You are on page 1of 6

ETIKA PROFESIONALISME PERKHIDMATAN

SMK KELADI , KULIM, KEDAH DARUL AMAN

1. MASA BERTUGAS GURU


1.1 Waktu masuk : Sebelum 7.30 pagi pada setiap hari persekolahan.
1.2 Waktu balik : Selepas 2.30 petang
1.3 Hari Sabtu: Bergantung kepada aktiviti yang dijalankan, guru – guru perlu hadir pada
8.00 pagi hingga sekurang – kurangnya jam 12.30 tengah hari.
1.4 Masa Bertugas Penolong – penolong Kanan dan Guru Kanan Mata Pelajaran:
1.4.1 Penolong Kanan Pentadbiran 7.30 pagi hingga 4.30 petang
1.4.2 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid pada hari – hari ditetapkan (mengikut
1.4.3 Penolong Kanan Kokurikulum Jadual Bertugas Pentadbir)
1.4.4 Penolong Kanan Tingkatan 6
1.4.5 Semua Guru Kanan Bidang
2. KEHADIRAN
2.1 Rekod Kehadiran Semua Staf
2.1.1 Memasukkan sendiri kehadiran dan balik pada setiap hari dalam Sistem
Kehadiran adalah WAJIB. Jika gagal berbuat demikian, tuan/puan dianggap
Tidak Hadir. Guru – guru diwajibkan memasukkan masa pulang dari sekolah pada
setiap hari.
2.1.2 Jika akan menghadiri mesyuarat / kursus atau merancang Cuti Rehat (memohon
3 hari sebelum bercuti kecuali kes kecemasan)
2.1.2.1 Semua staf hendaklah memasukan kenyataan tersebut pada Sistem
Kehadiran mengikut tarikh yang berkenaan untuk tujuan rekod kehadiran.
2.1.3 Jika Tidak Dapat Hadir Sekolah kerana sakit / Isteri Bersalin / Kematian ahli
keluarga terdekat (Ibu/bapa/isteri/suami/anak), staf perlu:
2.1.3.1 Telefon ke sekolah segera kepada Pengetua/Pen. Kanan supaya kelas
relief dapat segera disediakan
2.1.3.2 Serahkan Sijil Sakit untuk pengesahan Pengetua dan seterusnya kepada
Pembantu Tadbir untuk rekod
2.1.3.3 Cuti Bersalin: sebaik sahaja mendapat sijil Cuti Bersalin, perlu serahkan
dengan kadar segera untuk urusan pengambilan Guru Ganti
2.1.4 Keluar Kawasan Sekolah
2.1.4.1 Semasa bertugas, semua staf perlu berada di dalam kawasan sekolah .
2.1.4.2 Jika perlu meninggalkan kawasan sekolah untuk tujuan urusan rasmi /
kecemasan, semua staf perlu :
2.1.4.2.1 Memaklumkan kepada Pengetua atau Penolong Kanan
Pentadbiran (jika Pengetua bertugas di luar sekolah), untuk
tujuan kebenaran.
2.1.4.2.2 Semua staf yang perlu keluar kawasan sekolah mesti
melengkapkan Borang Permohonan Keluar Sekolah dan
memasukkan dalam Sistem Kehadirian semasa hendak
keluar.
2.1.5 Guru/Staf yang mendapat Cuti Istimewa kerana isteri bersalin (7 hari) atau ahli
keluarga terdekat meninggal dunia (3 hari kerana kematian suami /isteri / ibu
kandung/bapa kandung / anak) perlu merekodkannya dalam Sistem Rekod
Kehadiran dan memaklumkan kepada Pembantu Tadbir Perkhidmatan untuk
rekod.
2.1.6 “Time – Off slip” yang diperolehi daripada doktor tidak boleh digunakan untuk
mendapatkan cuti. Slip ini hanya dokumen yang mengesahkan bahawa guru
keluar daripada kawasan sekolah dan diperakukan oleh doktor berkenaan
bahawa seseorang guru itu telah menerima rawatan pada masa berkenaan.
