalu bersama pemohon pergi ke kuil
dan menyatakan cara hidup pemohon sebagai seorang Hindu malah tidak pernah
memakai tudung sepertimana orang Islam yang lain. SP2 juga adalah kenalan
Pemohon yang mengenali Pemohon sejak tahun 2005. SP2 menyatakan dia tidak
pernah melihat Pemohon memakai tudung atau pergi masjid dan bergaul dengan
orang Hindu. Manakala SP3 mengenali Pemohon lebih kurang 3 tahun dahulu
(2007). SP3 memberitahu Mahkamah, bahawa Pemohon menyewa di rumahnya dan
berkawan rapat dengan anaknya Pavillamani. Setiap hari sabtu mereka akan keluar
ke kuil dan makan makanan ‘Chinese Seafood’ serta pemohon juga tidak pernah
memakai tudung dan berkelakuan bukan seperti seorang Islam.

Ketiga-tiga saksi itu hanya dikenali oleh Pemohon antara 3 hingga 7 tahun
kebelakangan ini. Kesemuanya dikenali oleh Pemohon setelah Pemohon berusia

41
20an. Tidak seorangpun yang menyokong dakwaan pemohon bahawa dia
mengamalkan ajaran Hindu sejak dari kecil.

Pemohon juga mengemukakan eksibit-eksibit seperti:

PI- surat sokongan daripada Kuil Sri Mahariaman Temple Paripalana Sabai, Port
Dickson mengenai pemohon sering hadir bersembahyang;

P2- Salinan sijil Kursus Asas Pengetahuan Agama Hindu pada 8-10hb Disember
2006 dari Persatuan Belia Vivekananda, Seremban;

P3- Sijil menghadiri ‘Motivation Talk’ iaitu pengetahuan asas Agama Hindu anjuran
Kolej Cosmopoint ;

P4- Surat beranak pemohon yang dilahirkan sebagai seorang Islam;

P5- Sijil Pelajaran Malaysia;

P61-5 - Gambar Pemohon melakukan ibadat sembahyang dikuil Hindu;

P8A-C-Gambar Pemohon menyertai ‘Lakshmi Pooja’ iaitu untuk dewa kepada wanit-
wanita yang berkahwin supaya suami mereka selamat;

P9A-C-Gambar Pemohon berpakaian dan bergaul dengan masyarakat Hindu.

Gambar-gambar yang dieksibitkan oleh Pemohon adalah bersifat ‘after


thought’ iaitu gambar-gambar yang dirakamkan sebahagian besarnya selepas
permohonan ini difailkan ke Mahkamah. Fakta ini tidaklah menunjukkan bahawa
Pemohon bukan beragama Islam kecuali menjelaskan lagi keinginannya untuk
murtad.

Keadaan yang sebaliknya pula berlaku bila Ustaz Ahmad Zaki dan
Muhammad Azhar bin Abdul Ghani dipanggil memberi keterangan, mereka sepakat
menyatakan pemohon adalah baik dan cemerlang dalam pengetahuan agama, tahu
mengenai solat fardhu, solat jenazah dan sebagainya. Lulus dengan baik dalam
pelajaran Agama Islam, memiliki sijil KAFA sejak di sekolah rendah, mengikuti
kursusu-kursus agama Islam di Sekolah Menengah Tinggi Port Dickson dan
sebagainya.

42
Mengenai Pemohon yang berketurunan Hindu, adalah sukar untuk saya
menerima dakwaan ini kerana sijil lahir Pemohon sendiri menunjukkan ibu bapa
Pemohon adalah Muslim. Pemohon Rashidah binti Moideen, seorang perempuan
yang dilahirkan sebagai seorang Islam pada 4 Januari 1984 di Hospital Besar Port
Dickson, Negeri sembuilan, yang mana bapanya berbangsa India Muslim bernama
Moideen bin Mohamed dan ibunya Patimah binti Abdul Kareem.

Tidak ada fakta yang menunjukkan kedua-dua mereka adalah dari keturunan
beragama Hindu. Maka mana mungkin pemohon yang juga anak kandung kepada
mereka adalah dari keturunan Hindu, kecuali pemohon adalah anak angkat atau
sebagainya.

