You are on page 1of 9

1.

0 PENGENALAN

Perpaduan negara adalah satu faktor keprihatinan utama bagi masyarakat yang
terdiri daripada berbilang kaum dan pelbagai budaya seperti Malaysia (Abdul Rahman,
Hussein Ahmad, Sufean Hussin, Simin, G., Mohammed Sani, 2014). Proses menuju ke arah
perpaduan negara adalah sesuatu yang kompleks, di mana konflik mungkin akan berlaku
secara langsung dan tidak langsung dalam menangani perbezaan sosiobudaya dikalangan
kepelbagaian kumpulan etnik (Lee Wei Chang, Baharuddin, Muhammad, 2015). Terjadinya
pelbagai etnik di Malaysia disebabkan oleh penjajahan yang dilakukan oleh kuasa eropah.
Oleh itu, dapat kita lihat tiga fasa yang berlaku di dalam negara iaitu pluraliti, plural dan
pluralistik. Tugasan ini lebih menfokuskan kepada masyarakat pluralistik.

1.1 KRONOLOGI MASYARAKAT SEWAKTU ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA


SEHINGGA HARI INI MELIBATKAN PLURALITI DAN PLURAL

Zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka merupakan zaman dimana


masyarakat mereka adalah masyarakat pluraliti. Masyarakat pluraliti ini membawa bersama
perbezaan kehendak dan kemahuan sekaligus mahu menjaga kepentingan kaum mereka
sendiri (Norayu Basir, 2012). Dapat dilihat melalui wujudnya hubungan diplomatik Melaka
dengan kuasa-kuasa seperti China, India, Siam, dan Jawa menjadi salah satu faktor bagi
membuktikan bahawa telah wujud suatu bentuk masyarakat yang berbilang bangsa di
Melaka (Rozeyta Omar & Paimah Atoma, 2009). Selain itu, dapat dilihat melalui ekonomi
masyarakat pluraliti pada zaman ini adalah negeri Melaka terkenal sebagai pusat
perdagangan.

Selain itu, selepas kemunculan masyarakat pluraliti adalah masyarakat plural.


Terjadinya masyarakat plural setelah datangnya pihak Eropah. Phak British telah mengubah
dasar masyarakat pluraliti dengan mengasingkan sektor pentadbiran. Contohnya,
berlakunya pengasingan pekerjaan diantara masyarakat melayu hanya boleh menjalankan
pertanian sara diri, masyarakat China dan India hanya boleh ke bahagian perlombongan biji
timah secara paksaan (Uqbah Iqbal, Nordin Hussin & Ahmad Ali Seman, 2015). Pihak
British melakukan agar masyarakat tidak dapat bergaul dan berkerjasama antara satu sama
lain.

1
1.2 MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA DALAM ERA GLOBALISASI

Masyarakat pluralistik merupakan masyarakat yang terdiri daripada daripada


pelbagai etnik, bahasa, kebudayaan, kepercayaan, adat istiadat, tempat tinggal dan
sebagainya (Hamidah Abdul Rahman & Norlin Ahmad Shah Rollah Abdul Wahab, 2009).
Masyarakat pluralistik merupakan sambungan selepas masyarakat plural. Terjadinya
masyarakat ini disebabkan oleh fenomena sosial yang terhasil selepas kedatangan Eropah
ke Tanah Melayu. Hal ini kerana kuasa Eropah menekankan penjajahan berbentuk
imperialisme dan kolonialisme. Oleh itu, mereka memonopoli kekayaan hasil bumi demi
kepentingan ekonomi negara mereka. Selain itu, mereka membawa masuk buruh dari Cina
dan India untuk mengusahakan lombong dan ladang getah serta mengawal kehidupan
masyarakat pribumi yang ramai dengan jumlah yang sedikit. Akhir sekali, mereka
memperkenalkan sistem politik, sosial dan agama mereka kepada penduduk tempatan.