2.1.7 Majlis Rasmi Sekolah – Semua guru wajib hadir ke semua majlis rasmi
sekolah sama ada diadakan di kawasan sekolah atau di luar. Contoh Majlis Rasmi
Sekolah: Perhimpunan Rasmi Mingguan, Hari Anugerah Cemerlang, Mesyuarat –
mesyuarat yang ditetapkan, Kursus – kursus atau Latihan Dalam Perkhidmatan,
Pertandingan – pertandingan dan seumpamanya.
3. CUTI REHAT
3.1 Guru layak memperolehi 7 hari Cuti Rehat dalam 1 tahun. Cuti rehat bukan hak, ertinya
ia hanya dibenarkan diambil setelah permohonan dibuat terlebih dahulu, disokong
oleh Penolong Kanan (bagi guru) / Ketua Pembantu Tabdir (bagi staf sokongan) sebelum
diluluskan oleh Pengetua. Peraturan Dalaman Jabatan Pendidikan Negeri telah
menetapkan bahawa cuti hendaklah ditaburkan sepanjang tahun, dengan separuh
untuk 6 bulan pertama dan separuh lagi untuk 6 bulan kedua.
3.2 Prosedur Permohonan Cuti Rehat:
3.2.1 Rancang cuti / bincang dengan Penolong Kanan untuk disokong
3.2.2 Isi Borang Permohonan Cuti dan memohon kelulusan daripada Pengetua
3.2.3 Permohonan mendadak / segera melalui telefon adalah sangat tidak digalakkan.
4. SEKOLAH ADALAH KAWASAN TEMPAT KERJA
4.1 Semua guru mesti sentiasa berada di dalam kawasan sekolah/di dalam kelas(ada kelas)
4.2 Guru dilarang berniaga / menerima kedatangan jurujual yang tidak dibenarkan oleh pihak
pentadbir sekolah
4.3 Guru tidak dibenarkan membawa orang asing ke kawasan sekolah
5. PAKAIAN
5.1 Semua guru dan semua staf sokongan adalah Penjawat Awam dan dengan ini adalah
tertakluk kepada Peraturan Berpakaian Penjawat Awam semasa menjalankan tugas
rasmi dan semasa berada di dalam kawasan bertugas.(Ruj:Surat Pekeliling Bil. 6/1985)
6. SEMUA GURU ADALAH PENGUATKUASA DISIPLIN PELAJAR(Rujuk SPI dilampirkan)
6.1 Guru hendaklah bertindak dengan menegur / mengambil tindakan kepada masalah
disiplin pelajar, khasnya dalam aspek – aspek berikut:
6.1.1 Adab dengan guru dan adab sesama pelajar
6.1.2 Peraturan di kantin
6.1.3 Merayau di luar kelas/bilik darjah
6.1.4 Tidak berada di dalam kelas semasa waktu rehat
6.1.5 Ketrampilan sebagai pelajar sekolah (pakaian sekolah/rambut)
6.1.6 Vandalisma, khususnya perabot di dalam kelas dan harta benda sekolah amnya
7. BUKU REKOD MENGAJAR
7.1 Setiap guru akan diberikan sebuah buku rekod mengajar dan bertanggungjawab
terhadap keselamatan buku tersebut
7.2 Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan dilengkapkan dengan
maklumat – maklumat berikut: (Rujuk Pekeliling Ikhtisas Bi..3/1999 dan P.U.(A)) 531 –
Peraturan – peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1977, iaitu:
7.2.1 Butir Peribadi Guru
7.2.2 Jadual Waktu Peribadi dan Kelas
7.2.3 Sukatan Pelajaran
7.2.4 Rancangan Pelajaran
7.2.5 Senarai Buku Teks dan Buku Rujukan
7.2.6 Rancangan Tahunan dan Rancangan Harian
7.2.7 Headcount Kelas dan Mata Pelajaran yang diajar
7.2.8 Markah Ujian / Peperiksaan yang dikemaskini
7.3 Buku Rekod Mengajar mesti dibawa ke kelas semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran
(Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas dalam 5.2)
7.4 Buku ini hendaklah diserahkan ke pejabat sebelum balik ke rumah pada hari Khamis
untuk disemak dan ditanda tangani oleh pentadbir sekolah
7.5 Jika seseorang guru bercuti atau berkursus, Buku Rekod Mengajar perlu diserahkan
kepada Penolong Kanan Pentadbiran
8. MESYUARAT / TAKLIMAT / PERJUMPAAN GURU
8.1 Semua guru diwajibkan menghadiri mesyuarat / taklimat yang diberikan oleh Pengetua /
Penolong Kanan seperti yang telah ditetapkan.