Pemohon apabila ditanya mengenai ke dua ibu bapanya, cuba mengelak dari
menjawab soalan dengan baik dan menyatakan dia tidak tahu di mana orang tuanya
berada kerana sudah beberapa tahun terpisah dengannya dan mereka membenci
Pemohon.

Mahkamah yang tidak berpuashati dengan keterangan Pemohon, telah


mengeluarkan sapina kepada ibu dan bapa Pemohon. Bagaimana pun, sapina
tersebut gagal disempurnakan kerana tidak mempunyai kerjasama dengan
Pemohon apabila tidak disertakan dengan alamat yang lengkap.

Bagaimanapun, Mahkamah ini kemudiannya mengeluarkan sapina bagi


mendapat keterangan yang jelas daripada Pegawai Jabatan Mufti Kerajaan Negeri,
Negeri Sembilan, iaitu Ustaz Ahmad Zaki bin Hamzah dan beliau hadir bersama
Muhammad Azhar bin Ghani, pembantunya.

Ustaz Ahmad Zaki bin Hamzah, bertugas sebagai Penolong Mufti bahagian
Runding Cara Aqidah Islamiyah yang sudah 8 tahun berkhidmat di Jabatan Mufti
adalah selaku Pegawai yang menyelia Runding Cara dan kaunseling terhadap
Pemohon sepanjang diarahkan oleh Mahkamah. Menurut Ustaz Ahmad Zaki,
Pemohon telah dipanggil menyertai kaunseling di jabatannya pada 18 April 2007dan
menghadiri kesemua 10 kali sesi runding cara yang dijalankan.

Hasil dari laporan fasilitator, mendapati Pemohon mempunyai kefahaman


yang baik dan jelas tentang Islam. Mempunyai sijil-sijil dan keputusan yang baik

43
dalam pengetahuan agama dan tahu mengenai solat fardhu, solat jenazah dan
sebagainya, malah Pemohon sebenarnya tidak begitu tahu mengenai agama Hindu.

Menurut Ustaz Muhammad Azhar bin Ghani, Penolong Pegawai Hal Ehwal
Islam Bahagian Runding Cara dan Aqidah Islamiyyah Jabatan Mufti Kerajaan
Negeri, Negeri Sembilan yang bertugas sebagai fasilatator dan mengendalikan kes
Pemohon, sepanjang dia mengendalikan Rundingcara tersebut, ibu Pemohon, Siti
Patimah binti Abdul Kareem telah datang berjumpanya lebih kurang dalam bulan
April 2007 menyatakan beliau tidak bersetuju dengan tindakan Pemohon.

Ibunya membawa suara daripada keluarga besar mereka yang terdiri


daripada pakcik-pakcik, abang dan keluarga terdekat mereka yang tidak menyetujui
permohonan Pemohon. Di katakan Pemohon mengemukakan permohonan keluar
Islam ini adalah kerana semata-mata pemohon ingin berkahwin dengan seorang
lelaki beragama Hindu, bukan kerana pemahaman atau keinginan yang disebabkan
kepercayaan kepada agama Hindu. Pemohon telah diasuh sebagai seorang Islam
kerana lahir dalam keluarga yang semuanya Muslim, tetapi berubah sikap dalam
beberapa tahun ini setelah mengenali seorang lelaki Hindu. Laporan Polis tersebut
diserahkan kepada Mahkamah bertanda eksibit – A dan tidak dibantah oleh
Pemohon.

Ekoran daripada laporan Polis tersebut, berlaku pergaduhan antara abang


Pemohon dan lelaki tersebut yang berakhir dengan abang pemohon ditahan oleh
pihak Polis.Ibu Pemohon juga ada membuat salinan repot polis bagi tujuan tersebut
apabila menyedari Pemohon ada teman lelaki seorang Hindu dan
berkecenderungan kepada agama Hindu.

