You are on page 1of 2

Nama: Mohamad Faris Asyraf Bin Mohd Redzuan

Kelas: Pismp C6
Tarikh: 25 Mac 2020
Tugasan Class Online: Sila jawap soalan berikut dalam bentuk ringkas.

Soalan A: Kupaskan persoalan penting dalam Dasar Pembangunan Ekonomi.

Jawapan A:

Dua persoalan yang penting yang terdapat dalam Dasar Pembangunan Ekonomi ialah
pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Pembasmian kemiskinan
adalah untuk mengurangkan kemiskinan dengan peningkatan pendapatan dan
membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tanpa mengira kaum. Penyusunan semula
masyarakat pula melibatkan pengenalan etnik mengikut fungsi ekonomi dihapuskan.

Soalan B: Apakah isu-isu utama ekonomi dalam konteks Hubungan Etnik.

Jawapan B:

Terdapat lapan isu utama ekonomi dalam konteks Hubungan Etnik seperti:

1. Agihan kekayaan negara.


2. Membasmi kemiskinan.
3. Penyusunan semula masyarakat.
4. Dasar Ekonomi Baru.
5. Dasar Pembangunan Negara.
6. Dasar Penswastaan Dalam Konteks Hubungan Etnik.
7. Dasar Wawasam Negara dan Hubungan Etnik.
8. Globalisasi, Ekonomi Malaysia dan Hubungan Etnik.

Soalan C: Apakah pandangan anda mengenai Wawasan Kemakmuran Bersama 2030?

Jawapan:

Pada pandangan saya, Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 amat membantu


pembangunan ekonomi yang stabil buat semua kaum di Malaysia. Hal ini demikian
kerana, wawasan ini dapat mengurangkan jurang ekonomi besar yang tidak dapat
diselesaikan di kalangan bumiputera dengan kegagalan pembangunan ekonomi yang
adil serta pengagihan ekomomi berdasarkan demografi. Wawasan ini dapat menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara yang terus membangun secara mampan seiring
dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif pada semua peringkat
kumpulan pendapatan, etnik, wilayah dan rantaian bekalan. Hal ini sekali gus dapat
mengukuhkan kestabilan politik dan meningkatkan kemakmuran negara serta
memastikan rakyat bersatu padu tanpa prasangka dengan meraikan kepelbagaian
bangsa dan budaya sebagai asas penyatuan negara bangsa. Jelaslah bahawa
Wawasan Ekonomi Bersama 2030 amat membantu Malaysia mempunyai kestabilan
ekonomi yang sama bagi semua kaum.

You might also like