8.2 Sekiranya seseorang guru tidak dapat hadir kerana sesuatu sebab, guru berkenaan
hendaklah memaklumkan kepada Pengetua sekurang – kurangnya sehari sebelum
mesyuarat dengan menyerahkan Surat Makluman Sebab Ketidakhadiran.
8.3 Guru – guru juga wajib hadir dalam mesyuarat yang dikendalikan oleh Guru Kanan
Bidang / Ketua Panitia / Setiausaha Sukan / Ketua – ketua Penasihat
Persatuan/Kelab/Unit dan mana – mana jawatan yang seumpamanya.
8.4 Semua ketidakhadiran guru perlu disusuli dengan Surat Tunjuk Sebab Ketidakhadiran
kepada Pengetua.
9. JADUAL WAKTU / JADUAL GANTI
9.1 Guru Kelas hendaklah memastikan satu salinan Jadual Waktu Kelas dipamerkan di
dalam kelas sendiri.
9.2 Semua guru mesti mematuhi jadual waktu mengajar sepenuhnya.
9.3 Guru – guru yang mengajar mesti berada di dalam kelas / tempat mengajar mengikut
jadual yang ditetapkan. Guru – guru tidak dibenarkan meninggalkan kelas kecuali
dipanggil oleh Pengetua/Penolong Kanan atas tugas rasmi.
9.4 Semua guru mesti mematuhi Jadual Waktu Ganti yang ditetapkan kerana Jadual Waktu
Ganti dianggap sebagai waktu mengajar. Oleh itu, guru mesti berada dalam kelas
sewaktu Jadual Waktu Ganti.
9.5 Semua guru hendaklah melekatkan slip Jadual Waktu di dalam Buku Rekod Mengajar.
9.6 Guru – guru yang perlu bertugas di luar seperti perlu menghadiri mesyuarat/ kursus dan
sebagainya perlu merancang kerja untuk murid dan serahkan kepada Penolong Kanan
Pentadbiran untuk kegunaan Guru Ganti .
10. MELAKSANAKAN ARAHAN / TUGAS
10.1 Apabila diarahkan melaksanakan sesuatu tugas, contohnya mewakili sekolah membawa
murid/menghadiri mesyuarat/mengarahkan murid melakukan sesuatu tugas, maka tugas
itu hendaklah dilakukan oleh guru berkenaan dan staf yang ditugaskan tidak dibenarkan
mengarahkan orang lain tanpa kebenaran Pengetua.
10.2 Sekiranya sesuatu tugas itu terpaksa diserahkan kepada staf lain walaupun dipersetujui
oleh staf yang menggantikan, mestilah mendapat kebenaran daripada Pengetua terlebih
dahulu.
10.3 Tugas pengurusan yang sepatutnya dilakukan oleh guru tidak boleh diserahkan kepada
murid, contohnya memegang / menyimpan kunci bilik – bilik khas di sekolah menanda
Buku Jadual Kedatangan, dan seumpamanya.
