You are on page 1of 3

DESKRIPSI TUGAS PEMBANTU AWAM

MAKLUMAT UMUM
KETUA
KETUA PENGARAH
GELARAN JAWATAN PEMBANTU AWAM
PERKHIDMATAN PERKHIDMATAN
AWAM
KEDUDUKAN DI
RINGKASAN GELARAN
PEMBANTU AWAM WARAN
JAWATAN
PERJAWATAN
GRED JAWATAN H11 BIDANG UTAMA KEMAHIRAN
GRED JD H11 SUB-BIDANG
STATUS JAWATAN TETAP DISEDIAKAN OLEH
HIRARKI 1(BAHAGIAN) (NAMA SEKOLAH) DISEMAK OLEH
HIRARKI 2
(CAWANGAN/SEKTOR/UNIT DILULUSKAN OLEH
)
SKIM PERKHIDMATAN  H - KEMAHIRAN TARIKH DOKUMEN
TUJUAN PEWUJUDAN JAWATAN
Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar
bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja bagi
membolehkan sekolah menjalankan fungsi ditetapkan dengan cekap, selamat dan berkesan.

AKAUNTABILITI TUGAS UTAMA


Melaksanakan aspek tugasan am bersifat 1. Bertanggung jawab dalam tugas-tugas
hands-on serta sokongan teknikal dan persiapan dan logistik sebelum dan selepas
pembaikan kerosakan kecil. majlis rasmi atau mesyuarat seperti alat sia
raya dan kerusi/meja.
2. Membersih dewan/ bangunan/ bilik-bilik
mesyuarat berkaitan.
3. Menyedia dan mengangkut peralatan/ barang-
barang ke tapak kerja.
4. Membersihkan tapak kerja serta mengangkut
sampah sarap dari tapak kerja selepas selesai
tugas.
5. Melaksanakan lain-lain tugasan rencam seperti
pembersihan longkang, pemotongan rumput
dan dahan pokok serta tugas-tugas landskap
serta keceriaan kawasan.
6. Memastikan peralatan/ ruang kerja yang berada
di bawah pengawasan sentiasa berada dalam
keadaan bersih, teratur, selamat serta dapat
beroperasi dengan baik untuk digunakan pada
bila-bila masa.
7. Menjalankan pemeriksaan harian/ berkala ke
atas peralatan/ ruang kerja yang berada di
bawah pengawasan.
8. Menerima dan merekod aduan kerosakan dari

Kemaskini sehingga 15/7/2020 1


pelanggan.
9. Membantu menjalankan kerja-kerja
penyenggaraan dan membaik pulih kerosakan
kecil.
10. Membantu kerja-kerja sokongan teknikal
berkaitan elektrik dan elektronik, penanaman
pokok, penyemaian benih, akuakultur dan lain-
lain yang berkaitan.
11. Tugasan hands-on lain terutamanya yang
dijalankan di luar kawasan pejabat.
Melaksanakan aspek tugasan menyelamat di 1. Menjalankan tugas penyelamat (lifeguard) di
kolam renang awam. kawasan kolam renang awam.
2. Bertanggung jawab ke atas keselamatan semua
pengguna kolam renang awam.
3. Memasukkan bahan kimia ke dalam kolam bagi
memelihara dan memastikan mutu air kolam
berada dalam keadaan selamat untuk
digunakan.
4. Memastikan kebersihan kawasan kolam renang
dan kadar pH air kolam renang selamat
digunakan.
5. Memastikan semua peralatan kolam seperti
peralatan menyelamat dan motor pam berada di
dalam keadaan selamat untuk digunakan.
Melaksanakan aspek pemanduan motobot/ 1. Melibatkan tugas pemanduan dan pengendalian
enjin sangkut. motobot/ enjin sangkut di kawasan perairan
tempatan termasuk sungai dan tasik.
2. Memastikan bot dan peralatannya berada dalam
keadaan bersih dan selamat digunakan.
3. Memastikan keselamatan penumpang, aset
kerajaan, keselamatan pelayaran serta
mencegah pencemaran laut/ perairan semasa
pengendalian motobot/ enjin sangkut.
4. Memastikan motobot/ enjin sangkut disenggara
mengikut jadual.

DIMENSI

1. Bilangan Perjawatan:
2. Bilangan Pengisian:
KELAYAKAN AKADEMIK/ IKHTISAS

Kemaskini sehingga 15/7/2020 2


1. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan.
(Syarat Tambahan: Bagi tugas menyelamat, calon perlu memiliki Sijil Pertolongan Cemas serta
berkebolehan berenang dan bagi tugas memandu enjin sangkut/motobot, calon perlu memiliki
perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia).
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek
Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

KOMPETENSI
1. Berkebolehan menggunakan sumber dengan baik.
2. Berkebolehan mengendalikan peralatan bagi tujuan penyenggaraan dan pembaikan kecil.
3. Berkebolehan berkomunikasi dengan berkesan.
4. Berkebolehan mengurus masa.
5. Kemahiran berenang.
6. Kemahiran pertolongan cemas.
PENGALAMAN
Tidak diperlukan.

Kemaskini sehingga 15/7/2020 3

You might also like