1.3 PERSPEKTIF EKONOMI

Pada zaman penjajahan British, British mengamalkan dasar pecah dan perintah iaitu
pemisahan kaum berdasarkan sistem ekonomi (Mat Zin, 2008). Melalui dasar ini masyarakat
telah diasingkan untuk melakukan pekerjaan yang berbeza. Oleh itu, berlakulah ketegangan
di antara kaum dan menjadi salah satu punca terjadinya rusuhan terbesar pada 13 Mei
1969. Maka, Perdana Menteri telah membuat rancangan pembangunan ekonomi negara
agar dapat mengatasi masalah tersebut . Antaranya, Dasar Ekonomi Baru (DEB)
dilaksanakan di Malaysia mempunyai matlamat utama iaitu pencapaian dalam perpaduan
antara kaum-kaum di Malaysia. Menerusi perlaksanaan dasar ini perpaduan akan
diwujudkan melalui pembasmian kemiskinan dan menyusun semula struktur masyarakat
yang selama ini dipisahkan oleh perbezaan ekonomi dan sosial.

Selain itu, Wawasan 2020 termaktub dalam cabaran pertama bagi membentuk satu
Bangsa Malaysia yang bersatupadu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi
bersama. Ia merupakan satu tindak balas kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik
yang berlaku di peringkat antarabangsa. Wawasan 2020 berobjektif untuk membentuk
sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020 bukan sahaja dalam bidang ekonomi
tetapi merangkumi segala aspek kehidupan seperti ekonomi, politik dan lan-lain (Nik
Mustapha Hj Nik Hassan, 2011). Antara cabaran dalam Wawasan 2020 ialah mewujudkan
bangsa Malaysia yang bersatupadu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi
bersama, berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara kaum, berasaskan persamaan hak

2
dan keadilan. Oleh itu, pihak kerajaan cuba untuk mengurangkan perbezaan jurang ekonomi
dalam setiap etnik tidak kira di semenanjung atau di Sabah dan Sarawak.

1.4 PERSPEKTIF POLITIK

Perpaduan etnik juga boleh dicapai melalui sistem politik. Hal ini kerana selepas era
kemerdekaan sistem Pecah dan Perintah sudah tidak lagi digunakan dan digantikan dengan
sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berpelembangaan. Melalui
sistem ini, rakyat mempunyai hak untuk memilih pemimpin yang memimpin negara. Sistem
pemilihan pemimpin negara ini dijalankan selama lima tahun sekali. Pada tahun 2020,
berlaku masalah di dalam politik negara di mana kerajaan yang mewakili dari pelbagai parti
mengalami ketidakstabilan (Isabelle, 2020). Perkara ini tidak pernah berlaku di dalam
sejarah Malaysia dan pada tahun 2020 terciptanya satu sejarah di mana pentadbiran negara
diberikan kepada Yang Di Pertua Agung (YDPA). Maka, seluruh rakyat Malaysia terdedah
kepada pentadbiran Raja Berpelembagaan di bawah kuasa YDPA. Dapat kita lihat YDPA
berkuasa memilih Perdana Menteri Interim yang ditugaskan untuk menjaga negara
sementara proses perbincangan pemilihan pemimpin dijalankan. Berdasarkan David dan
Dumanig (2011), seorang pemimpin boleh mewujudkan perpaduan nasional atau
perpecahan di kalangan kumpulan etnik dalam perbincangan umum tetapi ia bergantung
kepada cara mereka memahami dan melihat mesej yang disampaikan oleh pemimpin.
Maka, keputusan yang dibuat oleh YDPA untuk pangkat Perdana Menteri Malaysia ke-8
ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin (Astro Awani, 2020). Dapat kita lihat semasa pergolakan ini
berlaku, tidak terjadinya rusuhan kaum seperti mana yang berlaku pada tanggal 13 Mei
1969. Hal ni kerana semua etnik menginginkan kehidupan yang harmoni dan memberi
kepercayaan yang sepenuhnya kepada YDPA bagi menyelesaikan masalah politik negara
dengan baik. Maka, jelaslah sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja
Berpelembangaan ini dapat menyatupadukan semua rakyat di dalam negara.