11. PENGGUNAAN ALAT / PERALATAN MILIK SEKOLAH
11.1 Guru – guru mesti bertanggungjawab menjaga alat / peralatan milik sekolah yang
digunakan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
11.2 Barang – barang/peralatan yang dipinjamkan hendaklah dipulangkan setelah
menggunakannya. Barang – barang/peralatan milik sekolah tidak boleh dibawa balik ke
rumah tanpa kebenaran pentadbir sekolah.
11.3 Sebarang kerosakan / kehilangan perlu dilaporkan dengan segera.
12. KESELAMATAN PELAJAR
12.1 Semua guru yang mengajar dalam bilik darjah, makmal, bilik – bilik khas, surau, bengkel
– bengkel, padang adalah bertanggungjawab terhadap keselamatan murid di bawah
jagaannya. Oleh itu, guru hendaklah berhati – hati dan mengawal rapi gerak – geri
pelajar supaya tidak berlaku sebarang kecederaan atau kemalangan.
12.2 Sesi Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani tidak boleh dijalankan di padang
semasa hujan, waktu guruh dan kilat .
12.3 Sekiranya berlaku kemalangan atau kecederaan, guru yang bertanggungjawab
hendaklah mengambil tindakan segera dan melaporkan kepada guru bertugas dan
Pengetua/Penolong Kanan.
12.4 Guru Kanan Mata Pelajaran adalah bertanggungjawab menyediakan prosedur langkah –
langkah keselamatan bagi bidang mata pelajaran masing – masing .
12.5 Guru Kelas / Guru Mata Pelajaran bertanggungjawab melaporkan kepada Pengetua/
Penolong Kanan sebarang kerosakan peralatan atau apa sahaja unsur - unsur bahaya.
13. MAJLIS STAF / GURU SEBAGAI AHLI PERSATUAN
13.1 Semua guru yang mengajar di sekolah ini secara automatik adalah ahli staf.
14. ORANG LUAR BERJUMPA GURU / PELAJAR
14.1 Orang luar termasuk jurujual tidak boleh berjumpa guru dan kakitangan tanpa kebenaran
Pengetua / Penolong Kanan .
14.2 Orang luar(dengan kebenaran masuk ke kawasan sekolah) dilarang berjumpa guru atau
pelajar di bilik darjah semasa guru mengajar.
15. MENULIS SURAT RASMI
15.1 Semua surat berkaitan hal sekolah atau perjawatan hendaklah ditulis melalui Pengetua
supaya disalurkan kepada pihak tertentu dengan tatacara yang ditetapkan.
15.2 “Letterhead” sekolah hanya boleh digunakan dengan kebenaran Pengetua dan surat
“Letterhead” sekolah wajib ditanda tangan oleh Pengetua .
16. KUNJUNGAN GURU KE JABATAN PENDIDIKAN NEGERI / PEJABAT PENDIDIKAN
DAERAH
16.1 Guru tidak dibenarkan ke Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah untuk
urusan peribadi pada waktu sekolah.
16.2 Guru perlu memakai pakaian bekerja dengan tanda nama semasa membuat kunjungan
ke Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah untuk urusan rasmi.
17. BILIK GURU
17.1 Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru.
Ini termasuk keselamatan segala peralatan di dalam bilik guru.
17.2 Kelab staf adalah bertanggungjawab menguruskan bilik guru dan membentuk
Jawatankuasa Bilik Guru.
18. BUKU STOK / INVENTORI / KUNCI SEKOLAH
18.1 Guru Kanan / Ketua Panitia / Guru Penyelaras Unit bertanggungjawab menguruskan
Buku Stok atau inventori dan memastikan maklumat dalam stok atau inventori adalah
tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskini. Buku ini akan disemak dari semasa ke semasa
olen Pengetua / Penolong Kanan.
18.2 Semua kunci mesti disimpan di pejabat sekolah. Guru hendaklah menyimpan kunci bilik –
bilik tertentu mesti mendapat kebenaran daripada Pengetua.
