You are on page 1of 7

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Hari : Isnin

Tarikh : 26 Oktober 2020

Mata Pelajaran : Sains

Masa : 11.30 pagi – 12.30 petang (60 minit)

Kelas : 3 Sakura

Bil. Murid : 27 Orang

Tema : Bumi dan angkasa

Tajuk : 9.0 Sistem Suria

Standard Kandungan : 9.1 Sistem Suria

Standard Pembelajaran :

9.1.1 Menyenaraikan ahli dalam Sistem Suria melalui pemerhatian menerusi


pelbagai media.

Kriteria Kejayaan : Pada akhir pembelajaran, murid dapat

1. melekatkan kad gambar tentang ahli dalam Sistem Suria iaitu Matahari,
lapan planet, satelit semula jadi, asteroid, meteroid dan komet dalam
kedudukan yang betul.

2. menyatakan ahli dalam Sistem Suria iaitu Matahari, lapan planet, satelit
semula jadi, asteroid, meteroid dan komet.

3. menyatakan cara untuk mengingat urutan planet dalam Sistem Suria


bermula dari Matahari.

Kemahiran Saintifik (KS)

 Kemahiran Proses Sains :

Memerhati, mengelas, berkomunikasi, mentafsir data


Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif :

Mencirikan, membandingkan dan membezakan, membuat urutan,


menganalisis, membuat kesimpulan, menjana idea, menghubungkait,
menganalogikan

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT):

Mengaplikasi

Elemen Merentas Kurikulum (EMK) :

Bahasa, sains dan teknologi, keusahawanan, kreativiti dan inovasi

Sikap Saintifik dan Nilai Murni :

Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling, berfikiran kritikal dan
analitis, beretika dan bersistematik, berani mencuba, yakin dan berdikari,
menyedari bahawa sains merupakan satu daripada cara untuk memahami
alam

Sumber Pengajaran dan pembelajaran :

Buku teks, kad gambar tentang ahli dalam Sistem Suria, buku tulis, buku
kerja, papan putih, pen marker.

Pengetahuan sedia ada :

1. Murid mengetahui bahawa Bumi merupakan planet yang didiami oleh


manusia.