1.5 PERSPEKTIF KEPELBAGAIAN AGAMA

Setelah British membawa masuk buruh-buruh Cina dan India ke dalam negara,
pelbagai agama dan kepercayaan wujud di dalam negara. Contohnya, masyarakat Cina
mengamalkan agama Buddha dan masyarakat India mengamalkan agama Hinddu
manakala masyarakat Melayu mengamalkan agama Islam. Seperti mana yang kita
ketahui masyarakat Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan etnik. Maka, pegangan
agama juga turut berbeza bagi setiap kaum dan etnik. Tetapi berdasarkan
perlembagaan Perkara 3(1), ‘’Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-

3
agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian
Persekutuan.” Maka semua rakyat mempunyai hak dalam kebebasan beragama selagi
menerima agama Islam sebagai agama rasmi negara (Mohd Aizam Mas’od, 2013).
Oleh itu, isu sensitiviti pelbagai etnik tidak disentuh menyebabkan peningkatan
hubungan perpaduan sesame mereka. Selain itu, di dalam Rukun Negara terdapat lima
cita-cita negara antaranya adalah untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di
kalangan seluruh masyarakat, untuk memelihara satu cara hidup yang demokratik.
Seterusnya untuk mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dinikmati bersama secara adil dan saksama, untuk menjamin satu cara yang
liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak dan
yang terakhir adalah untuk membina satu masyarakat yang progresif yang akan
menggunakan sains dan teknologi moden ( Abdul Razak Hussien, 1971). Maka melalui
amalan Rukun Negara, perpaduan kaum dapat dicapai bersama-sama.

2 KEPENTINGAN DAN CABARAN DALAM HUBUNGAN ETNIK YANG DAPAT


MEMBINA SEBUAH NEGARA BANGSA SERTA MENILAI INTEGRASI NASIONAL
YANG DIBENTUK UNTUK MENGHADAPI CABARAN GLOBALISASI.

3.1 KEPENTINGAN HUBUNGAN ETNIK YANG DAPAT MEMBINA SEBUAH


NEGARA BANGSA

Kepentingan integrasi nasional mestilah diberi penekanan oleh pihak kerajaan agar
perpaduan kaum dapat dipertingkatkan. Hal ini kerana Malaysia adalah negara yang
berbilang kaum. Perkara ini amat penting bagi mewujudkan kestabilan politik dan
pembangunan negara agar tiada konflik yang akan berlaku (Astro Awani, 2020). Hal ini
kerana sekiranya tiada sebarang pergaduhan dan perpecahan antara kaum yang boleh
menggugat sistem politik negara.

Selain itu, aspek budaya juga memainkan peranan yang sangat penting. Aspek
budaya harus dijaga dalam hubungan etnik supaya dapat menjamin kesejahteraan hidup
bersama ( Zaliza Mohd. Nasir & Norlin Ahmad, 2009). Hal ini kerana negara kita mempunyai
pelbagai etnik. Oleh itu, dengan adanya perpaduan dalam negara ia akan dapat merapatkan
lagi hubungan antara kaum dan melahirkan masyarakat yang berbilang etnik yang hidup
Bersama dengan aman dan harmoni.

4
3.2 CABARAN DALAM HUBUNGAN ETNIK YANG DAPAT MEMBINA SEBUAH
NEGARA BANGSA

Dasar Pendidikan Kebangsaan dibina untuk melahirkan satu masyarakat yang


bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi
mencapai pembangunan negara (Mohamad Rodzi Abd Razak, 2009). Dasar ini digubal
untuk membuat Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa rasmi seperti mana
yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Negara yang mana semua sekolah
masih belum dapat mencapai tujuan dasar ini sepenuhnya. Ia menjadi satu cabaran apabila
dalam era globalisasi ini, pengaruh budaya barat telah menyebabkan kerajaan mengubah
dasar pada tahun 2003 yang menjadikan sains dan matematik diajar berperingkat di dalam
Bahasa Inggeris malah di institut pengajan tinggi juga menggunakan Bahasa Inggeris di
dalam sistem pendidikan mereka. Hal ini memberi kesan yang mendalam kepada
kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa pangantar sedangkan kejayaan sesuatu
bangsa bukanlah berdasarkan penggunaan Bahasa Inggeris. Boleh kita lihat di nagara maju
seperti Jepun dan Korea Selatan menggunakan Bahasa ibunda dalam semua bidang dan
menjadikan negara mereka maju malah lebih maju dari negara barat. Ini kerana, semua
orang cuba untuk menjustifikasikan bahasa mereka sendiri dan kepada integrasi yang
mendalam antara kumpulan etnik di negara ini.