19. AKTIVITI HARI SABTU / JUMAAT / CUTI UMUM
Kawasan sekolah adalah kawasan larangan pada hari – hari bukan persekolahan. Mana – mana
aktiviti tidak dibenarkan dijalankan di kawasan sekolah pada hari cuti, kecuali:
19.1 Aktiviti kokurikulum yang rutin; contohnya aktiviti sepanjang tahun seperti:
19.1.1 Pasukan Unit Beruniform / Kelab Seni Mempertahankan Diri
19.1.2 Aktiviti bermusim seperti Permainan / Olahraga
19.2 Aktiviti One Off; contohnya pertandingan / aktiviti pentas yang telah ditetapkan
19.3 Syarat:
19.3.1 Disertai oleh Guru Penasihat
19.3.2 Ada senarai murid yang terlibat dalam rekod Guru Penasihat
19.3.3 Guru Penasihat membuatkan jadual, edarkan kepada Pengetua / PKP / PKH /
PKK dan Pengawal Keselamatan Sekolah
19.3.4 Pelajar tidak boleh merayau di kawasan lain selain daripada tempat aktiviti
19.3.5 Bagi aktiviti sepanjang tahun yang melibatkan jurulatih luar, Guru Penasihat perlu
mendapatkan butiran diri jurulatih tersebut dan menyerahkan sesalinan butiran
tersebut kepada Penolong Kanan Kokurikulum (untuk difailkan) dan Pengawal
Keselamatan untuk tujuan kebenaran masuk ke kawasan sekolah.
20. PERHIMPUNAN SEKOLAH
20.1 Perhimpunan Harian – setiap hari Ahad, Selasa, Rabu dan Khamis
20.1.1 Semua pelajar tidak dibenarkan berada di dalam kelas sehingga tamat waktu
perhimpunan (melainkan hari hujan). Semua pelajar dikehendaki berkumpul di
Dewan Waja atau di tempat yang ditetapkan di SMK Keladi.
20.1.2 Wajib dihadiri oleh semua pelajar serta guru dan dikendalikan oleh Guru
Bertugas.
20.1.3 Semua guru diminta berada di atas pentas kecuali guru disiplin.
20.1.4 Semua guru diminta menandatangani kehadiran perhimpunan.
20.2 Perhimpunan Mingguan – setiap hari Isnin.
20.2.1 Bermula pada jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi setiap hari Isnin.
20.2.2 Wajib dihadiri oleh semua guru dan semua pelajar SMK Keladi.
20.3 Perhimpunan Harian dan Mingguan DIBATALKAN jika:
20.3.1 Diarahkan oleh Pengetua atas sebab – sebab tertentu.
20.3.2 Ada Ujian / Peperiksaan
20.3.3 Sekiranya Perhimpunan Mingguan dibatalkan, Guru Kelas hendaklah masuk ke
kelas masing – masing (7.30 pagi hingga 8.30 pagi ) untuk pengurusan atau
“house keeping” kelas.
21. SURAT KEBENARAN WARIS
21.1 Semua aktiviti sekolah yang dilaksanakan di luar kawasan sekolah atau di luar waktu
persekolahan :
21.1.1 Guru – guru Penasihat / bertanggungjawab terlebih dahulu wajib mengeluarkan
Surat Kebenaran Waris untuk ditandatangan oleh Pengetua setelah menulis
nama murid pada surat tersebut (ditandatangan secara hidup atau dicop
Sekolah (bulat) pada di bahagian bawah sebelah kanan surat). Ini adalah untuk
mengelakkan sebarang unsur penyelewengan penggunaan surat kebenaran
waris oleh pelajar lain .
21.1.2 Guru – guru Penasihat / Pengiring adalah bertanggungjawab terhadap segala hal
pengurusan dan kebajikan pelajar berkenaan mengikut surat pekeliling yang
berkaitan.

You might also like