Selepas mempertimbangkan permohonan Pemohon dan setelah meneliti


keterangan dan hujah-hujah yang dikemukakan, mahkamah Syariah berpuashati
memutuskan bahawa pemohon untuk mendapatkan perisytiharan keluar dari Agama
Islam adalah tidak disabitkan atau ditolak. Agensi-agensi Agama Islam seperti Majlis
Agama Islam, Jabatan Agama Islam, Jabatan Mufti atau mana-mana agensi yang
berkaitan hendaklah memberi perhatian dalam membimbing dan mengawal aqidah
Islamiyyah Pemohon. Perintah ini adalah berdasarkan permohonan sebelah pihak
dan berkuatkuasa mulai hari ini. Rayuan hendaklah dikemukakan dalam masa 14
hari dari tarikh perintah ini dikeluarkan.

44
Kes 9 dan 10 : Lim Chan Seng lwn. Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang
& Valarammathy d/o Ngamurthi lwn Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang

Kedua-dua plantif di dalam dua kes yang berlainan (digabungkan


denganpersetujuan) memohon, melalui saman pemula, satu deklarasi bahawa
penolakanagama Islam yang dibuat oleh mereka melalui Suratikatan Pol bertarikh
12 Julai1995 dan 25 Mei 1995 masing-masing adalah mengikut undang-undang dan
sah.Plantif di dalam kes pertama menyatakan bahawa dia memeluk agama
Islampada 22 Febuari 1994 dan menukar namanya kepada Mohamad Alif Lim
binAbdullah. Kemudian pada 12 Julai 1995 dia membuat Suratikatan Pol
menolakagama Islam dan menyatakan keinginannya untuk memakai nama Lim
ChanSeng. Plantif dalam kes kedua mengatakan bahawa dia memeluk agama
Islampada 25 Mac 1988 dan menggunakan nama Norliza Valarummathy bte
Abdullah. Kemudian pada 25 Mei 1995 dia membuat Surat ikatan Pol menolak
kepercayaannya dalam agama Islam dan menyatakan hasratnya untuk
menggunakan nama Valarammathy d/o Ngamurthi.

Defendan dalam kedua-dua kes, Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau


Pinang,mempersoalkan bidang kuasa Mahkamah Tinggi untuk mendengar
permohonan plaintif, dan dengan itu, telah memfailkan dua saman dalam kamar
yang berasingan untuk membatalkan kedua-dua tindakan plaintif di bawah A. 18 k.
19(i), (ii), (iii) Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980. Secara berkesannya, inti
tentangan defendan ialah Mahkamah Tinggi, dalam kedudukannya
sebagaiMahkamah Sivil, tidak mempunyai bidangkuasa untuk mendengar kes
sebeginikerana perkara sedemikian terletak di bawah bidangkuasa Mahkamah
Syariah

Keputusan Mahkamah:

[1] Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidang kuasa dalam perkara-perkara yang
Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa keatasnya. Ini jelas dicerminkan oleh
Per. 121(1A) Perlembagaan Persekutuan, dan dua kes Mahkamah Agung iaitu
Majlis Agama Islam Pulau Pinang lwn. Isa Abdul Rahman & Satu Yang lain dan
Mohamed Habibullah bin Mahmood lwn. Faridah bte Dato' Talib.

45
[2] Mahkamah Syariah bukan diwujudkan oleh Hukum Syarak. Sebaliknya
iadiwujudkan oleh undang-undang bertulis Parlimen dan Dewan UndanganNegeri
iaitu melalui Perlembagaan Persekutuan, Akta-akta Parlimen danEnakmen-
Enakmen Negeri. Oleh kerana inilah keadaannya, untuk menentukan bidang kuasa
Mahkamah Syariah, adalah perlu untuk merujuk kepada undang-undang tersebut
dan melihat samada bidang kuasa dalam sesuatu perkara itu diberi kepada
Mahkamah Syariah ataupun MahkamahSivil.