Langkah/Masa Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Catatan


Pembelajaran
Perkaitan Sistem suria 1. Murid memerhatikan Nilai: Minat dan
(5 minit) gambar sistem suria dalam bersifat ingin tahu
buku teks (m/s 115). tentang alam
sekeliling
2. Murid bertanya soalan. BBM: Buku teks
KBKNK:
3. Murid menyatakan tajuk Mencirikan,
dan kriteria kejayaan menjana idea.
berdasarkan aktiviti di atas KPS: Memerhati
dengan bimbingan guru. EMK: Sains dan
teknologi
KBAT: -
Penerokaan Mengenali ahli dalam 1. Setiap pasangan Nilai: Berfikiran
(25 minit) Sistem Suria iaitu menerima satu kad kritikal dan
Matahari, lapan planet, gambar tentang ahli dalam analitis, beretika
satelit semula jadi, Sistem Suria. dan
asteroid, meteroid dan bersistematik,
komet. 2. Setiap pasangan berani mencuba,
menampalkan kad gambar yakin dan
pada kedudukan yang berdikari
betul dalam Sistem Suria BBM: Kad
pada papan putih. gambar tentang
ahli dalam Sistem
Suria, papan
putih, pen
marker.
KBKNK:
Mencirikan,
membandingkan
dan
membezakan,
menganalisis,
menjana idea,
menghubungkait
KPS: Memerhati,
mengelas
EMK: Sains dan
teknologi,
keusahawanan
KBAT: -
Penjelasan Menyenaraikan ahli 1. Murid menyenaraikan Nilai: Minat dan
(10 minit) dalam Sistem Suria iaitu enam ahli dalam Sistem bersifat ingin tahu
Matahari, lapan planet, Suria berpandukan Sistem tentang alam
satelit semula jadi, Suria pada papan putih sekeliling,
asteroid, meteroid dan dengan bimbingan guru. berfikiran kritikal
komet. dan analitis,
2. Murid menjelaskan
berani mencuba,
maksud satelit semula jadi,
menyedari
asteroid, meteoroid dan
bahawa sains
komet dengan bimbingan
merupakan satu
guru.
daripada cara
untuk memahami
alam
BBM: Papan
putih
KBKNK:
Mencirikan,
membandingkan
dan
membezakan,
menganalisis,
membuat
kesimpulan,
menjana idea,
menghubungkait
KPS:
Berkomunikasi,
mentafsir data
EMK: Sains dan
teknologi,
keusahawanan
KBAT: -
Pengembangan Cara untuk mengingat 1. Murid berbincang dalam Nilai: Berani
(15 minit) urutan planet dalam berpasangan tentang cara mencuba, yakin
Sistem Suria bermula untuk mengingat urutan dan berdikari,
dari Matahari. planet dalam Sistem Suria menyedari
bermula dari Matahari bahawa sains
Uztazah - Utarid dalam masa 8 minit. merupakan satu
Zuhrah - Zuhrah daripada cara
Bawa - Bumi 2. Murid menyatakan untuk memahami
Mat - Marikh caranya dengan bimbingan alam
Makan - Musytari guru. BBM: Papan
Zaitun - Zuhal putih, pen
Untuk - Uranus marker, buku tulis
Neptun - Neptun KBKNK:
Membuat urutan,
menganalisis,
membuat
kesimpulan,
menjana idea,
menghubungkait,
menganalogikan
KPS: Memerhati,
mengelas,
berkomunikasi,
mentafsir data
EMK: Bahasa,
kreativiti dan
inovasi
KBAT:
Mengaplikasi
Penilaian Menguji tahap 1. Murid membuat latihan BBM: Buku kerja
(5 minit) pemahaman murid dalam buku kerja (m/s 77-
tentang ahli Sistem Suria. 78) untuk dinilai.

2. Beberapa murid
merumuskan apa yang
dipelajari.
Refleksi

Sesi PdPc ini berjalan dengan lancar dan murid dapat mencapai kriteria
kejayaan yang ditetapkan dalam proses PdPc. Aktivit yang melekatkan kad
gambar tentang ahli dalam Sistem Suria pada kedudukan betul di papan putih
berjaya menarik minat dan perhatian murid. Murid melibatkan diri secara aktif
dalam aktiviti tersebut dengan menanyakan banyak soalan yang berkaitan
dengan Sistem Suria. Oleh itu, guru telah menjawab setiap soalan yang
ditujukan oleh murid agar hati murid dijaga selain memenuhi sifat ingin tahu
murid. Bahkan, terdapat pasangan murid berjaya memikirkan cara untuk
mengingat urutan planet dalam Sistem Suria bermula dari Matahari. Justeru,
guru telah memberikan ganjaran kepada pasangan tersebut sebagai motivasi
untuk terus berusaha belajar.

Namun begitu, beberapa murid yang duduk di belakang kelas kurang


menumpukan perhatian di dalam kelas. Hal ini menyebabkan mereka tidak
dapat mempelajari isi pelajaran yang ingin disampaikan oleh guru. Selain itu,
kad gambar tentang ahli dalam Sistem Suria agak kecil sekiranya dilihat dari
jarak jauh. Hal ini menyebabkan murid kurang memerhati kad tersebut
dengan jelas. Jalan penyelesaian ialah guru selalu memanggil nama murid
yang tidak memberi perhatian dan berjalan ke tempat duduk mereka agar
murid tersebut dapat menumpukan perhatian semasa sesi PdPc kelas. Selain
itu, kad gambar akan diperbesar lagi agar ia memudahkan murid untuk
melihat dengan jelas.

You might also like