Bagi mewujudkan pembentukan integrasi nasional di dalam kalangan rakyat


Malaysia cabaran ini perlu diatasi oleh kerajaan. Dapat dilihat melalui Dasar Memartabatkan
Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Matlamat dasar MBMMBI
adalah untuk mewujudkan masyarakat yang menguasai BM dan BI bertujuan melahirkan
masyarakat yang bersatu-padu dan mewujudkan bangsa Malaysia yang berdaya saing di
peringkat dunia. Melalui usaha kerajaan ini, integrasi nasional dapat disatukan melalui
penguatkuasaan Bahasa Melayu.

Seterusnya, cabaran yang dihadapi dalam hubungan etnik yang dapat membina
sebuah Negara Bangsa adalah penyalahgunaan media komunikasi dan Multimedia. Hal ini
kerana isu perkauman di media sosial semakin berleluasa malah tindakan ahli politik sendiri
yang menjadikan isu perkauman sebagai modal politik mereka turut menjadi punca
keretakan hubungan sesama etnik dalam negara. Oleh itu, perpaduan negara yang dibina
selama ini akan musnah disebabkan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab. Dapat
dilihat banyak berita palsu yang dimuatnaik dalam aplikasi seperti Twitter, Instagram dan
lain-lain. Berita yang dimuatnaik berunsurkan kecaman, hasutan dan menghina sesuatu
kaum. Perkara sebegini akan menjejaskan integrasi nasional yang dibina.

5
Isu ini boleh diselesaikan dengan penguatkuasaan akta Komunikasi dan Multimedia
mesti diperketatkan agar pesalah menerima hukuman yang setimpal dengan perbuatan
mereka. Hal ini kerana, mereka akan lebih takut dan tidak berani untuk memuatnaik perkara
yang berbaur hasutan dan membolehkan perpaduan negara terjejas. Maka, pihak kerajaan
perlu melaksanakan tindakan tegas ke atas pesalah untuk meningkatkan integrasi nasional.

3 PENUTUP

Pada keseluruhannya masih terdapat banyak langkah positif yang boleh diambil bagi
mengukuhkan lagi integrasi nasional bagi mewujudkan perpaduan di negara kita. Perkara
yang lebih penting ialah setiap masalah perlu dianggap sebagai satu cabaran bersama.
Hubungan etnik wajar dimantapkan dari semasa ke semasa agar mencapai satu tahap
integrasi yang lebih bersepadu. Sepertimana yang diperkatakan oleh Tun Dr. Mahathir
Mohamed “semangat cintakan bangsa dan negara merupakan tunjang kepada pertahanan
dan kekuatan sesuatu bangsa dan negara”.

(1550 patah perkataan)

6
Rujukan

Abdul Rahman, H. A. (2014). Analisis Strategik: Dasar Pendidikan Negara. Kuala Lumpur:
Universiti Malaysia.

Abdul Razak Hussien, Dato’ (1971). Ucapan Perdana Menteri Semasa Melancarkan Minggu
Muhibah Dan Perpaduan Di Sekolah-Sekolah Melalui Radio Dan Televisyen. Kuala
Lumpur

Astro Awani. (Mac 01, 2020). Kestabilan Politik, Pembangunan Ekonomi Perlu Jadi
Tumpuan Pentadbiran Baharu. Diakses pada 1 Mac 2020 daripada
Http://Www.Astroawani.Com/Berita-Politik/Kestabilan-Politik-Pembangunan-Ekonomi-
Perlu-Jadi-Tumpuan-Pentadbiran-Baharu-232228

Astro Awani. (Februari 29, 2020). Muhyiddin Yassin Dilantik Pm Ke-8. Diakses pada 1 Mac
2020 daripada Http://Www.Astroawani.Com/Berita-Politik/Muhyiddin-Yassin-Dilantik-
Pm-Ke-8-232149

