You are on page 1of 7

KOLEJ PENDIDIKAN PERDANA

SUBJEK
PENGUJIAN , PENGUKURAN DAN PENTAKSIRAN
PENDIDIKAN
KOD : DAM 2053

TAJUK : KERJA KHUSUS BERKUMPULAN


NAMA PENSYARAH : EN. MURALI A/L MURUGASEN
KOHORT : 19

BIL NAMA AHLI NO MATRIK


1. MOHD BATHOLUL ISLAM BIN MOHD NAZRI DPA(KDC)201903(19)008
2. AZIYAN BINTI MD TOMEZI DPA(KDC)201903(19)003
3. SITI NURAQILAH ZULAIKA BINTI AHMAD ZAINI DPA(KDC)201903(19)015
4. ANISSAH BT ROPI DPA(KDC)201903(19)001
5. NURUL MARDHIAH BINTI ABD RASID DPA(KDC)201903(19)013
6. NURUL ALIA IZZATY BT HAZARIN DPA(KDC)201903(19)012

1. Pentaksiran penting dalam membantu hala tuju pengajaran guru dan pembelajaran murid.
Jelaskan konsep pentaksiran dalam pendidikan.

Pentaksiran ialah proses yang berterusan untuk memperoleh maklumat,


menginterpretasi, merekod dan melapor prestasi murid untuk membantu guru membuat
keputusan dan mengambil tindakan. Dalam kebanyakan penulisan, kedua – dua istilah penilaian
dan pentaksiran digunakan secara “saling bertukar”. Maklumat yang dikumpulkan akan
menyediakan maklum balas untuk membantu menambah baik aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. (Arends,2004).

Tujuan pentaksiran adalah untuk memperolehi keputusan. Keputusan dinilai berdasarkan


kepada lima aspek atau bahagian iaitu keputusan instruktional, keputusan bimbingan,
keputusan pentadbiran, keputusan penyelidikan dan sebagai motivator pembelajaran.
Keputusan instruktional dibuat sebelum instruksi berdasarkan aspek pengetahuna yang sedia
ada, tahap dan pencapaian murid sebelum ini. Semasa instruksi, keputusan dibuat tentang
sistem penyampaian, maklum balas pembelajaran dan kawalan bilik darjah. Keputusan selepas
instruksi adalah berdasarkan pencapaian murid untuk penambahbaikan pengajaran.

Keputusan bimbingan pula merupakan data pentaksiran membantu guru dalam


membuat keputusan bimbingan dari segi perkembangan akademik dan peribadi murid atau
kerjaya murid. Pentaksiran bertujuan membuat keputusan petadbiran dari aspek pemilihan,
pengelasan dan penempatan pelajaran ke bidang yang relevan. Selain itu, data pentaksiran
telah mencetuskan pelbagai jenis keputusan penyelidikan dalam aspek pencapaian murid dan
sistem penyampaian demi penambahbaikan pembelajaran murid. Akhir sekali, pentaksiran
merupakan motivator kepada murid untuk terus belajar demi mencapai prestasi yang tinggi.

Seterusnya pentaksiran terbahagi kepada dua iaitu pentaksiran tentang pembelajaran


dan yang kedua ialah pentaksiran untuk pembelajaran. Pentaksiran tentang pembelajaran
merujuk kepada strategi yang dibina untuk mengukur sesuatu yang murid
mengetahui,menunjukkan sama ada mereka memenuhi hasil kurikulum atau hasil
pembelajaran suatu program. Ianya merupakan pentaksiran berbentuk sumatif dan
dilaksanakan pada hujung sesuatu unit atau program. Di samping itu, keberkesanan pentaksiran
bergantung kepada kesahan dan kebolehpercayaan aktiviti atau tugasan serta keadaan dan
kualiti maklum balas yang diberi. Pentaksiran penting untuk membantu pelajar dalam sistem
pembelajaran dengan lebih mudah dan berkesan. Bagi membantu pelajar dalam sistem
pembelajaran guru-guru atau pendidik hendaklah berusaha untuk menarik minat pelajar dalam
menumpukan perhatian dalam pembelajaran.

