You are on page 1of 1

Kerjaya Pilihan Saya

Lengkapkan karangan di bawah dengan kata kerja yang diberi di bawah.

Setiap individu mempunyai cita-cita atau impian masing-masing. Setiap individu


mengimpikan segala impian mereka ____1_____. Saya juga mempunyai impian. Pelbagai
impian yang telah saya ___2____ di dalam lubuk hati saya.

Kerjaya pilihan saya adalah untuk ___3___ seorang usahawan yang berjaya.
Walaupun kini saya mengambil ijazah dalam Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa, namun
matlamat sebenar saya adalah untuk menjadi usahawan seperti ibu saya. Walaupun kerjaya
pilihan saya ini dilihat agak _____4____ dengan jurusan yang saya ikuti, namun ini bukan
alasannya saya tidak boleh menjadi seorang usahawan. Bagi saya, pelajaran adalah untuk
ilmu dan bukannya untuk kerjaya. Tidak semestinya kita mesti ____5___ kerjaya yang
berkaitan dengan ijazah yang kita miliki.

Saya memilih kerjaya sebagai usahawan kerana bagi saya kerjaya ini ____6______
kebebasan kepada saya. Keadaan ini bermaksud saya boleh mengendalikan sesuatu mengikut
acuan saya sendiri. Saya juga memilih kerjaya ini kerana bagi saya kerjaya ini boleh
____7_____ pendapatan yang lumayan kepada saya jika saya berjaya ___8_____ perniagaan
saya dengan baik. Namun matlamat utama saya untuk menceburi bidang keusahawanan ini
bukanlah semata-mata untuk wang ringgit sahaja tetapi untuk kepuasan diri saya sendiri.

Saya menjadikan ibu saya sebagai idola dan guru kepada saya untuk menjadi seorang
usahawan yang berjaya. Segala tunjuk ajar dan nasihat beliau telah menjadi pendorong
kepada saya untuk ____9____ impian saya.

Kesimpulannya saya memilih bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan saya.


Saya berharap saya akan lebih kuat dan berani untuk ____10______ segala dugaan dan
cabaran yang mendatang.

Menempuh 10 tercapai 1 mendatangkan 7 merealisasikan 9

menjadi 3 menceburi 8 sematkan 2 bertentangan 4

memilih 5 memberikan 6

You might also like