Professional Documents
Culture Documents
MERENTASI ETNIK
FATIN NADIRAH BINTI RUZILAN
NURUL NABILAH FARHANA BINTI MOHD SUHAMI
FATIN NURSUFIAH BINTI AHMAD SULHI
SURYA AZNIEDA BINTI KASIM
MUHAMMAD AMIR HAMZAH BIN ZAILANI
PENGENALAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai :-
• Etnik
• Budaya
• Agama
Perpaduan dalam masyarakat merupakan persoalan yang penting kerana
keharmonian hidup antara pelbagai etnik akan menyumbang kepada kestabilan
sosiopolitik dalam negara.
Dalam usaha mencapai keharmonian hidup antara pelbagai etnik dan kestabilan
politik, kekayaan negara perlu diagihkan secara adil dan saksama.
Untuk mengelakkan mana-mana kumpulan etnik berasa terpinggir daripada
menikmati faedah pembangunan negara.
“pertumbuhan dengan agihan”
Merupakan falsafah yang menjadi panduan kerajaan dalam :-
• Mencapai perpaduan masyarakat.
• Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)
• Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000)
• Dasar Wawasan Nasional (2001-2010)
Agihan bermaksud berpusat kepada dimensi agihan antara etnik.
Falsafah ini mengandaikan bahawa sekiranya perbezaan dan ketidakseimbangan
ekonomi antara etnik dapat dihapuskan, maka perpaduan dalam masyarakat
Malaysia akan dapat dicapai.
ISU SOSIOEKONOMI PADA AWAL
KEMERDEKAAN
Selepas mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, kerajaan Perikatan
meneruskan dasar ekonomi bebas penjajah Inggeris.
Penerusan pendekatan ekonomi penjajah ini telah menghasilkan pertumbuhan
ekonomi yang agak tinggi.
Bagaimanapun, faedah daripada pertumbuhan ekonomi tersebut didapati tidak
“menitis” kepada rakyat.
Pada akhir tahun 1960-an, hampir separuh daripada rakyat Malaysia tinggal dalam
kemiskinan iaitu sebanyak 49.3 peratus.
Sebahagian besar daripada isi rumah miskin adalah dalam kalangan etnik Melayu.
Walaupun terdapat etnik Cina dan India serta orang bandar dan luar bandar yang
miskin, kemiskinan dalam kalangan etnik Melayu lebih menjadi tumpuan.
Oleh itu, etnik Melayu menjadi sinonim dengan kemiskinan.
Terdapat juga ketakseimbangan yang ketara dari segi guna tenaga dan pekerjaan
antara etnik tersebut.
EKONOMI MENJADI ISU ETNIK