Pentaksiran untuk pembelajaran ialah dapat membantu murid mengenal pasti kekuatan
dan kelemahan dalam prestasi mereka supaya dapat menambah baik pencapaian
mereka.Pentaksiran juga dilaksanakan sepanjang pengajaran dan pembelajaran untuk
mengukur sesuatu yang murid tahu, menunjukkan sama ada mereka memenuhi hasil kurikulum
atau hasil pembelajaran suatu program. Selain itu, Maklum balas berterusan secara deskriptif
membantu guru menambah baik proses pengajaran manakala murid membaiki prestasi
pembelajaran. Pentaksiran juga membantu Guru memberikan keputusan dan maklum balas
dengan cepat, spesifik dan bertumpukan kepada tingkah laku murid. untuk mengukur sesuatu
yang murid tahu, menunjukkan sama ada mereka memenuhi hasil kurikulum atau hasil
pembelajaran suatu program. Ia menggalakkan murid bertanggungjawab terhadap
pembelajaran sendiri, memerlukan murid untuk bersoal jawab tentang pembelajaran mereka,
serta melibatkan guru dan murid untuk merancang hala tuju pembelajaran bagi menggalakkan
pertumbuhan dan perkembangan.

Terdapat beberapa beberapa jenis pentaksiran dan antaranya adalah dari segi
lisan,pemerhatian dan penulisan.Dalam segi lisan mempunyai tiga kaedah yang sering dilakukan
oleh semua tenaga pengajar yang berlaku pada setiap sesi pembelajaran iaitu dari segi
pemerhatian lisan dan penulisan.Apakah yang dimaksudkan dengan kaedah pemerhatian itu?
Kaedah pemerhatian ialah,guru mampu melihat hasil kerja daripada pelajar dari segi individu
mahupun secara berkumpulan.Kemudian guru mampu memerhatikan bagaimana seseorang
pelajar tersebut menyelesaikan tugasan yang diberikan kepada pelajar.

Seterusnya dari segi lisan pula.Ia merangkumi bebearapa aspek iaitu murid dengan guru
dan murid dengan murid.Antara contoh yang boleh diambil daripada kaedah ini adalah guru
menyoal atau bertanya soalan kepada pelajar secara lisan ataupun secara bertulis.Manakala
antara murid dengan murid ini akan berlaku setiap kali jika dalam pembentangan di hadapan.

Dan jenis pentaksiran yang terakhir adalah secara penulisan.Ia akan berlaku pada setiap
tahun pada semua pelajar di sekolah.Ia pula merangkumi beberapa kaedah iaitu yang pertama
ujian bulanan manakala yang kedua adalah peperiksaan.Kedua-dua kaedah ini menggunakan
kaedah menulis.Yang membezakan antara kedua – dua ini adalah dari segi permarkahan dan
jenis soalan.

Kesimpulannya, pentaksiran merangkumi pengujian, pengukuran dan penilaian.


Pentaksiran bilik darjah bertujuan untuk membuat keputusan dalam pengajaran dan
pembelajaran, bimbingan pembelajaran dan kerjaya, penyelidikan berasaskan data,
menentukan aspek pentadbiran dan memberikan motivasi kepada murid yang terdiri daripada
pentaksiran untuk pembelajaran, pentaksiran tentang pembelajaran dan pentaksiran sebagai
pembelajaran.

Pentaksiran juga dianggap sebagai alat, teknik, prosedur dan semua aktiviti yang diambil
oleh guru dan murid untuk memperoleh maklumat melalui cara formal dan tidak formal dan
merupakan suatu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman
tentang produk sesuatu proses pendidikan. Maklumat meliputi hal berkaitan topik, bukti dan
prestasi. Maklumat yang dikumpukan akan menyediakan maklum balas untuk membantu
menambah baik aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan diri mereka.
Penghakiman pula melibatkan hal-hal seperti pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan,
manakala produk pula melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai dan proses pendidikan
pula melibatkan operasi, dapatan dan hasil.

2. Memaklumkan kemajuan murid kepada ibu bapa merupakan satu proses penting dalam
penggredan dan pelaporan. Ia dapat membantu ibu bapa memahami kemajuan anak-anak
mereka dalam pelajaran.
Cadangkan penambahbaikan yang perlu bagi meningkatkan keberkesanan sistem pelaporan
pencapaian murid.

Sistem pelaporan pencapaian murid ada dua iaitu formatif dan sumatif. Penilaian
formatif merupakan prosedur julat penilaian rasmi dan tidak rasmi yang digunakan oleh para
guru semasa proses pembelajaran bagi menyesuaikan aktiviti mengajar dan pembelajaran bagi
meningkatkan pencapaian murid.Ia biasanya membabitkan maklum balas kualitatif (bukannya
markah) bagi kedua-dua pelajar dan guru yang menumpukan pada perincian kandungan dan
prestasi. Ia biasanya bertentangan dengan penilaian sumatif, yang bertujuan untuk memantau
hasil pendidikan, selalunya untuk tujuan tanggung jawab luaran.