[3] Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan, semata-mata atas peruntukannya,


tidak memberi bidang kuasa secara automatik kepada Mahkamah Syariah,
walaupun dalam perkara-perkara yang berada di bawah Senarai Negeri Jadual
Kesembilan Perlembagaan. Untuk memberi bidangkuasa sedemikian, Dewan
Undangan Negeri mestilah terlebih dahulu bertindak atas kuasa yang diberikan
kepadanya oleh Per. 74, Per. 77 danSenarai Negeri Perlembagaan Persekutuan,
dan berikutan itu menggubal undang-undang memberikan bidang kuasa kepada
Mahkamah Syariah.Selepas ini dilakukan, barulah perkara berkenaan boleh
termasuk dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah dan dengan itu terkeluar dari
bidangkuasa Mahkamah Sivil. Oleh yang demikian, dalam kes semasa ini, untuk
menjadikan Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan
halperkara yang dibangkitkan oleh kedua-dua plaintif, MajlisPerundangan Negeri
mestilah terlebih dahulu meminda EnakmenPentadbiran Hal Ehwal Agama Islam
Negeri Pulau Pinang 1993, dan memasukkan kedalamnya, peruntukan-peruntukan
yang sewajarnya(sebagaimana yang dibuat terhadap s. 90(3) Enakmen Pentadbiran
HalEhwal Agama Islam Negeri Sembilan 1991).

[4] Tidak ada sebarang peruntukan di dalam Enakmen Pentadbiran Hal


EhwalAgama Islam Negeri Pulau Pinang 1993 yang memberi kuasa
kepadaMahkamah Syariah untuk membicarakan isu berhubung halperkara
murtadataupun berhubung samada sesuatu peninggalan agama Islam itu sah
atausebaliknya.Selanjutnya, tidak ada peruntukan bahawa permohonan sepertimana
yang dibuat oleh kedua-dua plaintif di sini, sekiranyapermohonan sedemikian perlu
dibuat, hendaklah dibuat kepada Mahkamah Syariah umpamanya. Adalah jelas
bahawa, berdasarkan Enakmen 1993 ini,tiada bidang kuasa diberikan kepada
Mahkamah Syariah di Pulau Pinangterhadap perkara yang dibangkitkan, dan oleh

46
sebab itu, Mahkamah Sivil adalah tidak terhalang untuk mendengar dan
membicarakan hal perkara atau persoalan tersebut.

[5] Pernyataan oleh Mohamed Yusoff HMA dalam kes Dalip Kaur w/oGurbox Singh
lwn. Pegawai Polis Daerah (OCPD), Bukit Mertajambahawa “in determining whether
a Muslim has renounced Islam, the onlyforum qualified to answer the question is the
Syariah Court” (diulangi dengan persetujuan oleh Gunn Chit Tuan HMA dalam
Mohamed Habibullah) tidak membangkitkan satu pernyataan mengikat bahawa
dalam setiap kes, apabila timbul sahaja persoalan murtad, maka persoalan tersebut
mestilah termasuk di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah tanpa mengambil kira
peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Enakmen Negeri yang berkaitan,
atau pun fakta-fakta khusus yang terdapat dalam sesuatu kes, sepertimana yang
berlaku dalam kes Dalip Kaur, dimana salah seorang dari pihak yang terbabit adalah
bukan Islam. Sebagaimana duduknya hal perkara, untuk menentukan soal bidang
kuasa,Enakmen Negeri yang berkenaan, antara lain, dan semestinya, diperiksa dan
diteliti.

[6] Walaupun keputusan Mahkamah Agung dalam kes Mohamed Habibullah telah
menyelesaikan banyak masaalah berhubung Per. 121(1A), terutamanya dalam
menghalang Mahkamah Sivil dari mencerobohi skop bidang kuasa Mahkamah
Syariah, namun begitu, isu penting berhubung pendekatan ataukayu ukur yang perlu
dipakai oleh Mahkamah Syariah dalam menentukan bidang kuasanya, iaitu, samada
ianya patut melihat kepada hal perkara kes (subject matter) atau kepada jenis
perintah yang dipohon, masih belum terjawab. Ini adalah kerana, secara kebetulan,
di bawah Akta Undang-undang Kelurga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984, terdapat
peruntukan yang memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk mengeluarkan
injunksi terhadap serang-sentuh (injuction against maolestation) sedangkan plantif di
dalam kes itu, entah bagaiman memilih untuk mendapatkan remedy di Mahkamah
Sivil dan tidak di Mahkamah Syariah.