David, M. K. (2011). National Unity in Multi-Ethnic Malaysia: Acritical Discourse Analysiis of


Tun Dr. Mahathir's Political Speeches. Kuala Lumpur: Universti Malaya

Hamidah Abdul Rahman & Norlin Ahmad Shah Rollah Abdul Wahab. (2009) Konsep-Konsep
Asas HubunganEtnik. Diakses pada 1 Mac 2020 daripada http://Eprints.Utm.My/Id/Eprin
t/14559/1/Hamidahabdulrahman2009_Konsep-Konsepasashubunganetnik.Pdf

Isabelle Leong. (2020). Malaysia 2020. Apakah Parlimen akan Dibubarkan. Diakses pada 1
Mac 2020 daripada http://www.astroawani.com/berita-politik/malaysia2020-apakah-
parlimen-akan-dibubarkan-231648

Lee Wei Chang, B. A. (2015). National unity at the university level: importance of
civilizational dialogue and way forward. European Scientific Journal , Vol. 4, pp 173.

Mat Zin Mat Kib. (2008). Hubungan Etnik di Malaysia: sejarah, iltizam dan cabaran baru.
Shah Alam : Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), UITM

Mohd Aizam Mas’od. (2013). Diskusi Isu Aqidah Dan Pemikiran Semasa Di Malaysia.
Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

7
Mohamad Rodzi Abd Razak. (2009) Pembinaan Negara Bangsa Malaysia: Peranan
Pendidikan Sejarah Dan Dasar Pendidikan Kebangsaan diakses pada 1 Mac 2020
daripada Http://Journalarticle.Ukm.My/362/1/1.Pdf

Nik Mustapha Hj Nik Hassan (2011). Dari Model Baru Ekonomi Ke Pencapaian Wawasan
2020. Diakses pada 1 Mac 2020 daripada Http://E-
Muamalat.Islam.Gov.My/Images/Pdf-
BahanIlmiah/Dari_Model_Baru_Ekonomi_Ke_Pencapaian_Wawasan_2020_Syaraha
n_Anjuran_Jakim_Pada_11_Januari_2011.Pdf

Norayu Basir. (2012). Perpaduan Etnik Menerusi Penggunaan Bahasa Melayu. Diakses
pada 1 Mac 2020 daripada  Https://Www.Researchgate.Net/Publication/2
69223543_Perpaduan_Etnik_Menerusi_Penggunaan_Bahasa_Melayu

Rozeyta Omar & Paimah Atoma. (2009). Pluraliti Budaya Dan Etnik Di Alam Melayu Zaman
Awal Hubungan Etnik Di Malaysia: Perspektif Teori Dan Praktik. Diakses pada 1 Mac
2020 daripada http://Eprints.Utm.My/Id/Eprint/14774/1/Rozeytaomar2009
_Pluralitibudayadanetnikdialammelayu.Pdf

Ruslan Zainuddin, Singh Gill, Sarjit & Ahmad Tarmizi Talib, (2013) Latar Belakang Pluraliti
Masyarakat Alam Melayu / Ruslan Zainuddin, Sarjit Singh Gill Dan Ahmad Tarmizi
Talib. In: Hubungan Etnik Di Malaysia. Oxford Fajar

Uqbah Iqbal, Nordin Hussin & Ahmad Ali Seman (2015). Sejarah Perkembangan Ekonomi
Semenanjung Tanah Melayu Dan Sifat Ekonomi Masyarakat Melayu Era Pra- Kolonial.
Diakses pada 1 Mac 2020 daripada
Http://Journalarticle.Ukm.My/8942/1/Sejarah_Perkembangan_Ekonomi_....Pdf

Zaliza Mohd. Nasir & Norlin Ahmad. (2009) Pembangunan Sosial Dalam Hubungan Etnik.
Diakses pada 1 Mac 2020 daripada Http://Eprints.Utm.My/Id/Eprint/147
63/1/Zalizamohd.Nasir2009_Pembangunansosialdalamhubunganetnik.Pdf

8
LAMPIRAN

You might also like