Penilaiansumatif merujuk kepada penilaian pembelajaran dan meringkaskan


pembangunan pelajar pada suatu masa tertentu. Selepas tempoh kerja, contohnya unit selama
dua minggu, pelajar menduduki ujian, kemudian guru menandakan ujian dan menyerahkan
markah. Ujian ini bertujuan untuk meringkaskan pembelajaran sehingga ke tahap itu. Ujian ini
juga boleh digunakan untuk penilaian diagnostik untuk mengenalpasti sebarang kelemahan dan
kemudian membina menggunakan penilaian formatif.

Penambahbaikan yang perlu bagi meningkatkan keberkesanan sistem pelaporan


pencapaian murid ialah guru perlu mengadakan sesi soal jawab diantara murid dan guru
selepas pdp dijalan untuk memastikan murid memahami sesuatu topik , jika ada yang masih
tidak menguasai guru boleh membuat latihan pemulihan bagi membantu murid yang
lemah.Selain itu, melakukan pemerhatian atau pemantauan yang konsisten terhadap pelajar
sepanjang sesi pdp dijalankan bagi memastikan proses pembelajaran dijalankan dengan
berkesan selaras dengan tahap pencapaian pelajar.

Seterusnya, antara cara untuk penambahbaikan bagi meningkatkan keberkesanan


sistem pelaporan pencapaian murid iaitu melakukan penambahbaikan dari sistem pengurusan
sekolah. Pengetua hendaklah bersifat aktif sebagai pengurus kurikulum. Contohnya dengan
menyertai mesyuarat panatia, mengambil tindakan susulan ke atas aktiviti yang dijalankan dan
sebagainya. Selain itu, pihak sekolah hendaklah merancang dan menyediakan program
peningkatan prestasi dalam pelajaran. Contohnya, menyusun jadual waktu dengan sesuai,
mengadakan aktiviti untuk meningkatkan prestasi dalam pelajaran dan sebagainya.

Selain itu juga, pihak sekolah boleh melakukan slot motivasi atau slot sesi memberi
taklimat kepada ibubapa mengenai anak-anak mereka.Tidak dinafikan di dalam sesebuah
komuniti pasti mempunyai kelemahan yang dapat dihidu oleh masyarakat sekeliling.Begitu juga
dengan anak – anak tak semua yang mampu mendapat keputusan yang cemerlang.Dengan itu
pihak sekolah perlu memberi motivasi kepada ibubapa supaya mereka tidak putus asa untuk
terus mendoakan dan memberi semanagat kepada ibubapa supaya jangan membuat satu sikap
iaitu tidak mengambil peduli terhadap anak - anak mereka.

Pihak sekolah juga boleh menjalankan usaha dengan mengadakan kelas tambahan
berfokus. Dengan mengadakan kelas seperti ini dapat membantu murid-murid sederhana dan
lemah untuk menguasai kemahiran dalam sesuatu pelajaran. Kelas tambahan berfokus ini
dapat memberi keyakinan yang lebih lagi terhadap murid-murid dalam mengulangkaji
pelajaran. Selain itu, dapat menyemaikan sikap ingin belajar dikalangan murid-murid kerana
apa yang dipelajari mudah difahami, ini membuatkan rasa seronok untuk mereka hadir ke
sekolah . Menjadikan murid sentiasa bersedia untuk menerima sebarang teguran dan tunjuk
ajar dari guru.
Penambahbaikan yang dapat disediakan oleh guru juga seperti bantuan klinikal dapat
meningkatkan prestasi pelaporan murid. Usaha ini dapat mengdiagnostik keupayaan murid
menguasai pengetahuan dan kebolehan dalam pembelajaran dan pengajaran baru yang boleh
memenuhi keperluan. Di situ menunjukan peranan guru adalah membantu, memulih , dan
membimbing murid kepada sesuatu kemahiran dalam pelajaran. Guru juga disarankan supaya
menjalankan penilaian berterusan secara terancang melalui pelbagai cara antaranya ialah
membincangkan bersama-sama murid penyelesaian soalan ujian yang diberi, dengan cara ini
dapat mengajar murid kaedah atau cara menjawab soalan. Selepas itu, guru perlu menganalisi
keputusan ujian murid , bertujuan untuk mengenalpasti kelemahan murid .

Kesimpulannya, penambahbaikan yang perlu bagi meningkatkan keberkesanan sistem


pelaporan pencapaian murid merangkumi daripada aspek penilaian formatif, penilaian sumatif,
penilaian soal jawab, penilaian dari segi sistem pengurusan sekolah, mengadakan slot motivasi,
memperbanyakkan kelas tambahan berfokus dan akhir sekali memberikan bantuan klinikal
kepada para pelajar. Semua pihak perlu memainkan peranan yang penting dalam memastikan
penambahbaikan sistem pelaporan pencapaian murid ini dapat dilaksanakan dengan berkesan
dan lebih sistematik.

You might also like