RUMUSAN

Sememangnya isu pencemaran akidah di Malaysia hendaklah diberikan


perhatian yang serius oleh semua pihak. Ini termasuk penambahbaikan peruntukan
undang-undang sedia ada dan langkah-langkah pencegahan yang sepatutnya

47
dilaksanakan. Sesungguhnya setiap individu muslim dan institusi-institusi Islam
mempunyai tangungjawab untuk menjaga akidah umat Islam.

Setiap kaedah penyelesaian ini tidak akan mencapai keberkesanan yang


menyeluruh jika tidak mendapat kerjasama dari semua pihak dalam usaha
menangani masalah jenayah murtad ini. Sistem perundangan Islam yang
berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah perlu dilihat sebagai sumber utama dalam
menengani masalah ini dan perlu diaplikasikan perlaksanaanya dalam masyarakat.
Pihak kerajaan yang dilihat sebagai badan eksekutif dalam pentadbiran negara perlu
memainkan peranan sebagai penggerak dan pemantau dalam memastikan
perundangan ini dilaksanakan.

Institusi masyarakat dan keluarga juga harus memainkan peranan


melakasanakan tanggungjawab masing-masing, bukan sekadar diamalkan untuk diri
sendiri tetapi saling mengingati antara satu sama lain tentang bahayanya murtad
terhadap diri, bangsa, agama dan negara.

48
RUJUKAN

Arieff Salleh Rosman. 2001. Murtad Menurut Perundangan Islam. Johor : Universiti

Teknologi Malaysia.

Aminah Janang. 2006. Mastika: Ramalan Zulkifli Nordin Ternyata Benar.

Kuala Lumpur: Utusan Karya Sdn Bhd.

Farahwahida Mohd Yusof. 2008. Kaedah Penyelesaian dalam Menangani

Pertukaran Agaman dalam Kalangan Masyarakat Melayu-Islam

Di Johor, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Dicapai pada

29 Oktober 2014 daripada http://eprints.utm.my/7864/1/78097.pdf

Fauzani Ibrahim. Rembang Murtad Isu Siti Fatimah Tan. Dicapai pada 10 November

2014 Daripada http:// fauzanibrahim.wordpress.com/2008/05/12/

Mohd Nadzri Bin Abdul Rahman Ibrahim. 2010. Permohonan Murtad Rashidah

Moideen.Diambil daripada http://snakelidi.blogspot.com

Mohd Aizam Mas’od. Murtad Bukan Hak Asasi dalam koleksi artikel Jabatan

Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Rujukan: Isu-isu Akidah.

Laman web JAKIM :http://www.islam.gov.my/rujukan/213.

Muhammad Isa Selamat & Ahmad M.A Ghaffar. 1998. Murtad, Kesan dan Kisah

Mengenainya.Kuala Lumpur: Darul Nu’man.

Mahkamah izinkan pengkebumian Nyonya Tahir mengikut Buddha. 24 Januari 2006.

Utusan Melayu.

Rozmal Malakan. 2005. 50 000 Remaja Melayu Mohon Murtad dicapai pada

7 November 2014 daripada www.malaysiakini.com

49
Permohonan Tangguh Kes Murtad Bekas Ustazah Ditolak. 5 Febuari.2006. Bernama

daripada www.bernama.com

Selongkar. 2013. Kes Murtad yang Terkenal. Dicapai pada 28 Oktober 2014

Daripada http://selongkar10.blogspot.com

Shahidan Jaafar. 2006. Mastika: Kami Perjualkan Akidah Untuk Beri Makan

Anak- Anak. Kuala Lumpur: Utusan Karya Sdn Bhd.

Wahab al Zuhaili (terjemahan Ahmad Shahbari et.al. 2001. Fiqh dan Perundangan

Islam. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zulkifli Hasan & Nor Fadhilah Mohd Ali. 2008. Kedudukan Murtad Menurut

Perspektif Islam dicapai pada 5 November 2014 daripada

http://zulkiflihasan.files.wordpress.com/2008.pdf

50
51

You might also like